Kanak kanak keperluan khas

24,493 views

Published on

kanak-kanak keperluan khas

6 Comments
10 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
24,493
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
221
Actions
Shares
0
Downloads
1,491
Comments
6
Likes
10
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kanak kanak keperluan khas

  1. 1. Kanak-Kanak Keperluan KhasSarahandi Api Abdullah SK Jalan Muara Tuang
  2. 2. Pengenalan Perbezaan kognitif, sosial, emosi, fizikal danrohani di kalangan kanak-kanak di dalamsebuah bilik darjah merupakan perkara biasa. Selain daripada pengaruh baka danpersekitaran, kanak-kanak berkembang padatahap dan kadar yang berbeza.
  3. 3. terdapat murid yang cergas serta berkebolehandan ada murid yang menghadapi kesukarandalam mengikut pengajaran. berbeza daripada dari segi kemampuanmenyelesaikan masalah, kebolehan berbincangdan bergaul dengan rakan, mengawal perasaanatau menjalani kegiatan fizikal.
  4. 4. kanak-kanak yang perbezaannya agak ketaradan tidak mengikut norma-normaperkembangan seperti kanak-kanak lain. kanak-kanak ini tidak dapat mengikutpengajaran di dalam bilik darjah ciri-ciri perkembangan yang berbeza daripadakanak-kanak biasa
  5. 5. menghadapi masalah tertentu seperti masalahfizikal, masalahpenglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkahlaku, masalah pembelajaran terencat akal danpintar cerdas. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.
  6. 6. Satu bentuk pendidikan yang khusus perludirancang dan dilaksanakan untuk kanak-kanaklain. Pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak ini dinamakan pendidikan khas.
  7. 7. Di Malaysia, pendidikan untuk kanak-kanak initerletak di bawah pengendalian KementerianPelajaran Malaysia dan KementerianPembangunan Wanita, Keluarga danMasyarakat.
  8. 8. Kementerian Pelajaran Malaysia pulamenyediakan perkhidmatan pendidikan untukmurid-murid pemulihan khas dan keperluankhas.
  9. 9. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluargadan Masyarakat menyediakan perkhidmatanuntuk kanak-kanak yang menghadapi masalahseperti cacat fizikal teruk, terencat akalsederhana dan teruk, pelbagai kecacatan dankecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yangdisediakan oleh Kementerian PelajaranMalaysia.
  10. 10. Menurut dasar pendidikan khas diMalaysia, murid-murid berkeperluan khasmerujuk kepada murid-murid yang mengalamikecacatan penglihatan, pendengaran danmasalah pembelajaran. Kategori kanak-kanak yang bermasalahpembelajaran di bawah tanggungjawabKementerian Pelajaran termasuk sindromdown, autism ringan, attention deficithyperaktive disorder (ADHD), terencat akalminimum dan masalah pembelajaran spesifikseperti disleksia.
  11. 11. Antara program yang dirancang di bawahKementerian Pelajarn Malaysia termasukprogram Pendidikan Khas BermasalahPenglihatan. Program Pendidikan Khas Integrasi, ProgramPendidikan Khas Prasekolah, ProgramPendidikan Khas Teknik dan Vokasional sertaProgram Pendidikan Khas Inklusif.
  12. 12. Pendidikan Inklusif Pendidikan inklusif bermasud kanak-kanakberkeperluan khas ini dimasukkan ke dalamsistem pendidikan untuk kanak-kanak biasa. Kanak-kanak ini mungkin memerlukanperkhidmatan tertentu yang lain namun merekaakan mengikut kurikulum seperti kanak-kanaklain.
  13. 13. Ia melibatkan tanggungjawab bersama antaraguru biasa dan guru pendididkan khas. Pendidikan inklusif memberi peluang kanak-kanak berkeperluan khas untuk berinteraksidengan kanak-kanak lain.
  14. 14. Masalah kanak-kanak berkeperluan khas inimungkin disebabkan oleh faktor-faktor sepertiperkembangan prenatal yang kurang sempurnakerana penyakit, kekurangan zat makananataupun dadah. Kerumitan semasa proses kelahiran bolehmemberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak.
  15. 15. Persekitaran kanak-kanak seperti kekuranganmakanan berzat, penyakit-penyakit, penderaandan kurang kasih sayang juga merupakan faktorpenting dalam perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak keperluan khas memerlukanperhatian, penjagaan yang khusus dan sentiasamenuntut kasih sayang, perhatian dankesabaran serta komitmen guru yang sangattinggi.
  16. 16. Kategori Kanak-kanak keperluan khas Masalah kecacatan Autisme fizikal Pintar cerdas Masalah penglihatan Sindrom Down Masalah pendengaran Attention Defict / Masalah pertuturan Hyperactivity disorder Masalah pembelajaran ADD/ADHD Masalah tingkahlaku Disleksia Lembab ( slow learner) Terencat akal ringan
  17. 17. Masalah Kecacatan Fizikal Masalah kecacatan fizikal merujuk kepadakanak-kanak yang mengalami ketidakupayaanfizikal, dan memerlukan perubatan atauperalatan khas seperti pendakap (brances) ataukerusi roda. Ia termasuk ketidakupayaan berbentukneurologi yang melibatkan otak dan urat sarafyang rosak ( Mohd Sharani, 2006 ) sertakecederaan ortopedik yang melibatkantulang, sendi dan otot.
  18. 18. Antara masalah yang dikategorikan sebagaikecacatan fizikal ialah seperti cerebralpalsy, epilepsy, spina bifida, musculardystrophy, limb deficiencies, asthma, diabetesdan leukemia.
  19. 19. Kecacatan Fizikal Kesukaran bergerak kerana tidak dapatCerebral mengkoordinasi badan. Ia disebabkanpalsy oleh neurologi motor yang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kecederaan di bahagian otak. Kecederaan ini mungkin berlaku sebelum, semasa atau selepas kelahiran. Pada umumnya kanak-kanak ini juga akan mempunyai kecacatan lain seperti masalah penglihatan, pertuturan atau terencat akal. Penyakit sawan yang disebabkan olehEpilepsi masalah neurologi yang menyebabkan kanak-kanak mengeletar.
  20. 20. Spina bifida Kecacatan pada tulang belakang yang boleh menyebabkan kelumpuhan pada bahagian bawah badan. Ia adalah satu keadaan yang berlaku sejak kelahiran tetapi boleh dibantu dengan pembedahan.Muscular Kemerosotan kekuatan otot secaradystrophy progresif sehingga kanak-kanak akan memerlukan kerusi roda. Kecerdasan kanak-kanak tersebut tidak terjejas.
  21. 21. Kanak-kanak yang anggota badannyaLimb tidak sempurna ini mungkin disebabkandeficiencies oleh kemalangan atau kecacatan semasa kelahiran. Kanak-kanak ini boleh dilatih menggunakan anggota palsu. Masalah penafasan yang berlakuAsthma apabila tiub bronkial daripada saluran pernafasan kerongkong menjadi sempit. Masalah ini dibantu dengan dadah dan penggunaan “nebulisec”
  22. 22. Kencing manis ialah penyakit yangDiabetes disebabkan oleh pankreas yang tidak dapat berfungsi untuk menghalang peningkatan gula dalam darah manusia. Seperti asthma, penyakit ini boleh dikawal dengan dadah serta pemakanan yang betul. Satu bentuk kanser yang biasa diLeukemia kalangan kanak-kanak. Penyakit ini disebabkan peningkatan secara mendadak sel darah putih dalam tulang sum-sum. Kimoterapi merupakan satu cara yang digunakan untuk membantu mengawalnya.
  23. 23. Implikasi kepada P&P Guru perlu mengetahui tentang masalah yangdihadapi oleh muridnya. Misalnya guru mestimengetahui prosedur bagaimana mengurusseorang murid yang diserang penyakit sawan atauasthma. Guru juga perlu jelas tentang kesan masalah fizikalini ke atas perkembangan psikososial kanak-kanaktersebut. Kanak-kanak ini kadang kala tidakmemahami hidup mereka dan sering menghadapimasalah penyesuaian.
  24. 24. Selain itu, guru juga perlu peka kepada keperluanmurid. Misalnya seseorang kanak-kanak cerebralpalsi boleh menggunakan komputer atau penataupun pensil yang tidak memerlukan tekananyang kuat sekiranya ada tugasan melibatkanpenulisan. Penggunaan pemegang buku („book holders‟)ataupun buku teks elektronik dapat membantukanak-kanak yang tidak berupaya memegang buku.
  25. 25. Masalah Penglihatan Kanak-kanak yang diketegorikan sebagaimempunyai masalah penglihatan jika kerosakanpenglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan danmenganggu pembelajaran. Kanak-kanak yang bermasalah penglihatanberkemungkinan mempunyai penglihatan yangterbatas atau buta. Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahappenglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70dan 20/200 dengan penggunaan lensa.
  26. 26. Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objekyang dekat sahaja. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai butatidak dapat menggunakan penglihatan untukpembelajaran. Mereka bergantung kepadapendengaran dan sentuhan. Kanak-kanak ini pada kebiasaan mempunyaikecerdasan yang normal seperti kanak-kanak laindan boleh belajar seperti biasa jika kemudahanserta perkhidmatan sokongan disediakan untukmereka.
  27. 27. Kanak-kanak yang buta juga kadang kalamempunyai masalah pendengaran danperkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidakterjejas daripada segi neuron tetapi dipengaruhioleh pergerakan mereka yang terhad. Mereka tidak boleh meneroka persekitaran sepertikanak-kanak normal yang lain. Ini juga bolehmemberi kesan ke atas perkembangan personaliti.
  28. 28. mempunyai konsep kendiri yang rendah danperhatian lebih yang diberikan kepada merekaboleh menggalakkan pergantungan untuk sentiasamembimbing mereka. Di samping itu, pengalaman mereka yang terhaddalam dunia visual memberi kesan kepadaperkembangan bahasa. Misalnya, seseorang kanak-kanak normal bolehmemberi pelbagai contoh untuk perkataan “bulat”menghuraikannya dengan jelas jika dibandingdengan kanak-kanak yang mempunyai masalahpenglihatan.
  29. 29. Seseorang guru boleh mengesan mereka yangberpontensi mengalami masalah penglihatanmelalui simptom-simptom yang ditunjukkan padakanak-kanak ini. Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanyaakan mengerutkan mata atau menutup sebelahmata untuk tujuan penglihatan. Selain itu mereka juga asyik menggosok matatanpa sebab dan menyebabkan mata merah danbengkak.
  30. 30. Kanak-kanak juga sering mengadu pening kepalaatau loya. Apabila membaca kanak-kanak akan memegangbuku terlalu dekat atau terlalu jauh untukmengimbangkan penglihatan mereka.
  31. 31. Implikasi Kepada P&P bahan pembacaan yang mempunyai saiz yangbesar dan sesuai ataupun bahan audio untukmembantu pembelajaran. Sediakan bahan bacaan yang jelas, misalnyahurufnya mempunyai perbezaan warna yang ketaradengan latar belakang kertas Semasa tulis di papan putih guru boleh menyebutsecara lisan bahan yang ditulis untuk kemudahankanak-kanak ini.
  32. 32. Guru juga perlu memberi perhatian kepadasusunan bilik darjah dan pastikan kedudukankanak-kanak tersebut berhampiran dengan papan. Susunan bilik darjah seharusnya memudahkanpergerakan kanak-kanak di sekitar bilik darjah danmemberi mereka akses yang mudah berada dalambahan-bahan pembelajaran.
  33. 33. Masalah Pendengaran Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitusepara pekak dan pekak. Separa pekak bermaksud penggunaan alatpendengaran akan membolehkan kanak-kanak inimenerima pendidikan secara audio. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekakperlu menerima pendidikan menggunakan teori lainseperti penglihatan.
  34. 34. Tahap kehilangan keupayaan mendengar diukurdengan audiometer dalam unit decibel. Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahapkehilangan keupayaan mendengar lebih daripada10 decibel.Mereka yang tergolong sebagai separa pekakmempunyai tahap kehilangan keupayaanmendengar antara 20 hingga 60 decibel.
  35. 35. Masalah pendengaran terdiri daripada beberapatahap dan ada yang dapat dikenal pasti apabilakanak-kanak tersebut telah berumur beberapatahun. Seseorang guru peka kepada petanda masalah inimenunjukkan symptom seperti kerap memintaorang mengulang apa yang telah disebut.Mereka juga menghadapi kesukaran untukmengikut arahan dan salah faham kerap berlaku.
  36. 36. Pertuturan kanak-kanak ini tidak lancar keranamereka sering salah sebutan dan mempunyai nadasuara yang lebih tinggi atau rendah danmemusingkan kepala untuk mendengar. Masalah pendengaran menjejaskan komunikasidan juga pembelajaran individu. Ketidakupayaan berkomunikasai ini memberikesan kepada perkembangan sosial, emosi ,bahasa dan kognitif individu tersebut.
  37. 37. Implikasi kepada P& P Kanak-kanak bermasalah perdengaran perlumendapat latihan awal yang baik di sekolah-sekolah khas untuk kehidupan yang lebih baikseperti kanak-kanak normal yang lain. Guru-guru diingatkan supaya bercakap denganjelas dan jangan membelakangkan kanak-kanak inisemasa memberi arahan atau mengajar. Kanak-kanak ini boleh ditempatkan di barishadapan kelas untuk memudahkan mereka melihatwajah guru.
  38. 38. Elakkan daripada menjerit atau meninggikansuara. Sebarang lisan boleh diikuti dengan illustrasigrafik atau visual untuk memudahkan kefahamanmurid. Sediakan persekitaran pembelajaran yang tidakdiganggu oleh bunyi bising atau gangguan bunyilain.
  39. 39. Penggunaan bahasa isyarat adalah satu caraefektif untuk berkomunikasi dengan kanak-kanakini, Guru perlu dilatih dan didedahkan kepada caramenggunakan jari tangan untuk mengeja. Tetapi hari ini komunikasi secara keseluruhandigalakkan di mana ia melibatkan pertuturan,pembacaan, bahasa isyarat dan bahasa badan.
  40. 40. Masalah Pertuturan Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepadaempat iaitu masalah sebutan, masalahgagap, masalah suara, masalah bahasa. Masalah sebutan ialah kecenderunganmeninggalkan suku kata atau mengubah bunyisesuatu perkataan, misalnya perkataan “saya”menjadi “caya”. Kanak-kanak pada kebiasanya akan melalui fasaini dalam tempoh perkembangan mereka.
  41. 41. Ia biasanya tidak dipandang serius namun jikamasalah ini berlanjutan ia perlu diberi perhatian. Gagap merupakan ganguan terhadap kelancaranpercakapan. Aliran pertuturan terganggu di manaseseorang itu mungkin mengulang, memberhentiseketika atau mencelah dengan suku kata atauperkataan. Gagap kerap berlaku apabila individu tersebutteruja dan ingin menyatakan sesuatu dengan kadaryang cepat.
  42. 42. Masalah suara berkaitan dengan kualiti suaraseseorang. Ia mungkin terlalulantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yangtinggi atau rendah atau nada yang sama dan tidakberubah. Masalah bahasa berkaitan dengan sistem sarafpusat. Menurut Myklebust (1971) masalah inimengganggu kefahaman atau penngunaanperkataan. Istilah yang digunakan ialah aphasia. Ia bermaknaseseorang menghadapi kesukaran mentafsirbahasa dalam sesuatu perbualan.
  43. 43. Ia juga melibatkan kesukaran dalam menggunakanperkataan yang sesuai semasa komunikasi. Masalah perkataan seperti masalahsebutan, gagap dan suara boleh menimbulkan rasamalu dan menyebabkan kanak-kanak tersebutmerasa tidak selesa dalam situasi sosial. Ia mungkin tidak mengganggu pembelajaranseperti mana masalah bahasa. Masalah bahasa memberi kesan kepadaperkembangan kognitif kanak-kanak.
  44. 44. Implikasi kepada P&P Kanak-kanak ini perlu diberi masa yang mencukupiuntuk memberi respon. Mereka boleh digalakkan memberi respon secarabertulis. Selain itu, guru boleh menggunakan pendekatanyang melibatkan penggunaan pelbagai deria. Guru juga boleh membantu kanak-kanak denganmenjadi model yang sesuai, misalnya mengulangperkataan secara jelas dan perlahan, ataumenggunakan alat audio. Kanak-kanak yang menghadapi masalah sebutanatau gagap boleh dibantu melalui terapi.
  45. 45. Masalah Pembelajaran Masalah pembelajaran diandai sebagai masalahneurologi. Ia tidak berkaitan dengan IQ seseorang keranaselalunya, IQ individu tersebut berada pada tahapnormal. Kanak-kanak yang mengalami masalahpembelajaran sering ditafsir sebagai malas, tidakmemberi perhatian atau tidak berminat.
  46. 46. Mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidakmatang, sukar memberi tumpuan dan mudah lupa. Oleh kerana mereka menunjukkan ciri-ciri yangsama seperti kecacatan yang lain, masalah merekasukar dikenalpasti dan sering disalahtafsir.Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otakmenerima, memproses, menganalisis danmenyimpan maklumat.
  47. 47. Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebihdaripada satu proses psikologi yang melibatkankefahaman atau penggunaan bahasa, sama adalisan atau bertulis.Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaanmendengar, berfikir,bertutur, membaca,menulis,megeja ataupun mengira. Selain itu, masalah ini mungkin disebabkan olehaphasia. Ia mengakibatkan kadar pembelajaranmurid tersebut berbeza dengan murid yang tidakmenghadapi masalah tersebut.
  48. 48. Namun, masalah ini juga sering dikaitkan denganmasalah tingkah laku dan emosi. Antara masalah yang dikaitkan dengan masalahpembelajaran termasuk masalah pembelajaranakademik, masalah bahasa, ingatan, sosio-emosi,kemahiran motor dan koordinasi, metakognitif,kurang memberi perhatian dan hiperaktiviti.
  49. 49. • Banyak kesilapan semasa membaca dengan kuat, kerap mengulang atau berhenti. • Menterbalikkan perkataan misalnya „b‟ dan „d‟, „21‟ dan „12‟ atau „on‟ dan „no‟. • Sebutan yang tidak betul atau menggunakan perkataan yang salahMembaca yang bunyinya sama. • Pembelajaran bahasa lewat dan mungkin mempunyai perbendaharaan kata yang terhad. • Kesukaran dalam mengenalpasti idea utama dari bahan bacaan, mengingati fakta asas dan peristiwa dalam aturan yang betul serta membuat kesimpulan dan analisis bahan yang telah dibaca.
  50. 50. • Tulisan yang tidak kemas dan cara pegang pensil yang janggal. • EjaanMenulis • Kesukaran menjelaskan idea melalui penulisan. • Tidak dapat memikirkan perkataan yang sesuai dalam penulisan. • Keliru dengan simbol Matematik dan salah baca nombor.Mengira • Kesukaran mengingati fakta Matematik • Kesukaran dalam kiraan • Menukar aturan nombor
  51. 51. Dileksia Merupakan masalah pebelajaran yang berkaitandenga bahasa, membaca dan ia merangkumimengeja, menulis dan menyebut. Kanak-kanak yang menghadapi masalah inibiasanya membaca dengan perlahan kurangtepat, lemah dalam ejaan dan tulisan sertamencampur-aduk perkataan yang berbunyi sama.Mereka juga mempunyai kurang kesedaran danminat terhadap buku.
  52. 52. Menurut kajian, masalah ini diwarisi dan mungkinkelihatan pada beberapa anggota keluarga yangsama. Kajian juga menunjukkan masalah disleksiaberlaku empat kali lebih kerap terdapat pada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan (Stoppard, 1997.)
  53. 53. Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD Kanak-kanak Attention Defict / Hyperactivitydisorder ADD/ADHD tidak dapat mengekalkanperhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukarmenyiapkan satu tugasan, pelupa dan sentiasamemerlukan penyeliaan. Kanak-kanak ini juga bersikap impulsif dan seringmenggangu perbualan, aktiviti atau menyatakansesuatu tanpa berfikir.
  54. 54. Sifat hiperaktif dan pergerakkan fizikal yangketerlaluan juga merupakan ciri-ciri kanak-kanakADHD. Punca masalah ADHD ialah kekuranganneurotransmiter yang spesifik iaitu noreprinephrinedan dopa atau dopamine dalam sel litar otak. Pada hari ini, ADD/ADHD boleh dikawal denganpengaruh dadah tetapi tahap tumpuan merekamasih tidak sama dengan kanak-kanak yang tidakmempunyai ADD/ADHD (Barbaresi & others, 2006:Tucha & others, 2006).
  55. 55. Namun penggunaan dadah tidak berkesan bagisemua kanak-kanak ADD/ADHD dan kesan jangkapanjang dadah ini masih tidak dketahui. David Nylund (Woolfolk A & Margetts K, 2007)mencadangkan satu bentuk terapi di mana kanak-kanak tersebut menggunakan kekuatan dalamdirinya untuk mengawal masalah tersebut. Nylund cuba memberi perspektif baru kepadaADHD, bahawa kesukaran boleh dikawal dansemua sifat yang menghalang pembelajaransebagai faktor yang boleh diasingkan daripadakanak-kanak tersebut.
  56. 56. Beliau mencadangkan guru menggunakan masayang singkat semasa kanak-kanak dapat memberiperhatian untuk menguasai diri dan tingkah lakumereka. Tetapi bukan semua kanak-kanak yang hiperaktifatau kurang memberi penumpuan ialahADD/ADHD. Pengesahan masalah ini perlu dibuatoleh pakar.
  57. 57. Implikasi kepada P&P Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberipenumpuan, guru boleh menempatkan mereka disudut yang senyap dan kurang aktivti yang bolehmengalihkan perhatian mereka. Kedudukan tempat duduk kanak-kanak iniseeloknya berhampiran tempat duduk guru.Ini akan memberi peluang kepada guru untukmenegur dan memberi motivasi kepada murid-murid ADHD.
  58. 58. Guru juga boleh menggunakan prinsip penegurandi mana kanak-kanak ini diberi peneguran positifapabila mereka menunjukkan tingkah laku yangdikehendaki. Peraturan dan prosedur dalam bilik darjah mestidinyatakan dan dipaparkan dengan jelas. Guru perlu memastikan murid faham peraturantersebut.
  59. 59. Objektif pembelajaran juga harus dinyatakandengan eksplisit dan murid diberi maklum balasdengan segera. Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dandiulang.Beri peluang kepada murid hiperaktif ini untukmengambil bahagian dalam aktiviti yang aktif.Beri tugasan yang ringkas.
  60. 60. Masalah Tingkahlaku Masalah tingkah laku di kalangan kanak-kanakadalah perkara biasa. Namun, kanak-kanak yang menunjukkan tingkahlaku kurang sesuai pada tahap serius danberterusan akan mengakibatkan konflik sosial, tidakbahagia dan kegagalan di sekolah.
  61. 61. Tingkah laku yang dikaitkan dengan masalah initermasuk agresif, kesukaran membentukperhubungan sosial, menunjukkan tingkah lakusosial yang tidak boleh diterima masyarakat,hiperaktif, menipu, mencuri, masalah pembelajarandan kebimbangan. Ia boleh diklasifikasikan kepada masalah tingkahlaku dalaman dan masalah tingkah laku luaran.
  62. 62. Tingkah laku masalah Tingkah laku masalah luarandalamanKebimbangan, perasaan takut MengingkarSedih, murung MenentangBersikap apatetik (tidak Agresifmemperdulikan)Suka menyendiri, penarikan diri Argumentatif (suka berhujah)Kecenderungan menyalahi diri Tidak mempercayai,sendiri, perasaan serba salah kecenderungan menyalahkan orang lain.Perasaan rendah diri DestruktifMalu, terlalu sensitif Menipu, mencuriKeasyikan pemikiran tentang Sukar mengawal dirisuatu perkara Cemburu
  63. 63. Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah Tingkah Laku Tingkah laku kurang sesuai dalam situasi-situasi biasa. Misalnya kanak-kanak yang mengunyah dan makan dalam bilik darjah semasa guru sedang mengajar. Tidak dapat mengawal perasaan dan tingkah laku mereka. Misalnya kanak-kanak yang cepat marah apabila rakan terambil pensel atau pemadamnya.
  64. 64. Menunjukkan simptom-simpton fizikal yangberkaitan dengan masalah peribadi atau masalah disekolah. Misalnya kanak-kanak yang mengadusakit perut atau deman maka tidak boleh kesekolah. Tidak berupaya membentuk perhubunganinterpersonal dengan rakan atau gurunya. Kanak-kanak ini biasanya pendiam dan tidak mahubergaul dengan kanak-kanak lain. Menghadapi masalah pembelajaran tetapiketidakupayaan ini tidak dapat dijelaskan olehfaktor-faktor kesihatan, sensori atau intelek.
  65. 65. Sesetengah kanak-kanak menwarisi sifat atau tingkahlaku bermasalah. Ini juga mungkin disebabkan oleh ketidakseimbanganbiokimia dalam diri seseorang, masalah nuerologiataupun kecederaan kepada sistem saraf pusat. Faktor behavioral seperti kegagalan mempelajaritingkah laku menyesuaikan diri atau membentuktingkah laku kurang sesuai akibat tekanan daripadapersekitaran juga memberi kesan kepada tingkah lakukanak-kanak.
  66. 66. Daripada segi sosiologi pula, tindakan sepertimelabel individu kerana beliau daripada latarbelakang tertentu dan pengaruh budaya sesuatumasyarakat juga boleh menimbulkan masalahtingkah laku. Selain daripada itu, perubahan dalam sesebuahkeluarga misalnya penceraian, kehadiran adik yangbaru atau ibu/bapa tidak boleh menimbulkan rasakurang selamat atau kurang yakin.
  67. 67. Kadang-kala masalah tingkah laku seperti agresifatau melawat menunjukkan tingkah laku tersebut. Masalah tingkah laku yang berkait denganmasalah pembelajaran menyebabkan muridponteng kelas, tidak hadir ke sekolah, pencapaianrendah dan tercicir daripada sekolah.
  68. 68. Implikasi kepada P&PPengurusan tingkah laku yang boleh digunakan didalam bilik darjah termasuk: Peneguran Positif: Guru boleh memberi peneguran positif kepada murid sebaik sahaja murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Misalnya seorang murid yang sebelum ini sentiasa menghantar kerja rumah lewat dan tiba-tiba hari ini menghantarnya pada masa yang ditetapkan boleh diberi galakan atau pujian atas tindakannya.
  69. 69. “Time-out” Murid tersebut diasingkan daripada rakannyauntuk satu masa tertentu. Diharapkan masa persendirian memberi peluangkepada murid memikirkan tentang tingkah lakunya.
  70. 70. Tidak Peduli: •Guru tidak memberi perhatian kepada murid yang menunjukkan tingah laku yang tidak diingini. Mengajar tingkah laku yang dikehendaki. Misalnya guru menggalakkan murid meluahkan perasaannya tentang sesuatu perkara yang dia tidak suka. Ini lebih bermakna dan sihat daripada menunjukkan tingkah laku seperti misalnya mengelak perkara yang murid tidak minat.
  71. 71. Kanak-kanak dengan masalah tingkah lakumemerlukan sesuatu persekitaran di sekolah yangboleh membantu penglibatan mereka dalam aktivitisekolah. Mereka tidak seharusnya disisih sehingga tercicirdaripada sisitem persekolahan. Mereka juga dibimbing cara-cara mengawal emosiserta kemahiran mengurus diri.
  72. 72. Lembab (slow learner) Perkembagan kanak-kanak lembab ini agaklambat sejak peringkat bayi, di mana bayi ini lambatsenyum, lambat bertindak balas terhadap bunyiatau suara ataupun tidak balas menggenga masihbelum hilang walaupun usia bayi lebih 3 bulan. Kanak-kanak lembab ini biasanya tidak dapatmengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yangmenggunakan kaedah biasa. Ini kerana merekatidak dapat memberi tumpuan dan minat terhadapproses pengajaran dan pembelajaran.
  73. 73. Implikasi kepada P&P Gunakan bahasa yang mudah. Arahan mestidinyatakan dengan jelas dan perlu diulang. Ia bolehdiberi dalam bentuk visual atau dipaparkan padapapan hitam atau papan kenyataan kelas. Bahanpengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakandalam langkah-langkah yang pendek dan ringkas. Strategi pengajaran dan pembelajaran diubahsuaiuntuk membina keyakinan dan memberi perasakejayaan, misalnya meminta seorang kanak-kanakdisleksia untuk memberi laporan secara lisanmanakala rakan-rakannya memberi laporan bertulis(Woolfolk A & Margetts K, 2007).
  74. 74. Tugasan dan penilaian harus sesuai dengan tahapkanak-kanak terseut. Ia boleh diberi dalam bentuktugasan-tugasan kecil yang kanak-kanak mampulakukan. Tempoh masa yang lebih boleh diberikanuntuk kanak ini untuk menyiapkan tugasan mereka. Tugasan dan kerja rumah yang diberikan setiapminggu boleh ditampal pada papan notis kelassebagai peringatan. Satu salinan boleh jugadiserahkan kepada ibu bapa.
  75. 75. Terencat Akal Persatuan Kerencatan Akal Amerika (AAMR)mendefinisikan terencat akal sebagai satuketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsiintelek serta tingkah laku penyesuaian sepertikomunikasi, penjagaan diri dan kemahiran sosialyang amat terhad.
  76. 76. Kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringanmenunjukkan ciri-ciri seperti berikut: Kurang koordinasi motor. Sukar menumpukan perhatian. Kemahiran membaca dan bahasa yang lemah serta berada pada tahap yang rendah dapada mereka yang sebaya. Sukar mengaplikasi sesuatu yang dipelajari dalam situasi baru. Kesukaran dalam memahami konsep yang abstrak dan membuat kesimpulan.
  77. 77. Kanak-kanak ini sukar menurut arahandan tidak berupaya memilih aktiviti secarasendirian. Mereka juga menghadapi masalahkoordinasi mata dan tangan. Mereka mempelajari bahasa dankemahiran dengan perlahan, tidak sepertikanak-kanak biasa.
  78. 78. Paras rupa kanak-kanak ini seperti kanak-kanakbiasa dan mereka biasanya dibenarkan masuk kesekolah biasa. Kurikulum di sekolah digubal untuk kanak-kanakbiasa dan merupakan cabaran bagi kanak-kanakdengan masalah terencat akal. Kebanyakan kanak-kanak ini gagal di sekolahkerana IQ mereka yang rendah iaitu antara 55/60dan 85/90.IQ kanak-kanak normal adalah 90 ke atas.
  79. 79. Namum begitu, kebanyakan kanak-kanakbermasalah terencat akal ringan boleh ke sekolahdan boleh mempelajari pelbagai kemahiranakademik seperti kemahiran vokasional sosial untukmembantu menjadikan meraka sebagai individuyang produktif.
  80. 80. Sindrom Down Sindrom Down berpunca daripada masalah yangdisebabkan daripada masalah berlebihankromosom. •Dalam kebanyakan kes ia melibatkan kepadakecacatan dalam pasangan kromosom yang ke-21. •Menurut kajian, ia berlaku dalam setiap 800kelahiran. •Akibat daripada Sindrom Down ini termasuklahterencat akal, masalah ringan dan pertuturan danperkembangan motor yang lambat. •Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai tahap IQyang rendah antara 30 hingga 80.
  81. 81. Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri yang boleh dikenalpasti antaranya: Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat. Lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung untuk terjelir Mata sentiasa berair dan merah. Mata sepet dan bentuk muka yang kecil. Berbadan gempal dan pendek serta aan yang agak bongkok. Suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan baik.
  82. 82. Mereka juga selalunya mengalami masalahkataraks mata, masalah jantung dan kecacatanusus. Sebelum ini, penghidap Sindrom Down kerapmeninggal dunia sebaik sahaja memasuki alamdewasa disebabkan oleh masalah-masalah yangdihadapi tetapi, kini dengan kemajuan perubatanmereka boleh menjalani kehidupan yang sihatseperti individu normal.
  83. 83. Kanak-kanak Sindrom Down memerlukanpenjagaan yang lebih rapi. Disebabkan oleh keadaan fizikal muka merekayang rata, mereka cenderung mengalami masalahpenafasan dan sukar untuk makan. Mereka juga lemah dalam koordinasi mata danotot dan kurang upaya meneroka persekitaran. Walau bagaimanapun dengan sokongan ibu bapadan penjaga mereka boleh dibimbing dan diasuhuntuk berdikari dan menguasai kemahiran.
  84. 84. Implikasi kepada P&P Guru perlu bersabar dalam menangani pembelajarankanak-kanak yang mempunyai masalah SindromDown. Proses pengajaran perlu dijalankan dengan kadaryang perlahan mengikut kebolehan kanak-kanaktersebut. Ini juga memberi peluang bagi mereka mencapaikemahiran dan meningkatkan emosi mereka yangmereka juga berupaya untuk berjaya.
  85. 85. Setiap tugasan, aktiviti atau arahan perludirancang dengan rapi. Ia perlu disampaikandengan jelas, betul, khusus dan lengkap. Ini adalah kanak-kanak Sindrom Down sukar untukmemahami arahan dan perkataan. Setiap arahanperlu lengkap dengan butiran yang terperinci.Contohnya: “Ambil buku yang berwarna kuning diatas meja dan bawa buku itu kepada cikgu.” Guru perlu memberi bimbingan dan bantuan yangberkesan semasa pengajaran akademik.
  86. 86. Kanak-kanak Sindrom Down kurang mempunyaikeupayaan untuk mengingat dan memprosesmaklumat. Guru perlu menyediakan mereka dan menarikperhatian mereka. Guru juga boleh mengajar kemahiran mengingatyang mudah. Ia boleh dikaitkan dengan perkarayang mereka sukai. Masukkan elemen vokasional dan kemahirankendiri di dalam kurikulum mereka. Ini adalah supaya mereka berupaya menjagakeperluan asas diri dan berupaya mencari kerjayayang sesuai apabila tamat persekolahan nanti.
  87. 87. Autisme Autisme merupakan kecacatan mental seumurhidup yang terlalu sukar untuk dipulihkan. Kanak-kanak autisme ini menghadapi masalahkomunikasi kerana mereka tidak boleh mengenaliatau mentafsir air muka, gerak isyarat atau nadasuara yang berlainan. Selain itu, kanak-kanak ini juga menunjukkantabiat yang tidak suka bertentang mata dan tidakmenunjukkan sebarang reaksi dalam apa-apasituasi. Mereka lebih minat kepada barang permainandaripada berinteraksi atau berhubung denganorang di sekitarnya.
  88. 88. Implikasi Kepada P&P Pendidikan kanak-kanak ini berfokus kepadakemahiran-kemahiran kesediaan untuk berlajar,misalnya duduk dan memberi perhatian kepadaguru, kemahiran psikomotor misalnya penggunaanalat, gunting, dan kemahiran sosial sepertiberinteraksi dengan rakan-rakan sebaya. Ia harus menekankan kemahiran yang dapatmembantu kanak-kanak berdikari. Misalnya,membaca notis, surat khabar dan mengisi borangpermohonan.
  89. 89. Bimbing kanak-kanak ini mengurus dirimisalnya, dengan membantu mereka menyediakanjadual kerja dan menyenaraikan perkara-perkarayang perlu dilakukan pada hari itu. Beri latihan dan peluang untuk mempraktikkan apayang telah mempelajari misalnya denganmengulang langkah atau konsep yang telahdipelajari.Kanak-kanak ini memerlukan rutin.Perubahan ialah sesuatu yang sukar diterima olehmereka. Amalan rutin harus dipraktikkan di dalam bilikdarjah.
  90. 90. Pintar Cerdas Kanak-kanak yang pintar cerdas berbakat dan berkebolehan memerlukan sokongan yang lebih daripada yang sedia ada dalam sesebuah bilik darjah untuk membantu mereka merealisasikan sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka.Kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkanciri-ciri berikut: Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan rakan sebaya.
  91. 91. Menunjukkan keinginan untuk mengetahui yanglebih jika dibanding dengan rakan sebaya. Menetapkan matlamat yang tinggi untukpencapaiannya. Motivasi yang tinggi dalam menghadapi tugasanyang mencabar. Kemahiran berbahasa, membaca danperbendaharaan kata yang luas.Kebolehan untuk memimpin. Mengambil berat dan menunjukkan empatiterhadap orang lain.
  92. 92. Implikasi kepada P&PKanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tigajenis program: i. Pengasingan, ii. Pemecutan (acceleration) iii. Pengayaan
  93. 93. Pengasingan Dalam program pengasingan, kanak-kanakdiasingkan daripada rakan sebaya di mana merekadisediakan kurikulum khas yang mampumenggalakkan kebolehan istimewa mereka. Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang tidak dapatmembantu perkembangannya secara optima.
  94. 94. Pemecutan Satu cara ialah di mana kanak-kanak inidikeluarkan daripada bilik darjah mereka untuksubjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan kekelas untuk subjek tersebut. Maka mereka akanbelajar dengan murid atau pelajar yang lebih tuadaripada mereka. Cara kedua ialah di mana murid tersebutdisediakan dengan rancangan khas dalam kelasyang sama. Rancangan ini membantu merekabelajar sesuatu bidang kemahiran mereka padakadar yang lebih cepat berbanding rakan sebaya.
  95. 95. Penggayaan Program pengayaan melibatkan pendekatan yangmenyediakan pengalaman pengayaan sama ada didalam atau di luar kelas.Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan kemuzium atau perpustakaan negara. Selain itu guru boleh merancang projek atau aktivitilain yang memerlukan murid mencari maklumatyang lebih mendalam tentang sesuatu topik dandilakukan oleh murid secara bersendirian.
  96. 96. Kesimpulan Aspek penting dalam pengajaran kanak-kanakkeperluan khas ialah sikap guru serta kemahiranguru dalam membantu kanak-kanak ini. Guru perlu percaya bahawa pendidikan adalahuntuk semua kanak-kanak. Kerjasama antara guru pendidikan khas dan gurukelas biasa amat penting. Guru-guru ini seharusnya mempunyaikesanggupan untuk berkongsi kemahiran demikebaikan kanak-kanak tersebut.
  97. 97. Hubungan yang baik dan kerjasama dengan ibubapa, pihak hospital dan kebajikan masyarakat jugapenting dalam usaha membantu kanak-kanak ini. Guru perlu peka dan sensitif kepada keperluankanak-kanak. Misalnya, guru tidak harus membuat perbandinganantara kanak-kanak. Dapatkan perhatian kanak-kanak berkeperluankhas dengan menghampiri mereka dan bukandengan memanggil namanya beberapa kali secaranegatif.
  98. 98. Gunakan bahasa isyarat jika hendak menyuruhkanak-kanak supaya bertenang atau jangan bising. Seterusnya guru boleh menggunakan pelbagaikaedah dan ransangan misalnya kad-kad yangmudah untuk menarik minat dan perhatian murid. Kanak-kanak berkeperluan khas khas bolehdibenarkan bekerja dalam kumpulan-kumpulanyang dapat menerima dan membimbing mereka.
  99. 99. Sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat mencatatnota atau melakukan sesuatu aktiviti spesifik, tugasitu boleh diberikan kepada rakan sekelas untukmembantu. Kesimpulannya, interaksi dengan persekitaranyang menyokong dan pembelajaran yang aktifboleh membantu perkembangan kanak-kanak ini.
  100. 100. ADA LAGI ???
  101. 101. Down Syndrome Chromosomes
  102. 102. Down Syndrome
  103. 103. Fetal alcohol syndrome (FAS)
  104. 104. A therapist works with an autistic boy in a public school.
  105. 105. Teaching Deaf Students
  106. 106. American lecturer and writer Helen Keller
  107. 107. a.Hearing Impairment b. Expressive Language Delayc.Attention Deficit Disorder
  108. 108. Implikasi Bermasalah Pembelajaran @ Fizikal
  109. 109. FINE MOTORSKILLS
  110. 110. Hydroponics Project
  111. 111. Wiping & Clearing
  112. 112. Cleaning & Arranging
  113. 113. Laundry, Ironing,bedmaking
  114. 114. FoodPreparation
  115. 115. Floor Mat& Beading
  116. 116. ArtPainting
  117. 117. Bicara Agung Untuk mendapatkan hasil jangka pendek,tanamlah sayur-sayuran. Untuk mendapat hasil dalam masa sepuluh tahun, tanamlah pokok buah-buahan. Untuk mendapat hasil selama-lamanya, didiklah manusia.
  118. 118. Sekian

×