Analisis soalan upsr bm

13,410 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
31 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
13,410
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
6
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
31
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Analisis soalan upsr bm

  1. 1. 1.0 Pengenalan Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi antara individu. Misalnya, interaksi antara seorang ibu dengan anaknya. Ia juga boleh berlaku di antara individu dengan beberapa individu lain seperti antara seorang dengan rakan sebaya, atau seorang guru dengan murid-muridnya. Bagi melatih murid-murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan tatabahasa secara optimis, mengungkap ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain dan juga mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis maka Kurikulum Bahasa Melayu telah dugubal. Ia bertujuan melahirkan insane yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan, sukatan pelajaran disediakan yang mengandungi objektif khusus pembelajaran. Disamping itu, ia juga mengandungi organisasi kandungan kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum. Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran teras yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Namun begitu, banyak persoalan wujud pada hari ini yang mempertikaikan cara pelaksanaan sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dengan bentuk ujian yang terdapat di peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Banyak pendapat menyatakan bahawa penyediaan kertas soalan peperiksaan UPSR tidak mengambil kira pelbagai bentuk kemahiran yang ditekankan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu. Sebaliknya, proses penyediaan kertas soalan Bahasa Melayu dalam peperiksaan UPSR hanya melibatkan kemahiran menulis dan kemahiran membaca sahaja. Sebaliknya, kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar tidak dapat dinilai dalam peperiksaan UPSR. Ini adalah disebabkan oleh bentuk soalan peperiksaan UPSR yang hanya melibatkan kemahiran membaca (kertas kefahaman) dan juga kemahiran menulis (kertas penulisan). Ini bermakna bahawa kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur yang turut menjadi objektif utama dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, tidak dinilai dalam peperiksaan 1
  2. 2. UPSR. Menerusi pelaksanaan tugasan ini, perbincangan akan dijalankan ke atas beberapa perkara yang berkaitan dengan sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dan juga bentuk pelaksanaan peperiksaan UPSR sama ada mengambil kira segala objektif yang terdapat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah atau sebaliknya.2.0 Kertas Soalan UPSR Tahun 2006 Kertas soalan UPSR tahun 2006 yang akan dianalisis melibatkan dua kertas soalan penilaian yang utama seperti mana yang dinyatakan dibawah:- • Kertas 1 : Aneka Pilihan Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan yang mana memerlukan pelajar memilih empat aneka pilihan jawapan bagi setiap soalan. Setiap soalan yang terdapat dalam bahagian ini juga adalah berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (SPBM) dan juga pelbagai topik yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (HSPBM) sekolah rendah seperti topik golongan kata, topik imbuhan kata, topik kata ganda, topik kata majmuk, topik jenis-jenis ayat dan sebagainya. Berdasarkan kepada 40 soalan yang terdapat dalam Kertas 1 Bahasa Melayu, berikut adalah analisis berkenaan dengan kesemua 40 soalan tersebut:- 1) “Mengapakah tuan puteri bersedih? Katakan kepada __________,” kat Mak Inang Seri kepada Tuan Puteri Mayang Sari. A beta B patik C hamba D tuan hamba Analisis : Soalan ini adalah bentuk soalan yang berkaitan dengan kata nama dalam sistem tatabahasa Bahasa Melayu. Namun begitu, soalan ini adalah soalan yang mudah dan mempunyai Aras 3 dalam HSPBM. Ini disebabkan oleh bentuk soalan yang memerlukan pelajar mengenal pasti jenis kata ganti 2
  3. 3. nama yang sesuai untuk diisi pada petak yang telah disediakan. Soalan ini juga bersesuaian dengan objektif kelapan dalam SPBM sekolah rendah.2) Puan Rozana memotong kaki seluar anaknya kerana __________. A lebar B besar C labu Analisis : Soalan ini berbentuk isi tempat kosong yang berkaitan dengan kata adjektif yang menjadi salah satu topik yang terdapat dalam HSPBM. Namun begitu, soalan ini berada pada Aras 1 ekoran daripada bentuk soalan yang sangat mudah untuk dijawab oleh pelajar. Soalan yang dibina ini juga turut bertepatan dengan objektif kelapan yang terdapat dalam SPBM iaitu menilai kemahiran pelajar dalam enggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.3) Beberapa __________ poster telah diletakkan oleh Cikgu Yeop di belakang kelas kita. A helai B bidang C keping D lembar Analisis : Soalan yang dibina adalah soalan penjodoh bilangan yang merupakan salah satu topik yang terdapat dalam HSPBM. Soalan ini adalah soalan pada Aras 2 di mana jawapan yang diberikan adalah hampir sesuai digunakan untuk ayat soalan. Namun begitu, ianya memerlukan kemahiran berfikir yang kreatif dan kritis dalam menyelesaikan soalan ini seperti mana objektif ketiga yang terdapat dalam HSPBM yang memerlukan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan soalan. 3
  4. 4. 4) __________ Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Seri Damai itu mengumumkan ketibaan tetamu khas. A Jurubahasa B Juruhebah C Jurucakap D Juruacara Analisis : Soalan ini adalah sama dengan soalan 1 yang berkaitan dengan golongan kata nama Bahasa Melayu yang juga terkandung dalam SPBM. Namun begitu, soalan ini adalah soalan pada Aras 2 seperti mana yang terkandung dalam HSPBM di mana perlu meneliti jawapan yang sesuai dan tepat untuk soalan ini.5) Ibu __________ ayam itu dengan rempah sebelum memanggangnya. A mengadun B menabur C mencalit D melumur Analisis : Soalan ini pula adalah bentuk soalan yang berkaitan dengan topik kata kerja yang juga menjadi antara topik yang dipelajari oleh pelajar dalam HSPBM. Namun begitu, pelajar perlu meneliti jenis kata kerja dalam menjawab soalan ini sama ada kata kerja transitif ataupun kata kerja tak transitif. Ini bermakna bahawa soalan ini adalah bentuk soalan pada Aras 2 yang memerlukan sedikit kemahiran berfikir dalam menyelesaikan soalan ini. 4
  5. 5. 6) Tangan kakak berbau __________ setelah menyiang beberapa ekor ikan sungai. A hamis B hanyir C hapak D hancing Analisis : Jawapan yang diperlukan dalam soalan ini memerlukan pelajar memilih jawapan yang sesuai berdasarkan kepada kata adjektif yang wujud sebelum jawapan soalan. Ini bermakna bahawa soalan ini tidak mempunyai topik khusus dalam HSPBM dan tidak menepati sebarang objektif yang terkandung dalam SPBM. Namun begitu, kemahiran berfikir pelajar masih dapat dibentuk dan dinilai menerusi kemahiran pelajar dalam menjawab kehendak soalan.7) Kerja-kerja pembersihan tanah runtuh itu diteruskan __________ hari hujan. A hingga B sekiranya C walaupun D Sementara Analisis : Jawapan yang diperlukan dalam soalan ini adalah jawapan dalam kata hubung yang mana pelajar perlu memilih kata hubung yang sesuai untuk mengisi yang sesuai. Dalam HSPBM, jenis kata hubung seperti berada pada Aras 3 yang mana memerlukan kemahiran pelajar yang tinggi dalam membezakan empat jenis kata hubung yang boleh digunakan dalam menggabungkan dua ayat.8) Kamarul dapat menyampaikan syarahannya dengan __________ semasa menyertai pertandingan itu. 5
  6. 6. A cekap B petah C terang Analisis : Soalan ini berbentuk isi tempat kosong yang berkaitan dengan kata adjektif yang menjadi salah satu topik yang terdapat dalam HSPBM. Namun begitu, soalan ini berada pada Aras 1 ekoran daripada bentuk soalan yang sangat mudah untuk dijawab oleh pelajar. Soalan yang dibina ini juga turut bertepatan dengan objektif kelapan yang terdapat dalam SPBM iaitu menilai kemahiran pelajar dalam enggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.9) Juara beregu badminton wanita dari Malaysia __________ piala yang dimenangi oleh mereka. A menjulang B menatang C merangkul D menjunjung Analisis : Soalan ini adalah soalan kata kerja yang juga menjadi antara salah satu topik yang terdapat dalam HSPBM. Namun begitu, soalan ini mempunyai aras kemahiran berfikir yang tinggi dengan bentuk jawapan yang boleh digunakan untuk mengisi tempat kosong yang terdapat dalam soalan. Ini bermakna bahawa soalan ini berada pada Aras 3 dan menepati kehendak kandungan SPBM. 6
  7. 7. 10) __________ orang mudah hilang sabar jika selalu menghadapi __________ situasi yang memalukan mereka. A Sesetengah ... setiap B Sebahagian ... satu C Sesetengah ... sesuatu D Sekalian ... beberapa Analisis : Soalan ini berkaitan dengan topik penjodoh bilangan yang terdapat dalam HSPBM dan menjadi antara soalan penting yang mampu menilai kemahiran pelajar dalam berfikir. Soalan ini juga merupakan antara soalan yang turut terdapat dijalankan oleh pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi meningkatkan kemampuan pelajar untuk menguasai topik penjodoh bilangan.11) Encik Chin sedang __________ buluh untuk membuat sangkar burung. A meraut B melentur C merincih D menghiris Analisis : Soalan ini adalah soalan yang berkaitan dengan kata kerja yang terdapat dalam HSPBM. Namun begitu, soalan ini dibina berdasarkan kepada gambar rajah di mana seseorang sedang melakukan sesuatu kepada ‘buluh’. Dalam menjawab soalan ini, pelajar perlu meneliti aktiviti yang terdapat dalam gambar rajah tersebut dan perlu memilih jawapan yang betul. Ini bermakna bahawa soalan ini memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi dan berada pada Aras 3 yang juga sesuai dengan HSPBM. 7
  8. 8. 12) “__________ ambil makanan yang terhidang di meja itu,” kata Puan Kamariah kepada tetamunya. A Tolong B Minta C Harap D Sila Analisis : Soalan ini berbentuk ayat perintah di mana pelajar perlu memilih jawapan yang sesuai bagi menyempurnakan jawapan ini. Dalam HSPBM, ayat perintah adalah antara jenis ayat yang dipelajari oleh pelajar agar pelajar dalam menjawab soalan ayat perintah. Soalan ini dilihat berada pada Aras 3 di mana setiap jawapan yang diberikan boleh digunakan untuk mengisi tempat kosong soalan. Namun begitu, pelajar hanya perlu memilih satu jawapan yang paling tepat dan sesuai dengan konteks ayat yang dibina. Ini juga menjelaskan bahawa soalan yang dibina adalah sangat sesuai dengan SPBM sekolah rendah.13) Sementara menunggu pintu pagar dibuka, penonton __________ di luar stadium. A lalu-lalang B bolak-balik C simpang-siur D mundar-mandir Analisis : Soalan ini berkaitan dengan topik kata ganda yang terdapat dalam HSPBM. Namun begitu, terdapat lebih daripada satu jawapan yang betul yang boleh dipilih oleh pelajar untuk menjawab soalan ini. Walau bagaimanapun, pelajar hanya perlu memilih satu jawapan yang paling tepat dan ini memerlukan kemahiran berfikir pelajar secara kreatif dan kritis dalam menilai konteks ayat. Ini bermakna bahawa soalan ini berada pada Aras 3 kerana memerlukan kemahiran analitikal yang tinggi pelajar dalam menjawab soalan ini. 8
  9. 9. 14) Pihak sekolah akan mengadakan sesi __________ bagi meraihkan kehadiran murid-murid baru. A tegur sapa B soal jawab C ramah mesra Analisis : Soalan ini pula adalah soalan dalam bentuk kata majmuk yang terdapat dalam HSPBM di mana hanya satu jawapan yang paling tepat yang boleh digunakan dalam menjawab soalan ini. Namun begitu, pelajar perlu mempunyai pengetahuan yang baik dalam proses pembentukan kata majmuk sebelum menjawab soalan ini agar memudahkan pelajar untuk memilih jawapan yang paling tepat. Ini bermakna bahawa soalan ini memerlukan sedikit kemahiran berfisir dan dinilai sebagai soalan pada Aras 1.15) Encik Dalang sedang __________ kain di bengkel untuk memenuhi pesanan pelanggannya. A menekan B menekap C mengecop D mengecap Analisis : Soalan ini pula adalah bentuk soalan yang berkaitan dengan topik kata kerja yang juga menjadi antara topik yang dipelajari oleh pelajar dalam HSPBM. Namun begitu, pelajar perlu meneliti jenis kata kerja dalam menjawab soalan ini sama ada kata kerja transitif ataupun kata kerja tak transitif. Ini bermakna bahawa soalan ini adalah bentuk soalan pada Aras 2 yang memerlukan sedikit kemahiran berfikir dalam menyelesaikan soalan ini. 9
  10. 10. 16) Encik Muthu akan terus menabur bakti kepada masyarakat __________ terdaya. A jika B selagi C apabila D sehingga Analisis : Soalan ini mempunyai perkaitan dengan topik kata hubung yang terkandung dalam HSPBM memerlukan kemahiran pelajar untuk memilih jawapan yang paling. Sekiranya pelajar tidak mempunyai pengetahuan yang baik terhadap keempat-empat kata hubungan ini, maka pelajar akan memilih jawapan yang salah. Oleh itu, ianya memerlukan kemahiran pelajar dalam memilih jawapan yang paling tepat untuk diisi pada petak kosong yang terdapat dalam soalan dan dinilai sebagai soalan para Aras 2 dalam HSPBM.17) “Saya tidak nampak Salina pun. __________ dia sudah pergi,” kata Normah. A Bila-bila B Awal-awal C Rasa-rasa Analisis : Soalan ini adalah soalan berbentuk kata ganda yang merupakan antara topik yang dipelajari oleh pelajar dalam HSPBM di mana pelajar perlu memilih kata ganda yang sesuai. Soalan ini dilihat berada pada Aras 3 kerana menuntut kemampuan pelajar dalam memilih jawapan yang paling tepat kerana soalan ini mempunyai lebih daripada satu jawapan yang hampir tepat. Oleh itu, pengetahuan pelajar terhadap topik dan konsep kata ganda dalam sistem tatabahasa Bahasa Melayu akan dapat membantu pelajar untuk menjawab soalan ini dengan betul dan tepat. 10
  11. 11. 18) “Kamu pergilah dahulu. Sebentar lagi saya akan __________,” kata Asri kepada Shahrul. A mengekori B mengikuti C mengejar D menyusul Analisis : Soalan ini adalah ayat penyata yang digabungkan bersama dengan kata kerta transitif. Ini bermakna bahawa pengetahuan pelajar terhadap kedua- dua topik yang terkandung dalam HSPBM ini perlu berada pada tahap yang terbaik agar dapat membantu pelajar menjawab soalan ini. Ini juga menunjukkan bahawa soalan yang dibina berada pada Aras 3 ekoran daripada bentuk soalan yang memerlukan kemahiran analitikal pelajar yang lebih tinggi seperti mana objektif yang ingin dicapai dalam SPBM.19) Dua __________ lanun telah ditumpaskan oleh pasukan polis marin dalam tempoh sebulan. A pasukan B angkatan C kelompok D gerombolan Analisis : Soalan ini berkaitan dengan kata bilangan dalam HSPBM yang mana memerlukan pelajar memilih kata bilangan yang tepat dan sesuai digunakan untuk konteks soalan yang dibina. Ini bermakna bahawa soalan ini adalah soalan yang mudah dan merupakan soalan pada Aras 1 berdasarkan kepada bentuk pelaksanaan topik yang terdapat dalam HSPBM.20) Sikap Amir yang selalu __________ menyebabkan ramai sahabatnya kurang senang. 11
  12. 12. A memberi muka B bermuka-muka C sangat muka D tebal muka Analisis : Soalan ini mempunyai perkaitan dengan dua topik yang terdapat dalam HSPBM iaitu topik kata majmuk atau kata ganda dan juga simpulan bahasa. Setiap jawapan yang diberikan boleh digunakan untuk menjawab soalan yang diberikan. Namun pelajar perlu memilih jawapan yang paling tepat dan sesuai digunakan untuk menjawab soalan ini. Ini bermakna bahawa soalan ini adalah soalan yang berada pada Aras 3 kerana memerlukan kemahiran analitikal yang lebih tinggi.21) Istana lama itu unik kerana dibina daripada kayu tanpa menggunakan sebarang batu pun. Perkataan seerti bagi unik ialah A istimewa B canggih C ganjil D pelik Analisis : Soalan ini adalah soalan yang berbentuk kat seerti yang juga menjadi antara topik pengajaran yang terdapat dalam HSPBM. Dalam topik ini soalan yang berikut agak mudah dan hanya berada pada Aras 1 di mana pelajar hanya perlu memilih perkataan seperti bagi perkataan unik. Namun begitu, pelajar perlu mempunyai pengetahuan dan penguasaan yang baik terhadap topik ‘Sinonim’ atau ‘seerti’ sebelum menjawab soalan ini. 12
  13. 13. 22) Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah itu telah ditubuhkan pada bulan lepas. Perkataan seerti bagi ditubuhkan ialah A ditutupkan B dibatalkan C dibubarkan D dimansuhkan Analisis : Soalan ini adalah sama dengan soalan 21 di mana pelajar perlu mencari perkataan seerti bagi perkataan ditubuhkan dan berada pada Aras 1 dalam HSPBM.23) Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berbaris dengan betul. I) Semalam suntuk ayah tidak tidur kerana sakit perut. II) Tali itu sangat suntuk untuk mengikat kotak itu. III) Jangan mengkori kereta di hadapan terlalu suntuk. IV) Tempoh yang diberikan oleh jawatankuasa pertandingan itu begitu suntuk. A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV Analisis : Dalam soalan ini, terdapat empat ayat yang perlu dibina oleh pelajar yang mana pelajar perlu meneliti ayat yang betul dan tepat dalam menggunakan perkataan suntuk. Soalan ini hanya mempunyai perkaitan dengan jenis-jenis ayat yang terdapat dalam HSPBM seperti ayat majmuk dan ayat aktif. Dalam pada itu, soalan yang ini juga berada pada Aras 3 kerana memerlukan pelajar untuk memilih lebih daripada satu ayat yang menggunakan perkataan suntuk dengan tepat. 13
  14. 14. 24) Mengapakah ramai pesalah trafik menyerbu kaunter pembayaran di balai polis? Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas. A Mereka berminat menyertai pasukan polis trafik. B Mereka hendak membayar saman kesalahan trafik. C Pesalah trafik telah membayar denda secara beramai-ramai. Analisis : Soalan ini tidak mempunyai perkaitan dengan sebarang topik dalam HSPBM. Sebaliknya, soalan ini hanya memerlukan kemahiran pelajar dalam memilih jawapan yang paling tepat dan sangat sesuai dengan objektif keenam yang terdapat dalam SPBM. Jawapan yang diberikan juga boleh digunakan untuk menjawab soalan. Namun begitu, pelajar hanya perlu memilih satu jawapan yang paling tepat dan soalan ini dinilai berada pada Aras 3 kerana memerlukan kemahiran analitikal pelajar yang sangat tinggi.25) Doktor menasihati pesakitnya supaya mengamalkan gaya hidup sihat. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas. A Mengapakah doktor menasihati pesakitnya? B Apakah nasihat doktor kepada pesakitnya? C Bagaimanakah cara mengamalkan gaya hidup sihat? D Siapakah yang perlu mengamalkan gaya hidup sihat? Analisis : Soalan ini adalah soalan ayat tanya yang juga merupakan salah satu topik yang diajarkan dalam HSPBM. Soalan ini adalah sangat mudah dan mempunyai Aras pelajaran pada tahaun 1 kerana hanya memerlukan pelajar memilih satu ayat tanya yang paling sesuai.26) “Kami menerima pujian dari Guru Besar kerana telah menjuarai pertandingan koir,” kata Asmah. 14
  15. 15. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di atas. A Asmah memberitahu bahawa mereka mendapat pujian daripada Guru Besar kerana telah menjuarai pertandingan koir. B Asmah menerangkan bahawa kami memberikan pujian kepada Guru Besar kerana telah menjuarai pertandingan koir. C Asmah mendapat tahu bahawa mereka mendapat pujian dariapda Guru Besar kerana telah menjuarai pertandingan koir. D Asmah menyatakan bahawa kami memberikan pujian kepada Guru Besar kerana telah menjuarai pertandingan koir. Analisis : Soalan ini adalah soalan yang berada dalam topik ‘ayat banyak makna’ dalam HSPBM di mana setiap jawapan yang dibina mempunyai persamaan dengan ayat dalam soalan. Soalan ini juga dilihat berada pada Aras 3 seperti mana yang dinyatakan dalam HSPBM kerana pelajar perlu membuat analisis setiap ayat pada jawapan soalan dan memilih satu ayat yang mempunyai maksud yang sama dengan ayat yang terdapat pada soalan.27) Nenek sedang menganyam tikar mengkuang di ruang tamu rumahnya. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di atas. A Tikar mengkuang sedang dianyam oleh nenek di ruang tamu rumahnya. B Tidak mengkuangnya sedang nenek anyam di ruang tamu rumahnya. C Tikar mengkuang nenek sedang dianyam olehnya di ruang tamu. D Tikar mengkuang diruang tamunya sedang dianyam nenek. Analisis : Soalan ini juga adalah sama dengan soalan 26 yang mana memerlukan kemahiran pelajar dalam memilih ayat yang hampir sama dengan dengan ayat yang terdapat dalam soalan. Ini menunjukkan bahawa soalan ini berada pada Aras pelakaran pada tahaun 3.28) Pilih ayat yang betul. 15
  16. 16. A Kasut bertumit tinggi itu bukan sesuai dipakai oleh wanita yang mengandung. B Telefon antik di kedai itu tidak untuk dijual tetapi untuk pameran sahaja. C Daerah Besut bukan di negeri Kelantan tetapi di negeri Terengganu. D Budak lelaki yang bertahi lalat itu tidak adik Sulaiman. Analisis : Soalan ini merupakan tajuk ke-20 dalam HSPBM di mana pelajar perlu memilih ayat yang betul dalam pelbagai jenis ayat sma ada ayat majmuk, ayat tunggal dan sebagainya. Dalam HSPBM, soalan seperti ini hanya berada pada Aras 2 kerana bentuk soalan yang dibina hanya sederhana sukar untuk dijawab oleh pelajar.29) Pilih ayat yang betul. I) Para tetamu yang hadir dijemput masuk di dalam dewan itu. II) Suhaila ialah sepupu saya kerana ibu saya dan ibunya adik-beradik. III) Antara Suzi ataupun Nani, masing-masing tidak dapat melompat parit itu. IV) Saya tidak memahami percakapannya kerana dia menggunakan bahasa pasar. A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV Analisis : Soalan yang dibina mempunyai persamaan dengan soalan 28. Namun begitu, soalan ini berada pada Aras 3 dalam HSPBM di mana pelajar perlu memilih beberapa ayat yang betul dan tepat sistem tatabahasanya sebelum membuat pilihan. Soalan ini juga adalah sesuai dan selari dengan objektif SPBM dalam memastikan pelajar mampu membuat pilihan ayat yang betul dan tepat.30) Pilih ayat yang betul. I) Buku cenderama yang berwarna keemasan itu untuk tetamu khas. 16
  17. 17. II) Di antara acara yang akan dipertandingkan ialah catur dan congkak. III) Puan Azian yang mengajar di sekolah itu berasal dari Sandakan. IV) Pasukan bahas itu mendapat tempat pertama kerana pembahas- pembahasnya mendapat tempat pertama. A I dan II B II dan IV C III dan IV D I dan IV Analisis : Soalan yang dibina mempunyai persamaan dengan soalan 28 dan soalan 29. Namun begitu, soalan ini berada pada Aras 3 dalam HSPBM di mana pelajar perlu memilih beberapa ayat yang betul dan tepat sistem tatabahasanya sebelum membuat pilihan. Soalan ini juga adalah sesuai dan selari dengan objektif SPBM dalam memastikan pelajar mampu membuat pilihan ayat yang betul dan tepat.Ayat 31-35 adalah berdasarkan kepada petikan yang diberikan (Rujuk Lampiran)31) Pihak yang membuang kenderaan buruk itu tidak dapat dikenal pasti kerana A kenderaan itu telah reput. B kenderaan itu dibuang di jalan raya. C kenderaan itu tiada nombor pendaftaran. D kenderaan itu diletakkan di tapak pelupusan. Analisis : Soalan ini memerlukan pelajar memahami petikan yang diberikan dan kemudiannya melengkap soalan yang terdapat dalam soalan ini. Soalan ini dilihat berada pada Aras pelakaran pada tahap 3 kerana ayat yang terdapat dalam setiap jawapan pada soalan ini adalah tidak sama dengan ayat yang terdapat dalam petikan. Namun begitu, kemampuan pelajar dalam memilih ayat yang mempunyai makna yang sama dengan ayat yang terdapat pada petikan akan membantu pelajar memilih jawapan yang betul dan tepat. 17
  18. 18. 32) Penulis berpendapat gambara baik Kampung Seri Mersing terjejas disebabkan oleh A lori diletakkan di hadapan sekolah. B ketiadaan tempat untuk berekreasi. C bau busuk daripada tong sampah besar. D pembuangan kereta buruk di kampung itu. Analisis : Soalan ini juga berapa pada Aras 3 di mana pelajar perlu memahami setiap ayat yang terdapat pada petikan yang diberikan sebelum menjawab soalan ini. Ayat yang terdapat pada petikan juga adalah berbeza dengan ayat yang terdapat pada jawapan soalan tetapi mempunyai maksud yang hampir sama atau sama. Oleh itu, pelajar perlu memilih jawapan yang paling tepat dalam menjawab soalan ini.33) Di manakah penunggang-penunggan basikal mempamerkan keberanian mereka? A Gelanggang basikal lasak. B Tapak pelupusan samlah. C Kawasan lapang dan jalan raya. D Persimpangan jalan dan di hadapan sekolah. Analisis : Soalan ini juga berada pada Aras 3 yang mana memerlukan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan soalan. Ini juga adalah selari dengan objektif yang dinyatakan dalam SPBM yang mana ingin meningkatkan kemahiran berfikir pelajar secara kreatif dan kritis.34) Yang berikut adalah pernyataan tentang petikan kecuali A Penduduk membuang sampah di simpang-simpang jalan. 18
  19. 19. B Penduduk berharap masalah mereka dapat diatasi. C Terdapat lori yang menghalang laluan ke sekolah. Analisis : Soalan ini memerlukan pelajar menilai setiap jawapan sama ada berkaitan dengan dengan petikan yang telah dibaca atau sebaliknya. Secara tidak langsung, soalan ini memerlukan kefahaman pelajar terhadap petikan yang dibaca bagi memudahkan pelajar untuk menjawab soalan ini. Dengan demikian, maka soalan ini dinilai memunyai aras pelakaran pada tahap 3.35) Rangkai kata menyakitkan mata dalam petikan bermaksud A Penglihatan tidak jelas B Tidak enak dipandang C Memedihkan mata D Mata terasa sakit Analisis : Soalan ini mempunyai perkaitan dengan topik simbulan bahawa yang terdapat dalam HSPBM dan pelajar perlu memberikan maksud bagi rangkai kata menyakitkan mata yang dinyatakan pada petikan soalan. Untuk itu, pelajar perlu menggantikan setiap jawapan ini pada ayat dalam petikan dan mencari jawapan yang paling tepat dan sesuai dengan simpulan bahawa yang digunakan. Secara tidak langsung, soalan ini dilihat mempunyai aras pelakaran pada tahap 3 seperti mana empat soalan lain yang dinyatakan di atas.Soalan 36-40 adalah berdasarkan petikan. (Rujuk Lampiran)36) Kemanakah penulis perlu pada malam itu? 19
  20. 20. A Pondik buruk B Kelas tambahan C Berlatih bola sepak D Menziarahi kawan-kawannya Analisis : Soalan ini lebih bersifat penyelesaian masalah di mana pelajar perlu menjawab soalan berdasarkan kepada petikan yang telah dibaca. Kemahiran analitikal pelajar yang tinggi akan dapat membantu pelajar untuk menjawab soalan ini. Ini juga menunjukkan bahawa soalan ini berada pada aras pelajaran pada tahap 3 kerana pelajar perlu membuat analisis terhadap petikan dan semasa menjawab soalan ini.37) Untuk menyelamatkan diri daripada cakaran harimau itu, penulis A menjerit untuk meminta tolong B memeluk badan harimau erat-erat. C meronta-ronta untuk melepaskan diri. D memukul kepada harimau bertubi-tubi. Analisis : Soalan ini adalah sama dengan bentuk soalan 36 di mana pelajar perlu memahami kandungan petikan dan menyempurnakan jawapan bagi soalan ini. Namun begitu, ayat jawapan yang diberikan adalah berbeza dengan ayat yang terdapat pada petikan dan ini memerlukan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah dan memilih jawapan yang paling tepat. Secara tidak langsung, soalan ini akan dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah dan mencapai objektif ketiga yang dinyatakan dalam SPBM sekolah rendah.38) Siapakah sebenarnya yang dipukul oleh penulis? A Bantal peluk 20
  21. 21. B Badannya C Harimau D Adiknya Analisis : Soalan ini lebih bercirikan penyelesaian masalah di mana pelajar perlu mengenal pasti ayat yang mempunyai perkaitan dengan soalan ini dan soalan ini dinilai hanya berada pada aras pelakaran pada tahap 2.39) Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan. A Penulis tiduk sekatil dengan adiknya. B Ranting kayu berbunyi kerana dipijak orang. C Penulis menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah. D Ayah dan ibu penulis mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Analisis : Soalan ini memerlukan pelajar menilai setiap jawapan sama ada berkaitan dengan dengan petikan yang telah dibaca atau sebaliknya. Secara tidak langsung, soalan ini memerlukan kefahaman pelajar terhadap petikan yang dibaca bagi memudahkan pelajar untuk menjawab soalan ini. Dengan demikian, maka soalan ini dinilai memunyai aras pelakaran pada tahap 3.40) Frasa peluh dingin dalam petikan membawa maksud penulis A ketakutan B kesejukan C kepenatan D kekeliruan Analisis : Soalan ini mempunyai perkaitan dengan topik simbulan bahawa yang terdapat dalam HSPBM dan pelajar perlu memberikan maksud bagi rangkai kata peluh dingin yang dinyatakan pada petikan soalan. Untuk itu, pelajar perlu menggantikan setiap jawapan ini pada ayat dalam petikan dan mencari jawapan yang paling tepat dan sesuai dengan simpulan bahawa yang digunakan. Secara tidak langsung, soalan ini dilihat mempunyai aras pelakaran pada tahap 3 seperti mana empat soalan lain yang dinyatakan di atas. 21
  22. 22. Daripada analisis yang telah dijalankan di atas, dapat dilihat bahawa kesemua soalan yang terdapat dalam Kertas 1 Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR pada tahun 2006 adalah soalan yang menepati pelbagai topik yang terdapat dalam HSPBM. Dalam pada itu, soalan yang dibina juga mempunyai pelbagari aras pelakaran sama ada aras pelakaran pada tahaun 1, tahap 2 ataupun tahap 3 yang juga selari dan bertetapan dengan HSPBM. Namun begitu, soalan yang dibina dilihat kurang bertepatan dengan 10 objektif yang terdapat dalam SPBM sekolah rendah. Daripada perbincangan yang telah dinyatakan, semua soalan yang dibina hanya menepati 4 objektif utama iaitu objektif ketiga, objektif, keenam, objektif ketujuh dan juga objektif kelapan. Sebaliknya, enam objektif lain yang terdapat dalam SPBM tidak mampu dinilai daripada 40 soalan yang terdapat dalam Kertas 1 Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR pada tahun 2006 ini.• Kertas 2 : Penulisan 22
  23. 23. Dalam kertas soalan ini pula, terdapat tiga bahagian utama. Bahagian Amemerlukan pelajar membina ayat daripada gambar yang disediakan dalambahagian ini, Bahagian B memerlukan pelajar menghasilkan karangan daripada satutajuk yang dipilih dan Bahagian C pula memerlukan pelajar menyenaraikanpengajaran daripada teks atau petikan yang terdapat dalam bahagian soalan ini. Inibermakna bahawa kesemua soalan yang terdapat dalam kertas 2 ini lebih menjuruskepada aspek penulisan Bahasa Melayu.Berdasarkan kepada tiga bahagian soalan yang terdapat dalam Kertas 2 BahasaMelayu bagi peperiksaan UPSR pada tahun 2006, maka berikut adalah analisis araskesukaran setiap soalan dan perkaitannya dengan HSPBM dan SPBM sekolahrendah:-1) Soalan Bahagian A Soalan ini memerlukan pelajar membuat penilaian terhadap satu gambar yang disediakan dan kemudiannya perlu membina lima ayat berdasarkan kepada gambar yang disediakan. Namun begitu, ayat yang dibina perlu mempuyai kesinambungan di antara satu ayat dengan ayat yang lain. Ini bermakna bahawa soalan ini memerlukan kemahiran berfikir pelajar yang tinggi dan memerlukan kemampuan pelajar dalam membina ayat yang menarik dan gramatis seperti mana yang telah dipelajari dalam HSPBM. Keperluan terhadap kemahiran berfikir yang tinggi dan pengetahuan pelajar yang baik dan memuaskan terhadap pelbagai jenis ayat Bahasa Melayu, maka soalan ini dilihat mempunyai aras pelakaran pada tahap 3. Ini juga turut dinyatakan dalam HSPBM di mana kemahiran pelajar dalam membina ayat yang gramatis melibatkan aras pelakaran pada tahap 3.2) Soalan Bahagian B Seperti mana kehendak soalan yang terdapat dalam Bahagian A, soalan yang terdapat dalam Bahagian B ini pula memerlukan pelajar untuk membina 23
  24. 24. karangan daripada salah satu soalan karangan yang disediakan dalam soalan ini. Aras pelakaran bagi soalan dalam Bahagian ini berada pada tahap 3 di mana pelajar perlu membina ayat yang gramatis dan menarik dan menepati pelbagai jenis ayat yang telah dipelajari dalam HSPBM. Ini juga adalah selari dengan objektif SPBM yang ingin menilai kemahiran pelajar dalam menghasilkan karangan yang menarik, kreatif dan menggambarkan pemikiran pelajar kritis. Dengan demikian, maka soalan yang disediakan akan dapat menilai pelbagai aspek yang berkaitan dengan perkembangan kemahiran dan pengetahuan pelajar terhadap sistem tatabahasa dalam Bahasa Melayu sekolah rendah. 3) Soalan Bahagian C Dalam Bahagian C ini pula, pelajar perlu membaca petikan yang disediakan dan kemudiannya mengenal pasti lima pengajaran yang boleh diperolehi menerusi petikan yang disediakan. Soalan ini juga memerlukan kemahiran analitikal pelajar yang tinggi dan soalan ini dilihat berada pada aras pelajaran pada tahap 3 kerana pelajar perlu meneliti lima pengajaran yang diperolehi daripada petikan dan kemudiannya dipersembahkan dalam bentuk ayat. Secara tidak langsung, ianya juga turut mencapai objektif yang terkandung dalam SPBM sekolah rendah. Kedua-dua kertas peperiksaan Bahasa Melayu yang digunakan dalam peperksaan UPSR mempunyai matlamat yang berbeza dan khusus seperti mana huraian yang telah dinyatakan di atas. Ini juga menggambarkan akan proses membina soalan-soalan ini yang mampu mencapai setiap objektif yang terdapat dalam SPBM dan HSPBM sekolah rendah.3.0 Analisis Soalan UPSR 24
  25. 25. Di peringkat sekolah rendah, penilaian terhadap kemahiran pelajar dilakukan menerusipelaksanaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang mencakupi kepada pelbagaiaspek seperti kemahiran lisan, kemahiran penulisan dan juga penelitian terhadapperkembangan pengetahuan pelajar terhadap sistem bahasa dalam Bahasa Melayu.Untuk melihat kepada tiga perkara ini, maka kertas soalan Bahasa Melayu bagi UPSRpada tahun 2006 akan dianalisis terhadap iga aspek berikut seperti mana yangdinyatakan di bawah:-1) Kemahiran Lisan Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Murid akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang. Kemahiran asas dalam kemahiran lisan terdiri daripada dua kemahiran yang utama iaitu kemahira mendengar dan kemahiran bertutur seperti mana yang dijelaskan di bawah:- a) Kemahiran Mendengar Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh:-  Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.  Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa.  Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.  Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.  Mendengar secara kritikal.  Mengudit. 25
  26. 26.  Mengikut arahan.  Memahami urutan atau sekuan.  Mengingat kembali.  Menentukan idea utama / terpenting.  Membuat inferens dan penyeluruhan atau kesimpulan b) Kemahiran Bertutur Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang inamakan ‘suprapenggalan’ ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.Namun begitu, penilaian terhadap perkembangan kemahiran mendengar mahupunkemahiran bertutur pelajar dalam peperiksaan UPSR adalah suatu bentuk tidakyang tidak berlaku secara formal. Dalm erti kata lain, kemahiran mendengarmahupun kemahiran bertutur pelajar bukanlah suatu bentuk penilaian yangdiutamakan dalam peperiksaan UPSR. Ini dapat dilihat menerusi prosespembentukan soalan peperiksaan UPSR yang mana tidak menjurus kepadakemahiran lisan. Sebaliknya, soalan UPSR yang dibina lebih menjurus kepadakemahiran membaca dan kemahirna menulis.Dalam soalan UPSR Bahasa Melayu Kertas 1 bagi Tahun 2006 misalnya, terdapat40 soalan objektif yang mana memerlukan pelajar membaca setiap soalan danmemilih jawapan yang tepat. Contohnya soalan 1 yang merupakan soalan dalam 26
  27. 27. bentuk golongan kata Bahasa Melayu dan soalan 2 yang merpakan soalan dalambentuk kata adjektif. Kesemua soalan yang terdapat dalam kertas 1 bagi UPSRtahun 2006 ini menunjukkan bahawa tidak terdapat satu soalan yang menekankankepada kemahiran mendengar. Sebaliknya, kebanyakan soalan yang terdapat dalamkertas soalan UPSR ini lebih menjurus kepada kemahiran membaca. Kegagalanmurid dalam membaca dan memahami setiap soalan akan menyebabkan pelajarmenghadapi masalah dalam menjawab setiap soalan yang terdapat dalam kertasUPSR tersebut.Dalam Kertas 2 Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR pada tahun 2006 pula,soalan yang terdapat dalam Kertas 2 Bahasa Melayu ini lebih menjurs kepadakemahiran menulis dan tidak mempunyai sebarang unsur kemahiran lisan. Namunbegitu, kemahiran membaca juga adalah antara kemahiran bahasa yang perludikuasai oleh pelajar agar pelajar dapat menjawab setiap soalan yang terdapatdalam Kertas 2 Bahasa Melayu ini.Daripada penjelasan dan penerangan yang dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawasoalan yang dibina dalam peperiksaan pada tahun 2006 sama ada dalam kertas 1mahupun kertas 2 tidak menekankan sebarang bentuk kemahiran lisan sama adakemahiran mendengar mahupun kemahiran bertutur. Ini juga tidak selari denganobjektif dan falsafah yang terkandung dalam SPBM sekolah rendah yang manaingin meningkatkan kemahiran lisan pelajar. Contohnya dua objektif utama yangterdapat dalam SPBM sekolah rendah seperti mana yang dinyatakan di bawah:-  Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal  Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasiDalam dua objektif yang dinyatakan di atas yang juga merpakan objektif utamayang terdapat dalam SPBM sekolah rendah, kemahiran mendengar dan kemahiranbertutur adalah antara kemahiran yang ingin dibentuk dan ditingkatkan dalamkalangan pelajar. Walau bagaimanapun, setiap kemahiran ini tidak dinilai dalam 27
  28. 28. peperksaan UPSR sama ada dalam kertas 1 mahupun dalam kertas 2 seperti mana yang telah dijelaskan. Ini seterusnya memberikan gambaran bahawa kertas soalan UPSR yang dibina tidak menjurus dan tidak mengambil kira aspek dua objektif utama yang terkandung dalam SPBM. Secara tidak langsung, penilaian yang dilakukan dalam peperiksaan UPSR akan menyukarkan untuk mencapai falsafah pendidikan kebangsaan dan juga matlamat pengenalan mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah. Ini adalah disebabkan oleh proses penilaian surmatif yang dilakukan tidak menekankan aspek perkembangan kemahiran lisan pelajar. Sebaliknya, hanya menekankan kepada beberapa kemahiran lain seperti kemahiran membaca dan juga kemahiran menulis.2) Kemahiran Penulisan Menulis ialah pembentukan symbol tulisan dalam bahasa. Sesuatu penulisan bertujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada pembaca. Don Bryne (1979) menyatakan bahawa symbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan pelajar menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Dalam pada itu, kemahiran menulis juga melibatkan pelajar-pelajar supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahrikan dalam bentuk wacana yang lengkap. Pelajar-pelajar juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan. Dalam memastikan kemahiran menulis di kalangan pelajar akan dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih baik, terdapat beberapa elemen pengajaran kemahiran menulis yang perlu difahami dan diketahui oleh setiap guru. Salah satu daripada adalah proses atau peringkat dalam meningkatkan kemahiran menulis di kalangan pelajar. Kemahiran menulis merupakan keupayaan pelajar menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea 28
  29. 29. melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan danpengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis,tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Pelajarjuga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisanimaginatif.Aspek perkembangan kemahiran penulisan pelajar ini juga dapat dilihat menerusisoalan UPSR yang dibina yang mana mampu menilai tahap perkembangankemahiran penulisan pelajar. Di peringkat sekolah rendah, setiap soalan UPSRyang ingin dibina seharusnya mengambil kira aspek kemahiran penulisan pelajaragar penilaian dapat dibuat sama ada kemahiran penulisan pelajar telahberkembang ke tahap yang memuaskan atau sebaliknya. Ini juga adalah selari danselaras dengan objektif keenam dan ketujuh yang terkandung dalam SPBM sepertimana yang dinyatakan di bawah:-  Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis  Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betulDalam dua objektif yang dinyatakan di atas, kemahiran pelajar dalam penulisanadalah suatu perkara yang sangat diutamakan agar pelajar dapat mengeluarkansegala idea dan pandangan mereka dalam bentuk penulisan. Dalam penilaian yangdijalankan menerusi peperiksaan UPSR, kertas soalan yang dibina dilihatmengambil kira kedua-dua objektif ini. Ini dapat dilihat menerusi bentuk soalanyang terdapat dalam kertas 2 Bahasa Melayu dalam peperiksaan UPSR yang manamenekankan kepada aspek perkembangan kemahiran penulisan pelajar. DalamKertas 2 Bahasa Melayu bagi kertas peperiksaan pada tahun 2006, terdapat tigabahagian soalan yang utama seperti mana yang dijelaskan di bawah:- 29
  30. 30.  Bahagian A : Soalan yang terdapat dalam bahagian ini memerlukan pelajar membina lima ayat daripada satu gambar yang disediakan dalam bahagian soalan ini.  Bahagian B : Bahagian ini memerlukan pelajar memilih satu daripada tiga soalan yang sediakan untuk membina karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.  Bahagian C : Bahagian ini pula memerlukan pelajar membaca satu petikan teks yang disediakan dan kemudiannya mengeluarkan atau menulis lima pengajaran yang diperolehi daripada teks tersebut.Berdasarkan kepada penerangan dan penjelasan yang dinyatakan di atas, ketiga-tigabahagian soalan yang terdapat dalam kertas 2 Bahasa Melayu dalam peperiksaanUPSR tahun 2006 menilai kemahiran penulisan pelajar. Keputusan yangdirekodkan oleh pelajar dalam ujian ini akan menentukan sama ada kemahiranpenulisan pelajar telah berkembang pada tahap yang terbaik atau sebaliknya.Sekiranya pelajar tidak dapat menjawab setiap soalan yang terdapat dalam ketiga-tiga bahagian ujian ini, maka pelajar dilihat masih tidak menunjukkanperkembangan kemahiran penulisan yang baik. Sebaliknya, pelajar hanyamempunyai kemahiran penulisan yang sederhana dan mungkin juga berada padatahap yang lemah.Dalam Bahagian A misalnya, sekiranya pelajar tidak dapat membina ayat daripadagambar yang disediakan dalam bahagian ini, maka kemahiran pelajar masih beradapada tahap yang kurang memuaskan. Sebaliknya, kemampuan pelajar dalammembina ayat dengan baik memperlihatkan perkembangan kemahiran penulisanpelajar. Begitu juga dengan kemampuan pelajar menjawab setiap soalan yangterdapat dalam Bahagian B dan Bahagian C yang mana akan menilai tahapperkembangan kemahiran penulisan pelajar yang sebenar. 30
  31. 31. Menerusi bentuk soalan ujian seperti ini juga, penilaian yang dibuat akan dapat dilakukan secara terus menerusi keputusan yang diperolehi oleh setiap pelajar. Secara tidak langsung, ianya juga akan membantu menentukan capaian setiap objektif yang terdapat dalam SPBM sama ada telah dapat dicapai dengan sebaik mungkin atau sebaliknya. Namun begitu, aspek penilaian kemahiran penulisan pelajar hanya dapat dinilai daripada pencapaian pelajar dalam Kertas 2 Bahasa Melayu UPSR. Sebaliknya, kemahiran penulisan pelajar tidak dapat dinilai daripada Kertas 1 Bahasa Melayu UPSR kerana kertas soalan ini tidak mempunyai sebarang bentuk soalan penulisan. Kesemua soalan yang terdapat dalam kertas 1 adalah soalan berbentuk aneka pilihan yang mana memerlukan kemahiran membaca, kemahiran menaakul dan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah dengan membuat pilihan jawapan yang tepat. Walau bagaimanapun, soalan ujian yang dibina dalam peperiksaan UPSR khususnya dalam Kertas 2 Bahasa Melayu dapat dijadikan sebagai medium dalam menilai perkembangan kemahiran penulisan pelajar.3) Sistem Bahasa Bahasa adalah penggunaan kode yang merupakan gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan aturan sintaks untuk membentuk kalimat yang memiliki arti. Bahasa memiliki berbagai definisi. Definisi bahasa adalah sebagai berikut:-  Satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, gagasan dan keadaan.  Satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep riil mereka ke dalam pikiran orang lain.  Satu kesatuan sistem makna.  Satu kode yang yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membedakan antara bentuk dan makna.  Satu ucapan yang menepati tata bahasa yang telah ditetapkan. 31
  32. 32.  Satu sistem tuturan yang akan dapat dipahami oleh masyarakat linguistik.Bahasa erat kaitannya dengan kognisi pada manusia, dinyatakan bahwa bahasaadalah fungsi kognisi tertinggi dan tidak dimiliki oleh haiwan. Ilmu yang mengkajibahasa ini disebut sebagai linguistik, atau pakar bahasa.Menetapkan perbezaanutama antara bahasa manusia satu dan yang lainnya sering amat sukar. Chomsky(1986) membuktikan bahawa sebahagian dialekJerman hampir serupa denganbahasa Belanda dan tidaklah terlalu berbeza sehingga tidak mudah dikenali sebagaibahasa lain, khususnya Jerman.Dalam sistem Bahasa Melayu, terdapat beberapa perkara, bidang, tema atau topikyang akan dipelajari oleh pelajar seperti tajuk golongan kata Bahasa Melayu, jeniskata, jenis ayat dan sebagainya. Kesemua topik dan komponen dalam sistemBahasa Melayu ini akan dinilai dalam peperiksaan Bahasa Melayu. Soalan-soalanyang dibentuk dalam kertas soalan UPSR juga banyak menjurus kepada kepelbagaitopik yang terdapat dalam HSPBM seperti mana yang dijelaskan di bawah:-  Golongan Kata Bahasa Melayu Golongan kata Bahasa Melayu adalah antara sistem bahasa yang dinilai dalam peperiksaan UPSR khususnya yang terdapat dalam Kertas 1 Bahasa Melayu. Berdasarkan kepada kertas soalan peperiksaan UPSR bagi Bahasa Melayu Kertas 1 pada tahun 2006, jenis kata nama, kata kerta dan kata adjektif adalah antara golongan kata Bahasa Melayu yang dinilai. Soalan 1 misalnya merupakan bentuk soalan Kata Nama, soalan 2 merupakan bentuk soalan Kata Adjektif, soalan 4 merupakan bentuk soalan Kata Nama dan soalan 9 32
  33. 33. merupakan bentuk soalan Kata Kerja. Kesemua aspek golongan kata Bahasa Melayu turut dinilai dalam kertas 1 Bahasa Melayu ini yang juga mampu menilai tahap perkembangan pelajar terhadap sistem bahasa dalam Bahasa Melayu. Kata Terbitan Dalam soalan peperiksaan Bahasa Melayu yang dibina, penilaian juga turut dijalankan ke atas kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap kata terbitan seperti kata berimbuhan, kata majmuk dan juga kata ganda. Ini juga dapat dilihat dalam beberapa soalan yang terdapat dalam Kertas 1 Bahasa Melayu yang menyentuh soalan yang berkaitan dengan kata terbitan. Contohnya seperti soalan 4 dan soalan 13 yang juga merupakan antara soalan kata majmuk, soalan 17 yang merupakan soalan kata majmuk dan pelbagai soalan yang berkaitan dengan kata berimbuhan seperti soalan 5, soalan 9, soalan 11, soalan 15 dan sebagainya. Kesemua soalan kata tertbitan ini juga adalah antara topik yang turut terkandung dalam HSPBM menerusi pelaksanaan pelbagai tema pengajaran. Jenis Ayat Soalan peperiksaan UPSR yang dibina juga turut menguji dan menilai penguasaan pelajar terhadap pelbagai jenis ayat yang juga menjadi antara komponen dalam sistem Bahasa Melayu. Contohnya seperti ayat tunggal, ayat majmuk, ayat pasif, ayat aktif dan sebagainya. Kefahaman pelajar terhadap pelbagai jenis ayat dalam sistem Bahasa Melayu akan membantu pelajar menjawab setiap soalan dengan baik dan cemerlang. Sebaliknya, kelemahan pelajar dalam sistem Bahasa Melayu akan mempengaruhi pencapaian pelajar. Dalam Kertas 1 Bahasa Melayu bagi peperksaan UPSR pada tahun 2006, terdapat beberapa bentuk soalan yang berkaitan dengan jenis-jenis ayat dalam 33
  34. 34. sistem Bahasa Melayu. Soalan 21 hingga soalan 40 adalah adalah antara soalan yang menjurus kepada topik jenis-jenis ayat dalam sistem Bahasa Melayu. Ini seterusnya mampu menilai kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelbagai jenis ayat yang terdapat dalam sistem Bahasa Melayu. Selain daripada tiga topik yang dinyatakan di atas yang dinilai dalam peperiksaan UPSR khususnya dalam Kertas 1 Bahasa Melayu, terdapat beberapa topik lain yang turut diuji dan dinilai dalam peperiksaan Bahasa Melayu seperti penjodoh bilangan, kata hubung, kata pemeri dan pelbagai jenis sistem tatabahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu dan yang terkandung dalam HSPBM. Ini juga menjelaskan bahawa setiap soalan yang dibina dalam Kertas 1 Bahasa Melayu adalah selari dengan topik yang diajarkan menerusi HSPBM. Ini seterusnya membantu dalam mencapai beberapa objektif yang terdapat dalam SPBM. Dalam Kertas 2 Bahasa Melayu untuk peperiksaan UPSR pada tahun 2006 pula, penilaian yang dijalankan hanya tertumpuh kepada jenis-jenis ayat yang mana pelru dihasilkan oleh pelajar menerusi tiga bahagian soalan. Setiap soalan memerlukan pelajar membina ayat sama ada ayat tunggal, ayat majmuk, ayat aktif ataupun ayat pasif berdasarkan kepada pengetahuan pelajar. Ini seterusnya mampu menilai perkembangan kemahiran pelajar terhadap penguasaan sistem bahasa pelajar khususnyayang berkaitan dengan jenis-jenis ayat Bahasa Melayu.Berdasarkan kepada penilaian dan analisis yang dinyatakan di atas, dapat dilihatbahawa bentuk soalan yang terdapat dalam kertas peperiksaan UPSR bagi matapelajaran Bahasa Melayu sama ada dalam Kertas 1 ataupun Kertas 2, turut mengambilkira pelbagai aspek yang terkandung dalam SPBM dan HSPBM. Ini juga menjelaskanakan proses pembentukan soalan peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Bahasa 34
  35. 35. Melayu ini adalah selari dengan objektif yang terkandung dalam SPBM dan pelbagai topik yang terkandung dalam HSPBM.4.0 Falsafah, Objektif dan Organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Setiap proses penilaian yang ingin dilakukan ke atas pelajar sekolah rendah perlu menjurus kepada matlamat dan objektif yang terkandung dalam SPBM. Dalam pada itu, setiap soalan ujian Bahasa Melayu juga perlu berasaskan kepada tema dan topik yang terkandung dalam HSPBM. Ini adalah untuk memastikan agar setiap penilaian yang dilakukan khususnya dalam peperiksaan Bahasa Melayu akan dapat dilakukan dengan sebaik mungkin dan seterusnya mampu menilai kejayaan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam mencapai setiap objektif yang terkandung dalam SPBM sekolah rendah. Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan. Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan 35
  36. 36. tatabahasa secara betul dan tepat. Selain itu,murid mampu mengungkapkan ilmupengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif.Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepadakemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca,dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakanbahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untukpembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagitujuan rekreasi.Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gayapembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktivitikokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah pentingsebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasa murid.Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum BahasaMelayu. Sukatan Pelajaran ini mengandung matlamat, objektif, dan organisasikandungan. Organisasi kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa, HasilPembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. Terdapat enam dokumensampingan yang dikenali sebagai Huraian Sukatan Pelajaran untuk panduan guru dalampengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiaptahun, iaitu dari tahun satu hingga tahun enam.Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (SPBM) merupakan satu dokumen yang menjadipanduan guru bagi melaksanakan pengajarannya. Dalamnya terdapat beberapa aspekyang berkaitan dengan isi kandungan bahasa Melayu dan hala tuju yang hendakdicapai. Aspek itu merangkumi matlamat dan objektif pengajaran bahasa Melayu,pengisian kurikulum, kandungan bahasa, sistem bahasa dan Kemahiran BernilaiTambah. Aspek-aspek ini menjadi panduan kepada guru dalam pengajarannya. 36
  37. 37. Tujuannya agar pengajaran bahasa Melayu antara sekolah adalah seragam, terkawaldan bersistem.Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (HSPBM) pula memperincikan SukatanPelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni semangat FalsafahPendidikan Kebangsaan. HSPBM memperjelaskan hasil pembelajaran yang perludikuasai oleh murid. Hasil pembelajaran dinyatakan secara eksplisit mengikut tahapkesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Hasil pembelajaran dibahagikankepada tiga aras, iaitu aras asas, aras sederhana, dan aras cemerlang.Strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti danpenggunaan sumber mestilah berdasarkan HSPBM. Kreativiti memilih, menyusun, danmengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid adalah perkara utama di dalampengajaran dan pembelajaran. HSPBM diharapkan dapat membantu para gurumerancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.Kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajarcara belajar, dan pelbagai lagi adalah aktiviti yang memberi penekanan kepada unsurnilai tambah. Di samping nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraantetap diutamakan. Semua elemen ini diharap dapat memberikan keyakinan kepadamurid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.Ini bermakna bahawa pengenalan SPBM dan HSPBM di peringkat sekolah rendahadalah untuk meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan pelajar. Untuk itu,terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai dalam SPBM dan HSPBM seperti manayang dijelaskan di bawah:- 37
  38. 38. a) Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal b) Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi c) Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara d) Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis e) Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan f) Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis g) Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul h) Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis i) Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu j) Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan cinta akan negara.Ini bermakna bahawa terdapat 10 objektif utama yang ingin dicapai dalam SPBMseperti mana yang dinyatakan di atas. Dalam mencapai kesemua objektif ini, makaHSPBM dibentuk dengan beberapa tema dan tajuk untuk dipelajari oleh murid dandinilai dalam peperiksaan UPSR. Antara tema dan tajuk yang pengajaran danpembelajaran yang terdapat dalam HSPBM yang turut dinilai dalam peperiksaan UPSRadalah seperti tema patritiosme, tema sukan, tema perpaduan, tema penginapan, tema 38
  39. 39. perikanan, tema teknologi maklumat, tema semangat patriotik, tema pendidikan, temamakanan, tema pengalaman, tema sains dan teknologi, tema cerita rakyat, temapersekitara kita dan pelbagai bentuk tema lain.Menerusi setiap tema yang terdapat dalam HSPBM ini, proses pelaksanaan aktivitipengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah akan mengambilkira aspek kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran mendengar dan jugakemahiran bertutur. Kesemua empat kemahiran ini adalah jenis kemahiran bahasa yangakan dijalankan oleh setiap murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalambilik darjah.Namun begitu, proses penilaian dalam peperiksaan UPSR hanya melibatkan duakemahiran yang utama iaitu kemahiran membaca dan juga kemahiran menulis.Kemahiran membaca dinilai dalam kertas kefahaman di mana murid perlu menjawabpelbagai bentuk soalan bagi pelbagai tema seperti mana yang terkandung dalamHSPBM sekolah rendah. Bagi kemahiran menulis pula yang terdapat dalam kertaspenulisan, murid perlu menghasilkan suatu penulisan ilmiah berdasarkan kepadabeberapa tajuk yang juga selari dengan tema yang terkandung dalam HSPBM. Walaubagaimanapun, hanya dua jenis kemahiran ini sahaja yang dinilai dalam peperiksaanUPSR. Sebaliknya, kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur tidak dinilai secaraterperinci dalam peperiksaan UPSR. Sebaliknya, kedua-dua kemahiran ini hanyadinilai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. Inibermakna bahawa penilaian secara formal terhadap kemahiran bertutur dan kemahiranmendengar murid tidak dapat dilaksanakan. Perkara ini mungkin disebabkan olehbeberapa faktor seperti cara penilaian yang masih tidak dapat ditentukan piawaiannya,kemahiran penilai dalam membuat penilaian dan pelbagai faktor lain.Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa HSPBM sekolah rendah khususnya pada TahapDua sangat menekankan kepada empat kemahiran bahasa yang utama seperti mana 39
  40. 40. yang dinyatakan dalam organisasi kurikulum Bahasa Melayu iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran bertutur dan juga kemahiran mendengar. Namun begitu, proses penilaian yang dilaksanakan dalam peperiksaan UPSR hanya melibatkan dua kemahiran yang utama iaitu kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Sebaliknya, kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur tidak dinilai secara sistematik dalam peperiksaan UPSR. Sebaliknya, kedua-dua jenis kemahiran ini hanya dijalankan secara tidak formal dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.5.0 Kesimpulan Berdasarkan kepada analisis yang dijalankan ke atas Kertas 1 dan Kertas 2 Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR pada tahun 2006, dapat dilihat bahawa setiap soalan yang dibina bertepatan dengan HSPBM. Ini adalah disebabkan oleh bentuk soalan yang terdapat dalam Kertas 1 mempunyai perkaitan dengan pelbagai tajuk atau topik yang terdapat dalam HSPBM. Begitu juga dengan soalan yang terdapat dalam Kertas 2 yang turut menilai kemahiran pelajar terhadap pelbagai jenis ayat yang telah dipelajari dalam HSPBM. Namun begitu, objektif yang dinyatakan dalam SPBM hanya capat dicapai sebahagiannya kerana soalan yang dibina tidak mengambil kira beberapa perkara yang terdapat dalam SPBM. Contohnya seperti objektif pertama dalam SPBM iaitu ‘mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal’ yang mana tidak dapat dinilai menerusi ujian bertulis. Sebaliknya, hanya mampu dinilai menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, setiap soalan yang dibina dalam Kertas 1 dan Kertas 2 Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR masih tertumpuh kepada kandungan SPBM dan HSPBM sekolah rendah. 40
  41. 41. RujukanAbdullah Hassan, (1987). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala LumpurAspalaila Ramli Dan Maslinda Mahmud, (2006). Sk. Sawah Dato, Mersing, Johor. : Meningkatkan kemahiran Murid membaca Ayat-Ayat Yang Mengandungi Perkataan Gabungan Dua Suku Kata Terbuka Dan Tertutup Kv+KVK. Jurnal Kajian Tindakan, JohorKementerian Pendidikan Malaysia (1992). Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaKementerian Pendidikan Malaysia, (1992). Asas Kemahiran Berbahasa KBSR, Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala LumpurProf. DR. Henry Guntur Tarigan (1994). Membaca sebagai statu keterampilan berbahasa. Indonesia: Penerbit ANGKASA BandungRoziah Binti Abd Hamid, (2005). Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan : Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1 Dengan Latih-tubi Menggunakan Suku Kata Dan Gambar, Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA,PahangSharifah Alwiah Alsagoff. (1983). Ilmu Pendidikan Pedagogi, Heinemann Asia, Kuala LumpurSofiah Hamid. (1983). Bacaan Bahasa Malaysia di Peringkat Sekolah Rendah, Utusan Publication, Kuala LumpurSusanna Clare Philips. (1999). Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Murid-Murid Bermasalah Pembelajaran dalam Program Inklusif, Jurnal Pendidikan, Bilangan 17, Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur 41
  42. 42. Zainora Binti Mohd @ Man. (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid Tahun 5 Melalui Latih Tubi Bacaan Menggunakan Kad Suku Kata, Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan, Jurnal IPBA, Kuala Lumpur 42

×