Laluan kerjaya dalam profesion keguruan

16,041 views
15,803 views

Published on

Published in: Education, Business
3 Comments
6 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
16,041
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
1,042
Comments
3
Likes
6
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Laluan kerjaya dalam profesion keguruan

1. 1. LALUAN KERJAYA DALAM PROFESION KEGURUAN
1.0
Pendahuluan
Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Justeru, dengan pelaksanaan berbagai-bagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru menjadi lebih mencabar.
Terdapat pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubung dengan profesion keguruan dewasa ini. Sesetengah ahli masyarakat mempunyai tanggapan bahawa kerja, beban dan tugas guru sekarang tidak mewujudkan profesion keguruan yang menarik. Malah tidak dinafikan ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya tugas ini bukan satu yang terancang tetapi muncul dari situasi yang tidak diduga( Abdul Shukor, 1996). Jika keadaan sedemikian dibiarkan berterusan agak pasti suasana pengajaran-pembelajaran di sekolah kini akan menuju ke arah satu keadaan yang tidak terurus dan akan menghadapi kegagalan untuk mencapai matlamat yang diidamkan. Persepsi seperti ini sudah tentulah akan menjejaskan reputasi profesion keguruan yang sentiasa dipandang tinggi dan mulia.
2.0
Keguruan Sebagai Satu Profesion
“Mengajar ialah pekerjaan profesional. Tugas yang dilakukan oleh guru adalah bersifat intelektual, memerlukan amalan pertimbangan yang konsisten, tidak boleh disamarata atau dirutinkan, dan menuntut persediaan yang berpanjangan melalui pendidikan.”
Janet A. Weiss (1989,2)
Penyataan seperti yang dikemukakan oleh Weiss (1989) di atas memperlihatkan antara ciri profesion keguruan. Ciri utama sebuah profesion ialah yang melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan pengetahuan formal yang diperoleh daripada pendidikan dan amalan yang menyeluruh. Secara ringkasnya, ciri utama sebuah profesion ialah mempunyai asas pengetahuan yang kukuh berkaitan dengan tugas (Bowman,1989). Berdasarkan asas pengetahuan ini, individu profesional adalah seorang pakar dalam bidang yang khusus dan terhad serta melaksanakan tugas berdasarkan kompleksiti dan penyesuaian. Golongan profesional turut mempunyai kebebasan untuk melaksanakan tugas berlandaskan pertimbangan bijak (educated judgment) yang tidak dimiliki oleh individu lain yang tidak mempunyai pengetahuan atau kelayakan berkaitan (Freidson, 1986, 141).
Seorang profesional ialah individu yang bersifat objektif, adil dan tidak mementingkan diri sendiri. Perhubungan dengan klien adalah dibatasi oleh tugas secara teknikal dan mengelakkan penglibatan secara emosi. Ciri ini membolehkan seorang profesional membuat keputusan yang munasabah dan rasional bagi pihak klien.
Ciri seterusnya bagi seorang profesional ialah berkenaan dengan tahap perkhidmatan yang diberikan kepada klien. Individu profesional diharapkan sentiasa memberikan keutamaan kepada klien dan melakukan tindakan yang sewajarnya demi kepentingan klien. Hal ini demikian kerana klien menaruh keyakinan yang tinggi terhadap individu profesional tersebut untuk membantunya.
Orientasi berasaskan kumpulan (reference-group orientation) merupakan salah satu ciri yang penting bagi individu profesional. Kumpulan yang penting bagi golongan ini ialah teridiri daripada rakan sejawat yang berpengetahuan dan kompeten dalam bidang yang sama dan berguna dalam proses membuat keputusan. Golongan profesional ini menitikberatkan integriti profesion dan perkhidmatan yang diberikan kepada klien mereka.Ciri lain bagi profesion ialah mempunyai struktur kawalan yang jelas(distinctive
control structure) di mana kepakaran mereka adalah berdasarkan pengetahuan teoritikal
dan kemahiran yang diperoleh melalui latihan yang panjang. Dalam hal ini, golongan profesional mengharapkan autonomi dalam melaksanakan kepakaran mereka dan berpandangan bahawa mereka layak untuk membuat sebarang keputusan dalam ruang lingkup bidang kepakaran mereka. Danisiewicz (1985) menyatakan terdapat dua bentuk autonomi – klien dan organisasi. Golongan profesional mengawal klien mereka dan responsif terhadap keperluan klien mereka. Dalam masa yang sama juga, prestasi
2
golongan profesional ini tertakluk kepada kawalan dan kehendak organisasi mereka yang
mengurangkan tahap profesional mereka.
Ciri terakhir profesional ialah golongan ini mempunyai suatu kod etika yang memandu aktiviti mereka. Kod etika ini digubal untuk melindungi profesion dan klien atau kepentingan awam (Benvineste, 1987, 40).
Kesimpulannya, ciri sesuatu profesion merangkumi pengetahuan teknikal yang diperoleh daripada latihan berjangka panjang; akur kepada norma profesional yang meliputi keobjektifan profesion, tidak mementingkan diri dan tidak berat sebelah; berorientasi berasaskan kumpulan; mempunyai autonomi dalam membuat keputusan profesional; dan mempunyai kod etika tersendiri berdasarkan pengetahuan, tanda aras dan pendapat rakan sejawat. Ciri-ciri yang disenaraikan di atas merupakan ciri-ciri yang melayakkan bidang keguruan sebagai satu profesion.
3.0
Ciri Profesionalisme Guru
Guru yang profesional ditakrifkan sebagai seorang guru yang tahu cara menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dalam bidangnya. Guru yang profesional sentiasa terbuka untuk belajar tentang cara meningkatkan mutu amalannya serta sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Guru yang profesional sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya dengan profesional lain dalm bidang keguruan. Matlamat kerjaya seorang guru yang profesional ialah menghayati prinsip perkembangan yang berterusan(continuous
development) (Wan Mohd Zahid Noordin, 2003).
Tugas guru yang berbentuk “meningkatkan tahap pembelajaran, pengetahuan dan pencapaian” melayakkan guru digelar sebagai seorang profesional dengan kemahiran dan kompetensi yang dimiliki untuk melaksanakan tugas tersebut. Impak daripada tugas profesional yang dilaksanakan oleh guru ternyata memberikan sumbangan yang amat signifikan terhadap ekonomi dan masa depan negara khususnya dalam konteks pembinaan modal insan.
3
4.0
Teori Perkembangan Guru
Berliner (1988) telah mengemukakan model lima peringkat perkembangan guru yang memberi fokus terhadap pemikiran guru berdasarkan tingkah laku guru dalam bilik darjah. Model perkembangan Berliner (1995) mentafsir perkembangan guru sebagai “satu proses menuju ke arah pembentukan guru untuk mencapai tahap kepakaran dan kecemerlangan” (Sani dan Norzaini, 2007, 218). Peringkat perkembangan dalam Model Berliner adalah seperti berikut:
4.1
Peringkat 1 – Peringkat permulaan ataunovice
Guru novis mempelajari fakta dan menimba pengalaman serta diajar peraturan
umum yang dikatakan sesuai untuk semua konteks;
4.2
Peringkat 2 – Peringkat lebih maju atau advanced beginner
Guru yang mempunyai pengalaman mengajar selama dua atau tiga tahun. Pengalaman dan konteks masalah mula membimbangi dan mempengaruhi tingkah laku guru;
4.3
Peringkat 3 – Peringkat cekap ataucom pet ent
Guru mampu membuat pilihan secara sedar tentang tindakan, membuat keutamaan dan membuat perancangan. Berdasarkan pengalaman yang diperoleh, guru menjadi lebih peka terhadap perkara yang penting ataurem eh . Namun, kemahiran mengajar masih lagi kaku dan tidak fleksibel;
4.4
Peringkat 4 – Peringkat mahir atauprofi cient
Terdiri daripada guru yang berpengalaman mengajar selama lima tahun. Guru boleh mengesan maklumat yang wujud dalam semua konteks dan situasi serta mampu membuat ramalan tentang sesuatu kejadian dengan cepat; dan
4.5
Peringkat 5 – Peringkat pakar atauexpert
Bukan semua guru mampu untuk mencapai tahap ini. Pengajaran guru adalah
lancar dan segala tugas dapat dilaksanakan dengan mudah.
Menurut model ini, seseorang guru perlu melalui beberapa peringkat dalam
kerjayanya sebelum ia dapat mencapai ke tahap kepakaran atau kecemerlangan.
4
5.0
Sorotan Isu Dalam Profesion Perguruan
Pada awal tahun 60an, guru dianggap insan yang terpilih yang didatangkan untuk membawa ilmu dan kemajuan kepada masyarakat setempat. Sumbangan guru sangat besar dan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Pada masa ini, guru bukan sahaja memberikan ilmu kepada masyarakat malah menjadi panduan dan rujukan.
Guru mengajar masyarakat Melayu berorganisasi dalam bidang sosial dan arena politik. Guru-guru sekolah Melayu juga meniup, menanam dan menyemarakkan semangat nasionalisme. Melalui tulisan yang banyak diterbitkan dalam majalah-majalah yang terhad bilangannya, suara guru dibaca sehingga menimbulkan kesedaran tentang untung nasib dan ‘survival’ bangsanya yang ketinggalan dalam bidang ekonomi dan politik, tentang kesedaran betapa pentingnya pendidikan sebagai satu jaminan masa depan yang lebih cerah.
Kini profesion keguruan dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan
di bawah profesion profesional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan arkitek. Ramai yang menganggap tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru sandaran atau sementara dan ada kalanya lebih baik dari guru yang sedia ada.
Kini cabaran menjadi seorang guru tidak seperti yang dilihat dengan mata kasar. Cabaran dalam Wawasan 2020 adalah antara yang perlu ditangani oleh para pendidik untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing. Ini kerana masyarakat kini adalah masyarakat yang bersifat dinamik dan progresif serta mula menyedari bahawa pendidikan adalah alat yang penting untuk menjamin kesejahteraan hidup di masa hadapan.
Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama, iaitu untuk mengajar, mendidik dan merubah manusia yang bernama pelajar dari keadaan yang tidak mengenal huruf, tidak tahu mengira dan tidak boleh membaca kepada celif huruf, bijak mengira dan menjadi manusia yang berjaya (Shuib & Johari, 2001).
Tetapi persoalannya kenapakah pandangan masyarakat terhadap guru dan profesionnya telah berubah. Dahulu masyarakat memandang mulia kepada guru tetapi kini profesion keguruan seakan-akan terpinggir dan sudah berada dalam kategori terakhir
pemilihan kerja. Adakalanya juga seringkali para guru menjadi sasaran jika berlaku
kepincangan dalam masyarakat.
Dapatan yang dibuat oleh Shuib dan Johari (2001) melalui pemerhatian, temubual dan pengalaman, mendapati bahawa ada beberapa sebab mengapa bidang keguruan ini kurang mendapat tempat pada pandangan masyarakat dan remaja yang memilih kerjaya seperti berikut:
5.1
Profesion keguruan adalah profesion yang statik, kurang masa dan peluang terlalu kecil. Bakhtiar Mansor (1993) mengambil beberapa statistik mengenai perbandingan peluang kenaikan pangkat di kalangan beberapa profesion utama antaranya;
5.1.1 Pendidikan
3.5%
5.1.2 Jurutera Awam (Kerja Raya)
7.1%
5.1.3 Pegawai Perubatan
15.1%
5.1.4 Polis
18.6%
5.1.5 Pegawai Pertanian
13.4%
5.1.6 Pegawai Tadbir Dan Diplomatik
38.4%
5.2
Berhadapan dengan berbagai karenah pelajar yang begitu ramai yang datang dari pelbagai keturunan, adat resam, sosioekonomi, peringkat umur dan masalah disiplin yang perlu ditangani. Malah guru juga perlu melayani karenah ibu bapa, masyarakat, pihak atasan, kerajaan, pertubuhan dan masalah peribadi;
5.3
Pembelaan pula kurang dan masih tidak memuaskan hati guru sehingga ada cadangan meletakkan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di bahagian pengurusan samada di sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah ataupun di Jabatan Pelajaran Negeri;
5.4
Wujud profesion lain yang lebih baik hasil dari sistem pendidikan dan kerja keras
guru yang mengajar; dan
5.5
Beban kerja dan kurang insentif yang diterima oleh para guru. Masyarakat melihat kerja guru mudah, masa kerja yang pendek dan banyak cuti. Guru pula merasa beban kerja terlalu banyak sehingga membawa ke bilik tidur. Kerja lebih
masanya (overtime) tidak dihargai. Pandangan dan persepsi yang berbeza
menyebabkan segelintir guru kecewa.
Justeru, permasalahan yang diutarakan ini perlu ditangani agar profesion keguruan akan kekal relevan dan dapat mengembalikan reputasi profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia dan amat dihormati oleh semua pihak.
6.0
Cabaran Dalam Profesion Keguruan
Perkembangan dan cabaran dunia pendidikan yang dinamik masa kini menuntut guru membuat anjakan paradigma yang menyeluruh. Pergolakan dalam bidang pendidikan memerlukan guru meneliti setiap aspek pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan perubahan yang dilakukan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap ahli masyarakat dalam sesebuah institusi pendidikan.
Kompleksiti tugas dalam profesion keguruan sering disalahtafsir oleh ahli masyarakat yang beranggapan bahawa jadual tugas guru amat mudah dan guru hanya perlu bekerja setengah hari sahaja dan mempunyai cuti yang banyak. Pada hakikatnya, tugas guru adalah melangkaui waktu persekolahan. Di samping melaksanakan tanggungjawab mengajar murid, guru turut berperanan melaksanakan tugas berdasarkan arahan dan keperluan tugas yang lain.
Noriah (1994) menyatakan bahawa profesion keguruan merupakan profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas. Bebanan kerja guru bukan sahaja mengajar tetapi juga melaksanakan kerja perkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga kerja-kerja Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) (Faridah dan Zubaidah 1999). Selain daripada itu, guru juga turut menjalankan tugas tambahan seperti menjadi guru penasihat persatuan, jurulatih permainan dan sukan, mengendalikan rekod murid, memeriksa kerja murid, menyedia persediaan mengajar serta kertas soalan dan menanda kertas peperiksaan. Pelaksanaan tugas tambahan ini menuntut guru untuk datang ke sekolah selepas waktu persekolahan termasuklah pada hujung minggu dan semasa cuti persekolahan.
Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini, guru turut berhadapan dengan
masalah yang berkait secara langsung atau tidak langsung dengan tugas hakiki sebagai
pendidik. Guru perlu mengendalikan murid bermasalah, menghadapi konflik dengan pihak pentadbiran, kritikan masyarakat, kekangan sumber dan sebagainya. Cabaran yang dihadapi guru pada masa kini bukan sahaja datang daripada pihak sekolah, bilik darjah atau murid tetapi merangkumi harapan dan ekspektasi daripada masyarakat dan negara. Perkembangan dunia tanpa sempadan menuntut guru untuk melihat proses pengajaran dan pembelajaran dalam konteks yang lebih luas dan bukannya dalam konteks tradisional lagi. Guru masa kini perlu menjalankan tugas yang diamanahkan untuk mendidik generasi muda menjadi warganegara seperti yang diaspirasikan oleh masyarakat dan negara.
Justeru, profesion keguruan yang semakin mencabar dalam era globalisasi ini menuntut guru untuk mempersiapkan diri secara fizikal dan emosi untuk memastikan proses mendidik anak bangsa berjalan lancar di samping memenuhi tuntutan dan harapan ibu bapa, masyarakat dan negara agar murid akan dapat mengharungi cabaran era globalisasi dengan penuh yakin dan menyumbang kepada pembangunan negara.
Cabaran yang dihadapi oleh guru dalam profesion keguruan boleh dikategorikan
seperti berikut:
6.1
Cabaran Daripada Pihak Sekolah
Cabaran daripada pihak sekolah merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh guru. Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan melihat kejayaan sekolah berdasarkan prestasi peperiksaan yang dicapai oleh muridnya. Fenomena ini mencetuskan persaingan akademik dalam kalangan pentadbir sekolah untuk mendapatkan pengiktirafan umum dengan mengarahkan guru mengadakan program akademik seperti kelas tambahan termasuk dalam masa cuti dan menambah bilangan buku rujukan serta menjalankan aktiviti bercorak motivasi untuk menjana kecemerlangan murid dalam peperiksaan. Hal ini memberikan tekanan kepada guru serta menambahkan lagi beban tugas mereka. Sekiranya peratusan kelulusan yang disasarkan tidak dicapai maka guru akan dianggap sebagai guru yang tidak komited dan kurang berjaya.
Selain daripada itu, masalah kekurangan guru, kekurangan prasarana dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh sesetengah sekolah turut memberikan tekanan kepada guru. Kekurangan tenaga guru menyebabkan guru sedia ada
terpaksa memikul tanggungjawab tambahan untuk mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya. Hal ini menyebabkan guru terpaksa mengorbankan masa rehatnya untuk membuat persediaan rapi dengan merujuk kepada bahan pembelajaran mata pelajaran yang bukan opsyennya.
Di samping itu, bilangan murid yang ramai dalam sebuah bilik darjah turut memberikan cabaran dan tekanan kepada guru. Keadaan yang sesak ditambah pula dengan pelbagai karenah murid memberikan cabaran kepada guru untuk memastikan pengajarannya benar-benar berkesan dan berkualiti. Justeru, sebagai jalan pintas untuk menangani cabaran tersebut, guru akan memilih kaedah tradisional untuk melaksanakan tugasnya.
6.2
Cabaran Daripada Murid
Pengurusan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah merupakan cabaran kepada guru. Pelbagai karenah yang dijelmakan oleh murid daripada pelbagai latar belakang, tahap pencapaian dan kebolehan merupakan situasi yang sering dihadapi oleh guru. Kewujudan keperluan yang berbeza dalam kalangan murid merupakan cabaran kepada guru yang menuntut usaha yang lebih daripada pihak guru untuk memahami serta memenuhi kepelbagaian murid serta keperluan mereka. Dalam hal ini, guru perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam aspek memahami keperluan murid serta mempunyai kemahiran pengurusan bilik darjah yang baik supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Guru juga terbeban dengan masalah tingkah laku dan disiplin dalam kalangan murid. Selain itu, masalah murid yang tidak mempunyai minat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran merupakan masalah yang perlu ditangani oleh guru. Sekiranya masalah ini tidak ditangani dengan berkesan, implikasi terhadap murid bermasalah dan murid lain akan menjadi lebih serius.
Dalam hal ini, sokongan daripada ibu bapa dan masyarakat adalah amat diperlukan bagi menangani masalah yang timbul ekoran daripada kekurangan prasarana sekolah, sikap dan tingkah laku pelajar. Masyarakat dapat membantu dari aspek penyediaan prasarana sekolah manakala ibu bapa dapat membantu dari aspek pemantauan
terpaksa memikul tanggungjawab tambahan untuk mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya. Hal ini menyebabkan guru terpaksa mengorbankan masa rehatnya untuk membuat persediaan rapi dengan merujuk kepada bahan pembelajaran mata pelajaran yang bukan opsyennya.
Di samping itu, bilangan murid yang ramai dalam sebuah bilik darjah turut memberikan cabaran dan tekanan kepada guru. Keadaan yang sesak ditambah pula dengan pelbagai karenah murid memberikan cabaran kepada guru untuk memastikan pengajarannya benar-benar berkesan dan berkualiti. Justeru, sebagai jalan pintas untuk menangani cabaran tersebut, guru akan memilih kaedah tradisional untuk melaksanakan tugasnya.
6.2
Cabaran Daripada Murid
Pengurusan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah merupakan cabaran kepada guru. Pelbagai karenah yang dijelmakan oleh murid daripada pelbagai latar belakang, tahap pencapaian dan kebolehan merupakan situasi yang sering dihadapi oleh guru. Kewujudan keperluan yang berbeza dalam kalangan murid merupakan cabaran kepada guru yang menuntut usaha yang lebih daripada pihak guru untuk memahami serta memenuhi kepelbagaian murid serta keperluan mereka. Dalam hal ini, guru perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam aspek memahami keperluan murid serta mempunyai kemahiran pengurusan bilik darjah yang baik supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Guru juga terbeban dengan masalah tingkah laku dan disiplin dalam kalangan murid. Selain itu, masalah murid yang tidak mempunyai minat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran merupakan masalah yang perlu ditangani oleh guru. Sekiranya masalah ini tidak ditangani dengan berkesan, implikasi terhadap murid bermasalah dan murid lain akan menjadi lebih serius.
Dalam hal ini, sokongan daripada ibu bapa dan masyarakat adalah amat diperlukan bagi menangani masalah yang timbul ekoran daripada kekurangan prasarana sekolah, sikap dan tingkah laku pelajar. Masyarakat dapat membantu dari aspek penyediaan prasarana sekolah manakala ibu bapa dapat membantu dari aspek pemantauan
aktiviti anak-anak mereka di rumah. Kolaborasi antara pihak sekolah, masyarakat dan ibu bapa sudah tentu akan dapat membantu mengurangkan masalah yang dihadapi oleh guru dalam memberikan pendidikan yang berkualiti.
6.3
Cabaran Untuk Memenuhi Harapan dan Jangkaan Ibu bapa
Profesion keguruan sentiasa terdedah kepada kritikan masyarakat. Tanggungjawab mendidik seringkali diserahkan sepenuhnya oleh ibu bapa kepada guru. Kehendak ibu bapa yang mahukan guru mendidik anak mereka dan membentuk sahsiah dan keperibadian serta kebolehan intelektual anak mereka merupakan tanggungjawab dan cabaran yang amat berat bagi guru. Ibu bapa juga cepat mempersalah dan mempertikaikan tindakan guru terutama sekiranya berlaku sesuatu peristiwa yang kurang disenangi di sekolah yang melibatkan anak mereka. Sehubungan itu, adalah amat penting bagi guru untuk mengetahui latar belakang murid dan keluarga, matlamat dan aspirasi ibu bapa terhadap anak mereka bagi membolehkan guru menjalankan tugas mereka dengan lancar dan penuh keyakinan. Selain itu, perkongsian dan jaringan pintar serta hubungan yang baik antara ibu bapa dan sekolah perlu dimantapkan supaya proses pendidikan akan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan kurang memberikan tekanan kepada guru.
6.4
Cabaran Untuk Memenuhi Harapan dan Jangkaan Negara
Guru ialah golongan yang menjadi harapan negara dalam proses pembentukan modal insan demi kemajuan negara di masa hadapan. Peranan guru dalam merealisasikan misi dan visi negara tertakluk kepada bentuk warga yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara. Dalam konteks ini, guru perlu memahami aspirasi masyarakat dan negara terhadap golongan guru. Dasar Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Negara merupakan antara dokumen yang perlu difahami dan dihayati oleh guru dalam usaha untuk merealisasikan hasrat negara melalui proses pembinaan modal insan. Penghasilan modal insan yang seimbang dari aspek intelek, jasmani, rohani dan emosi yang menjadi tunjang pendidikan di bawah Falsafah
Pendidikan Kebangsaan menjadi cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dengan penuh
tanggungjawab.
Cabaran yang dihadapi oleh guru melalui perubahan kurikulum yang bersifat dinamik selaras dengan keperluan semasa menuntut guru untuk melakukan penyesuaian agar segala objektif yang disasarkan melalui perubahan kurikulum akan dapat dicapai. Perubahan secara mendadak boleh memberi tekanan kepada guru. Sehubungan itu, guru perlu sentiasa bersedia dari segi mental dan psikologi serta meningkatkan pengetahuan mereka bagi melaksanakan perubahan yang diharapkan.
Selaku role model kepada murid, guru harus mempunyai ciri dan nilai yang boleh diteladani oleh murid. Ciri dan nilai positif yang perlu ada pada setiap guru meliputi ketrampilan diri, pengetahuan, akhlak dan keperibadian yang tinggi serta pengamalan nilai murni di dalam dan di luar bilik darjah. Penyesuaian dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik menuntut guru melakukan penyesuaian supaya selari dengan norma yang diamalkan oleh masyarakat setempat. Justeru, guru perlu menunjukkan kewibawaan dan keterampilan yang boleh diteladani oleh muridnya.
6.5
Cabaran Untuk Memenuhi Tuntutan Perubahan Semasa
Masa kini, cabaran utama guru adalah berkaitan dengan keperluan masyarakat dan negara dalam menghadapi era globalisasi dan k-ekonomi. Hargreaves (2003) menyenaraikan tiga cabaran utama guru dlam era k-ekonomi iaitu: 1) menjadi pemangkin kepada masyarakat berpengetahuan (knowledge society) untuk merealisasikan peluang yang dibawa bersamanya; 2) menjadi pengimbang kepada masyarakat dari ancaman yang dibawa oleh era k-ekonomi; dan 3) menjadi pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memenuhi jangkaan dari segi pendidikan dengan menggunakan kos yang minima. Dalam hal ini, bidang pendidikan dan guru adalah diharapkan berfungsi sebagai penyelamat masyarakat.
Masyarakat yang berpengetahuan merujuk kepada sistem ekonomi yang dijana melalui aspek kreativiti dan keaslian. Hal ini menyebabkan masa hadapan dan kemakmuran negara bergantung kepada kemahiran tenaga kerjanya(k-worker ) yang meliputi aspek menterjemahkan idea yang kompleks, mengambil peluang daripada perkembangan sains dan teknologi serta menyelesaikan masalah yang belum pernah
dihadapi. Tambahan pula, golongank- worker ini diharapkan akan dapat memberikan nilai tambah kepada sebarang bentuk produk dan perkhidmatan yang dihasilkan. Sehubungan itu, sekolah dan guru adalah diharapkan dapat memainkan peranan penting dengan sebaiknya dalam menyediakan murid dengan kualiti tersebut dan memperkembangkan pengajaran tentang kreativiti dan keaslian. Justeru, guru dan sekolah adlah diharapkan akan dapat melahirkan modal insan yang berfungsi untuk kesejahteraan diri dan menyumbang ke arah pembangunan negara.
6.6
Cabaran Dalam Diri Guru Terhadap Profesion Keguruan
Cabaran terbesar yang dihadapi oleh guru ialah untuk memotivasikan diri menjadi pendidik selaras dengan harapan ibu bapa, masyarakat dan negara. Tekanan beban kerja, penghormatan masyarakat terhadap profesion keguruan yang agak hambar serta imbuhan pendapatan yang tidak setanding dengan golongan profesional lain boleh dikaitkan dengan tahap motivasi dalaman guru. Faktor bebanan tugas yang boleh menimbulkan fenomena burn out dalam kalangan guru, imbuhan kerja yang kurang menarik dan kekurangan peluang kenaikan pangkat menjadi faktor penolak kepada guru untuk terus kekal dalam profesion yang mulia ini.
Namun demikian, telah wujud usaha oleh pihak kerajaan untuk menangani isu ini dengan mempelbagaikan peluang kenaikan pangkat dan penyediaan struktur gaji yang lebih menarik serta penyediaan persekitaran kerja yang lebih kondusif demi kebajikan guru di samping untuk menarik lebih ramai individu menyertai profesion keguruan. Hal ini turut dinyatakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 (PIPP) di bawah teras strategik Memartabatkan Profesion Keguruan.
7.0
Teori Motivasi Dan Keperluan
Motivasi kerja merupakan aspek penting dalam bidang pentadbiran dan boleh didefinisikan sebagai kuasa, faktor pendorong, faktor penggerak yang terdiri daripada keperluan atauneeds, tekanan ataupre s s ure yang menggerakkan dan meneruskan usaha di tempat kerja. Hal ini dapat dikesani menerusi pelbagai tingkah laku yang ditunjukkan
dalam persekitaran organisasi. Herzberg (1987) telah mengemukakan Teori Motivator
Hygiene yang turut dikenali sebagai teori dua faktor atau dual-factor theory.
Herzberg (1987) menyatakan terdapat dua set faktor dalam pengurusan sesebuah organisasi. Set faktor asas yang dikenali sebagaihygiene yang perlu ada bagi membolehkan seseorang pekerja untuk berfungsi adalah seperti berikut:
i.
pertalian antara ketua dengan orang bawahan;
ii.
pertalian antara ketua dengan pihak atasan;
iii.
polisi dan peraturan pentadbiran;
iv.
syarat-syarat kerja; dan
v.
pengawasan kerja.
Set faktor motivator pula berfungsi sebagai penggerak atau pendorong kepada pekerja untuk meningkatkan usaha dan menghasilkan kerja yang lebih baik. Antara faktor motivator tersebut adalah seperti berikut:
i.
pencapaian yang diperolehi;
ii.
pengiktirafan yang diberikan;
iii.
cabaran dan kesan terhadap minat seseorang;
iv.
tanggungjawab yang dipegang; dan
v.
peluang kenaikan pangkat.
Apabila faktor motivator tiada atau tidak dipenuhi, maka pekerja akan berasa
kurang puas dan tidak berasa seronok untuk bekerja.
Kombinasi atau gabungan kedua-dua set faktor motivator danhygiene akan menentukan motivasi dan kepuasan seseorang pekerja. Teori ini berpegang kepada beberapa andaian seperti berikut:
i.
Pekerja memerlukan keadaan persekitaran yang sesuai dan selesa bagi
mendatangkan rasa kepuasan bekerja;
ii.
Apabila kepuasan persekitaran kerja dicapai, seseorang pekerja memerlukan faktor tertentu untuk memotivasikannya bekerja dengan lebih baik, rajin, cermat dan produktif;
iii.
Motivasi ialah penggerak bagi individu untuk bertindak. Tindakan yang dibuat
adalah berasaskan motif tertentu;
iv.
Manusia bertindak membuat sesuatu kerana didorong oleh sesuatu kehendak; dan
v.
Manusia didorong bertindak jika ia berpendapat tindakannya akan menghasilkan
sesuatu yang diingini.
Abraham Maslow (1954) telah cuba menerangkan tingkah laku manusia berasaskan
keperluan individu yang berbentuk konsep hirarki seperti Jadual 1 berikut:
Jadual 1 Hirarki Keperluan Manusia
Keperluan dan Tahap
Petunjuk jenis fisiologi dan psikologi
Keperluan di
tahap tinggi
Tahap 5: Pencapaian
kendiri/Self actualization
Pencapaian perkembangan individu yangtertinggi. Tahap kreativiti dan perasaansendiri.
Tahap 4: Keperluan
untuk dihargai
Harga diri – bukti pencapaian, kecekapan dan
keyakinan. Boleh dihargai oleh orang lain –
diberi pangkat, penghargaan dan penghayatanTahap 3: Keperluankeanggitaan, dikasihi danaktiviti sosial
Perhubungan yang memuaskan dengan yanglain. Menganggotai kumpulan tertentu.Memberi dan menerima kasih sayang.
Keperluan di
tahap rendah
Tahap 2: Keperluankeselamatan danketenteraman
Perlindungan dari bahaya dan ancaman,kebebasan dari perasaan takut, runsing dankacau bilau. Keperluan terhadap struktur,peraturan undang-undang, sempadan dankekukuhan.
Tahap 1: Berbentuk
fisiologi
Memenuhi keperluan fisiologi sepertiberikut:Rasa dahaga
Rasa tidur
Rasa lapar
Bau yang selesa
Keperluan seks
Sentuhan
Menurut Maslow (1954) lagi, terdapat lima tahap keperluan dalam diri manusia apabila bekerja. Pertama, keperluan berbentuk fisiologi; kedua, berbentuk keperluan keselamatan dan ketenteraman; ketiga, keperluan untuk dikasihi dan dipunyai; keempat, keperluan untuk dihargai; dan kelima, keperluan untuk memperoleh kebebasan mengembangkan diri mengikut acuan dan dorongan sendiri.
Keperluan asas fisiologi seperti makan dan minum adalah tahap keperluan yang terendah manakala keperluan untuk memenuhi kehendak seumur hidup, kehendak yang diasaskan oleh personaliti sendiri atauself-actua lization merupakan tahap tertinggi dalam hirarki tersebut. Apabila individu memenuhi keperluan fisiologi, ia mempunyai keperluan di tahap keselamatan, seterusnya keperluan untuk disayangi, dihargai dan akhirnya
keperluan untuk mencapaiself- actualization. Usaha untuk memenuhi keperluan di tahap yang lebih tinggi adalah agak sukar untuk dicapai sekiranya keperluan di tahap yang rendah tidak dipenuhi sepenuhnya. Jika keperluan di tahap yang rendah itu tidak dipenuhi dan ditinggalkan, ia akan timbul semula dan mengawal tingkah laku individu. Mengikut Maslow lagi, bagi kebanyakan manusia, keperluan di tiga tahap pertama memang selalu dicapai dan tidak dianggap sebagai penggerak (motivator) manakala keperluan di tahap keempat dan kelima adalah jarang-jarang dipenuhi.
Dalam konteks profesion keguruan, kedua-dua teori yang dinyatakan mempunyai hubungkait dalam menentukan tahap kualiti guru. Guru yang bermotivasi akan dapat melaksanakan tugas dengan lancar dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan diri dan pengetahuannya untuk menjadi guru yang berkualiti. Motivasi yang lahir daripada hubungan yang baik dengan pentadbir dan rakan sejawat, persekitaran kerja yang selesa dan kondusif, pengiktirafan dan penghargaan yang diterima akan mendatangkan kepuasan kepada guru. Gabungan faktorhygi ene dan motivator mengikut teori dua faktor Herzberg dan tahap keperluan yang dipenuhi mengikut teori keperluan Maslow akan mendorong guru untuk memajukan dirinya dalam profesion serta dapat menghasilkan murid yang cemerlang. Model analisis input-output mengenai tahap motivasi guru dan pencapaian murid boleh digambarkan seperti Rajah 1 berikut:
Input
Proses
Output
Guru yang bermotivasi(hasil daripada pemenuhantahap teori keperluanMaslow dan persekitaran,hubungan sertapenghargaan yang diterimamengikut teori dua faktorHerzberg)
Pelaksaanaan pengajarandan pembelajaran yangberkualiti dan berkesan
Pencapaian murid yangcemerlang, berakhlak muliadan berkemahiran selarasdengan Falsafah PendidikanKebangsaan.
Rajah 1 Model Analisis Input – Output
8.0
Memartabatkan Profesion Keguruan di bawah Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006 – 2010 (PIPP)
Dalam usaha untuk memotivasikan guru serta meletakkan profesion keguruan setanding dengan golongan profesional lain, Kementerian Pelajaran melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 (PIPP), telah menggariskan teras strategik khas berkaitan dengan profesion keguruan iaitu Memartabatkan Profesion Keguruan.
Di bawah teras ini, KPM telah menggubal dasar untuk memartabatkan profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Bagi mencapai matlamat dan dasar tersebut, fokus untuk memartabatkan profesion keguruan adalah:
i.
menambah baik sistem pemilihan calon guru;
ii.
memantapkan latihan perguruan;
iii.
memantapkan kerjaya guru;
iv.
menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru; dan
v.
memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia.
Selain daripada meneruskan usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti, KPM turut berhasrat untuk memastikan guru yang berkualiti akan kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan.
Bagi merealisasikan hasrat tersebut, KPM telah menggariskan beberapa strategi
berdasarkan fokus yang ditetapkan seperti berikut:
i.
Menambah baik sistem pemilihan calon guru dengan memperketat syarat dan
kriteria pengambilan calon guru.
ii.
Memantapkan latihan perguruan dengan:
a) menaik taraf maktab perguruan kepada IPG yang menawarkan program pada
peringkat ijazah sarjana muda pendidikan;
b) mereka bentuk serta menggubal kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat
kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru;
c) meningkatkan pemantapan dan peluasan kursus dan latihan; dan
d) memperluas dan meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan
(R&D)
iii.
Memantapkan kerjaya guru dengan menambah baik perjawatan guru dan
menambah perjawatan dan peluasan kenaikan pangkat untuk PPPS
di
KPM/JPN/PPD/G.
iv.
Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru dengan menyediakan persekitaran kerja yang kondusif serta menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan.
v.
Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia dengan penyediaan
mekanisme bekalan guru.
9.0
Skim Perkhidmatan Profesion Keguruan
Terdapat dua kategori skim perkhidmatan profesion keguruan iaitu skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) dan skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS).
Gred perkhidmatan di bawah skim PPPBS dan PPPS adalah seperti dalam rajah 2
berikut:
PPP Lepasan Diploma
PPP SiswazahRajah 2 Gred Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Menurut amalan sebelum ini, guru di bawah skim PPPLD akan ditugaskan untuk mengajar di sekolah rendah manakala guru di bawah skim PPPS akan ditugaskan di sekolah menengah. Namun demikian, di bawah inisiatif dan dasar pensiswazahan guru
dan selaras dengan hasrat KPM untuk menempatkan 50% guru siswazah di sekolah rendah dan 100% guru siswazah di sekolah menengah menjelang tahun 2010, amalan tersebut telah diubah bagi meningkatkan lagi kualiti guru dan kualiti pendidikan yang diberikan kepada murid.
Sehingga 31 Januari 2007, terdapat seramai 198,894 orang guru yang berkhidmat di 7,621 buah sekolah rendah manakala terdapat seramai 140,988 orang guru yang berkhidmat di 2,055 buah sekolah menengah.
9.0
Pewujudan Perjawatan dan Peluang Kenaikan Pangkat Dalam Profesion
Keguruan
Kementerian Pelajaran menyedari akan keluhan dan rintihan yang disuarakan oleh golongan guru mengenai peluang kenaikan pangkat yang amat terhad dalam profesion keguruan. Amalan yang diguna pakai tentang peluang kenaikan pangkat adalah berdasarkan kekananan atauseniority dalam perkhidmatan. Sehubungan itu beberapa insentif dan perjawatan baru telah diperkenalkan bagi memperluas peluang guru untuk menikmati kenaikan pangkat berdasarkan prestasi dan merit, dan bukan hanya berdasarkan kekananan semata-mata. Antara insentif dan peluang kenaikan pangkat adalah seperti berikut:
9.1
Kenaikan pangkat secaratime-based Khas Untuk Penyandang (KUP)
Di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuatkuasa pada tahun 2002, guru akan diberi kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan mereka. Seorang guru yang berada pada gred DGA29 akan menikmati kenaikan pangkat ke gred DGA32 setelah berkhidmat bagi tempoh 10 tahun. Begitu juga dengan guru yang berada pada gred DG41 dan telah berkhidmat selama 10 tahun akan menerima kenaikan pangkat secaratime- based pada gred DG44
9.2
Memperluas Konsep Pengetua Kanan Gred DG52 (KUP) dan Pengetua
Cemerlang Gred DG54(KUP) serta Pengetua Cemerlang Gred Jusa C
Jawatan Pengetua Kanan Gred DG52(KUP) dan Pengetua Cemerlang DG54(KUP) serta Pengetua Cemerlang Gred Jusa C diwujudkan sebagai pengiktirafan kepada pengetua sekolah yang menunjukkan prestasi yang tinggi dalam aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah. Pemilihan dilakukan oleh Panel Penilai di peringkat KPM berdasarkan pencalonan dan perakuan yang dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri mengikut syarat yang telah ditetapkan.
Sehingga bulan Jun 2007, kuota yang diluluskan bagi jawatan Pengetua Cemerlang ialah sebanyak 10 jawatan diperuntukkan untuk gred JUSA C, 200 jawatan untuk gred DG54 dan 400 jawatan untuk gred DG52.
Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam juga telah meluluskan lapisan gred baru DGA38 bagi jawatan Guru Besar Cemerlang. Dalam tempoh lima tahun disasarkan sebanyak 1700 jawatan DGA38 akan diisi.
9.3
Memperluas Konsep Guru Cemerlang Gred Khas C di Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi Serta Menambah Kuota Guru Cemerlang DGA32 dan DGA34
“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.”
(Petikan daripada Buku Terma Rujukan Konsep Guru Cemerlang)
Jawatan Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam profesion keguruan. Kenaikan pangkat dalam profesion keguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah. Secara tidak langsung, profesion keguruan akan kehilangan guru pakar yang berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka
dinaikkan pangkat. Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat sebagai Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik. bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah
Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang adalah seperti berikut:
i. Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang
pengkhususan masing-masing;ii. Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P);iii. Menjadikan Guru Cemerlang sebagai role model kepada guru lain;iv. Meningkatkan motivasi guru;
v. Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran
Guru Cemerlang;
vi. Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran;
vii. Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau
bertukar ke jawatan pentadbiran; dan
viii. Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan
laju (fast track) Khas Untuk Penyandang (KUP).
Sehingga bulan Jun 2007, peruntukan kuota bagi guru cemerlang ialah sebanyak 24 jawatan untuk gred Khas C, 100 jawatan untuk gred DG54, 250 jawatan untuk gred DG52, 1000 jawatan untuk gred DG48 dan 4000 jawatan untuk gred DG44. Manakala bagi Guru Lepasan Diploma pula 800 jawatan untuk gred DGA34 dan 3200 jawatan untuk gred DGA32.
Pelan tindakan KPM di bawah fokus memantapkan kerjaya guru turut
mengandungi perancangan berikut:
i. Menetapkan sekurang-kurang seorang Guru Cemerlang bagi setiap sekolah menengah
pada gred DG44;
ii. Mewujudkan gred kenaikan pangkat kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di
Kementerian Pelajaran Malaysia/Jabatan Pelajaran Negeri;
iii. Mewujudkan pelan pembangunan staf, guru cemerlang dan staf sokongan;
iv. Menyediakan laluan fast track untuk guru berasaskan merit dan prestasi, bukan hanya
menggunakan kekananan sebagai asas utama;v. Mewujudkan gred baru Guru Besar Cemerlang DG41;vi. Mewujudkan dasar yang lebih jelas bagi program pensiswazahan;vii. Menyediakan unjuran jangka panjang bagi program sarjana dan PhD;
viii. Menyediakan kaedah kenaikan pangkat untuk mempercepatkan KUP pegawai di
KPM/JPN memegang jawatan hakiki (dalam tempoh 2 tahun);ix. Menambah baik norma perjawatan guru iaitu norma baru 1:1.7 menjelang tahun 2010;x. Menetapkan pemberian elaun kepada guru tugas-tugas khas; danxi. Mengkaji cuti rehat dan waktu bekerja guru.
Perancangan yang komprehensif yang digariskan oleh KPM dalam usaha memartabatkan profesion keguruan melalui pewujudan jawatan, peluang kenaikan pangkat serta insentif lain merupakan satu inisiatif mulia yang mengambilkira keperluan profesion serta pembelaan hak dan nasib guru yang sudah sekian lama dipinggirkan jika dibandingkan dengan golongan profesional lain. Adalah diyakini, golongan guru akan beroleh kepuasan bekerja dan bermotivasi tinggi apabila segala perancangan ini dapat direalisasikan melalui PIPP.
10.0 Penutup
Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap profesion keguruan. Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, keterampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Di samping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru dalam mengharungi cabaran di era globalisasi, pemantapan kebajikan dan kerjaya harus terus diberi penekanan oleh pihak kerajaan. Skim perkhidmatan keguruan perlu terus diperbaiki bermula daripada aspek pengambilan, latihan dan penempatan bagi memastikan guru-guru berpeluang menikmati skim yang setara atau lebih baik daripada skim perkhidmatan profesional yang lain. Pendekatan yang
21
mewujudkan laluan kerjaya profesion keguruan yang lebih menarik akan meningkatkan persepsi masyarakat terhadap profesion keguruan, menarik minat individu lain untuk menyertai profesion ini serta akan dapat melahir dan mengekalkan guru-guru berkualiti dan sekali gus memartabatkan profesion keguruan yang mulia ini.
RUJUKAN
22
Bakhtiar Mansor. 1993. “Perguruan: Satu Perspektif Perkembangan Kerjaya” dalam
Jurnal Pengurusan Pendidikan. Kuala Lumpur: Institut Aminuddin Baki.
Hoy, K.W. & Miskel, G.C. 1991. Educational Administration: Theory, Research &
Practice.(ed. 4) New York: McGraw Hill Inc.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-
2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005. Pendidikan Di Malaysia. Putrajaya: Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2007. Risalah Maklumat Asas Pendidikan. Putrajaya:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Norzaini Azman & Mohammed Sani Ibrahim. 2007. Profesion Perguruan. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Robiah Sidin. 2003. Teori Pentadbiran Pendidikan:Satu Pengenalan. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Shuib Dirwan & Johari Seman. 2001. Profesyen Keguruan Di Malaysia: Sejauh Manakah
Martabatnya Kini? dalam Bestari Koleksi Guru Johor, JPN Johor, hlm 40 – 48.
Yazid Abdul Manap. 2001. “Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab
Bersama” dalam Bestari Koleksi Guru Johor, JPN Johor, hlm 15 – 33.
23