Empat Perdana Menteri Di Malaysia
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Empat Perdana Menteri Di Malaysia

on

  • 1,216 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,216
Views on SlideShare
1,216
Embed Views
0

Actions

Likes
2
Downloads
26
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Empat Perdana Menteri Di Malaysia Empat Perdana Menteri Di Malaysia Document Transcript

    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI1PENGENALANKemajuan dan pemodenan sebuah negara bergantung kepada individu-individu yang bergelarpemimpin. Pemimpin merupakan ketua dalam sesebuah institusi sama ada besar atau kecil.Negara Malaysia juga turut diterajui oleh empat pemimpin yang berwibawa dan mempunyaisifat-sifat kepimpinan yang membantu Malaysia untuk berada seiring dengan negara-negaralain.Pada 31 Ogos 1957, Malaysia telah mendapat kemerdekaan selepas usaha-usaha tanpahenti oleh para pemimpin termasuklah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merupakan“Bapa kemerdekaan” negara Malaysia. Penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam gagasanMalaysia pada 16 September 1963 mengukuhkan lagi pembinaan negara Malaysia sehinggakini.Walaupun penubuhan gagasan Malaysia mendapat tentangan hebat dari negara –negarajiran seperti Filipina, Indonesia, dan Brunei. Selepas kemerdekaan yang dikecapi Malaysia,Perdana Menteri yang pertama menerajui Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman, diikuti PerdanaMenteri kedua iaitu Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Ketiga danPerdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad. Setiap daripada keempat-empatPerdana Menteri Malaysia ini mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri dalammembangunkan Negara Malaysia agar berdaya saing dan maju seperti Negara membangunyang lain. Namun, rentak politik yang serius bermula pada era Perdana Menteri Keempat danoleh sebab itu beliau seorang dikenali sebagai “Bapa Pemodenan” yang membawa Malaysia dipentas dunia.
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI21.0 LATAR BELAKANG TUNKU ABDUL RAHMANTunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dikenali sebagai “Bapa Kemerdekaan”kerana perjuanganbeliau dalam mendapatkan kemerdekaan negara daripada tangan penjajah.(Hng Hung Yong,2004) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilahirkan sebagai seorang putera raja bagi negeriKedah namun begitu watak dan keperibadiannya lebih berkembang sebagai pemimpin rakyatberbanding perwatakannya sebagai seorang putera raja.Tunku mulai bersekolah ketika berusia empat tahun dan bersekolah di Sekolah Melayu diAlor Setar dan kemudian bersekolah di sekolah Inggeris yang bernama Government ModernSchool.Pada tahun 1915 semasa Tunku belajar di Siam, Tunku Yusuf telah kembali kerahmatullah dan Tunku pulang ke Kedah dan selama setahun beliau belajar di sekolah Melayusebelum masuk ke Penang Free School pada tahun yang berikutnya. (Yu Chuan Choon, 2009)Pelajaran Tunku yang tergendala sebelum ini disambung kembali pengajiannya padatahun 1947 di Inns Of Court.Tidak lama selepas Tunku pulang ke Kedah, beliau telah dilantikmenjadi Pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di Kedah.(Yu ChuanChoon, 2009)1.1 DASAR-DASAR YANG DILAKSANAKAN OLEH TUNKU ABDUL RAHMANSEPANJANG PEMERINTAHANDi bawah pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, keadaan ekonomi Malaysia masihlagi dalam keadaan yang rendah dan tidak begitu banyak program pembangunan rakyatMalaysia dijalankan.(Shukor Omar, 2006)Sebaliknya, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lebih mementingkan keadaan politiknegara sehingga melahirkan negara Malaysia yang berdaulat dan merdeka sertaberdikari.Malahan, Tunku mengamalkan sikap pro-Barat. (Abdullah Dahana, 2002)Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengamalkan Dasar Kemajmukan iaitumelambangkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Yang Dipertuan Agong iaitu sebagaiRaja pelbagai kaum di Malaysia, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, toleransi di dalamagama dan penggunaan Bahasa Mandarin dan Tamil di peringkat sekolah rendah. Agendabeliau dalam meningkatkan semangat nasionalisme di dalam kalangan rakyat ialah setiap kaum
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI3di Malaysia haruslah bergaul di antara satu sama lain iaitu bukan hanya di dalam suasanabekerja bersama-sama namun dalam aktiviti seharian seperti bersukan dan juga amalankunjung-mengunjungi semasa perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru China, Thaipusam danjuga Hari Krismas yang diistiyarkan sebagai cuti umum di Malaysia. (Cheah Boon Keng, 2002)Selain daripada berperanan sebagai Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul RahmanPutra Al-Haj juga berperanan sebagai Menteri Luar Negara di dalam negara kita iaituMalaysia.Beliau menjadi Menteri Hal Ehwal Luar Negeri sepanjang perkhidmatan beliausemenjak Tanah Melayu merdeka sehinggalah September 1970. Dasar luar negara yangditetapkan oleh beliau ialah mengenai isu-isu penting dalam arena politik antarabangsatermasuk isu-isu Perang Dingin, hubungan keserantauan, dasar Apartheid dan hubungan antaraMalaya dengan Republik Rakyat China (RRC) dan juga Konfrontasi Indonesia. (Nor Azizan Idris,1990)Tunku telah mengilhamkan penubuhan Association of South-east Asia (ASEAN) melaluipemeteraian perjanjian penubuhannya dengan Thailand dan Filipina pada 1961. Penubuhan inikemudiannya digantikan dengan perhimpunan yang lebih besar pada 8 Ogos 1967 di Bangkokdengan membabitkan lebih banyak negara dan ia dikenali sebagai Persatuan Negara-negaraAsia Tenggara (ASEAN) iaitu negara Indonesia dan Singapura. (A.M Healy,1982)Dalam menetapkan Dasar Luar Negara Malaysia, Tunku yang juga berperanan sebagaiPerdana Menteri telah melibatkan diri dalam proses pembentukan dasar luar negara yangmelibatkan kepentingan negara terutamanya dalam menjaga hubungan serantau dengannegara-negara luar yang lain. (Nor Azizan Idris, 1990)Malahan, Tunku juga membentuk DasarPelajaran Kebangsaan pada tahun 1956 yang digunakan oleh sistem pendidikan negara kitasehingga ke hari ini. (Cheah Boon Keng,2002)1.2 PERKEMBANGAN POLITIK DI BAWAH PIMPINAN TUNKU ABDUL RAHMAN1.2.1 UNITED MALAYAN NATIONAL ORGANISATION (UMNO)Nama Tunku Abdul Rahman Putra AL-Haj bukanlah nama asing kepada masyarakat kita,lebih-lebih lagi dalam sejarah politik tanah air. Kepimpinan beliau amat terserlah terutama
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI4dalam bidang politik iaitu apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Agong United MalayanNational Organisation (UMNO). Setelah perletakan jawatan oleh Dato‟ Onn bin Jaafar sebagaiYang Dipertuan UMNO, pada tahun 1951, Tunku Abdul Rahman telah dipilih berdasarkankepada pengalaman yang dimiliki, keikhlasan dan keperibadian yang tinggi untuk mengambilalih pucuk pimpinan UMNO. Beliau telah menerima tugas menyediakan UMNO bagimengadakan pilihan raya pada tahun 1952.Oleh yang demikian, Parti Perikatan telah dibentukpada tahun 1951 sebaik sahaja pilihan raya Majlis Perbandaran Pulau Pinang diadakan.Dalampilihan raya ini, telah memperlihatkan persaingan di antara beberapa parti politik di TanahMelayu khususnya Parti Buruh dan Parti Radikal. (N.a, 1987)Justeru itu, Tunku Abdul Rahman telah menyusun strategi bagi meraih kemenangandalam pilihan raya yang akan datang, oleh yang demikian Tunku Abdul Rahman telah mewakiliUMNO dan mengadakan pakatan dengan MCA Selangor yang diketuai H.S.Lee, dan hasilnyaperikatan UMNO-MCA telah berjaya mengalahkan Parti Independence of Malaya Party (IMP)yang telah ditubuhkan oleh bekas pemimpin UMNO iaitu Dato‟ Onn Jaafar pada 16 September1951 dengan teruk dalam pilihan raya Majlis Pebandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.Dalam pilihan raya tersebut, perikatan UMNO-MCA telah memenangi sembilan daripada 12kerusi yang ditandinginya manakala 3 kerusi lagi dimenangi oleh IMP. (Zainal Abidin AbdulWahid,1992)Pada tahun 1955, pilihan raya umum yang pertama telah diadakan di seluruh TanahMelayu, walaupun pilihan raya itu bukannya untuk semua anggota Majlis PerundanganPersekutuan, tetapi pada tahun itu juga tiga buah parti politik yang mewakili bangsa Melayudan dua kaum lain di Tanah Melayu telah bersetuju menubuhkan satu perikatan danmenghadapi pilihan raya atas rancangan politik yang sama. Pada tahun itu jugalah PersekutuanTanah Melayu mulai menjadi Negara yang mempunyai pemerintahan sendiri.(N.a, 1987)Perikatan UMNO dan MCA telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pilihan rayayang telah diadakan di peringkat tempatan ataupun dalam negeri. Parti Perikatan telahmeminta kerajaan British mengadakan pilihan raya di peringkat kebangsaan dan perikatan jugamenuntut agar 60 peratus ahli Majlis Perundangan Persekutuan dipillih oleh rakyat dan 40peratus dilantik oleh kerajaan British. Kerajaan British tidak bersetuju dengan cadanganPerikatan yang bukan sahaja meminta supaya ahli-ahli yang dipilih hendaklah lebih ramai
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI5daripada ahli yang dilantik dan perikatan tetap juga menuntut supaya pilihan raya diadakanpada tahun 1954.(Zainal Abidin Abdul Wahid,1992)Keengganan kerajaan Brisih menerima cadangan Perikatan itu selepas berundingbeberapa kali di Tanah Melayu dan di London telah menyebabkan Perikatan mengambilkeputusan memulaukan semua Majlis Mesyuarat Kerajaan di peringkat tempatan, negerimahupun Persekutuan. Kongres India Tanah Melayu (MIC), pada masa yang sama telahmenyatakan simpati kepada UMNO dan MCA tetapi tidak menyertai pemulauan itu. Pada Julai1955, MIC kemudiannya menyertai Perikatan dan dalam pilihan raya yang diadakan pada 27Julai 1955, parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah membentangkan satu manifesto yang agakkomprehensif iaitu parti Perikatan berjanji akan mencapai kemerdekaan dalam tempoh empattahun dan merancang menjadikan sebahagian besar perkhidmatan awam bercorak TanahMelayu yang akan dilaksanakan dalam tempoh penggal pertama pemerintahannya. (ZainalAbidin Abdul Wahid, 1992)Tambahan lagi, sebagai pemimpin Perikatan pada masa itu, Tunku Abdul Rahman dalamsatu ucapan dalam Perhimpunan Khas UMNO pada 4 Jun 1955 telah mengatakan bahawaPerikatan telah mebuat keputusan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasakebangsaan dan bahasa rasmi Negara, dan ini akan dilaksanakan dalam tempoh sepuluh tahundan beliau juga yakin bahawa dalam tempoh tersebut bahasa Melayu akan digunakan dalamsegala aspek pentadbiran, termasuk penggunaannya dalam mahkamah.1.3 SUMBANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN TERHADAP MALAYSIA1.3.1 MENUNTUT KEMERDEKAANKejayaan cemerlang dalam pilihan raya Persekutuan pada tahun 1955 telah menjulang tingginama Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin penting dalam politik Persekutuan TanahMelayu. Pertemuan Tunku dengan Donald Mac Gillivary pada hari Ahad 31 Julai 1955merupakan langkah pertamanya dalam proses menuntut kemerdekaan. (N.a, 1978)Pada bulan September 1955, Raja-raja Melayu telah megeluarkan persetujuan merekauntuk mengizinkan kehendak Perikatan bagi meminda Perjanjian Persekutuan 1948,bagaimanapun mereka tidak bersetuju dan hanya perikatan yang akan berunding dengankerajaan British.
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI61.3.2 ROMBONGAN RUNDINGAN KEMERDEKAAN DI LONDONPada 1 Januari 1956, rombongan Perikatan yang terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Dato‟Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail, H.S Lee, T.H Tan dan Abdul Kadir Shamsudin telah menaikikapal M.V. Asia di pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura dan bersama-sama dengan Tunku ialahdua orang wakil Raja-raja Melayu iaitu Dato‟ Nik Ahmad Kamil dan Abdul Aziz bin Haji AbdulMajid, Menteri Besar Selangor, dan Dato‟ Haji Wahab, ketua rombongan raja-raja Melayumenaiki kapal terbang bersama-sama dengan Dato‟ Mohd Seth dua hari selepas itu. (N.a, 1978)Rundingan kemerdekaan berlangsung selama tiga minggu iaitu dari 18 Januari hingga 8Februari 1956. Tunku bersetuju dengan cadangan pihak British supaya dibentuk jawatankuasa-jawatankuasa bagi memperincikan perlembagaan, sementara itu, Tunku mengadakanmesyuarat sehari dengan Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan di Church House berkenaandengan hal-hal pentadbiran.Rombongan Tunku Abdul Rahman menjadi kebanggaan bagi ahli-ahli UMNO Singapurasebelum bertolak ke Melaka untuk sambutan besar-besaran yang diadakan di padang BandarHilir, Melaka pada 20 Februari 1955. Dengan itu, UMNO telah memberi kepercayaansepenuhnya kepada Tunku dan cadangan perlembagaan yang telah diteliti oleh JawatankuasaKerja itu kemudian dibincangkan oleh Raja-raja Melayu dan diterima pada 27 Jun 1957 dandiluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957. Kelulusan itu denganmudah diperolehi dan hanya kerana terdapat seorang pembangkang iaitu wakil PAS, HajiAhmad Husien, beliau tetap menegakkan kepentingan orang Melayu yang terhapus bagibumiputera kerana kemerdekaan yang akan dicapai pada 31 Ogos 1957, namun bangkanganbeliau tidak diendahkan.1.3.3 UPACARA KEMERDEKAANPada 31 Ogos 1957, pada waktu pagi telah diadakan persidangan Raja-raja Melayu untukmemilih Yang Dipertuan Agong bagi menggantikan Pesuruhjaya Tinggi British. Kesemuakerangka Perjanjian Persekutuan 1948 dikekalkan, kecuali Yang Di-Pertuan Agong menjadiKetua Negara menggantikan Pesuruhjaya Tinggi Brisih kerana kedudukan Persekutuan TanahMelayu sebagai sebuah negeri yang telah merdeka, bagi Pulau Pinang dan Melaka satu
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI7perjanjian lain akan dibuat dengan kuasa Queen untuk melantik Gabenor dan hal-hal tertentuditeruskan sebagai satu peralihan. Dengan termaktubnya perjanjian tersebut, maka lahirlahsebuah perlembagaan yang merdeka bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, satujawatankuasa sambutan besar-besaran diatur.Bendera Persekutuan Tanah Melayu mendakigagah menuju kemuncak tiang bendera.Laungan Merdeka sebanyak tujuh kali oleh TunkuAbdul Rahman telah menandakan berakhirnya penjajahan British secara fizikal dan politik diPersekutuan Tanah Melayu.Pada pukul 11.00 pagi, upacara angkat sumpah Yang Di-PertuanAgong yang pertama dijalankan di Federal House, Kuala Lumpur, yang merupakan tempatparlimen pertama kerajaan merdeka Persekutuan Tanah Melayu. Selepas upacara itu, Yang Di-Pertuan Agong memperkenankan untuk diadakan majlis melantik dan angkat sumpah PerdanaMenteri dan Menteri-menteri kabinet Perikatan yang lain. Upacara itu juga tidak kuranggemilangnya kerana ini kali pertama sebuah kerajaan yang berdaulat dilantik dan disahkandalam sebuah yang telah mencapai kemerdekaan.1.4 SUMBANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN1.4.1 SUMBANGAN DI PERINGKAT ANTARABANGSAPada 31 Julai 1961, Tunku telah mengasaskan ASA (Assosiation of South EastAsianStates) yang terdiri daripada Tanah Melayu, Filipina dan Thailand. Pada 11 Julai 1962,MAPHILINDO yang dianggotai oleh Indonesia, Malaysia dan Filipina telah dibentuk, akan tetapipersatuan ini tergugat apabila Malaysia menghadapi konfrontasi dengan Indonesia dan Filipinasebaik sahaja Malaysia diisytiharkan. Ketika berusaha menyelesaikan masalah tersebut, Tunkudihampakan apabila Singapura memutuskan untuk keluar dari Persekutuan Tanah Melayu pada9 Ogos 1956. Tunku berjaya mengatasi konfrontasi tersebut melalui perjanjian denganIndonesia pada 2 Jun 1966 dan dengan Filipina pada 3 Jun 1966, beliau juga dilantik menjadiSetiausaha Agung Pertama pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) oleh Raja Faizal dariJeddah. (N.a, 1978)1.4.2 PERKEMBANGAN ISLAMTunku telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di Negara kita malahmengharumkan nama negara di persada dunia, beliau banyak melibatkan diri dalampenganjuran Pertandingan Membaca Al-Quran serta menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI8Malaysia (PERKIM) pada Ogos 1960, atas kebolehan dan daya usaha gigihnya beliau berjayameletakkan PERKIM sebagai sebuah pertubuhan yang terkemuka dan dihormati oleh semuaumat Islam. Sebagai pemimpin PERKIM, beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarianKemboja yang memasuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun 1957 dengan bantuanPersatuan Bangsa-bangsa Bersatu beliau telah berjaya menempatkan seramai 4500 pelarian diPengkalan Chepa dan Cheranting. Pada 18 Januari 1980, beliau telah dilantik menjadi PresidenRegional Islamic Coucil for South East Asia and The Pacific(RISEAP) yang pertama olehperwakilan di persidangan Negara-negara Islam. Segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan,Tunku mendapat penghargaan dari Pakistan dengan Anugerah Hadiah Hijrah pada Mac 1983dan Anugerah Al-Malik Faizal dari Arab Saudi pada tahun yang sama.2.0 LATAR BELAKANG TUN RAZAK BIN DATO’HUSSEION AL-HAJTun Haji Abdul Razak Bin Dato‟ Husseion Al-Haj telah dilahirkan pada 1 Mac 1922 di Pekan,Pahang Kampung Langgar (Shariff Ahmad, 1999).Beliau dilahirkan daripada golongan keluargayang elit bapanya, Dato‟ Hussein Mohd.Taib merupakan Orang Besar Diraja Pahang.(ParidahAbd.Samad, 2008).Kolej Melayu Kuala Kangsar di Perak pula merupakan sekolah menengahyang dihadiri oleh Tun Razak.Beliau telah melanjutkan pelajarannya di sebuah kolej Singapuraiaitu Raffles College pada tahun 1940.Pengajiannya diteruskan sehingga kepada peringkatUniversiti iaitu, pada tahun 1947 beliau telah menuntut di sebuah Universiti Kingdom dalamjurusan Undang-Undang. Pada tahun 1950 beliau telah dilantik menjadi Setiausaha KerajaanNegeri dan menjawat jawatan sebagai MAS atau Malay Administrative Service.Beliau telahmelibatkan diri dan bersama-sama menerajui kecemerlangan UMNO semasa UMNO di bawahpimpinan Datuk Onn Jaafar. Pengalaman beliau yang dari usia muda sudah menerajui bidangpolitik telah membantu menjadikan beliau seorang yang sangat berpengalaman. Pada usia yangsangat muda 28 tahun beliau telah menjadi Ketua Pemuda UMNO, pada usia 29 tahun pulabeliau telah menjadi Timbalan Presiden UMNO. Semasa usia 30 tahun jawatan sebagaiSetiausaha Kerajaan Negeri Pahang turut disandang oleh Tun Razak. Selepas tiga tahun berlalu,di usia 33 tahun beliau telah menjadi Menteri Besar Pahang. Manakala, selang setahunkemudian beliau telah menjadi Menteri Pelajaran Persekutuan. Pada usia yang sangat mudajuga iaitu di usia 35 tahun beliau telah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan akhirnyamenduduki jawatan sebagai Perdana Menteri di Tanah Melayu ketika berusia 48 tahun..
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI9Pada 22 September 1970, beliau telah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dengansah dan membawa perubahan yang ketara kepada politik, ekonomi dan juga dalam luar Negarakita. Pengalaman yang diperolehinya dengan menyandang pelbagai jawatan sejak beberapatahun dahulu menjadikan beliau seorang Perdana Menteri yang sangat bijaksana dalampengendalian urusan negara.Oleh hal yang demikian, beliau amat disanjung tinggi olehmasyarakat daripada pelbagai kaum dan juga daripada tumpuan pemimpin-pemimpin seanterodunia pada waktu tersebut.2.1 DASAR DAN PERKEMBANGAN YANG TELAH DILAKSANAKAN SEPANJANGPEMERINTAHAN.2.1.1 DASAR PELAJARAN KEBANGSAANSemasa di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliautelah melantik Tun Razak sebagaikabinet pertama yang menyandang jawatan sebagai MenteriPelajaran.Perlantikan beliau ini sebagai Menteri Pelajaran pada ketika itu menyebabkan beliauperlu memikul tugasan dalam membentuk sebuah jawatankuasa untuk menggubal satu dasarpelajaran kebangsaan.Penggubalan Dasar Pelajaran Kebangsaan ini adalah bertujuan untukmembentuk generasi muda dengan satu hala pendidikan dan menanamkan dalam jiwa pemudadan pemudi dengan satu bahawa untuk pelbagai bangsa dan keturunan yang terdapat di TanahMelayu pada ketika itu. Pada ketika itu, sekolah telah dibahagikan kepada empat aliran, makaTun Razak hendak menjadikan ia sebagai sebuah sekolah dengan sebuah aliran sahaja. Beliautelah menyeru kepada seluruh bangsa akan usaha dan persetujuan pihak untuk melaksanakandasar tersebut. Beliau yang mengetuai Jawatankuasa Pendidikan tersebut telah menyediakansebuah penyata yang dikenali sebagai Penyata Razak dan telah mula dilancarkan pada tahun1956.Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan ini telah diumumkan oleh KerajaanPersekutuan Tanah Melayu.Pada ketika itu juga, Encik Abdul Rahman Talib telah menjadi pengerusi dalam MenteriPelajaran Malaysia dan beliau telah mengemaskinikan Dasar tersebut kedalam PenyataRazak.Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan ini mengutamakan murid-murid agarmenjadikan bahasa kebangsaan sebagai sebuah bahasa yang perlu dikuasai terutama darikeempat-empat jenis sekolah di Malaysia iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan(Tamil) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Inggeris). Dasar ini menjamin di peringkat rendah
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI10sekolah-sekolah pilihan ibu-bapa manakala di peringkat menengah diintergrasikan kepada duajenis sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan AliranInggeris.Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tahun 1957 ini telah memberikesan kepada rakyat Malaysia terutamanya, ramai rakyat Malaysia yang fasih bertutur, menulisserta membaca dalam bahasa Malaysia. Di samping itu, perlaksanaan Dasar PelajaranKebangsaan ini juga digunakan sebagai cara yang dicadangkan oleh Penyata Razak untukmenyatukan kaum-kaum di negara ini ialah menerusi satu sistem pelajaran bercorak TanahMelayu. Penyata Razak dengan jelasnya mengutamakan perpaduan negara sebagai satumatlamat yang perlu dicapai.Ini bermakna bahawa unsur-unsur dan nilai-nilai perpaduandijadikan teras dasar pendidikan kebangsaan untuk menjamin kesejahteraan dan kepentinganmasyarakat Malaysia yang terdiri dari berbillang kaum. Oleh kerana masyarakat di Malaysiaberupaya masyarakat majmuk, maka konsep perpaduan dalam konteks negara ini perludifahamkan sebagai satu proses yang mengutamakan perpaduan rakyat berbilang kaum selarasdengan prinsip-prinsip Rukunegara.Pencapaian matlamat perpaduan ini boleh dilaksanakan melalui sistem pendidikan,Penyata Razak telah menggariskan dua asas utama, iaitu sistem persekolahan yang sama bagisemua dan kurikulum sekolah yang sama kandungannya dan bercorak kebangsaan aspek-aspekyang disentuh adalah seperti berikut (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1980):a. Sistem Persekolahan:i. Struktur masa persekolahan, dan penjurusan.ii. Rancangan alih bahasa.iii. Peperiksaana yang sama.iv. Pengurusan dan pentadbiran secara pusat.v. Pengelolaan sekolah-sekolah swasta.vi. Peluasan dan penyamarataan peluang dan kemudahan pelajaran.b. Kurikulum:i. Sukatan pelajaran yang sama kandungannya dan peperiksaan yang sama.ii. Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduaniii. Buku-buku Teks.
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI11iv. Pendidikan Sivik.v. Pendidikan agama, moral dan etika.vi. Pembentukan disiplin.vii. Kegiatan ko-kurikulum.Kejayaan Dasar Pelajaran Kebangsaan menjadikan Bahasa Malaysia sebagai linguafranca dalam kalangan rakyat yang berbilang keturunan di Malaysia. Semenjak tahun 1957,berjuta-juta pelajar telah menempuh proses pendidikan mengikut Dasar Pelajaran Kebangsaan.Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah sekiranya kita melihat bahawa pada hari ini sudahramai yang fasih sama ada bertutur, menulis dan membaca dalam Bahasa Malaysia. Keadaanini dapat menyatakan bahawa mereka ini adalah anak-anak Malayisa.Iniliah sumbangan TunRazak sepanjang pemerintahannya.2.1.2 DASAR EKONOMI BARUPelbagai masalah kemiskinan dan ketaksamaan masih wujud dengan kadar yang tinggipada ketika itu. Oleh hal yang demikian, bagi mengatasi masalah ini maka Dasar Ekonomi Baru(DEB) telah diperkenalkan pada tahun 1971 yang bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhandengan pengagihan yang saksama kearah mencapai matlamat perpaduan dalam kalangankaum di negara ini. Namun dalam karya Mohd.Foad Soakan, menyatakan bahawa DEB ini telahdilancarkan oleh kerajaan pada tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK) (1971-1975) (Mohd. Foad Sakdan, 1999). DEB yang diperkenalkan ini menekankan serampang duamata untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semulamasyarakat.(Chamhuri Siwar & Mohd. Haflah Piei, 1988)Kenyataan ini turut dinyatakan dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000, 1980 iaitu tujuan utama perlaksanaan DEB ini adalah bertujuan untuk mencapaiperpaduan negara dan intergrasi nasional dan ianya telah digubal dalam konteks strategiserampang dua mata untuk:(a) mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatandan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengirakaum; dan
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI12(b) mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untukmemperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurangkan danseterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.2.1.3 PEMBASMIAN KEMISKINANPada ketika itu, jurang ekonomi penduduk adalah sangat berbeza. Bilangan isi rumah miskinyang terbesar adalah di luar Bandar dengan kadar kemiskinan sebanyak 58.7 peratusberbanding kemiskinan di bandar. Hal ini berlaku disebabkan oleh kadar penurunan harga getahdi kawasan luar bandar.Usaha yang dijalankan terus dipertingkatkan sehingga kepada penglibatan daripadagolongan ralyat yang kurang bernasib baik dalam proses pembangunan terutama melaluiprogram seperti berikut:a) Pembukaan tanah secara besar-besaran;Pada tahun 1956 FELDA telah ditubuhkan untuk membuka tanah baru untuk tanamangetah dan kelapa sawit serta menempatkan isirumah yang tidak mempunyai rancangantanah.FELDA yang telah ditubuhkan sebelum merdeka ini telah membuka 839 405hektar tanah baru untuk tanaman baru. (Chamhuri Siwar & Mohd.Haflah Piei, 1988)b) Pembangunan in-situ melalui Projek Pembangunan Bersepadu (IADP) sertaProgram Input dan Pelbagai Pertanian;Pembangunan in-situ yang menekankan pembinaan infrastruktur dan penyebaranteknologi pada umumnya member faedah kepada para petani. Pemberian subsidi input,kredit pengeluaran dan subsidi keluaran oleh kerajaan berasaskan jumlah tanah yangdikerjakan atau jumlah jualan tanaman yang secara langsung member faedah kepadagolongan petani (Chamhuri Siwar & Mohd.Haflah Piei, 1988).c) Pengenalan konsep Halacara Baru(1984) melalui program bersepadu iaitu;i. pengelompokan kampung-kampung terpencil.ii. penggalakan pertumbuhan industri barangan perusahaan kampung.iii. menjalankan aktiviti pertanian secara komersial.Misalnya, penanaman padi dan penoreh getah.Pemilikan tanah yang ada untukdigunakan oleh penanaman padi dan hasil yang boleh didapati daripadanya adalah sangat
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI13rendah.Oleh hal yang demikian, untuk memberi mereka pendapatan yang mencukupi, hasilpenanaman perlu dinaikkan.Telah dibuktikan bahawa penoreh getah boleh dibantu denganpenanaman semula pokok getah dengan sepsis yang berpengeluaran yang tinggi.2.1.4 PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKATAntara usaha-usaha yang dijalankan ini termasuklah:a) memodenkan kawasan Bandar untuk meninggikan taraf hidup dan daya pengeluaran;b) menstabilkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga melaluipertumbuhan ekonomi;c) menambah dengan lebih cepat hak rakyat dalam pemilikan modal dalam stokmasyarakat;Matlamat ini penting kerana, ketika DEB dilancarkan, unsur yang sangat penting adalahdalam strategi penyusunan semula masyarakat melalui pembentukan MPPB dalammemastikan penglibatan yang berkesan individu-individu Bumiputera dalam sektor-sektormoden. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa generasi Bumiputera boleh memilikidan mengurus sekurang-kurangnya 30 peratus daripada semua kegiatan perdagangan danperindustiran dalam ekonomi negara (Ghazali Bin Jaini, 1991).Sesungguhnya, Dasar Ekonomi Baru adalah merupakan sebuah program SocialEconomic Engineering yang unik dan yang pernah dilakukan. Dasar seperti ini haruslahdilaksana dan diperkenalkan terutama bagi negara seperti negara Malaysia kerana sebarangperpaduan negara, kestabilan politik dan ekonomi tidak mungkin tercapai sekiranyaketidakseimbangan ekonomi di antara kaum dan wilayah tidak diatasi melalui satu prosesdiskriminasi positif ke arah pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.Hakikatnya, DEB itu sendiri dari awal dahulu sehingga kepada masa sekarang perludilihat sebagai satu dasar dimensi ekonomi dalam penujuan ke arah masyarakat yangberjaya dan makmur.
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI142.1.5 RUKUNEGARARukunegara ini tidak bersifat undang-undang dan ia adalah sama ertinya dengan Rukun Hidupyang perlu diamalkan oleh masyarakat Malaysia. Rukunegara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 dan diterima oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengiralatar belakang pemerintahan mahupun pihak pembangkang.Rukunegara terdiri daripada lima prinsip yang perlu diamalkan iaitu;(Shariff Ahmad,1999)Kepercayaan kepada TuhanKesetiaan kepada Raja dan NegaraKeluhuran PerlembagaanKedaulatan Undang-undangKesopanan dan kesusilaanRukunegara ini merupakan landasan kepada rakyat Malaysia agar mereka dapat menetukanmasa depan mereka. Rukunegara ini bagaikan daging dalam diri mereka yang sebati dan perludiamalkan bagi menaikkan semangat dan sifat yang perlu ada dalam diri masyarakat Malaysia.3.0 LATAR BELAKANG TUN HUSSEIN BIN DATO’ ONN (1976-1981)Tun Hussien Onn, Perdana Menteri Malaysia kedua, digelar sebagai „Bapa Perpaduan‟ keranajasa-jasa beliau dalam melihat pentingnya semangat perpaduan dalam kalangan rakyatMalaysia. Beliau merupakan anak kelahiran Johor Bharu yang dilahirkan pada 12 Februari1922.Beliau mendapat pendidikan awal di Telok Kurau School Singapura dan meneruskanpengajiannya ke English College Johor Bharu sehingga lulus Senior Cambridge pada tahun1940.Sifat kepimpinan yang diwarisinya dari kedua-dua ketua keluarganya iaitu ayah dandatuknya. Ayah dan datuknya pernah menjadi Menteri Besar Johor. Ayahnya, Dato‟ Onn BinJaafar yang merupakan pemimpin penubuhan UMNO.Beliau juga merupakan salah seorangpengasas UMNO.Beliau telah mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri yang ketiga pada15 Januari 1976 (Samani Mohd.Amin, 1953).Beliau telah meletakkan jawatan atas sebab-sebab
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI15kesihatan. Pada 29 Mei 1990, beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir dan beliaudisemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.3.1 DASAR DAN PERKEMBANGAN YANG TELAH DILAKSANAKAN SEPANJANGPEMERINTAHAN.Tun Hussein Onn menjalankan dasar luar yang mempunyai matlamat berkecuali danberpendirian sama jarak. Antara dasar yang dilaksanakan adalah termasuk kerjasama dengannegara tanpa mengira ideologi atau sistem sosial yang diamalkan oleh negara tersebut.Dasaryang telah dibentuk oleh Tun Hussein Onn adalah berasaskan persahabatan dan saling hormat-menghormati, tidak campur tangan dan mengekalkan prinsip kewilayahan serantau. Malaysiatelah menjalinkan hubungan dengan negara Asia Tenggara dan negara-negara IndoChinaseperti Republik Demokratik Vietnam. Hubungan diplomatik negara Malaysia dengan Vietnamadalah sebagai sumbangan terhadap perkembangan dan kekuatan kerjasama antara negara-negara serantau.Malaysia turut menaja konsep Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) malahmempertahankan Deklarasi Berkecuali 1971 Association of Southeast Asian Nations(ASEAN).Dasar luar Malaysia telah ditumpukan dengan negara Vietnam.Pada tahun 1976,Malaysia telah menjalinkan hubungan rasmi dengan Republik Sosialis Vietnam (penyatuannegara Vietnam Selatan dan Vietnam Utara). Hubungan diplomatik Malaysia dengan Vietnammerupakan sebahagian dari matlamat tempoh jangka panjang dasar luar Malaysia dalammengekalkan konsep zon berkecualiPada tahun 1978, hubungan Kuala Lumpur-Hanoi termeterai secara rasminya. Pham VanDong, Perdana Menteri Vietnam telah melawat ke Malaysia dan dua buah negara ASEANmerupakan isyarat Vietnam berazam untuk mengekalkan hubungan diplomatik denganMalaysia. Hubungan Hanoi dengan China dan Kampuchea semakin merosot. Perdana MenteriVietnam membuat pengumuman rasmi tidak akan membantu pergerakan komunis di negaraThailand dan Malaysia. Persengketaan China-Vietnam dan Vietnam-Kampuchea semakinmembimbangkan disebabkan pertikaian China-Rusia.Pada tahun 1974, Tun Abdul Razakmengadakan lawatan ke Beijing adalah bertujuan untuk mengenetepikan pengaruh Vietnamdan Rusia di serantau.Selain itu adalah sebagai jaminan bahawa China tidak menyokongPKM.Perdana Menteri China menegaskan bahawa penduduk yang berbangsa Cina tidak diiktiraf
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI16kewarganeraan kembar walaupun bermastautin di Malaysia.Malaysia juga tidak menyenangipendirian Deng Xiaopeng mengenai hubungan dia antara Parti Komunis China dan PartiKomunis Malaya (PKM).Semasa Malaysia di bawah pentadbiran Tun Hussein Onn lebihmenumpukan kepada keselamatan negara dan kerjasama serantau khususnya dalam kalangannegara-negara ASEAN.3.2 SUMBANGAN TUN HUSSEIN ONNDi bawah pentadbiran Tun Hussein Onn, beliau banyak memperkenalkan dasar yang tidak laridari Dasar Ekonomi Baru.Dasar Ekonomi Baru yang dirancang untuk tempoh 20 tahun yangbermula pada tahun 1971 sehingga 1990. Beliau memperkenalkan Amanah Saham Nasional(ASN) yang merupakan satu dana amanah bumiputera bertujuan meningkatkan ekuitibumiputera. Selain itu, semasa rantau Asia Tenggara cemas ekoran Vietnam Selatan yangjatuh ke tangan pihak komunis, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan dandimodenisasi. Beliau berusaha untuk membasmi komunis di hutan dan bandar bagi memastikanrakyat Malaysia selamat dari ancaman komunis.Keupayaan beliau yang pakar dalam ilmuketenteraan dipratikkan dalam pentadbirannya dalam mengatasi masalah ancamankomunis.Satu daripada perkara-perkara yang pertama dilakukan oleh Tun Hussein Onn sebaiksahaja beliau mengambil alih teraju jabatan Perdana Menteri ialah untuk memesatkan danmemperbaiki pusat-nadi kerajaan yang telah sedia ada di Bilik Gerakan Negara. (Samani Mohd.Amin:1953)Bilik Gerakan Negara bertujuan untuk membaiki dan memesatkan pusat nadi Kerajaanyang telah sedia ada.Bilik tersebut ditempatkan di Bangunan Pusat Komputer di JabatanPerdana Menteri yang dilengkapi dengan suatu sistem komputer yang tersergam.Beliaumengarahkan untuk membaiki sistem pengesanan dan taksiran Kerajaan kepada sistem yangmempunyai keupayaan untuk menganalisa, menghalang, dan menentukan perancangan-perancangan program dan projek bagi mencapai matlamat yang dikehendaki.Beliau jugamembuat keputusan untuk memperbaiki kemudahan-kemudahan dalam Bilik Gerakan Negarasupaya dapat mewujudkan suatu sistem perkhidmatan bercorak pembangunan.Sistem yang baru telah dijalankan secara manual telah membantu kerajaan mengenaiproses pembangunan yang memberi kesan terhadap golongan berpendapatan miskin.Pembangunan luar bandar telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Pertama dan
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI17Kedua.Sistem ini dalam bentuk sistem komputer dan tayangan filem video.Hal ini dapatmemudahkan menunjukkan kemajuan semasa dan dapat diperiksa secara tepat.Keputusan barudapat dibuat secara tepat berdasarkan rujukan daripada Bilik Gerakan Negara kerana sistem-sistem telah dicipta khas untuk mencipta keputusan yang memberikan faedah yang baik kepadarakyat. Kerajaan menggunakan sistem pengesanan dan pentaksiran yang mempunyai kelebihanuntuk merancang, melaksanakan dan menguruskan proses pembangunan negara denganberkesan. Kebaikan sistem ini dapat menambah data baru untuk mendapatkan keputusan-keputusan yang lebih baik.Pada 17 Ogos 1978, Tun Hussein Onn telah membuka Bangunan Pusat Komputer. Pusatini berperanan untuk memerhati kemajuan rancangan-rancangan pada masa ini dan akandatang. Tun Hussein Onn memperkenalkan inovasi baru dalam pentadbirannya.Beliaumendesak Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Negeri untuk mengadakansesi bertemu dengan rakyat bagi mengetahui hasrat-hasrat serta keperluanrakyat.Pemerintahan Tun Hussein Onn merupakan kerajaan rakyat kerana beliaumengutamakan perpaduan rakyat dengan bertemu rakyat secara bersemuka bagi mendengarluahan daripada rakyat.Dalam mengatasi masalah korupsi, beliau memandang perkara tersebut secara seriuskerana isu-isu korupsi bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat sahaja malah berlakudalam kalangan pemimpin parti politik. Kerajaan telah menubuhkan satu jemaah penyiasat awaltahun 1975 untuk menyiasat tuduhan-tuduhan korupsi.Isu rungutan pekebun-pekebun keciltentang baja-baja yang dibekalkan melalui Lembaga Kemajuan Perusahaan Pekebun-pekebunKecil Getah (RISDA) menjadi keras dan tidak boleh digunakan. Tan Sri Kadir mengarahkanpegawai-pegawai RISDA menerangkan rungutan-rungutan pekebun kecil tersebut danmenyuruh Biro Siasatan Negara menyiasat pembelian $2 juta pembelian baja dengan SyarikatKorea Selatan.Pada tahun 1974, Tun Abdul Razak telah menubuhkan Barisan Nasional yang disertaioleh UMNO, MIC, MCA, PAS, Parti Gerakan, Parti Progresif Rakyat, Parti Bersatu RakyatSarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dan Perikatan Sabah. Pada awalnya pembentukanBarisan Nasional tidak mendatang masalah namun pada tahun 1977, cetusan politik telahberlaku di Kelantan. Proses pembentukan Kerajaan campur antara Perikatan dan Parti Islam Se
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI18Malaya (PAS) yang kemudiannya barulah menjadi Barisan Nasional. Perselisihan pendapat dikalangan pemimpin-pemimpin PAS menyebabkan berlakunya perpecahan dengan penubuhansatu parti baru yang dikenali sebagai Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia atau lebih dikenalisebagai Berjasa.(Zainal Abidin Abdul Wahid et al.,1996) Hal ini menyebabkan PAS keluardaripada Barisan Nasional.Pergolakan politik tersebut menyebabkan PAS dipinggirkan keranapergolakan tersebut berpunca dari perselisihan antara pemimpin-pemimpin dalam partitersebut.Selain itu, golongan bukan bumiputera merasakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidakmendatangkan keuntungan terhadap mereka.Mereka mengemukakan cadangan untukmenubuhkan Universiti Merdeka yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasapengantar.Cadangan yang dikemukakan mendapat sambutan yang baik dari BarisanNasional.Dapat disimpulkan, kepimpinan Tun Hussein Onn membuktikan perpaduan rakyatmerupakan keutamaan kerana beliau sangat mementingkan keamanan dalam kalangan rakyatMalaysia.4.0 LATAR BELAKANG TUN DR. MAHATHIRTun Dr. Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan mendapatgelaran sebagai Bapa Pemodenan Malasyia. Beliau merupakan anak ke sembilan kepadapasangan Mohamad bin Iskandar seorang guru besar Sekolah Inggeris dan Wan Tempawanbinti Wan Hanafi dan dilahirkan di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar. Beliauberpendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak pada 1930. Kemudian beliaumelanjutkan pengajian menengah di Government English School, Alor Setar yang kini dikenalisebagai Kolej Sultan Abdul Hamid.Dasar kerajaan Kedah yang memulakan pendidikan Inggeris pada awal kurun ke-20 telahberjaya melayakkan ramai anak-anak negeri Kedah menggantikan pegawai-pegawai Britishyang berhenti. Tun Dr. Mahathir merupakan antara anak jati Kedah yang menerima manfaatdasar kerajaan Kedah tersebut. Beliau juga seorang yang minat berniaga sehingga beliaupernah berniaga kecil-kecilan di Pekan Rabu semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Padaketika itu, beliau sedang menangguhkan pengajian di King Edward VII College OF Medicine,Singapura yang tergendala akibat daripada pendudukan Jepun. Pada tahun 1953, beliau telahdianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya, Singapura.
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI19Tun Dr. Mahathir menjinak-jinakkan diri dengan arena politik bermula pada tahun 1945dengan menyertai SABERKAS, Kesatuan Melayu Kedah, Kesatuan Pemuda Melayu Kedah danseterusnya UMNO (Dr. Zahidi, 2003). Beliau juga aktif dalam penentangan Malayan Union danbeliau sendirilah menampal poster-poster di jalanan bagi menaikkan semangat orang Melayuagar tidak menyokong Malayan Union. Semasa berada di dalam UMNO, beliau pernah dilantiksebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1972), Menteri Pelajaran (1974-1977), MenteriPerdagangan dan Perindustrian (1978-, Timbalan Perdana Menteri dan akhir sekali PerdanaMenteri (1981-2003).Di sini, kita akan membincangkan apa dasar-dasar yang beliau pernah cadangkan danlaksanakan untuk Malaysia sepanjang kepimpinan beliau, sumbangan yang telah beliau berikankepada Malaysia, cabaran-cabaran yang beliau hadapi dan bagaimana tampuk kepimpinanPerdana Menteri beliau bertukar tangan.4.1 KERJAYA AWALPada tahun 1957, Dr. Mahathir dan isterinya telah membuka klinik persendirian Melayu pertamadi negeri Kedah iaitu Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Selain memberiperkhidmatan dalam bidang perubatan, beliau juga turut berminat dengan bidang penulisan.Minat beliau tidak dipersiakan begitu sahaja malah beliau juga turut menyumbang keringatsebagai penyunting sebuah majalah perubatan The Couldron terbitan kolej pengajian beliaudahulu. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, sejak itulahkeprihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam titipanrencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena yang sebati dengandirinya sejak kecil lagi iaitu „C.H.E Det‟ antara tahun 1946-1950.4.2 AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO DAN MENTERI PELAJARANKehadiran Dr.Mahathir dalam masa pemerintahan Tun Razak merupakan suatu peristiwa besardalam sejarah UMNO. Kembalinya Dr. Mahathir dalam arena politik telah menggemparkanseluruh masyarakat UMNO pada waktu itu. Setelah diterima kembali menjadi anggota UMNO,beliau telah dilantik menjadi ahli majlis tertinggi UMNO. Atas kemampuan beliau dan keyakinanTun Razak terhadap kebolehan Dr. Mahathir maka mulalah beliau merasakan nikmat dariperjuangan politiknya apabila beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran di bawah pentadbiran
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI20Allahyarham Tun Abdul Razak. Dr. Mahathir merupakan orang yang pertama menjadi MenteriPelajaran dalam kabinet Barisan Nasional. Salah satu usaha beliau adalah membawa perubahankampus Universiti Kebangsaan. Ucapan semasa beliau dilantik Pengerusi Ahli Majlis UniversitiKebangsaan antara lain menyentuh tentang pembiayaan universiti tersebut menelan belanjahampir $95 juta menjelang tahun 1980.Selain itu, usaha lain sebagai permulaan semasa Dr. Mahathir bertugas dengan Tun Razak,perhatiannya ditumpukan pada masalah yang terdapat di sekolah-sekolah rendah luar bandar.Antara perkara yang diberi perhatian adalah berhubung dengan penyusunan semulapentadbiran di sekolah-sekolah. Begitu juga dengan masalah keciciran pelajar, tentang ini Dr.Mahathir mengarahkan agar kajian dilaksanakan supaya masalah itu dapat diatasi. Masalahkekurangan guru-guru juga mendapat perhatian yang serius dari Dr. Mahathir. Hal ini demikiankerana masalah kekurangan guru sangat mudah diatasi oleh beliau dengan mengimport guru-guru dari Indonesia dan peningkatan mutu guru-guru sementara telah dapat mengurangkanbeban masalah tersebut. Masalah buku-buku teks sekolah telah mendapat perhatian utama dariDr. Mahathir. Beliau telah melancarkan skim pinjaman buku-buku teks bagi membantugolongan masyarakat yang tidak mampu membiayai persekolahan anak-anak mereka.Antara sumbangan lain, beliau menyeru pada ahli-ahli sejarah menulis buku-buku sejarahtentang pejuang-pejuang bangsa tanah air. Menerusi penulisan tersebut haruslah dari sudutatau mengikut „Malaysian Centric‟. Selain itu, beliau telah mengemukakan suatu sistempangambilan pelajar tingkatan enam menurut satu ketetapan dasar, di mana pengambilantersebut dari golongan bumiputera dan bukan bumiputera menurut standard yang telahditentukan. Standard tersebut ialah pelajar yang bukan bumiputera memperolehi kelulusanyang tinggi untuk memasuki tingkatan enam. Menurut beliau perbezaan ini dibuat keranaberdasarkan kepada fasiliti pelajaran yang terdapat pada murid-murid bukan bumiputera adalahlebih baik dari murid-murid bumiputera yang kekurangan fasiliti dalam pelajaran. Hal inidemikian kerana kebanyakkan murid bukan bumiputera berasal daripada bandar, sedangkanmurid-murid bumiputera kebanyakkan datang dari desa. Oleh sebab itulah pencapaiankelulusan mereka tidak sebaik murid-murid bukan bumiputera. Lebih ramai murid bumiputeradiambil adalah merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyusun semulamasyarakat dan membasmi kemiskinan.
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI21Seterusnya, Dr. Mahathir turut berusaha untuk mengimbangkan bilangan bumiputera danbukan bumiputera dalam bidang pelajaran dengan memperlihatkan sikap yang tegas dalammasalah Institut Teknologi Mara (ITM). ITM ditubuhkan untuk mengisi kekurangan bumiputeradalam bidang pelajaran profesional dan salah satu daripada asas perpaduan ialah pembahagiankekayaan negara secara adil. Pembahagian kekayaan negara adalah melalui bidang profesional.Kalau bidang pelajaran profesional tidak ditanamkan pada anggota masyarakat bumiputeramaka sudah tentu kehidupan ekonomi negara akan terancam.Seterusnya, sumbangan Dr.Mahathir sebagai Menteri Pelajaran ialah melaksanakan AktaUniversiti dan Kolej Universiti 1975 (AUKU). Akta tersebut lahir akibat demonstrasi besar-besaran pelajar pada 3 Disember 1974. Akta tersebut sebagai langkah untuk melemahkankegiatan pelajar. Antara tujuan lain akta tersebut adalah untuk mengharamkan para penuntutdari memegang sebarang jawatan dalam kesatuan-kesatuan sekerja, parti-parti politik danpersatuan-persatuan penuntut bersekutu. Walaupun akta tersebut mendapat tentangandaripada pertubuhan pelajar, parti-parti politik dan orang perseorangan, namun akhirnyadinyatakan sebagai mendapat sokongan dari rakyat. Selain itu, beliau juga turut mengubahkuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-pusat tersebut, mengadakanbiasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).4.4 TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERDAGANGAN DANPERINDUSTRIANDi arena politik pula, kemenangan beliau dalam pemilihan salah satu daripada kerusi NaibPresiden dalam Perhimpunan Agong UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) padatahun 1975 telah menjadi batu loncatan kepada asas kejayaan politik beliau sehingga kini.Ketika Allahyarham Tun Hussein Onn menjawat Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan PresidenUMNO, Dr. Mahathir telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri sekaligus menjawatjawatan Timbalan Presiden Parti. Kemenangan Dr. Mahathir buat kesekian kalinya dalam pilihanraya umum pada tahun 1978 telah melayakkan beliau mengekalkan jawatannya di dalamkabinet kerajaan dan parti.Pada dasarnya, perlantikan Dr. Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri telahmendapat sokongan sepenuhnya dari ahli-ahli UMNO, malah seluruh lapisan rakyat Malaysiatelah menyokongnya atas sikap percaya kepada pemilihan yang telah dibuat oleh pucuk
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI22pimpinan. Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Mahathir berpindah ke KementerianPerdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Beliau juga adalah Pengerusi JawatankuasaPelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus menggalakkan perdagangan dan pelaburanasing.4.5 PERDANA MENTERIKemenangan Dr. Mahathir dalam pilihan raya umum tahun 1978 telah membolehkan beliaumengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti. Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutanperletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathirtelah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun.Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr. Mahathir sebagai antara 50individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senaraiyang dikeluarkan oleh majalah tersebut. Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi duniaketika itu berada dalam kegawatan manakala krisis mata wang melanda kebanyakan negara didunia terutamanya negara-negara di Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Dr. Mahathirberjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satupendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia sepertiBank Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-satunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpaperlu „mengikat diri‟ kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF seperti yang berlakukepada negara-negara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memujitindakan yang diambil Dr. Mahathir dalam mengawal matawang negara. Kedudukan beliausebagai Chief Executive Officer (CEO) Malaysia adalah sesuai dan tepat dengan visi yang beliaurancang dan sasarkan. Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara daripadasebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian.Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia, sektor ekonomi negarapada ketika itu banyak bergantung kepada bahan komoditi utama seperti getah, kelapa sawit,timah dan industri petroleum yang masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan.Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonominegara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi. Keputusan yangbeliau ambil adalah tepat kerana pada pertengahan tahun 1980-an, harga bahan-bahan
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI23komoditi jatuh dengan teruk. Hal ini ditambah pula dengan peningkatan harga mata wang Yenyang menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa tahun. Kini, kebergantunganekonomi negara terhadap bidang perindustrian begitu ketara apabila sektor perkilanganmembentuk 30% daripada asas ekonomi negara manakala sektor pertanian menurun kepada8% sahaja berbanding 23% kira-kira 22 tahun lalu. Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasarPersyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikatdan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang saham. Beberapa agensi kerajaan telahdiswastakan untuk meringankan bebebanan kewangan dan kerajaan. Semasa pentadbirannyabanyak syarikat utiliti seperti Lembaga elektrik negara, Jabatan Telekom dan sebagainya, telahdisenaraikan sebagai korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkanprestasi, daya pengeluaran serta imej negara.Dr. Mahathir juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektorperusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) danAmanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dalamporfolio PNB. Dalam usaha melakar nama negara di arena antarabangsa, pelbagai projekgergasi telah diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Antara yang terawal ketika beliau baru memegangjawatan sebagai Perdana Menteri ialah projek pengeluaran kereta proton melalui HICOM (HeavyIndustries Corporation of Malaysia). Walaupun projek beliau ini dianggap agak keterlaluanmemandangkan negara ketika itu masih muda dalam projek pembuatan kereta nasional namunnegara kita boleh berbangga kerana projek ini begitu berjaya sehingga mampu bersaingdengan pengeluar kereta lain di seluruh dunia. Sebagai orang yang memegang tampuk tertinggipengurusan negara, masalah kewangan sering menjadi perhatian beliau dan antara tugaspenting beliau adalah memastikan perbelanjaan kewangan negara berada dalam keadaanterkawal.Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) yang beliau cetusialah Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). Projek ini ilhamkan dandirealisasikan memandangkan Dr. Mahathir telah sedar akan peri pentingnya teknologimaklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan. Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa beliau menjadi „CEO‟ Malaysiaantaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Jalil,Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij, Formula One dan
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI24Menara Berkembar Petronas. Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkanMalaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corakpentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi PerdanaMenteri menyebabkan negara ini disegani dunia. Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai PerdanaMenteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telahmelalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yangdisegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk samarendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangundan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yangditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.4.6 DASAR-DASAR YANG DIRANCANG DAN DILAKSANAKAN4.6.1 DASAR EKONOMI BARUDasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilancarkan dengan rasminya pada tahun 1971 oleh Tun AbdulRazak. Usaha mantan Perdana Menteri Malaysia ini diteruskan oleh Tun Dr. Mahathir semasakepimpinan beliau. Tun membentuk perancangan dalam bentuk Pelan Rangka Perspektif yangmerangkumi satu siri rancangan lima tahun. Pelan Rangka Perspektif Pertama (RPR1) padatahun 1971 hingga tahun 1990 mengemukakan rangka sosioekonomi yang luas bagimemastikan objektif DEB dapat dicapai. Tun menekankan penyerapan sains dan teknologidalam mendorong pertumbuhan ekonomi yang pesat dan daya pengeluran yang menyeluruh.Tun memastikan DEB dicapai dengan melaksanakan beberapa penyelidikan dan pembangunan(R&D) bagi meningkatkan daya saing eksport Malaysia. Penggunaan teknologi tinggi digalakkanbagi meningkatkan keupayaan perindustrian dan teknologi negara (Abdul Aziz Abdul Rahmandan Sumangala Pillai, 1997). Dr. Mahathir pernah menjelaskan semasa beliau menjadi MenteriPelajaran bahawa 60% ekonomi negara adalah di tangan pemodal asing, 35% pula di tanganbukan bumiputera, sementara hanya kira-kira 5% sahaja di tangan bumiputera. “Dalam hal ini,bumiputera terpaksa berusaha mencari 25% lagi untuk mencapai matlamat Dasar EkonomiBaru, sementara bukan bumiputera hanya 5% sahaja” (Drs. Rahmanmat, 1982).
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI254.6.2 DASAR LUARBeliau terlibat aktif dalam mana-mana persidangan, pertubuhan, pertemuan, konferensdan mesyuarat lain di peringkat antarabangsa seperti Persidangan Negara-negara Komanwel,Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-Neara Berkecuali (NAM),Pertubuhan Persidangan Islam (OIC, selaku pengerusi), Asia-Pacific Economic Coorporation(APEC), East Asia Economic Caucus (AEAC), World Trade Organization (WTO), Mesyuarat Asia-Eropah, Organisasi Perdagangan Antarabangsa dan Dasar Luar Islam: Bosnia. Menurut Milnedan Mauzy, semasa sesi perhimpunan agung PBB yang ke-50, Tun menyifatkan bahawa hanyapada perhimpunan tersebut sahaja suara-suara kecil dunia dapat didengari (Milne dan Mauzy,1999). Dasar luar inilah yang menyebabkan beliau dan Malaysia begitu dikenali di mata duniasehingga beliau dijemput untuk menghadiri beberapa pertemuan dengan individu-individu danpemimpin-pemimpin berpengaruh seperti George W. Bush, Kolonel Muammar Gadaffi, danKetua Gereja Katolik, Pope John Paul II (Dr. Zahidi Dato‟ Zainol Rashid, 2003).4.6.3 DASAR PANDANG KE TIMURDasar Pandang ke Timur pernah menjadi kontroversi kerana Tun memilih Jepun dan KoreaSelatan sebagai role-model kepada pemodenan Malaysia (Milne dan Mauzy, 1999). Pada zamankepimpinan beliau, rakyat masih bersikap prejudis terhadap Jepun dan tidak pernah terfikirakan mencontohi bangsa yang pernah mengkhianati mereka. Apabila beliau mengumumkanmengenai Dasar Pandang ke Timur, beliau mengemukakan kenyataan Buy British Last.Kenyataan ini menyebabkan ramai pihak yang kurang senang hati. Perkara ini bolehmenyebabkan hubungan baik antara Malaysia dan Britain terjejas. Malaysia mempunyaikepentingan ke atas Britain di mana 70 peratus daripada pelajar asing yang menuntut di sanaialah rakyat Malaysia. Tun menganggap bahawa ini adalah risiko yang harus diterima bagimenyemai semangat keTimuran akyat Malaysia (Aziz Zariza Ahmad, 1990). Malaysia dan Jepunbermula melalui pelaburan bidang elektronik dan barangan elektrik. Jepun dan Malaysia jugaberkongsi projek mega kilang keluli, Malayawata yang merupakan projek indutri berat diMalaysia. Kerjasama ini merupakan kali pertama Jepun mengeksport tenaga mahir kepadaNegara Dunia Ketiga (M. Rajendran, 1993). Kerjasama ini sebenarnya berlaku sebelum dasar inidilaksanakan. Hubungan yang baik inilah yang mengukuhkan Dasar Pandang ke Timur.Kerjasama dan dasar yang berorientasikan Jepun ini telah melahirkan industri otomobil Malaysia
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI26yang pertama. Beliau melawat ke ibu pejabat Mitsubishi di Jepun dan meminta kerjasamasyarikat ini untuk memulakan perindustrian kereta buatan Malaysia. Usaha ini telahmembuahkan hasil dengan tertubuhnya Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad(PROTON) dan Heavy Industries Corporation Malaysia (HICOM). Pada tahun 1985, Malaysiamengeluarkan kereta nasioanalnya yang pertama, Proton Saga (M. Rajendran, 1993). Dr.Mahathir bukan sekadar mencedok kemahiran dari Jepun, malah beliau ingin seluruh rakyatMalaysia mnegamalkan budaya bekerja sogo sosha orang Jepun.4.6.4 WAWASAN 2020Di dalam penulisan beliau, The Way Forward, Tun Dr. Mahathir menekankan bahawa masahadapan Malaysia terletak pada matlamat kebangsaan iaitu mencapai status sebagai negaramaju pada tahun 2020. Pada pendapat John Hilley, matlamat yang ditentukan oleh Tun inimerupakan fahaman pemodenisasi, mobiliti sosial, dan kekayaan tanpa mengira bangsa danseterusnya membantu rejim politik negara membina pembangunan ekonomi yang kuat (KhooBoo Teik, 2003).Antara maklumat asas mengenai Wawasan 2020 adalah bersifat suatu cetusan fikiranbukan satu dasar khas yang merupakan mukadimah kepada pembentukan beberapa dasar baruatau teras kepada Dasar Pembangunan Nasional yang menggantikan Dasar Ekonomi Baharu(Ahmad Sarji, 2003). Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan Malaysia sebuahnegara perindustrian yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 iaitu dalam masa tigadekad. Menerusi Wawasan 2020 terdapat sembilan cabaran strategik untuk membentuk sebuahnegara maju mengikut cita rasa tempatan iaitu:Negara Malaysia yang bersatu.Masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram, yakin diri, gagah,dan dihormati.Masyarakat demokratik yang matang dan wajar dicontohi.Masyarakat yang bermoral, beretika dan beragama.Masyarakat yang liberal dan bertolak ansur.Masyarakat yang saintifik, inovatif, progresif danberpandangan jauh
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI27Masyarakat yang penyayang dan mempunyai sistemkeluarga yang kukuh.Masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.Masyarakat yang makmur dan mempunyai ekonomi yangkukuh dan dinamik.4.6.6 DASAR PENSWASTAANPada tahun 1983, Tun mengumumkan mengenai perlaksanaan dasar penswastaan yang bakaldijalankan. Beliau melihat bahawa dasar ini akan membantu meningkatkan mutu perkhidmatan,keberkesanan dan memberi peluang kepada syarikat tempatan berdikari selain daripadamembantu melonjakkan ekonomi negara. Golongan bumiputera dilatih untuk melibatkan diridalam bidang perniagaan. Kaum bumiputera diberi latihan dan pinjaman bagi membangunkanperniagaan kecil-kecilan daripada MARA. Dasar ini juga dilihat membantu memenuhi DEB. Padaakhir 1990-an, beberapa penswastaan dibuat seperti Sabah Electricity Board, pembinaanempangan hidro-elektrik Bakun di Sarawak, dan pengkoperasian Universiti Malaya danBernama. Dasar yang diperkenalkan di penghujung tahun 1980-an ini bertujuan mengurangkanperbelanjaan oleh pihak kerajaan di samping memberi perkhidmatan yang lebih baik.4.6.7 MULTIMEDIA SUPER CORRIDORMSC merupakan projek mega yang dilaksanakan pada tahun 1994 sebagai fasa terakhirprogram pengindustrian negara. Skala pembangunannya adalah sangat besar dan mungkinmemberi kesan kepada negara-negara ASEAN yang lain selain daripada Malaysia. MSCdipercayai mampun menjadi periuk nasi kepada Malaysia. Zon MSC merangkumi bahagianselatan Kuala Lumpur berukuran 15 Kilometer x 50 Kilometer persegi. Zon ini akanmenyediakan persekitaran beberapa syarikat baharu berkembang dan membangun. Tujuh ribuhektar digunakan untuk membangunkan beberapa struktur mega seperti Lapangan TerbangAntarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, Litar Lumba Sepang, bandar berteknologi tinggiCyberjaya dan pusat pentadbiran, Putrajaya.4.6.8 BERSIH, CEKAP DAN AMANAHSlogan yang dilaungkan bermula pada tahun 1982 ini merupakan antisipasi untukmenggalakkan pekerja-pekerja agar tidak mengamalkan amalan rasuah. Beliau risau dengan
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI28wabak rasuah yang kian menular lebih lagi dalam kalangan penjawat awam. Skandal terbesaryang pertama melibatkan Bumiputera Malaysia Finance (BMF) dan melibatkan kerugian hampirRM2.5 billion kepada kerajaan. Rasuah dalam kalangan pegawai bank diketahui olehmasyarakat melalui laporan-laporan yang disediakan oleh Tan Sri Ahmad Nordin. Rasuah dilihatseperti memeras golongan yang miskin demi kepentingan sendiri. Tun tidak mahu gejala tidaksihat ini menular dalam kalangan masyarakat. Oleh hal yang demikian, Bersih, Cekap danAmanah merupakan slogan yang harus dipatuhi oleh semua penjawat awam demi menjagaketelusan perkhidmatan awam.5.0 PERALIHAN KUASA TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD KEPADA TUN AHMADBADAWI BIN ABDULLAH5.1 PERLETAKAN JAWATAN TUN DR MAHATHIR DAN PENANGGUHANKenyataan perletakan jawatan Tun Mahathir sungguh mengejutkan semua pihak yang berada didalam dan di luar dewan sewaktu perhimpunan UMNO sehinggakan suasana menjadi kelamkabut, Oleh disebabkan permintaan UMNO dan perkara-perkara lain menyebabkan beliauterpaksa meneruskan jawatannya untuk 16 bulan lagi dan perletakan jawatan secara sah pada31 Oktober 2003. Namun, secara umumnya pada tahun 1998, beliau pernah menyatakan hasrathendak meletakkan jawatan tetapi memandangkan berlaku krisis ekonomi pada masa tersebutdan juga skandal politik beliau pada ketika itu membuatkan beliau membatalkan hasrat beliauitu.Dikatakan Pertubuhan Persidangan Islam atau dalam bahasa Inggerisnya Organizationof Islamic Conference (OIC) dan Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)merupakan salah satu sebab penangguhan kepada perletakan jawatan sebagai Perdana Menterike-4 yang ditangguhkan selama 16 bulan selepas tarikh beliau mengeluarkan kenyataanperletakan jawatan tersebut. Beliau telah mempengerusikan kedua-dua persidangan semasaNegara Malaysia menjadi ketua rumah bagi persidangan tersebut di mana Tun Dr Mahathirmempengerusikan Sidang Kemuncak Ke-13 NAM di Kuala Lumpur pada Februari 2003. Selainmempengerusikan NAM, beliau juga telah mempengerusikan Sidang Kemuncak Ke-10 bagiPertubuhan Persidangan Islam di Putrajaya pada Oktober 2003. Kedua-dua persidangan inimenyaksikan Tun Dr Mahathir sentiasa memberikan komitmen yang sangat tinggi walaupunbeliau tahu, beliau akan meletakkan jawatan dan beliau bukanlah seorang yang bersifat
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI29“melepaskan batuk di tangga”. Ini menunjukkan bahawa kewibawaan dan sifat kepimpinan TunDr Mahathir sangat dikagumi oleh pemimpin negara-negara yang lain. Oleh itu, tidak hairanlahbeliau diberi gelaran “Bapa Pemodenan Negara Malaysia” yang banyak menyumbangkankepada pembangunan dan seterusnya memodenkan Negara Malaysia sehinggakan namaMalaysia gah di mata dunia dengan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh beliau baik dari aspekekonomi, malah dari aspek ekonomi dan sosial.KESIMPULANDapat disimpulkan di sini bahawa negara Malaysia di bawah kepimpinan empat Perdana Menteritelah mencapai pelbagai kemajuan tidak kira dari segi politik, ekonomi dan sosial. Parapemimpin Malaysia berusaha dengan sedaya upaya mereka dalam mengangkat nama Malaysiadi mata dunia setanding dengan negara-negara membangun yang lain dan menjadi negaramaju sejajar dengan wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri keempat iaitu TunDr. Mahathir Mohamad. Malahan, dengan pengorbanan dan harapan yang tidak pernah putus,akhirnya kemerdekaan dapat diperolehi oleh Perdana Menteri pertama Malaysia iaitu TunkuAbdul Rahman dari tangan penjajah dengan kerjasama di antara pemimpin-pemimpin yangberbilang kaum dan sokongan padu rakyat Malaysia dalam menubuhkan gagasan Malaysiawalaupun menghadapi pelbagai onak dan cabaran. Ini menjadikan politik negara kita stabil danmelalui pimpinan Tun Razak dalam mewujudkan Dasar Ekonomi Baru yang berhasilmengukuhkan ekonomi negara kita serta membantu rakyat tempatan dari segi ekonomi dansosial agar terus maju ke hadapan bersaing dengan negara-negara yang lain. Manakala, TunkuHussien Onn yang mementingkan dan mengamalkan sifat prihatin dan kemanusiaan sertamengambil rakyat akan rakyat jelata dalam membasmi kemiskinan dan memastikan keamananMalaysia dengan menjaga hubungan diplomatik Malaysia dengan negara luar menjadikanMalaysia sebuah negara yang mempunyai kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Tambahanpula, perpaduan kaum yang kuat dan sikap bersepadu rakyat yang terdiri daripada berbilangkaum menyumbang kepada kemajuan negara Malaysia dari tahun ke tahun. Manakala, melaluipimpinan Perdana Menteri yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir telah membawa Malaysia kepersada kecemerlangan dan Malaysia di bawah pemerintahan beliau telah berjaya memperolehipembangunan yang jauh ke hadapan dan dikenali di mata dunia. Ini adalah melalui pelbagai
    • SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI30pembaharuan fizikal, mental dan sosial serta telah menjadi negara yang disegani dan dihormatidi pentas dunia. Kini, Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangannegara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negaraIslam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia dan disanjung tinggi kerana keamanannegara yang kukuh hasil kerjasama pemimpin dan rakyat yang bersatu padu menjagakeamanan negara. Malahan, warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kitalihat berada di mana sahaja dan warisan tersebut lah yang harus kita pelihara sampai bila-bila.