Your SlideShare is downloading. ×
  • Like
Sumbangan za ba 2
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Now you can save presentations on your phone or tablet

Available for both IPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Sumbangan za ba 2

  • 2,334 views
Published

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
2,334
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
38
Comments
0
Likes
2

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. umbangan Za'ba Terhadap Perkembangan Bahasa Melayu 1.0 Pengenalan Sebelum kita membincangkan sumbangan Za‟ba terhadap perkembangan bahasa Melayu terlebih dahulu kita berkenalan dahulu dengan sarjana dan ahli fikir Melayu ini. Secara sepintas lalu Za‟ba ketika hidupnya menulis berkenaan dengan berbagai-bagai tajuk iaitu bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu, agama, serta etika dan ekonomi orang Melayu. Namun demikian, perhatian dan minat beliau lebih besar dalam bidang bahasa lantas mendorong kesungguhan beliau dalam perjuangan memartabatkan bahasa Melayu, iaitu memperluas dan mengekalkan darjat bahasa Melayu di mata masyarakat yang diperkukuhkan oleh kesedaran serta keyakinan mendalam. Za‟ba dikenali, disanjung dan dikenang sebagai pejuang bangsa, ilmuan pendidikan dan bahasa, tokoh agama dan politik[1]. Za‟ba merupakan tokoh intelektual ulung Melayu dalam pembinaan kemajuan pemikiran bangsa dan pembangunan dan pencetus kesedaran politik Negara. Beliau diiktiraf sebagai pengasas paling dinamik dalam perkembangan Pengajian dan Persuratan Melayu dan peningkatan keintelektualan Melayu. Beliau juga mempunyai kesedaran betapa pentingnya strategi penyelesaian masalah kepada perkembangan ekonomi, sosial dan budaya bangsa. Ketokohan Za‟ba terbukti apabila Dato‟ Seri Utama Dr. Rais Yatim (2004) mengemukakan pandangan seperti berikut “Orang Melayu khususnya terhutang budi kepada Za’ba. Pendeta Za’ba ialah seorang tokoh Pendidikan, Bahasa, Persuratan, Sasterawan, Budayawan, dan Nasionalis. Di seluruh Malaysia dan Alam Melayu, beliau tersohor sebagai Bapa Bahasa Melayu Moden dan penulis yang sangat disegani. Himpunan ratusan karyanya, dari Pelita Bahasa Melayu hinggalah ke rencana-rencana dalam pelbagai penerbitan mengenai sejarah, kesusasteraan, kebudayaan, sosial dan politik, telah dan terus meniupkan semangat juang bangsa”[2]. 2.0 Latar Belakang Sekarang mari kita lihat pula latar belakang pemilik nama Za‟ba atau nama penuhnya Tan Sri Dr. Zainal Abidin Bin Ahmad dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Kerdas, Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan Darul Khusus. Mendapat pendidikan di Sek. Melayu Linggi dalam tahun 1907. Kemudian ke St. Paul Institution, Seremban sehingga lulus Senior Cambridge. Beliau pernah bekerja sebagai Guru Bahasa Melayu di English College, Johor Bahru, sebagai penterjemah pengarang Berita Radio, penulis Setiausaha Agung UMNO, pensyarah Bahasa Melayu di Universiti London dan terakhir sekali sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Singapura. Di antara karya yang telah dihasilkan oleh beliau ialah Pelita Bahasa Melayu, Ilmu Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan Melayu Jawi atau Rumi yang menjadi rujukan dalam penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu[3]. Di antara rencana beliau yang terkenal ialahModern Developments of Malay Literature dan Malay Journalism in Malaya. Di samping buku bahasa Melayu, beliau turut bergiat menterjemahkan buku-buku asing ke Bahasa Melayu untuk mengisi kekosongan buku-buku pengetahuan dalam Bahasa Melayu. Di antara nama pena yang digunakan oleh beliau ialah Anak Melayu Jati, Patriot; yang bermaksud, orang yang kasihkan bangsa dan tanah airnya, Za‟ba, Z Penjelmaan, Z Penjelmaan c/o Patriot, Melayu yang beragama Islam, Z dan Melayu, Yang Hina Patriot. Jasa-jasa beliau sangat besar dan telah dikurniakan beberapa anugerah seperti Doktor Persuratan dari Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 1962, beliau telah dianugerahkan pingat PMN yang membawa gelaran Tan Sri oleh Yang Di Pertuan Agong. Gelaran Pendeta dikurniakan ketika 1
  • 2. berlangsungnya Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu Ketiga di Johor Bahru tahun 1956. 3.0 Definisi Bahasa Sebelum meneruskan perbincangan mari kita lihat definisi bahasa. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, bahasa bermaksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, antara seorang individu dengan individu yang lain. Bahasa adalah penggunaan kode yang merupakan gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan aturan sintaks untuk membentuk kalimat yang memiliki arti. Bahasa memiliki berbagai definisi. Definisi bahasa adalah sebagai berikut iaitu satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, gagasan dan keadaan[4]. Dalam pada ia adalah satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep riil mereka ke dalam pikiran orang lainsatu kesatuan sistem maknasatu kode yang yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membedakan antara bentuk dan makna. Selain itu bahasa ialah ucapan yang menepati tata bahasa yang telah ditetapkan (contoh :Perkataan, kalimat, dan lain lain.) Bahasa juga dianggap sebagai sistem tuturan yang akan dapat difahami oleh masyarakat linguistik. Bahasa erat kaitannya dengan kognisi pada manusia, dinyatakan bahwa bahasa adalah fungsi kognisi tertinggi dan tidak dimiliki oleh haiwan. Ilmu yang mengkaji bahasa ini disebut sebagai linguistik, atau pakar bahasa menetapkan perbezaan utama antara bahasa manusia satu dan yang lainnya sering amat sukar. Chomsky (1986) membuktikan bahawa sebahagian dialek Jerman hampir serupa dengan bahasa Belanda dan tidaklah terlalu berbeza sehingga tidak mudah dikenali sebagai bahasa lain, khususnya Jerman. 4.0 Definisi Linguistik Manakala bagi linguistik menurut Kamus Dewan Edisi Empat, linguistik pula diertikan sebagai kajian saintifik tentang bahasa; berkaitan dengan bahasa. Kata linguistik (linguistics-Inggris) berasal dari bahasa Latin“lingua” yang bererti bahasa. Dalam bahasa Perancis“langage-langue”; Italia “lingua”; Spanyol “lengua”dan Inggeris“language”. Akhiran “ics” dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu, yang bererti ilmu tentang bahasa, sebagaimana istilah economics, physics dan lain-lain. Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa. Linguistik ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain[5]. Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, didengar. Struktur bahasa memiliki ciri sistem, iaitu terdiri atas unsur-unsur hingga perubahan terjadi pada salah satu di antara unsur-unsur itu membawa perubahan bagi semua unsur lain. Istilah struktur dan sistem lebih tepat digunakan kerana istilah ini dapat diterapkan dalam semua elemen bahasa, iaitu fonetik, morfologi, dan sintaksis Struktur dapat dibezakan mengikut bentuk sistematik sesuatu bahasa, iaitu mengikut susunan fonetik, alomof, morfem, atau sintaksis. Mengkaji struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan leksikologi, atau gabungan subdisiplin itu seperti morfosintaksis dan leksikosemantik. Fonologi pula ia ciri bunyi bahasa, cara terjadi dan fungsinya dalam sistem kebahasaan. Fonologi bersinonim dengan fonemik dan morfologi ialah struktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya. Sintaksis pula ialah hubungan antara satu dengan lain, dan cara penyusunannya hingga menjadi satuan ujaran. 5.0 5.1 Sumbangan Za’ba Sistem Ejaan Melayu 2
  • 3. Salah satu sumbangan Za‟ba ialah dalam sistem ejaan Melayu. Minat beliau terhadap penulisan bermula dalam tahun 1918 lagi semasa menjadi guru Bahasa Melayu merangkap penterjemah di Maktab Melayu Kuala Kangsar, beliau telah mula mengumpul senarai perkataan Melayu dalam tulisan Jawi. Dalam tahun 1924 pula, beliau telah menjemput sebilangan orang Melayu dari kalangan pegawai kerajaan yang berpendidikan Inggeris datang ke Kuala Lumpur untuk membantu menubuhkan sebuah "Pan-Malayan Malay Literary Society" yang matlamat utamanya ialah untuk menyatukan pelbagai kelainan sistem ejaan Melayu, di samping memajukan perkembangan kesusasteraan Melayu Moden[6]. Nama Pendeta Za‟ba juga terukir sebagai pencipta Sistem Ejaan Baru Bahasa Melayu yang disebut sebagai Sistem Ejaan Za’ba. Beliau menggubal sistem ejaan dalam tahun 1933 dan menggantikan sistem ejaan oleh R.J. Wilkinson yang telah digunakan dalam tahun 1914. Oleh sebab Sistem Ejaan Za’ba digunakan di sekolah-sekolah sejak tarikh penggubalannya sehinggalah tahun 1972 dengan dilaksanakan Sistem Ejaan Baharu, maka sistem berkenaan juga dikenali sebagai Sistem Ejaan Sekolah. Walau bagaimanapun, Za‟ba menaruh harapan untuk kemudian kelak menjadikannya sebuah kamus dengan tiap-tiap perkataan itu diberi tidak sahaja makna tetapi juga contoh ayat memakainya dan simpulan-simpulan bahasa yang terbit daripadanya, "sebagai membanyak dan menambah elokkan kamus-kamus kita yang sedia ada". Oleh kerana itulah, beliau digelar “Bapa Bahasa Melayu Moden” selepas Munsyi Abdullah. Za‟ba turut berusaha memperkembang dan meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu dan turut terlibat sebagai anggota Lembaga Menggubal Perkataan Melayu bersama-sama Ibrahim Mahmud, Dato‟ Haji Muhammad Said, Abdul Rahim Kajai dan Osman Kalam. 5.2 Daftar Ejaan Jawi Sumbangan Za‟ba telah memperkenalkan kaedah ejaan Jawi dalam tahun 1929 dan menerbitkan pula Rahsia Ejaan Jawi dan dalam tahun 1931, sebahagian daripada buku yang dinamakan Rahsia Ejaan Jawi itu telah dicetak. Ertinya, pada tahun 1918 beliau memulakan projek pensenaraian kata-kata dalam tulisan Jawi; pada tahun 1924 beliau mengambil inisiatif menubuhkan sebuah persatuan yang salah satu matlamatnya ialah untuk menyeragamkan ejaan Jawi. Pada tahun 1931 beliau merumuskan undang-undang ejaan Jawi dalam sebuah buku Rahsia Ejaan Jawi; dan pada tahun 1938 beliau menyiapkanDaftar Ejaan Melayu (JawiRumi). Menurut Za'ba, undang-undang ejaan Jawi yang diberinya dalam buku Daftar Ejaan Melayu itu "hanyalah ringkasan atau pati daripada apa-apa yang telah dipanjang-lebarkan di sana sahaja”. Kemuncak yang diimpikannya ialah sebuah kamus lengkap bahasa Melayu dalam tulisan Jawi[7]. Dalam tahun 1933 hingga 1935, beliau mengubah rancangan asalnya dengan mengemukakan hanya sebuah daftar ejaan, dan bukannya kamus, yang susunannya ialah menurut susunan abjad Jawi, dan pada setiap perkataan dalam ejaan Jawi itu diberi pula persamaan ejaan Ruminya. 5.3 Bahasa dan Fikiran Za‟ba jelas berpendirian bahawa bahasa adalah “alat mengeluarkan fikiran”. Perkaitan di antara kedua-duanya itu sangat erat, dalam erti kata bahasa yang digunakan itu hendaklah dengan tepat menggambarkan fikiran. Za‟ba mengatur pedoman penggunaan bahasa, khususnya dalam karang-mengarang. Katanya : 3
  • 4. Bahasa itu alat mengeluarkan fikiran supaya dapat diketahui orang dengan mendengar atau membacanya. Maka jika bahasa yang dipakai itu tidak menepati betul-betul seperti maksud yang di dalam hati, tentulah orang tersalah faham atau tiada dapat oleh mereka tujuan yang dikehendakkan itu. (Bab Permulaan, Ceraian 4) Za‟ba mengajar bukan setakat bahasa sahaja, tetapi menanamkan semangat dan kedudukan Bahasa Melayu itu sendiri. Za‟ba juga pernah mengkaji penggunaan bahasa dalam akhbar pada tahun 1900-1941. Bahasa sekitar tahun ini menggunakan bahasa mudah, bahasa pengarang dan tersendiri. Ada juga yang cenderung menggunakan perkataan lama dan ungkapan pinjaman dari Bahasa Arab[8]. 5.4 Nahu dan Tatabahasa Za‟ba dengan jelas membezakan pengetahuan nahu dengan kemahiran bahasa. Pandai menggunakan bahasa tidak semestinya pandai menjelaskan hal-hal yang berhubung dengan nahu. Untuk belajar bahasa, orang tidak perlu terlebih dahulu belajar tentang selok belok nahu. Za‟ba melihat penggunaan bahasa sebagai satu kemahiran, dan kemahiran memerlukan latihan. Kemahiran dalam penggunaan bahasa setiap hari itu dilanjutkan kepada kemahiran mengarang. Fikiran Za‟ba tentang kemahiran bahasa seperti itu tidaklah bermakna beliau tidak menitikberatkan nahu. Beliau melihat peranan nahu pada dua peringkat pembelajaran, iaitu pada peringkat bahasa pertama dan pada peringkat bahasa kedua. Pada peringkat bahasa pertama, nahu berguna untuk mengukuhkan pengetahuan pengguna bahasa tentang susunan ayat dan fungsi-fungsi perkataan, dan dengan itu nahu boleh menjadi pedoman dalam penyelidikan mereka. Oleh itu, sumbangan sebuah rumusan besar nahu Melayu (Pelita Bahasa Melayu (1941) dalam tiga jilid) telah membawa perubahan yang besar kepada dunia linguistik Melayu[9]. Menurut Za‟ba di dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu Edisi Ejaan Rumi Baharu, dengan adanya ilmu nahu, pengguna bahasa boleh mendalami lagi hal ehwal bahasa mereka. Pada peringkat belajar bahasa asing, nahu perlu diutamakan supaya jangan terikut kaedah nahu bahasa sendiri. Sebenarnya, aspek tatabahasa yang dikemukakan oleh Za‟ba dalam Pelita Bahasa Melayu sebanyak 3 jilid itu dari segi rangka asasnya sudah lengkap dan menyeluruh sesuai dengan saranannya agar orang selepasnya menokok-tambah mana-mana yang tidak lengkap[10]. Analisis Za‟ba tentang tatabahasa dapat dibahagi kepada dua komponen utama, iaitu morfologi dan sintaksis, walaupun beliau tidak menggunakan istilah tersebut. Selaras dengan pengaruh tatabahasa tradisional yang ketika itu mendominasi disiplin linguistik, analisis Za‟ba ternyata banyak yang terikat oleh pendekatan tersebut. Oleh sebab itu, istilah-istilah tatabahasa yang digunakannya dan cara beliau menjelaskan sesuatu konsep tatabahasa seluruhnya berdasar pada makna, iaitu ciri utama linguistik tradisional. 5.5 Karangan Sebagai Sistem Wacana 4
  • 5. Za‟ba melihat karangan sebagai satu wacana yakni wacana bertulis yang berbeza dengan wacana lisan. Karya-karya Za‟ba dikatakan penting kerana telah meletakkan asas pengetahuan Bahasa Melayu dari berbagai-bagai segi. Berikut merupakan antara karangan-karangan Za‟ba :i) Pelita Bahasa Melayu II (Rumi) Memberi latihan mengarang bagi darjah rendah. ii) Pelita Bahasa Melayu III (Rumi) Bicara mengarang bagi darjah tinggi. iii) Ilmu mengarang Melayu (Jawi) Bicara mengarang bagi penuntut-penuntut di kolej. iv) Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) Daftar perkataan-perkataan Melayu dengan ejaan jawi dan rumi serta undang-undang ejaannya. v) Kata-kata yang Tidak Tetap dalam Tulisan Melayu Rumi dan Kitab Rahsia Ejaan Jawi (1930) vi) Kaedah Karangan Bahasa Melayu terangkum dalam Kitab Pelita Mengarang (1931) vii) Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia (1958) viii) Bahasa Melayu Kelebihan dan Kekurangan (1954) ix) Bahasa Melayu dengan Tulisannya (1958) Dari situ kita dapat melihat banyak dan amat besar perjuangan serta sumbangannya kepada bangsa dan negara kita ini. Pendeta Za‟ba serta semua karyanya adalah sebenar-benarnya Warisan Bangsa yang amat berharga khususnya di dalam bidang bahasa dan kesusasteraan yang harus dikenang oleh generasi masa kini dan juga yang akan datang. Dalam perspektif sejarah penulisan tatabahasa Bahasa Melayu, Za‟ba lah satu-satunya ahli bahasa tempatan yang menghasilkan tatabahasa Bahasa Melayu dalam bahasanya sendiri. Jika dipertalikan dengan citacita Abdullah Abdul Kadir Munshi yang ingin menghasilkan karya tatabahasa Bahasa Melayu sejak akhir abad kesembilan belas tetapi tidak kesampaian, Za‟ba lah yang menyempurnakan cita-cita tersebut[11]. 5.6 Sumbangan dalam Linguistik Demikian juga jika dikaitkan percubaan Raja Ali Haji menulis tatabahasa Bahasa Melayu mengikut acuan tatabahasa Bahasa Arab termasuk istilah-istilah yang digunakan, Za‟ba lah juga yang menyempurnakan dengan cara tersendiri sebagaimana bukti nyata kitab Pelita Bahasa Melayu sebanyak tiga penggal itu. Selaras dengan semangat yang ditunjukkan oleh Za'ba dalam dunia linguistik Melayu, maka semua pihak yang mendokong kepentingan Bahasa Melayu perlulah memadu tenaga untuk tidak menggugat kedaulatan Bahasa Melayu dengan kepentingan kecil-kecilan yang tidak dapat dipertahankan secara rasional kerana sikap kitalah yang menjadi punca kita menolak Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu[12]. Jika, dari segi rasionalnya, sistem yang disempurnakan itu masih belum sempurna, maka aspek-aspek yang belum sempurna itu hendaklah dikenalpasti dan penyelesaian ke atasnya dicari secara rasional pula dan bukannya ditolak begitu sahaja dengan tidak dicari jalan bersama-sama untuk memperbaiki lagi apa yang telah dicuba-sempurnakan. Usaha dan sumbangan Za‟ba mesti dikaji kerana semuanya itu dapat menyemai bibit-bibit semangat cintakan negara dan bangsa Melayu untuk bebas dari kongkongan pemerintah tradisional dan kolonial British khusus kepada generasi muda hari ini yang jauh dan buta daripada perjuangannya itu kerana perjuangan beliau sentiasa ditunjangi oleh ketabahan, kecekalan dan keyakinan. Walaupun Za‟ba berpendidikan Inggeris tetapi beliau tetap berjuang gigih untuk memartabatkan Bahasa Melayu, sama seperti pejuang bahasa pada hari ini. 5
  • 6. Usaha Universiti Pendidikan Sultan Idris mewujudkan Kursi Za’ba dalam rangka mengimarahkan dunia kesarjanaan dalam bidang pengajian Melayu merupakan usaha yang terpuji, bukan sahaja sebagai mengenang jasa bakti beliau sebagai antara tokoh yang menjadi tonggak Sultan Idris Training College yang merupakan institusi awal universiti tersebut, malah sebagai penghargaan yang hak baginya sebagai perintis bahasa Melayu baharu[13]. Demikian juga usaha kerajaan Negeri Sembilan mewujudkan Teratak Za’bayang bersifat muzium tokoh seakan-akan Muzium Hemingway di England; dan tertubuhnya Yayasan Pendeta Za‟ba pada 7 November 1986 oleh Badan Kebajikan Anak-Anak Melayu Negeri Sembilan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu akan dapat mengabadikan sumbangan Za‟ba dalam melanjutkan tradisi keilmuan di rantau berbahasa Melayu ini. Bagi Za‟ba, bahasa adalah mencerminkan keunggulan budaya kita dan jati diri bak kata pepatah, “Hilang bahasa lenyaplah bangsa”[14]. Sumbangan pemikiran beliau kepada bangsanya adalah banyak dan amat bererti. Sumbangan pemikirannya dalam bidang budi pekerti dan agama, tentang ekonomi dan kemiskinan orang Melayu adalah banyak dan telah dirakamkan serta dibicarakan dengan luas. Walau bagaimanapun, sumbangannya yang paling besar ialah dalam bidang bahasa Melayu. Minatnya dalam bidang ini sungguh besar dan bermula sejak awal-awal lagi. Keazamannya untuk menulis sebuah buku nahu Melayu telah mula muncul dalam fikirannya sejak beliau berumur dua belas tahun lagi. Dalam tahun 1918 lagi, sewaktu bertugas sebagai guru bahasa Melayu di Malay College Kuala Kangsar, beliau telah mula mengumpul senarai perkataan Melayu dalam tulisan Jawi[15]. Dalam tahun 1924 pula, umpamanya, beliau telah menjemput sebilangan orang Melayu dari kalangan pegawai kerajaan yang berpendidikan Inggeris datang ke Kuala Lumpur untuk membantu menubuhkan sebuah "pan-Malayan Malay Literary Society" yang matlamat utamanya ialah untuk menyatukan pelbagai kelainan sistem ejaan Melayu, di samping memajukan perkembangan kesusasteraan Melayu moden. Tidak hairanlah kita melihat bahawa sumbangan beliau adalah juga di dalam bidang ejaan, iaitu ejaan Jawi, di samping sumbangan sebuah rumusan besar nahu Melayu (Pelita Bahasa Melayu (1941) dalam tiga jilid), dan kaedah mengarang dalam bahasa Melayu (Kitab Ilmu Mengarang Melayu (1951)). Adalah juga menjadi hasrat beliau untuk menyumbangkan kepada bahasa Melayu sebuah kamus Melayu yang lengkap dalam tulisan Jawi. Malah ke arah melahirkan kamus Jawi itulah maka, sebagai langkah awal, dilahirkannya sebuah sistem ejaan Jawi. Ini dinyatakannya sebagai tujuan kedua penyusunan buku Daftar Ejaan Melayunya. Menurutnya, tujuan kedua itu ialah "... hendak dibuat daripadanya sebuah kamus Melayu yang lengkap bagi pergunaan hari-hari di antara ahli-ahli bahasa Melayu". Sehubungan dengan kaedah ejaan Jawi, dalam tahun 1929, diterbitkannya Kitab Rahsia Ejaan Jawi (Pulau Pinang: The Jelutong Press) dan dalam tahun 1931, telah dicetak sebahagian daripada buku yang dinamakannya Rahsia Ejaan Jawi.) Menurut Za'ba, undang-undang ejaan Jawi yang diberinya dalam buku Daftar Ejaan Melayu itu "hanyalah ringkasan atau pati daripada apa-apa yang telah dipanjang-lebarkan di sana sahaja". Ertinya, pada tahun 1918 beliau memulakan projek pensenaraian kata-kata dalam tulisan Jawi; pada tahun 1924 beliau mengambil inisiatif menubuhkan sebuah persatuan yang salah satu matlamatnya ialah untuk menseragamkan ejaan Jawi; pada tahun 1931 beliau merumuskan undang-undang ejaan Jawi dalam sebuah buku Rahsia Ejaan Jawi; dan pada tahun 1938 beliau menyiapkan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) [16]. Kemuncak yang diimpikannya ialah sebuah kamus lengkap bahasa Melayu dalam tulisan Jawi. 6
  • 7. Pengenalan Haron Daud dalam awal pembicaraanya terhadap "Pemikiran dan sikap Za'ba terhadap bangsa Melayu" mengakui Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih dikenali ZA'BA adalah seorang pemikir Melayu dan tokoh reformis yang mempunyai sumbangan yang besar dalam perkembangan dan pembangunan orang melayu. Pendapatnya berasas merujuk dari usaha Za'ba menangani keadaan orang Melayu dari aspek kemiskinan, pendidikan dan politik amat jelas dan mengemukakan beberapa panduan untuk mengatasinya antaranya orang Melayu mesti mempunyai kesedaran mengubah sikap dan mengutamakan ilmu. Segala telahan Za'ba terhadap kemunduran dan kemiskinan orang Melayu adalah berdasarkan kepada pemerhatian semasanya akibat dari pencerobohan British[17]. Namun suasana ini tidak di fahami oleh seluruh masyarakat dan segala sindirannya disalahertikan menghina bangsanya sendiri sebaliknya beliau telah berusaha sedaya mungkin untuk kemajuan bangsanya sama seperti tokoh lain yang sezaman dengannya seperti Syed Syeikh Al Hadi, Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad. Namun membandingkan Za'ba dengan kelebihan tokoh lain seperti Ishak Haji Muhammmad dan Ahmad Boestamam dalam memperjuangkan keadaan bangsa Melayu ketika itu adalah tidak adil apatah lagi jika tidak mengkaji secara teliti dan meluas kehidupan Zaba itu sendiri. Walaupun mereka hidup sezaman masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk meluahkan idealisme mereka. Za'ba misalnya memilih cara penulisan dan kegiatan sosial. Yang pentingnya, dalam hati sanubari Za'ba mengakui dirinya seorang Melayu, beragama Islam dan perjuangannya ialah untuk memajukan bangsanya didalam setiap lapangan kehidupan mereka. Keinginannya ini membawa kepada sikapnya yang lebih cenderung bersikap anti raja dan pembesar Melayu , anti kolonialisme British dan perjuangan pembebasan untuk bangsa Melayu. Telahan penulis bahawa pendidikan inggeris dan jawatan yang diperolehi Za'ba menjadi "untaian mutiara" yang membawanya pro kepada British dan memandang rendah bangsa Melayunya boleh dipertikaikan. Contohnya telahan Za'ba tidak sesuai mengkritik Inggeris pada ketika itu adalah relevan iaitu:"....pada masa ini belum sekali-kali layak kita memajukan perasaan demikian dan tiada faedahnya...". Pertamanya dilihat negeri Melayu ketika itu kurang pemimpin Melayu benar-benar memahami keadaan orang Melayu ketika itu. Beberapa tokoh lain juga memperkatakan hal ini antaranya Ishak Haji Muhammmad, seorang pemimpin Kesatuan Melayu Muda ada menyatakan bahawa: "kegagalan pergerakan orang melayu sebelum perang adalah disebabkan oleh ketiadaan pemimpin yang berkaliber" Segelintir sahaja yang berpendidikan seperti Syed Syeikh Al Hadi memandang masa depan orang Melayu penting manakala yang ramainya adalah dari golongan atasan atau elit walaupun berpendidikan Inggeris tetapi secara sedar tidak pernah memahami kesengsaraan dan kekurangan orang Melayu di luarbandar yang tercicir dari pelbagai aspek ini. Bagi Za'ba golongan raja-raja dan pembesar adalah kolaborator kolonialisme British di sepanjang zaman penjajahannya. Peranan sosial dan politik mereka bukannya melindungi rakyat malah jadi penghalang utama kepada pembangunan pemikiran dan fizikal orang Melayu sepertimana dalam bidang pendidikan yang menjadi aset penting untuk kemajuan dan perkembangan sesuatu bangsa terabai. Tanpa ilmu, tidak mungkin seorang itu boleh berlaku adil walaupun dia cuba berbuat demikian kerana kalaupun dia mahu melaksanakan keadilan tetapi dia tidak tahu caranya disebabkan ilmunya terbatas[18]. dia boleh terdedah pada kesilapan secara tidak sedar. Tiada penyediaan mantap untuk memimpin orang Melayu dan daifnya pemikiran golongan elit jelas dilihat pada cemuhan Yamtuan Negeri Sembilan terhadap orang melayu "....i do not like the idea of the the children of rajas and chiefs sitting side by side with the children of people who were once our slaves." Sikap golongan elit ini menyebabkan pendidikan terabai, bahasa Melayu mundur, ekonomi Melayu tercicir di belakang ekonomi orang asing dan politik Melayu terhina oleh penjajahan. Kesedaran tentang keprihalan 7
  • 8. ini telah benar-benar mengesani jiwanya dan sikapnya ini jelas diperlihatkan pada awal 1920an. Oleh itu tidak salah beliau meletakkan segala kemunduran dan kekurangan orang Melayu disebabkan kebodohan dan kesombomgan golongan raja dan pembesar Melayu itu sendiri. Keduanya, berdasarkan pengalamanya sendiri samada dari pengalaman pembacaannya dari luarnegeri seperti Encyclopaedia Of Islam (1927) serta usahanya menyedarkan orang Melayu dalam bentuk sindiran melalui penulisan telah mendapat tekanan dari golongan pemerintah tradisional dan kolonial British contohnya pada tahun 1921 Za'ba dapat amaran lisan dari Raja Sir Chulan, dituduh cuba menghasut para pembaca akhbar dan majalah melalui tulisan yang bersifat anti kerajaan, disekat kenaikan gaji tahunannya, ditukar atau terbuang ke jabatan karang mengarang SITC di Tanjung Malim 1924[19]. Sebegitu juga tokoh yang lain menerima nasib yang sama dalam suasana yang berbeza seperti Ahmad Boestamam di tahan beberapa tahun. Sebelum ini timbul persoalan bahawa"setiap orang melayu yang berfikir dan mempunyai semangat kebangsaan tentu mengetahui dasar dan sikap penjajah inggeris, tinggal lagi sejauhmanakah kesedaran dan kesanggupan mereka serta langkah yang diambil untuk berhadapan denagan ranjau inggeris". Dalam hal ini Za'ba memilih cara dalam bentuk penulisan dan kegiatan sosial berbanding tokoh lain seperti Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad. Segala penulisannya adalah dari segala pemerhatian dan penelitian yang mendalam dan bentuk sindiran terhadap bangsanya yang mundur dan kekurangan semasa kuasa kolonial amat dahsyat adalah alternatif untuk menyedarkan bangsanya kerana bergerak bertentangan dengan arus yang deras meyebabkan diri kita dan orang lain hanyut dan lemas. Segala sindirannya itu boleh jadi panduan pada generasi sekarang sepertimana penyataan Datuk Senu "jika ciri-ciri negatif ini benar, maka hal itu harus di tinggalkan dan di singkirkan. Tidak guna kita menafikan atau menunjukkan kemarahan kita terhadap pendapat dan tuduhan demikian[20]. Sebaliknya biarkan pendapat demikian mendorong kita mencari apakah sifat yang akan membolehkan kita bertanding dengan orang lain." Dengan itu perjuangan Za'ba pada tahun 1920an hingga 1930an adalah lebih kepada banyak bekerja contohnya menulis seberapa banyak buku yang terdaya olehnya berkaitan dengan orang melayu untuk panduan pada generasinya yang akan datang daripada banyak bercakap sahaja. Manakala pujian Za'ba sepertimana juga Syed Al Hadi bahawa Inggeris adalah penyelamat bangsa Melayu adalah telahan terawal mereka , merasakan British dapat menahan akan gerak menggelunsur orang Melayu dari terus ketinggalan namun perkembangan seterusnya tiada siapa dapat menentukan[21]. Za'ba sendiri ada menjelaskan kemudiannya kekejaman pemerintahan raja dan pembesar Melayu tidaklah berakhir dengan perubahan pemerintahan kepada pihak British itu. Ini kerana institusi pemerintahan tradisi dieksploitasi untuk kepentingan British. Oleh kerana itulah Sikap anti kolonialisme British timbul sejak ia melibatkan dirinya secara serius dalam penulisan rencana untuk akhbar tempatan pada 1917 dan merasakan orang British atau orang Barat atau orang Nasrani atau kaum kafir musuh Islam. Penilaian mata kasar penulis bahawa Za'ba bersekongkol dengan kolonial British berdasarkan jawatannya sebagai seorang kakitangan di dalam pentadbiran kolonial adalah telahan mengelirukan kerana sikap Za'ba telah jelas dan tegas iaitu membantu masyarakatnya untuk mencapai kemajuan hidup di dalam berbagai lapangan sesuai dengan perkembangan di kurun ke 20 ini. Iaitu berusaha dalam bentuk apa cara asalkan ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam[22]. Adanya beliau dalam pentadbiran kerajaan dapat menyuarakan pendapatnya mengenai orang Melayu khususnya dalam menyediakan pendidikan. Semuanya dilakukan supaya orang Melayu dan muslim mempunyai ilmu dan pengetahuan yang sesuai dengan kehendak Islam dan sesuai dengan tuntutan perkembangan zaman. Dan ianya senjata penting didalam perjuangan untuk membebaskan orang Islam dari cengkaman penjajahan 8
  • 9. Barat. Ingin saya nyatakan di sini bahawa Zaba, Abdullah Munshi, Syed Sheik Al Hadi dan Ahmad Rashid Talu disifatkan sebagai golongan yang "selamat" tidak mengusik atau memijak ranjau Inggeris. Gambaran saya mengenai hal ini semata-mata melihat pengorbanan perjuangan seseorang tokoh berdasarkan tekanan fizikal sahaja seperti dipenjarakan. Sebenarnya Walaupun Za'ba tidak dipenjarakan berbanding tokoh yang lain tetapi beliau juga mengalami tekanan peribadi sepanjang perjuangannya seperti penulisannya sentiasa diawasi oleh pihak kolonial, gaji dan jawatannya di tahan dan ditukar kerja. Namun peluang ini diguna sebaik mungkin oleh Za'ba menyumbangkan ideanya dalam bidang penulisan dari aspek bahasa Melayu khususnya. Dalam hal ini tidak dinafikan sama sekali peranan tokoh seperti Ahmad Boestamam Dan Ishak Haji Muhammad dalam perkembangan perubahan orang Melayu contohnya Ahmad Boestamam telah terlibat secara langsung dalam banyak kegiatan politik tanah Melayu pada tahun 1946-1948 seperti dalam PKMM, API, PUTERA dan AMCJA. Manakala Za'ba tidak bergiat aktif dalam poltik pada tahun 1947 dan menjelaskan bahawa:"Saya tidak percaya politik cara yang dijalankan dalam dunia sekarang akan boleh atau pernah jadi lurus, bersih dan jujur, kebolehan istimewanya adalah cenderung menulis dan mengarang keadaan fikiran dan ilmu pengetahuan. Namun begitu beliau berjaya tubuhkan The Malay Literary Association Kuala Lumpur (1923). Ianya gagal bergerak cergas tetapi ia merupakan satu proses penyatuan di kalangan anak muda Melayu berpendidikan Inggeris sudah dimulakan oleh Za'ba iaitu melahirkan Persatuan GuruGuru Melayu. Adanya Sahabat Pena sehingga 1942 merupakan pertubuhan yang bukan saja tersusun rapi dari segi organisasi malah tercapai hasratnya untuk melihat orang Melayu dan muslim bersatu berasaskan konsep setanah Melayu di Semenanjung Melayu. Sukar membandingkan sejauhmana tokoh ini berperanan kerana mereka bergerak dalam cara yang berbeza. Sekiranya Za'ba dikatakan bersekongkol dengan kolonial British bagaimana pula hubungan Ahmad Boestamam dengan Jepun. Beliau telah bekerja dengan Jepun dan dalam masa yang sama cuba mendapat restu untuk bergiat dalam politik . keadaan ini digunakan pula untuk menentang Jepun . Dilihat kedua-duanya melakukan yang terbaik untuk kebaikan orang Melayu ketika itu. Za'ba berjaya meneruskan kegiatan beliau dengan cara menyesuaikan diri dengan kehendak masa dan keadaan ketika itu[23]. Antara di SITC mengasaskan pejabat penterjemah. Walaupun Kerja yang dibuatnya sangat berat tetapi beliau berjaya menerbitkan buku siri buku teks (The Malay Scholl Series ) terjemah dokumen penting dan sediakan enakmen untuk pelbagai jabatan. Pada tahun 1929 beliau memulakan kelas bahasa Inggeris secara sukarela untuk guru-guru muda di SITC dan terbit Buku Ilmu Bahasa ( 1927 ) dan Rahsia Ejaan Jawi ( 1929 ). Usahanya tidak kenal putus asa walaupun kesihatan terganggu dan atas nasihat doktor beliau berehat ke Indonesia. Peluang ini digunakan untuk meneliti keadaan perkembangan orang Melayu misalnya mahukan perubahan SITC sama seperti Balai Pustaka di Indonesia tetapi pendapatnya di tolak oleh Winstedt[24]. Begitu juga pemergiannya ke Universiti London pada tahun 1947 dalam usia 52 tahun bukan bertujuan makan angin sepertimana telahan penulis sebaliknya dengan ketepikan kesihatan diri semata-mata untuk menambahkan ilmu dalam bidang bahasa dan khidmatnya kelak amat diperlukan untuk kemajuan pengajian bahasa Melayu. terbukti kembalinya ke tanahair beliau menjadi satu-satunya tenaga pengajar di Jabatan Pengajian Melayu dan membentuk Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya 29 Januari 1955. Jelas disini Za'ba berjaya meneruskan kegiatan beliau dengan cara menyesuaikan diri dengan kehendak masa dan keadaan ketika itu[25]. Ramai mengakui Za'ba adalah pendeta melayu yang tinggi semangat patriotismenya. Namun gelaran pendita bukanlah kemahuan nya tetapi penilaian dan pengiktirafan di atas segala usahanya kepada orang Melayu secara keseluruhannya. Bagi Za'ba : "To me a man's value is only estimated by grandeur of his ideas 9
  • 10. and his achievement as influencing the thought and destinies of mankind for good, not by the gradeur of his 'title' or by his own estimate of himself....." Pada peringkat awal (1916-1923), Za'ba merupakan idealis yang berani mengkritik kelemahan pemerintah, golongan pembnesar serta orang melayu secara terbuka melalui media umum. Manakala Peringkat (1924 -1950), pengawasan yang rapi daripada pihak pemerintah meyebabkan corak perjuangannya lebih sederhana dan pragmatis. Walaubagaimanapun bentuk beliau menyemarakkan idea pemikirannya terhadap bangsa melayu ketika itu tidaklah menjadi persoalan besar, pokoknya usahanya dan sumbangannya mesti dikaji kerana semuanya itu dapat menyemaikan bibit-bibit semangat cintakan negara dan bangsa Melayu untuk bebas dari kongkongan pemerintah tradisional dan kolonial British khusus kepada generasi muda hari ini yang jauh dan buta daripada perjuangannya itu. Buku mengenai Za‟ba. Untuk menghargai sumbangan pendita Za‟ba dalam namanya (Perpustakaan Peringatan Za‟ba) untuk mengenang jasa beliau kepada perkembangan Bahasa Melayu.Za'ba sehingga ada di antara mereka menggelengkan kepala dan terlopong apabila diajukan soalan berkaitan biodata pejuang bahasa Melayu ini. Sumbangan pemikiran beliau kepada18.Dengan peningkatan program pengajaran bahasa Melayu kepada program beliau dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu[26]. 6.0 Kesimpulan Sumbangan Za‟ba begitu besar kepada orang Melayu sehinggakan beliau sumbangan yang besar nilainya kepada orang Melayu dalam bidang pendidikan, sosial, ekonomi, bahasabagi bahasa Melayu, Za‟ba jasa dan sumbangan Za‟ba dalam bidang bahasa Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Sumbangan sebuah rumusan besar nahu Melayu (Pelita Bahasa Melayu (1941) dalam tiga jilid) telah membawa perubahan yang besar kepada dunia linguistik Melayu. Menurut Za‟ba diPeranan Za'ba Dalam Mengasaskan Teknik Tulisan Jawi Diri, Faktor Waktu Dan Faktor Tempat Bertugas Dalam Kerjaya Za'ba. Oleh yang demikian bangsa Melayu amat terhutang budi kepada Pendeta Za‟ba atas segala jasa dan ketokohannya. Beliau nyata telah memberi sumbangan yang cukup besar lagi bermakna terhadap Bahasa Melayu. Buku mengenai Za'ba yang wujud sekarang adalah untuk menghargai sumbangan pendita Za‟ba untuk mengenang jasa beliau kepada perkembangan Bahasa Melayu. Ilmu Mengarang Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1965. dan Perbelanjaan Petani dan Pekerja E Sumbangan Pekerja dan Petani Kepada terbesar Pendeta Za‟ba yang menggabungkan tiga jilid “Pelita Bahasa Melayu” yang sebagai bapa tatabahasa Melayu moden patut didedahkan kepada murid. Sumbangan besar Za‟bapula dengan pertukaran nama kepada Pakatan Bahasa Melayu. 10
  • 11. PEMBINAAN DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU Pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu 1.0 Pendahuluan 1.1 Pengenalan Menurut Abdullah Hassan ( 2005:14 ), keperluan manusia untuk berkomunikasi menyebabkan terbitnya bahasa yang banyak dalam dunia ini malah setiap bangsa mempuanyi satu atau lebih bahasa yang mempuanyi sejarahnya yang tersendiri dan berdasarkan kajian beliau terdapat empat belas golongan besar bahasa ( Indo-Eropah, Semit-Hemit, Ural, Altaik, SinoTibet, Austronesia, Irian, Bantu, Dravidia, Khoisan, Niger-Kongo, Makro-Sudan, Amerika Utara dan Amerika Latin ) yang digunakan dalam dunia ini. walaupun begitu, penulisan ini tidak mengkaji kesemua golongan bahasa tersebut tetapi hanya mengfokuskan kepada pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu yang diklasifikasikan oleh beliau sebagai golongan bahasa keenam dalam dunia iaitu dalam kelompok bahasa Austronesia yang secara terperinci akan dibincangakan dalam penulisan ini. 1.2 Objektif Adalah agak sukar untuk memperjelaskan secara terperinci keseluruhan sejarah dalam pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu kerana keterbatasan dalam mendapatkan sumber, walaupun begitu penulisan ini akan cuba mengupas kembali segala perancangan yang digariskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka amnya dalam usaha mengangkat martabat Bahasa Melayu dalam aspek pembinaan dan perkembangan. Aspek pembinaan yang akan ditekankan dalam penulisan ini membicarakan pembinaan atau perancangan korpus bahasa dari segi istilah, kosa kata, laras bahasa, ejaan, sebutan dan tatabahasa tanpa menafikan akan wujudkan pinjaman bahasa asing mengikut keperluan dalam Bahasa Melayu yang sangat diperlukan dalam semua bidang. Bagi aspek perkembangan, adalah menjadi suatu yang sinonim dalam penulisan untuk membicarakan kronologi perkembangan mengikut zaman peralihan status bahasa, tetapi penulisan ini akan membicarakan perkembangan Bahasa Melayu mengikut tahun, iaitu tahun 1950 hingga 1960, 1970 hingga 1980 dan 11990 hingga 2000 atas rasional, adalah menjadi keperluan untuk mengupas isu-isu yang berkaitan dengan perkembangan Bahasa Melayu bagi menilai sejauhmana usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk menjadikan Bahasa Melayu setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia yang mampu menjadi pengerak kepada pembangunan negara dalam semua bidang. 1.3 Kaedah Kaedah yang digunakan dalam kajian penulisan ini adalah menggunakan kaedah kajian perpustakaan berdasarkan sumber buku yang didapati secara langsung mahupun tidak langsung dengan menggunakan laman web. 11
  • 12. 1.4 Batasan Segala sesuatu kajian memiliki batasnya tersendiri, maka dalam kajian penulisan ini adalah tidak dinafikan wujudnya batasan dalam mendapatkan sumber yang tepat dalam kuantiti yang banyak dalam tempoh masa yang terhad. Dalam aspek penelitian kajian penulisan pula, kajian adalah terbatas kepada aspek pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu semata-mata, ini bermakna kajian penulisan ini tidak akan membincangkan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan pembinaan dan pengembangan Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kajian mengenai Bahasa Melayu ini turut menyentuh perkaitan perkembangannya berdasarkan perubahan dunia semasa yang sukar sekali mengetepikan akan isu-isu yang menyumbang kepada perkembangannya yang dimaninkan oleh pihak-pihak yang berkaitan. Batasan kajian penulisan juga berhadapan dengan kesukaran mendapatkan data terbaru kerana tidak dapat menjalankan kajian lapangan bagi meneliti kebenaran isu-isu tersebut. 1.5 Definisi Konsep Konsep yang harus difahami dalam kajian penulisan ini adalah berkisar kepada kehendak tajuk kajian, iaitu pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu. Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), pembinaan bahasa merujuk kepada usaha melengkapkan bahasa daripada sudut korpus bahasanya atau dikenali juga sebagai perancangan korpus bahasa yang menyentuh aspek kosa kata, istilah, tatabahasa, ejaan, sebutan dan laras bahasa yang telah berjaya dilakukan secara terancang selepas penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 Jun 1956 yang pada awalnya menjalankan fungsi sebagai jabatan kerajaan yang telah bertukar taraf kemudiannya menjadi badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Pembinaan bahasa selepas lulusnya Akta DBP 1959. Perkembangan bahasa Melayu pula menurut Yahya Othman, Roselan Baki dan Naffi Mat ( 2009: 39 ), dapat diklasifikasikan mengikut tahap dari Bahasa Melayu Purba ( 2500 masihi ), Bahasa Melayu kuno ( abad ke-7 masihi ), Bahasa Melayu Klasik ( abad ke-12 masihi ), Bahasa Melayu Peralihan dan Bahasa Melayu Baharu ( abad ke-19 ). Manakala menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 26 ), perkembangan Bahasa Melayu dapat dirungkai berdasarkan perkembanagan zaman, iaitu purba, kuno dan klasik tetapi adalah lebih mudah difahami sekiranya berfokuskan tahun perkembangannya bagi meneliti isu-isu yang dibangkitkan sepanjang perkembangan bahasa tersebut, iaitu tahun 1950 hingga 1960, 1970 hingga 1980 dan 1990 hingga 2000 bersesuaian dengan perkembagan ilmu semasa selepas Jawatankuasa Pelajaran Razak ( 1956 ) menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan negara ini yang turut disokong oleh Awang Sariyan ( 2002 ). 12
  • 13. 2.0 Sejarah ringkas Bahasa Melayu Sehingga ke hari ini banyak sejarawan yang merumuskan akan hal asal usul Bahasa Melayu sebagai suatu yang masih kabur yang masih memerlukan kajian lanjut dan mendalam, maka penulisan ini secara tidak langsung akan membincangkan secara ringkas berkaitan sejarah Bahasa Melayu dari aspek konsep etimologi ( perkataan ) dan bangsa, salasilah dan hipotesis tempat asal Bahasa Melayu. 2.1 Konsep etimologi dan bangsa Dari aspek etimologi atau perkataan, „Melayu‟ menurut Zuber Usman dalam Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: ), berasal daripada perkataan „Himalaya‟ yang telah disingkatkan kepada „Malaya‟ yang kemudiannya menjadi „Melayu‟. Selain itu, terdapat juga pengkaji yang mengutarakan bahawa „Melayu‟ berasal daripada perkataan „Malaiyur-pura‟ yang terpahat pada prasasti Bukit Gombak 1 di Sumatera Barat yang akhirnya menimbulkan perkataan malaiyur = malaiyu = malayu = melayu. Menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: ), perkataan „Melayu‟ berasal daripada perkataan Jawa Kuno dan Baru, iaitu „Mlaya‟ dan „Mlayu‟ yang membawa maksud lari. Tambahan beliau lagi, perkataan „ Melayu‟ turut merujuk kepada kerajaan, iaitu berasal daripada perkataan „Malayu‟ yang merujuk kepada sebuah kerajaan yang berpusat di Muara Jambi pada abad ke-7 ( 644 M ) yang mendapat nama sempena nama sebatang sungai, iaitu „Sungai Malayu‟ yang sangat deras arusnya selaju orang berlari yang disifatkan mempuanyi pengertian yang sama dalam Bahasa Jawa. Dari aspek konsep perkataan „Melayu‟ berdasarkan bangsa adalah merujuk kepada teori awal perpindahan golongan manusia yang diberi nama Austronesia dari daerah Yunan ke wilayah Asia Tenggara, iaitu Melayu Proto ( 2500 M ) dan Melayu Deutro ( 1500 M ) menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood ( 2004: 3 ). Menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 11 ) pula, penggunaan perkataan „Melayu‟ pada abad ke-17 merujuk kepada istilah yang lebih luas yang merangkumi suku bangsa serumpun di Nusantara merujuk kepada istilah UNESCO ( 1972 ). “......Melayu itu merupakan satu keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga bahasa yang sama, bentuk fizikal tubuh badan yang hampir sama,berkulit sawo matang, rambut lurus dan tinggi yang sederhana dan penduduk asli di satu kawasan yang sangat besar, iaitu suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar yang merupakan satu stock bangsa yang sejak beberapa lama dahulu dikenali sebagai MalayoPolynesia ( Melayu-Polinesia ) atau Austronesia....” Merujuk kepada Perlembagaan Malaysia sendiri menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 8 ), Perkara 160 seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 mengariskan „Melayu‟ sebagai seseorang yang berbahasa melayu, berkebudayaan melayu dan beragama Islam. 2.2 Salasilah Bahasa Melayu 13
  • 14. Kajian salasilah Bahasa Melayu akan merujuk kepada asal usul atau keturunan Bahasa Melayu itu sendiri yang mana menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood ( 2004: 3-4 ), berasal dari rumpun bahasa Austronesia yang tergolong dalam satu keluarga bahasa besar bahasa Austris ( Austroasia, Tibet-Cina dan Austronesia – Nusantara, Polinesia, Melanesia dan Mikronesia ) dalam cabang Nusantara, iaitu jumlah bahasa yang paling banyak merangkumi 16 golongan kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Hal ini turut diutarakan oleh Kamal Shukri Abdullah Sani ( 2007: 2 ), bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa yang berasal dari rumpun bahasa Austronesia ( Nusantara Barat dan Timur, Melanesia dan Polinesia ) dalam kelompok Nusantara Barat ( Malagasi, Acheh, Melayu, Jawa,Sunda, Dayak, Tagalog, Sibu, Bisaya dan lain-lain ) yang digunakan di sebelah timur gugusan pulaupulau Melayu dan Nusantara sejak abad pertama masihi menurut Abdullah Hassan ( 2005:23). Hal ini turut diutarakan oleh James T.Collins ( 2005 ), iaitu kewujudan akan Bahasa Melayu sebagai salah satu komponen daripada 1000 bahasa yang terpenting dalam rumpun bahasa Austronesia yang terbentuk di Taiwan yang kemudiannya tersebar dibahagian selatan, timur dan barat melalui Filipina yang turut mempunyai perhubungan dengan bahasa-bahasa Polinesia menurut William Marsden ( 1754-1836 M ) dalam Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 1 ) yang banyak mengkaji bahasa di Asia Tenggara dalam karya penulisannya, seperti A Dictionary of the Malayan Language dan A Grammar of the Malayan Language ( 1812 ) dan sehingga sekarang dikenali sebagai Bahasa Melayu-Polinesia oleh Wilhelm Von Humboldt ( 1767-1835 ) dalam Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 2 ) berdasarkan perincian hubungan antara bahasa-bahasa di Asia Tenggara yang serumpun dalam karyanya Uber die Kawisprache auf der Insel Java ( 1836 ) yang turut disokong oleh Abdullah Hassan ( 2005: 23 ) berdasarkan jadual yang telah diambil dari Crowely ( 1987 ) dalam James T.Collins ( 2005: 3 ). Walaupun begitu, terdapat juga pengkaji barat, seperti John Crawfurd dalam Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 2 ) yang tidak mempersetujui perkaitan yang wujud antara Bahasa Melayu dengan Polinesia kerana tidak sekeluarga. 2.3 Hipotesis tempat asal Bahasa Melayu Menurut Northefer ( 1996 ) dalam James T.Collins ( 2005 ), kesepekatan ahli-ahli arkeologi menyatakan bahawa Bahasa Melayu di kepulauan gugusan Melayu bermula di Kalimantan sebelum tersebar di bahagian barat menyeberangi Laut China Selatan pada 100 masihi dahulu melalui Pulau Tambela dan Riau sebelum ke Sumatera dan ke selatan Benua Asia atau kini dikenali sebagai Semenanjung Malaysia. Pada masa yang sama juga tidak dinafikan berlaku penyebaran Bahasa Melayu di bahagian utara, selatan dan timur sehingga ke barat Pulau Luzon yang kini dikenali sebagai Teluk Manila dan seterusnya di bahagian timur kepulauan Maluku ( Indonesia ). Kewujudan penggunaan Bahasa Melayu turut dibuktikan oleh Bede dalam James T.Collins ( 2005 ), pada abad ke-8 dalam Caedmon’s Hymn to the Creator yang menyatakan akan wujudkan tulisan teks tertua Bahasa Melayu bertarikh 682 masihi di atas batu di Sumatera yang mengadaptasi ortografi india berdasarkan palawa yang dikenali sebagai teks Bahasa Melayu Kuno. 3.0 Pembinaan Bahasa Melayu 14
  • 15. Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), pembinaan bahasa merujuk kepada usaha melengkapkan bahasa daripada sudut korpus bahasanya atau dikenali juga sebagai perancangan korpus bahasa yang menyentuh aspek kosa kata, istilah, tatabahasa, ejaan, sebutan dan laras bahasa yang telah berjaya dilakukan secara terancang selepas penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 Jun 1956 yang pada awalnya menjalankan fungsi sebagai jabatan kerajaan yang telah bertukar taraf kemudiannya menjadi badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Pembinaan bahasa selepas lulusnya Akta DBP 1959. 3.1 Pembinaan Istilah Bahasa Melayu Umumnya istilah merupakan perkataan yang mempunyai makna khas mengikut bidang ilmu pengetahan tertentu yang menerangkan makna, konsep proses, keadaan atau sifat khusus bagi sesuatu ilmu menurut Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad ( 2009: 2 ). Menurut Awang Sariyan ( 2002 ) pula, pembinaan istilah Bahasa Melayu merupakan suatu usaha dalam menggubal istilah bagi mengisi peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, rasmi dan ilmu di negara ini yang telah bermula sejak 1957 yang melibatkan dua bidang terawal iaitu Istilah Kerajaan dan Istilah Ilmu Sains dan teknik yang sehingga kini mencatatkan jumlah hampir mencecah 1 juta istilah yang terhasil meliputi ratusan bidang ilmu dan profesional yang telah dibukukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebanyak 199 judul melibatkan semua peringkat. Kenyataan ini turut disokong oleh Abdullah Hassan ( 1987: 85 ), iaitu perancangan korpus bahasa dalam aspek istilah telah bermula sejak 1957 melalui penubuhan Jawatankuasa Istilah yang pertama berdasarkan dua peringkat iaitu sebelum 1975 ( dengan penerbitan Pedoman Pembentukan istilah bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ) dan selepas 1975 ( kerjasama Majlis bahasa Indonesia-Malaysia ( MBIM ) yang menghasilkan Pedoman Umum Pembentukan istilah ( PUPI )yang telah diisytiharkan penggunaannya oleh Menteri Pendidikan Malaysia dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Repblik Indonesia pada 30 Ogos 1975). Walaupun begitu, beliau tidak menafikan akan ketidaksempurnaan yang berlaku semasa pembinaan awal istilah dalam bahasa Melayu iaitu melibatkan tempoh masa antara tahun 1957 hingga 1960 yang merupakan titik zaman awal pembentukan istilah namun tidak kukuh kerana tiada sebarang pedoman yang boleh dijadikan rujukan sehinggalah Dewan Bahasa dan Pustaka menubuhkan dua Jawatankuasa Istilah bagi menyokong pembinaan istilah iaitu, Jawatankuasa Istilah Kerajaan dan Perjawatan dan Jawatankuasa Istilah Sains Am yang secara tidak langsung mengubah panduan dan falsafah pembinaan istilah tahap awal yang mengongkong proses pembinaan istilah, walapun terdapat juga istilah yang bertahan sehingga sekarang misalnya stesen, kimia dan sains. Manakala istilah yang tidak dapat mendukng konsep asal telah dipinda seperti ilmu jiwa, kajirumpun bangsa, ilmu hisab dankajibentuk bumi kepada psikologi, ethnologi, matematik dangeomorfologi. Zaman selepas 1975 pula memperlihatkan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam pembentukan istilah yang melibatkan bidang-bidang profesional sebanyak 71,887 istilah sehingga 1975 berikutan kejayaan membentuk Pedoman Membentuk Istilah-istilah Baru DBP ( mula digunakan sejak 1959 ), Dasar, Cara dan Pedoman Membentuk istilah Baharu Bahasa Melayu DBP ( selepas 1970 ) dan Pedoman Pembentukan Istilah Universiti Malaya ( 1971 ) serta dengan tertubuhnya Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu ( JKTBM ) sejak Disember 1972 15
  • 16. yang pada awalnya hanyalah mewakili Malaysia dalam usaha kerjasama dengan Indonesia bagi menyusun Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi kemudiannya telah diperluaskan lagi fungsinya yang mencakupi aspek peristilahan dan dianggap oleh kerajaan sebagai badan tertinggi dalam pembentukan istilah Bahasa Melayu yang menjadi dasar pembentukan istilah oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Walaupun begitu, pembinaan istilah dalam Bahasa Melayu tidak menafikan akan wujudnya pinjaman daripada bahasa asing melalui dua cara penggubalan, iaitu pinjaman dan pinjam terjemah menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan ( 2000: 255 ). Hal ini turut disokong oleh Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood ( 2004: 301-304 ), iaitu pembinaan istilah pinjaman yang dilakukan dalam dua bentuk, iaitu pengambilan dengan penyesuaian ejaan, misalnya geography-geografi, biology-biologi, mathematics-matematik, isogamy-isogami dan sebagainya. Manakala, pengambilan tanpa perubahan ejaan pula, seperti magnet-magnet, linear-linear, hilum-hilum, import-import, auditaudit dan sebagainya.Manakala pembinaan istilah pinjam terjemah pula dilakukan melalui lima cara, iaitu terjemah langsung ( resistance = rintangan, dose = sukatan, soluble = lart ), penciptaan kata baharu ( subsidence = antamman, allot = umpuk, arrears = tunggakan ), perluasan makna ( salur = salir, hakis = kikis, gelap = legap ), penggabungan dua kata umum ( missile = peluru berpandu, indicator lamp = lampu penunjuk, right angle = sudut tepat ) dan pembentukan kata ganda separa (radius = jejari, liquid = cecair, capillary = rerambut ), tetapi kesemua proses ini terikat kepada had peminjaman, iaitu pinjaman istilah dilakukan sekiranya bahasa asing mempunyai istilah tersebut dan haruslah sesuai dengan sistem bunyi Bahasa Melayu menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan ( 2000: 265 ). Menurut Rogayah Osman dalam artikelnya mengenai Perancangan Bahan Ejaan dan Sebutan, Peristilahan dan Perkamusan dalam Bahasa Melayu di Malaysia, kewujudan banyak Jawatankuasa Istilah ( JKI ) yang mencakupi banyak bidang dengan konsep dan pemahaman ilmu yang tersendiri menghasilkan bermacam-macam istilah sehingga satu istilah mendukung pelbagai konsep dan pengertian, menyedari permasalahan ini dua jawatankuasa penyelarasan dibentuk iaitu, Jawatankuasa Istilah Sains Tulen dan Jawatankuasa Istilah Sains Sosial dan Kemanusiaan. Disamping itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melakukan kembali kerja-kerja dalam menyemak istilah sebelum 1975 terutamanya sebelum 1960 untuk diserahkan kepada Jawatankuasa Penyemak Istilah sebagai tambahan kerja-kerja dalam penciptaan istilah, pengklasifikasian bidang yang sebelumnya tidak begitu tepat dan kurang menyeluruh agar dapat membincangkan aspek-aspek pemasyarakatan istilah dalam disiplin bidang masing-masing agar dapat diutarakan kepada sidang MBIM sekitar akhir 80-an dan awal 90-an. Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia ( MBIM ) menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 36 ), sangat berperanan dalam pembentukan istilah Bahasa Melayu yang mendokong tiga fungsi utama, iaitu bertindak sebagai badan bersama yang mengadakan pertemuan demi pertemuan untuk memikirkan, menalaah dan membincangkan hal-hal bersama berhubungan dengan soalan bahasa kedua-dua negara, menampung dan menyalurkan bahanbahan tentang bahasa dari kedua-dua belah pihak untuk kegunaan dan kajian bersama serta menyerahkan bahan-bahan bahasa yang menyentuh kepentingan kebangsaan negara masingmasing kepada Menteri Pendidikan untuk dipertimbangkan dan diputuskan. Atas ketelusan dalam memainkan perana ini, MBIM berjaya menghasilkan Pedoman Umum Pembentukan Istilah ( PUPI ), Pedoman Penyusnan Kamus Istilah dan Pedoman Tranliterasi Huruf Arab 16
  • 17. kepada Huruf Rumi disamping membincangkan pedoman khusus pembentukan istilah kimia, biologi, fizik, matematik dan perubatan. Malah sepanjang hasil persidangan MBIM ke-7 hingga ke-23 MBIM turut berjaya menghasilkan Daftar Istilah MBIM ( A-J )dan ( K-Z ) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1976. 3.2 Pembinaan Kosa Kata Bahasa Melayu Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), usaha dalam pembinaan kosa kata atau perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu sebenarnya telah dilakukan oleh para sarjana asing sejak beberapa abad silam dalam bentuk daftar kata dan kamus, misalnya Daftar Kata Melayu-Cina ( abad ke15 ), Kamus Melayu-Itali oleh Antonio Pigafetta pada suku pertama abad ke-16, kamus MelayuInggeris oleh Thomas Bowry pada awal abad ke-18, A Dictonary of The Malay Language oleh Marsden pada tahun 1821 dan beberapa buah kamus lain oleh R.J.Wilkinson ( 1901,1908 dan 1932 ), W.G.Shellabear ( 1902, dan 1916 ) dan R.O.Winstedt ( 1913 ). Usaha ini kemudiannya telah diteruskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka secara terancang yang bermula pada 1964 yang akhirnya telah berjaya menerbitkan Kamus Dewan pada 1970, iaitu sebuah kamus ekabahasa yang berwibawa sebagai rujukan kamus yang entrinya berjumlah kira-kira 30,000 patah yang kemudiannya telah diterbitkan dalam edisi baharu pada tahn 1984 dan 1989 ( masing-masing dengan tambahan 900 entri dan 2,000 entri ), edisi ketiganya pula pada tahun 1994 ( dengan tambahan 6,000 entri ) dan edisi keempat pada tahn 2003 ( dengan tambahan 5,000 entri ). Bagi tujuan keperluan pelajar sekolah pula, Dewan Bahasa dan Pustaka turut memainkan peranannya dengan menyusun dan menerbitkan Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar pada tahun 1975 bagi pelajar sekolah menengah danKamus Rendah Dewan Bergambar pada tahun 1989 bagi keperluan pelajar sekolah rendah disamping turut menerbitkan edisi baharu pada tahun 2002 iaitu, Kamus KBSR Dewan danKamus Umum Bahasa Melayu Dewan ( memuatkan 67,000 entri ) pada tahun 2007. Malah bagi memastikan pembinaan kosa kata dalam bahasa Melayu lebih berkesan, Dewan Bahasa dan Pustaka turut mengadakan kerjasa dengan pihak swasta dengan menerbitkan kamus elektronik, Kamus Telapak BESTA DBP-1 ( 1998 ) dan Kamus Pena Quicktionary ( 2000). Seperti dalam pembinaan istilah Bahasa Melayu, pembinaan kosa kata Bahasa Melayu turut meminjam kosa kata asing, dan menurut Yahya Othman ( 2005: ), Bahasa Melayu meminjam 677 kosa kata Bahasa Sanskrit merangkumi 11 bidang. Malah menurut James T.Collins ( 2005: 18 ), sejak kerajaan kesultanan Melayu Melaka lagi, Bahasa Melayu telah menggunakan kosa kata pinjaman seperti yang direkodkan oleh Yang Lin pada tahun 1560 yang diklasifikasikan sebagai kosakata Bahasa Melayu-Cina sebanyak 500 kata untuk keperluan perdagangan disamping kosakata pinjaman dari Bahasa Sanskrit, Tamil, Arab dan Persia. ( Rajah 6: Daftar beberapa kosakata Bahasa Melayu-Cina dari Dinasti Ming yang dipetik dari Edwards dan Blagden ( 1930-1932 ) dalam James T.Collins, 2005: 19 ) 3.3 Pembinaan Laras Bahasa Melayu 17
  • 18. Menurut Nik Safiah Karim ( 2003: 155-156 ), laras bahasa dalam Bahasa Melayu merupakan perbezaan cara yang digunakan dalam penulisan walaupun menggunakan bahasa yang sama dalam situasi yang berbeza atau lebih ringkasnya dikenali sebagai kelainan berbahasa yang dipengaruhi oleh suasana yang hanya dikenali melalui perkataan-perkataan yang digunakan berdasarkan cara pengungkapan mengikut situasi tertentu yang wujud berdasarkan perkara yang ingin diperkatakan serta kolokasi, iaitu kehadiran penggunaan perkataan dan ungkapan tertentu yang jelas meletakkannya dalam sesuatu laras. Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), pembinaan laras bahasa ini dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka melalui penerbitan karya ilmu dalam pelbagai bidang untuk pelbagai peringkat yang telah menghasikan hampir 10,000 judul buku dan berdasarkan koleksi Perpustakaan Negara Malaysia ( 1966 hingga 2001 ), sejumlah 105,898 judul direkodkan sebagai buku yang berdaftar di bawah Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1964 dan Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1966 yang turut merangkumi buku dalam bahasa lain dan hanya 60,474 judul dalam Bahasa Melayu. kewujudan perbezaan laras bahasa menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood ( 2004: 36 - 40 ), disebabkan oleh ciri-ciri keperihalan ( situasi luaran dan persekitaran – cara penyampaian, perhubungan sosial dan peribadi, bahan yang diperkatakan dan fungsi sosial perlakuan bahasa ) sesuatu peristiwa bahasa dan linguistik ( bunyi, perkataan – khusus, kolokasi dan pinjaman – dan ayat ) yang terbahagi kepada sebelas laras berdasarkan bidang ilmu, iaitu biasa, perniagaan atau iklan, sains, media, rencana, undangundang, agama, sukan, sastera, ekonomi dan akademik. Laras bahasa biasa adalah laras yang tiak melibatkan sebarang bidang ilmu atau konteks yang khusus kerana ianya digunakan dalam perbualan harian yang tidak melibatkan istilah khusus tetapi menggunakan struktur ayat yang mudah, ringkas dan padat. tambahan lagi, ianya tidak banyak menggunakan kata pinjaman serta menggunakan kosa kata dan tatabahasa yang mudah difahami yang boleh wujud dalam keadaan formal dan tidak formal ( menggunakan bahasa basahan ). Laras bahasa perniagaan atau iklan pula adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat dengan berkesan yang berbentuk pemberitahuan fakta yang ringkas dan terperinci yang bersifat imaginatif dan kreatif menggunakan retorik pujukan dan bahasa pengaruhan untuk memujuk dan mempengaruhi pengguna dengan mengabaikan kepentingan tatabahasa. Laras bahasa sains pula dihubngkan dengan laras bahasa ilmiah yang bersifat formal dan tidak menggunakan bahasa basahan kerana bersifat intelektual, saintifik, formal dan objektif dalam mempersembahkan maklumat yang berdasarkan kajian dan fakta yang banyak menggunkan kata nama dan ragam ayat pasif serta istilah pinjaman daripada Bahasa Inggeris. Laras bahasa media massa menggunakan bahasa yang mudah, gaya tulisan yang jelas dan ketepatan isi tulisan dengan mengabaikan kepentingan tatabahasa dalam melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku tanpa istilah teknikal dan khusus dalam mempersembahkan judul dan teks. 18
  • 19. Laras bahasa rencana pula adalah bersifat umum, hal ini kerana adalah untuk keperluan menyampaikan kepelbagaian idea tentang sesuatu isu dengan gaya bahasa yang mudah difahami kerana terus menjurus kepada tajuk rencana yang bersifat laporan. Laras bahasa undang-undang biasanya mengandungi prinsip undang-undang berbentuk akta yang terbahagi kepada bahagian dan seksyen serta banyak menggunakan istilah pinjaman daripada Bahasa Inggeris. Interpretasi menentukan makna kosa kata yang digunakan tanpa mengambil kira struktur ayat dalam penyampaian tetapi menekankan kepersisan dan kejelasan yang bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat dalam binaan ayat yang panjang. Laras bahasa agama tidak lari dari membincangkan isu agama yang banyak menggunakan kata pinjaman Bahasa Arab dalam pembentukan struktur ayat yang menekankan petikan al-quran dan hadis. Laras bahasa sukan pula bertujuan menyampaikan maklumat berkaitan dengan kegiatan sukan dalam bentuk bahasa yang ringkas dan bersahaja tetapi jelas berikutan pemilihan kosa kata yang senang difahami. Laras bahasa saster atau kreatif adalah bentuk bahasa yang terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman penulis yang bersifat imaginatif dan figuratif ( penyimpangan makna aripada bahasa biasa ) serta mementingkan pemilihan diksi yang berkesan dengan menggunakan bahasa tersirat, istilah-istilah khusus berkaitan sastera, perlambangan, kiasan, imejan, personafikasi, metafora dan sebagainya yang mementingkan penyusunan dan pengulangan kata atau ayat, bernada puitis dan komunikatif. Laras bahasa ekonomi pula merupakan laras berbentuk ilmiah yang menggunakan istilahistilah terknikal, tidak mementingkan struktur ayat, bersifat formal serta mementingkan susunan maklumat yang jelas dan eksplisit dalam bentuk data dan statistik. Laras bahasa akademik adalah bersifat formal dan objektif yang menunjukkan kematangan dan keintelektual, iaitu berkeupayaan menyamapaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan menggunakan istilah yang bersifat khusus dan sukar difahami kerana menekankan kesempurnaan bahasa dalam pemaparan, perbincangan dan penghuraian yang turut melibatkan sudut pandang orang ketiga, penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk serta turut memuatkan nota kaki, bibliografi, indeks dan sebagainya dalam penulisan. 3.4 Pembinaan Ejaan Bahasa Melayu Tradisi tulisan seperti tulisan Kawi, Batak, Lampung, dan Rencong telah menjadi sistem tulisan orang Melayu sebelum kedatangan Islam yang telah membawa bersama tulisan Jawi daripada Tanah Arab. Sistem tulisan yang digunakan oleh orang Melayu sebelum Jawi banyak menggunakan lambing suku kata dan ambang baris untuk menunjukkan perbezaan-perbezaan bunyi. Namun penggunaan tulisan Jawi tidak bertahan lama setelah pihak Barat memperkenalkan sistem tulisan Rumi di Tanah Melayu pada zaman penjajahan. Tulisan Jawi adalah berdasarkan huruf Arab alif-ba-ta manakala tulisan Rumi adalah berdasarkan huruf Roman a-b-c. sistem ejaan Rumi mula diperkenalkan oleh pihak Barat di Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-19. 19
  • 20. Sistem ejaan tersebut telah digunakan dalam urusan rasmi dalam kerajaan Barat di Tanah Melayu pada masa tersebut. Antara sistem ejaan yang telah digunakan oleh Barat ialah Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat (1878), Ejaan Rumi Maxweel (1882), dan Ejaan Rumi Sweettenham (1881). Perkembangan sistem ejaan bahasa Melayu pada masa penjajahan sangat penting kerana sistemejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sisitem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi mereka yang tidak dapat memehaminya terutamanya pihak Barat yang kurang pengetahuan dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi lebih penting apabila dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah. Oleh yang demikian, satu sistem Rumi yang seragam diperlukan untuk menggantikan sistem ejaan Jawi. Satu pertubuhan iaitu Pakatan Belajar-Mengajar Bahasa yang telah ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor memainkan peranan yang sangat panting dalam menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di sekolah dan dalam kalangan masyarakat setempat. Pembinaan sistem tulisan Rumi untuk bahasa Melayu telah melalui beberapa peringkat oleh banyak pihak. Contohnya, pihak Barat banyak melakukan kajian dalam membentuk sistem tulisan tersebut. Antara tokoh yang berasal dari Barat yang pernah melakukan kajian dalam mengembangkan sistem tulisan bahasa Melayu ialah William Marsden yang telah menulis buku yang berjudul A Grammar Of The Malayan Language pada tahun 1912. Dalam bukunya terdapat pendapat yang mengatakan bahawa bunyi ch, d, ng, p, g, dan ny merupakan huruf-huruf yang telah ditambah oleh orang Melayu daripada huruf bahasa Arab ( Rogayah Binti Osman, hlm 3). Selepas William Marsden, R.J Wilkinson yang merupakan nazir sekolah–sekolah bagi Jabatan Pelajaran Negeri-negeri Bersekutu telah menjadi pengerusi bagi Jawatankuasa Ejaan untuk mengkaji dan membentuk sebuah sistem ejaan Rumi yang baru. Sistem ejaan yang telah berjaya dihasilkan telah dipanggil Ejaan Wilkinson. Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, satu sistem ejaan telah diperkenalkan iaitu “Ejaan Fajar Asia” yang selaras bagi tiga buah negara iaitu Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia yang pada masa itu berada dalam pentadbiran tentera Jepun. Majalah Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura telah menggunakan sistem ejaan tersebut dalam penerbitan majalah mereka. Huruf yang digunakan dalam sistem ini hampir sama dengan Sistem Ejaan Wilikinson dan sistem Ejaan Rumi Za‟Ba. Menurut Asmah Haji Omar (1993), sistem ejaan ini menggunakan enam huruf vokal iaitu a, e taling, e pepet, i, o dan u. Manakala bagi huruf konsonan pula adalah sama dengan Sistem Ejaan Rumi Za‟Ba. Rajah 7: Huruf-huruf konsonan yang digunakan dalam Sistem Ejaan Fajar Asia. Za‟Ba telah memulakan satu lagi sistem ejaan baru yang mana merupakan satu perubahan yang telah beliau lakukan. Ejaan tersebut dihasilkan berdasarkan daripada Sistem Tulisan Wilkinsin dan gabungan beberapa adjad bahasa Arab. Za‟Ba pada masa itu bertugas di Maktab Perguruan Sultan Idris selepas Perang Dunia Ke-2. Sistem baru tersebut telah dikenali sebagai Sistem Ejaan Sekolah yang telah diggunakan sebelum digantikan oleh ejaan baru yang telah diistiharkan pada tahun 1972. Sistem baru ini dihasilkan daripada pengamatan sahaja dan mempunyai banyak kelemahan. Apabila terdapat kelemahan tersebt, maka penggunaan bahasa Melayu pada masa tersebut telah terganggu. Menurut Rogayah Binti Osman (hlm 4), satu persidangan antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Indonesia telah dijalankan untuk membincangkan satu sistem ejaan yang sama 20
  • 21. untuk kedua-dua negara. Persidangan tersebut telah dimulakan sejak tahun 1959 hasil daripada desakan Kongres Bahasa dan Persatuan Melayu. Namun usaha untuk menjalankan persidangan dengan kerajaan Indonesia telah tergendala kerana tercetusnya konfrantasi. Persidangan keduadua negara tersebut telah menghasilkan satu sistem tulisan baru iaitu sistem Malindo. Asmah Haji Omar (1993, hlm 154) mengatakan bahawa tulisan Malindo tidak pernah diterbitkan oleh kedua-dua negara. Oleh yang demikian, bentuk dan sistem ejaannya tidak diketahui. Pada tahun 1966, satu persidangan ttelah dijalankan oleh negara Malaysia dan Indonesia untuk menyambung semula perbincangan yang telah tergendala semasa konfrantasi. Dalam persidangan ttersebut beberapa perkera telah dibincangkan seperti; a) Soal bahasa dan jangka masa panjangb) Pertukaran antara bahan-bahan yang berkenaan dangan bahasa dan sastera. c) Soal pemakaian istilah. Pada September 1966, satu rombongan daripada Indonesia yang diketuai oleh Kolonel Wahju Sukatjo telah membuat lawatan ke Dewan Bahasa Dan Pustaka dan telah membangkitkan beberapa isu dan mereka juga telah membenangkan satu kertas kerja untuk membaiki sistem tulisan Malindo yang mempunyai banyak kelemahan. Setelah kata sepakat dicapai, maka kerajaan Malaysia dan Indonesia telah menggunakan satu lagi sistem tulisan baru iaitu Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia juga dikenali sebagai Ejaan Baharu. Walaupun persefahaman teah dicapai pada tahun 1966, namun hanya pada tahun 1972 sahaja barulah perjanjian antara keduadua kerajaan telah ditandatangan yang mana perjajian tersebut telah ditandatagani oleh Menteri Pelajaran masing-masing pada masa itu iaitu Y.B Encik Hussien Onn dan Bapak Mashuri. Perjanjian tersebut telah ditandatagani pada 23 Mei 1972. Perbincangan tersebut telah memakan masa yang lama untuk menghasilkan satu sistem tulisan sama bagi kedua-dua negara ini. Hanya pada 16 Ogos 1972 barulah sistem baru ini diistiharkan secara serentak oleh kedua-dua negara tersebut. Ejaan Rumi Baharu ini adalah hasil daripada pemikiran yang matang dan berlandaskan perancangan bahasa yang baik. Perancangan ini merupakan satu usaha kerajaan untuk memperkenalkan bahasa Malaysia ke peringkat antarabangsa. Ejaan ini memperlihatkan prinsip linguistik, ekonomi, kesederhanaan, kejelasan, dan fleksibiliti dan taraf standard yang tinggi jka dibandingkan dengan sistem yang lama. Abjad yang digunakan dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada huruf yang berikut. Sebutan masing-masing huruf disertakan di sebelahnya. Abjad dan sebutan tersebut adalah hasil daripada perbincangan yang telah dilaksanakan oleh negara Malaysia dan Indonesia yang telah diistiharkan bersama. Rajah 8: abjad yang digunakan dalam bahasa Melayu dan sebutannya. Huruf Vokal Huruf vokal dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada: a, e, i, o dan u. Huruf e melambangkan dua bunyi, iaitu e pepet dan e taling. Antara perubahan yang telah berlaku dalam sistem ejaan tersebut ialah perubahan konsanan contohya gabungan dua perkataan digugurkan salah satu yang membawa maksud sama seperti ch menjadi c dalam perkataan chuba menjadi cuba. Contoh lain 21
  • 22. adalah dh menjadi d dalam perkataan mudharatmenjadi mudarat dan sh menjadi sy dalam perkataan sharatmanjadi syarat. Pengunaan („) dan (‟) yang melambangkan hamzah dan ain digugurkan dan digantikan dengan huruf konsonan k contohnya: a) Ma‟ana menjadi makna. b) Enche‟ menjadi encik. Terdapat juga perkataan yang dikekalkan seperti kh, ny,hg, dan ng dan masih diguna pakai sehingga sekarang. Dewan Bahasa Dan Pustaka pula telah menerbitkan buku Pedoman Umum Bahasa Malaysia pada tahun 1975 sebagai rujukan. Setiap negara telah menerbitkan pedoman umum mengikut versi masing-masing sebagai panduan untuk rakyat di setiap negara. 3.5 Pembinaan Sebutan Bahasa Melayu Perancangan sebutan telah melalui banyak peringkat dalam memastikan tidak terdapat kesalahan dalam penyebutannya. Antara langkah-langkah yang telah dijalankan ialah: (i) Mengadakan penyelidikan melalui beberapa bengkel dan seminar sejak awal Rancangan Malaysia keempat (1981) (ii) Kegiatan kajian tentang sistem fonologi bahasa Melayu dan dialek diadakan sejak awal 1980-an. Beberapa bengkel diadakan sehingga tahun 1987. (iii) Siri bengkel sebutan baku diadakan dalam tahun 1987 antara DBP dengan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Kementerian Pendidikan Malaysia, dan pakar-pakar bahasa. (iv) Perumusan tentang pedoman sebutan baku dibuat oleh sebuah Jawatankuasa Teknikal antara DBP dengan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia dan PLM serta pakar-pakar bahasa pada tahun 1987. Menurut Mohd Rasdi Bin Saamah (hlm 8), aspek sebutan tidaklah menjadi satu perkara yang semestinya ada transkripsi fonetiknya memandangkan sebutan kata Melayu adalah onemik berbanding dengan bahasa Inggeris. Maksudnya ialah terdapat sesetengah ejaan dalam bahasa Melayu yang sama dengan bahasa Inggeris namun membawa erti yang berbeza. Contohnya ialah airdalam bahasa Inggeris membawa maksud udara namun dalam bahasa Melayu pula merupakan sejenis cecair yang dalam bahasa Inggeris disebut sebagai water. Perancangan sebutan banyak ditulis dalam perkamusan yang menyusun sebutan-sebuta yang tepat. Contohnya Kamus Dewan menurunkan transkripsi fonetiknya kepada kata masukan yang ejaannya mengandungi huruf e taling sahaja. Sebutan yang mengandungi e pepet tidak diberi transkripsi fonetik. Contohnya ialah: a) enak (enak) = sedap,nyaman (rasa dll) b) enteng (enteng) = ringan, mudah c) empat = bilangan tiga yang dicampur dengan satu 22
  • 23. Manakala dalam Kamus Besar pula tidak memasukkan sebarang tanda transkripsi fonetiknya bagi membezakan kedua-dua bentuk e seperti yang terdapat dalam Kamus Dewan. Contohnya ialah : a) b) 3.6 emak = ibu, mami, embok. Mak, indung, indu… elok = ranggi, gagah, tampan, anggun, gombang Pembinaan Tatabahasa Melayu Bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada lima bahagian besar yang mana setiap bahagian mempunyai tugas masing-masing. Tatabahasa bahasa Melayu dapat dipelajari melalui lima bahagian ini iaitu golongan kata, pengimbuhan, penggandaan, ayat, dan rampaian bahasa. Bahasa Melayu mempunyai beberapa jenis perkataan yang terbahagi kepada lima bahagian yang besar iaitu: a) Nama b) Perbuatan c) Sifat d) Sendi e) Seruan Kesemua ayat tersebut membawa erti yang berbeza dan penggunaan yang berbeza. Kata Nama Kata nama terbahagi lagi kepada dua bahagian besar iaitu Nama Betul dan Ganti Nama dan Nama Terbitan. Kata Nama pula dibahagi lagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas. Kata Nama Am digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan dan yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, benda dan lain-lain lagi. Dapat disimpulkan bahawa Kata Nama Am digunakan untuk menyebut sesuatu secara am atau umum. Contohnya: a) Benda ; rumah, pencil, bunga, dan lain-lain. b) Orang ; guru, murid, polis dan lain-lain. c) Haiwan ; kucing, harimau, kerbau dan lain-lain. d) Tempat ; bandar, desa, kampung dan lain-lain. Kata Nama Am boleh ditulis dengan huruf besar jika berada pada awal ayat manakala boleh ditulis dengan huruf kecil pada akhir ayat. Contohnya ; a) Harimau itu mengaum dengan kuat. b) Dia sedang member harimau itu makan. 23
  • 24. Nama Khas pula digunakan untuk menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas dan huruf pertamanya mestilah ditulis dengan huruf besar. Contohnya ; a) Benda ; Proton Saga, Bangunan Berkembar Petronas,dan lain-lain. b) Orang ; Tuan Ahmad, Mejar Hamzah, dan lain-lain. c) Binatang ; Si Comel, Pak Belang, dan lain-lain. d) Tempat ; Kota Kinabalu, Sepanggar, dan lain-lain. Kata Nama Terbitan. Kata Nama Terbitan terbentuk apabila kata nama am diberikan imbuhan awalan, akhiran ataupun apitan. a) Imbuhan awalan ; pe-, pem-, pen-, peng-,meng-, ke, dan lain-lain. b) Imbuhan akhiran ; -ita, -man, -wati, -wan, dan lain-lain. c) Imbuhan apitan ; per-…..-an, peng-….-an, ke-…-an, dan lain-lain. Kata Ganti Nama. Kata Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA iaitu merujuk kepada seseorang. Seterusnya yang telah dibahagikan kepada lima bahagian iaitu ganti nama diri, ganti nama umum, ganti nama pertanyaan, ganti nama petunjuk, ganti nama sendi. a) Ganti Nama Diri pertama. Contohny ialah beta, patik, saya, kami, kita, dan lain-lain. b) Ganti Nama Diri Kedua. Contohnya ialah kamu, anda, engkau, tuanku, dan lai-lain. c) Ganti Nama Diri Ketiga. Contohnya ialah ia, dia, beliau,mereka dan lain-lain. Kata Ganti Tanya Kata Ganti Tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, bilangan dan hal dengan maksub bertanya. Biasanya kata ganti ini ditambah “kah” dan tanda soal di setiap akhir ayatnya. Ianya juga digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya. Contohnya kata tanya ialah apakah, siapakah, manakah, bilakah, bagaimanakah, kenapakah, mengapakah, dan berapakah. Contoh ayatnya ialah: a) Sudahkah awak menyiapkan kerja tadi? b) Berapakah harga baju yang berwarna merah ini? c) Siapakah pemilik rumah yang bercat merah itu? d) Mengapakah awak tidak menghabiskan makanan itu? e) Bila awak hendak menghantar surat ini ke pejabat pos? Kata Ganti Umum / Tak Tentu 24
  • 25. Kata ganti jenis ini terbentuk hasil daripada penggandaan kata ganti tanya seperti apa, siapa dan mana. Kata ganti ini hanya digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja. Contoh penggunaan ayat ini ialah ; a) Jangan sesiapa yang berganjak daripada tempat duduk masing-masing. b) Siapa-siapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh mengambil boring pendaftaran di sini. c) Ambilah mana-mana benda yang awak suka di sini. Kata Ganti Nama Tunjuk. Penggunaan kata ganti ini ialah untuk menunjukkan sesuatu tempat, orang, benda dan cara. Contohnya ialah situ, sana, sini, begini, begitu dan banyak lagi. Contoh ayatnya ialah ; a) Itu bagus. b) Begini caranya. c) Rupanya begitu. d) Tingginya bangunan itu. e) Cantiknya baju yang awak pakai ini. Kata Hubung. Kata hubung digunakan untuk menggabungkan ayat dengan ayat, perkataan dengan perkataan dan rangkai kata dengan rangkai kata. Maksudnya disini ialah daripada dua ayat yang telah dibina boleh menjadi satu setelah digabungkan dengan kata hubung. Kata hubung mempunyai dua jenis iaitu bentuk akar dan terbitan. Contoh kata hubung akar : a) Dan b) Hingga c) Dengan d) Jika e) Kerana f) Serta g) Supaya h) Demi i) Kemudian 25
  • 26. j) Agar k) Ketika l) Walhal Contoh kata hubung terbitan ialah : a) Semasa b) Sementara c) Sebaliknya d) Itupun e) Mudah-mudahan f) Meskipun g) Setelah h) Semoga i) Seketika j) Seandainya k) padahal Contoh ayat ialah : a) Mimi dan Suzie menaiki bas pergi ke sekolah. b) Restoran itu menghidangkan pelbagai jenis makanan yang lazat namun harganya sangat mahal. Kata Kerja. Kata kerja menunjukkan satu perbuatan yang sedang melakukan sesuatu perbuatan. Kata Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif adalah bahagian yang terdapat dalam kata kerja. Kata kerja transitif ialah satu perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang terkena dengan perbuatan tersebut dipanggil penyambut ataupun objek. Kata kerja transitif juga dikenali sebagai perbuatan melampau. Biasanya kata kkerja jenis ini menggunakan inbuhan „me-„ seperti mendermakan, mengambil, menduduki dan sebagainya. Contoh ayat ialah : a) Anjing itu mengongong sesuatu dalam mulutnya. b) Abang sedang menaip sesuatu. c) Lelaki itu sedang mencuci kereta kesayangannya. 26
  • 27. d) Ayah saya telah mendermakan meja kepada jiran sebelah. e) Emak akan membacakan saya cerita sebelum saya tidur setiap malam. Kata kerja tak transitif pula berbeza dengan kata kerja transitif kerana ianya hanya mempunyai pembuat dan tidak mempunyai penyambut. Perbuatan yang dilakukan adalah dilakukan ke atas diri sendiri atau keatas pembuat itu sendiri. Contoh ayat ialah : a) Kucing itu sedang tidur. b) Angin bertiup dengan kuat sekali. c) Saya telah menyiapkan kerja itu semalam. d) Bapa sedang memandu kereta itu. Kata Adjektif. Perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu nama seperti hitam, banyak, kuat dan banyak lagi. Kata Adjektif dapat dibahagikan kepada adjektif jati, adjektif bilangan atau pecahan, adjektif tunjuk, dan adjektif pencerai. 1. Adjektif jati : menerangkan sifat atau rupa yang jati. a) Bunga itu berwarna merah. b) Pen itu sangat cantik. c) Kereta yang cantik itu milik ayah saya. d) Penyanyi itu sangat merdu suaranya. 2. Adjektif bilangan atau pecahan menunjukkan bilangan dan juga pecahan. a) Saya memiliki dua batang pencil. b) Ayah membelikan saya dua biji limau. c) Satu per tiga biji guli itu ialah milik kawan saya. d) Malik perlu mendapatkan lima lagi mata untuk menang. 3. Adjektif tunjuk menggunakan perkataan seperti bagaimana dan yang mana. Contohnya, a) Jangan ulangi lagi perkara tersebut. b) Yang mana satu yang betul caranya. c) Begini caranya hendak mengendalikan alat ini. d) Baju ini mahal harganya. Kata Tanya. 27
  • 28. Setiap Kata Tanya mempunyai kata atau perkataan yang membentuk ayat tanya dan selalnya diikuti oleh partikel „kah‟ apabila digunakan pada awal ayat tanya. Kata Tanya juga boleh wujud di awal, akhir atau tengah sesuatu ayat. Kata tanya juga mesti siikiti oleh tanda tanya di setiap akhir ayat tersebut. Contoh kata tanya ialah : a) Siapakah pemilik kereta itu? b) Berapakah harga kuih ini? c) Lama sudahkah awal menunggu saya? d) Pelajar itu berasal daripada mana? Kata Seru. Kata seru digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, terkejut, hairan, sindiran, hiba, dan sebagainya. Kata seru mesti diikuti tanda seru (!) di setiap akhir ayat. Setiap kata seru membawa maksud yang berbeza seperti wahai menyatakan perasaan sayang, amboi menyatakan perasaan kagum, aduh perasaan sakit, dan wah menyatakan perasaan terkejut. Contoh kata seru ialah : a) Wahai adinda ku sayang! b) Amboi, cantiknya baju ini! c) Bedebah, berani sungguh dia melawan perintah saya. Tanda Baca. Satu lagi komponen yang penting dalam tatabahasa Melayu ialah tanda baca. Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk member isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam pembacaan. Tanda baca diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya. Contoh tanda baca ialah : a) Tanda nokhta atau titik (.). b) Tanda koma (,). c) Tanda tanya (?) d) Tanda seruan (!) e) Tanda sempang atau sempang (-) f) Tanda nokhta bertindih (:) g) Tanda pengikat kata (“…”) Contoh penggunaan tanda tanya ialah : a) Di mana dia membeli baju itu? 28
  • 29. b) Wah, tingginya bangunan itu! c) Ali berasal daripada Perak. d) Ahmad, orang kampung yang telah merantau ke bandar telah berjaya mencari pekerjaan yang sangat baik. 4.0 Perkembangan Bahasa Melayu Perkembangan bahasa Melayu menurut Yahya Othman, Roselan Baki dan Naffi Mat ( 2009: 39 ), dapat diklasifikasikan mengikut tahap dari Bahasa Melayu Purba ( 2500 masihi ), Bahasa Melayu kuno ( abad ke-7 masihi ), Bahasa Melayu Klasik ( abad ke-12 masihi ), Bahasa Melayu Peralihan dan Bahasa Melayu Baharu ( abad ke-19 ). Manakala menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 26 ), perkembangan Bahasa Melayu dapat dirungkai berdasarkan perkembanagan zaman, iaitu purba, kuno dan klasik tetapi adalah lebih mudah difahami sekiranya berfokuskan tahun perkembangannya bagi meneliti isu-isu yang dibangkitkan sepanjang perkembangan bahasa tersebut, iaitu tahun 1950 hingga 1960, 1970 hingga 1980 dan 1990 hingga 2000 bersesuaian dengan perkembagan ilmu semasa selepas Jawatankuasa Pelajaran Razak ( 1956 ) menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan negara ini yang turut disokong oleh Awang Sariyan ( 2002 ). 4.1 Perkembangan Bahasa Melayu tahun 1950 hingga 1960 4.1.1 Penstandardan Bahasa Melayu Konsep bahasa Melayu standard merujuk kepada bahasa yang dianggap baik dan dijadikan norma penggunaan dan pengajian di sekolah-sekolah. Proses penstandardan bahasa Melayu mengalami proses yang hebat apabila bertembung dengan bahasa asing seperti bahasa Arab. Sistem Kongres telah disiapkan oleh ASAS 50 dan diserahkan kepada Kerajaan pada tahun 1956. Pada tahun 1959, persetujuan persahabatan antara Malaysia dengan Indonesia telah ditandatangani. Hasil daripada perjanjian ini, suatu sistem ejaan baru iaitu Sistem Ejaan Malindo telah dilahirkan. Sistem Malindo tidak dilaksanakan. Malah, sistem ini telah dikaji semula dan tercipta suatu ejaan iaitu Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia. Pada tahun 1952, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I telah diadakan dan merupakan titik permulaan ke arah perancangan Bahasa Melayu. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III mengusahakan penstandardan untuk memperkembang Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Sistem Pelajaran Kebangsaan. Namun, timbul permasalahan apabila sukar untuk mengesan konsep standard bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu standard, yang paling penting ialah dalam menentukan bentuk sebutannya, tatabahasa, dan perbendaharaan kata. Dari aspek pembakuan bahasa Melayu, konsep-konsep seperti “Bahasa Melayu Tinggi” atau “bahasa Surat” atau bahasa Sekolah telah digunakan. Pada tahun lima puluhan, perkara bahasa Melayu standard telah dihuraikan secara khusus oleh golongan yang berusaha secara langsung mengembangkan Bahasa Melayu. Selepas mencapai kemerdekaan, ejaan Rumi telah diterima rasmi oleh Kerajaan Semenanjung Tanah Melayu. Dalam aspek penulisan Bahasa Melayu, usaha-usaha untuk merubahnya adalah dari 29
  • 30. aspek penyempurnaan dan penyatuan Bahasa Malayu dengan Bahasa Indonesia dan mempengaruhi aspek perkembangan bunyi-bunyi bahasa. Walaupun dalam ejaan yang bersifat fonemik dibuat abstraksi dari bunyi, namun, pembacaan berlaku lagi pernyuaraan. 4.1.1.1 Konsep bahasa Melayu standard Sebelum merdeka Konsep bahasa Melayu standard dapat diselaraskan untuk mewujudkan satu norma yang melampaui batas-batas dialek kedaerahan berdasarkan pertuturan orang-orang Melayu di Tanah Melayu sahaja. Dalam pada itu, usaha untuk mewujudkan satu norma yang boleh menyelaraskan bahasa Melayu Malaysia dengan bahasa Melayu Indonesia. (Raja Mukhtaruddin & Raja Mohd. Dain, 1992) Seorang ahli bahasa yang terkenal iaitu Za‟ba telah membezakan bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang Melayu dengan bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang bukan Melayu. Sebagai contohnya, orang Jawa, Boyan, Minangkabau dan Rawa. Za‟ba telah membandingkan bahasa Melayu orang Melayu kepada dua iaitu gaya cakap mulut dan gaya surat. Gaya bahasa mulut merujuk kepada penggunaan bahasa dalam aspek perbualan yang melibatkan susunan ayat-ayat ringkas dan menggunakan pelbagai singkatan dalam pertuturan. Gaya bahasa surat pula ialah pemakaian bahasa dalam karangan bersurat sahaja. Susunan adalah lebih lanjut dan lebih lengkap berbanding bahasa mulut. Selepas Merdeka Selepas kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III telah memupuk usaha yang beterusan dalam penstandardan bahasa Melayu. Dalam hal ini, kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Sistem Pelajaran Kebangsaan, menubuhkan Maktab Perguruan Bahasa, dan menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka. Perjanjian Persahabatan antara Semenanjung Malaysia dan Indonesia telah termenterai. Perjanjian ini bertujuan untuk menyatukan kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Ahli linguistik juga telah memberikan pelbagai sumbangan dalam penulisan tentang bahasa Melayu. 4.1.1.2 Kesan Konsep Bahasa Melayu Standard terhadap perkembangan bahasa Melayu Radio dan Televisyen Malaysia dari segi sebutan standard Melayu menentukan bentuknya dengan mengadankan rundingan dari semasa ke semasa dengan ahli bahasa dari Universiti di Semenanjung Malaysia. Sebagai contohnya, pihak Radio dan Televisyen Malaysia mengadakan perjumpaan untuk menentukan sebutan beberapa bunyi [r] di hujung perkataan. Dari segi perkembangan, adalah sukar untuk menentukan keseragaman bahasa Melayu. Sebagai contohnya, Radio Republik Indonesia dan Televisyen Malaysia masing-masing mempunyai bentuk sebutan mereka tersendiri yang dituturkan hanya oleh juruhebah mereka. Masyarakat di luar pada umumnya menuturkan sebutan mereka sendiri. 30
  • 31. Kesan konsep bahasa Melayu standard dalam rangka penyatuan bahasa Malaysia dengan bahasa Indonesia dilaksanakan melalui sistem ejaan dan peristilahan. Perkara-perkara yang berkaitan dengan tatabahasa dan sebutan tidak disentuh. Tatabahasa Asmah dan Za‟ba masih digunakan kerana bahasa Melayu tidak banyak berubah dari segi tatabahasanya dalam tempoh lima puluh tahun belakangan ini. Yang jelas perubahan yang berlaku hanya dari perbendaharaan kata. Tatabahasa Za‟ba menjadi panduan utama apabila penulisan tatabahasa baru dilakukan. 4.1.1.3 Tatabahasa Bahasa Melayu Standard Dalam usaha mengembangkan bahasa Melayu. Pelbagai tatabahasa baru telah diperkenalkan. Tatabahasa dan perbendaharaan kata baru telah dibentuk agar masyarakat dapat mengaplikasikannya dalam petuturan seharian mereka. Namun, hal ini telah menimbulkan masalah konsep seperti tatabahasa tradisional dan tatabahasa moden. Masalah kekacauan dalam penggunaan bahasa Melayu telah berlaku. Pengkaji atau pengajar bahasa mudah terpengaruh bahawa apa yang ada pada masa sebelum timbulnya konsep itu adalah tradisional dan apa yang timbul selepas wujudnya konsep itu ialah harus baru dan dianggap moden. Dalam hal ini, kita melihat kepada aspek perbandingan antara dua pihak iaitu antara tatabahasa Za‟ba dan Asmah Haji Omar. Za‟ba telah menulis tatabahasa lebih awal tanpa melibatkan penggunaan teori, teknik atau prinsip linguistik. Tatabahasa Za‟ba ini dianggap bersifat tradisional. Manakala, Asmah Haji Omar telah menggunakan pendekatan baru dalam penulisannya. Pendekatan Asmah Haji Omar yang baru ini dianggap moden. Rakyat belum bersedia menggunakan pendekatan baru ini. Akibatnya, Pedekatan ini tidak dapat dilaksanakan. Hal ini bermakna bahasa Melayu harus selaras dengan norma masyarakat agar bentuk dan struktur tatabahasa dapat diterima oleh masyarakat. Seiring dengan peredaran zaman, bahasa Melayu juga berkembang dari satu tahap ke satu tahap sehingga berlaku pemodenan dalam bahasa Melayu. Pertambahan leksis melalui proses peristilahan telah meninggalkan kesan pada perkembangan bahasa Melayu. Konsep tersebut dikaji dari aspek bunyi dan morfologi bahasa Melayu. Kemasukan kata bahasa asing telah membawa bersama-sama unsur bunyi bahasa asing. Sebagai contohnya, kemasukan perkataan Arab telah membawa masuk bunyi bahasa Arab. Dalam hal ini, kita melihat kepada aspek ejaan. Pengejaan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab dieja dengan ejaan Rumi dengan menyesuaikan bunyi Arab itu atau menggantikannya dengan bunyi bahasa Melayu yang terdekat sekali. Dari aspek morfologi, kemasukan kata Arab telah membawa masuk akhiran [ah]. Akhiran [ah] ini menunjukkan jenis kelamin dan perkataan-perkataan seperti [muslimin] dan [mslimah]. Kata tersebut telah dibawa masuk dalam bahasa Melayu sebagai kata yang tersendiri. Istilah yang baru dicipta perlu ada unsur morfologi Melayu. Huraian serta komen daripada ahli bahasa perlu diteliti tentang unsure baru morfologi bahasa Melayu. Perubahan telah berlaku melalui pertambahan leksisnya. Perubahan ini ditinjau dari aspek pertambahan perkataa baru, masuknya morfem-morfem terikat asing, dan penggunaaan morfem terikat bahasa Melayu dalam menerbitkan perkataan-perkataan baru. 31
  • 32. Dari aspek fonologi Melayu, pengaruh Islam telah meninggalkan kesan pada fonologi Melayu iaitu bertambahnya bunyi konsonan. Tiada penambahan dalam vokal akibat pertambahan leksis kepada perbendaharaan kata bahasa Melayu. Konsonan-konsonan yang masuk ke dalam bahasa Melayu itu yakni selain daripada yang datang daripada bahasa Arab yang datang dari bahasa Arab adalah jenis konsonan biasa iaitu [v]. 4.1.2 Peranan Bahasa Melayu di Malaysia Bahasa Melayu mempunyai status dan fungsi yang pelbagai di Malaysia. Masyarakat memang sentiasa memberi taraf tertentu kepada sesuatu bahasa (Abdullah Hassan, 1996). Bagi orang Melayu, bahasa Melayu ialah bahasa pertama atau bahasa ibunda mereka. Bagi orang bukan Melayu, bahasa Melayu menjadi berperanan sebagai bahasa kedua. Bahasa Melayu wajib dikuasai oleh rakyat Malaysia kerana ia merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan dan pentadbiran di Negara kita. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa formal. Semua lapisan masyarakat kita menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi atau formal. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa utama dalam bidang pendidikan dan pentadbiran. 4.1.2.1 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa. Semua kaum mempunyai budaya yang tersendiri. Kepelbagaian ini kalau tidak ditangani dengan berhati-hati akan menimbulkan pelbagai permasalahan. Kita tidak ingin peristiwa hitam 13 Mei 1969 berulang kembali. Oleh sebab itu, kita memerlukan satu mekanisme untuk penyatuan untuk mengeratkan hubungan kekitaan seluruh rakyat Malaysia. Bahasa Melayu yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan telah menjadi bahasa penyatu rakyat Malaysia. (Zulkifley. Ramli Md. Salleh & Rahim Aman, 2007) Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan yang menyebut bahawa “Bahasa Kebangsaan Negara ini ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang Parlimen. Manakala pada tahun 1967, bahasa Malaysia telah menjadi bahasa rasmi tunggal bagi Negara Malaysia. Bagi meningkatkan kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah yang dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus bahasa Melayu. Perancang korpus ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan perancangan korpus bahasa dengan menyusun panduan ejaan, kamus, tatabahasa, tanda-tanda bacaan, surat kiriman, dan peristilahan. 4.1.2.2 Penggunaan Bahasa Melayu dalam bidang Pendidikan 32
  • 33. Selepas merdeka, pihak Kerajaan telah merancangkan pembinaannya dengan tujuan supaya bahasa Melayu berkembang dan maju perananya yang utama sebagai asas kebudayaan masyarakat. Bahasa Melayu digunakan secara rasmi dalam sistem pelajaran Negara. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi meluaskan penggunaan dan penguasaan Bahasa Melayu oleh masyarakat yang masih belum tahu berbahasa Melayu. Dalam Laporan Razak telah memberikan penegasan dalam mengutamakan bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuan. Namun demikian, pada keseluruhannya bahasa Melayu gagal dalam melaksanakan pengajaran bahasa Melayu. Kegagalan ini dilihat dari semua aspek penguasaan bahasa seperti sebutan, ejaan, imbuhan, ayat, kata, intonasi dan peribahasa (Abdullah Hassan, 1996). Dalam pada itu, usaha giat dijalankan untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa Melayu moden. Sistem persekolahan aliran kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah dalam aliran jenis Kebangsaan wajib dalam pengajaran bahasa Melayu. Dasar Pelajaran Kebangsaan, mencadangkan agar tulisan Rumi digunakan dengan syarat persediaan dibuat untuk pelajaran tulisan Jawi dalam kalangan muridmurid. Menurut Laporan Razak, bahasa Melayu harus diajar disemua sekolah dan menjadi syarat utama bagi sesebuah sekolah memperoleh bantuan Kerajaan. Selain itu, Dasar Pelajaran Kebangsaan mencadangkan penubuhan Maktab Perguruan Bahasa yang mempunyai dua peranan iaitu melatih guru mengajarkan Bahasa Melayu dan menjalankan penyelidikan terhadap bahasa Melayu. Laporan Razak telah menyokong penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah mencadangkan perkara-perkara seperti berikut: (i) Kelulusan bahasa Melayu diperlukan untuk memasuki perkhidmatan awam. (ii) Bahasa Melayu patut menjadi faktor yang dipertimbangkan dalam pemilihan kanak-kanak ke sekolah menengah dan diwajibkan dalam semua peperiksaan yang diawasi kerajaan. (iii) Bahasa Melayu boleh dijadikan syarat kelulusan yang penting bagi calon yang memohon biasiswa kerajaan. (iv) Bonus akan diberi kepada pegawai Kerajaan yang lulus peperiksaan Bahasa Melayu. (v) Bantuan kerajaan dalam mempelajari Bahasa Melayu akan diberi apabila cukup alatan mengajar di sekolah itu. (vi) Bahasa Melayu boleh diwajibkan dalam sebahagian daripada kursus latihan guru dan peperiksaan. 4.1.2.3 Pembinaan Sekolah Menengah Melayu Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu, pembinaan sekolah Menengah Melayu dipergiatkan. Sekolah-sekolah ini telah dibina pada awal abad ke-60an. Sekolah Menengah Melayu yang mula-mula sekali siap dibina pada tahun 1963. Pertambahan sekolah Melayu bertambah agak pesat. Sekolah Menengah Melayu berjumlah 363 buah pada akhir tahun 1974. Antaranya ialah Sekolah Sultan Abdul Halim Jitra, Sekolah Tun Fatimah Melaka, dan lain-lain. 33
  • 34. Berdasarkan jadual ini, perkembangan sekolah tidak berkadar terus dengan tahun. Kemerosotan bilangan sekolah ini jelas terdapat pada tahun 1966, 1967, 1968, 1969, dan 1970. Antara sebab kemerosotan bilangan sekolah ini adalah disebabkan Sekolah Menengah Melayu pada mulanya menumpang di sekolah Inggeris. Apabila bangunan barunya dibina, sekolah yang menumpang ini akan ditutup. Bukan itu sahaja, malah Sekolah Menengah Melayu yang kecil-kecil telah disatukan. 4.1.2.4 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai pengantar dalam sistem pendidikan Negara dan menjadi alat utama perpaduan kaum. Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960 mencadangkan semua sekolah rendah aliran jenis kebangsaan yang berbahasa pengantar Inggeris dijadikan sekolah Kebangsaan, namun pelaksanaan bermula pada tahun 1968. 1 ASAL USUL BAHASA MELAYU Apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusurgaluri asal usul bangsa Melayu. Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini. Sebagai perbandingan, kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti yang berikut ini. 1.1.1 Berasal dari Asia Tengah R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini (lihat peta pada Lampiran 1). J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuhtumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik (lihat peta pada Lampiran 1). Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia. W. Marsden pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. 34
  • 35. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental. Di samping keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India. J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba. Seorang ahli filologi bernama A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea. J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan. Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia. G.K. Nieman dan R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkan adat resam dan bahasa mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu. Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga menyokong pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia. Asmah Haji Omar membuat huraian yang lebih terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru. 35
  • 36. SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 1.0 PENGENALAN Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata “Melayu”. Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli sejarah. Apa yang dapat dilakukan ialah meneliti beberapa bukti yang dapat dikaitkan dengan kata Melayu, iaitu catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi. Ada juga yang berpandangan bahawa kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera yang diberikan namanya berdasarkan sebatang sungai bernama Sungai Melayu. Satu catatan orang Cina ialah seorang sami Buddha yang bernama I-Tsing menggunakan perkataan tersebut apabila menceritakan tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi. Dalam bahasa Jawa Kuno pula, perkataan “Mlayu” bermaksud berlari atau mengembara. Ini dapat dikaitkan dengan kedatangan Indo-Melayu (Austronesia) yang dikatakan bergerak dari Yunan ke Tanah Melayu. Istilah Melayu dapat dilihat dari dua segi, iaitu pengertian yang sempit dan pengertian yang luas (Asmah,1985:37). Bagi pengertian pertama, istilah ini merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di semenanjung Tanah Melayu dan kawasan tradisional yang disebut sebagai gugusan pulau-pulau Melayu, yakni pulau-pulau yang meliputi Indonesia hari ini. Pada tahun 1972, pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera dan beberapa tempat lagi yang berdekatan. Bahasa yang digunakan oleh penduduk di kawasan ini ialah Bahasa Melayu. Bahasa ini menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia, manakala di Indonesia dikenal pula sebagai Bahasa Indonesia yang merupakan bahasa kebangsaan di negara itu juga. 1.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU Beberapa orang sarjana bahasa Barat telah membuat penyelidikan tentang bahasa-bahasa yang tersebar di kepulauan Melayu dengan membandingkan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Antara pengkaji yang terkenal termasuklah R.H. Geldern, J.H.C. Kern, Wilhem Von Humboldt, Van Der Tuuk, Otto Demwolff, P.W. Schmidt, Brandstetter, William Marsden dan lain-lain. Sarjana tempatan yang turut memberi sumbangan terhadap usaha ini ialah Asmah Haji Omar, Amat Juhari Moain, Harun Aminurrashid, Ismail Hussien dan lain-lain. Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan Melayu). Ini berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh para pengkaji, iaitu R.H. Geldern, iaitu seorang ahli pengkaji prasejarah yang mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah berdasarkan kajian yang dibuat terhadap kapak tua (beliung batu) yang ditemui. Kapak tua tersebut ditemui di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Hwang, Salween dan Yangtze yang didapati serupa dengan kapak tua yang ada di kawasan Nusantara. Beliau menyimpulkan bahawa kapak tua di Nusantara itu dibawa oleh masyarakat dari Asia Tengah bersama-sama dengan bahasanya sekali. 36
  • 37. Pengkaji seterusnya ialah J.H.C. Kern, seorang ahli filologi Belanda juga mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Asia Tengah berdasarkan persamaan beberapa perkataan. Beliau mendapati ada beberapa perkataan yang terdapat di kepulauan Nusantara itu terdapat juga di Madagaskar, Taiwan, beberapa pulau di kepulauan Pasifik dan di Filipina. Beliau juga mendapati bahawa perkataan yang digunakan berasal daripada induk yang sama, iaitu Asia. Selain dua tokoh tersebut, William Marsden yang membuat kajian terhadap Bahasa Melayu mendapati Bahasa Melayu dan bahasa Polinesia itu merupakan bahasa serumpun. Pendapat yang kedua mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Nusantara yang bermaksud Bahasa Melayu itu bermula dari Nusantara. Dalam kajian ini, istilah filum digunakan bagi menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, Bahasa Melayu didapati tergolong dalam filum bahasabahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun utama: Bahasa Austroasia, Tibet-China dan Austronesia (Rajah 1.1). Rajah 1.1: Pembahagian Filum Austris 1.1.1 Keluarga Bahasa-Bahasa Austronesia Perkataan Austronesia merupakan gabungan dua perkataan, iaituaustro dan nesos. Perkataan w berasal daripada bahasa Latin, yang bermaksud selatan; manakala perkataan nesos berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud pulau. Oleh itu, istilahaustronesia membawa pengertian “pulau-pulau selatan”(Asmah,1985:35). Istilah ini diperkenalkan oleh P.W. Schmidt, manakala istilah Malayo-Polenesia digunakan oleh Wilhem von Humboldt, ahli bahasa yang telah mengkaji aspek keserumpunan bahasa antara Bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa di daerah Polinesia. Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong dalam satu filum Bahasa Austris bersamasama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet–China. Istilah rumpun digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang mempunyai tempoh masa antara 2,500 – 5,000 tahun. Rumpun Bahasa Austronesia terbahagi kepada empat rumpun, iaitu bahasa-bahasa di kepulauan Melayu (Nusantara), bahasa-bahasa Polinesia (bahasa-bahasa di Hawaii, Tonga dan New Zealand iaitu di kalangan bangsa Maori), Melanesia (bahasa-bahasa di Fiji, Irian dan New Caledonia), dan Mikronesia (bahasa-bahasa di kepuluan Gilbert, Carolina, Marshall dan Marianna) (Rajah 1.2). 37
  • 38. Rajah 1.2 : Pecahan Rumpun Bahasa Austronesia 1.1.2 Rumpun Bahasa Melayu Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga Nusantara di bawah rumpun Bahasa Austronesia. Asal-usul Bahasa Melayu adalah dari filum Austris. Filum Austris terpecah kepada tiga rumpun bahasa yang besar iaitu rumpun Austroasia dan rumpun Austronesia (dulu dikenali sebagai Malayo-Polinesia), dan rumpun Tibet-China. Rumpun Austronesia pula dipecahkan kepada empat keluarga, iaitu Indonesia (Nusantara), Melanesia, Mikronesia dan Polinesia (Rajah 1.2). Dalam keluarga bahasa Nusantara terdapat kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Namun begitu, bahasa-bahasa tersebut dikelaskan kepada golongan tertentu seperti golongan Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Muna-Butung, Gorontalo, Tomini, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi selatan, Bima-Sumba, Ambon-Timul, Sula-Bacon, dan Halmahera selatan-Irian Jaya. Bahasa Melayu tergolong ke dalam kumpulan bahasa Sumatera. Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur Bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun dalam dua gelombang pergerakan ke wilayah Asia Tenggara. Golongan pertama disebut Melayu Proto yang datang sejak tahun 2,500 sebelum Masihi. Tidak dijelaskan mengapa mereka berpindah. Mereka tinggal di kuala-kuala sungai dan pantai untuk memudahkan kerja-kerja mencari makan. Golongan kedua disebut Melayu Deutro yang datang kira-kira dalam tahun 1,500 sebelum Masihi. Perpindahan mereka juga tidak dapat dipastikan sebab-sebabnya. Melayu Deutro ini telah berpindah mengikut jalan dan laluan yang dilalui Melayu Proto. Apabila sampai di selatan mereka mendesak golongan pertama ke daerah pinggiran, ke hulu sungai, ke kawasan gunung atau ke tempat-tempat yang terpencil, manakala Melayu Deutro tinggal di kawasan tanah pamah, tanah rendah, lembah sungai dan di tepi laut. Selain daripada itu, terdapat teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Tanah Besar Asia Tenggara. Pendapat ini didukung oleh pengkaji-pengkaji Barat. H. Kern menyatakan bahawa penduduk di kepulauan Asia Tenggara berasal dari Assam, di bahagian timur negara India. Beliau membuat kesimpulan demikian lantaran terdapat persamaan-persamaan adat resam beberapa suku di Sumatera dan Borneo dengan suku-suku di Assam seperti suku Naga di India. Henry Yule pula berpendapat seperti J.R. Logan iaitu tentang wujudnya persamaan adat resam antara penduduk-penduduk di daratan Asia Tenggara dengan yang terdapat di kepulauan Melayu. Persamaan-persamaan ini menunjukkan bahawa mereka adalah daripada keturunan yang sama. Berdasarkan kajian-kajian ini boleh dikatakan bahawa penduduk-penduduk kepulauan Asia Tenggara hingga ke 38
  • 39. Lautan Teduh berasal dari tanah besar Asia Tenggara. Tetapi tidak dapat dipastikan dari mana. Ada yang mengatakan dari Yunan, di barat daya negeri China; dari Assam, India; dari Asia Tengah; dan ada juga yang mengatakan dari bahagian selatan tanah besar Asia Tenggara. Seorang lagi sarjana yang membuat kajian perbandingan bahasa ialah Mees. Beliau membuat kajian bertitik tolak daripada pembahagian oleh Schmidt dengan sedikit perubahan dan data yang lebih perinci. Menurut Mees lagi, bahasa dan dialek di Tanah Melayu tidak dapat tidak, mempunyai hubungan dengan bahasa yang digunakan di pantai Timur Sumatera, iaitu Bahasa Melayu. Malah, daerah Bahasa Melayu di luar Tanah Melayu merangkum kepulauan Riau, Palembang, Kampar, Jambi dan Medan. Bahasa Melayu-Sriwijaya memperlihatkan sisa-sisa tua daripada salah satu Bahasa Austronesia berdasarkan prasasti yang terdapat pada batu bersurat Talang Tuwo bertarikh 680 Masihi. Di bahagian utara pula, terdapat kelompok bahasa Aceh, bahasa Batak seperti Karo, Toba, Simalungan, dan Angkola-Mandiling, Nias, Mentawai, Minangkabau dan Lampung. Rajah 1.3: Keluarga Bahasa Melayu Istilah keluarga digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang kurang daripada 2,500 tahun. Berdasar Rajah 1.3, kita dapati bahawa keluarga Bahasa Melayu juga mempunyai pecahannya tersendiri. Kumpulan Bahasa Melayu Johor mempunyai induknya yang bermula daripada Bahasa Melayu Johor kemudian Bahasa Melayu Tengah sebelum ke Bahasa Melayu induk yang dikatakan berasal daripada Bahasa Melayu Proto yang juga merupakan kumpulan Bahasa Austronesia. Daripada keluarga Indonesia (Nusantara), Bahasa Melayu terpecah kepada 16 subkeluarga atau bahasa, iaitu Bahasa Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Gorontalo, Tomini, Toraja, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi 39
  • 40. Selatan, Muna-Butung, Bima-Sumba, Ambon-Timur, Sula-Bacon, Halmahera Selatan-Irian Jaya. Dalam subkeluarga Sumatera termasuk Bahasa Aceh, Batak, Minangkabau, Melayu, Nias, Lampung, dan orang Laut. Osman Omar (1961:3) mengatakan bahawa percabangan Bahasa Indonesia begitu tersebar luas kerana dikembangkan oleh suku bangsa yang seketurunan dengan bangsa Melayu dan penyebaran ini terjadi disebabkan sifat semula jadi bangsa Melayu sendiri sebagai ahli pelayaran dan perantau yang masyhur. Ciri-ciri pelaut dan perantau bangsa Melayu ini mengakibatkan berlakunya dua pertembungan penting pada induk Bahasa Indonesia menjadi berbagai-bagai bahasa lain. Menurut Asmah (1985) kawasan penyebaran bahasa-bahasa Indonesia dianggap sebagai pusat keseluruhan kawasan Austronesia atas beberapa sebab. Antara lain, keluarga bahasa ini melebihi mana-mana keluarga bahasa dari segi bentuk-bentuk bahasanya. Malah daripada keluarga bahasa inilah terdapatnya Bahasa Melayu, iaitu bahasa yang pesat perkembangannya sehingga dijadikan bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Malah kerajaan yang memerintah alam nusantara semuanya terdapat di kawasan Indonesia, misalnya Kerajaan Sriwijaya-Melaka dan kerajaan Melayu-Johor. Hal ini diperjelaskan oleh Ismail Hussien (1948:5) yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu hanyalah merupakan satu daripada lebih kurang 200 bahasa dalam kepulauan Melayu. Oleh sebab bentuknya yang amat sederhana dan kemungkinan menerima unsur asing dan sifatnya yang dapat dilentur buat memenuhi keperluan semasa, maka jadilah Bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang terpenting dalam sejarah bahasa-bahasa di kepulauan Melayu. Ahli bahasa membahagikan perkembangan Bahasa Melayu kepada beberapa tahap, iaitu: i) Bahasa Melayu Kuno ii) Bahasa Melayu Klasik iii) Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang besar jumlahnya dibandingkan dengan bahasa lain seperti Bahasa Jawa atau Bahasa Tagalog. Bahasa Melayu Purba dikatakan wujud pada zaman prasejarah namun tidak ada bukti yang bertulis pada masa itu. Perbincangan dalam modul ini lebih tertumpu kepada perkembangan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Klasik yang menjadi asas kepada perkembangan Bahasa Melayu Moden. Dicatat oleh Din Senu 40
  • 41. Pengenalan Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang terkenal dan tersohor di Asia Tenggara. Pengangkatan martabat bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi malahan bahasa pengantar dalam pendidikan menunjukkan betapa gagah perkasanya bahasa ini. Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepqat, lengkap, tuntas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal. Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hokum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis. Tatabahasa dahulunya dikenali sebagai nahu. Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara rin gkas menyatakan tatabahasa ialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa yang betul bagi sesuatu bahasa tertentu. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai peraturan-peraturan tersendiri untuk membentuk kata, frasa dan ayat. Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah (2008) pula mendefinisikantatabahasa sebagai susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa. Menurut Siri Hajar (1996), tatabahasa diertikan sebagai peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat gramatis. Dengan perkataan lain, tatabahasa laiah retetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsureunsur ucapan menurut fungsinya. 41
  • 42. Sebagai kesimpulannya, tatabahasa ialah sistem atau peraturan ataupun undangundang sesuatu bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu. Peraturan atau hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumus-rumus baru yang dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu sifastnya dinamik, hidup dan berkembang bersama-sama dengan masyarakat penuturnya. Terdapat 12 kategori tatabahasa yang diperkenalkan oleh pakar-pakar bahasa. Hanya 4 kategori tatabahasa yang akan kami huraikan. Antaranya ialah tatabahasa transformasi generatif, tatabahasa tradisional, tatabahasa structural dan tatabahasa fungsional. TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF Pengenalan Tatabahasa Transformasi Generatif mula diperkenalkan dalam bidang linguistik pada tahun 1957 oleh Avram Noah Chomsky. Beliau ialah seorang ahli linguistik , pendidik , aktivis politik dan penulis Amerika Syarikat yang prolifik. Beliau dilahir dan dibesarkan di Philadelphia, Pennsylvania. Beliau menamatkan ijazah pertamanya pada tahun 1945 dan pengajian sarjananya pada tahun 1955 di Universiti Pennsylvania. Chomsky telah mencipta dan memperkenalkan satu bidang linguistik baharu yang diberi nama tatabahasa generatif berdasarkan teori yang beliau usahakan sepanjang tahun 1950- an. Beliau telah menerbitkan teori yang dipanggil tatabahasa tranformasi generatif dalam bukunya yang bertajuk Syntactic Structures (1975) dan Aspects of the Theory of Syntax (1965) iaitu buku yang telah menghuraikan nahu tranformasi dengan eksplisit dan formal. Teori ini terkenal kerana kelainan yang ditonjolkan iaitu penggunaan rumus semacam rumus matematik. Tatabahasa Transformasi Generatif mendapat sambutan dan popular dalam kalangan para linguistik antarabangsa termasuklah pakar-pakar bahasa di Malaysia. Pengaruh terhadap tatabahasa Transformasi Generatif ini bukan hanya setakat di Amerika sahaja malah telah menular ke negara-negara Eropah dan juga ke Asia Tenggara khususnya Malaysia. Antara tokoh-tokoh bahasa Melayu yang sealiran dan seangkatan dengan tatabahasa ini ialah Lutfi Abas melalui bukunya iaitu Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu yang ditulisnya pada tahun 1971 , Abdullah Hassan melalui bukunya iaitu Linguistik Am tahun 1980 , Nik Safiah Karim melalui buku Tatabahasa Dewan (1991) dan Bahasa Malaysia Syntax (1978) dan beberapa orang lagi ahli bahasa Transformasi Generatif Melayu. Tatabahasa Transformasi Generatif (TG) merupakan satu aliran mazhab pengkajian bahasa. TG memberi tumpuan terhadap bidang sintaksis serta 42
  • 43. mengutamakan bidang semantik. Dasar utama teori ini ialah dengan menganggap bahawa setiap ayat yang dihasilkan sebenarnya mengandungi dua peringkat. Peringkat-peringkat tersebut ialah struktur dalaman dan struktur permukaan. Struktur dalaman ialah struktur yang mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat atau membentuk semantik ayat. Struktur permukaan ialah struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan daripada struktur dalamannya. Ia juga merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa atau komponen fonologi. Menurut Nik Safiah Karim (1993), teori TG mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. Keduadua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Rumus-rumus tersebut ialah Rumus Struktur Frasa (RSF) dan Rumus Transformasi. RSF akan membentuk ayat pada struktur dalaman manakala Rumus Transformasi akan menerbitkan ayat pada peringkat permukaan. Ayat-ayat yang terhasil daripada keduadua bentuk tersebut biasanya tidak mempunyai persamaan. Ayat yang terhasil daripada struktur dalaman akan menjadi input kepada pembentukan ayat pada peringkat permukaan. Teori ini juga mengandaikan bahawa kedua-dua jenis rumus tatabahasa ini menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu. Menurut Chomsky (1965), nahu terdiri daripada set rumus untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya. Nahu ini menganalisis bahasa berdasarkan himpunan-himpunan tulisan dan bertujuan untuk memudahkan seseorang yang mempelajari sesuatu bahasa itu dapat membentuk ayat-ayat baharu dan memahami pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarinya. TG juga dinyatakan bahawa nahu dibahagikan kepada tiga komponen iaitu sintaksis, semantik dan fonologi. Menurut Hashim Haji Musa (1993), komponen nahu mengikut aliran TG mengandungi lima komponen iaitu komponen leksikon, komponen kategori atau struktur frasa, komponen transformasi, komponen fonologi dan komponen semantik. Komponen leksikon dan komponen struktur frasa sekaligus membentuk komponen dasar dan bergabung dengan komponen transformasi untuk membentuk komponen sintaksis. Rumusan Kemunculan Tatabahasa Transformasi Generatif yang diasaskan oleh Chomsky memberi impak kepada arus perkembangan tatabahasa sejagat. Aliran tersebut telah memberi satu dimensi baru dalam suatu kesatuan tatabahasa dunia. Teori ini telah mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh aliran-aliran tatabahasa sebelumnya. Pendekatan tatabahasa transformasi generatif telah pun diterapkan ke dalam 43
  • 44. pengajaran bahasa Melayu di Malaysia. Penerapan ini dilakukan dengan beberapa pengubahsuaian dengan kehendak dan kriteria bahasa Melayu. Tokoh-tokoh bahasa di Malaysia seperti Nik Safiah Karim, Arbak Othman, Asmah Hj Omar dan Hashim Hj Musa telah menggunakan pendekatan Tatabahasa Transformasi Generatif dalam penulisan buku teks dan pengajaran bahasa Melayu di peringkat universiti. Kemunculan Tatabahasa Transformasi Generatif telah mempengaruhi senario penyelidikan bahasa dan merancakkan lagi perkembangan tatabahasa Melayu di Malaysia. TATABAHASA TRADISIONAL Pengenalan Tatabahasa Tradisional merupakan nahu tertua di antara jenis-jenis aliran linguistik. Nahu ini mementingkan peraturan preskriptif yang mesti dipatuhi dan dituruti. Dalam erti kata lain, menurut nahu ini, undang-undang atau tatabahasa telah disediakan dan penggunaan bahasa mestilah berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Ini bermaksud nahu seperti begini akan mewujudkan satu bentuk bahasa yang betul dan tepat sepanjang masa. Teori Tatabahasa Tradisional mengutamakan bahasa tulisan. Kemahiran menulis lebih penting daripada kemahiran lisan yang merangkumi latihan terjemahan daripada bahasa asaran kepada bahasa ibunda ataupun dikenali sebagai bahasa pertama. Ini kerana bahasa adalah bersifat sejagat. Pengajaran tatabahasa ini lebih berkonsepkan secara deduktif. Penghafalan hukum tatabahasa yang diajarkan secara deduktif dan diaplikasikan ke dalam penulisan. Terdapat juga kekecualian daripada hukum-hukum biasa kerana setiap hukum tidak dapat elak daripada kekecualian. Kesilapan ini menjadikan masalah kepada murid dan ianya perlu diberikan perhatian. PELOPOR TATABAHASA TRADISIONAL Tatabahasa tradisional di India telah bermula lebih awal daripada yang diketahui berlaku di Yunani iaitu seawal 300 SM yang dipelopori oleh Panini.Teori Tatabahasa Tradisional oleh Panini telah mendefinisikan tatabahasa tradisional sebagai ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara. IDEA ASAS PANINI Pengetahuan linguitik tatabahasa di India berasaskan daripada kajian yang dibuat tentang bahasa Sanskrit iaitu bahasa yang dianggap suci dan digunakan dalam RigVeda. Tatabahasa Sanskrit ciptaan Panini mengemukakan rencana bahasa yang lengkap serta teliti yang tidak hanya bersandarkan kepada teori falsafah tetapi 44
  • 45. berdasarkan penelitian dan pemerhatian secara deskriptif. Selain itu, ciri nahu teori ini mementingkan bahasa tulisan. Dalam hubungan ini, semua bahasa mempunyai peraturan yang sama dengan bahasa Yunani. Lalu bahasa Yunani bertapak kepada tatabahasa Inggeris yang amat mengutamakan makna bagi sesuatu unit nahu itu. Di samping itu semua penutur diwajibkan mematuhi peraturan dan kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan. Konsep teori ini diikuti oleh huraian. pengajarannya lebih banyak tertumpu pada pengajaran nahu terjemahan. Penghasilan tatabahasa tradisional pula bersifat anggapan yang merupakan kajian yang berdasarkan kepercayaan atau tanggapan. Keistimewaan tatabahasa ini terletak pada caranya dikaji, dihurai dan disusun berdasarkan pemerhatian yang halus. KEPENTINGAN TEORI YANG DIPELOPORI Kajian Panini yang mengandungi lebih kurang seribu makalah yang memperlihat gejala perkembangan ilmu linguistik struktural oleh orang Hindu. Tatabahasa tradisional atau Sanskrit ini dijadikan pedoman memajukan ilmu linguistik di Eropah yang membuka jalan kepada ilmu perbandingan bahasa. Tatabahasa dan tatabunyi yang dinyatakan oleh Panini memperlihatkan cara-cara menganalisis bentuk-bentuk bahasa yang memperlihatkan kesamaan tertentu di antara bahasa-bahasa yang berhubungan kepada penemuan linguistik perbandingan. Teori ini seterusnya diperkembangkan oleh Plato yang telah mendefinisikan ayat sebagai rentetan kata yang mempunyai pemikiran yang lengkap iaitu „Logos‟. Rentetan sejarah perkembangan Tatabahasa Tradisional Panini ( Zaman India 2- 200 SM) Plato, Aristotles ( Zaman Yunani-300 SM ) Priscian ( Zaman Romawi- 500 SM ) Al-Khalil, Al-Masri ( Zaman Renaissance ) Jason Grimm ( Zaman Perbandingan ) Linguistik moden Ferdinand de Saussure ( Abad ke-19 dan 20 ) TATABAHASA STRUKTURAL 45
  • 46. Definisi Tatabahasa Struktural Tatabahasa Struktural mempunyai konsep yang berupa penghuraian (description). Oleh itu, aliran Tatabahasa Struktural menekankan bahawa tatabahasa: “….. is concerned with the observable forms, structural functions and inter- relations of the components of sentences of stretches of utterance” ( Robins, 1971). Dalam Bahasa Melayu ianya bermaksud “…. merangkumi bentuk –bentuk maujud, fungsi struktural dan hubungan saling perkaitan antara komponen-komponen ayat dalam rantaian pertuturan”. Tokoh- Tokoh Tatabahasa Struktural Dalam tahun-tahun empat puluhan dan lima puluhan , muncul tokoh-tokoh bahasa seperti Bloch, Haris, Wells dan Hocket yang membawa pengertian metadologi mereka. Aliran ini digelar Struktural, taxonomist dan Bloomfieldian. Tatabahasa Struktural dikait dengan era Linguistik Moden. Antara tokoh yang menjadi pengasas teori deskriptif ialah Ferdinand de Saussure. Ferdinand menjadi tersohor kerana hasil karyanya dibukukan oleh murid-muridnya yang mana buku tersebut dikenal dengan nama Course in general Lingistik. Sesungguhnya Ferdinand menyatakan bahasa mempunyai jirim dan bentuk. Dengan itu lahirlah Tatabahasa Struktural yang menekankan aspek sistem dan unsur-unsur huraian bahasa secara mendalam. Aliran Ferdinand berkembang dengan pelbagai mazhab antaranya ialah mazhab Geneva, Draha dan Glosematik. Sementara itu di Amerika, L. Bloomfield , Franz Boas dan Edward Sapir juga banyak menurut langkah Ferdinand. Seorang lagi ahli linguistik Amerika yang terkenal ialah Z.S Haris menjalankan kajian linguistik secara struktur. Usaha Haris jelas terpapar dalam buku berjudul Structural Linguistik (1951). Dalam bukunya itu, Haris didapati sangat mementingkan langkah-langkah dan kaedah yang patut dijalankan untuk mengkaji bahasa. Sementara itu tokoh Tatabahasa Struktural Melayu Era Tahun 1960-an ialah Asmah Hj. Omar (1968) -Morfologi- Sintaksis, Bahasa Melayu (Malaya) dan Bahasa Indonesia Satu Perbandingan Pola.” Asmah Hj. Omar dan Rama Subbiah (1968) - An Introduction to Malay Grammar. Asmah Hj. Omar (1970) - Bahasa Malaysia Kini: Satu Pengenalan Melalui Struktural (Buku 1-V) dan asraf (1971) - Mari Belajar Bahasa Kita. Hasilan Asmah Hj. Omar (1993). Nahu Melayu Mutakhir,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka dilihat berunsurkan aliran struktural. Hal ini jelas apabila beliau menyatakan kaedah yang digunakan berdasarkan teori sistematik-fungsional, dari aliran Linguistik London. Ini kerana asas linguistik Asmah berpangkal daripada Universiti of London di mana beliau mendapat Ijazah Kedoktoran pada tahun 1969. Pemerian beliau terhadap nahu secara secara bersistem. Maksudnya kajian Bahasa Melayu dihuraikan dari tingkat bawah iaitu morfem kepada tingkat yang paling atas iaitu ayat 46
  • 47. dari segi skala tatatingkat dalam nahu. Penghuraian beliau lebih cenderung kepada deskriptif iaitu mengkaji dan menghurai segala bentuk gejala bahasa sebagaimana ia wujud dan digunakan oleh penuturnya. Asmah Hj Omar juga banyak menerangkan secara terperinci aspek morfologi dan sintaksis secara mendalam. Fokus pengkajianTatabahasa Struktural ialah aspek penghuraian struktur bahasa. Struktur bahasa merupakan perkaitan antara fonem, sebagai unit bunyi, dengan fonem sebagai unit bahasa. Secara asasnya tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur tersendiri. Antara ciri-ciri Tatabahasa Struktural ialah: Bahasa ialah pertuturan bukan tulisan Bahasa ialah satu sistem Sistem bahasa ialah arbitari Bahasa adalah untuk perhubungan Aliran Struktural menekankan pertalian struktur tersendiri, maka kajian bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan kata-kata dalam struktur ayat. Pada peringkat sintaksis, aliran struktul memberi tumpuan kepada perkembangan elemen dalam ayat ataupun konstituenkonstituen dalam ayat. Hal ini merupakan analisis ayat yang memecahkan bahagianbahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan selanjutnya mengaitkan tiaptiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar. Cara pembahagian ini digelar analisis konstituen terdekat (Immediate Constituent Analysis).(Fries, 1957). Secara khususnya cirri-ciri Tatabahasa Struktural ialah Mementingkan bentuk atau struktur yang sebenarnya terdapat dalam sesuatu bahasa Tidak bertitik tolak daripada ciri-ciri semantik yang terkandung dalam sesuatu unsur tatabahasa Tidak ada tatabahasa universal atau tatabahasa sejagat Menghindari faktor berkaitan dengan psikologi, logika dan metafizik Kajian dibuat secara objektif dan saintifik dengan bukti yang tepat dan betul Rumusan 47
  • 48. Aliran strultural lebih menekan terhadap konsep struktur permukaan kerana dengan jelasnya ia berkaitan tingkah laku, bentuk dan struktur sesuatu bahasa. TATABAHASA FUNGSIONAL Pengenalan Tatabahasa Fungsional (Functional Grammar) sebenarnya adalah merupakan nama sekumpulan teori linguistik yang secara umum dapat digolongkan ke dalam linguistik fungsional (linguistic functionalism), termasuk di dalamnya functional discourse grammar yang dibangunkan oleh linguis Belanda Simon Dik dan systemic functional grammar yang dibangunkan oleh linguis Inggeris Michael A. K. Halliday. Di samping itu juga, pandangan Choamsky yang mendapat penambahbaikan dari Simon C.Dick (1978) telah mengembangkan tatabahasa fungsional. Tata bahasa ini didasarkan pada fungsi bahasa sebagai satu alat komunikasi. Dalam pada itu juga, tata bahasa ini tidak diakui sintaksis sebagai sistem yang otonom, melainkan sistem ini didasarkan pada semantik (Dick,1978). Tatabahasa fungsional adalah salah satu linguistik moden. Tatabahasa fungsionalnya juga merupakan instrumen simbolik yang digunakan untuk tujuan berkomunikasi. Pandangan tatabahasa fungsional mendasarkan bahawa struktur bahasa tidak akan difahami secara tidak baik apabila prinsip pragmatik diabaikan. Kajian sintaksis dan semantik dilihat sebagai satu dasar konvensyen pragmatik yang menentukan penggunaan bahasa sebagai interaksi verbal iaitu sintaksis membentuk kemampuan gramatikal untuk mengekspresi bahasa, sedangkan pragmatik berkemampuan menggunakan ekspresi bahasa secara sesuai demi mewujudkan kejayaan sesebuah komunikasi. Oleh kerana itu, tatabahasa fungsional melibatkan fungsi sintaksis, fungsi semantik dan fungsi pragmatik. Secara umumnya, tatabahasa fungsional (TBF) adalah teori yang berusaha menjelaskan susunan bahasa semulajadi dari segi fungsionalnya. Kerana itulah pengembangan teori ini memusatkan perhatiannya kepada tiga perkara yang saling berkaitan, iaitu (1) fungsi bahasa semulajadi, (2) fungsi hubungan yang terjadi pada pelbagai peringkat susunan tata bahasa, dan (3) sasaran yang ingin dicapai. Untuk merealisasikan perkara di atas, pembangunan teori-teori tata bahasa fungsional ini harus memenuhi tiga standard, iaitu: 1. Tipologis. Ertinya, peraturan dan prinsip-prinsip teori ini harus dapat diterapkan dalam mana-mana bahasa semulajadi. 2. Pragmatik. Ertinya, rumusan yang dikemukakan harus memberi pemahaman mengenai 48
  • 49. bagaimana ungkapan-ungkapan dapat digunakan secara efektif dalam interaksi komunikatif. 3. Psikologi. Ertinya, apa-apa yang dikemukakan oleh tata bahasa fungsional harus bersesuaian dengan perkara-perkara yang telah diketahui. Dalam pada itu juga, tatabahasa fungsional ada tiga tingkatan fungsi-fungsi yang menjadi perhatian, iaitu: 1. Fungsi Semantik (Pelaku [Agent], Pesakit [Patient], Penerima [Recipient], dsb.) Fungsi ini mendefinisikan peranan yang dimainkan oleh peserta dalam suatu peristiwa atau perbuatan sebagaimana ditunjukkan oleh predikat. 2. Fungsi Sintaksis (Subjek dan Objek). Fungsi ini mendefinisikan bagaimana sudut pandang suatu peristiwa atau perbuatan diwujudkan dalam bahasa-bahasa yang diungkapkan. 3. Fungsi Pragmatik (Tema dan Ekor [Tail], Topik dan Fokus). Fungsi ini mendefinisikan status maklumat yang diungkapkan dan menyambung ungkapan-ungkapan yang ada dalam perbincangan atau wacana yang sedang berlangsung itu. Interaksi verbal yang sedang berlangsung juga dapat digunakan sebagai alat analisis atas pelbagai aspek bahasa dan penggunaan bahasa, maka tatabahasa fungsional berupaya sekaligus dapat memaksimumkan tahap tipologis dan meminimakan peringkat abstraksi analisis linguistiknya. Usaha ini dilakukan dengan mengurangkan kadar abstraksi (aturan, cara kerja, atau prosedur), sehingga jarak antara struktur berdasarkan teori ini dapat disusun dan disempitkan. Sekatan abstraksi dilakukan dengan mengikut prinsip-prinsip berikut: 1. Mengelakkan transformasi (dalam erti operasi perubahan struktur); 2. Mengelakkan elemen-elemen kosong dalam struktur utama yang tidak mendapatkan ekspresi; 3. Menolak peranti penapis (filter devices); 4. Tidak melaksanakan penguraian leksikal yang abstrak (sebagai gantinya, hubungan semantik antara kata dilakukan melalui definisi makna.) Secara ringkas, formal grammar (atau umumnya disebut grammar sahaja) adalah seperangkat aturan yang mengatur pembentukan kata, frasa, atau ayat dalam suatu bahasa atau ilmu mengenai hal itu. Sementara functional grammar adalah model tatabahasa yang memasukkan unsur fungsi (pemakaian) yang kontektual dalam suatu rangkaian sistem-sistem yang disambungkan dalam menghasilkan makna. Dengan kata lain, tata bahasa atau tatabahasa formal hanya tertarik dengan susunan atau proses penyusunan bentuk kata, frasa, atau ayat, sedangkan, tatabahasa fungsional memusatkan perhatiannya pada bagaimana para pengguna bahasa memilih dan menggunakan bentuk atau susunan kata, frasa, atau ayat tertentu dalam 49
  • 50. menyampaikan makna yang mereka inginkan. Pilihan yang mereka gunakan itu sudah tentu tidak akan hanya mahal bentuknya saja, tetapi juga hal-hal kontekstual yang lain. Rujukan Abdullah Hassan.(2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Arbak Othman .(1984). Permulaan ilmu linguistik. Selangor: Penerbitan Sarjana Sdn.Bhd. Asmah Hj Omar.(2008). Nahu Melayu mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Hj Omar.(2008). Nahu kemas kini. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Hashim Haji Musa.(1993). Binaan dan fungsi perkataan dalam bahasa Melayu suatu huraian dari sudut transformasi generatif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Laman sesawang http://www.ifi.unizh.ch/CL/volk/syntaxVorl/Chomsky.html Laman sesawang http://jpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Microsoft%20Word%20%20CHOMSKY%20MERUPAKAN%20PELOPOR%20GERAKAN%20TATABAHASA% 20TRANSFORMASI%20GENERATIF.pdf Laman sesawanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tatabahasa_transformasi_generatif Laman sesawang http://www.scribd.com/doc/65446858/57/Perbezaan-antaraTatabahasa-Tradisional-dengan-Tatabahasa-Preskriptif Nik Safiah Karim.(1978). Bahasa Malaysia standardization. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. syntax some aspects of its Nik Safiah Karim.(1993). Tatabahasa dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2011).Tatabahasa dewan (edisi ketiga).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 50
  • 51. TG mendapat sambutan dan seterusnya menjadi popular di kalangan para linguis. Teori ini terkenal kerana kelainan yang diperlihatkan iaitu penggunaan rumus semacam rumus matematik. Teori Tatabahasa Transformasi Generatif mula diperkenalkan dalam bidang linguistik pada tahun 1957 oleh Noam Chomsky melalui buku beliau yang bertajuk Syantactic Structures. Tatabahasa Transformasi Generatif(TTG) Nahu ini menganalisis bahasa berdasarkan korpus-korpus dan bertujuaan untuk memudahkan seseorang yang mempelajari sesuatu bahasa itu dapat membentuk ayat-ayat baru dan memahami pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarnya. Menurut Chomsky (1965), nahu terdiri daripada seperangkat (set) rumus untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya. Definisi Tatabahasa TransformasiGeneratif Dalam teori standard TG, nahu dibahagikan kepada tiga komponen, iaitu :i- sintaksisii- semantikiii- fonologi. TTG diasaskan oleh Noam Chomsky yang menganggap nahu sebagai ‘a device of some sort for producing the sentences of the language under analysis’, iaitu menganalisis bahasa (ayat-ayat) secara generatif dengan penggunaan simbol-simbol untuk membentuk tatabahasa setepat mungkin bagi menerbitkan ayat-ayat yang bersesuaian. Terdapat dua konsep utama yang diambil kira iaitu kemampuan dan perlakuan berbahasa dan struktur dalaman dan struktur permukaan. Ada beberapa istilah yang menyatakan konsep- konsep asas TTG iaitu generatif, kreatif, eksplisit, gramatis dan transformasional. Konsep-konsep dan Kajian TentangTransformasi Generatif Kecekapan ini ditafsirkan sebagai mengandungi satu set rumus yang sifatnya eksplisit yang dengannya penutur asli berkemampuan membentuk serta memahami pelbagai ayat dalam bahasanya. Pengetahuan ini dikenali sebagai kecekapan berbahasa, yang ada pada setiap penutur asli sesuatu bahasa. Menurut teori ini, pemusatan terhadap kajian bahasa terletak pada pengetahuan penutur asli yang memungkinkan membentuk serta memahami ayat-ayat. i) Kecekapan dan PerlakuanBerbahasa Sistem rumus-rumus inilah juga yang merupakan inti TTG. Kecekapan merupakan pengetahuan penutur mengenai bahasanya dan pengetahuan ini terdiri daripada satu sistem rumus-rumus. Kecekapan dapatlah diertikan sebagai satu sistem rumus-rumus dalam otak yang mampu menerbitkan kalimat-kalimat yang tidak terbatas jumlahnya. Menurut Chomsky (1957), tiap-tiap penutur dan pendengar itu mempunyai dua bahagian bahasa, iaitu kecekapan dan perlakuan. Kecekapan ini (tatabahasa) berada di dalam otak sedangkan perlakuan boleh dilihat di luar otak dalam bentuk penerbitan dan pemahaman, iaitu apa yang diterbitkan dan apa yang difahami. Oleh itu, diingatkan kembali dua istilah penting dalam nahu ini, iaitu :-Kecekapan atau pengetahuan :- ilmu atau pengetahuan bahasa yang implicit yang ada pada seseorang.Perlakuan :- prestasi seseorang dalam menggunakan bahasa yang diketahuainya pada keadaan yang sesuai dan tepat. Perlakuan pula berlaku pada dua medan iaitu medan Wernicke dan medan Broca untuk proses penerbitan. Kecekapan ini penting sebagai asas untuk menghasilkan ujaran atau penggunaan bahasa, khususnya dalam bentuk ayat. Beliau mengemukakan suatu teori bahasa yang baharu yang dikenali sebagai teori tatabahasa transformasi-generatif setelah beliau tidak berpuas hati dengan tatabahasa struktral. Konsep kewujudan dua peringkat struktur ayat ini pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1957 oleh Noam Chomsky. ii)Struktur Dalaman dan StrukturPermukaan Pertama, jenis rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat dalaman. Pada peringkat struktur dalaman, iaitu struktur yang biasanya mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat, atau dengan kata lain, membentuk semantik ayat. Sebagaimana yang dinyatakan, teori TTG mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. 51
  • 52. Peringkat struktur permukaan, iaitu struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan (transformasi) daripada struktur dalamannya, dan merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur, dan yang diperlukan untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa, yang dinamai komponen fonologi. Jenis kedua dikenali sebagai rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat hingga membawa kepada peringkat permukaan. Apabila terdapat dua jenis ayat permukaan yang berasal daripada hanya satu struktur dalaman, maka akan berlaku pula ayat-ayat yang bersifat parafrasa. Apabila terdapat suatu ayat daripada jenis struktur permukaan yang berasal daripada dua struktur dalaman atau lebih, maka akan wujud keadaan ketaksaan ayat. Ayat Dasar (struktur dalaman) ~Encik Ali guru. Tak paham?Lihat contoh di bawah Ayat Transformasi (struktur permukaan) ~Encik Ali bukan guru. ~Encik Alikah guru? ~Siapakah Encik Ali? ~Encik Ali ialah guru di Sekolah Menengah Ismail Petra. ~Guru itu Encik Ali. Ayat transformasi terdiri daripada pelbagai bentuk misalnya ayat penyata, ayat tanya, ayat penegas dan seumpamanya. Itulahsebab mengapa TTG diperlukan kerana melalui ayat dasar kita dapat menerbitkan pelbagai ayat. Struktur permukaan terhasil apabila kita mengujarkan sebutan untuk ayat berkenaan. Ini meliputi representasi fonetik. Jika penguasaan terhadap perkara ini diremehkan, justeru akan menjejas atau menjadi bahasa itu kacau-bilau keadaannya. Contoh yang jelas apabila penutur asing cuba menggunakan bahasa Melayu ketika berbicara dengan bangsa Melayu. Kita perlu menguasai konsep ayat dasar dan ayat terbitan kerana perkara ini membolehkan ayat digeneratif secara gramatis. Untuk pemahaman lebih lanjut : Ini terbukti apabila Nik Safiah Karim (Ijazah Kedoktoran di Universiti Ohio, Amerika 1975) dan Farid M. Onn (Universiti of Illinois 1976) menerima penuh terhadap aliran linguistik transformasi generatif yang bermula di Amerika ini. Justeru golongan ini secara Berdasarkan tatabahasa pegangan yang menjadi sumber rujukan penting terhadap prasarana pendidikan di Malaysia khususnya merangkumi sekolah rendah hinggalah keinstitusi pengajian tinggi, tatabahasa ini dilihat bersifat aliran transformasi generatif. Rumusan : terang-terangan menolak cara atau kaedah pegangan aliran lain. Ii) rumus transformasi i) rumus struktur frasa Rumus sintaksis terbahagi kepada dua iaitu :- Rumus Sintaksis Dengan kata lain, rumus-rumus ini berfungsi untuk melahirkan rajah-rajah pohon yang menunjukkan hubungan gramatis (subjek, objek, predikat dan sebagainya) antara berbagai-bagai bentuk kata yang terdapat pada sesuatu ayat dasar. Rumus struktur frasa terletak pada komponen dasar untuk menghasilkan deskripsi struktur yang seterusnya menghasilkan bentuk ayat dasar atau ayat inti. i) Rumus Struktur Frasa Penerbitan ayat ini dapat dilakukan proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula atau perluasa kepada unsur-unsur struktur dalaman. Penerbitan ayat bermaksud hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis iaitu melibatkan pelaksanaa rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturab atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat ataupun frasa. Kita meneliti dahulu konsep ayat terbitan yang berkait dengan rumus transformasi ini. ii) Rumus Transformasi Iv) proses transformasi melibatkan pengguguran, penyusunan semula dan perluasan. Iii) struktur permukaan ditafsir oleh bahagian bunyi bahasa atau kompenan fonologi. Ii) struktur dalaman yang diwujudkan oleh rumus struktur frasa menjadi input kepada rumus transformasi meukar pola atau struktur ayat membawa kepada struktur permukaan. i) berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Secara ringkas, rumus transformasi adalah :Oleh demikian, dapat disimpulkan bahawa tatabahasa transformasi generatif asasnya ialah Oleh itu, kemunculan teori TG adalah untuk mengatasi atau memberi jawapan kepada persoalan-persoalan atau kelemahan-kelemahan yang tidak dapat diatasi atau terjawan oleh aliran struktural. Teori TTG merupakan satu teori linguistik yang lengkap dan menyeluruh merangkumi semua komponen bahasa seperti sintaksis, semantik, fonologi dan merangkumi faktor-faktor bukan linguistik untuk melengkapi komponen semantik yang terkenal dengan nama REST (Revised Extended Standard Theory) Rumusan Tatabahasa TransformasiGeneratif Iv) bahasa yang hidup ialah bahasa yang dapat menjadi wadah untuk manusia berfikir. Iii) manusia secara istimewa dilengkapi keupayaan mempelajari bahasa. Ii) rumus-rumus tatabahasa secara psikologi merupakan hakikat bahasa. i) bahasa yang hidup dicirikan oleh kreativiti dengan berasaskan rumus atau aturan. Asas Linguistik Transformasi Generatif (Rasionalis / Mentalis) 52
  • 53. Beberapa orang sarjana bahasa Barat telah membuat penyelidikan tentang bahasa-bahasa yang tersebar di kepulauan Melayu dengan membandingkan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan Melayu). Hal ini berdasarkan kajian yang dibuat terhadap kapak tua (beliung batu) yang ditemui di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Hwang, Salween dan Yangtze yang didapati serupa dengan kapak tua yang ada di Nusantara. Beliau menyimpulkan bahawa kapak di Nusantara itu dibawa oleh masyarakat dari Asia Tengah bersama-sama dengan bahasanya sekali. 53
  • 54. Latar Belakang Pinjaman Bahasa 1. Bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh bahasa-bahasa asing akibat pertembungan daripada interaksi masyarakat Melayu dengan masyarakat asing melalui: Peperangan - Penjajahan Perdagangan – Migrasi Pendidikan dan Diplomatik – Misi Penyebaran Agama 2. Hierarki kemasukan unsure asing seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah: 54
  • 55. 4. a. b. c. d. 5. 3. Elemen asing dalam Bahasa Melayu terdiri daripada kosa kata, imbuhan, bunyi, tulisan, struktur ayat, peribahasa dan lain-lain. Faktor kedapatan unsur asing dalam Bahasa Melayu. Terdapat kosa kata Bahasa Melayu yang maksudnya tidak menepati pengertian bahasa asing. Contohnya, gas oksigen. Budaya penutur Bahasa Melayu yang suka meniru. Contohnya, trauma, inspirasi, dan lain-lain. Leksikon Bahasa Melayu dianggap ketinggalan zaman, klasik dan lapuk. Contohnya, epok-epok (karipap), rumah pangsa (flat), taun (kolera), selesema (flu), dan lain-lain. Tiada perkataan tertentu dalam Bahasa Melayu. Contohnya, skru. Penyebaran bahasa (peresapan/ Difusi); media massa. Jenis-jenis pinjaman terdiri daripada: Bil I. II. III. IV. V. Jenis peminjaman Peminjaman kono -bentuk pinjaman kata daripada bahasa kono yang tidak digunakan lagi Peminjaman dialek -kata-kata dialek tempatan digunakan dalam Bahasa Melayu baku. Peminjaman tulen -bentuk pinjaman yang dilakukansecara penuh daripada bahasa asing dan kata-kata yang dipinjam masih baharu dan sukar dicari terjamahannya. Piminjaman kacukan -gabungan kedua-dua unsur asing akibat pertembungan budaya yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Peminjaman berpindah -kata yang telah mengalami perubahan makna secara mutlak disebabkan oleh terdapat kata lain yang hampir sama makna dengan kata tersebut. Contoh Purnama, biduk Sohor, kamir (Kelantan) Syukur, solat (Arab), import, gas (inggeris) Baju t-shirt, acu try Vocal (vowel) Bahasa Sumber, Pengaruh, dan Kesan Bahasa Sanskrit 1. Pengaruh Sanskrit yang pertama dapat dikesan daripada catatan-catatan batu bersurat pada abad ke-17, iaitu epic Rumayana dan Mahabharta. 2. Sejak dahulu lagi, bahasa Sanskrit telah banyak memperkayakan bahasa Melayu sama ada dari segi perbendaharaan kata, imbuhan atau prinsip-prinsip pembentukan kata. Contoh: 55
  • 56. a. Kosa Kata Dalam bahasa Melayu, terdapat 677 kosa kata yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Kosa kata itu merangkumi bidang alam, flora, fauna, arah, masa, kekeluargaan, anggota badan, perniagaan, sifat, dan sebagainya. Bidang Di badan Barang niaga Waktu Agama Abstrak Pembelajaran Alam Contoh Nadi, kepala,bahu, hasta, lidah, sendi Kasturi, sutera, guni, kapas, harga, harta Senja, dinihari, tadi, purnama, hari, senjakala Dosa, pahala, puasa, neraka, dewa, dewata Cinta, asmara, rahsia, bencana, usaha, bahaya Bahasa, kata, bicara, guru, sastera, siswa Angkasa, bumi, bayu, cahaya, suria, tanah 56 Bidang Flora Persaudaraan Perkakas Kebesaran Sifat Logam/permata Contoh Melati, angsana, seroja, teratai, melur Saudara, saudari, suami, isteri, ayah, janda Peti, jala, kendi, kecapi, gergaji, keranada. Putera, puteri, baginda, raja, sida-sida, bendahara, paduka, maharaja Mesra, merdu, dahaga, setia, suka, duka Emas, suasa, timah, raksa, manikam, mutiara, permata
  • 57. b. Imbuhan Imbuhan awalan pinjaman Sanskrit 1. prauniversiti 2. tunaaksara 3. ekacara 4. dwihaluan 5. trilambakan 6. mahaguru 7. tatanama 8. swalayan 9. pancaindera 3. dwibulanan Imbuhan akhiran pinjaman Sanskrit 1. c. seniman 2. angkasawan 3. peragawati 4. biduanita Bu nyi Pinjaman Sanskrit 1. syurga 2. swasta Bahasa Arab 1. 2. 3. 4. 5. 6. a. Pengaruh Arab datang dari Gujerat, India, dan Parsi yang berkembang ke Samudera – Pasai melalui kegiatan ulama dan perdagangan. Contohnya Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Pengaruh bahasa Arab lebih dominan berbanding dengan pengaruh bahasa Sanskrit kerana bahasa Arab merupakan bahasa al-Quran. Tujuan peminjamannya adalah untuk memenuhi keperluan kata-kata yang berkaitan dengan pengertian kerohonian dalam bidang keagamaan dan kepercayaan. Selain itu, penerapan bahasa Arab juga menyebabkan wujudnya tulisan jawi. Pada abad ke-14, batu bersurat yang ditemukan di Kuala Berang menggunakan sistem tulisan jawi. Bahasa Arab banyak mempengaruhi perubahan fonologi bahasa Melayu melalui pembacaan al-Quran, iaitu 13 bunyi konsonan pinjaman yang mengalami perubahan mengikut fonologi bahasa Melayu. Selain itu, bahasa Melayu juga meminjamkan kata kerja bahasa Arab. Kata kerja tersebut telah mengalami perubahan makna. Sesetengah bentuk bahasa Arab yang dipinjamkan juga mengalami perubahan erti dan bunyi bersesuaian dengan lidah Melayu. Contoh: Kosa Kata Pengaruh aspek kosa kata amat ketara dalam pelbagai bidang. Walau bagaimanapun, terdapat kata-kata pinjaman yang mengalami perubahan makna. Contoh kosa kata pinjaman bahasa Arab: Bidang Agama Contoh Mufti, hadis, doa, nabi, imam, wali, umrah 57 Bidang Adat Contoh Ziarah, fakir, hormat, fitnah, karib, kaum,maaf, maruah, tahniah, umat, waris, akad
  • 58. Perasaan/Fikiran Ilmu Tarikh, ilmu, falak, fasal, soal, jawab, kamus, riwayat, sejarah, takwim, tabib, ahli, ayat, hisab, kalam, kitab Hukuman b. Insaf, ikhlas, aman, faham, fakir, maksud, nasihat, niat, yakin, ilham, khuatir. Tertib, hokum, hakim, mahkamah, wakil, mansuh, wakaf, wilayah, zalim Kejadian Wajah, insane, dunia, haiwan, salji, akhirat, jubah, nur, alam, roh, wujud Imbuhan Arab Awalan biadab c. Akhiran Muslimin, muslimat, solehah, nabawi, abadi, lahiriah Bunyi Pinjaman Arab akhbar ghaib syarat Fajar mithal lafaz haidh Adzab 2. Bahasa Parsi, Tamil, dan Hindi Pinjaman kata daripada bahasa-bahasa ini tidak luas dan berlaku melalui hubungan perdagangan. Sesetengah kata pinjaman itu merupakan proses ‘pinjam atas pinjam’ kerana banyak bahasa Tamil dan Hindi juga pinjaman daripada Yunani, Portugis, Sanskrit dan Inggeris, khasnya yang berkaitan dengan perniagaan. Antara contoh kosa kata daripada bahasa-bahasa tersebut ialah: a. Bahasa Parsi 1. Saudara, firdaus, lasykar, kahwin, nakhoda, juadah, syahbandar, garam, badam, kismis, anggur, serban, saudagar, kurma, johan, temasya, Bandar, taman, pahlawan, sudah, banjir, kelasi, daftar, gusti, kamar, istana, pesona, bahri, pasar, laksa, medan, seruling, perca, seluar, baju b. Kapal, ceti, pondan, bedil, mahligai, sami, jodoh, ayah, macam, nira, kari, gerudi, katil, percuma, gurindam, kolam, mempelam, apam, mempelai, modal, kakak, kedai, putu, tembikai, ranggi, kuli, kawal, kendi, lebai, bagaimana, bapa, canai, logam, pili, gudang, cerut, emak Bahasa Tamil 58
  • 59. Kerani, topi, guni, lucah, curi, roti, kapas, kanji Bahasa Hindi 59
  • 60. 1. 2. Bahasa Cina Perkataan-perkataan yang dipinjam daripada bahasa Cina hamper semuanya daripada bahasa Holken. Antara contoh kosa kata daripada bahasa Cina seperti dibawah: Bidang Makanan Mi, beng, ebi (udang kering), cang (nasi berbungkus daun buluh), tauhu, samsu, the, mihun, lai, pau, kicap Pakaian/ Barangan Kekwa, koyak, gincu, bak (dakwat), sempoa, tocang, amca, teko, loceng Rumah/ Perkakas Loceng, beca, pongkes (bakul mengisi tanah/sampah), tong, sampah, cat, pisau, dacing, sampan, jong Manusia dan Hal ehwalnya 1. 2. Contoh Abah, encik, bohsia, kuntau, tokong, singes, tongsan, taoha(kain kecil tanda berkabung) kongsi, cincau, pakau, amah, inci Bahasa Jawa/ Sunda/ Sumatera (Majapahit: abad ke-13- abad ke-15) Unsur dari Indonesia masuk melalui cerita-cerita panji, pengaruh Jawa pada zaman silam, keturunan, media, dan perancangan bahasa. Antara contoh kosa kata daripada bahasa Indonesia seperti di bawah: Jawa/ Sunda Sumatera 1. 2. 3. Nona, ronggeng, pamer, pundak, lurah, ayu, adegan, lakon, semberono, wayang, tulen, duda, matang, waras, kaget, calon, bagus, cerdas, prihatin, sering, beres, enak, dadar, gado-gado, lontong, lempeng, oleh-oleh, pecal, sota, peria, bibit, pinggir, kali Gadis, ragu, teliti, upas, teromba Bahasa Portugis dan Belanda Kebanyakan bahasa yang dipinjam daripada bahasa bekas penjajah di Kepulaun Melayu ini dipengaruhi oleh aspek kosa kata, imbuhan, tatabahasa dan bunyi. Dengan kedatangan kuasa-kuasa berat ini, yang pada mulanya telah terdedah dalam budaya Melayu. Antara contoh kata [injaman bahasa-bahasa tersebut ialah: a. Gereja, paderi, palsu, mentega, garpu, keju, sepatu, tuala, kemeja, kebaya, bendera, kapitan, bola, baldi, meja, bangku, armada, peluru, dadu, jendela, beranda, nona, lampu Kosa kata bahasa Portugis b. 60
  • 61. Kamar, kantor, dansa, kursus, pam, duit, ongkos, laci, permisi, rokok, komentar, senapang, karupsi Kosa kata bahasa Belanda 1. 2. Bahasa Inggeris Pengaruh Barat yang terakhir ialah pengaruh Inggeris. Aspek peminjaman dan contoh peminjaman bahasa Inggeris yang berikut: Aspek Contoh Kota kasa Sarjan, polis, saman, lori Imbuhan Awalam Prokeganasan, antiperang, politeknik, subtenaga, supranasioanal Imbuhan Akhiran Dinamis, global, situasi, patriotisme, strategik Vokal Blok, konsep, koleksi Konsonan/v/ Novel, video, variasi Gugus konsonan Skru, stor, plaza, brek Kopula (pemeri) Ialah dan adalah (is) Peribahasa Book warm (ulat buku), where there’s a will there’s away (dimana ada kemahuan disitu ada jalan), cold war (perang dingin), white elephant(gajah putih), yellow culture (budaya kuning), film star (bintang filem). 61
  • 62. “Tidak hilang Melayu di dunia''. Adakah kata-kata keramat Laksamana Hang Tuah inimungkin hanya tinggal sebagai kiasan semata-mata sekiranya bangsa Melayu tidak menjagakeunggulan ataupun integriti bangsa dan bahasanya? Suatu ketika dahulu sejarah telahmembuktikan bangsa Melayu merupakan satu bangsa yang gah. Bangsa Melayu mampum e nj e laj ah du n i a d an n eg er i Me l ak a t e l ah m enj ad i pu sat p er a da b an su at u b ang s a bertamadun yang bernama Melayu.Secara peribadi, saya berpendapat kemelut ini berlaku disebabkan kehendak masyarakat itu sendiri. Demi menunjukkan mereka berada dalam kelompok yang lebih tinggi, masyarakat r e l a m e r a c u n i b a h a s a s e n d i r i . D e n g a n p e n g g u n a a n b a h a s a r o j a k b i l a k o m u n i k a s i , masyarakat melihat ianya sebagai sesuatu yang membanggakan. Contohnya penggunaanbahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Masyarakat dalam kelompok elit, gemar menonjolkan penggunaan bahasa Melayu rojak bagi memperlihatkan tahap pendidikan seseorang. Bagimasyarakat Melayu khususnya yang berada dalam golongan elit, sesiapa yang yang tidak tahu berbahasa seperti ini akan dianggap tidak berpendidikan tinggi.Contoh paling mudah dan dekat ialah blog. Ramai penulis -penulis blog terutama dalamkalangan awal dan pertengahan umur 20an menggunakan bahasa rojak dan bahasa slangadan pada pandangan saya keadaan semakin memualkan. Tetapi blog-blog beginilah yang m em p un ya i r am a i p eng ik ut n ya. K er a n a m u ng k in m er eka m er as ak an j ik a p e n u l is an menggunakan bahasa formal, tidak ramai yang akan mengikuti penulisan blog mereka. Pada pandangan saya, penulispenulis blog sebegini seperti mencari publisiti murahand en ga n m e m p er d ag a ng ka n b a ha sa m er eka s end i r i. Mer ek a lu p a b ah aw a d en ga n c ar a penulisan sebegitu, tanpa disedari mereka menjatuhkan martabat bahasa Melayu dan bangsaMelayu. Pada saya “Bahasa menunjukkan bangsa dan bahasa menunjukkan siapa kita”. Secara umumnya, frasa „memartabatkan bahasa Melayu‟ didefinisika n sebagaimemberi kedudukan tinggi lagi bermaruah serta berprestij k epada bahasa Melayu dalamkalangan penutur aslinya serta masyarakat lain, 62
  • 63. pada peringkat nasional, serantau dan global.Bahasa Melayu yang bermartabat adalah bahasa yang mempunyai kedudukan ekonomi yangtinggi, sebagaimana dibuktikan oleh bahasa-bahasa utama dunia khususnya bahasa Inggeris,Perancis dan Jepun.Bagi memartabatkan bahasa Melayu, ia tentu sekali perlu menja di bahasa yangmendukung pelbagai disiplin ilmu dan digunakan sepenuhnya dalam pentadbiran negara, penggubalan dan perumusan undangundang, perbicaraan kes di mahkamah dan sektor k e h a k i m a n , s e k t o r perdagangan, ekonomi, korporat dan pasaran saham, kedoktora n , kejuruteraan, teknologi maklumat serta pelbagai bidang penting dan utama yang menunjangi Justeru, disarankan kesedaran harus disemai terhadap penggunaan bahasa yang betuldi semua peringkat rasmi dalam masyarakat. Selaku pemimpin masyarakat, golongan berpendidikan tinggi dan intelektual, mereka harus mengawal diri dalam menggunakan bahasa supaya sentiasa men ggunakan bahasa yang betul, baik semasa menggunakan bahasaMelayu, mahupun Inggeris terutama dalam majlis-majlis rasmi seperti forum, seminar dan program-program dalam yang berkaitan dengan media elektronik serta seumpamanya Peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan da n m e m a j u k a n b i d a n g pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan gurudipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan.P e r a n a n g u r u j u g a b e s a r d a l a m m e m a s t i k a n k e b e r k e s a n a n d a n k e l a n c a r a n d a s a r memartabatkan bahasa Mela yu dalam pendidikan negara. Guru perlu menjadi contoh pengguna dasar ukuran bahasa yang baik. Guru juga perlu meningkatkan pengetahuannyadalam bidang ketatabahasaan. Selain itu, guru juga perlu memainkan peranan aktif dalammembimbing pelajar mempelajari bahasa Melayu. Guru seharusnya kreatif dalam pengajaransupaya mampu menarik minat mereka mempelajari bahasa Melayu 63
  • 64. Untuk meletakkan bahasa Melayu ke dunia yang luas, kita memerlukan satu bahasa yang dapatdiistilahkan sebagai bahasa Melayu global dan bukan dialek-dialek nasional sedia berkembang. Minatahli politik dan ahli akademik terhadap pembinaan bahasa Melayu global memang selalu ada, tetapikerapkali diselubungi oleh sikap dan tindakan yang bertentangan. Oleh itu, kita seharusnya membuka jalan kepada setiap lapisan masyarakat untuk memahami dan menguasai bahasa Melayu. Jika kitabersedia dan dapat bersikap seperti sedemikian, maka barulah kita dapat berucap atau bercakaptentang kebesaran bahasa Melayu secara global.Perkembangan bahasa Melayu dan usaha memartabatkannya s ebagai bahasa ilmu dan untukbersaing dengan bahasabahasa lain di dunia global pernah melalui pelbagai peristiwa. Menja diharapan supaya bahasa melayu mampu diperkembang, diperkukuh serta diperluas penggunaannyamenjadi bahasa perdagangan seperti zaman silam. Bahasa yang akan dipergunakan oleh golongankorporat dalam sektor swasta serta sepenuhnya bidang kehakiman.Saya tidak menolak kepentingan mempelajari bahasa-bahasa asing kerana fungsi bahasa tersebutdalam meluaskan pemikiran dan percambahan minda tidak dapat dinafi 64