Esp313 tugasan noriza ahmad_e30209120039

2,805 views
2,620 views

Published on

0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,805
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
127
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Esp313 tugasan noriza ahmad_e30209120039

  1. 1. TUGASAN __________________________________________________________________________ TUGASAN 2013 SEMESTER SEPTEMBER ____________________________________________________ KOD KURSUS : ESP 313 TAJUK KURSUS : SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN ___________________________________________________________________________ NAMA PELAJAR : NORIZA BINTI AHMAD NO. MATRIK : E30209120039 AKADEMIK : EN. WAN BUANAN BIN WAN HUSSAIN PUSAT PEMBELAJARAN : AEU KUANTAN NAMA FASILITATOR ___________________________________________________________________________
  2. 2. BAHAGIAN A PEMINJAMAN BAHASA TELAH MEMPERKAYAKAN BAHASA MELAYU Pengenalan Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau Nusantara (kepulauan Melayu). Hal ini berdasarkan dua teori yanng dikemukakan oleh para pengkaji prasejarah yang mengatakan bahawa bangsa Melayu berasala dari Asia Tengah berdasarkan kajian yang dibuat terhadap kapak tua (beliung batu) yang ditemui. Beberapa orang sarjana bahasa Barat telah membuat penyelidikan tentang bahasa-bahasa yang tersebar di kepulauan Melayu dengan membandingkan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Antara pengkaji yang terkenal termasuklah R.H. Geldern, J.H.C Kern, Wilhem von Humboldt, van der Tuuk, dan lain-lain lagi. J.H.C. Kern, seorang ahli fisiologi Belanda juga mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Asia Tengah berdasarkan persamaan beberapa perkataan. Beliau mendapati ada beberapa perkataan yang terdapat di kepulauan Nusantara itu terdapat juga di Madagascar, Taiwan, beberapa pulau di kepualauan Pasifik dan di Filipina. Beliau juga mendapati bahawa perkataan yang digunakan berasal daripada induk yang sama, iaitu Asia. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, bahasa Melayu didapati tergolong dalam filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun utama: bahasa Austroasia, Tibet-China dan Austronesia. Filum Austris terpecah kepada tiga rumpun bahasa yang besar iaitu rumpun Austroasia dan rumpun Austronesia, dan rumpun Tibet-China. Rumpun Austronesia dipecahkan kepada empat keluarga, iaitu Indonesia, Melanesia, Mikronesia dan Polinesia. Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu, bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Kuno tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara di bawah golongan bahasa Sumatera. Digunakan pada abad ketujuh hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Srivijaya. Bahasa Melayu Kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat bahasa Melayu yang bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Oleh sebab agama Hindu menjadi pegangan orang Melayu, bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang
  3. 3. menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuan. Bukti yang menunjukkan penggunaan bahasa Melayu Kuno dapat dilihat pada batu bersurat abad ketujuh yang ditulis dengan huruf Palava. Antara batu bersurat yang dijumpai ialah Batu Bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683M), Batu Bersurat di Talang Tuwo, Palembang (684M), Batu Bersurat di Kota Kampar, Pulau Bangka (686M) dan Batu Bersurat di Karang Brahi, Meringin, Hulu Jambi (686M). Pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13 memberi impak kepada perkembangan bahasa Melayu. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah merubah sistem bahasa Melayu terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan. Terdapat tiga batu bersurat penting yang ditemui iaitu Batu Bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau, 1356M yang ditulis dalam huruf India dan mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak bahasa Sanskrit. Batu Bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380M) masih memakai abjad India dan buat kali pertamanya terdapat penggunaan kata-kata arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) ditulis dalam tulisan jawi dan membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu. Begitulah berlakunya perubahan daripada bahasa Melayu Kuno kepada bahasa Melayu Klasik. Bahasa Melayu Moden dikatakan bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden kerana siftanya dikatakan agak menyimpang dengan bentuk bahasa Melayu Klasik. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
  4. 4. 2.0 Peminjaman Kata Kata merupakan sesuatu yang diujarkan atau diucapkan. Ia adalah suatu unit dari satu bahasa yang mengandungi erti dan terdiri lebih daripada satu morfem. Kata terdiri daripada satu akar kata atau dengan beberapa afiks dan gabungan kata-kata dapat membentuk frasa, klausa atau ayat. Dari segi linguistik, kata merupakan gabungan atau kesatuan bunyi yang mengandungi atau menyampaikan pengertian tertentu. Kata “kata” dalam bahasa Melayu diambil dari bahasa Sanskrit iaitu kathā. Dalam bahasa Sanskerta, kathā sebenarnya bermakna “konversasi”, “bahasa”, “cerita” atau “dongeng. Dalam bahasa Melayu telah berlaku penyempitan makna semantik dan ia berubah menjadi ‘kata’. Kata pinjaman pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud perkataan yang diambil daripada bahasa asing. Selain itu kata pinjaman juga membawa maksud kata yang sudah terserap di dalam sesuatu bahasa yang berasal daripada bahasa lain. Peminjaman kata merupakan unsur yang lazim berlaku dalam mana-mana bahasa pun di dunia kerana beberapa faktor yang tertentu. Peminjaman kata boleh terjadi akibat pertembungan budaya di dalam sebuah negara dan akan menjurus kepada pertembungan bahasa. Peminjaman kata asing bermaksud bahasa yang digunakan sekarang iaitu bahasa Melayu meminjam bahasa lain dengan tautan pada aspek linguistik. Bahasa yang digunakan dalam bab 6 teks Sulalatus Salatin merupakan bahasa Melayu klasik yang digunakan secara meluas pada abad tersebut. Terdapat banyak faktor yang mendorong sesuatu bahasa itu termasuklah bahasa Melayu untuk mengambil unsur-unsur asing, antaranya ialah : i. Keperluan dalam dunia baru terutama dalam hal untuk memberi nama-nama baru atau istilah-istilah baru yang menepati kehendak pengisian masa dan keadaan waktu itu. ii. Perkembangan dalam urusan perniagaan dan perdagangan. iii. Faktor psikologi masyarakat peminjam. Masyarakat penutur akan meminjam daripada bahasa yang dianggap lebih tinggi tarafnya daripada bahasa ibundanya sendiri. iv. Untuk memantapkan lagi struktur sesuatu bahasa itu. Proses peminjaman sebenarnya boleh
  5. 5. mendatangkan pengukuhan kepada bahasa yang meminjam. Seterusnya bahasa tersebut akan terus berkembang dan hidup dalam sebarang masa dan keadaan. Namun, terdapat lima unsur yang boleh dipinjam daripada bahasa luar dan bahasa Melayu untuk memantapkan lagi strukturnya. Antaranya ialah : 1 unsur perkataan (kosa kata/perbendaharaan kata) 2 bentuk huruf dan sistem tulisan 3 sistem bunyi (bunyi yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu seperti kh, gh) 4 imbuhan 5 peribahasa Namun begitu, kita tidak menerima struktur ayat dalam bahasa asing dalam bahasa Melayu. Unsur-unsur bahasa asing masuk ke dalam bahasa Melayu melalui pertembungan antara penuturpenutur bahasa yang berkenaan. Pertembungan antara penutur boleh berlaku dalam hal-hal seperti di bawah: 1 melalui proses peperangan dan penjajahan politik 2 proses perniagaan dan urusan perdagangan 3 melalui perhubungan kejiranan dan persahabatan 4 melalui aspek pendidikan dan penyebaran agama Penyerapan unsur kosa kata asing dalam bahasa Melayu melalui keempat-empat proses di atas. Aspek peperangan dan penjajahan politik telah membawa masuk perkataan daripada bahasa Portugis, Belanda, dan Inggeris. Manakala aspek perniagaan, urusan berjual-beli dan pendidikan serta penyebaran agama Islam. Perkataan-perkataan yang dibawa masuk termasuklah melalui peminjaman daripada bahasa Sanskrit, dan Arab. Kejiranan dan persahabatan pula telah membawa masuk perkataan-perkataan daripada bahasa China, Tamil, dan dialek Indonesia. Peminjaman terbahagi kepada tujuh iaitu, peminjaman tulen, maksud, kacukan, pemerian, berpindah, dialek dan kuno.
  6. 6. 2.1 Kesan Peminjaman Peminjaman bahasa asing dalam bahasa Melayu memberi kesan kepada bahasa apabila berlaku penyesuaian dan perubahan terhadap kosa kata bahasa peminjam. Peminjaman perlu dikawal kerana peminjaman yang berlebihan akan mengakibatkan keaslian bahasa pinjaman itu dicampur adukkan strukturnya. Pertembungan antara bahasa-bahasa lain akan mewujudkan perubahan bunyi atau fonologi, bentuk kata atau morfologi, dan bentuk ayat atau sintaksis. Perubahan fonologi berlaku apabila bahasa Melayu betembung dengan bahasa Arab dan Inggeris. 2.1.1 Peminjaman Kosa Kata Tiga bahasa yang sangat besar pengaruhnya dalam roses peminjaman kosa kata kepada bahasa Melayu iaitu bahasa Sanskrit, bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, bahasa-bahasa Cina, Tamil, Siam, Belanda, Portugis, Parsi, Hindustan dan Jawa ada juga memberi sumbangan dalam bentuk peminjaman kosa kata kepada bahasa Melayu. 2.1.2 Peminjaman bahasa Sanskrit Unsur-unsur bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit banyak memperkayakan bahasa Melayu sejak dari zaman dahulu lagi. Bukan sahaja bahasa Melayu, tetapi mana-mana bahasa yang mempunyai hubungan dengan India akan sedikit sebanyak menerima pengaruh bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit masuk ke dalam bahasa Melayu melalui proses perdagangan iaitu apabila kerajaan-kerajaan Melayu zaman dahulu membuat hubungan perdagangan dengan India. Pedagang-pedagang India yang datang berdagang dengan Tanah Melayu menggunakan bahasa Sanskrit. Paling utama ialah golongan pengembang agama buddha yang datang untuk mengembangkan agama Buddha di rantau Asia Tenggara ini. Mereka akan menggunakan bahasa Sanskrit. Kajian telah menunjukkan bahawa dalam bahasa Melayu terdapat sebanyak 677 patah perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Kata-kata itu merangkumi pelbagai bidang kehidupan seperti bidang agama, falsafah, alam semula jadi, kenegaraan, hubungan kekerabatan, haiwan dan mergastua, bunga dan tumbuh-tumbuhan, bahagian-bahagian tubuh badan, penyakit,
  7. 7. perdagangan dan perniagaan, barangan dagangan, bahasa, pembelajaran dan kesusasteraan, angka-angka, tanda masa dan arah, sifat dan keadaan, kata-kata kerja, keterangan ganti nama, penghubung dan seru, unsur-unsur awalan dan akhiran dan kata majmuk. Contoh : a) Agama dan falsafah : syurga, agama, bidadari, dewa, dewi, budi, saksi b) Bunga dan tumbuh-tumbuhan : amra, angsana, cempaka, melati, penaga c) Istilah Abstrak : asmara, bencana, cinta, dirgahayu, dusta, gembira d) Anggota badan : anggota, bahu, badan, kepala, muka, nadi e) Hubungan dan kekeluargaan : belia, dara, isteri, bangsa, saudari, saudara f) Alam semula jadi: udara, bumi, bayu, tanah, samudera, ombak g) Kenegaraan dan hubungan kekerabatan : desa, kota, pengawal, maharaja h) Penyakit : selesema, kusta, demam i) Haiwan dan margastua : angsa, gajah, ketam, unta, singa j) Perdagangan dan barangan : arak, gangsa, curiga, kunci, biaya, warna 2.1.3 Peminjaman Bahasa Arab Selain daripada bahasa Sanskrit, unsur bahasa Arab juga meresap masuk ke dalam bahasa Melayu. Antara peranan utama Islam dan bahasa Arab terhadap bahasa Melayu ialah pengenalan sistem tulisan. Huruf-huruf Arab diperkenalkan dan digunakan sebagai sistem tulisan menggantikan sistem tulisan Pallawa dan Nagiri. Sistem tulisan Arab pada mulanya diserapkan ke dalam bahasa Melayu untuk menghasilkan buku-buku agama dalam bahasa Melayu, terutama mengenai ibadat. Persoalan awal yang ditulis ialah seperti mengucap dua kalimah syahadah, solat, berpuasa, membayar zakat. Pada ketika ini, bahasa Melayu menggantikan bahasa Jawa sebagai bahasa yang penting di Kepulauan Melayu. Apabila Islam dianuti oleh golongan kerabat istana dan rakyat Melaka, peminjaman katakata Arab mula meresap masuk ke dalam bahasa melayu. Semasa Melaka di bawah tampuk pemerintahan Sultan Muzafar Syah (1446-1459), Islam diletakkan sebagai asas
  8. 8. pemerintahannya. Kesannya, pengaruh bahasa Arab menular masuk bukan sahaja dalam aspekaspek keagamaaan, tetapi juga meliputi aspek pentadbiran dan kelimuan. Melaka menjadi pusat perdagangan di Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu pula memainkan peranan utama sebagai bahasa penyebaran ajaran-ajaran Islam. Sistem tulisan yang diperkenalkan ialah tulisan Jawi. Sistem tulisan Jawi pada awalnya menggunakan 30 huruf-huruf Arab, iaiatu daripada alif sehingga ya. Untuk menampung keperluan lidah Melayu, 5 huruf lagi diperkenalkan hasil penyesuaian daripada bahasa Parsi, iaitu huruf ca, nga, pa, ga, dan nya. Wilayah-wilayah atau pulau yang penduduknya beragama Islam telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa keagamaan. Dengan ini, bahasa Melayu semakin luas penggunaannya yang sebelum ini hanya digunakan dalam perdagangan dan kebudayaan sahaja. Agama Islam juga memperkenalkan ilmu pengetahuan baharu dengan sejumlah khazanah yang besar dan kaya, yang bersangkut paut dengan perkara yang kompleks seperti agama, ilmu, fikiran, adat-adat Islam, dan sebagainya. Antara perkataan Arab yang meresap masuk ke dalam bahasa Melayu ialah; a. Berkenaan agama : Islam, iman, syarat, rukun, sah, anbia, nabi, wali, tauhid, syariat, malaikat, syariah b. Berkenaan ilmu : Ilmu, nahu, surat, jahil, kitab, riwayat, hisab, tafsir c. Fikiran dan perasaan : Akal, faham, syak, yakin, nafsu, khusus, khas, ikhlas d. Hukuman dan peraturan : Hukum, hakim, adil, zalim, tertib, wilayah, wakil e. Adat dan pergaulan manusia : Kaum, umat, awam, nikah, muhrim, tahniah, syukur f. Benda-benda, kejadian dan perbuatan : Haiwan, insan, wajah, sifat, wujud, nahas 2.1.4 Peminjaman Bahasa Eropah Penyerapan Masuk Kosa Kata Bahasa Inggeris Kedatangan kuasa-kuasa Barat tidaklah memberi kesan semerta kepada bahasa Melayu. Pengenalan bahasa melayu kepada para pedagang Eropah merupakan langkah pertama ke arah pengenalan mereka dengan bangsa Melayu. Campur tangan Inggeris di negeri-negeri Melayu
  9. 9. banyak membawa kesan kepada kedudukan bahasa Melayu. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, dan bahasa pengantar bidang pendidikan. Orang yang dapat menguasai bahasa Inggeris akan mendapat keutamaan. Keperluan terhadap ilmu dan desakan zaman yang berubah, menyebabkan banyak perkataan bahasa Inggeris menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu. Pinjaman perkataan daripada bahasa Eropah terutamanya bahasa Inggeris terus berlaku. Ini kerana bahasa Melayu memerlukan istilah sejajar dengan perkembangan semasa, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Antara perkataan awal yang meresap masuk ke dalam bahasa Melayu ialah ; saman, notis, berek, pensel, gelas, setem, hotel, tiub, basikal, lesen, bil, lokap, kompas, biskut, se tokin, drebar, mesin, telefon, biro dan banyak lagi. Kata Pinjaman daripada Bahasa Portugis Perkataan-perkataan daripada bahasa Portugis yang menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu ialah : baldi, bangku, meja, bomba, bendera, kemeja, garpu, kebaya, paderi, tuala, dadu, mentega. Kata Pinjaman daripada Bahasa Belanda Perkataan-perkataan pinjaman daripada bahasa Belanda, antaranya ialah : engsel, duit, pos, persen, sekolah, senapang, laci, pelekat. Kata Pinjaman daripada Bahasa Tamil, Hindustan, Parsi, Cina Perkataan pinjaman daripada bahasa Tamil : ayah, sebagai, cuma, macam, pinggan, bagai, bagaimana, kalap, segala, cuci, kedai, modal, tirai, cuma, percuma, nelayan, koko. Perkataan pinjaman daripada bahasa Hindustan : acar, cuti, kunci, budiman, kapas, palka, cukai, kari, roti, curi, kelasi, topi. Perkataan pinjaman daripada bahasa Parsi : agar, bakhtiar, banjir, bazar, badam, cap, kolah, nakhoda, syabas, taj, andai, pasar, daftar, firman, khurma, lasykar, syah, saudagar, jam, bandar, temasya, nisan, takhta, pelampung.
  10. 10. Perkataan pinjaman daripada bahasa Cina : tauke, tong, tauhu,loteng, laici, kuli, pungki, cap, maajun, cawan, taugeh, cat, sampan, kongsi, ping pong, taufan, mi, bihun, kue tiaw, pau, kueh. 2.2 Peminjaman Imbuhan Asing dalam bahasa Melayu Secara umumnya, unsur-unsur imbuhan asing dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu mengikut bahasa asal imbuhan-imbuhan tersebut : i. imbuhan Sanskrit - maha-, tuna-, tata-, pra-, swa-, panca-, eka-, dwi-, tri-, -wan, -man, wati, -nita ii. imbuhan Arab-Parsi: -bi-, -i, -wi, -iah, -in, -at, -ah iii. imbuhan Yunani-Latin-Inggeris : pro-, anti-, mono-, poli-, auto-, supra-, -isme, ik, -si, al, -is Kesimpulannya daripada bukti-bukti yang diberikan di atas jelaslah peminjaman bahasa telah memperkayakan lagi bahasa Melayu. Semakin banyak kosa kata baharu yang terdapat dalam bahasa Melayu.
  11. 11. Rujukan : http://nurulainadiah.wordpress.com/category/projek-1/1-0-pengenalan/ http://www.slideshare.net/ctfironika/kata-pinjaman#btnNext http://www.slideshare.net/UmmuKhair1/kata-pinjaman-bahasa-melayu#btnNext http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=1581 http://www.scribd.com/doc/13626069/Kata-Pinjaman-Dalam-Bahasa-Melayu http://bmstpm.blogspot.com/2012/07/penyerapan-unsur-asing-dalam-bahasa.html http://bmstpm.blogspot.com/2008/11/sejarah-perkembangan-dan-asal-usul.html http://teknikjawabbmstpm.blogspot.com/2012/05/nota-ringkas-sejarah-perkembangan.html
  12. 12. BAHAGIAN B MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU UNTUK BERSAING DENGAN BAHASABAHASA LAIN DI DUNIA 1.0 Pengenalan Menurut Harry Judge, orang Melayu Campa telah wujud sejak abad ke-2 Masihi lagi, jadi dari segi logiknya apabila telah ada orang Melayu maka sudah pastilah ada bahasanya. Mengikut maklumat daripada Drs Abdul Rahman Al-Mahadi dari segi bukti sejarah yang lebih konkrit bahan berbahasa Melayu hanya terdapat pada abad ke-4 seperti pada prasasti Dong Yen Chau, di Vietnam. Oleh itu dari maklumat ini membuktikan bahasa Melayu telah wujud kira-kira 1800 tahun yang lalu. Selain itu bahasa Melayu pula telah mendapat pengaruh dari luar sejak abad ke-4 Masihi seperti pengaruh bahasa Sanskrit yang terdapat pada tinggalan Kerajaan Melayu Kutai di Kalimantan Timur yang bertarikh pada 400 Masihi dan Kerajaan Tarumanegara di Jawa Barat pada 450 Masihi. Kewujudan bahasa Melayu pada abad ke-7 mempunyai banyak buktinya seperti pada prasasti-prasasti zaman Sriwijaya, Syailendra, Sanjaya, dan Malayu. Pada abad ke10 dan ke-11 baru mula muncul kedatangan Islam seperti pada prasasti di Langgar, Kedah (290 Hijrah), Brunei (440H./ 1048M.), Phan~rang, Vietnam 431H./1039M.), Leran, Surabaya (475H./1082M.), dan Pekan, Pahang (419H.). Kemudian datang pula bangsa-bangsa Barat berpunca daripada kejatuhan Kota Melaka (1511 M.), Maluka, Sunda Kelapa, Manila, dan lain-lain. Pengaruh Barat baru mula mengental dalam abad ke-19 dan abad ke-20. Namun pada pertengahan abad ke-20 Dunia Melayu mula menjadi negara yang bebas dan merdeka. Zaman bahasa Melayu pramoden telah wujud dalam abad ke-19M. Ia merupakan zaman peralihan antara zaman bahasa Melayu klasik dengan zaman bahasa Melayu moden. Dalam zaman ini tamadun Barat dan budaya Barat sudah berjaya meresap ke dalam tamadun dan budaya Melayu. Namun dalam bahasa Melayu itu sendiri, dari segi gaya bahasa, kosa kata, ungkapan dan lain-lain masih banyak berbentuk bahasa Melayu klasik.
  13. 13. Pada zaman pemerintahan Inggeris ini, bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan rasmi di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pada masa itu, pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu dikehendaki mempelajari bahasa Melayu. Sebelum disahkan dalam jawatan mereka mesti lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu. Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang tinggi terhadap bahasa Melayu. Malah ada diantara mereka yang dikenali sebagai sarjana bahasa Melayu. Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan J. Crawford. Begitulah hebatnya bahasa Melayu pada zaman itu sehingga berjaya memaksa orang Inggeris untuk mempelajari dan menguasainya. Faktor ini mungkin disebabkan untuk memudahkan urusan pentadbiran Inggeris pada waktu itu. 2.0 Usaha-usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu Seperti yang telah kita ketahui, berbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu di negara kita. Antara usaha-usaha yang dilakukan ialah: 2.1 Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi YM Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama telah menegaskan bahawa pendaulatan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi menjadikan kemerdekaan Malaysia lengkap apabila penggunaannya sudah dapat diterima sepenuhnya oleh rakyat. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tercatat dengan jelas sebagai Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah dimuatkan dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan sebagai bahasa rasmi dan pengantar yang tunggal di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi melalui Penyata Razak 1956 dan disokong kuat oleh Penyata Rahman Talib 1960. Perkara 152 Perlembagaan Malaysia Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh Parlimen. Dengan syarat bahawa:
  14. 14. a. Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa- apa maksud, selain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan b. Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan. Walau apa pun peruntukan Fasal (10) selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua Majlis Parlimen, dalam Dewan Negeri tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain. Walau apa pun peruntukan fasal (10), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, naskhah yang sahih: a. Bagi segala Rang Undang-Undang yang hendak dikemukakan atau pindaanpindaan mengenainya yang hendak dicadangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen; dan b. Bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan kecil yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam Bahasa Inggeris. Walau apa pun peruntukan Fasal (10), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, segala pembicaraan dalam Mahkahmah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Dengan syarat bahawa, jika mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan atau direkodkan dalam Bahasa Inggeris. Berdasarkan peruntukan yang diberikan, jelaslah bahawa pertimbangan sewajarnyalah telah diberikan terhadap kedudukan Bahasa Melayu. Sejak tahun 1957, apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemederkaan, Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan yang disarankan oleh Suruhanjaya Reid. Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berasaskan beberapa faktor, iaitu
  15. 15. a. Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini. Pada waktu itu, kumpulan ini membentuk 49.78 peratus, manakala kaum Cina merupakan 37.1 peratus, dan kaum India 11.0 peratus (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, hlm. 1260). b. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini. Oleh itu, Bahasa Melayu dapat melahirkan jati diri penduduk negara ini. c. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum. d. Bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu. Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga alat perpaduan tidak disanggah oleh mana-mana pihak. Pengisytiharan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam semua urusan pentadbiran tidak menyekat penggunaan dan pembelajaran bahasabahasa lain dalam urusan bukan rasmi. Pada dasarnya, pengiktirafan dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dikawal oleh dasar bahasa kebangsaan dan dari segi undangundang, dasar ini telah dimaktubkan melalui perlembagaan dan akta. 2.2 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sebagai sebuah negara yang baru merdeka dan mempunyai rakyat yang berbilang kaum, satu orientasi baru diperlukan untuk membentuk sikap rakyat menerima bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melancarkan gerakan psikologi melalui kempen-kempen bahasa yang melibatkan penyertaan rakyat daripada semua kaum dalam kegiatan bahasa secara besar-besaran. Gerakan ini dilakukan di seluruh negara tiaptiap tahun selama tujuh tahun dari 1960-1966. Pada 30 Januari 1960, Minggu Bahasa Kebangsaan dilancarkan buat pertama kalinya di seluruh negara yang berlangsung hingga 6 Februari, 1961. Perkara yang paling penting pada era ini ialah peranan yang dimainkan oleh Dewan bahasa dan Pustaka (DBP). Pada tahun 1959, DBP berubah tarafnya daripada jabatan kerajaan
  16. 16. kepada badan berkanun apabila Parlimen meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka. Pemberian autonomi ini membolehkannya menggubal dasar tentang matlamat yang ditetapkan dalam akta tersebut. DBP dibenarkan menggubal dasar-dasarnya yang khusus, menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera menurut kebijaksanaan pihak pengurusannya sendiri, dan menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara lebih kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan yang sentiasa berkembang dan hidup. Matlamat utamanya ialah membina dan mengembangkan bahasa kebangsaan sesuai dengan dasar negara dan hasrat rakyat yang menubuhkan DBP. Matlamat penubuhan DBP yang dilihat demi kepentingan bahasa Melayu antaranya : a. Untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; b. Untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan; c. Untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain; d. Untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; e. Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; f. Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat 2.3 kuasa. Perlaksanaan Laporan Razak untuk mendaulatkan bahasa Melayu Berdasarkan kepada Laporan Razak (Penyata Razak), wujud 17 cadangan dengan mengambilkira matlamat- matlamat mendaulatkan bahasa Melayu, akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan. Di antara perkara yang difokuskan ialah bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.
  17. 17. Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah rendah dan menengah kebangsaan. Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan untuk membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu memikul tanggungjawab sebagai bahasa pengantar utama di pusat pengajian tinggi. Manakala perluasan penggunaan bahasa Melayu di universiti awam yang lain pula telah membuktikan banyak kejayaan yang telah ditempa. Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu wajar diteruskan penggunaannya di institusi pengajian tinggi awam. 2.4 Kempen- kempen mendaulatkan bahasa Melayu Selepas kemerdekaan, wujud kempen- kempen untuk mendaulatkan bahasa Melayu. Pelbagai acara penerangan seperti mengadakan poster-poster, pelekat-pelekat cogan kata, kainkain cogan kata, iklan-iklan dan filem-filem serta ucapan-ucapan oleh pembesar-pembesar dan pakar-pakar dan juga pengguna-pengguna bahasa kebangsaan dari orang-orang Melayu dan bukan Melayu. Mereka juga membuat peraduan seperti syarahan, bahas, peraduan melukis poster, peraduan mengarang rencana dan sebagainya. Minggu Bahasa Kebangsaan pula, ia dihadiri dan dikelolakan oleh suatu Jawatankuasa Kerja Pusat yang dilantik oleh persidangan Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri, SetiausahaSetiausaha Kementerian dan jabatan-jabatan. Dalam tiap-tiap negeri pula diadakan satu Jawatankuasa Negeri untuk memutuskan rancangan di peringkat negeri dan juga berkuasa menubuhkan Jawatankuasa Daerah untuk melancarkan pengelolaan rancangan di tiap-tiap negeri. Pelaksanaan rancangan kebangsaan Minggu Bahasa Kebangsaan ini dirancang untuk disertai oleh seluruh pihak yang meliputi kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan mahupun separuh kerajaan, institusi-institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah, akhbarakhbar, syarikat-syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan yang mengenai bahasa dan persuratan secara langsung atau tidak langsung dan bahkan kepada tiap-tiap rakyat dan kumpulan rakyat dengan mengadakan rancangan-rancangan penyambutan dan perayaan yang sesuai dengan tujuan mengadakan Minggu Bahasa Kebangsaan. Pada 15 April 1962, satu seminar mengenai bahasa dan Sastera telah diadakan di Balai Budaya Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Seminar anjuran Dewan bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Perpustakaan Universiti Malaya ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana
  18. 18. Menteri, Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein. Sebanyak 50 kertas kerja dibincangkan dalam seminar yang berlangsung selama empat hari ini. Kertas-kertas kerja ini disumbangkan oleh beberapa pakar bahasa dari seluruh tanah air. Antara perkara-perkara yang dibahaskan dalam seminar tersebut termasuklah mengenai bahasa dan kesusasteraan, ilmu pengetahuan dan bukubuku sekolah. Ini mencakupi masalah sastera, perpustakaan juga perkembangan kesusasteraan dan persuratan Melayu sebagai bahan dan alat pendidikan ke arah pembangunan rakyat (Seminar Bahasa dan Sastera – Ke Arah Meninggikan Mutu Bahasa dan Kesusasteraan Kebangsaan, 2008). Pada 11 April 1963, satu akta yang berkaitan khusus dengan bahasa kebangsaan, iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963 telah diluluskan dan dikuatkuasakan. Selepas 10 tahun merdeka, iaitu pada tahun 1967, Akta bahasa Kebangsaan 1967 telah diluluskan dan mula dikuatkuasakan pada 1 September 1967. Akta ini kemudiannya disemak dan disatukan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan berkuatkuasa pada 1 Julai 1971 dengan nama Akta Bahasa Kebangsaan, 1963 (Pindaan 1967). 2.5 Akta Bahasa Kebangsaan 1967 Sepuluh tahun selepas merdeka, Parlimen meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 yang mewajibkan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi yang tunggal dalam semua urusan rasmi negara menggantikan tempat Bahasa Inggeris. Pada 1 September 1967 DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi Negara yang tunggal bagi Persekutuan Malaysia. Perisytiharan ini adalah ekoran daripada tindakan Parlimen yang telah meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dalam sidangnya yang berlangsung pada bulan Mac 1967. Dalam warkah perisytiharan melalui Titah Diraja yang disiarkan melalui radio dan televisyen, baginda mensifatkan pendaulatan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal merupakan permulaan suatu zaman baru dalam sejarah kemerdekaan negara ini. Baginda telah menyeru seluruh rakyat supaya mengguna dan memajukan Bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh sebagai bahasa rasmi negara ini. Usaha-usaha untuk mendaulatkan dan memperluaskan penggunaan bahasa kebangsaan ini telah dijalankan dengan lebih giat dan serius melalui minggu dan bulan bahasa kebangsaan,
  19. 19. perjuangan politik bahasa, serta menambahkan buku-buku ilmu pengetahuan dalam Bahasa Melayu. Berikutan daripada pengisytiharan baginda itu, pada hari yang sama, Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan surat Pekeliling Am No. 12 Tahun 1967 yang mengarahkan bahawa daripada tarikh itu, bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu sahaja hendaklah digunakan untuk maksud-maksud rasmi dalam pentadbiran sehari-hari yang dijalankan oleh kementeriankementerian, Jabatan-Jabatan Kerajaan, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Kerajaan-Kerajaan Tempatan dan Badan-Badan Berkanun di Negeri-Negeri Tanah Melayu kecuali di Parlimen, Dewan-Dewan Negeri dan Mahkamah di mana Bahasa Inggeris boleh digunakan setakat masa yang telah diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967. 3.0 Cadangan-cadangan Rakyat Malaysia sebagai penutur bahasa Melayu perlu mempunyai jati diri yang kuat serta yakin dengan bahasa sendiri. Wujudkan semangat cinta dan kasih kepada bahasa sendiri tanpa berbelah bagi. Percakapan seharian hendaklah menggunakan bahasa yang betul bukan dicampuri aduk dengan bahasa lain. Beberapa langkah perlu diambil supaya bangsa lain yang terdapat di Malaysia ini tertarik menggunakan bahasa Melayu: i. Mewujudkan sekolah kebangsaan sahaja dan hapuskan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Bahasa mereka juga diajar tetapi sebagai mata pelajaran elektif akan memberikan mereka peluang untuk belajar dan bercakap secara di sekolah.Terbukti dasar ini telah berjaya mewujudkan satu bahasa oleh sesetengah negara di dunia seperti berada di negara tersebut dapat mengabaikan bahasa kaum ii. bertutur sahaja. Ini formal ketika berada negara, satu bangsa dan satu Thailand dan Indonesia. Semua bangsa yang bahasa ibunda dengan baik sekali tanpa mereka. Menghapuskan secara total penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik. Pihak kerajaan sepatutnya mengkaji secara mendalam sebelum PPSMI ini diperkenalkan. Penggunaan bahasa Inggeris telah membunuh minat pelajar dan menghalang pemerkasaan bahasa Melayu terutamanya dalam bidang sains dan teknologi terutamanya di luar bandar. Kekurangan istilah dalam bahasa Melayu bukanlah alasan yang logik kerana kita boleh
  20. 20. mencipta dan mengambil istilah daripada pelbagai sumber untuk dijadikan sebagai bahasa kita. Tindakan kerajaan menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains Matematik amat mengecewakan orang Melayu meminggirkan olah bahasa Melayu sangat mundur dan tidak dan bahasanya sendiri. Ia seolah- bersesuaian lagi dengan kemajuan pada zaman moden ini. iii. Penggunaan sepenuhnya bahasa Melayu untuk pengiklanan serta papan tanda dan nama kedai di kawasan bandar, lebuh raya dan pekan. Papan tanda pengiklanan yang diperlihatkan kepada umum mestilah bahasa Melayu tanpa dimasukkan bahasa lain. Manakala daripada segi tatabahasa perlulah dirujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum iklan tersebut dikeluarkan untuk tatapan umum. Bahasa yang tidak mengikut standard sebenar bahasa Melayu perlu diturunkan atau dihapuskan iv. Peranan media-massa juga perlu untuk memperkasa bahasa Melayu. Pihak penyiaran sama ada radio atau televisyen seperti TV1, TV2, TV3, TV7, TV8 dan TV9 mestilah menggunakan bahasa Melayu lebih berbanding bahasa lain. Mereka juga perlu mengurangkan kebanjiran filem-filem dan drama-drama dari luar seperti Indonesia, Amerika Syarikat dan Mexico. Banyakkan rancangan-rancangan tempatan yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. v. Meningkatkan lagi usaha penterjemahan buku-buku asing ke dalam bahasa Melayu supaya pengaliran ilmu lebih dinamis dan sistematik. Institut Terjemahan Negara perlu memainkan peranan lebih pro-aktif. Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama universiti-universiti tempatan juga perlu menerbitkan lebih banyak buku- buku versi bahasa Melayu sama ada untuk rujukan di perpustakaan dan bacaan umum. Oleh hal demikian, kerajaan mestilah menyediakan dana yang mencukupi untuk tujuan ini. Negara kita mampu mengadakan projek-projek mega yang ringgit. Tidak mustahil untuk tujuan ini yang tidak sebesar projek menjangkau berbilion mega itu dapat kerajaan laksanakan demi melihat bahasa Melayu maju ke hadapan seiring bahasa lain di dunia. Setelah lebih 50 tahun merdeka kita tidak perlu menunding jari kelemahan bahasa Melayu semata-mata tanpa berusaha untuk daripada semasa ke semasa seiring dengan kemajuan sains dan teknologi. kepada mempertingkatnya
  21. 21. vi. Menghapuskan penggunaan dwi bahasa dalam borang permohonan kerja terutamanya di sektor swasta. Penggunaan dwi bahasa ini tidak perlu kerana semua warganegara Malaysia telah memahami bahasa Melayu dengan baik sekali. Ini terbukti pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu adalah wajib di sekolah rendah dan menengah. Jangka masa pendidikan secara formal ini berlangsung selama enam hingga sebelas tahun. Mustahil dalam jangka masa tersebut seseorang itu tidak memahami istilah atau perkataan bahasa Melayu. Bagi pekerja asing yang ingin bekerja di Malaysia perlulah mempelajari bahasa Melayu selama enam bulan vii. sebelum datang ke sini. Mengadakan seminar bahasa Melayu serta kepentingannya. Seminar ini akan dapat memperkemaskan lagi bahasa bagi mengurangkan berlakunya percemaran bahasa dalam percakapan harian serta penulisan. Menurut (Awang Sariyan, 1988) Gejala pencemaran bahasa bukan perkara baru bagi bahasa Malaysia. Misalnya, meluasnya pengaruh bahasa pertuturan atau bahasa pasar yang kurang teratur dalam tulisan sudah sejak sekian lama berlaku. Tambahan pula zaman sains dan teknologi sekarang manusia suka kepada sesuatu yang cepat dan ringkas misalnya, Sistem Pesanan Ringkas (SMS). viii Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan jati diri. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) hendaklah mencari kaedah terbaik untuk memperkenalkan semula sekolah wawasan dengan tujuan membolehkan berlakunya interaksi murid pelbagai etnik untuk memupuk perpaduan kebangsaan. Pengetahuan dan kebolehan berkomukasi dalam bahasa Melayu hendaklah dijadikan hak asasi setiap murid berdasarkan prinsip “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”. KPM hendaklah bertegas melaksanakan kurikulum bahasa Melayu standard mulai Tahun 4 peringkat sekolah kebangsaan, SJK (C) dan SJK (T) untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu murid. ix. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi (dunia korporat). Ini boleh meningkatkan kemampuan dan nilai bekerja melalui kemahiran bahasa Melayu. Selain itu kerajaan perlu Memperbanyakkan kursus komunikasi berkesan seperti penulisan laporan, pengucapan awam, surat-menyurat, minit mesyuarat dalam bahasa Melayu. Institiut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) perlu mengadakan kursus-kursus komunikasi berkesan dengan melibatkan pihak swasta untuk memudahkan pihak pengurusan berkomunikasi dengan berkesan dengan pihak bawahan.
  22. 22. 4.0 Kesimpulan Secara kesimpulannya, jelaslah di sini bahasa Melayu perlu diperkasakan daripada semasa ke semasa mengikut peredaran zaman sesuai dengan kemajuan sains dan teknologi. Bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa antarabangsa sebagaimana pada zaman kesultanan Melaka. Ia telah mencapai kemuncak sebagai bahasa perhubungan anatara para pedagang atau dikenali sebagai lingua-franca. Kritikan Munsyi Abdullah dan kemerdekaan negara pada tahun 1957 telah menjadi wadah perjuangan orang Melayu memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu serta setaraf dengan bahasa lain di dunia. Klimaks perjuangan mereka terdahulu dengan tertubuhnya Universiti Kebangsaan Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan diikuti oleh universiti-universiti lain. Namun begitu, persaingan yang kuat dengan bahasa asing terutama bahasa Inggeris menjadikan bahasa Melayu dipandang rendah oleh orang Melayu sendiri. Mereka berpendapat bahasa Inggeris lebih mantap untuk mengejar kemajuan sesebuah negara. Justeru, mata pelajaran Sains dan Matematik telah ditukarkan kepada bahasa Inggeris seolah-olah bahasa Melayu dipinggirkan oleh bangsanya sendiri. Tindakan ini membantutkan pemerkasaan bahasa Melayu di Malaysia. Pejuang-pejuang bahasa Inggeris telah dibenarkan mengemukakan pendapat kepada umum sedangkan pejuang-pejuang bahasa Melayu tidak ditonjolkan. Pada amnya, sesuatu bahasa itu berkembang dan maju selaras dengan taraf perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat bahasanya. Proses ini berlaku secara perlahan-lahan, sebagai suatu proses evolusi. Contohnya masyarakat Eropah Barat telah mengambil masa beratus-ratus tahun untuk mencapai taraf kemajuan yang dinikmati pada masa ini. Namun hal ini tidak berlaku kepada bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain di negara-negara Dunia Ketiga. Negara-negara ini muncul dan memasuki abad ke-20 secara mendadak, setelah terlepas daripada belenggu penjajahan dan penindasan. Kemunculan negara-negara baharu secara demikian menjadikan mereka kurang sesuai dengan kehidupan abad ke-20, atau dengan erti kata yang lain negara-negara ini mendapati diri mereka ketinggalan dalam banyak aspek. Maka bermulalah usaha untuk membangunkan negara supaya setanding dengan kemajuan yang telah wujud di negara-negara yang telah lama maju. Dengan itu, timbullah perancangan, kerana tanpa usaha dan perancangan yang teliti kejayaan yang diharapkan mungkin tidak dapat dicapai dengan mudah.
  23. 23. Selaras dengan perancangan yang dikenakan terhadap masyarakat sesebuah negara baharu, pembinaan dan pengembangan bahasa turut dirancang juga, untuk menjadikannya satu media komunikasi yang lengkap dan sempurna, sesuai, dan berkeupayaan untuk memperkatakan segala aspek baharu dalam kehidupan masyarakatnya. Bahasa Melayu menghadapi masa depan yang amat cerah. Kedudukannya sebagai bahasa utama negara Malaysia sudah terjamin, dari segi peruntukan dalam perlembagaan dan juga penggunaannya yang meluas di kalangan masyarakat Malaysia. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah menghasilkan murid-murid yang mendapat keseluruhan pendidikan dalam bahasa Melayu. Bermula dari tahun 1983, penuntut yang memasuki pusat-pusat pengajian tinggi telah menerima seluruh pendidikan mereka dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bentuknya telah disempurnakan sehingga berupaya memperkatakan apa sahaja bidang yang wujud dalam kehidupan rakyat malaysia. Pada hari ini bahasa Melayu dapat bersaing dan berdiri sama teguh setaraf dengan bahasa-bahasa lain di dunia ini seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Rusia, dan bahasa-bahasa lain. Mungkin banyak yang masih perlu dilakukan terhadap bahasa Melayu seperti peningkatan status penggunaannya, iaitu dari segi menimbulkan unsur-unsur keindahan. Sekarang bahasa Melayu merupakan bahasa yang mampu memperkatakan semua bidang. Namun, demi menjaga kedaulatannya, kita harus berusaha mengindahkannnya, mewujudkan unsur-unsur yang menjadikannya lebih murni, supaya apa-apa yang diperkatakannya bukan sahaja tepat tetapi juga dalam bentuk yang menarik dan menyentuh cita rasa yang tinggi. Seterusnya bahasa Melayu juga hendaklah ditingkatkan proses pengintelektualannya, terutama menerusi usaha penghasilan karya ilmiah dalam semua bidang. Langkah ini akan memastikan bahasa Melayu mampu mengungkapkan apa sahaja konsep dan idea, termasuk dalam bidang sains dan teknologi. Sebagai rakyat Malaysia, inilah cabaran yang harus diterima pada tahuntahun akan datang. Marilah kita bersama-sama memartabatkan bahasa kita di mata dunia. Jangan kita biarkan bahasa kita lupus ditelan zaman. Jagalah kedaulatan bahasa Melayu. Sesungguhnya kita semua harus menyedari bahasa Melayu sememangnya hebat dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia.
  24. 24. Rujukan Amaleen Aisyah.Pendidikan Era Pramerdeka.Petaling Jaya:Pustaka Cahaya Amaleen Aisyah.Reformasi Dalam pendidikan.Petaling Jay:Pustaka Cahaya Choong Lean Keow.(2009).Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.Shah Alam:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd Haji Tajuddin bin Hj Hussein.(2009). Malaysia Negara Kita. MDC Publishers SDN BHD http://broraysflying.blogspot.com/2010/02/pendudukan-jepun-di-tanah-melayu.html http://rtkasensei90.blogspot.com/2012/10/sejarah-perkembangan-bahasa-melayu_10.html http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=BM&b=NOV&m=3&r=m&i=NOT A Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Mahdi Shuid, Suzani Osman, Sazlina Othman.(2009). Teks Pra-U STPM Sejarah Malaysia: Pearson Longman Sdn. Bhd Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood.(2008). Tatabahasa Dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka Puteri Fahsyar .(2004). Malaysia – Satu Imbasan Sejarah. Pustaka Buana Ramlah binti Adam, Shakila Par Ween binti Yacob, Abdul Halim bin Samuri, Muslimin bin Fadzil. Sejarah Tingkatan 5- Buku Teks : Dewan Bahasa dan Pustaka

×