Your SlideShare is downloading. ×
0
Teks ucapan mc malam sua mesra (MAKAN MALAM)
Teks ucapan mc malam sua mesra (MAKAN MALAM)
Teks ucapan mc malam sua mesra (MAKAN MALAM)
Teks ucapan mc malam sua mesra (MAKAN MALAM)
Teks ucapan mc malam sua mesra (MAKAN MALAM)
Teks ucapan mc malam sua mesra (MAKAN MALAM)
Teks ucapan mc malam sua mesra (MAKAN MALAM)
Teks ucapan mc malam sua mesra (MAKAN MALAM)
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Teks ucapan mc malam sua mesra (MAKAN MALAM)

42,719

Published on

0 Comments
12 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
42,719
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
772
Comments
0
Likes
12
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. TEKS UCAPAN MC MALAM SUA MESRASUHANA Mohon perhatian Majlis akan bermula sebentar lagi, diharap para hadirin dapat mengambil tempat masing- masing. Untuk memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar, mohon para hadirin sekalian dapat mematikan telefon bimbit atau menukarkannya dalam mod senyap sepanjang majlis berlangsung, agar tidak menganggu majlis. Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai, terima kasih.SUHANA ~ SALUTASI~AFZAN Sirih junjung penyeri majlis, Malam Sua Mesra kita raikan, selamat datang tamu ke majlis, majlis makan malam kita sajikan. Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat datang ke Majlis Malam Sua Mesra Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan, jawatankuasa Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sesi 09/10.
  • 2. SUHANA Hadirin dan hadirat sekalian, Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dipertemukan dalam majlis yang indah ini. Untuk makluman hadirin sekalian, majlis Malam Sua Mesra ini bertujuan menghargai segala usaha dan penat lelah exco dan rexco dalam menjalankan amanah yang telah diberikan. Majlis ini juga diraikan bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara exco dan rakan exco Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan.AFZAN Bagi memberkati lagi majlis ini, marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh SAUDARA HAFIZAN BIN MOHAMAD DAIN. (Bacaan doa) *Amin Ya Rabbal A’lamin. Terima kasih diucapkan kepada SAUDARA HAFIZAN BIN MOHAMAD DAIN atas bacaan doa sebentar tadi.SUHANA Hadirin sekalian, majlis dengan ini mempersilakan SAUDARA LOKMAN BIN DAUD, PENGARAH PROGRAM MALAM SUA MESRA untuk memberi ucapan alu-aluan.majlis dengan ini mempersilakan. *terima kasih diucapkan kepada SAUDARA LOKMAN BIN DAUD atas ucapan sebentar tadi.
  • 3. Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan exco kebajikan dan Kemasyarakatan, JawatankuasaAFZAN mahasiswa kolej sesi 2009/2010, SAUDARA ROSDI BIN MUJI untuk memberikan sedikit ucapan. Majlis mempersilakan. *terima kasih diucapkan kepada SAUDARA ROSDI BIN MUJI atas kesudian beliau memberikan ucapan sebentar tadi. Hadirin dan hadirat sekalian,SUHANA Majlis dengan sukacitanya menjemput SAUDARA LUQMANULHAKIM BIN ABDUL HAKIM, PENYELARAS BIRO KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN untuk menyampaikan sepatah dua kata. Majlis mempersilakan. *terima kasih diucapkan kepada SAUDARA LOKMAN BIN DAUD atas ucapan sebentar tadi. Hadirin dan hadirat sekalianAFZAN Majlis tidak lengkap rasanya tanpa ucapan daripada _________________________________________________ Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian,_____________________________________________________adalah penasihat baru bagi Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan. *terima kasih diucapkan kepada______________________________________________________________atas ucapan tersebut.SUHANA Seterusnya Majlis menjemput semua tetamu jemputan untuk memotong kek Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan.
  • 4. *terima kasih diucapkan kepada tetamu jemputan atas kesudian menyempurnakan acara memotong kek itu tadi. Sebelum memulakan majlis makan malam ini, dijemput SAUDARA AZIZ ISMAIL BIN SAPAIE untukAFZAN membacakan doa makan.dipersilakan. *terima kasih diucapkan kepada SAUDARA AZIZ ISMAIL BIN SAPAIE atas bacaan doa itu sebentar tadi. Tanpa membuang masa saudara-saudari dijemput menikmati juadah yang telah disediakan.SUHANA Bertamu rai di sandakan, gendang gendut tali kecapi, sambil menonton kita makan, pelbagai persembahan akan diserikan. Sambil menikmati hidangan, beberapa persembahan akan dipertontonkan kepada para hadirin sebagai hiburan sampingan. Dengan ini majlis memulakan persembahan dengan menjemput SAUDARA NOR MUHD KHAIROL AFZAN BIN MUHAMMAD untuk menyampaikan SAJAK beliau . dipersilakan. *terima kasih diucapkan kepada SAUDARA NOR MUHD KHAIROL AFZAN BIN MUHAMMAD atas persembahan yang sungguh menarik tadi. hadirin dan hadirat,AFZAN majlis ini diteruskan lagi dengan persembahan KUMPULAN SENIOR RAKAN EXCO Biro kebajikan dan Kemasyarakatan. dipersilakan.
  • 5. *terima kasih diucapkan kepada KUMPULAN SENIOR RAKAN EXCO atas persembahan yang sungguh menarik tadi.SUHANA Seterusnya majlis menjemput SAUDARA HAFIZAN BIN MOHAMAD DAIN untuk menyampaikan dua buah lagu nasyid sebagai halwa telinga hadirin dan hadirat sekalian. Majlis mempersilakan. *terima kasih diucapkan kepada SAUDARA HAFIZAN BIN MOHAMAD DAIN atas persembahan tadi.LOKMAN Hadirin dan hadirat sekalian Tidak lengkap rasanya majlis kita pada malam ini tanpa persembahan daripada KUMPULAN JUNIOR RAKAN EXCO Biro kebajikan dan Kemasyarakatan. dipersilakan. *terima kasih diucapkan kepada SAUDARA HAFIZAN BIN MOHAMAD DAIN atas persembahan itu tadi.AFZAN Majlis diteruskan lagi dengan menjemput SAUDARI SITI ROSNANI BT ROSLEI UNTUK menyampaikan persembahan beliau. Dipersilakan. *terima kasih diucapkan kepada SAUDARI SITI ROSNANI BT ROSLEI atas persembahan itu tadi
  • 6. SUHANA Sekarang tibalah kepada acara yang dinantikan-nantikan iaitu ANUGERAH KING AND QUEEN OF THE NIGHT. Untuk menyempurnakan anugerah ini, majlis mempersilakan _______________________________________________ diiringi oleh _________________________________________________ . Untuk ANUGERAH KING OF THE NIGHT dijemput ______________________________________________ Untuk ANUGERAH QUEEN OF THE NIGHT dijemut______________________________________________. Tahniah diucapkan kepada_______________________________________________________dan _______________________________________________________________. Terima kasih diucapkan kepada ___________________________________________________________________ atas kesudian beliau menyempurnakan penganugerahan itu tadi Majlis menjemput PENGARAH MALAM SUA MESRA, SAUDARA LOKMAN BIN DAUDAFZAN untuk menyampaikan cenderahati kepada kakanda-kakanda kami iaitu exco Kebajikan dan kemasyarakatan jawatankuasa mahasiswa kolej Harun Aminurrashid . dijemput SAUDARA ROSDI BIN MUJI. DIJEMPUT SAUDARI RADZIAH BT MOHD REJAB. * Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada SAUDARA LOKMAN BIN DAUD atas kesudian beliau menyampaikan cenderahati sebentar tadi.
  • 7. Hadirin dan hadirat sekalianSUHANA Majlis kita pada malam ini tdak lengkap rasanya tanpa penyerahan cenderahati tanda kenangan kepada tetamu jemputan. Oleh itu majlis menjemput SAUDARA LOKMAN BIN DAUD, Pengarah Majlis Sua Mesra mengiringi SAUDARA ROSDI BIN MUJI, Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan untuk menyampaikan cenderahati. DIJEMPUTAFZAN * EN. SUNIZA BIN MUSTAFFA * SAUDARA MOHAMAD SOFFIAN BIN ALI * SAUDARI NURUL AIN SHAHIDA BT MUHD SALIM * SAUDARA LUQMANULHAKIM BIN ABDUL RAHIM. ~ Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada SAUDARA ROSDI BIN MUJI atas kesudian beliau menyampaikan cenderahati sebentar tadi.SUHANA Sebelum majlis melabuhkan tirai, marilah sama-sama kita menyaksikan montaj yang telah disediakan.
  • 8. AFZAN Dengan berakhirnya tayangan montaj itu tadi maka berakhirlah majlis kita pada malam ini. Jutaan penghargaan & ribuan terima ksih kepada tetamu-tetamu undangan kerana sudi menghadirkan diri dalam Majlis Sua Mesra ini. Tidak lupa juga kepada hadirin & hadirat sekalian yang sudi meluangkan masa. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan kelemahan itu datangnya dari diri ini sendiri. Saya mewakili Jawatankuasa Pelaksana Program memohon maaf seandainya terdapat kesilapan dan kekurangan sepanjang majlis ini diadakan.AFZAN N SEKIAN..SUHANA WABILAHHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM W.R.T

×