Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.        Yang Berusaha Encik Adam bin Majid, Guru Besar, yang diho...
1       Apakah matlamat utama penubuhan Kelab Kesenian tersebut ?        A   Untuk menonjolkan bakat yang ada pada murid. ...
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.      Selamat sejahtera diucapkan kepada Cikgu Hamat, Yang Berusa...
1       Pada awal ucapan, penulis melahirkan perasaan...        A   takut.        B   sedih.        C   panik.        D   ...
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.       Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Enc...
1       Apakah tujuan utama ceramah ini diadakan ?        A   Memberitahu masyarakat tentang aktiviti yang menggunakan air...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Petikanucapan 110225060143-phpapp02(1)

216

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
216
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
2
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Petikanucapan 110225060143-phpapp02(1)

  1. 1. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya. Yang Berusaha Encik Adam bin Majid, Guru Besar, yang dihormati guru-guru,serta rakan-rakan sekalian.Terima kasih atas kesudian hadir dalam Majlis RamahMesra ini sempena pengambilan ahli kelab baru. Penubuhan kelab ini pada tahun 2004 adalah hasil usaha Cikgu Mahani danCikgu Kamarul.Mereka bercita-cita tinggi untuk melahirkan remaja yang kreatif.Penubuhan kelab ini diharap dapat merapatkan remaja dengan kesenian warisanbangsa. Kelab ini telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama pada 5 Januari2004. Dalam mesyuarat tersebut, anggota-anggota jawatankuasa telah dilantik. Sayadan semua anggota jawatankuasa telah merangka beberapa kegiatan.Antarakegiatan termasuklah menganjurkan pameran kebudayaan bersempena denganMajlis Anugerah Cemerlang, pertunjukan kesenian sempena Hari Guru , PestaTanglung dan Malam Kebudayaan 2004.Hadirin sekalian, Kegiatan tersebut dirancang dengan tujuan untuk melatih anggota kelab agarbekerjasama, berdisiplin, berdikari, yakin diri dan sebagainya.Sehubungan denganitu, diharapkan agar suatu ketika nanti akan lahirlah anggota masyarakat yangberwawasan dan menghargai warisan bangsa. Selain itu, bakat semulajadi ahli kelabdapat dicungkil dan daya kreativiti mereka dapat ditingkatkan. Kelab ini juga dapat membantu usaha membanteras gejala vandalismekerana masa lapang mereka telah diisi dengan kegiatan yang berfaedah. Sayamenyeru kepada yang belum menyertai mana-mana kelab agar menyertai kelabkesenian ini. Mudah-mudahan kita dapat menjadi orang yang lebih berjaya dalamaspek jasmani dan rohani. Akhir sekali, sebelum saya mengundurkan diri, saya berharap agar kelab initerus maju dan semua anggotanya sentiasa berganding bahu menjayakan setiapkegiatan yang disusun. Sekian, terima kasih.
  2. 2. 1 Apakah matlamat utama penubuhan Kelab Kesenian tersebut ? A Untuk menonjolkan bakat yang ada pada murid. B Untuk membentuk peribadi yang mulia dalam kalangan murid. C Untuk melahirkan murid yang aktif dalam kokurikulum. D Untuk menenangkan fikiran murid-murid.2 Cikgu Mahani dan Cikgu Kamarul mungkin sekali... A Pengerusi Kelab Kesenian B Penaung Kelab Kesenian C Penaja Kelab Kesenian D Penasihat Kelab Kesenian3 Siapakah yang menyampaikan ucapan tersebut ? A Ketua murid B Guru disiplin C Pengerusi Kelab Kesenian D Penasihat Kelab Kesenian4 Pada pendapat anda, apakah yang ditekankan dalam ucapan tersebut ? A Pentingnya disiplin anggota kelab B Kegiatan yang akan dianjurkan oleh Kelab Kesenian C Manfaat yang akan diperoleh oleh anggota Kelab Kesenian D Masalah yang mungkin dihadapi oleh anggota Kelab Kesenian5 Yang berikut adalah kebaikan menyertai Kelab Kesenian, kecuali... A Dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan murid B Meningkatkan kecergasan rohani dan jasmani C Dapat mengharumkan nama sekolah D Memupuk semangat bersatuJawapan ; 1 menonjolkan bakat 2 penasihat 3 pengerusi 4 manfaat 5 mengharumkan nama
  3. 3. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya. Selamat sejahtera diucapkan kepada Cikgu Hamat, Yang Berusaha PuanHalimah, Guru Kelas 6 Melur, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberikesempatan untuk berucap pada majlis yang bersejarah ini. Sebenarnya saya tidakmenyangka bahawa rakan-rakan akan mengadakan majlis perpisahan untuk saya.Terima kasih untuk kalian yang sudi mengadakan majlis untuk saya.Guru-guru dan rakan-rakan yang budiman, Saya akan berpindah ke Johor pada minggu hadapan. Hari ini ialah hariterakhir saya di sekolah ini.Saya berasa berat hati untuk meninggalkan rakan-rakannamun, saya terpaksa mengikut keluarga saya yang akan bertukar ke Johor. Ayahsaya telah dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke jabatan lain di Johor Bahru. Selamasaya di sini, banyak yang telah saya pelajari tentang masyarakat di negeriTerengganu. Mereka peramah dan suka menolong. Mereka juga sangat mementingkan kekeluargaan dan kejiranan. Itulah yangmembuatkan hati saya tertambat di sini. Rakan-rakan pula banyak membantu sayadalam pelajaran dan kehidupan. Begitu juga dengan guru-guru yang baik hati dantidak jemu-jemu menyuntik minda kami dengan ilmu yang berguna. Jasa para gurudan rakan akan tetap terpahat di hati saya.Rakan-rakan yang dikasihi, Walaupun saya akan berpindah dan mungkin tidak akan berjumpa lagidengan teman-teman di sini, tetapi saya berharap agar hubungan kita tetap terjalin.Janganlah hendaknya rakan-rakan sekelas melupai saya setelah saya jauh di mata.Saya juga akan mengirim surat setelah berada di sana nanti. Akhir sekali, ampun dan maaf saya pohonkan kepada guru-guru dan rakan-rakan jika terdapat salah, silap dan keterlanjuran kata selama saya di sini. Sekian, terima kasih.
  4. 4. 1 Pada awal ucapan, penulis melahirkan perasaan... A takut. B sedih. C panik. D terkejut.2 Apabila ayahnya dinaikkan pangkat,penulis terpaksa... A menulis surat kepada kawan-kawannya. B meninggalkan guru-guru, kawan-kawan dan sekolah. C melupakan guru-guru dan kawan-kawannya di sekolah. D menyampaikan ucapan perpisahan kepada guru-guru dan rakan-rakan.3 Bagaimanakah cara penulis dan rakan-rakannya untuk terus berhubung setelah berpisah ? A Telefon, surat dan E-mel. B Telefon, wayarles dan radio. C Telefon, televisyen dan radio. D Surat, televisyen dan komputer.4 Berikut adalah punca penulis berasa berat hati untuk berpindah kecuali... A guru yang baik hati dan tekun mengajar. B jiran yang peramah dan berbudi bahasa. C rakan yang mudah menghulurkan bantuan. D penduduk kampung sentiasa menghulurkan bantuan wang ringit.5 Frasa terpahat di hati dalam petikan bermaksud... A dekat di mata. B sentiasa di sisi. C segar dalam ingatan. D mesra dalam sanubari.Jawapan 1 terkejut 2 meninggalkan guru , rakan dan sekolah 3 telefon, surat emel 4 menghulur wang ringit 5 segar dalam ingatan
  5. 5. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya. Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Encik Ramli,pegawai-pegawai, penduduk kampung serta anak-anak sekalian. Selamat pagi dansalam sejahtera. Terlebih dahulu jutaan terima kasih saya ucapkan atas kesudianmengundang saya menyampaikan ceramah tentang pentingnya air dalam kehidupankita seharian.Hadirin yang dihormati, Walaupun kita beranggapan 70 % daripada bumi ini diliputi air dan 30 %sahaja yang terdiri daripada daratan, kita sebenarnya lupa bahawa daripadasejumlah air yang sebegitu banyak, hanya 2.5 % adalah air tawar yang dapatdiminum dan digunakan manakala selebihnya adalah air masin. Oleh sebab itu, kita mestilah berjimat ketika menggunakan air. Jangan manditerlalu lama kerana ini melibatkan pembaziran air yang banyak.Selain itu, kita jugadinasihatkan agar menggunakan mesin basuh hanya apabila membasuh banyakpakaian. Bagi menyiram pokok, mencuci longkang dan kereta pula, gunakanlah airhujan yang ditadah di dalam tempayan atau bekas plastik besar. Ada banyak faktor mengapa kita harus berjimat ketika menggunakan air,Misalnya pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan permintaan airmeningkat secara mendadak dan kemungkinan besar empangan akan cepat surutterutamanya ketika musim kemarau panjang.Mungkin pada waktu itulah kita akanmulai terngadah kerana kekurangan air. Secara puratanya kita banyak menggunakan air untuk kegiatan harian sepertimandi, mengepam tandas, mencuci pakaian, pinggan mangkuk, kenderaan dansebagainya termasuklah permaidani, jika dibandingkan dengan air yang kita gunakanuntuk minum, iaitu hanya 2 hingga 5 liter sehari. Selain itu, pili bocor atau pili yang tidak diputar ketat turut menyebabkanpembaziran air. Sekiranya dibiarkan menitis sehari suntuk, kita telah membuangantara 70 hingga 80 liter air. Bayangkanlah berapa banyak pembaziran air akibatsikap manusia yang tidak prihatin. Oleh itu, apabila berlaku kebocoran air, teruslahmembuat laporan ke Jabatan Bekalan Air yang terdekat. Air amat penting, jadi berjimatlah ketika menggunakan air walau di mana-mana sahaja. Jadilah warga yang bertanggungjawab. Sekian, terima kasih.
  6. 6. 1 Apakah tujuan utama ceramah ini diadakan ? A Memberitahu masyarakat tentang aktiviti yang menggunakan air B Menegur sikap orang ramai yang tidak tahu memanfaatkan air C Menyedarkan masyarakat bahawa negara hampir kehabisan air D Memupuk sikap berjimat cermat dan menghargai air dalam kalangan pengguna .2 Cara-cara berikut mampu menjimatkan air kecuali... A menutup pili air dengan sempurna B menyiram pokok bunga seminggu sekali C membersihkan kawasan luar rumah dengan air hujan D menggunakan mesin cuci ketika membasuh pakaian yang banyak3 Penceramah menyentuh tentang peratus kandungan air yang boleh diminum di bumi ini bagi menunjukkan... A sumber air yang terhad B kegiatan manusia yang membazirkan air C kehilangan air terutama pada musim kemarau D pertambahan penduduk yang semakin pesat4 Nasihat penceramah supaya air hujan digunakan juga dalam aktiviti pembersihan bertujuan memupuk sikap... A berhati-hati B berjaga-jaga C beringat-ingat D bertolak ansur5 Perkataan ditadah dalam petikan bermaksud... A ditapis B disorok C disimpan D ditampungJawapan 1 memupuk sikap 2 menyiram pokok 3 sumber air terhad 4 beringat-ingat 5 ditampung

×