Kerja kursus titas

7,677 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
7,677
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
271
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kerja kursus titas

  1. 1. PROGRAM PENSISWAZAHAN GURUSARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN PELAJARAN: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA TAJUK:INTERAKSI ANTARA TAMADUN DAN KESANNYA NAMA: MOHD BORHAN BIN JAMALUDDIN -1113222 FAKULTI: FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA TAHUN: 2011/2012
  2. 2. INTERAKSI ANTARA TAMADUN DAN KESANNYA.PengenalanSetiap tamaddun yang muncul mempunyai sifat-sifat, pencapaian serta keunikan yang tersendiri.Namun demikian ada juga tamadun yang tertutup dan tidak menerima pengaruh luar, namummasih juga berkembang dan berjaya membentuk serta menemui kemajuan tamaddun itu.Interaksi antara tamaddun akan memberi bebesapa kesan dalam tamaddun berkenaan samadakesan negatif atau kesan positif. Kewujudan interaksi ini kerana semua tamaddun mengamalkansikap tolaransi yang tinggi serta saling hormat menghormati sesama tamaddun. Sifat-sifat yangbaik itu akan membuka ruang percambahan fikiran dan budaya serta memperkayakan lagitamaddun berkenaan dalam pelabagai aspek kemajuan.Kesan PositifSemasa kemunculan Islam di tanah Arab, berlaku interaksi antara Yahudi dengan Kristian.Interaksi ini telah mewujudkan kesan positif, sebagai contoh dalam Perlembagaan Madinah (Shahifah Madinah ) yang digubal oleh Nabi Muhamad saw telah memberi hak-hak danperlindungan kepada penganut agama Yahudi dan Kristian. Mereka telah diberi hak dankebebasan untuk mengamalkan amalan tuntutan agama masing-masing tanpa sebarang gangguandaripada masyarakat sekitarnya, baik dari Rasulullah saw atau umat Islam lainnya. Hal yangsama telah diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam zaman Khulafa al-Rasyidin, BaniUmayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah dan kerajaan-kerajaan Islam di India.Malah dalam beberapa buah kerajaan Islam, individu-individu Yahudi dan Kristian telahmendapat kedudukan tinggi dalam pentadbiran, contohnya dalam kerajaan Abbasiyah, tokoh-tokoh intelektual Yahudi dan Kristian telah memberikan sumbangan mereka dalampenterjemahan buku-buku Greek ke dalam bahasa Arab. Begitu juga di Andalusia (Sepanyol),muncul ramai penulis dan ahli intelektual dari kalangan individu-individu Yahudi dan Kristian.Interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun China telah memberi kesan positif kepadakedua-dua tamadun. Agama Buddha disebarkan ke negeri China melalui interaksi ini. Disamping itu terdapat kemahiran-kemahiran lain yang diperkembangkan, contohnya teknologimembuat gula daripada tebu dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China.Bidang astronomi India turut diperkembangkan di China oleh ahli-ahli astronomi India.Beberapa perbendaharaan kata bahasa Pali dan Sanskrit turut mempengaruhi kesusasteraanChina. Kesan positif kepada Tamadun India ialah berkembangnya teknologi membuat kertas,bahan letupan dan pengunaan kompas dari Tamadun China ke dalam Tamadun India. Interaksiantara Tamadun India dan China berlaku secara aman melalui hubungan perdagangan dankeagamaan.
  3. 3. Antara interaksi Tamadun Islam dan China yang turut memperlihatkan kesan positif ialah prosesinteraksi secara aman iaitu melalui perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkanperanan penting dalam interaksi ini Hasil daripada interaksi ini terdapat komuniti Arab-Islamyang menetap di China. Berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini denganwanita-wanita tempatan. Semasa zaman pemerintahan dinasti-dinasti Tang, Sung, Yuan danMing, telah muncul beberapa orang tokoh Islam yang memainkan peranan penting dalampentadbiran.Kesan penting yang terhasil daripada interaksi ini ialah penyebaran agama Islam di negeri Chinayang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China. Perkembangan seterusnyamenyebabkan munculnya cendiakawan-cendiakawan Islam tempatan yang mahsyur seperti LiuZhi dan Mha Zhu. Cendiakawan-cendiakawan tempatan ini telah mencari keselarian ajaran-ajaran etika dan nilai Islam dengan Konfusianisme. Konsep-konsep hubungan keluarga, ketaatankepada kedua ibu bapa dan raja dan nilai-nilai moral yang terdapat dalam ajaran Konfusianismetelah dijadikan landasan untuk memperkenalkan agama Islam kepada masyarakat China.Kesejajaran inilah yang menyebabkan ajaran Islam tidak mendapat tentangan daripada ahli-ahlifalsafah Konfusianisme seperti yang dihadapi oleh ajaran agama Buddha. Disamping ituinteraksi ini turut menemukan seni bina Arab-Islam dengan seni bina China contohnya dalambentuk masjid-masjid di China hari ini.Hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah meninggalkan kesan yang amatketara. Interaksi antara kedua-dua tamadun ini berlaku secara aman iaitu melalui perdagangan.Namun demikian kedatangan pengaruh Islam di Asia Tenggara ataupun khususnya ke KepulauanMelayu dikatakan dari tiga kawasan yang berbeza iaitu dari Arab dan Parsi, dari India dan China.Teori-teori ini telah diperbincangkan dengan hangat dan beberapa bukti yang berkaitan telahdikemukakan oleh pendokong-pendokongnya bagi meyokong pendapat mereka. Namun apayang lebih penting bagi kita ialah kesan yang didapati daripada hubungan ini. Interaksi antaraTamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah melahirkan beberapa kesan positifyang penting.Kesan yang paling menonjol ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu sertamunculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Aceh, Johor-Riau, Brunei,Patani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. Tamadun Islam telahmengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. la juga turut membawa tulisan Jawi yangberperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Kesan positifboleh juga dilihat pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian, kebendaanseperti pakaian, makanan serta istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu.Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu turut melahirkan kesan positif tetapi iatidak melibatkan pemikiran dan falsafah sebaliknya melibatkan kemahiran dan teknologi sertakebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu,contohnya di Jawa. Begitu juga kemahiran dalam perusahaan sutera, membuat tembikar sertapertukangan logam. Di samping itu terdapat juga beberapa jenis makanan masyarakat Chinayang diperkenalkan kepada masyarakat Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh dan sebagainya.
  4. 4. Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secaraaman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan,emigrasi dan hubungan diplomatik, contohnya kemuncak hubungan diplomatik negeri Chinadengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melaka. Manakala hubungan yang bercorakkonflik peperangan berlaku semasa pemerintahan Dinasti Yuan / Monggol ( 1279 – 1368 Masihi) yang pernah menyerang Myanmar ( Komboja ) dan Jawa pada abad abad ke-13 Masihi.Kesan positif daripada interaksi antara tamadun ini juga boleh dilihat pada hubungan antaraTamadun China-Jepun. Jepun telah mendapat faedah yang banyak hasil daripada hubungan ini.Tamadun China telah menyumbangkan beberapa perkara penting ke dalam Tamadun Jepun.Sumbangan yang penting ialah dari segi agama dan tulisan. Agama Buddha dari China telahdikembangkan dalam Tamadun Jepun. Ajaran-ajaran Buddha ini telah diasimilasikan denganagama asal orang-orang Jepun iaitu agama Shinto. Walaupun asimilasi ini berlaku tetapi ia tidakmengubah identiti ajaran Buddha.Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. Agama Buddha telah mencapai zaman kemuncaksemasa zaman Nara dan Heian. Di samping agama, tulisan adalah satu lagi kesan penting yangdibawa oleh Tamadun China ke Jepun. Tulisan China telah menjadi asas kepada pembentukantulisan Jepun iaitu Hiragana dan Katakana. Pengaruh tulisan China telah memainkan peranankepada perkembangan intelektual dan kesusasteraan dalam Tamadun Jepun. Di samping duakesan positif yang penting ini, Tamadun China turut meninggalkan pengaruhnya ke atas upacara-upacara tertentu di Jepun, contohnya upacara minum teh, seni taman, serta struktur pembinaanbandar.Ajaran falsafah Konfusianisme dari China turut diasimilasikan dalam Tamadun Jepun. AjaranKofusianisme yang memberi penekanan kepada institusi keluarga telah memantapkan lagiinstitusi keluarga Jepun. Manakala konsep mandat dari syurga telah memperkukuhkan lagikedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal dari keturunan Dewi Amaterasu. Interaksiantara Tamadun China dengan Jepun telah berlaku secara aman dan asimilasi Tamadun Chinadalam Tamadun Jepun telah memperkukuhkan identiti Tamadun Jepun.
  5. 5. Kesan NegatifAdalah tidak tepat jika dikatakan bahawa interaksi antara tamadun hanya menghasilkan kesanpositif. Sebaliknya interaksi antara tamadun turut menghasilkan kesan negatif.Di Eropah, misalnya, hubungan antara orang-orang Kristian dan Yahudi telah mengalamikemerosotan sejak awal lagi. Kesan daripada hubungan yang tidak baik ini menyebabkanberlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9 dan-18 Masihi.Perkara ini berlaku akibat dari-pada faktor-faktor perbezaan agama, ketidak seimbanganekonomi dan sosial.Begitu juga halnya dengan hubungan orang-orang Islam dan Kristian dalam Zaman Pertengahandi Eropah. Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah bertindak melancarkan beberapa siriperang ke atas orang-orang Islam yang dikenali sebagai Perang Salib. Peperangan tersebut telahmengorbankan ramai penganut Islam danYahudi. Peperangan ini turut dicetuskan oleh faktor-faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik.Di India juga, hubungan antara penganut Islam dan Hindu sentiasa berada dalam keadaan tegang.Terdapat peristiwa-peristiwa di mana orang-orang Islam dibunuh dan masjid-masjiddimusnahkan oleh raja-raja India yang beragama Hindu. Keadaan yang sama juga berlakukepada penganut-penganut agama Hindu serta kuil-kuil Hindu yang dimusnahkan olehpemerintah-pemerintah Islam.Contohnya raja-raja Islam dalam Kesultanan Delhi telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil danmengharamkan beberapa upacara-upacara keagamaan Hindu. Semasa zaman pemerintahanMoghul, Aurangzeb adalah raja Moghul yang bertindak keras terhadap penganut-penganutHindu. Baginda telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil yang baru, mengharamkan upacaramandi suci di Sungai Jamuna, mengharamkan upacara sati dan lain-lain lagi.Dalam hubungan antara Tamadun India dengan Tamadun China juga kita dapat lihat wujudnyakonflik terutama semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam masyarakat China semasazaman pemerintahan Dinasti Han Timur. Kemasukan agama tersebut telah mendapat tentangancendiakawan Konfusianisme yang amat berpengaruh dalam pentadbiran Dinasti Han. Sami-samiBuddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha dimusnahkan untuk menghalang perkembanganagama tersebut.Kesan negatif turut berlaku dalam hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun China.Contohnya pada tahun 751 Masihi, tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih telahmengalahkan angkatan perang China yang dipimpin oleh Kao Hsien-chih sedangkan pada masatersebut kerajaan Islam Abbasiyah mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Tang diChina. Permusuhan antara orang-orang Islam dengan orang-orang China juga dicetuskan olehrasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan.
  6. 6. Contohnya pada abad ke-8 Masihi, penduduk Han di tenggara China telah mewujudkanpermusuhan dengan orang-orang Islam kerana iri hati terhadap kemewahan yang dinikmati olehorang-orang Islam yang kebanyakannya terlibat dalam aktiviti perdagangan. Pada tahun-tahun758 Masihi dan 876 Masihi telah berlaku pemberontakan-pemberontakan yang menyebabkanramai orang-orang Islam dibunuh dan melarikan diri dari Canton. Pemberontakan pada tahun876 Masihi bukan sahaja bersifat anti-Islam tetapi juga anti orang asing.Pemberontakan ini menyebabkan lebih kurang 120 000 hingga 200 000 orang asing telahdibunuh termasuk orang-orang Islam. Kesan daripada peristiwa tersebut menyebabkan ramaiorang-orang Islam telah lari dari China dan berhijrah ke Asia Tenggara terutamanya diPalembang dan Kedah. Hubungan orang-orang Islam dengan penduduk tempatan China turutterjejas semasa pemerintahan Dinasti Ching yang memberi keutamaan kepada pengukuhanajaran Konfusianiame. Orang-orang Islam mendapat layanan yang tidak adil daripadapemerintah Ching.Rasa tidak puas hati penganut-penganut Islam disokong pula oleh perkembangan pengaruhgerakan Kaum Muda ataupun Wahabi di kalangan orang-orang China Islam. Rasa tidak puas hatiorang-orang Islam telah menyebabkan berlakunya beberapa siri pemberontakan semasapemerintahan Dinasti Ching iaitu Pemberontakan Sinkiang 1 (1756 Masihi), PemberontakanKansu (1781 Masihi), Pemberontakan Jehangir (1820-27 Masihi), Kebangkitan YussofSyamsuddin (1828-31M), pemberontakan Yunan (1850-68 Masihi), Pemberontakan Shensi danKansu (1862 Masihi), Kebangkitan Sinkiang (1864-77 Masihi).Interaksi Tamaddun China dan IndiaTamadun China dan India telah berinteraksi kira-kira pada abad ke-2 S.M. PenyebaranagamaBudhha ke China pada masa pemerintahan Dinasti Han ( zaman Han Timur ) merupakankemuncak kepada interaksi antara tamadun China dan India. Oleh kerana Buddhisme lahir dalamsuasana budaya India, maka China juga telah berkongsi banyak persamaan dengan kerangkabudaya masyarakat India. Persamaan dalam aspek kesusateraan, kesenian, muzik dansebagainya.Pada peringkat awal penyebaran Buddha di China, ia sukar diterima kerana berlaku penentanganantara budaya dalam ajaran Buddha dari sudut kekeluargaan, politik,etika serta moral orang-orang China yang telah pun diresapi oleh falsafah-falsafah tempatan China terutama falsafahKonfucianisme. Agama Buddha secara beransur-ansur telah mengalami proses penyesuaiandengan tradisi budaya China namum demikian prinsip-prinsip asas ajaran Buddha tidak terjejas.Selain dari penerimaan agama Buddha, kesan interaksi positif antara tamadun China denganIndia ialah beberapa alat muzik dan struktur muzik India diasimilasikan dalam tamadun China.Muzik dan tarian India telah menjadi tarian yang popular di istana dan di kalangan bangsawanChina. Semasa Dinasti Tang ( 618-907 ) teknologi membuat gula dari tebu di Tamadun Indiadiperkembangkan di Tamadun China.
  7. 7. Manakala kesan positif interaksi tamadun yang diterima oleh India pula terdapat ciptaan-ciptaansains dan teknologi orang China yang telah berkembang di dalam masyarakat India. Antaranyaialah teknologi pembuatan kertas, bahan letupan, percetakan, penggunaan kompas dan lain-lain.Selain dari itu, usaha-usaha penterjemahan buku-buku koleksi astronomi India telahditerjemahkan ke dalam bahasa China. China juga mendapatkan khidmat ahli-ahli cendiakawanIndia dalam bidang astronomi seperti Gautama yang telah diambil berkhidmat dalam kerajaanDinasti Tang. Beliau dipertanggungjawabkan memperkenalkan system calendar China yanglebih tepat daripada tahun 727 M.Perkembangan dalam bidang kesusasteraan juga turut menerima kesan interkasi antara tamadunChina dan India. Kitab-kitab ajaran Buddha merupakan contoh hasil sastera yang penting.Kewujudan pelbagai jenis puisi, cerita dongeng, kisah-kisah tauladan, kias ibarat yang berkaitandengan Buddha telah mempengaruhi tulisan sastera China. Selain dari itu percampuran danpenyerapan bahasa Sanskrit dan Pali ke dalam bahasaChina turut berlaku. Contoh yang paling ketara ialah kemunculan pengajian fonetik di zamanDinasti Sui adalah kesan perhubungan tamadun China dan India. Seterusnya selapas abad ke-10M, perkembangan ini agak merosot dan lebih bersifat hubungan diplomati dan perdagangan.Interaksi Tamaddun Islam dan ChinaHubungan antara orang Arab dengan negeri China telah berlaku seawal abad ke-3 Masihi apabiladilaporkan bahawa telah ada utusan dari Parsi dihantar ke istana kerajaan Wei. Orang-orangArab menggunakan dua laluan penting untuk ke China iaitu :Laluan Sutera – iaitu jalan darat yang merentasi Khurasan, Samarqand, Xinjiang hingga kePeking.Jalan laut yang digunakan pada abad ke-5 Masihi merentasi laut Arab ke Benua Kecil India,Kepulauan Melayu hingga ke Canton di tenggara China.Terdapat catatan yang menyatakan bahawa pada abad ke-5 Masihi kapal-kapal China telahsampai ke Teluk Parsi, dan pada pertengahan abad ke-7 Masihi ramai pedagang Arab telahmenetap di daerah-daerah tenggara China seperti Kwang Cho ( Canton ), Chang Chow danChuan Cow.Hubungan perdagangan antara Arab dan China menjadi semakin rancak pada abad ke-8, dimanamereka telah mendirikan masjid-masjid di kawasan Guangzhou dan Guanzhou. Walaupunterdapat usaha-usaha mengembang ajaran Islam di China berlaku pada abad ke-8, tetapi hanyaberjaya selepas beberapa abad kemudian dengan kemunculan beberapa tokoh Muslim tempatanseperti Wang Daiyu ( 1550-1658 ), Ma Zhu ( 1640-1711) Liu Zhi ( 1660-1730) dan Ma Dexin (1794-1874). Penglibatan tokoh–tokoh ini turut mempengaruhi hasil penulisan dan usahapenterjemahan selepas mereka.
  8. 8. Buku pertama yang dihasilkan oleh penulis China Muslim ialah Zhengjiao Zhengquan yang telahditerbitkan pada tahun 1642. Penulis China banyak menggunakan konsep-konsep yang sedia adadalam ajaran Konfusianisme bagi memperkenalkan Islam kepada masyarakat tempatan. Elemenajaran Konfusianisme yang bersamaan dengan ajaran Islam seperti xiao ( penghormatan kepadaibu bapa ), zhong ( kesetiaan ), shu ( altruism ) telah banyak membantu penulis-penulis ChinaMuslim memperkenalkan ajaran Islam kepada mayarakat China.Kesan positif interaksi antara tamadun Islam dengan China dilihat dengan jelas dimana AsiaBarat telah mempelajari mengenai kompas teknologi percetakan, teknologi bahan letupan danpembuatan kertas. Hal yang sama berlaku dalam teknologi logam dan pembuatan tembikar.Sementara tamaddun China pula mendapat pelbagai ilmu pengetahuan baru seperti perubatan,astronomi dan farmasi. Pada masa Dinasti Tang ( 618-907 ) seorang sarjana China Muslim yangberasal dari Parsi iaitu Li Xun telah menyusun sebuah buku bertajuk Materia Medica: SeberangLaut sebanyak 6 jilid. Buku ini telah membincangkan mengenai 124 jenis ubat di Arab.Sementara itu seorang ahli astronomi Parsi – Jamaluddin telah memberi sumbangan pentingpenciptaan calendar baru untuk Kublai Khan pada tahun 1267 Masihi, sementara itu abjad Arabtelah mula digunakan dalam Tamadun China ketika pemerintahan Dinasti Yuan. Kesan interaksitamadun China-Tamadun Islam turut juga menyumbang dalam aspek senibina. Masjid-masjidyang bersenibina Arab banyak dibina di Xinjiang ( Sinkiang ).Interaksi Antara Tamaddun China dan JepunInteraksi antara tamadun China-Jepun berlaku melalui perantaraan semenanjung Korea semasazaman Raja Packhe yang memerintah Korea. Korea telah menerima pengaruh China sejak abadke-2 Masihi lagi. Raja Packhe telah meminta bantuan Jepun bagi mengatasi tentangan puak utarapada kurun ke-2 Masihi. Penglibatan ramai tentera Jepun di Korea pada ketika itu telahmenyebabkan unsur-unsur Tamadun China yang terdapat dalam budaya Korea telah meresapibudaya Jepun.Kesan langsung tamadun China dapat dikesan dalam penggunaan tulisan. Aspek penulisan telahmenerima kesan terus interaksi Tamaddun China di Jepun. Sistem tulisan China telahmemperkembangkan tradisi tulisan di Jepun. Tulisan China telah digunakan sebagai perantaraankomunikasi sosial dan penciptaan kesenian dalam masyarakat Jepun yang telah membawakepada perkembangan intelektual.Tulisan ini digunakan untuk menyimpan rekod-rekod mengenai mitos-mitos agama Shinto danrekod-rekod pentadbiran Jepun. Percantuman antara tulisan China dan Jepun berlaku secaraberansur-ansur. Kompilasi Kojiki ( rekod purba Jepun ) telah menampakkan gabungan antaratulisan China dan tulisan Jepun. Kompilasi puisi yang terkenal iaitu Man’yoshu pada tahun 760Masihi turut memerlihatkan penggunaan gabungan perbendaharaan kata pinjaman China kedalam perbendaharaan kata Jepun.Kesan interaksi tamaddun China ke atas Jepun dapat juga dilihat dalam aspek binaan. Sebagaicontoh dalam Bandar Nara telah dibina mengikut corak dan plan pembinaan Bandar Chang’aniaitu bandar pemerintahan dalam Dinasti Sui.
  9. 9. Ajaran-ajaran Konfusianisme yang dibawa masuk ke Jepun turut mengalami dan menerimakesan serta perubahan. Konsep “ mandat dari syurga “ yang telah digunakan dalammemperkukuhkan institusi raja. Agama Buddha juga telah melalui satu proses asimilasi denganagama asal orang-orang Jepun iaitu Shinto. Pada tahap ini Shinto telah mengiktiraf kewujudandua dewa iaitu dewa-dewa luar dan dewa tempatan. Walaupun sintesis antara agama Buddha danShinto kurang berjaya, namun ajarang Buddha tentang kehidupan dunia yang penuh denganpenderitaan dapat diterima oleh orang –orang Jepun.Ajaran Buddha yang mementingkan ajaran dan konsep kasih-sayang, kesian belas, moral danlain-lainnya yang berkaitan dengan kerohanian telah memberi satu sumbangan penting kepadaorang-orang Jepun. Pada bada ke-10 Masihi ajaran Buddha yang berkembang ialah yangmementingkan Amida atau Amitabha sebagai lambing penyembahan penting.Interaksi Antara Tamaddun India dengan Asia TenggaraInteraksi tamaddun Asia Tenggara dengan Tamaddun India telah berlaku secara aman danbermula sejak awal abad Masihi lagi. Hubungan secara perdagangan telah berlaku dan telahmeninggalkan kesan yang banyak dalam pembinaan tamaddun dan budaya masyarakat AsiaTenggara.Secara teologi, interaksi ini telah member peluang kepada perkembangan agama Hindu danBuddha kepada masyarakat Asia Tenggara. Agama Hindu telah diterima sebagai agama yangpenting dalam kerajaan-kerajaan awal di AsiaTenggara seperti di Funan, Chenla, Angkor,Majapahit, Kedah dan lain-lain. Mazhab agama Hindu yang banyak tersebar di Asia Tenggaraialah mazhab Saivism, Vishnuism dan Brahmanisme. Agama Hindu turut mempengaruhi systempentadbiran dan politik Asia Tenggara dengan kewujudan konsep “ devaraja “. Konsep inimeletakkan kesucian seseorang raja setaraf dengan dewa. Konsep ini juga menjadi asas konsepdaulat dalam pemerintahan raja-raja Melayu.Mazhab agama Buddha pula yang berkembang di AsiaTenggara ialah mazhab Mahayana danHinayana ( juga dikenali sebagai agama Buddha Theravada ). Agama Buddha Mahayana adalahajaran Buddha yang dipengaruhi oleh kepercayaan-kepercayaan tantric India. Ajaran-ajaran inijuga terut mengalami unsur asimilasi dengan kepercayaan tempatan. Srivijaya pernah menjadipusat pengajaran dan perkembangan ajaran Buddha Mahayana seperti yang dilaporlkan oleh I-Tsing seorang mubaligh agama Buddha dari China yang pernah singgah di Srivijaya pada abadke-7 Masihi. Sementara agama dari Mazhab Buddha Hinayana pula diterima oleh sebahagianbesar penduduk tanah besar Asia Tenggara iaitu di Thailand, Myanmar, Burma dan Laos.Kemunculan tulisan Sanskrit dan Pali yang berkembang di Asia Tenggara adalah kesan interaksiTamaddun India dan Tamaddun Asia Tenggara. Bahasa Sanskrit telah diterima menjadi bahasapenting di istana. Kitab-kitab agama Hindu iaitu Mahabarata dan Ramayana menjadi sumberpengajaran awal di Asia Tenggara. Aktiviti penterjemahan dan penyalinan kitab-kitab ini telahdilakukan selapas wujudnya interkasi antara Asia Tenggara dengan Tamaddun Islam. Ini keranakita-kita ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan ditulis dengan menggunakan tulisan
  10. 10. Jawi iaitu tulisan yang datang dari Tamaddun Islam. Istilah-istilah Sanskrit turut memperkayakaperbendaharaan kata masyarakat Asia Tenggara.Kemunculan banyak alat-alat muzik dan pengaruh dalam kesenian dan tarian juga adalah kesandaripada interkasi ini. Kedatangan dan hubungan masyarakat India dan penduduk Asia Tenggarasecara ama telah menyebabkan berlakunya perkahwinan campur secara meluas semasa zamanKesultanan Melayu Melaka. Kemunculan makanan berasaskan roti dan kari juga dilihat sebagaikesan interaksi tamaddun Asia Tenggara dengan tamaddun India. Selain dari tiu tamaddun Indiajuga turut mempengaruhi system perundangan Asia Tenggara, contohnya kaedah-kaedah dalamundang-undang Hindu yang digunakan dalam Undang-undang Melaka dan PerundanganMajapahit.Intraksi Antara Tamaddun Islam dengan Asia TenggaraTamaddun Islam berkembang di Asia Tenggara selaras dengan perkembangan dan penyebaranagama Islam di Asia Tenggara. Perkembangan Agama Islam yang berlaku secara aman telahmember sumbangan yang besar kepada perkembangan dan penerimaan tamaddun Islam dikawasan Asia Tenggara. Asia Tenggara telah lama dikenali oleh pedagang-pedagang Islam sejakabad pertama Hijrah. Sebahagian besar pedagang-pedagang Islam datangnya daripada Yaman,iaitu sebuah kerajaan Arab yang bergiat pentiang dalam perdagangan.Snouck Hurgronje merupakan cendiakawan yang melaporkan bahawa Islam di Asia Tenggaradatangnya dari India, pendapat beliau telah mendapat sokongan dari beberapa tokoh sepertiD.G.E Hall, R.O Winstedt, Vlekke, Mouqutte, B.Harrison dan Bousquet. Bagi menyokong teorimereka, mereka mengaitkan penglibatan pedagang-pedagang Islam dari Gujerat.Interaksi Antara Tamaddun Islam dengan EropahInteraksi tamadun Islam dengan tamadun Eropah telah bermula sejak terbentuknya pemerintahanIslam di Afrika Utara, Sepanyol dan Sicily. Malah ada pendapat dan tokoh tamaddunmenyatakan bahawa, Sepanyol dan Sicily adalah merupakan pintu masuk Islam ke benuaEropah. Negara-negara berkenaan dikatakan sebagai jambatan kemasukan Tamaddun Islam kedalam Tamaddun Eropah. Proses interaksi ini berlaku dalam dua cara iaitu cara aman danpeperangan. Proses cara aman berlaku melalui perdangan. Perang Salib yang berlaku dalamtempoh yang panjang antara orang Eropah dengan Islam merupakan interaksi yang berlakusecara konflik.Perkembangan dan usaha penterjemahan buku-buku adalah kesan interkasi positif yang berlakuantara tamaddun Islam dan Eropah. Penterjemahan buku falsafah Greek telah menghubungkanorang-orang Eropah dengan tamaddun Greek ( Yunani ) Ini kerana penterjemahan buku telahdilakukan dengan pesat semasa pemerintahan Bani Abbasiyah. Hasil-hasil tulisan orang-orangGreek meliputi bidang-bidang sains, sejarah, matematik, falsafah telah dikembangkan olehcendiakawan Islam.
  11. 11. Proses interkasi antara Islam dan Eropah berlaku secara aman pada awalnya, dan diikuti dengankonflik apabila tercetusnya perang salib yang berlaku selama 200 tahun ( antara abad ke-12Masihi hingga 14 masihi ) Sebelum perang saling, Eropah yang berada dalam zaman gelap (abad ke-4 hingga ke-14 Masihi ), sedangkan pada ketika ini, orang Islam telah mencapaikemajuan dalam pelbagai bidang ilmu pada pertangahan kurun ke-7. Kemuncak kepadaperkembangan Tamaddun Islam berlaku pada adab ke-10 hingga ke-12 Masihi.Peranan Sepanyol dalam menyumbang kepada perkembagan Tamaddun Islam di Eropah tidakboleh dipandang sepi. Sepanyol menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan Islam di Eropah.Universiti-universiti Sepanyol di Cordova, Seville, Malaga dan Granada telah menjadi pusatpengajian terpenting kepada pelajar Kristian. Bidang-bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah,matematik, astronomi dan seni muzik yang berkembang pesat di Sepanyol telah mempengaruhipemilkiran orang-orang Eropah.Orang-orang Islam Sepanyol telah menyumbang karya-karya penting dalam bidang seni muzikdan pada adad ke-12. Karya-karya mereka telah diterjemahkan dalam bahasa latin dan memberipeluang kepada masyarakat Eropah mengetahui dan mempelajari seni ini.Interaksi antara Tamaddun Islam dan Tamaddun Eropah bukan hanya melahirkan kesan positif,tetapi juga melahirkan kesan negative iaitu Perang Salib. Perang Salib yang berlaku selama 200tahun telah memberi satu kesan negatif yang mendalam kepada Tamaddun Islam dan Eropah.Terdapat beberapa faktoir berlakunya perang Salib ini, antaranya ialah- penindasan yang dilakukan oleh pemerintah Islam kepada penganut Kristian,- ketidakseimbangan ekonomi- peranan paderi Kristian yang menyeru orang-orang Kristian untuk berperang denganorang-orang Islam .KesimpulanSecara keseluruhannya, situasi di benua Asia sebelum zaman penjajahan Barat tanpa mengambilkira hubungan Kristian dan Yahudi, penganut-penganut Islam, Hindu, Budha, Konfusiannisme,Taoisme dan termasuklah penganut Kristian sendiri berjaya hidup harmoni dan damai. Faktor-faktor yang di lihat dapat membawa kesan yang positif hasil pertembungan antara tamadun ialah:a. Sifat pemerintah dan pemimpin yang bertoleransi dan memerintah negara dengan penuhkeadilan dan kesaksamaanb. Sikap golongan beragama seperti sami dan paderi yang sentiasa cuba mewujudkan suasanaharmoni, memberi tafsiran yang sejagat dan cenderung kepada semangat keinsanan.Tamaddun sesebuah masyarakat itu bukanlah bersifat tertutup, sebaliknya bersifat terbuka. Sifatinilah yang member peluang berlakunya interaksi antara tamaddun dan menghasilkan dua kesanutama iaitu kesan positif dan kesan negative. Kesan positif akan memberi nilai tambah dan
  12. 12. pengukuhan kepada sesuatu tamaddun. Elemen-elemen atau ciri-ciri tamaddun luar yangditerima oleh sesuatu tamaddun akan mengalami proses asimilasi dan penyesuaian.Sementara kesan negatif pulak seringkali mewujudkan konflik antara masyarakat yang memilkitamaddun yanb berbeza. Konflik ini dipengaruhi oleh pelbagai factor seperti teologi, ekonomi,sosial dan politik. Faktor yang lebih penting menjadi penyebab kepada konflik ialah faktirteologi. Sungguhpun interaski ini menghasilkan kesan positif dan negative, namun kadangkalakesan yang dialami oleh sesuatu tamaddun itu tidak sama dengan yang lain.Bagi tamaddun yang lebih lama dan tinggi, akan mempengaruhi tamaddun yang rendah, dantamaddun yang rendah akan lebih bersifat receptif ( penerima ) Kedua-dua kesan inilah yangmenjadikan sesebuah tamaddun itu berjaya dan tidak jumud, beku dan statik. Hasilnya sesuatutamaddun yang terbuka dan dapat mengasimiliasikan pengaruh luar akan semakin berkembangdan melahirkan pelbagai perubahan-perubahan penting.Bibliografi :Alias Othman (1986), Apakah Ciri-ciri Khusus Islam, Kuala Lumpur: Pustaka SalamSulaiman Nordin ( 1995 ), Islam,Al-Quran dan Ideologi Masa Kini. Kuala Lumpur:DewanBahasa dan Pustaka.Haji Ahmad Fauzi ( 1997 ) Tamaddun Islam.Sedang:Penerbitan Universiti Putra Malaysia.Wan Abdul Rahman Latif, ( 1996 ) Sejarah Perkembangan Tamaddun Dunia, KualaLumpur:Dewan Bahasa dan PustakaAzhar Hj.Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali. (2000). Titas Kertas 1. Bhd. Shah Alam. Fajar BaktiSdn.Chandra Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohd Radzi. (2001). Tamadun Islam dan TamadunAsia. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.Dr Abdul Rahman Haji Abdullah. (2002). Sejarah dan Tamadun Islam. Kuala Lumpur: PustakaIlmi Sdn. Bhd.Ghazali Darussalam. (2000). Kursus Tamadun Islam & Pendidikan Moral. Kuala Lumpur.Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.Mustafa Hj. Daud. (1999). Tamadun Islam. Edisi Maktab Perguruan. Kuala Lumpur. UtusanPublication & Distributor Sdn. Bhd

×