Aktiviti 7.3
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Like this? Share it with your network

Share

Aktiviti 7.3

on

  • 737 views

 

Statistics

Views

Total Views
737
Views on SlideShare
737
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
12
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Aktiviti 7.3 Document Transcript

  • 1. Aktiviti 7.3 (m/s 95) 1. Senaraikan jenis-jenis sekolah yang terdapat di Malaysia. 2. Huraikan sebab mengapa terdapat sekolah yang menjadi pilihan. Sekolah merupakan suatu institusi sosial formal moden. Sebagai sebuah institusi sosial, sekolahmempunyai ciri-ciri tersendiri yang sesuai dengan ciri-ciri organisasi moden seperti yang dinyatakan olehWeber. Sekolah juga sering dirujuk sebagai organisasi formal.Antara perkara-perkara yang menunjukkanformaliti sekolah ialah wujudnya peraturan, prosedur, carta organisasi, manual organisasi, deskripsi tugas,memorandum, minit, fail, jawatankuasa, status jawatan, diari dan lain-lain. Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Pendidikan Malaysiaboleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri.Sistem pendidikandipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasadalam kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukanoleh kementerian. Terdapat peperiksaan piawai yang merupakan ciri yang biasa bagi negara-negara Asiaseperti di Singapura dan China. Terdapat beberapa jenis sekolah yang ada di negara kita Malaysia.Antara sekolah-sekolah tersebutialah sekolah kebangsaan, sekolah kluster, sekolah jenis kebangsaan, sekolah wawasan, sekolah bestari,sekolah teknik dan vokasional dan sekolah berasrama penuh. Sekolah Kebangsaan ialah sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan yangmenyediakan Pendidikan Rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahun sehingga umur dua belastahun.Manakala bagi sekolah menengah kerajaan atau sekolah menengah bantuan kerajaan pulamenyediakan Pendidikan Menengah untuk pelajar yang berumur tiga belas tahun sehingga tujuh belastahun. Sekolah kebangsaan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.Manakala bagi Bahasa Inggeris pula, ianya menjadi sebagai mata pelajaran wajib. Selain itu juga, terdapatkemudahan bagi pengajaran Bahasa Cina atau Tamil dimana bahasa tersebut hendaklah diadakan jika ibubapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya. Hal ini juga perlu bagibahasa-bahasa ibunda kaum asli lain yang hendak mengadakan pengajaran bagi bahasa ibunda merekajika didapati munasabah dan ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itumemintanya. Sekolah Kluster ialah sekolah yang bertaraf tinggi antara sekolah-sekolah lain di Malaysia. Sekolahkluster juga merupakan satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalamklusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster
  • 2. bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangunsekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luarklusternya.Sehingga kini, beberapa buah sekolah telahpun diisytiharkan sebagai sekolah kluster sejak 30Mac 2007.Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP), yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006.Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkanpendekatan kedua PIPP, iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam klusterkecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, MelonjakkanKecemerlangan Institusi Pendidikan.Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkansekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan.Pengelompokan yangdilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan. Sekolah Jenis Kebangsaan pula terdiri daripada dua jenis iaitu sekolah jenis kebangsaan Cina dansekolah jenis kebangsaan Tamil. Kurikulum di sekolah jenis kebangsaan ini adalah sama sahaja dengansekolah kebangsaan. Perbezaan antara sekolah jenis kebangsaan dengan sekolah kebangsaan ialah bahasapengantar yang digunakan.Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaanmanakala Bahasa Tamil atau Bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah JenisKebangsaan. Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satukawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolahrendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyaibangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatanpenghubung (link-way).Terdapat beberapa tujuan dan matlamat sekolah wawasan diwujudkan. Antaranyauntuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang,untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran, untuk melahirkan generasi yangmempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatupadu dan untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melaluiperkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah. Sekolah Bestari merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan membawa kepadapendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi iamerupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapaipotensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan.Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Pada peringkatpermulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, akan
  • 3. diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan menggunakan teknolgi terkini sebagai kaedah dan teknikpengajaran dan pembelajaran. Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentukperisian yang direka oleh Pusat Pemkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian TeknologiPendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep SekolahBestari, guru-guru di sekolah yang dipilih menjadi sekolah bestari, akan diberi latihan dalamperkhidmatan, khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melaluipenggunaan teknologi terkini. Bagi sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan, tenaga pengajar danpentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolah Bestari di bawah Bahagian Sekolah,Kementerian Pendidikan Malaysia.Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah-aliran dalamperkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. SekolahBestari ini merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik danberpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-cabaran WawasanNegara. Sekolah Vokasional merupakan sekolah yang lebih menjurus ke dalam bidang-bidang pertukangandan kemahiran.Takrif Sekolah Pendidikan Vokasional ialah kursus lepasan PMR selama 2 tahun diSekolah Menengah Vokasional dimana pelajar-pelajar akan menduduki Peperiksaan SPM setelah tamat.Di antara jurusan yang ditawarkan ialah bidang ketukangan kejuruteraan, ekonomi rumahtangga,perdagangan, pertanian dan kejenteraan ladang.Manakala bagi Sekolah Teknik pula, pelajar-pelajarnyaterdiri dari pelajar yang berminat dalam bidang teknologi dan kejuruteraan.Diantara jurusan yangditawarkan di sekolah teknik ialah kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan jentera,pertanian dan perdagangan. Sekolah Berasrama Penuh adalah sekolah yang mengawal proses pembelajaran pelajar secaramenyeluruh dan terancang. Sekolah jenis ini terdapat dengan banyaknya di seluruh negara.Syarat-syaratkemasukannya pula adalah agak ketat.Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh adalah suatu usahaberterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dansempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar berpontensi ke arahkecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutanagama, bangsa dan negara. Ibu bapa atau penjaga murid mungkin ada banyak sebab mengapa mereka menghantar anak merekake sesebuah sekolah. Ada yang memberikan sebab yang mudah seperti sudah ada abang atau kakaknyayang belajar di sekolah yang sama. Ada juga yang mempertimbangkan faktor jarak sekolah yang dekatdengan rumah dan memudahkan anak dihantar ke sekolah.Ada juga ibu bapa yang lebih cenderung
  • 4. menjadikan faktor pencapaian sekolah dalam kokurikulum seperti mempunyai pasukan bola sepak yangberjaya dan menang di peringkat daerah atau negeri sambil menaruh harapan besar agar anaknya akanturut dipilih sebagai pemain sekolah.Tetapi kebanyakan ibu bapa lebih suka mengukur pencapaiankurikulum sekolah terutama dalam kalangan mereka yang memberi tumpuan kepada pencapaianakademik anak-anak mereka. Mereka jenis ini akan memberi pertimbangan lebih halus ke atas faktor kemampuan guru danpengetua sebagai pemimpin instruksional dalam membantu menunaikan impian besar mereka untukmelihat anak mereka berjaya dalam pelajaran.Bagi mereka yang berorientasikan begini, itulah sebabutama wujudnya sekolah dan atas sebab itulah mereka berhempas pulas memastikan anak-anak merekadatang ke sekolah serta mengikuti dengan penuh tekun pengajaran dan pembelajaran di dalamkelas.Sebahagian besar ibu bapa dalam kategori ini hampir-hampir tidak kisah tentang kejayaan yangdicapai oleh pihak sekolah dalam bidang kokurikulum. Mereka ini berasa sudah memadai jika anakmereka terlibat pada kadar biasa dalam aktiviti kokurikulum di sekolah, tanpa mengharapkan anakmereka turut serta dalam aktiviti di peringkat daerah, negeri mahupun negara. Jika ada pun yang merekabanggakan ialah kejayaan yang ada hubungannya dengan pencapaian akademik di sekolah seperti dalamkegiatan bercorak koakademik. Begitulah juga halnya dengan ibu bapa yang berasa yakin dengan tahap keselamatan anak-anakmereka natijah daripada mutu disiplin murid yang semakin meningkat dan kuatnya tahap kawalankeselamatan oleh pengawal keselamatannya serta sistem keselamatan yang wujud yang menjadi satu lagifaktor pendorong yang kuat mengapa ibu bapa memilih sekolah A dan bukannya sekolah B.Ada yangmungkin melihat faktor kantin sekolah yang menyediakan pelbagai menu harian yang banyak, mencukupidan mengenyangkan khususnya bagi mereka yang ada anak yang mempunyai selera makan yang besar.Atau bagi ibu bapa yang sentiasa sibuk sehingga urusan makan dan minum anak-anak mereka pundiharapkan kepada kantin sekolah. Tidak juga dinafikan ada ibu bapa yang menggunakan alasan yang agak peribadi seperti telahmengenali guru-guru di sekolah yang dipilih, wujud di sekolah tersebut guru Matematiknya yang mahirdan berpengalaman, atau Guru Bimbingan dan Kaunselingnya yang baik, boleh dipercayai dan sentiasaingin membantu atau mungkin juga kerana guru itu jiran mereka, atau sahabat mereka.Pendek kata ibubapa mempunyai alasan yang tersendiri mengapa mereka memilih sesebuah sekolah bagi tujuanpenempatan anak mereka.Banyak sebab dan alasan yang diberikan, bukan terhad kepada satu atau duasebab sahaja.Tetapi semua itu diikat oleh satu keadaan bahawa apapun sebabnya, sebab itu bukan guruyang menentukannya, tetapi ibu bapa sendiri yang menentukannya.
  • 5. SEBAB PALING DOMINAN Namun yang paling tinggi nilainya ialah apabila sebab yang diberikan itu bersangkutan dengankepercayaan ibu bapa bahawa pihak sekolah dapat memenuhi impian mereka dan anak mereka, sekaligusmengharapkan anak-anak mereka tidak dipersia-siakan dan dijaga dengan baik akan kebajikan dankeselamatan mereka.Rekod-rekod sekolah berupa pencapaian terbaiknya dalam pelbagai bidang sepertikurikulum, kokurikulum, sahsiah dan lain-lain cukup membantu dan menjadi indikator yang paling jelasdalam menarik minat seseorang ibu bapa atau penjaga menghantar anak mereka ke sesebuahsekolah.Sebab itu mengusahakan kemenangan dan kejayaan dalam pelbagai bidang bukan menjadi angan-angan lagi tetapi adalah suatu tuntutan yang perlu direalisasikan oleh setiap individu di sekolah yangdiketuai oleh Pengetuanya. Justeru, kejayaan kecil yang diraih oleh mana-mana ahli kepada sebuah keluarga besar sekolah tidakboleh diremehkan atau dipandang sebagai tidak penting dalam keghairahan para peneraju memburukejayaan besar kerana kejayaan besar biasanya bermula daripada kejayaan kecil ini.Sekolah yang terpaksaberhempas pulas untuk mengejar kejayaan dalam bidang akademik dan melalui pengalaman getir untukmemburu walaupun satu dua kejayaan boleh bergantung kepada satu dua kejayaan kecil ini sebelumkejayaan lebih besar menjadi kenyataan.SEKOLAH PERLU DIPASARKAN Malahan kemenangan dan kejayaan yang diperoleh oleh sekolah merupakan alat pemasaran sekolahyang paling ampuh bagi menarik minat ibu bapa dan penjaga murid untuk menghantar anak mereka kesekolah kita.Cerita-cerita baik yang cepat membiak dari mulut ke mulut akan menjadi bentuk pemasaanpelbagai tingkat yang paling ampuh yang akan menjenamakan nama sekolah ke suatu tahap tertentu dimana apabila disebut sahaja nama sekolah A orang ramai sudah mengetahui bahawa sekolah itu terkenaldengan ragbinya, sekolah B pula terkenal dengan pidatonya dan banyak lagi.Jelas sekali kejayaan dankemenangan yang kita harapkan bukan lagi setakat terkekang dalam kepompong angan-angan, sebaliknyabenar-benar terjelma lalu menyemarak dan menyubur dalam kalangan warga sekolah atau lebih tepat lagimenjadi budaya sekolah.Percayalah, apabila hal ini menjadi kenyataan apa pun yang kita lakukan selepasini akan menjadi lebih mudah daripada sebelumnya. Natijah akhirnya keyakinan masyakarat terhadap sekolah semakin meningkat seiring denganmeningkatnya pencapaian sekolah.Itulah yang sepatutnya berlaku kepada sesebuah sekolah.Apa yangsepatutnya berlaku ialah semakin lama sekolah itu wujud, semakin menokoklah kejayaan yang
  • 6. diperolehnya dan rentetan daripada itu semakin baiklah disiplin murid-muridnya yang diakhiri dengansemakin baiklah imej sekolah itu.