Rancangan pengajaran bahasa arab komunikasi

2,937
-1

Published on

Yeary plan

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
2,937
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
101
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Rancangan pengajaran bahasa arab komunikasi

  1. 1. RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI MATA BAHASA ARAB PELAJARAN KELAS 3 BESTARI TARIKH 08 FEBRUARI 2013 MASA 10.30 PAGI – 11.30 (1 JAM) BILANGAN 25 MURID MURID TAJUK PAKAIAN STANDARD 3. Mendengar perkataan dan ayat yang mudah KANDUNGAN 6. Menyebut kalimah dan ayat yang mudah 8. Membaca kalimah dan ayat yang mudah STANDARD 3.1 Boleh mendengar perkataan dan ayat serta mengulanginya. PEMBELAJARAN 6.1 Boleh menyebut kalimah-kalimah dan ayat yang mudah dengan betul. 6.8 Boleh menamakan sesuatu 8.1 Boleh membaca perkataan atau kalimah PENGETAHUAN Murid pernah belajar, menyebut huruf-huruf hijaiyyah, kalimah-kalimah SEDIA ADA dan ayat yang mudah dalam pelajaran sebelum ini. HASIL Di akhir pembelajaran, murid akan dapat : PEMBELAJARAN 1. Mengenali dan menyebut istilah pakaian dalam bahasa Arab 2. Membaca dan mengeja istilah bahasa Arab terhadap pakaian 3. Menulis perkataan dengan huruf jawi. KEMAHIRAN 1. Membuat ramalan berkenaan dengan gambar yang dilihat BERFIKIR 2. Menyebut kalimah dan ayat yang mudah GABUNG JALIN Mendengar, menyebut, menama, membaca dan menulis PENERAPAN Rajin berusaha, kebersihan diri, kesihatan diri NILAI BAHAN BANTU MENGAJAR Gambar, kad imbasan, computer, lcd projector, kotak, muzik
  2. 2. AKTIVITI LANGKAH/MAS ISI PELAJARAN PENDAHULUAN Doa sebelum belajar CATATAN / PEMBELAJARAN A PENGAJARAN & ALAT Kaedah : supaya bersama-sama Membaca secara menadah tangan untuk (2 minit) Guru meminta murid kelas membaca doa sebelum belajar secara kelas dengan bimbingan guru. SET INDUKSI (4 minit) Gambar 1. Guru menunjukkan BBM : gambar kemeja dan 1. Gambar gambar baju gaun 2. Komputer kepada murid 1. Kemeja 3. Lcd menggunakan projektor komputer. Kemahiran 2. Baju gaun 2. Guru meminta murid menyebut apakah yang murid lihat di papan layar. 3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran Berfikir : Membuat ramalan
  3. 3. LANGKAH 1 (20 minit) Mengenali dan menyebut 1. Guru menunjukkan BBM : 1. Komisun = Kemeja gambar pakaian dalam 1. Gambar istilah bahasa Arab istilah bahasa Arab 2. Komputer kepada murid dengan 3. Lcd menggunakan projektor komputer. Hasil 2. Guru membaca istilah Pembelajaran 1 : bahasa Arab Murid dapat berdasarkan gambar mengenali dan pakaian tersebut. 2. Fustanun = Baju gaun menyebut pakaian dalam istilah 3. Murid mengikut bahasa Arab. bacaan guru secara kelas, kumpulan dan Kemahiran individu. 3. Hizaun = Kasut Berfikir : Membanding beza 4. Guru mengeja istilah istilah pakaian bahasa Arab 4. Bantholunun = Seluar panjang dalam bahasa berdasarkan gambar Arab. pakaian tersebut. Kemahiran 5. Murid mengeja secara Mengeja : latih tubi mengikut bacaan guru secara mengeja istilah kelas, kumpulan dan 5. Hizamun = Tali pinggang Murid dapat bahasa Arab setiap individu. gambar yang telah diberikan.
  4. 4. 6. Kolansuwatun = Songkok Kemahiran Menghafal : Murid dapat menghafal istilah bahasa Arab setiap gambar yang telah 7. Buluzatun = Blaus diberikan. 8. Jaurobun = Sarung kaki LANGKAH 2 (12 minit) Memadankan istilah bahasa Arab 1. Guru melekatkan gambar dan perkataan BBM : 1. Gambar kad imbasan yang tidak 2. Kad imbasan Tidak tersusun tersusun di papan putih. Hasil Pembelajaran 2 : 2. Murid memadankan Murid gambar dengan menyebut,membac perkataan kad imbasan a dan mengeja istilah bahasa Arab. pakaian dalam istilah bahasa 3. Guru meminta murid membaca setiap istilah bahasa Arab tersebut. Arab.
  5. 5. Setelah dipadankan oleh murid
  6. 6. LANGKAH 3 (13 minit) Permainan kotak beracun 1. Guru menyediakan BBM : kotak beracun dan 1. Kotak beracun muzik. 2. Kad imbasan 3. Muzik 2. Kotak beracun itu 4. Komputer harus dihentikan apabila muzik Hasil berhenti. Pembelajaran 1 : Murid menyebut, 3. Dalam kotak beracun itu terdapat kad gambar pakaian. dalam istilah bahasa Arab.
  7. 7. 4. Murid mengambil kad gambar dalam kotak beracun itu. 5. Permainan tersebut memerlukan murid menyebut istilah pakaian dalam bahasa Arab bagi kadgambar yang telah diambil. PENGUKUHAN / Lembaran Kerja PENUTUP (9 minit) Bernasyid 1. Guru mengulangi beberapa istilah Lembaran Kerja : 1. Memadankan pakaian dalam bahasa gambar dan Arab yang dipelajari istilah yang sebentar tadi. diberi. 2. Menulis semula 2. Guru mengedarkan lembaran kerja perkataan dalam huruf jawi. kepada murid. Hasil 3. Murid membuat lembaran kerja tersebut dan menampal di dalam buku latihan. Pembelajaran 3 : Menulis perkataan dalam huruf jawi.
  8. 8. 4. Guru mengajak Hasil murid bernasyid lagu Pembelajaran 1 : pakaian dengan Murid menyebut, istilah bahasa Arab. dalam istilah bahasa Arab. 5. Murid menyanyi secara kelas dan kumpulan.
  9. 9. Nama : _____________________________ Kelas : _____________________________ Hari / Tarikh : _____________________________ Padankan gambar tersebut dengan istilah bahasa Arab yang betul. 1. 2. 3. 4. 5. Salin semula istilah bahasa Arab dengan huruf jawi.
  10. 10. KAEDAH PENGAJARAN Kaedah pengajaran yang telah dipilih ialah melalui Kaedah Nasyid dan Kaedah Permainan.Ini adalah kerana kedua-dua kaedah tersebut sangat menarik dan menyeronokkan lebih-lebih lagi kepada murid sekolah rendah. KAEDAH NASYID Kaedah nasyid ini merupakan antara kaedah yang banyak digunakan di kalangan guru Bahasa Arab.Tidak kurang juga nasyid boleh dikaitkan dengan nyanyian.Murid memang menyukai hiburan.Apatah lagi nasyid boleh membuatkan seseorang murid itu lebih berdaya kreatif.Tidak hairanlah jika masa kini, unsur didik hibur perlu ada dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran.Kaedah nasyid dapat memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan teknik pengeluaran suara. Nasyid juga dapat membantu meningkatkan perkembangan bahasa murid-murid.Nasyid yang melibatkan bahasa dapat merangsang minda murid-murid, menguasai dan membantu mereka menambah perbendaharaan kata.Sebagai contoh, melalui kaedah nasyid umum.Kaedah nasyid umum ini dapat menyampaikan tema dan matlamat dengan teknik yang tersendiri.Kebiasaannya, nasyid yang disediakan mempunyai perkataan-perkataan yang telah dipelajari oleh murid. Di samping itu, nasyid berperanan sebagai pembimbing kepada murid-murid dalam memahami bentuk gaya bahasa Arab. Melalui kaedah ini, aspek perkembangan bahasa murid-murid dapat dipertingkatkan. Di bawah merupakan antara kebaikan kaedah nasyid yang boleh digunakan oleh guru. RASIONALKAEDAH NASYID 1. Memberi keseronokan dalam didik hibur Nasyid adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan kepada murid-murid. Murid-murid akan berasa seronok menyanyi bersama-sama atau dalam kumpulan yang besar.Nasyid
  11. 11. merupakan salah satu aktiviti didik hibur yang mesti dilakukan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap nyanyian atau nasyid, lakonan, bercerita, puisi dan sebagainya. 2. Suara sebagai alat muzik semulajadi Suara juga dapat dijadikan satu alat muzik semulajadi. Apabila sesuatu lagu dicipta, ia dapat memenuhi tema-tema tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid menggunakan suara sebagai alat muzik membuat melodi tertentu. 3. Murid dapat memberi respon Melalui nasyid, murid dapat memberi respon kepada pelbagai aspek sebagai contoh ekspresi, bentuk, melodi dan persembahan.Ia memberi peluang kepada murid-murid untuk menonjolkan diri mereka ketika bernasyid melalui persembahan. Murid-murid dapat membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik seperti pic, irama dan lirik seperti cara nyanyiannya. 4. Penerapan nilai-nilai murni Penerapan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan disiplin diri serta kerjasama dapat dipupuk.Penerapan nilai-nilai murni dapat dipupuk menerusi lirik nasyid.Jika lirik yang dicipta itu berunsurkan keagamaan, maka nilai-nilai murni yang dipupuk mempunyai unsur ketuhanan, keagamaan, kedamaian dan sebagainya.Jika lirik itu berunsurkan kasih sayang, maka nilai murni yang dapat dipupuk mempunyai unsur kasih sayang, percintaan, baik hati, dan sebagainya. 5. Murid meneroka mengenal istilah Murid-murid dapat meneroka dan mengenal istilah yang digunakan dalam nasyid.Nasyid dapat membantu perkembangan bahasa murid dan merangsang minda mereka serta menambahkan perbendaharaan kata.Dengan adanya kegiatan ini, murid-murid dapat melatih mendengar dan bernasyid.Selain daripada itu, nasyid juga dapat meningkatkan penggunaan bahasa kerana ia mudah diingati dan difahami oleh murid-murid. Semasa murid bernasyid,
  12. 12. murid dapat meniru perwatakan benda atau orang-orang di sekeliling mereka.Sebagai contoh buku, pakaian, guru, anggota polis, binatang atau sebagainya yang terkandung di dalam lirik nasyid tersebut. 6. Murid dapat mengekspresikan perasaan Melalui kaedah nasyid, murid-murid akan mengekspresikan perasaan mereka samada suka, gembira, sedih atau sebagainya. Ia memberikan ruang kepada guru untuk memberi perangsang dengan mengemukakan beberapa soalan yang boleh menggalakkan murid-murid berbual dan bercerita mengenai aktiviti yang mereka lakukan. 7. Meningkatkan perkembangan sosial murid Melalui nasyid, ia dapat meningkatkan perkembangan sosial murid-murid di mana perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari sejak kecil. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh murid-murid ialah kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi, memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara murid-murid berinteraksi dengan muridmurid yang lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuklah berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan semasa aktiviti nasyid dijalankan. 8. Menggalakkan murid bergaul dengan rakan Nasyid dapat menggalakkan murid-murid bergaul dengan rakan.Secara langsung membantu perkembangan sosial mereka. Semasa murid bernasyid dengan rakan lain, murid akan mencuba belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Ini adalah kerana penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada proses sosialisai murid-murid.
  13. 13. KAEDAH PERMAINAN Kaedah permainan juga mempunyai unsur hiburan dan dapat menarik perhatian muridmurid.Kaedah ini juga menyeronokkan.Kaedah permainan kebiasaannya sesuai digunakan dalam sesi pengukuhan.Permainan dalam pengajaran dan pembelajaran mengandungi objektifobjektifnya yang ingin dicapai dan bukan sahaja permainan. Terdapat beberapa garis panduan untuk melakukan kaedah permainan ini. Antaranya ialah: 1. Permainan mestilah mudah diterangkan 2. Permainan mestilah mudah dilakukan 3. Permainan boleh diubahsuai 4. Peralatan yang mudah 5. Memilih waktu yang sesuai 6. Ganjaran kepada pemenang Kaedah permainan berkesan dalam meningkatkan pencapaian dan minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah permainan ini dapat memberikan satu pengalaman baharu kepada murid-murid dalam mempelajari Bahasa Arab selain daripada pengajaran berpusatkan guru yang berteraskan kaedah tradisional.Selain daripada berteraskan kepada kaedah bermain semata-mata, gabungan unsur-unsur lain seperti warna, lukisan, binaan dan sebagainya turut digunakan agar pengajaran Bahasa Arab lebih menarik. RASIONAL KAEDAH PERMAINAN 1. Merangsang komunikasi murid Di dalam permainan yang dijalankan, murid akan diminta untuk memberi respon atau mempraktikkan istilah-istilah tertentu. Murid juga berperanan untuk memberi kerjasama kepada guru dalam menjayakan sesi permainan tersebut.Semua murid perlu terlibat secara aktif.Murid yang passif juga akan bergiat aktif melalui kaedah permainan ini. Manakala guru memberi rangsangan dan dorongan kepada murid sehingga murid bersedia apabila diminta
  14. 14. bercakap mengenai sesuatu tajuk. Murid akan mengambil bahagian dan saling berkomunikasi antara satu sama lain di dalam kumpulan. Apabila situasi sebegini terjadi, maka, akan terhasillah suatu suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berpusat kepada murid. Guru bertindak sebagai pemudahcara dan mengawal disiplin kelas supaya proses pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.Murid bebas bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi terkawal. 2. Menambah keyakinan dan kefahaman murid Permainan yang dipilih haruslah bersesuaian dengan matlamat dan objektif supaya ia dapat mempertingkatkan keyakinan dan kefahaman murid. Sesi pembelajaran akan lebih seronok jika murid berhadapan dengan kaedah permainan yang mencabar. Secara tidak langsung, mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka terhadap sesuatu pembelajaran. Pada masa yang sama, guru berperanan sebagai pemberi maklumat. Murid akan bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logic tetapi terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik. 3. Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan kepada murid Kaedah permainan ini dapat mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid jika dibandingkan dengan kaedah penyoalan.Permainan berkonsepkan santai dan berhibur. Di mana, ia dapat memberikan satu keadaan pembelajaran yang positif. Secara realiti, murid akan menunggu untuk melalui sesi hari berikutnya. 4. Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik Murid akan lebih peka jika suatu sesi pembelajaran itu penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Aktiviti didik hibur seperti banya menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.Sebagai contoh, dalam aktiviti permainan, aktiviti nyanyian, lakonan atau main peranan juga boleh diselitkan.Ini menggalakkan penglibatan semua murid.Arahan daripada guru mestilah jelas, terang, mudah difahami dan ringkas. Guru juga disarankan untuk menggunakan peralatan ICT dan bahan bantu mengajar.
  15. 15. RASIONAL TERHADAP KAEDAH NASYID DAN KAEDAH PERMAINAN Kedua-dua kaedah iaitu kaedah nasyid dan kaedah permainan dapat memberikan satu pendekatan yang positif kepada murid.Kaedah-kaedah ini mempunyai logiknya yang tersendiri. Apabila kedua-dua kaedah ini digunakan dan dilaksanakan, ia akan dapat memberikan satu hasil pengajaran dan pembelajaran yang menarik bukan lagi pengajaran yang berpusatkan guru, malah dapat ditransformasikan menjadi pengajaran yang berpusatkan murid. Terdapat beberapa faktor kejayaan pelaksanaan dalam didik hibur menerusi kaedah nasyid dan permainan. Antaranya ialah : 1. Guru Dalam kaedah ini, guru bolehlah dikatakan sebagai pengurus atau penganjur aktiviti yang baik. Di mana, guru boleh bernasyid, boleh melakonkan pelbagai watak, boleh membuat pelbagai suara, boleh memberikan arahan dengan tepat dan menarik, seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian, boleh menukar atau melakukan penyesuaian mendadak dan yang paling penting ialag guru sebagai fasilitator yang fleksibel. 2. Aktiviti Aktiviti yang hendak dijalan mestilah bersesuaian dengan tahap murid yang hendak diajar.Dengan bernasyid, murid di tahap yang rendah lebih seronok menjalankan aktiviti berbanding dengan murid di tahap yang tinggi.Ini kerana, semulajadi sifat malu dan kematangan sudah berada di dalam diri mereka lebih-lebih lagi murid di tahap yang tinggi.Aktiviti yang hendak dijalankan memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa pembelajaran yang sesuai.Aktiviti mestilah boleh diselesaikan tanpa banyak halangan dan masalah. Jika aktiviti yang dirancang dapat disempurnakan dengan baik, ia akan memberi kepuasan kepada murid yang menyertainya serta boleh disertai seramai mungkin murid.
  16. 16. KEBAIKAN KAEDAH NASYID DAN KAEDAH PERMAINAN Antara kebaikan kaedah nasyid dan kaedah permainan yang dapat memberi manfaat kepada murid yang mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut ialah : 1. Memberi keseronokan dalam didik hibur Situasi realiti - Murid dapat bernasyid dan bermain bersama rakan-rakan. Ini dapat menambahkan keseronokan mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran. - Kegembiraan dan keseronokan dapat dilihat melalui respon, ekspresi muka dan cara mereka berkomunikasi dengan rakan mereka dan juga guru. - Kebiasaannya, mereka akan berasa tidak sabar untuk memulakan sesuatu aktiviti dan mereka tidak boleh duduk diam selagi guru belum memberikan arahan. - Murid akan menginginkan aktiviti seumpama itu pada masa akan datang. - Antara temubual yang dapat dijalankan ialah untuk mendapatkan respon mengenai aktiviti “Kotak Beracun”. Cikgu : Baiklah, macam mana permainan kotak beracun tadi? Seronok tak? Amirah: Seronok cikgu! Saya tahu kemeja dalam bahasa Arab (sambil tersenyum dan gembira) Adam : Cikgu, bila kita boleh main lagi? Cikgu : Kalau nak main kotak beracun lagi, kamu mesti pandai istilah bahasa Arab, kalau tak, susahlah nak main. Siti :Yeay! Esok main lagi! (melompat gembira)
  17. 17. 2. Murid dapat memberi respon Situasi realiti - Apabila murid bergiat secara aktif, sekaligus murid akan dapat memberi respon kepada guru. Sebagai contoh semasa bernasyid guru akan membuat pengulangan nasyid. Guru meminta murid untuk menyatakan istilah-istilah bahasa Arab yang telah murid ketahui. Jadi, murid akan memberi respon kepada guru tentang istilah-istilah bahasa Arab itu. - Semasa permainan kotak beracun, lagu akan dihentikan sementara waktu. Kotak beracun itu turut sama berhenti apabila muzik dihentikan. Murid yang memegang kotak beracun itu sewaktu lagu itu dihentikan dikehendaki mengambil sesuatu dalam kotak tersebut. Murid diarahkan untuk mengambil kad gambar di dalam kotak beracun itu. - Murid diarahkan untuk menyebut istilah gambar tertera pada kad gambar dengan bahasa Arab. Sebagai contoh jawapan “KOMISUN”. - Murid juga akan memberi respon atau jawapan kepada rakan sekelas dan juga guru. Dari situasi tersebut akan menggalakkan proses pembelajaran kepada murid-murid. - Guru memberi pujian kepada murid yang menjawab betul dan meminta murid mencuba menjawab sekali lagi jika jawapan kurang tepat.
  18. 18. 3. Penerapan nilai-nilai murni Situasi realiti - Sebelum murid bernasyid, guru memberikan arahan kepada murid supaya bernasyid dengan bersungguh-sungguh, mengikut intonasi yang betul dan dengan istilah bahasa Arab yang betul. - Jika topik yang hendak dibincangkan adalah mengenai pakaian atau hiasan peralatan diri, guru boleh mencipta lirik nasyid dalam bahasa Arab yang sesuai. - Justeru, guru boleh menerapkan nilai-nilai murni seperti aspek kebersihan, bertanggungjawab, tolong menolong dan sebagainya dalam topik tersebut seperti : "Pakaian hendaklah bersih dan kemas" "Kebersihan tanggungjjawab kita bersama" "Pakaian mencerminkan diri" - Nilai-nilai murni seperti contoh di atas boleh sama sekali diterapkan kepada murid. - Jadi, murid akan lebih mengetahui bahawa pakaian dikaitkan dengan kebersihan. 4. Murid meneroka mengenal istilah Situasi realiti - Apabila murid berada di dalam aktiviti permainan, murid akan dapat meneroka sendiri istilah-istilah bahasa Arab yang telah guru jelaskan di awal sesi pembelajaran. - Sebagai contoh :
  19. 19. - Istilah-istilah bahasa Arab : = kemeja = baju gaun = kasut
  20. 20. = seluar panjang = tali pinggang = songkok = tudung = blaus = sarung kaki - Semasa proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat mengenali istilah-istilah bahasa Arab seperti di atas. - Semasa aktiviti permainan kotak beracun, istilah-istilah bahasa Arab dikeluarkan semula untuk tujuan pengukuhan kepada murid. Supaya murid lebih ingat dan difahami.
  21. 21. 5. Murid dapat mengekspresikan perasaan Situasi realiti - Gambar di bawah menunjukkan sekumpulan murid sedang bernasyid. Kelihatan murid sedang bersungguh-sungguh untuk bernasyid bersama guru mereka. - Gambar di bawah menunjukkan murid sedang bermain kotak beracun. Kelihatan murid tersebut sungguh gembira.
  22. 22. - Apabila guru melihat ekspresi muka anak murid kelihatan ceria dan aktif, maka guru boleh membuat andaian bahawa murid tersebut sedang seronok melakukan aktiviti. Manakala, jika murid tersebut kelihatan lesu, bosan, tidak aktif, maka guru boleh membuat andaian bahawa murid itu tidak seronok melakukan aktiviti. 6. Meningkatkan perkembangan sosial murid Situasi realiti - Melalui kaedah permainan, dapat dijelaskan di sini bahawa cara interaksi antara murid dengan rakan-rakannya atau dengan guru dapat meningkatkan perkembangan sosial murid. - Perkembangan sosial murid merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan murid berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Atau dengan kata lain, perkembangan sosial murid melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan murid mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. - Secara amnya, perkembangan sosial murid dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi, aktiviti permainan, perkembangan kognisi sosial, persahabatan dan perhubungan dengan rakan sebaya.
  23. 23. 7. Menggalakkan murid bergaul dengan rakan Situasi realiti - Dalam pergaulan murid di sekolah, rakannya menjadi sahabat yang setia dan boleh dipercayai dan diharap untuk membantu mereka pada bila-bila masa. - Murid yang mempunyai kawan rapat membolehkan murid itu belajar dan melihat sesuatu perkara daripada pandangan yang lain untuk memberikan kesan kepada murid tersebut di mana murid akan menanamkan sikap menitikberatkan perasaan orang lain. - Di dalam proses pembelajaran, ada murid yang tidak dapat menyebut beberapa istilah bahasa Arab. Sebagai contoh : Mungkin ada murid yang menyebut “BANTOLUN”.Jadi di sini, peranan rakan murid di situ ialah untuk membetulkan sebetuan murid tadi.Dan jawapan yang betul adalah “BANTOLUNUN”. Murid akan berbisik sesama mereka untuk memberitahu kepada kawannya jawapan yang betul. - Di sinilah pergaulan antara rakan akan berlaku secara tidak langsung. 8. Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan kepada murid Situasi realiti - Kaedah pembelajaran menerusi kaedah nasyid dan kaedah permainan membantu murid mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan. Ada antara murid yang takut apabila disoal oleh guru. Dengan bernasyid secara berkumpulan, dapat mengurangkan kebimbingan dan ketakutan murid tersebut. - Penggunaan bahan bantu mengajar yang dilekatkan di papan hitam juga dapat mengurangkan ketakutan murid ketika menjawab soalan. Bahan bantu mengajar itu dapat dijadikan panduan oleh murid. - Sebagai contoh :
  24. 24. Jika gambar kemeja dan huruf dilekatkan di papan hitam, murid dapat melihat dan mengetahui bahawa kemeja di dalam istilah bahasa Arab ialah “KOMISUN”. - Sebagai panduan dan bimbingan kepada murid, kebimbangan dan ketakutan murid akan dapat diatasi. 9. Menambah keyakinan dan kefahaman murid Situasi realiti - Melalui kaedah nasyid dan permainan, dapat memberi peneguhan terhadap sesuatu topik yang dipelajari kepada murid. Di samping ditambahkan lagi aktiviti penyoalan. - Apabila pengulangan pembacaan istilah bahasa Arab dapat dilakukan, maka murid akan dapat menambah keyakinan mereka justeru meningkatkan kefahaman murid. - Soalan atau latihan diberikan kepada murid untuk melihat pencapaian dan kebolehan mereka. - Apabila teknik penyoalan dilakukan, bahan bantu mengajar dilekatkan di papan hitam, aktiviti bernasyid dijalankan dan permainan kotak beracun dilakukan, sekaligus akan menambahkan keyakinan murid dalam menjawab soalan. Lebih-lebih lagi ditambahkan pula dengan aktiviti pengulangan istilah-istilah bahasa Arab tersebut.
  25. 25. 10. Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik Situasi realiti - Jika guru melaksanakan didik hibur dengan menggunakan kaedah nasyid dan permainan sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek, pasti ianya akan berjaya. - Ia bertujuan agar sesi pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek itu menjadi seronok di kalangan murid-murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa.
  26. 26. KESIMPULAN Kesimpulannya, pendekatan kaedah nasyid dan kaedah permainan merupakan satu pendekatan yang baik. Ini adalah kerana, ia dapat menjadikan proses pembelajaran di sekolah lebih menarik dan praktikal. Ianya sesuai bagi guru yang inovatif dan kreatif justeru memberikan pelbagai proses pembelajaran supaya nampak lebih menarik dan menyeronokkan. Melalui kaedah ini, dapat memberikan motivasi kepada murid-murid yang lemah untuk memudahkan mereka mengingati tajuk yang diajar oleh guru. Kaedah permainan akan sentiasa dinanti-nantikan oleh murid kerana ia amat menyeronokkan dan menghilangkan kejemuan.

×