• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Kelebihan dan faedah membaca buku
 

Kelebihan dan faedah membaca buku

on

  • 21,516 views

 

Statistics

Views

Total Views
21,516
Views on SlideShare
21,515
Embed Views
1

Actions

Likes
1
Downloads
146
Comments
1

1 Embed 1

http://pusatsumbersmadf.blogspot.com 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

11 of 1 previous next

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • Sungguh menarik dan enak dibaca . Saya sukaaaaa :DD
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Kelebihan dan faedah membaca buku Kelebihan dan faedah membaca buku Document Transcript

    • Kelebihan Dan Faedah Membaca Buku4:38 PM Syafiq Zalizan :) No commentsAssalamualaikum dan Salam Sejahtera.Tahukah anda ramai yang masih kurang minat membaca dalam diri mereka. Merekamenganggap yang membaca itu satu benda yang membosankan. Pertama kali semasa wahyupertama diturunkan kepada baginda rasulullah pun menyuruh baginda untuk iqra’(membaca).Jadi kita boleh nampak betapa pentingnya membaca dalam islam. Diri saya sendiri punkadang-kadang cepat merasa bosan apabila membaca. Saya jarang membaca buku-buku sebabkadang-kadang saya mengantuk apabila membaca buku. Tapi saya suka membaca secara onlineiaitu membaca di internet seperti laman web,blog,ebook dan sebagainya…Sebenarnya membaca tak kira la membaca apa pun mempunyai banyak kelebihannya yangjarang kita nampak. Dalam artikel ini saya akan menerangkan beberapa kelebihan membaca takkira la baca apa pun asalkan benda tu boleh dibaca. Dari buku hinggalah ke internet asalkanbenda yang dibaca itu bermanfaat pasti anda akan mempunyai banyak faedahnya. Antarakelebihan dan faedah apabila membaca adalah:1. Yang ini hampir semua orang tahu dan pernah dengar kan. Iaitu membaca dapatmenambahkan ilmu pengetahuan. Dengan membaca kita dapat menambahkan ilmupengetahuan tentang ilmu-ilmu di sekeliling kita. Tapi ianya juga bergantung kepada bahanbacaan yang dibaca juga. Kalau bahan bacaan itu berbentuk ilmiah pasti ia dapat menambahkanilmu pengetahuan kita. Ilmu pengetahuan itu pasti berguna untuk masa sekarang ataupun masahadapan anda.
    • 2. Sebenarnya membaca adalah satu senaman juga. Membaca adalah satu senaman minda.Anda akan menghadapi hari-hari yang tenang kerana dapat berfikir dengan baik oleh kerana andamempunyai minda yang sihat. Jika anda menganggap yang senaman tubuh badan itu sangatpenting untuk mendapat kesihatan yang sihat maka begitu la juga senaman minda ini untukkesihatan minda anda. Dengan membaca anda akan melakukan satu proses aktif minda anda.Ini kerana anda menggunakan sel-sel dalam otak untuk berfikir dan mengaktifkan sel-sel tersebutseterusnya membuatkan minda anda menjadi lebih sihat.3. Jika anda rajin membaca anda akan mempunyai kelebihan untuk fokus. Fokus adalahmemberi tumpuan dengan sepenuhnya dalam apa saja perkara yang dilakukan. Kelebihan apabilaanda dapat fokus adalah anda tidak akan kelam kabut jika menghadapi sebarang situasi ataupunmasalah. Anda dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu.Dan sudah semestinya anda akan dapat menyelesaikan masalah itu dengan tenang.4. Membaca akan meningkatkan memori anda. Kalau anda tidak menggunakan memori,lama-lama memori anda akan menjadi lemah. Permainan seperti teka silangkata akanmengurangkan risiko anda untuk nyanyuk di hari tua. Walaupun membaca bukan sejenispermainan, ia dapat membantu meregangkan otot-otot memori dalam cara yang sama sepertianda bermainan permainan yang menggunakan memori. Ini kerana membaca memerlukaningatan lebih lanjut tentang apa yang anda baca itu. Secara tak langsung akan meningkatkankekuatan memori anda.5. Meningkatkan disiplin dalam diri adalah sukar bagi sesetengah orang. Membaca akanmelatih anda untuk menjadi seorang yang berdisiplin. Ini kerana apabila anda selalumembaca anda telah membuatkan masa membaca sesuatu yang anda tahu dan anda mestilakukan pada masa-masa tertentu. Tapi ada siapa-siapa yang membuat jadual membaca dalamsehari?anda ada buat ke?sangat sedikit yang melakukan. Itulah sebabnya apabila andamenambahkan aktiviti membaca dalam jadual seharian dan sentiasa melakukannya anda akanmeningkatkan tahap disiplin dalam diri anda. Anda juga mungkin merasa tidak selesa jika tidak
    • membaca pada satu-satu hari, itu bermakna tahap disiplin untuk membaca dalam diri anda sangattinggi.6. Apabila anda rajin membaca ia akan meningkatkan kreativiti dalam kotak fikiran andasebenarnya. Anda seorang yang rajin membaca tentang kepelbagaian kehidupan dan ini akanmemberikan anda inspirasi kepada idea-idea yang baru. Dengan penambahan maklumat-maklumat yang lebih ia akan membantu memajukan bahagian kreatif dalam minda anda dimanaia menyerap pembaharuan kedalam proses pemikiran. Seterusnya anda akan lebih kreatif untukmelakukan sesuatu perkara yang baru dalam hidup anda.7. Adakah anda selalu merasa bosan?biasanya anda akan cepat untuk merasa bosan kerana andatiada aktiviti untuk dilakukan. Tahukah anda membaca akan mengurangkan rasa bosan? Jikaanda merasa bosan cuba cari bahan untuk dibaca tak kira la dari mana pun sumbernya. Mungkinapabila anda membaca sesuatu itu anda akan terjumpa sesuatu yang anda minat, maka anda akanmerasa kurang rasa bosan dan seterusnya menghentikan rasa bosan anda itu.8. Membaca akan mengurangkan stress atau tekanan. Jika anda selalu merasa tertekanataupun banyak menghadapi masalah pasti ia akan menyusahkan hidup anda. Apabila andamembaca mungkin anda dapat melupakan seketika sesuatu masalah anda itu ataupun andamembaca sesuatu yang menghiburkan anda sudah pasti ia akan menghilangkan rasa stres dantekanan dalam diri anda itu. Maka dapat dilihat yang membaca dapat membantu anda dari keluartekanan dan stres.9. Rajin membaca akan meningkatkan skil membaca dan skil tatabahasa anda. Padamulanya memang susah untuk anda mendapat skil membaca tapi lama kelamaan anda akanmenemui skil dan rentak membaca itu. Dan seterusnya akan meningkatkan keseronokan andauntuk membaca kerana anda sudah menemui skil dan rentak anda sendiri. Dengan skil dan rentakinilah anda tidak akan cepat merasa bosan malah semakin seronok untuk membaca dan terusmembaca.
    • 10. Membantu anda berkomunikasi dengan lebih baik. Ini kerana dengan dengan banyakpengetahuan yang diperolehi dari banyaknya pembacaan anda, anda akan merasa lebih yakinuntuk berkomunikasi. Anda dapat menceritakan kepada orang lain apa yang anda tahu danmengelakkan dari berdiam diri saja apabila berkomunikasi dengan orang lain. Anda juga akanmerasa seronok untuk menceritakan dan berkongsi dengan orang lain tentang apa yang andatahu.Akhir sekali dapat la diketahui yang membaca mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri.Apa yang saya terangkan dalam artikel ini adalah hanya sebahagian sahaja dari banyaknyakelebihan-kelebihan membaca itu. Jadi anda patut menjadikan aktiviti membaca ini sebahagiandari kehidupan seharian anda. Semoga anda mendapat banyak faedah dan manfaat darinya.Bacalah Buku, Kerana MEMBACA JAMBATAN ILMUhttp://syafiqzpro.blogspot.com/2011/02/kelebihan-dan-faedah-membaca-buku.htmldiakses pada 14/08/11