• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Ketaksamaan web
 

Ketaksamaan web

on

  • 2,228 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,228
Views on SlideShare
2,228
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
60
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Ketaksamaan web Ketaksamaan web Document Transcript

    • Budaya: Bab 4 Ketaksamaan Peluang Pendidikan KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN1) Definisi Ketaksamaan Menurut Kamus Dewan edisi ke-3: Ketidaksamaan perihal (sifat, keadaan) tidak sama antara gambaran dan hakikat.• Noran Fauziah Yaakub - keadaan di mana manusia tidak memperoleh ganjaran sosial yang sama.• Perbezaan semulajadi seperti sahsiah,kecondongan yang berlainan• Perbezaan darjat@taraf seperti keupayaan mental, bakat dan kekuatan• Bergantung kepada penilaian sesuatu masyarakat• Penilaian tersebut adalah suatu yang berterusan dalam suatu jangka masa panjang• Penilaian boleh diwarisi dari satu generasi ke genarasi yang lain• Memberi kesan langsung kepada peluang-peluang pendidikan 2)Jantina Gender Memberi makna wujudnya status, cita-cita, perlakuan dan ciri-ciri yang sesuai untuk lelaki dan perempuan, interaksi lelaki dan perempuan. Zaman tradisonal: fungsi wanita terhad sebagai pembantu suami. Pada zaman penjajahan peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki. Amalan patriarki iaitu menerima budaya lelaki sebagai ketua yang mempunyai kuasa dan dominasi ke atas wanita dan kanak-kanak. Sistem meritokrasi telah digunakan iaitu pemilihan berdasarkan pencapaian akademik dan bukannya gender. Kecenderungan pemilihan kursus di institusi pengajian tinggi 3)Murid Berkeperluan Khas Dr. Chua Tee Tee- satu program khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa. Mempunyai kecerdasan yang amat rendah atau kebolehan mental yang lebih tinggi. Persekitaran yang kurang yang kurang “mesra” menyebabkan golongan ini tertinggal. Mereka mengalami kecelaruan tingkah laku Tingkah laku terbias Tingkah laku bersifat pengongkongan dalaman. Mengalami ketidakmatangan yang sangat ketara. Golongan ini mesti diberi peluang supaya tidak tertinggal dalam arus pendidikan nasional. Melalui Akta Pendidikan Khas 1966 memberi kuasa kepada KPM menyediakan pendidikan yang sesuai untuk golongan ini. 4)Siapakah Mereka? Kerencatan mental Masalah pembelajaran Kecelaruan tingkah laku Kecacatan pendengaran & masalah komunikasi Kecacatan penglihatan Kecacatan fizikal Pintar cerdas & berbakat istimewa
    • 5)Kerencatan Akala) Autisme - ketidakupayaan kanak-kanak memahami perkara sekeliling. - biasanya mula berlaku pada usia 30 bulan. - gangguan dalam otak yang menguasai bahagian kefahaman, emosi & komunikasi. Bilangan pengidap di dunia 10-15 dalam 10 ribu orang. Kanak-kanak lelaki lebih banyak mengidap dengan nisbah 4:1. Ciri-ciri Autisme; Suka menyendiri Masalah bahasa & komunikasi Asyik dengan aktiviti sendiri Ketawa tiba-tiba Tidak rasa sakit apabila jatuh Tidak takut pada bahaya Menangis/marah tanpa sebab Mengulangi kata-kata Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal Tidak bertentangan mata semasa bercakap Menunjukkan dgn jara arah yang disukai Bertingkah laku melampau Cara Mengatasi; Pakar jiwa. Ibu bapa bersabar dan membimbing dengan penuh perhatian. Boleh sembuh jika mengidapi sebahagian ciri-cirinya. Hantar ke Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia untuk rawatan. b)Sindrom down Sindrom Down - kecacatan mental dan fizikal. - Punca pembahagian kromoson yang tidak seimbang. - Wanita mengandung berumur 40 tahun ke atas kebarangkalian bayi mendapat sindrom down 5%. Ciri-ciri; Fizikal Kepala bulat Hidung kemik Berbadan pendek Mata sepet Rupa hampir serupa Mudah mendapat penyakit jantung, sembelit & leukemia Kecerdasan IQ rendah daripada 50 Boleh diajar mengurus diri apabila meningkat dewasa c)Cerebral palsy Cerebral-otak & palsy-kurang daya kawalan pada otot. Penyakit yang berkaitan dengan kerosakan otot.
    •  Bukan berpunca daripada keturunan tetapi faktor lain. Otot kurang bermaya (mudah letih) & lambat menyiapkan kerja. Terjejas pusat kawalan otok di otak. Masalah koordinasi antara kawalan otot dan pergerakan tangan dan badan. Kesan-gerak badan kekok, imbangan badan mengeletar, badan lembik, kaki & tangan kejang,masalah menghisap & menelan Punca; Kerosakan otak Deman kuning yang teruk selepas lahir Deman panas Kelahiran awal Kecederaan, pembengkakan otak & selaput Jangkitan rahim Pendarahan sebelum kelahiran Rawatan; Mengajar kebolehan asas. Berjumpa pakar otopedik, fisioterapi, jurupulih cara kerja & jurupulih pertuturan d) Kecacatan Penglihatan Keadaan seseorang tidak dapat melihat dan memerlukan braille. Individu yang kehilangan penglihatan sepenuhnya atau ketajaman penglihatan 6/60 atau 20/200 atau kurang. Individu yang tidak nampak sebarang cahaya dan penglihatannya 3/60 atau kurang. Definisi di Malaysia- mereka yang tidak boleh melihat dengan terang tanpa kawalan cahaya, kanta khas dan latihan khusus. Punca; Penyakit berjangkit- siplis, campak rubell. Keturunan Jangkitan kuman semasa mengandung. Kekurangan vitamin A. Termakan bisa Kemalangan Hewett & Forness- cirinya dapat dilihat dari segi rupa, tingkah laku & aduan. rupa: sensitif pada cahaya, bgh tepi mata merah & berair, juling terdapat bintik putih di tengah mata hitam. Tingkah laku: mengosok-gosok mata, menutup sebelah mata, selalu mengelip mata, menjeling kelopak mata dan memegang buku dekat dengan mata. Aduan: mengadu mata panas, kabur, berganda & pening kepala. e) Kecacatan Pendengaran Terbahagi dua pekak deria tidak berfungsi dan separuh pekak boleh mendengar tetapi kurang jelas boleh dibantu dengan bantuan alat. Kecacatan pendengaran tidak mengalami kecacatan akal. Ciri-ciri; Lambat menjawab pertanyaan Lain ditanya lain dijawab Gangguan dalam sebutan Sukar menguasai kosa kata
    •  Menyendiri Punca; Baka Jangkitan kuman semasa mengandung Ibu mengidap kencing manis, penyakit beri-beri & pernah menagih dadah Lahir tidak cukup bulan Demam campak Terdedah bunyi yang sangat kuat f)Kecelaruan Tingkah Laku Hiperaktif- terdiri daripada lelaki dan tingkah lakunya jelas pada usia 4-9 tahun. Mula berkurangan pada usia 9 tahun ke atas. Jika tidak berubah langkah rawatan mesti diambil untuk mengelakkan masalah tingkah laku. g)Ciri-ciri Hiperektif Bising/merayau Mengganggu orang tanpa sebab Nakal& tidak takut pada hukuman Tidak mendengar kata Tidak menumpukan pada kelas Tidak menyiapkan kerja sekolah Suka membuat rekaan Suka merosakkan harta orang Kasar Resah Tidak disukai orang lain Punca; Kurang kasih sayang Minta perhatian Pengaruh cerita Pengaruh keluarga Kerosakan otak Sifat semula jadi Selalu ditakuti oleh keluarga semasa kecil Kebimbangan tinggi Deraan Keluarga terlampau keras dalam mendidik h)Masalah Pembelajaran Masalah Pembacaan (Dyslexia) sebagai gangguan yang jelas menunjukkan kesukaran membaca walaupun diajar secara lisan. mempunyai kecerdikan yang memuaskan & boleh bersosio budaya. otak kanak-kanak tidak dapat memproses bahasa dan bunyi dengan baik. mereka mengalami kesukaran mengikuti arahan sama ada secara lisan atau tulisan. Kesukaran ini akan hilang apabila meningkat dewasa. Ciri-ciri; Kesukaran membaca sifir, tambah & tolak.
    •  Selalu menggunakan jari atau alat untuk mengira. Melakukan banyak kesilapan ejaan. Lambat atau terhenti-henti ketika membaca. Kesukaran menyebut atau menulis abjad tertentu spt s,c,p & d. Perlu perhatian dan kesabaran untuk mendidik kanak-kanak ini. Boleh dipulihkan. i)Ciri-ciri Kanak-kanak Pintar Cerdas Daya pemerhatian tajam & perasaan igin tahu tinggi. Bahsa- perbandaharaan kata luas & pertuturan lancar. Menyelesaikan masalah kreatif & inovatif. Ingatan yang baik. Cepat menguasai kemahiran baru. Menunjukkan bakat luar biasa. Menggunakan perkara yang dipelajari dalam konteks baru. Menyusun turutan secara logik. Menghasilkan idea yang aneh & tidak munasabah. Boleh berbincang & menghuraikan idea. Minat menulis & membaca. Cepat belajar & mengaplikasikan apa yang dipelajari. Inisiatif& mahu bekerja sendiri. Menumpukan perhatian yang lama & meneruskan kerja yang mencabar. Menunjukkan kepintaran & kelucuan. Terangsang dengan sesuatu yang kompleks & suka meramal. Menunjukkan perasaan & pendapat yang teguh. Sangat kritikal pada diri sendiri. 6) KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN..( PEDALAMAN ) ” … merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar ; jurang di antara yang miskin dengan yang kaya ; jurang digital dan jurang antara mereka yang bekeperluan khas ; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.” YB Dato‟ Seri Hishamuddin Tun Hussein ( Perutusan Tahun Baru, 2006 )A) Pengenalan Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan, guru terlatih dan sumber mencukupi. Bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman, mengalami pelbagai kekurangan daripada segi kemudahan asas. Guru serta sokongan ibu bapa dan masalah jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat peluang pendidikan yang disediakan. Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Jurang ini dan pencapaian pelajar, penyediaan kemudahan fizikal pelajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang perbezaan
    • yang ketara dari segi sosioekonomi antara penduduk. Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3). Usaha merapatkan jurang pendidikan telah berkembang pesat dan mencapai banyak kemajuan sejak RMKe-3. Walaubagaimanapun, tugas ini belum selesai dan akan terus diberi keutamaan dalam RMKe-9. B)Dasar dan Matlamat 1. Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada SK dan SJK. KPM telah mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan. 2. Jurang bandar dan luar bandar Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman. Jurang Digital Jurang digital merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru. Jurang antara tahap pencapaian pelajar Jurang antara tahap pencapaian pelajar merujuk kepada kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir daripada sistem pendidikan. Jurang antara pelajar normal dan bekeperluan khas. Jurang antara pelajar normal dan bekeperluan khas merujuk kepada perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses p&p pelajar bekeperluan khas termasuklah yang kurang upaya, pintar cerdas dan berbakat. Jurang sosioekonomi Jurang sosioekonomi merujuk kepada perbezaan daripada segi tahap kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam Bandar. 2. Kekurangan Kemudahan Asaso Terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah yang masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah dan tidak mencukupi untuk menampung penggunaan ICT di sekolah, di samping menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan diesel terutama sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman. Cabaran KPM adalah untuk membekalkan janakuasa yang berkuasa tinggi iaitu 30- 35KVa, menyediakan mekanisme penyelenggaraan janakuasa dan pembekalan diesel agar sekolah-sekolah ini dapat memanfaatkan penggunaan ICT sepenuhnya untuk p&p.
    • o Kebanyakan sekolah mempunyai bekalan air awam kecuali di 1517 sekolah rendah dan 68 sekolah menengah. Bagi sekolah-sekolah tersebut, bekalan air disediakan melalui kaedah bekalan air graviti, penuaian hujan (rain harvesting) dan telaga tiub (tube well). Bekalan air graviti menggunakan air dari sungai atau air terjun manakala penuaian hujan pula menggunakan air tadahan hujan. 3. Sekolah Kurang Murid Sehingga tahun 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang dikategorikan sebagai SKM, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang daripada 150 orang.Hampir 90 % SKM ini berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan.Selain itu, penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh dipedalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil pula menyebabkan SKM mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan.4. Cabaran KPM Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar. Dalam program pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat akses akan dibina. BANTUAN DAN PROGRAM SOKONGAN KPM memperuntukkan lebih daripada RM 1.0 bilion setiap keluarga miskin dan golongan kurang upaya melalui program berikut;a) Rancangan Makanan Tambahan (RMT)b) Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM)c) Bantuan Makanan Asrama.d) Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Muride) Jaket Keselamatanf) Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upayag) Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)h) Skim Baucer Tuisyen (SBT)i) Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU)j) Asrama Harian FAKTOR-FAKTOR KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN BAGI MASYARAKAT PEDALAMAN Faktor pertama : Kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu-satu bidang.
    •  Hal yang demikian menyebabkan cara ataupun pendekatan yang digunakan oleh guru di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menarik. Kesannya, murid tidak berminat untuk belajar apatah lagi kebanyakan murid-murid di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak pada kebiasaanya akan menggunakan bahasa pertuturan kaum mereka sendiri. Oleh yang demikian, guru perlu belajar menguasai bahasa pertuturan satu-satu kaum agar apa yang disampaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran difahami oleh anak muridnya dan secara tidak langsung ia akan menarik minat untuk mereka belajar dan meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka. Faktor kedua : Pertumbuhan pusat urban yang lembab. Ia merujuk kepada kegagalan sesuatu kawasan itu untuk berkembang sebagai pusat penawaran khidmat perbandaran yang efektif. Sebagai contoh, kurangnya kemudahan awam seperti bekalan air, elektrik , pengangkutan serta kemudahan prasarana sekolah yang teruk. Apabila segala kesulitan ini dihadapi oleh murid-murid, secara tidak langsung ia menjadi sebagai satu halangan kepada murid-murid untuk pergi menuntut ilmu. Hal ini juga turut mengakibatkan murid-murid tidak berminat dan tertarik pergi ke sekolah untuk memajukan diri mereka sendiri. Faktor ketiga : Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya yang kurang merangsang. Ia merujuk kepada masyarakat pedalaman yang boleh dikatakan masih tebal dengan ciri-ciri penduduk desa, boleh dikatakan tidak berfikiran terbuka terutama dalam aspek pendidikan. Sebagai contoh, ibu bapa di kawasan pedalaman tidak mementingkan pelajaran anak- anak mereka. Hal ini berlaku kerana ibu bapa itu sendiri turut tidak berpendidikan ataupun tidak berpelajaran. Mereka lebih suka anak-anak mereka melakukan aktiviti harian seperti menangkap ikan dan mencari hasil hutan. Ketaksamaan Kelas Sosial Taraf @ kelas sosial adalah faktor kepada ketaksamaan peluang pendidikan Boleh wujud dalam sesuatu kumpulan kaum itu sendiri atau juga antara kaum Contoh: Masyarakat Melayu( golongan pembesar dan rakyat bawahan) Masyarakat India ( kasta dalam masyarakat ) Masyarakat Cina ( antara golongan berada dan kurang berkemampuan Kelas sosial masyarakat: Sistem feudal Rakyat bawahan@marhain Golongan pembesar Golongan istana Aspek ketaksamaan peluang pendidikan: Kemudahan mendapatkan guru Bahan-bahan rujukan Peluang kerjaya selepas tamat belajar
    •  Kelas sosial masyarakat: Perubahan zaman,sistem kelas masyarakat turut berubah: Golongan petani Golongan masyarakat kampung Golongan yang tinggal di bandar Golongan kurang berkemampuan Golongan pemimpin Golongan berada Aspek ketaksamaan peluang pendidikan: Kemudahan mendapatkan guru Kemudahan peralatan fizikal di sekolah Kelas tambahan@tuisyen Pembiayaan kewangan Bahan-bahan rujukan Peluang-peluang melanjutkan pelajaran Peluang kerjaya selepas tamat belajar Pendidikan Masyarakat Indigoneous• Sistem pendidikan sekolah yang secara nasional dikembangkan di Tanah Air belum menyentuh sistem belajar asli (indigenous learning system) masyarakat tradisional. Padahal, sistem belajar asli memiliki banyak hal positif, antaranya mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu.• Merujuk kelompok masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman & masih belum menerima sebarang perubahan luar.• Mereka masih taksub dengan sistem kehidupan mereka.• Dalam konteks Malaysia merujuk penduduk pribumi di pedalaman Sabah & Sarawak.• Di Sabah spt Kadazan, Bajau, Murut, Suluk & Orang Brunei.• Di Sarawak spt Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Penan & Kelambit.• Sistem pendidikan nasional belum menyentuh sistem belajar asli (indigenous learning system) masyarakat tradisional.• Sistem belajar asli mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu.• Sistem belajar asli yang diwarisi potensi yang berharga.• Sistem belajar asli masyarakat indigenous berpandukan pengalaman merupakan proses pendidikan yang manusiawi kerana proses pendidikan itu disesuaikan dengan kudrat dan perkembangan manusia.• Dalam sistem belajar asli, proses belajar seseorang akan mencakupi empat perkara.• manusia akan mengalami sesuatu secara nyata.• memikirkannya secara konseptual.• mengamati sesuatu sambil merenung, dan• mencubakannya dalam situasi lain yang lebih luas.
    • • Proses belajar di sekolah yang cenderung melakukan proses belajar secara deduktif iaitu proses yang dialami adalah pengetahuan konseptual dulu barulah mengalami pengalaman nyata.• Berbeza dalam sistem belajar asli masyarakat indigenous.• Dalam sistem belajar asli, masyarakat lebih memiliki kepekaan terhadap alam dan nilai-nilai budaya Orang Asli Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semulajadi. Keserasian cara hidup dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara pemeliharaan. (Rusli Zaenal, 2002) Kajian Kementerian Pelajaran, mendapati, ada dalam kalangan ibu bapa ORANG ASLI yang menanamkan kepercayaan bahawa sekolah tidak akan mengubah masa depan kaum mereka. `Sekolah bagi mereka ialah kemahiran membezakan madu dan tuba, ketangkasan dan ketepatan berburu dan menyumpit, dan sebagainya. Kadar keciciran sangat tinggi dalam kalangan murid Orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) melaporkan 34.31 peratus murid Orang Asli tercicir daripada memasuki sekolah menengah sementara 46.28 peratus dilaporkan tidak menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima. Dalam kes tertentu terdapat segelintir kanak-kanak Orang Asli yang tidak dapat ke sekolah kerana tergolong sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Faktor kemunduran Orang Asli turut dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah (Mustaffa Omar, 2004). Menurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan Orang Asli masih berada di tahap rendah. Keciciran yang dicatatkan pada 1998 adalah tinggi iaitu 45.8 peratus dan kadar buta huruf 49.2 peratus (kadar nasional 6.4 peratus). Bagi golongan dewasa pula, buta huruf dan sering ditipu peraih. Kesannya pendapatan Orang Asli merosot dan hidup serba kekurangan. Seisi keluarga adalah tenaga kerja yang keluar mencari makan seharian suntuk. Tempat kediaman terlalu jauh dengan sekolah. Taraf sosio-ekonomi yang rendah. Tanggapan negatif ibu bapa dan penjaga terhadap anak sama ada anak mereka itu normal atau berkeperluan khas. Minat belajar dalam kalangan anak Orang Asli masih berada pada tahap yang kurang memuaskan.
    •  Pengaruh persekitaran seperti kurang ambil berat ibubapa terhadap hal-hal berkaitan pelajaran dan tiada tekanan untuk berubah. Cara hidup yang masih tertumpu kepada hutan mendorong ramai anak Orang Asli berhenti sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka ke hutan mencari rotan atau membantu mengusahakan ladang ubi dan padi bukit. Kesannya berlakunya keciciran pelajaran dalam kalangan mereka. Bagi meningkatkan minat pendidikan anak Orang Asli dan seterusnya mengurangkan kadar keciciran pelajaran, guru hendaklah mengubahsuai sistem pendidikan daripada 3M kepada 6M (dengan tambahan main-pelajaran di luar bilik darjah, makan-Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan muzik-tarian dan kegiatan kebudayaan). http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/bab-4-ketaksamaan-peluang-pendidikan.html faktor yang mempengaruhi ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia • Kedudukan jauh daripada bandar/lokasi • Kekurangan dari segi infrastruktur • Kepercayaan masyarakat/gender • Ketidaksamarataan sosio-ekonomi • Kurang kemudahan kepada pelajar berkeperluan khas di sesetengah tempat • Sikap ibu bapa terhadap pendidikan anak • Jurang digital • Pencapaian murid • Kouta pengambilan • Keluarga • Biasiswa • Masalah peribadi usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mewujudkan kesamaan peluang pendidikan di Malaysia. • Pendidikan percuma pada semua peringkat • Mengadakan kurikulumyang sama • Peluang diberi tidak mengira latar belakang murid • Menggunakan bahasa pengantar bahasa Mandarin & Tamil di sekolah jenis kebangsaan • Mengadakan sistempersekolahan yang sama • Memberi bantuan persekolahan kepada semua • Skim pinjaman buku teks • Sistembaucer tuisyen • Akta pendidikan Penekanan dalam aspek pendidikan sentiasa dititik berat memandangkan pendidikan mampu mengubah taraf hidup sesebuah masyarakat.Pendidikan membolehkan setiap individu menguasai ilmu pengetahuan dan seterusnya mampu mengatasi ranjau dan rintangan kehidupan. Di Malaysia, kerajaan sentiasa merancang dan memperkemaskan sistem pendidikan melalui belanjawan tahunan dan Rancangan Malaysia. Justeru, sepanjang tempoh dua setengah dekad semenjak tahun 1970, Malaysia telah mencapai kemajuan yang membanggakan dari segi pertumbuhan ekonomi sekali
    • gusdapat memenuhi objektif sosial (Malaysia, 1999: 4-5).Salah satu objektif Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) ialah menggiatkan danmemperluaskan pembangunan sumber manusia (Malaysia, 1965). Objektif program pendidikanadalah membaiki kualiti pendidikan dan peluang pendidikan yang mana merupakan agenda pentingbagi setiap strategi pembangunan di Malaysia. Berdasarkan objektif ini, aspek pendidikan merupakaninstrumen penting dalam meningkatkan kualiti hidup. Dalam Rangka Rancangan Jangka PanjangMalaysia Pertama 1971-1990 (RRJP1), akses pendidikan telah dikenal pasti sebagai salah satulangkah utama yang berdaya tahan dan berkesan dalam usaha mengurangkan jurang pendidikan dankemiskinan di antara kawasan bandar dan luar bandar (Malaysia, 2001: 158).Sistem pendidikan negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dankemampuan negara sehingga pengenalan kepada dasar pendemokrasian pendidikan pada tahun1962.Dasar ini memberi penekanan ke atas pendidikan percuma kepada semua pelajar.Ia diperluasdengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila pemilihan masuk kesekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan inimenyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkatapabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secaraberperingkat mulai tahun 1992.Semasa Dasar Pembangunan Negara 1991-2000, perubahan yang pesat jelas dapat dilihat dalamhala tuju pendidikan negara. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkanmelalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan seperti AktaPendidikan 1996, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan Akta Majlis Pendidikan TinggiNegara 1996. Selain itu beberapa perubahan turut berlaku termasuk:1. Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya di peringkat tertiari.2. Perkembangan ICT dalam pendidikan seperti sekolah Bestari pada tahun 1999.3. Naik taraf kelayakan guru-guru dari sijil ke diploma.4. Naik taraf Maktab Perguruan Sultan Idris menjadi universiti.5. Naik taraf sekolah menengah vokasional ke sekolah menengah teknik.Dunia tanpa sempadan telah menyebabkan kebanjiran maklumat, askes yang lebih mudah kepadasumber dan memberi cabaran kepada sektor pendidikan. Cabaran kehidupan, global village danborderless world akan terus memberi impak secara langsung terhadap kehidupan pelajar dalanperkampungan global ini. Justeru, Rancangan Jangka Panjang Ketiga bagi tempoh 2001-2010 danDasar Wawasan Negara telah memberikan usaha untuk membangunkan tenaga manusia yangmemiliki tahap pengetahuan tinggi menerusi dasar pendidikan seumur hidup.Antara penambahbaikan tersebut ialah Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002), Program Bimbingan(Keputusan Jemaah Menteri, 2002), Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalamBahasa Inggeris 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002), Bayaran Insentif Subjek Pendidikan(BISP) 2003 dan Program j-QAF 2005 (Keputusan Jemaah Menteri, 2003).Perubahan paling besar dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhanKementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2004.Kementerian ini bertanggungjawab ke atas institusipengajian tinggi awam dan swasta manakala Kementerian Pelajaran memberi fokus kepadapembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah dan menengah, matrikulasi dan pendidikanguru.Implikasi ketidaksamaan peluang pendidikan di Malaysia boleh dilihat daripada perutusan TahunBaru 2006 Dato‟ Seri Hishamuddin Tun Hussein yang menyatakan,‘merapatkan jurang pendidikan yang merangkumi jurang antara bandar dan luar bandar, jurangantara yang miskin dan kaya, jurang digital dan jurang antara mereka yang berkeperluan khas agartidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.’Daripada kenyataan ini, ketidaksamaan peluang pendidikan dapat dibahagikan kepada kelas sosial,gender, kumpulan minoriti dan murid berkeperluan khas.
    • 1. Kelas sosialKelas sosial berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat sama ada dari segikuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat atau pekerjaan. Bagi maksud ketidaksamaan peluangpendidikan berdasarkan kelas sosial, ia meliputi kemudahan untuk mendapatkan guru, bahan-bahanrujukan dan peluang mendapatkan pekerjaan selepas tamat belajar.Kajian-kajian juga mendapati hubungan yang signifikan di antara pencapaian akademik denganpendapatan dan tahap pendidikan ibu bapa.Umumnya semakin tinggi pendapatan ibu bapa, tahappencapaian akademik anak-anak semakin baik kerana keupayaan ekonomi mampu memenuhisegala perbelanjaan persekolahan anak-anak.Posted by Zahir Zainudin at 4:00 PMLabels: Dasar, Pendidikanhttp://zahirzainudin.blogspot.com/2010/03/implikasi-ketidaksamaan-peluang.htmlRakyat Malaysia cukup bertuah kerana kerajaan di bawah Kementerian Pelajaranbegitu prihatin terhadap masalah dan isu-isu pendidikan serta sedaya upayamenyediakan peluang pendidikan yang terbaik dan bertaraf dunia kepada seluruhrakyat. Pelbagai isu pendidikan termasuklah isu guru, pelajar dan infrastrukturpendidikan diberi cukup perhatian. Selain itu, dasar-dasar yang digubal seperti PelanInduk Pembangunan Pendidikan yang dibentang di Parlimen turut memperkukuhkanlagi pendidikan di Malaysia. Petikan dari ucapan mantan Menteri PendidikanMalaysia, Yang Berhormat Dato‟ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein yang dibuatsempena perutusan tahun baru 2006 jelas menterjemahkan misi dan visikementerian yang sedaya upaya merapatkan jurang pendidikan agar tidak adagolongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. Namun begitu, masihterdapat ketaksamaan peluang pendidikan kepada setiap rakyat dan etnik diMalaysia. Masalah ketaksamaan peluang pendidikan ini dibincangkan kepadabeberapa faktor penyumbang masalah termasuklah:Kelas sosial Jantina Kumpulan minoriti Murid berkeperluan khas Isu-isu ketaksamaan peluang pendidikanPerbincangan kita akan lebih berfokus kepada kelas sosial dan jantina. Bagimembincangkan topik ketidaksamaan peluang pendidikan ini, saya telah merujukkaum Cina sebagai penanda aras. Sebagai pengenalan, masyarakat Cina adalahsebahagian daripada etnik yang bermastautin di Malaysia. Menurut laman webWikipedia, Masyarakat Cina adalah golongan minoriti yang menduduki hampir 25peratus daripada keseluruhan penduduk di Malaysia. Masyarakat ini kaya denganadat resamnya, bahasa pertuturan dan sememangnya perbezaan dari segi budaya
    • amat ketara bagi dua lagi masyarakat utama di Malaysia iaitu kaum Melayu danIndia.Kelas sosialSecara geografinya, etnik Cina kebiasaannya tinggal di kawasan bandar terutamabandar-bandar besar di Malaysia termasuklah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipohdan Selangor. Ini terbias daripada dasar penjajahan lampau British yangmengamalkan dasar pemerintahan „pecah dan perintah‟. Oleh sebab itu, Etnik inimempunyai peluang pendidikan yang lebih baik berbanding kaum-kaum lain sepertiMelayu yang tinggal di kawasan persisir pantai dan pedalaman serta etnik Indiayang tinggal di ladang-ladang dan estet. Seperti yang kita sedia maklum, isupendidikan dari aspek prasarana lebih dititik beratkan di kawasan bandar. Selalunya,sekolah-sekolah di kawasan bandar dilengkapi dengan peralatan belajar yang lebihlengkap berbanding di luar bandar. Ini memberi kelebihan bukan sahaja penduduk dikawasan bandar tetapi juga dari segi etnik yang dirujuk iaitu etnik Cina. Dipedalaman yang rata-rata diduduki oleh etnik Melayu, mereka kurang diberipendedahan peluang pendidikan yang baik. Oleh sebab itu, mereka hanyamenganggap pendidikan ini hanyalah sekadar menulis, membaca dan mengira (3M).Setelah penguasaan asas tersebut tercapai, mereka akan lebih berminat untukmenyambung legasi ibu bapanya seperti menangkap ikan, menjual di kedai runcitdan sebagainya. Etnik Cina mempunyai advantage kerana secara umumnya, penguasaanekonomi masih lagi berada di tangan mereka. Oleh itu, mereka mempunyaipendapatan bulanan yang lebih besar berbanding kaum-kaum lain di Malaysia. Olehsebab itu, mereka dapat menghantar anak-anak ke sekolah. Malah, mereka yanghartawan pula sanggup menghantar mereka ke sekolah yang lebih baik berbandingsekolah kerajaan. Mengikut siaran berita Al-jazeera pada 24 April 2009, etnik Cina diJohor Bahru sanggup menghantar anak mereka ke Singapura semata-mata keranainginkan pendidikan yang lebih baik berbanding di Sekolah Kebangsaan danSekolah Menengah Kebangsaan. Dianggarkan lebih 5000 pelajar Malaysiabersekolah di Singapura dengan berulang alik ke sana setiap hari dengan merentasisempadan kedua-dua buah negara. Ini menggambarkan mereka mempunyaikesungguhan yang tinggi serta ditampung pula dengan faktor kewangan yang baik.Sudah semestinya, kaum-kaum lain di Malaysia seperti Melayu dan India rata-ratakurang berkemampuan berbuat demikian kerana kita sedia maklum, pecahanpendapatan kedua-dua kaum tersebut jauh lebih rendah berbanding etnik Cina. Antara masalah pokok yang masih melanda Malaysia semenjak sebelummerdeka lagi adalah isu bahasa dan agama. Memandangkan etnik Cina rata-ratalebih selesa bertutur dalam bahasa ibunda mereka (malah masih ada yang tidak
    • fasih berbahasa Kebangsaan), mereka lebih senang memilih untuk ke sekolah jeniskebangsaan dan sekolah swasta. Tumpuan utama kerajaan semestinya kepadasekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan di mana setiap tahun,peruntukan yang besar diberikan kepada kedua-dua bentuk sekolah ini. Kewujudansekolah jenis kebangsaan ini menyerlahkan lagi ketidaksamaan peluang pendidikankepada setiap etnik di Malaysia. Tidak dapat dinafikan konsep diskriminasi yang ditakrifkan sebagaipandangan, pemikiran, dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompoketnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain masih menebal dalam kalanganmasyarakat Malaysia hari ini. Ini tergerak dek perasaan prejudis dan salingmembenci akibat kecelaruan politik semasa. Faktor ini menyumbangkan masalahsemakin lebarnya jurang pendidikan bagi setiap etnik di Malaysia. Sebagai contoh,di peringkat IPT, wujud fenomena etnik Cina memberi nota yang diperoleh kepadakalangan etnik mereka sahaja. Begitu juga etnik Melayu dan sebagainya. Sebagaiakibatnya, pasti terdapat perbezaan ketara keputusan peperiksaan akhir setiapetnik. Sememangnya, sikap diskrimasi dan prejudis ini melebarkan jurangketaksamaan peluang pendidikan.Jantina Jurang ketidaksamaan peluang pendidikan antara jantina juga amat ketara.Lazimnya, kita mendengar sesuatu kursus yang ditawarkan di peringkat IPT seringdimonopoli oleh satu-satu jantina sahaja. Sebagai contoh perandingan, kursuskejuruteraan masih dimonopoli oleh lelaki manakala perempuan masih memonopolihampir keseluruhan kursus di IPT termasuklah kursus perguruan. Ini jelasmembuktikan bahawa ketaksamaan peluang pendidikan wujud dengan ketara diantara kedua-dua jantina ini. Faktor ini disokong oleh minat atau interest satu-satu jantina itu. Kaum lelakisememangnya sesuai serta menyukai sesuatu kursus yang mencabar dari segifizikal, dan ini membuatkan kursus kejuruteraan menjadi monopoli mereka. Berbezapula dengan perempuan yang lebih bersifat keibuan, mementingkan ilmu teori sertakurang terhadap aktiviti lasak, mereka pasti memilih kursus yang lebih femininseperti bidang keguruan, kedoktoran serta kulinari. Selain itu juga, minat terhadap pelajaran juga amat ketara sekali bagi kedua-dua jantina ini. Menurut data dari Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa(MCIIUM) pada tahun 2006, peratus pelajar perempuan yang layak mendaftar diMCIIUM adalah sekitar 60 peratus berbanding pelajar lelaki 40 peratus. MenurutEncik Khair Ngadiron, bekas pengarah MCIIUM, fenomena ini disebabkan pelajarlelaki sebenarnya kurang berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertiaridan memilih kerjaya yang setimpal dengan kelulusan PMR dan SPM mereka bagi
    • menampung keperluan harian diri. Ini berbeza dengan pelajar perempuan yangmasih memikirkan ilmu itu penting bagi memperoleh peluang kerjaya yang lebih baikpada masa akan datang. Menurut buku karangan Syed Ismail dan Ahmad Subkibertajuk Budaya dan Pembelajaran (2009), kadar pencapaian murid perempuan diperingkat tertiari telah meningkat daripada 0.5 peratus pada tahun 1970 kepada 4.9peratus pada tahun 1991 sementara bagi murid lelaki adalah daripada 1.2 peratuskepada 6.0 peratus bagi tempoh yang sama. Peluang melanjutkan pelajaran bagi kedua-dua jantina ini juga berbeza. Jikadisingkap kembali sejarah, zaman penjajah memperlihatkan golongan lelakimendapat tempat dalam pendidikan kerana pada zaman tersebut, peranan lelakisangat meluas meliputi isu pentadbiran, ketenteraan dan kepimpinan. Berbezadengan perempuan yang mana hanya diberi pendidikan asas kerana peranangolongan ini masih kecil pada ketika itu. Jika dilihat dari konteks sekarang, golonganwanita telah mendapat tempat di peringkat IPT malah peratusannya lebih tinggiberbanding lelaki. Namun begitu, masih terdapat lagi stigma kuno yang manaperempuan perlu berada di rumah menguruskan rumah tangga dan tidak dibenarkankeluar mencari pekerjaan. Ini sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa wanitatidak memerlukan pendidikan yang tinggi. Justeru itu, masih ada golongan wanitayang tidak menyambung pelajaran mereka setelah tamat di peringkat menengahatau rendah.Kumpulan minoriti Kumpulan minoriti ditafsirkan sebagai suatu kumpulan etnik dalam sesebuahmasyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil ( Syed Ismail, 2009). Kumpulanini banyak terdapat di Sabah dan Sarawak. Kumpulan ini termasuklah golongandaripada kaum Bajau, Murud, Kadazan dan sebagainya. Kaum Asli juga termasukdalam kalangan kumpulan minoriti. Mereka sering terpisah daripada aruspembangunan dan pendidikan amnya kerana faktor geografi dan taburanpenduduknya yang rata-rata tinggal di kawasan ceruk rantau dan pedalaman.Sebagai contoh, kaum asli Temiar di Pos Poi terpisah dari bandar terdekatnyaSungai Siput sejauh 20 kilometer. Untuk sampai ke situ, individu perlu menaikipacuan empat roda atau sekurang-kurangnya motor „scrambler’ untuk sampai kepenempatan orang asli tersebut. Ini jelas membuktikan pendidikan juga sedikitterkebelakang kerana teknologi masih kurang di sana. Oleh itu, pendidikan masihlagi bukan menjadi peranan utama anak-anak daripada golongan minoriti ini.Sebaliknya, kerja-kerja untuk mencari nafkah tetap menjadi keutamaan. Kumpulan minoriti ini tidak terhad kepada isu etnik dan kaum semata-mata.Golongan yang bermasalah disiplin seperti pelajar ponteng sekolah, menghisaprokok, kaki buli dan sebagainya juga dikaitkan dengan kumpulan minoriti. Ini kerana
    • mereka tergolong daripada sekelompok kecil pelajar yang bermasalah. Kebiasaannya, mereka yang bermasalah ini kurang cemerlang dalam pendidikan. Ini ditambah lagi dengan masa yang kurang untuk membuat rujukan dan ulangkaji kerana banyak masa dihabiskan dengan kerja-kerja tidak berfaedah tersebut. Sememangnya golongan ini harus diambil perhatian serius kerana mereka turut tergolong dalam kalangan yang tidak mendapat sama rata dalam peluang pendidikan. Murid berkeperluan khas Murid sebegini telah diberi kekurang atau kelebihan daripada manusia normal. Sememangnya, pelajar genius, lembam, down sydrom, dan sebagainya tidak dapat mengikuti arus pendidikan normal seperti kanak-kanak dan pelajar lain. Mereka samada terlalu kehadapan atau terlalu terkebelakang dari aspek pendidikan, perlu diberi pendidikan khas. Terdapat 7 kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan program pendidikan khas, iaitu: Kerencatan mental Bermasalah pembelajaran Kecelaruan tingkah laku Cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi Cacat penglihatan Cacat fizikal Pintar-cerdas dan berbakat istimewa Golongan ini jika dibiarkan dengan arus pendidikan normal, sudah pasti mereka tidak mampu mengecapi erti kata pendidikan sebenar. Mereka tidak dapat menimba ilmu dengan baik malah pencapaian dalam peperiksaan juga akan sangat kurang baik. Implikasi terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara Setiap tindakan atau peristiwa yang berlaku pasti akan memberi implikasi secara langsung atau tidak langung kepada golongan sasaran. Isu ketaksamaan peluang pendidikan ini akan memberi kesan atau implikasi kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara.(i) Individu Umumnya, sudah semestinya ketaksamaan peluang pendidikan ini akan membuatkan pelajar tersebut tidak selari dengan pencapaian pendidikan normal pelajar lain. Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar tersebut pelajar yang lemah pelajaran kerana faktor kewangan keluarga ditambah lagi dengan tinggal di
    • pedalaman serta kurang berminat untuk belajar pasti tidak dapat menandingi pelajar- pelajar lain yang pintar. Seterusnya, individu tersebut akan tersisih daripada arus pembangunan negara, hidup dalam kejahilan, tiada masa depan yang cerah dan juga kurangnya ilmu di dada. Mungkin juga, jika dilihat dari sudut positifnya, individu itu akan lebih berdikari. Ini kerana individu tersebut tiada kemudahan asas dan kesenangan sepertimana pelajar lain. Ini mungkin membuatkan mereka akan lebih beruasaha untuk setaraf dengan pelajar lain atau sekurang-kurangnya berdaya saing dengan yang lain.(ii) Keluarga Kita percaya bahawa pendidikan mampu mengubah nasib keluarga. Jika jurang ketaksamaan peluang pendidikan masih melebar, tidak mustahil nasib keluarga masih berada pada tahap yang sama tanpa perubahan positif. Sebagai contoh, orang asli yang masih kurang mementingkan pendidikan kurang proaktif dalam dunia global sekarang. Akibatnya, mereka lebih senang tinggal di dalam hutan seperti dahulu. Tiada kemudahan yang sempurna dan jauh sekali perkembangan teknologi.(iii) Masyarakat Implikasi kepada masyarakat lebih kepada refleks daripad implikasi kepada keluarga. Apabila kelompok keluarga yang kurang proaktif ini membentuk satu komuniti, sudah masti masyarakat tersebut terkenal dengan tidak proaktifya, mundur dari aspek pendidikan malah tercicir daripada arus pembangunan negara. Mungkin daripada kesan yang lebih buruk lagi, masyarakat ini akan terus didiskriminasi dan tidak diambil peduli oleh masyakarat lain.(iv) Negara Sesebuah negara bergantung penuh kepada kepakaran modal insannya. Sekiranya modal insan yang diharapkan iaitu berpendidikan dan berpengetahuan luas di samping berdaya saing dan proaktif tidak mencukupi, sudah semestinya banyak dasar-dasar yang telah digubal oleh pemerintah tidak dapat dilaksanakan. Kesan daripada hal sedemikian, negara akan menjadi mundur, tidak mampu menjadi negara yang kuat dan yang paling memalukan, kedaulatan negara akan dicabul. Imej negara akan menjadi buruk dan semestinya pelbagai lagi andaian negatif bakal terjadi. Kesimpulannya, isu ketaksamaan peluang pendidikan ini patut ditangani oleh bukan sahaja di pihak kerajaan, tetapi juga pihak berwajib seperti ibu bapa, guru- guru, masyarakat sekeliling dan individu itu sendiri. Semua perkara mampu ditangani selagi azam dan tekad menjadi tunjang perjuangan. http://norhayatyismail.blogspot.com/2011/08/ketaksamaan-peluang-pendidikan_04.html