Pengumuman

  • 5,651 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
5,651
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
98
Comments
1
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Disediakan oleh: GELMY DENIS ALLERY JIMMY JACKRYSON AHYIT LIANA ANAK MERIKAN AINUL ASYIFAH BT AZMEE ZURINA HANIM BINTI MUSLEH
  • 2. FOKUS PEMBELAJARANDefinisiJenis-jenis pengumumanFormat menulis pengumumanCiri-ciri pengumuman yang baikStrategi penyampaian pengumumanyang berkesanAlat bantu yang sesesuaiContoh teks pengumuman
  • 3.  Berasal daripada perkataan ‘umum’ yang bermaksud secara keseluruhan, bersifat menyeluruh, mengenai keseluruhan sesuatu (Kamus Dewan Edisi Keempat). Pengumuman bermaksud perihal (perbuatan dan sebagainya) mengumumkan, pemberitahuan kepada orang ramai, serta sebagai pemakluman. Pengumuman dibuat secara lisan atau tulisan yakni melalui elektronik atau media cetak (Carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu, 2010).
  • 4. Menurut Ab.Rahman Ab. Rashid & Yap (2002) dalam buku Bahasa Melayu Kontekstual, pengumuman ialah pemberitahuan atau pemakluman yang ditujukan kepada orang ramaiMenurut Arbak Othman (1995) pengumuman ialah hal yang disebarkan atau sebagai makluman.
  • 5. JENIS-JENIS PENGUMUMAN LISAN BERTULISpengumuman secara Maklumat yang inginlangsung daripada disampaikan hanya dapatpenyampai sama ada diperoleh dan difahamimenggunakan alat oleh khalayak melaluipembesar suara atau pembacaan.tidak.
  • 6. FORMAT UMUM MENULIS PENGUMUMANPENDAHULUAN Mengandungi maklumat umum. Contoh ayat:a) Dengan ini kami umumkan…b) Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di… Penggunaan ucapan yang bertatasusila untuk menunjukkan kesantunan berbahasa seperti Selamat Pagi, Salam Sejahtera dan kata-kata sapaan atau panggilan hormat seperti Tuan-tuan dan puan-puan
  • 7. Isi Mengandungi maklumat yang penting dan cukup agar dapat mendapat maklum balas daripada kumpulan sasaran. Contoh ayat:a) Para pelajar yang berminat diminta segera mendaftar di…b) Kepada para pemenang, diharapkan dapat mengambil hadiah masing-masing pada…Penutup Menandakan berakhirnya sesuatu pengumuman. Contoh ayat:a) Terima kasih atas perhatian tuan-tuan dan puan-puan.b) demikian yang dapat kami sampaikan.c) Harap maklum. Terima kasih.
  • 8. PENGUMUMAN LISANMengandungi maklumat berikut: Kumpulan sasaran. Tujuan atau agenda. Tarikh. Masa. Lokasi/Tempat pertemuan.o Kandungan maklumat dalam sesuatu pengumuman bergantung kepada tujuan pengumuman.
  • 9. CONTOH PENGUMUMAN PEMBERITAHUANPerhatian kepada Saudara Abd Rahim bin Ahmad dari Unit PPISMP Semester 2(kumpulan sasaran). Anda dikehendaki berjumpa En.Izlan Yusof(tujuan), pada 11 Januari 2012(tarikh) pada pukul 3 petang(masa) di Pejabat HEP(lokasi).Perhatian kepada pemilik kenderaan bernombor NCJ 996(kumpulan sasaran). Sila alihkan kenderaan anda(tujuan) sekarang(masa) kerana mengganggu lalu lintas. Terima kasih.
  • 10. CONTOH PENGUMUMAN SEBARANPerhatian kepada orang ramai (kumpulan sasaran), anda dijemput hadir beramai- ramai ke pusat jualan peralatan komputer tahunan (tujuan), pada 21 Oktober 2012 (tarikh), dari jam 9 pagi hingga 10.30 malam (masa), bertempat di perkarangan Kompleks Beli Belah Centre Square, Sungai Petani (lokasi).
  • 11. PENGUMUMAN BERTULISMengandungi maklumat berikut: Tajuk Kumpulan sasaran Tujuan atau agenda Tarikh Masa lokasi/tempat Sumber pengumuman
  • 12. CONTOH PENGUMUMAN BERTULIS Perisytiharan Jualan Lelong Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Johor Bahru(tajuk).. AKAN MENJUAL SECARA LELONGAN AWAM(tujuan/agenda) PADA HARI ISNIN,17 OGOS 2012(tarikh) JAM 10.30 PAGI(masa) DI BILIK LELONG MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU(lokasi)No.Hak milik/No.Lot: HS(D)36526 (Dahulu HS(D)132096/PTD 25387Bakal pembeli(kump.sasaran) dinasihatkan….Untuk butir-butir selanjutnya, sila hubungi: (sumber)
  • 13. CIRI-CIRI PENGUMUMAN YANG BAIK Isi yang Memasukkan disampaikan Maklumat perkaraperlu tegas dan perlu ringkas penting tepat dan padat. sahaja. maksudnya. Bahasa yang Menggunakan jelas dan ayat pasif untuk mudah difahami memelihara sifat umum. keobjektifan.
  • 14. STRATEGI PENYAMPAIAN PENGUMUMAN YANG BERKESANMenyediakan teks/draf pengumumanMenyampaikan pengumuman setelah bersediaBerada di tempat yang sesuaiMengawal pernafasanMemastikan tiada gangguan luarMenyampaikan dengan lancar, tidak meleret-leret da berbalik-balik
  • 15. Memberikan penekanan kepada aspek pertuturan yang baik iaitu:a) Sebutanb) Tekananc) Intonasid) Nadae) Jedaf) Morag) Tempoh) Kelantangan suarai) Kelancaran
  • 16. Mengulang pengumuman dua kaliMencari masa yang paling sesuaiMenunjukkan penampilan diri yang sesuaiBerada di tempat yang sesuai dan dikhaskan untuk menyampaikan pengumuman (bilik siaraya).Menggunakan ayat dan bahasa yang mudah difahami supaya tidak berlaku percanggahan maklumat oleh penerima maklumat.Tidak menggunakan bahasa kiasan atau sindiran. - Maklumat yang disampaikan tidak berjayadifahami oleh penerima maklumat dan menyebabkanada pihak yang terasa hati.
  • 17. ALAT BANTUANPerakam suara dan video.Pembesar suara.Mikrofon.Radio.Internet.Faksimili.Sistem pesanan ringkas.Media cetak/kain rentang.
  • 18. KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PENGUMUMAN
  • 19. Penting kerana dapat memberitahu khalayak mengenai maklumat penting dan perkara-perkara yang berlaku. KELEBIHAN Bahasanya yang ringan dan Dapat mudah difahamidisampaikan menyenangkan dengan khalayak untuk pelbagai memahami pengumuman. media elektronik.
  • 20. Keberkesanan pengumuman tidak dapat diketahui kerana tiada tindakan susulan pengumuman diberikan. KELEMAHAN Pembaca atau pendengar yang tidak mempunyai kemudahan seperti media elektronik atau media cetak mungkin tidak dapat menerima pengumuman.
  • 21. BIBLIOGRAFIAb. Rahman Ab. Rashid, Yap, K.F. (2002). Bahasa Kebangsaan (Edisi Kedua). Petaling Jaya : Pearson.Carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (2010). Pengumuman. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 5 Julai 2012 dari laman sesawang : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pengumuman&d=10Kamarudin Haji Husin, Siti Hajar Abd. Aziz. (1999). Bahasa Kebangsaan (A). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.Khairuddin Muhammad et al. (2012). Bahasa Melayu Kontekstual. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.