BAB 2PENUBUHAN DANPENGENDALIANPERNIAGAAN
Jenis-jenis BantuanPerniagaanBank1.   Bank adalah institusi kewangan yang     menyediakan perkhidmatan seperti     simpana...
a)   Menyediakan kemudahan     penyimpanan wang.     Bank menyediakan kemudahan     menyimpan wang kepada peniaga     mela...
b)   Menyediakan kemudahan membuat dan     menerima bayarani)    Bank membuat pembayaran bagi pihak     peniaga melalui si...
ii)   Pihak bank juga menerima bayaran      untuk peniaga. Apabila seseorang      peniaga memasukkan cek yang      diterim...
c)  Menyediakan kemudahan pembiayaani)  Bank memberi pinjaman kepada    peniaga melalui kemudahan overdraf    dan pinjaman...
iii)   Bank juga memberi pinjaman kepada       peniaga melalui pinjaman bercagaran dan       kad kredit.d)  Menyediakan pe...
BANK PUSAT1. Bank pusat di Malaysia dikenal sebagai   Bank Negara Malaysia(BNM).2. Bank Negara adalah ditubuh dan dimiliki...
Fungsi Bank Pusata.   Mengeluar dan mengawal mata wang     negara.b.   Menjadi jurubank dan penasihat     kewangan kepada ...
e.   Menyediakan tempat penjelasan cekf.   Melaksanakan dasar-dasar kewangan     kerajaan.
Bank Perdagangan1.   Merupakan institusi kewangan yang     diurus dan dimiliki sepenuhnya oleh     swasta.2.   Bank perdag...
b.   Public Bankc.   CIMB Bankd.   Hong Leong Bank Berhad
Fungsi bank perdagangana.   Menerima dan menyimpan wang     melalui akaun simpanan, akaun     simpanan tetap, dan akaun se...
f)   Perkhidmatan wasiat dan pemegang     amanahg)   Perbankan elektronikh)   Memberi khidmat nasihat danpelaburani)   Men...
Bank Saudagar1.   Bank yang hanya menawarkan        perkhidmatan kepada badan     perniagaan     yang besar seperti     sy...
4.   Fungsi bank saudagar:a)   Memberi pinjaman kepada syarikat besarb)   Menerima simpanan daripada syarikat     besar.c)...
e) Membantu syarikat berhad menerbitkansyer dan debentur dan juga menyenaraikansyer di Bursa Saham.
Bank badan berkanun1.   Bank badan berkanun adalah dimiliki     oleh kerajaan kerana modalnya     disumbang oleh kerajaan....
3. Tiga jenis contoh bank badan berkanun:a) Bank simpanan Nasional.   Untuk menggalakkan orang ramai   menyimpan wang seca...
c) Bank Pertanian Malaysia/Agro BankUntuk menggalakkan pembangunan danperkembangan sektor pertanian.
Bank Koperasi1.   Bank koperasi adalah bank yang ditubuh     untuk menjaga dan melindungi kebajikan     dan kepentingan an...
4. Contoh bank koperasi:a.   Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad     atau Bank Rakyat.b.   Bank Persatuan Malaysia Berhad.
Fungsi bank koperasi :a.   Memberi pinjaman kepada     anggotanya.b.   Menyediakan kemudahan akaun     simpanan dan simpan...
Bank Islam1.   Bank Islam ditubuhkan mengikut Akta     Bank Islam 1983 yang menjalankan     aktivitinya mengikut syariah I...
Ciri-ciri bank Islam1.   Tidak membenarkan riba.a)   Ini bermakna bank Islam tidak menerima     dan membayar faedah atas p...
2.   Konsep perkongsian untung rugia)   Konsep ini diamal bagi mengganti     konsep faedah.b)   Ini bermakna semua pelabur...
3. Tidak membenarkan unsur maisir(perjudian)dan gharar(ketidakpastian).a) Bank Islam tidak akan membiayai projek   yang be...
Prinsip-prinsip Bank Islam1.   Tiga prinsip syariah yang diamalkan oleh     bank Islam ialah :a) Al-Mudharabah(Perkongsian...
iii)Jika berlaku kerugian, pelanggan akan    menanggungnya kecuali kerugian itu    disebabkan oleh kecuaian bank.b) Al-Mus...
ii)    Keuntungan yang diperoleh akan       dikongsi bersama mengikut nisbah yang       telah dipersetujui.iii)   Jika men...
c)    Al-Wadiah(Simpanan)i)    Merupakan perjanjian untuk      menyimpan harta.ii)   Pihak bank bertanggungjawab ke atas  ...
Perkhidmatan-perkhidmatanlain bank Islam.a)   Menerima simpanan daripada orang     ramai melalui akaun semasa, akaun     s...
c)   Membiayai perniagaan berdasarkan Al-     Musyarakah dan Al-Wakalah.d)   Lain-lain perkhidmatan seperti     pertukaran...
Perbezaan antara bank Islam dengan bankkonvensionalAspek              Bank Islam            Bank konvensionalUrus niaga   ...
INSURANS Semua peniaga terdedah kepada risiko yang boleh menyebabkan kerugian. Risiko ialah kemungkinan berlakunya kemalan...
1.   Untuk mendapatkan     perlindungan, peniaga perlu membeli     polisi insurans yang ditawarkan oleh     syarikat insur...
3. Istilah-istilah insurans :a)   Si diinsurans/insured          Pihak yang menyertai rancangan     insurans atau pemegang...
c) Polisi insurans      Surat perjanjian atau kontrak antara insured      dan insurer.      d) Premiumi)    Bayaran yang d...
e) Pampasan/ganti rugiGanti rugi yang dibayar kepada insureduntuk memulihkannya kepada asalsebelum mengalami kerugian.f) R...
4. Risiko perniagaan dapat dibahagikan    kepada :    Jenis Risiko    Boleh diinsuranskan-   Kemalangan            - Kecur...
Tidak boleh diinsuranskan-   Hutang lapuk               -    Ketidakstabilan harga-   Pengurusan tidak cekap         -    ...
a)     Risiko yang boleh diinsuranskani)     Risiko yang kekerapan kejadiannya dapat       diramal dan dikira secara peran...
b) Risiko yang tidak boleh diinsuranskan.i)     Risiko yang kekerapan kejadian tidak dapat       dikira.ii)    Kadar premi...
7.   Jenis insurans :     Jenis insurans          Perlindungan     a) Kenderaan bermotor   Melindungi peniaga             ...
c) Jaminan Setia       Melindungi peniaga                       daripada risiko pecah                       amanah, penipu...
f) Liabiliti Awam   Melindungi peniaga                    daripada tuntutan ganti                    rugi oleh orang awam ...
Kepentingan insuransa)   Melindungi nyawa dan harta benda     peniaga.b)   Peniaga lebih yakin walaupun     menghadapi pel...
e) Mengurangkan kerugian peniagakerana adanya pampasan.f) Peniaga boleh mendapatkan pinjamandengan membuat cagaran polisi.
Jenis syarikat insruans1)   Syarikat insurans konvensional     Syarikat insurans yang berdasarkan     empat prinsip utama ...
2) Syarikat TakafulSyarikat insurans Islam yang berlandaskanhukum syariah Islam. Contoh SyarikatTakaful Malaysia Berhad da...
3. Insurans secara Islama)   Si diinsurans dikenal sebagai peserta.b)   Peserta yang ditimpa kemalangan akan     dapat man...
d) Perjanjian dalam prinsip takaful adalah     berasaskan prinsip Mudharabah. Antara     perkara yang terkandung dalam    ...
Perbezaan antar insurans takaful dengan insurans konvensionalInsurans Takaful                Insurans KonvensionalTertaklu...
Insurans Takaful             Insurans KonvensionalTiada unsur maisir           Mempunyai unsur maisir(perjudian). Ganti ru...
PERGUDANGAN1.   Pergudangan bererti kegiatan     penyimpanan atau penstoran barang di     tempat yang sesuai dan selamat  ...
Peranan Pergudangana)  Membolehkan proses pengeluaran    dijalankan secara berterusan.   Proses pengeluaran adalah dilakuk...
b) Menjamin bekalan barang berterusan   Pergudangan menjamin bekalan barang di pasarantidak terputus. Barang yang berlebih...
d) Mengelakkan kerosakandan pembaziranBarang-barang yang mudah rosak sepertidaging, ikan dan ayam yang mudah rosak disimpa...
f) Memecah pukalGudang juga dapat berfungsi sebagaitempat pemecahan pukal. Barang yangdibeli secara pukal dapat dipecah ke...
g) Membantu perniagaanantarabangsaGudang telah memudahkan perniagaanimport dan eksport. Barang-barang disimpan didalam gud...
Ciri-ciri gudang yang baika)   Berdekatan dengan pelabuhan,     lapangan terbang, dan stesen kereta     api bagi memudahka...
c) Kesesuaian gudang dengan barangyang disimpan seperti barang yang mudahrosak dan tidak tahan lama disimpan digudang ding...
e) Pengurusan yang cekap dan sistemperekodan yang teratur supaya gudangdapat berfungsi dengan berkesan.f) Peralatan yang l...
Terdapat beberapa jenisgudang.a) Gudang peruncit       Dimiliki oleh peruncit besar-besaranuntuk menyimpan barang yang dib...
c) Gudang pengilangDimiliki oleh pengilang untuk menyimpanbahan mentah atau barang siap yangmenunggu untuk dijual.
d) Gudang simpanan sejukDigunakan untuk menyimpan barang-barang tidak tahan lama seperti sayur-sayuran, daging, ikan dan b...
e) Gudang bayar dan bawaDimiliki oleh pengilang dan pemboronguntuk menjual barang-barang teruskepada pengguna akhir.
f) Gudang kerajaanDimiliki oleh kerajaan untuk menyimpanbarang keluaran agensi kerajaan sepertiBERNAS, FAMA dan LKIM.
g) Gudang AwamDimiliki oleh kerajaan untuk disewakankepada peniaga.
h) Gudang dalam bonDimiliki oleh kerajaan untuk menyimpanbarang yang dikenakan cukai tetapicukainya belum dibayar.
Soalan kuiz1.   Berikan tiga peranan pergudangan     kepada peniaga.2.   Nyatakan tiga ciri gudang yang baik.
Pengangkutan1.   Pengangkutan penting kepada perniagaan kerana     pengangkutan memindahkan barang atau tenaga     pekerja...
c) Pengangkutan air – Cara yang paling murahtetapi lambat. Amat penting bagi perdaganganantarabangsa. Sesuai untuk mengang...
Peranan pengangkutana)  Meluaskan pasaranPengangkutan dapat meluaskan pasarankerana pengangkutan membolehkan barangdiagih ...
c) Meningkatkan pengeluaransecara besar-besaranPasaran yang luas membolehkanpengeluaran secara besar-besarandijalankan unt...
d) MengurangkanpembaziranPengangkutan dapat mengangkut barang-barang yang mudah rosak seperti buah-buahan dan hasil laut k...
e) Mengalakkanpertumbuhan ekonominegaraSistem pengangkutan yang cekap akanmenggalakkan pelbagai aktivitii ekonomidalam sek...
f) Membolehkan pergerakantenaga buruhMasalah sumber tenaga buruhdipermudahkan dengan adanyapengangkutan. Pengankutan dapat...
g) Mempelbagaikan pilihanpenggunaKemudahan penganktuan telahmembawa pelbagi barang danperkhidmatan yagn tidak dapat dikelu...
h) Menggalakkan perniagaanantarabangsaPerdagangan antarabangsa dapatdijalankan dengan lebih pesat denganbantuan kemudahan ...
Faktor-faktor yangmempengaruhi jenispengangkutana)   Kos pengangkutan-peniaga biasanya     akan memilih pengangkutan yang ...
c) Risiko kerosakanBarang yang mempunyai risiko kerosakanyang tinggi memerlukan pengangkutandan pengendalian yang rapi.
d) Nilai barangBarang yang bernilai tinggi perlu diangkutdengan cara pengangkutan yangmempunyai kawalan keselamatan yangra...
e) JarakPeniaga akan memilih jenis pengangkutanyang sesuai berdasarkan jarak perjalanan.Bagi jarak perjalanan dekat, penga...
f) Kesegeraan/keperluanBarang yang diperlu dengan segera sesuaidiangkut dengan pengangkutanudara, contohnya ubat, alat gan...
g)Mudah diperolehPeniaga perlu mempertimbangkan samaada destinasi muatan yang akan dihantarmempunyai kemudahan pengangkuta...
h) Kuantiti, saiz dan beratSaiz, berat, dan kuantiti barang perludipertimbangkan agar jenis pengangkutanyang dipilih mempu...
Soalan kuiz1.   Nyatakan tiga kepentingan     pengangkutan kepada peniaga.2.   Apakah faktor-faktor pemilihan jenis     pe...
PROMOSI1.   Promosi adalah usaha yang dilakukan     oleh peniaga untuk     memberitahu, menyedar, memujuk dan     seterusn...
Jenis Promosi                    Jenis promosi                Jualan     Promosi jualan   PublisitiPengiklanan            ...
1. Pengiklanan1.   Pengiklanan diguna untuk memberi     penerangan dan maklumat tentang     sesuatu barang atau perkhidmat...
c) Pengiklanan boleh dijalankan melaluipelbagai media sama ada media cetakatau media elektronik.  d) Media pengiklanan yan...
iv) Risalah, katalog, dan surat edaranv) Peragaan, pameran, dan pertunjukanvi) Lampu neonvii) Sampelviii) Halaman kuning
e) Pemilihan media pengiklananbergantung kepada :i.  kos- pengiklanan melalui televisyen    adalah lebih mahal daripada ma...
iii) Liputan pengiklanan- Jika untuk sesuatugolongan atau kawasan, maka mediaseperti poster, pameran, pertunjukan,peragaan...
2. Jualan langsung1.   Jualan langsung atau jualan terus     adalah cara promosi yang melibatkan     interaksi secara bers...
3. Contoh barang-barang yang dijualsecara jualan langsung adalah barangkosmetik, ubat-ubatan, barang kegunaandapur, bekas ...
3. Promosi jualana)   Promosi jualan dijalankan untuk     meningkatkan jualan seta mengeklakan     memperluaskan pasaran. ...
c) Cara promosi yang biasa digunakanadalah jualanmurah, demonstrasi, pameran, pemberiansampel, kupon, diskaun, cabutan ber...
4. Publisitia)   Publisiti merupakan penyampaian     meklumat mengenai sesuatu produk     melalui media massa oleh pihak y...
c) Publisiti boleh dilakukan melalui caraseperti menaja acara sesuatu pertunjukanatau pertnadingan untuk menarikperhatian ...
Soalan kuizMaklumat berikut adalah berkaitandengan sejenis promosi:         Syarikat minuman berkoko menaja      pertandin...
Jawapan : CSyarikat mendapat publisiti kerana namasyarikat dan produk disiar dalam mediamassa.
Peranan promosia)   Memperkenalkan barang dan     perkhidmatanb)   Memujuk dan mempengaruhi     penggunac)   Mewujudkan pa...
f) Memantapkan imej barand dan syarikatg)Menyaingi pesaing.
KOMUNIKASI1.   Komunikasi adalah proses penyampaian     mesej, maklumat dan pesanan sam ada     secara lisan atau bukan li...
Peranan Komunikasia)   Meluaskan pasaranb)   Memudahkan peniaga mengetahui keadaan     pasaran.c)   Mempercepatkan urusan ...
Jenis-jenis Komunikasia)   Televisyen dan radio-dikendalikan oleh     pihak kerajaan seperti RTM 1 dan pihka     swasta se...
d) Perkhidmatan kurier-memberiperkhidmatan membawa mel, bungkusanatau dokumen dengan segera. ContohDHL Worldwide.
Faktor-faktor pemilihan jeniskomunikasia)   Kos-dipengaruhi kemampuan kewangan     syarikat.b)   Jarak-peniaga akan memili...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Pkh perdagangan(bab 2)

778
-1

Published on

1 Comment
1 Like
Statistics
Notes
  • teacher too much spelling error
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total Views
778
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
34
Comments
1
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pkh perdagangan(bab 2)

  1. 1. BAB 2PENUBUHAN DANPENGENDALIANPERNIAGAAN
  2. 2. Jenis-jenis BantuanPerniagaanBank1. Bank adalah institusi kewangan yang menyediakan perkhidmatan seperti simpanan bayaran, dan pelbagai pembiayaan yang memudahkan peniaga.2. Antara beberapa kepentingan perbankan adalah :
  3. 3. a) Menyediakan kemudahan penyimpanan wang. Bank menyediakan kemudahan menyimpan wang kepada peniaga melalui akaun simpanan, akaun simpanan tetap dan akaun semasa.
  4. 4. b) Menyediakan kemudahan membuat dan menerima bayarani) Bank membuat pembayaran bagi pihak peniaga melalui sistem cek. Cek merupakan arahan pemegang akaun semasa kepada bank untuk membuat bayaran kepada pihak lain.
  5. 5. ii) Pihak bank juga menerima bayaran untuk peniaga. Apabila seseorang peniaga memasukkan cek yang diterimanya ke dalam bank, pihak bank akan memungut bayaran baginya.
  6. 6. c) Menyediakan kemudahan pembiayaani) Bank memberi pinjaman kepada peniaga melalui kemudahan overdraf dan pinjaman.ii) Kemudahan overdraf adalah diberikepada pemegang akaun semasa.Kemudahan ini membenarkan pelangganmengeluarkan wang melebihi jumlahdeposit dalam akaun semasanya.
  7. 7. iii) Bank juga memberi pinjaman kepada peniaga melalui pinjaman bercagaran dan kad kredit.d) Menyediakan perkhidmatan lain Bank juga menyediakan perkhidmatan lainkepada peniaga seperti pertukaran wangasing, cek kembara, peti simpananselamat, perkhidmatan nasihat danperundingan serta sebagai pemegang amanah.
  8. 8. BANK PUSAT1. Bank pusat di Malaysia dikenal sebagai Bank Negara Malaysia(BNM).2. Bank Negara adalah ditubuh dan dimiliki oleh kerajaan.3. Bank pusat mengawasi danmengawal pelaksanaan dasar danperaturan kewangan yang ditetapkan.
  9. 9. Fungsi Bank Pusata. Mengeluar dan mengawal mata wang negara.b. Menjadi jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan.c. Menjadi jurubank dan peminjam terakhir kepada bank perdagangan.d. Mengawal penghantaran wang ke luar negara.
  10. 10. e. Menyediakan tempat penjelasan cekf. Melaksanakan dasar-dasar kewangan kerajaan.
  11. 11. Bank Perdagangan1. Merupakan institusi kewangan yang diurus dan dimiliki sepenuhnya oleh swasta.2. Bank perdagangan memberi perkhidmatan kepada orang ramai dengan tujuan mendapat keuntungan.3. Contoh bank perdagangan di Malaysia adalah: a. Malayan Banking Berhad
  12. 12. b. Public Bankc. CIMB Bankd. Hong Leong Bank Berhad
  13. 13. Fungsi bank perdagangana. Menerima dan menyimpan wang melalui akaun simpanan, akaun simpanan tetap, dan akaun semasa.b. Menyediakan perkhidmatan pertukaran mata wang asing.c. Kad kredit dan kad ATMd. Peti simpanan selamate. Menjual cek kembara
  14. 14. f) Perkhidmatan wasiat dan pemegang amanahg) Perbankan elektronikh) Memberi khidmat nasihat danpelaburani) Menjadi perujuk atau mengeluar surat rujukan
  15. 15. Bank Saudagar1. Bank yang hanya menawarkan perkhidmatan kepada badan perniagaan yang besar seperti syarikat berhad.2. Bank saudagar tidak menyediakan perkhidmatan kepada orang awam.3. Contoh-contoh bank saudagar sepertia) AmMerchant Bank Berhadb) RHB Sakura Merchant Bank Berhad
  16. 16. 4. Fungsi bank saudagar:a) Memberi pinjaman kepada syarikat besarb) Menerima simpanan daripada syarikat besar.c) Membantu mengurus pelaburan bagi pihak syarikat berhad agar dapat keuntungan.d) Membantu syarikat berhad dalam pengambilalihan dan pencantuman syarikat berhad
  17. 17. e) Membantu syarikat berhad menerbitkansyer dan debentur dan juga menyenaraikansyer di Bursa Saham.
  18. 18. Bank badan berkanun1. Bank badan berkanun adalah dimiliki oleh kerajaan kerana modalnya disumbang oleh kerajaan.2. Bank badan berkanun adalah ditubuhkan oleh kerajaan bagi menyedia perkhidmatan dalam sektor- sektor tertentu.
  19. 19. 3. Tiga jenis contoh bank badan berkanun:a) Bank simpanan Nasional. Untuk menggalakkan orang ramai menyimpan wang secara kecil-kecilan.b) Bank Pembangunan Malaysia Berhad.Untuk menggalakkan penyertaanbumiputera dalam sektor perniagaan danperindustrian.
  20. 20. c) Bank Pertanian Malaysia/Agro BankUntuk menggalakkan pembangunan danperkembangan sektor pertanian.
  21. 21. Bank Koperasi1. Bank koperasi adalah bank yang ditubuh untuk menjaga dan melindungi kebajikan dan kepentingan anggotanya.2. Bank koperasi ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1948 untuk mempergiatkan pergerakan koperasi dan semangat bekerjasama di antara ahlinya.3. Bank koperasi mendapat modal melalui jualan saham dan simpanan daripada anggotanya.
  22. 22. 4. Contoh bank koperasi:a. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau Bank Rakyat.b. Bank Persatuan Malaysia Berhad.
  23. 23. Fungsi bank koperasi :a. Memberi pinjaman kepada anggotanya.b. Menyediakan kemudahan akaun simpanan dan simpanan tetap.c. Membuat pelaburan dalam projek pembangunan dan sebagainya.
  24. 24. Bank Islam1. Bank Islam ditubuhkan mengikut Akta Bank Islam 1983 yang menjalankan aktivitinya mengikut syariah Islam.2. Contoh bank Islam ialah :a) Bank Islam Malaysia Berhadb) Bank Muamalat Malaysia Berhad
  25. 25. Ciri-ciri bank Islam1. Tidak membenarkan riba.a) Ini bermakna bank Islam tidak menerima dan membayar faedah atas pelaburannya.b) Bank Islam tidak boleh membeli bon dan sekuriti kerajaan yang berasaskan faedah.c) Akta Pelaburan Kerajaan 1983 telah dilulus bagi kerajaan menerbit sijil atau bon pelaburan kerajaan berdasarkan syariah Islam. Hal ini membolehkan Bank Islam melabur sijil tersebut bagi mengikuti keperluan rizab yang ditetapkan.
  26. 26. 2. Konsep perkongsian untung rugia) Konsep ini diamal bagi mengganti konsep faedah.b) Ini bermakna semua pelaburan dan simpanan yang dibuat di bank Islam akan dibayar bahagian keuntungan yang diperoleh oleh bank.
  27. 27. 3. Tidak membenarkan unsur maisir(perjudian)dan gharar(ketidakpastian).a) Bank Islam tidak akan membiayai projek yang berunsur perjudian seperti kasino dan loteri.b) Bank Islam juga tidak akan membuat pelaburan yang mempunyai unsur gharar seperti ketidakpastian, penindasan, penipuan, dan ketidakadilan kepada mana-mana pihak. Oleh itu, aktiviti spekulasi adalah dilarang sama sekali.
  28. 28. Prinsip-prinsip Bank Islam1. Tiga prinsip syariah yang diamalkan oleh bank Islam ialah :a) Al-Mudharabah(Perkongsian untung)i) Merupakan perjanjian antara pihak bankdengan pelanggan dalam mengusahakansesuatu projek.ii) Keuntungan daripada projek akandibahagi antara kedua-dua pihak mengikutkadar yang dipersetujui.
  29. 29. iii)Jika berlaku kerugian, pelanggan akan menanggungnya kecuali kerugian itu disebabkan oleh kecuaian bank.b) Al-Musyarakah(Usaha sama)i) Merupakan perjanjian perkongsianantara bank dengan dua atau lebihpelanggan yang bersama-samamengendalikan sesuatu projek untukmencari keuntungan.
  30. 30. ii) Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi bersama mengikut nisbah yang telah dipersetujui.iii) Jika mengalami kerugian, kerugian tersebut akan dikongsi bersama mengikut kadar sumbangan modal mereka.
  31. 31. c) Al-Wadiah(Simpanan)i) Merupakan perjanjian untuk menyimpan harta.ii) Pihak bank bertanggungjawab ke atas keselamatan harta dan wang tunai yang diamanahkan oleh para pelanggan.
  32. 32. Perkhidmatan-perkhidmatanlain bank Islam.a) Menerima simpanan daripada orang ramai melalui akaun semasa, akaun simpanan, dan akaun pelaburan.b) Memberi pinjaman dan membiayai projek melalui prinsip Al-Mudharabah, Al- Bai-Bithaman-Ajil, Al-Ijarah, Al-Qard-Al- Hassan, Al-Bai-At-Takjiri.
  33. 33. c) Membiayai perniagaan berdasarkan Al- Musyarakah dan Al-Wakalah.d) Lain-lain perkhidmatan seperti pertukaran wang asing, menjual cek kembara, menjadi pemegang amanah, dan mengurus pelaburan bagi pihak pelanggan.
  34. 34. Perbezaan antara bank Islam dengan bankkonvensionalAspek Bank Islam Bank konvensionalUrus niaga Berpandukan kepada Berdasarkan undang- prinsip-prinsip dan undang dan hukum syarak. peraturan Akta Syarikat.Faedah atau riba Tidak dibenarkan Faedah menjadi faedah dan riba. amalan biasa dan merupakan sumber pendapatan.Pulangan kepada Pemegang akan Pemegang akanpemegang akaun dibayar pembahagian dibayar ganjaran keuntungan. faedah.Peranan bank Bank dan pelabur Bank bebas merupakan rakan melakukan pelaburan kongsi. yang menguntungkan.Pelaburan Pelaburan bebas Bank bebas daripada unsur gharar. melakukan pelaburan
  35. 35. INSURANS Semua peniaga terdedah kepada risiko yang boleh menyebabkan kerugian. Risiko ialah kemungkinan berlakunya kemalangan yang menyebabkan kerugian. Peniaga boleh mendapatkan perlindungan insurans bagi melindungi perniagaan mereka daripada risiko. Risiko yang boleh diinsuranskan ialah boleh dikira. Risiko dikira berdasarkan rekod kejadian pada masa lalu. Ini penting bagi menentukan kadar premium yang akan dikenakan.
  36. 36. 1. Untuk mendapatkan perlindungan, peniaga perlu membeli polisi insurans yang ditawarkan oleh syarikat insurans dan membayar sejumlah wang yang disebut premium.2. Apabila risiko yang diinsuranskan berlaku, syarikat insurans akan membayar ganti rugi atau pampasan bagi meminimumkan kerugian yang dialami.
  37. 37. 3. Istilah-istilah insurans :a) Si diinsurans/insured Pihak yang menyertai rancangan insurans atau pemegang polisi. b) Penginsurans/Insurer Syarikat yang memberi perlindungan atau pihak yang menawarkan skim insurans.
  38. 38. c) Polisi insurans Surat perjanjian atau kontrak antara insured dan insurer. d) Premiumi) Bayaran yang dikenakan oleh syarikat insurans untuk memberi perlindungan kepada insured.ii) Premium yang dibayar bergantung kepada jenis perlindungan, kadar risiko, jumlah yang diinsuranskan, dan tempoh kuat kuasa polisi.
  39. 39. e) Pampasan/ganti rugiGanti rugi yang dibayar kepada insureduntuk memulihkannya kepada asalsebelum mengalami kerugian.f) RisikoKemungkinan berlaku sesuatu perkarayang tidak diingini.
  40. 40. 4. Risiko perniagaan dapat dibahagikan kepada : Jenis Risiko Boleh diinsuranskan- Kemalangan - Kecurian- Kebakaran - Pecah Amanah- Rompakan - Kematian
  41. 41. Tidak boleh diinsuranskan- Hutang lapuk - Ketidakstabilan harga- Pengurusan tidak cekap - Rusuhan/peperangan- Perubahan cita rasa/fesyen - Bencana alam- Keadaan politik- Kemelesetan ekonomi
  42. 42. a) Risiko yang boleh diinsuranskani) Risiko yang kekerapan kejadiannya dapat diramal dan dikira secara perangkaan dan statik.ii) Terdapat rekod kekerapan kejadian masa lalu mengenai risiko dan kadar premium yang munasabah dapat ditetapkan.iii) Contoh : Kemalangan, kebakaran, rompakan, kecuria n, pecah amanah, dan kematian.
  43. 43. b) Risiko yang tidak boleh diinsuranskan.i) Risiko yang kekerapan kejadian tidak dapat dikira.ii) Kadar premium tidak dapat ditetapkan kerana tiada maklumat dan data yang lengkap mengenai risiko.iii) Contoh : Hutang lapuk, pengurusan tidak cekap, perubahan cita rasa atau fesyen, bencana alam, dan kemelesetan ekonomi.
  44. 44. 7. Jenis insurans : Jenis insurans Perlindungan a) Kenderaan bermotor Melindungi peniaga daripada risiko kerugian apabila kenderaan perniagaan terlibat dalam kemalangan atau kecurian. b) Kebakaran Memberi perlindungan terhadap kerugian akibat daripada kebakaran premis, stok, peralatan, dan kelengkapan perniagaan.
  45. 45. c) Jaminan Setia Melindungi peniaga daripada risiko pecah amanah, penipuan, dan ketidakjujuran pekerja yang diamanhkan dengan wang.d) Kecurian/rompakan Memberi perlindungan terhadap kecurian/rompakan wang tunai, stok, peralatan, dan kelengkapan pejabat.e) Pampasan pekerja Melindungi peniaga daripada tuntutan ganti rugi pekerja yang ditimpa kemalangan semasa bekerja.
  46. 46. f) Liabiliti Awam Melindungi peniaga daripada tuntutan ganti rugi oleh orang awam yang cedera atau mati semasa berada di premis niaganya.g) Nyawa Memberi perlindungan terhadap risiko kematian atau kelumpuhan anggota badan atau hilang upaya untuk bekerja.h) Perkapalan Melindungi kapal dan muatannya daripada risiko kerugian apabila kapal terlibat dalam perlanggaran, pelanunan,
  47. 47. Kepentingan insuransa) Melindungi nyawa dan harta benda peniaga.b) Peniaga lebih yakin walaupun menghadapi pelbagai risiko.c) Aktiviti perniagaan lebih terjamin dan dapat dilakukan secara besar-besaran.d) Melindungi peniaga daripada tuntutan yang dibuat oleh pekerja atau pihak ketiga.
  48. 48. e) Mengurangkan kerugian peniagakerana adanya pampasan.f) Peniaga boleh mendapatkan pinjamandengan membuat cagaran polisi.
  49. 49. Jenis syarikat insruans1) Syarikat insurans konvensional Syarikat insurans yang berdasarkan empat prinsip utama iaitu ganti rugi, penuh percaya, doktrin punca terdekat, dan kepentingan boleh diinsuranskan. Contoh MAA Assurance, Great Eastern Life , Assurance, Malaysia National Insurance(MNI).
  50. 50. 2) Syarikat TakafulSyarikat insurans Islam yang berlandaskanhukum syariah Islam. Contoh SyarikatTakaful Malaysia Berhad dan TakafulNasional Sendirian Berhad.
  51. 51. 3. Insurans secara Islama) Si diinsurans dikenal sebagai peserta.b) Peserta yang ditimpa kemalangan akan dapat manfaat kewangan untuk meringankan bebannya.c) Syarikat Takaful bertindak sebagai Al- Mudharib dan peserta-peserta perlu bertindak sebagai Sahib Ul-Mal.
  52. 52. d) Perjanjian dalam prinsip takaful adalah berasaskan prinsip Mudharabah. Antara perkara yang terkandung dalam perjanjian ialah:i) Cara pembahagian untungii) Cara penggunaan wang carumaniii) Hak-hak dan syarat –syarat perlindunganiv) Manfaat yang akan diperoleh peserta.
  53. 53. Perbezaan antar insurans takaful dengan insurans konvensionalInsurans Takaful Insurans KonvensionalTertakluk kepada Akta Tertakluk kepada AktaTakaful 1984 Insurans 1963(Pindaan 1996)Tiada unsur riba (faedah) Mempunyai unsur riba (faedah)Unsur ghara atau ketiadaan Bebas membuat pelaburanpenjelasan tidak wujud. tanpa perlu memaklumkanMenyata dengan jelas kepada pemegang polisi.terhadap pengurusanpremium dan pelaburan.
  54. 54. Insurans Takaful Insurans KonvensionalTiada unsur maisir Mempunyai unsur maisir(perjudian). Ganti rugi kerana insured dibayardibayar berdasarkan jumlah ganti rugi berdasarkanwang caruman terkumpul. premium yang dibayar.
  55. 55. PERGUDANGAN1. Pergudangan bererti kegiatan penyimpanan atau penstoran barang di tempat yang sesuai dan selamat sehingga barang itu diperlukan di pasaran.2. Tempat penyimpanan barang dikenal sebagai gudang.3. Tempat peyimpanan barang dikenal sebagai gudang.
  56. 56. Peranan Pergudangana) Membolehkan proses pengeluaran dijalankan secara berterusan. Proses pengeluaran adalah dilakukansepanjang masa walaupun kurang permintaanbarang-barang. Barang-barang yang dikeluardapat disimpan dalam gudang sementaramenunggu permintaan untuk dijual. Bahanmentah boleh disimpan di gudang bagimembolehkan proses pengeluaran tidakterjejas disebabkan kekurangan bahanmentah.
  57. 57. b) Menjamin bekalan barang berterusan Pergudangan menjamin bekalan barang di pasarantidak terputus. Barang yang berlebihan akan disimpandi gudang supaya dapat dibekal dan diedarsepanjang tahun.c) Menstabilkan harga barang di pasaranPergudangan membantu menstabilkan harga barangdengan megimbangkan penawaran dan permintaandi pasaran. Pergudangan akan menyimpan barangyang berlebihan dalam gudang danmengeluarkannya ke pasaran apabila terdapatkekurangan. Jika harga barang naik, maka barang digudang akan dikeluarkan bagi menurunkan hargabarang yang naik.
  58. 58. d) Mengelakkan kerosakandan pembaziranBarang-barang yang mudah rosak sepertidaging, ikan dan ayam yang mudah rosak disimpandalam gudang dingin beku untuk mengelakkanpembaziran dan kerosakan.e) Menjamin keselamatan barangBarang-barang yang disimpan di gudang adalahterlindung daripada cuaca seperti matahari danhujan yang boleh menyebabkan barang rosak. Disamping itu, gudang yang dilengkapi dengan alatpenggera keselamatan dan sistem pencegahkebakaran dapat menjamin keselamatan barangdaripada kehilangan dan kecurian..
  59. 59. f) Memecah pukalGudang juga dapat berfungsi sebagaitempat pemecahan pukal. Barang yangdibeli secara pukal dapat dipecah kepadakuantiti lebih kecil. Kerja akhir sepertimenggred, menimbang, menyukat, ,membungkus dan melabel dapat dijalankansupaya barang lebih mudah dijual.
  60. 60. g) Membantu perniagaanantarabangsaGudang telah memudahkan perniagaanimport dan eksport. Barang-barang disimpan didalam gudang sebelum ia diimport dandieksport. Gudang dalam bon menyediatempat kepada pengimport untuk menyimpanbarang sehingga duti import dibayar.Pergudangan juga membantu perniagaanentrepot dengan menyimpan barang importyang diproses sementara menunggu masauntuk dieksport semula.
  61. 61. Ciri-ciri gudang yang baika) Berdekatan dengan pelabuhan, lapangan terbang, dan stesen kereta api bagi memudahkan pengangkutan.b) Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik seperti sistem penggera yang baik yang dapat mencegah kecurian atau rompakan.
  62. 62. c) Kesesuaian gudang dengan barangyang disimpan seperti barang yang mudahrosak dan tidak tahan lama disimpan digudang dingin beku.d) Ruan gudang yang luas dan mencukupisupaya barang dapat disusun dengankemas mengikut jenis dan kuantiti.
  63. 63. e) Pengurusan yang cekap dan sistemperekodan yang teratur supaya gudangdapat berfungsi dengan berkesan.f) Peralatan yang lengkap bagimembolehkan kerja punggah-memunggahdilakukan dengan cepat dan selamat.
  64. 64. Terdapat beberapa jenisgudang.a) Gudang peruncit Dimiliki oleh peruncit besar-besaranuntuk menyimpan barang yang dibelisecara pukal daripada pengilang ataupemborong..b) Gudang pemborongDimiliki oleh pemborong untuk menyimpanbarang yang dibeli secara pukal daripadapengilang.
  65. 65. c) Gudang pengilangDimiliki oleh pengilang untuk menyimpanbahan mentah atau barang siap yangmenunggu untuk dijual.
  66. 66. d) Gudang simpanan sejukDigunakan untuk menyimpan barang-barang tidak tahan lama seperti sayur-sayuran, daging, ikan dan buah-buahan.
  67. 67. e) Gudang bayar dan bawaDimiliki oleh pengilang dan pemboronguntuk menjual barang-barang teruskepada pengguna akhir.
  68. 68. f) Gudang kerajaanDimiliki oleh kerajaan untuk menyimpanbarang keluaran agensi kerajaan sepertiBERNAS, FAMA dan LKIM.
  69. 69. g) Gudang AwamDimiliki oleh kerajaan untuk disewakankepada peniaga.
  70. 70. h) Gudang dalam bonDimiliki oleh kerajaan untuk menyimpanbarang yang dikenakan cukai tetapicukainya belum dibayar.
  71. 71. Soalan kuiz1. Berikan tiga peranan pergudangan kepada peniaga.2. Nyatakan tiga ciri gudang yang baik.
  72. 72. Pengangkutan1. Pengangkutan penting kepada perniagaan kerana pengangkutan memindahkan barang atau tenaga pekerja dari suatu tempat ke tempat yang lain.2. Jenis pengangkutan:a) Pengangkutan darat- terdiri daripada pengankutan jalan raya dan rel. Pengangkutan ini paling popular dan paling banyak digunakan.b) Pengangkutan udara-pengangkutan yang paling pantas dan mahal. Menggunakan kapal terbang dan helikopter dan sesuai untuk mengangkut barang-barang kecil, ringan, mahal, segar dan diperlukan segera.
  73. 73. c) Pengangkutan air – Cara yang paling murahtetapi lambat. Amat penting bagi perdaganganantarabangsa. Sesuai untuk mengangkutbarang-barang yang besar, berat, tahan lamadan bernilai rendah.d) Pengangkutan dengan saluran paip.Cara yang sesuai untuk menghantar bahancecair seperti minyak, air serta gas. Saluranpaip boleh dibina di atas tanah, dalam tanahatau dalam laut. Kos pembinaannya adalahtinggi.
  74. 74. Peranan pengangkutana) Meluaskan pasaranPengangkutan dapat meluaskan pasarankerana pengangkutan membolehkan barangdiagih ke merata tempat.b) Mengurangkan kos penyimpanan stok.Sistem pengangkutan yang cekap telahmembolehkan bekalan stok dapat diagihkanke pasaran dengan segera. Dengan itu, modalpeniaga tidak terikat kepada stok yangbanyak. Peniaga juga dapat menjimatkan kospergudangan, kos insurans, dan sebagainya..
  75. 75. c) Meningkatkan pengeluaransecara besar-besaranPasaran yang luas membolehkanpengeluaran secara besar-besarandijalankan untuk memenuhi permintaan.Pengeluaran secara besar-besaran dapatmenjimatkan kos pengeluaran danmenurunkan harga barang.
  76. 76. d) MengurangkanpembaziranPengangkutan dapat mengangkut barang-barang yang mudah rosak seperti buah-buahan dan hasil laut ke pasaran sebelumbarang itu hilang kesegaran. Ini daaptmengurangkan risiko yang akan merugikanpeniaga.
  77. 77. e) Mengalakkanpertumbuhan ekonominegaraSistem pengangkutan yang cekap akanmenggalakkan pelbagai aktivitii ekonomidalam sektor pembuatan, petaniaan danperlombongan. Kegiatan ini dapatmewujudkan peluang pekerjaan danmeningkatkan taraf hidup penduduk.
  78. 78. f) Membolehkan pergerakantenaga buruhMasalah sumber tenaga buruhdipermudahkan dengan adanyapengangkutan. Pengankutan dapatmembawa tenaga buruh ke tempat yangmemerlukan khidmat mereka dengansegera.
  79. 79. g) Mempelbagaikan pilihanpenggunaKemudahan penganktuan telahmembawa pelbagi barang danperkhidmatan yagn tidak dapat dikeluartempatan dibawa masuk dari negara lain.Kesannya pengguna dapat menikamtipilihan barang atau perkhidmatan yanglebih luas.
  80. 80. h) Menggalakkan perniagaanantarabangsaPerdagangan antarabangsa dapatdijalankan dengan lebih pesat denganbantuan kemudahan pengngkutan. Aktivitieksport dan import barang dapatdijalankan dengan lebih mudah dansistematik dengan pengangkutan laut danudara.
  81. 81. Faktor-faktor yangmempengaruhi jenispengangkutana) Kos pengangkutan-peniaga biasanya akan memilih pengangkutan yang murah dan ekonomi.b) Jenis dan sifat barang- Barang yang segar dan dan tidak tahan lama perlu dihantar dengan pengangkutan yang cepat.
  82. 82. c) Risiko kerosakanBarang yang mempunyai risiko kerosakanyang tinggi memerlukan pengangkutandan pengendalian yang rapi.
  83. 83. d) Nilai barangBarang yang bernilai tinggi perlu diangkutdengan cara pengangkutan yangmempunyai kawalan keselamatan yangrapi.
  84. 84. e) JarakPeniaga akan memilih jenis pengangkutanyang sesuai berdasarkan jarak perjalanan.Bagi jarak perjalanan dekat, pengangkutanjalan raya lebih sesuai sebab lebih murahdan cepat. Pengangkutan rel lebih sesuiabagi perjalanan jarak jauh dalam negarasebab kadar tambang untuk kereta apitidak bertambah mengikut kadar jarakperjalanan.
  85. 85. f) Kesegeraan/keperluanBarang yang diperlu dengan segera sesuaidiangkut dengan pengangkutanudara, contohnya ubat, alat ganti mesindan sebagainya.
  86. 86. g)Mudah diperolehPeniaga perlu mempertimbangkan samaada destinasi muatan yang akan dihantarmempunyai kemudahan pengangkutanyang dipilih.
  87. 87. h) Kuantiti, saiz dan beratSaiz, berat, dan kuantiti barang perludipertimbangkan agar jenis pengangkutanyang dipilih mempunyai ruangan muatanyang mencukupi.
  88. 88. Soalan kuiz1. Nyatakan tiga kepentingan pengangkutan kepada peniaga.2. Apakah faktor-faktor pemilihan jenis pengangkutan?
  89. 89. PROMOSI1. Promosi adalah usaha yang dilakukan oleh peniaga untuk memberitahu, menyedar, memujuk dan seterusnya mempengaruhi pengguna untuk membeli suatu barang atau perkhidmatan.2. Promosi dapat dibahagikan kepada pengiklanan, jualan langsung, promosi jualan, dan publisiti.
  90. 90. Jenis Promosi Jenis promosi Jualan Promosi jualan PublisitiPengiklanan langsung
  91. 91. 1. Pengiklanan1. Pengiklanan diguna untuk memberi penerangan dan maklumat tentang sesuatu barang atau perkhidmatan serta mempengaruhi orang ramai untuk membeli.2. Ia juga digunakan untuk memperkenalkan sesuatu keluaran baru dan mengingat orang ramai tentang barang dan perkhidmatan yang sedia wujud di pasaran.
  92. 92. c) Pengiklanan boleh dijalankan melaluipelbagai media sama ada media cetakatau media elektronik. d) Media pengiklanan yang biasadigunakan adalah seperti berikut :i) Surat khabar dan majalahii) Radio dan televisyeniii) Poster dan papan tanda
  93. 93. iv) Risalah, katalog, dan surat edaranv) Peragaan, pameran, dan pertunjukanvi) Lampu neonvii) Sampelviii) Halaman kuning
  94. 94. e) Pemilihan media pengiklananbergantung kepada :i. kos- pengiklanan melalui televisyen adalah lebih mahal daripada majalah atau surat khabar.ii. Jenis barangan – Alat-alat solek dan pakaian wanita adalah lebih baik dan berkesan jika diiklankan dalam majalah wanita.
  95. 95. iii) Liputan pengiklanan- Jika untuk sesuatugolongan atau kawasan, maka mediaseperti poster, pameran, pertunjukan,peragaan, katalog atau sampel adalahlebih baik.iv) Jenis pengguna- media digunakanmengikut sasara untuk pasaran sepertiuntuk kanak-kanak, remaja dan wanita.
  96. 96. 2. Jualan langsung1. Jualan langsung atau jualan terus adalah cara promosi yang melibatkan interaksi secara bersemuka antara jurujual dengan bakal pembeli.2. Jurujual yang terlatih akan mengadakan demonstrasi untuk memperkenalkan produk dan seterusnya memujuk pelanggan untuk membeli barang.
  97. 97. 3. Contoh barang-barang yang dijualsecara jualan langsung adalah barangkosmetik, ubat-ubatan, barang kegunaandapur, bekas plastik dan sebagainya.
  98. 98. 3. Promosi jualana) Promosi jualan dijalankan untuk meningkatkan jualan seta mengeklakan memperluaskan pasaran. Promosi jualan biasanya digunakan dalam tempoh yang singkat sahaja.b) Promosi jualan diadakan untuk menggalakkan orang ramai datang ke tempat promosi dengan tujuan menarik perhatian mereka membeli produk yang dipromosi.
  99. 99. c) Cara promosi yang biasa digunakanadalah jualanmurah, demonstrasi, pameran, pemberiansampel, kupon, diskaun, cabutan bertuahdan tawaran istimewa.
  100. 100. 4. Publisitia) Publisiti merupakan penyampaian meklumat mengenai sesuatu produk melalui media massa oleh pihak yang tidak mempunyai kepentingan terhadap sesuatu produk.b) Maklumat yang disimpan oleh media massa adalah bebas dan berkecuali tanpa arahan daripada peniaga.
  101. 101. c) Publisiti boleh dilakukan melalui caraseperti menaja acara sesuatu pertunjukanatau pertnadingan untuk menarikperhatian orang ramai tentang kewujudanproduk.
  102. 102. Soalan kuizMaklumat berikut adalah berkaitandengan sejenis promosi: Syarikat minuman berkoko menaja pertandingan bola sepak antara sekolah menengahApakah jenis promosi di atas?A Promosi jualan C PublisitiB Jualan langsung D Pengiklanan
  103. 103. Jawapan : CSyarikat mendapat publisiti kerana namasyarikat dan produk disiar dalam mediamassa.
  104. 104. Peranan promosia) Memperkenalkan barang dan perkhidmatanb) Memujuk dan mempengaruhi penggunac) Mewujudkan pasaran baru.d) Mengekalkan pasaran sedia adae) Meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan.
  105. 105. f) Memantapkan imej barand dan syarikatg)Menyaingi pesaing.
  106. 106. KOMUNIKASI1. Komunikasi adalah proses penyampaian mesej, maklumat dan pesanan sam ada secara lisan atau bukan lisan.2. Komunikasi boleh disampaikan dalam bentuk lisan seperti telefon, telefon bimbit, radio, televisyen dan sidang video.3. Komunikasi bukan lisan adalah komunikasi secara bertulis, seperti surat, telegram, teleks, telefaks dan surat khabar.
  107. 107. Peranan Komunikasia) Meluaskan pasaranb) Memudahkan peniaga mengetahui keadaan pasaran.c) Mempercepatkan urusan perniagaan.d) Menyampai dan menyebar maklumat.e) Memudahkan promosi.f) Memudahkan pentadbiran dan kawalan perniagaan- Segala dasar dan keputusan syarikat dapat disalurkan kepada ahli organisasi dengan segera melalui sistem komunikasi yang cekap. Kawalan juga dapat dijalankan dengan lebih cekap dengan bantuan alat komunikasi. Ini adalah penting untuk perniagaan yang mempunyai banyak cawangan.
  108. 108. Jenis-jenis Komunikasia) Televisyen dan radio-dikendalikan oleh pihak kerajaan seperti RTM 1 dan pihka swasta seperti ASROb) Perkhidmatan pos-dikendalikan sepenuhnya oleh Pos Malaysia Berhad.c) Perkhidmatan Telekomunikasi- dikendalikan oleh TELEKOM, MAXIS, dan DIGI. Disediakan dalam bentuk lisan, bercetak dan audio visual.
  109. 109. d) Perkhidmatan kurier-memberiperkhidmatan membawa mel, bungkusanatau dokumen dengan segera. ContohDHL Worldwide.
  110. 110. Faktor-faktor pemilihan jeniskomunikasia) Kos-dipengaruhi kemampuan kewangan syarikat.b) Jarak-peniaga akan memilih jenis komunikasi yang murah pada jarak jauh.c) Kesegeraan-komunikasi yang cepat seperti kurier dan telefaks.d) Jenis maklumat-Bagi maklumat yang sulit, jenis komunikasi yang dipilih hendaklah selamat.e) Mudah didapati-jenis komunikasi yang dipilih hendaklah mudah didapati.
  1. A particular slide catching your eye?

    Clipping is a handy way to collect important slides you want to go back to later.

×