• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
 

Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru

on

  • 6,798 views

 

Statistics

Views

Total Views
6,798
Views on SlideShare
6,798
Embed Views
0

Actions

Likes
2
Downloads
280
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru Document Transcript

    • Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan & FalsafahPendidikan Guru (FPK & FPG) terhadap sistem pendidikan di negara kita. Jika direnung kembali, pengenalan Falsafah PendidikanKebangsaan (FPK) telah banyak membawa kesan terhadapsistem pendidikan di negara kita. Implikasi-implikasi dapatdikelaskan seperti berikut: Jika lilihat dari segi implikasi terhadap kurikulum pendidikan,perubahan dalam aspek kurikulum adalah selaras dengan cita-cita dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perubahan inimeliputi:Sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada programbersepadu.Bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murnidiserapkan dalam semua mata pelajaran.Program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insanyang seimbang dan harmonis.Sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikanumum.Sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajardalam bidang vokasional dan teknologi.
    • Untuk melaksanakan kurikulum perubahan ini denganberkesan, FPK telah membahagikan kurikulum kepada 2bahagian, iaitu KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) danKBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah). SebelumKBSR adalah KLSR (Kurikulum Lama Sekolah Rendah), tetapididapati bahawa KLSR mengandungi beberapa kelemahan, iaituseperti: Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidakada kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah. Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Inimembebankan dan membosankan murid. Guru dan murid selalu terdesak untuk menghabiskan sukatanpelajaran terutama apabila ada peperiksaan. Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks.Ini menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lainyang lebih menarik dan berkesan. Maka, hal ini adalah tidak sepadan dengan matlamatpendidikan iaitu memperkembangakan individu secaramenyeluruh dan menekankan pendidikan dalam bidang 3M. Olehitu, bagi memcapai matlamat yang ditetapkan dalam FPK, makaKBSR telah wujud dengan perubahan, iaitu menekankan murid-murid supaya mencapai kemahiran dalam 3 bidang asas, iaitubidang komunikasi, bidang manusia dengan alam sekelilingnyadan bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan,minat, bakat, dan kemampuan menta serta kesediaan murid-murid. Disebabkan KLSR yang tidak berkesan terhadap Malaysia,maka KBSR telah dibentuk berasaskan syor-syor yangdicadangkan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet. KBSM dilaksanakan secara sepenuhnya pada tahun 1989dengan menitiberatkan kehendak individu, negara, dan sarwa
    • sejagat. Pembentukan KBSM telah membolehkan pelajar-pelajarmemperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh danseimbang. Aktiviti vokasional telah membolehkan merekamenyumbangkan tenaga untuk keperluan negara danpembelajaran bahasa asing seperti Bahasa Inggeris yangbertujuan untuk memenuhi kehendak sarwa sejagat. Selain daripada yang tersenaraikan di atas, KBSM jugamenekankan bahawa pembentukan KBSM harus berlandaskanaspek-aspek berikut: Kesinambungan daripada KBSR yang berasaskan penguasaankemahiran 3M, iaitu mengira, membaca dan menulis. Pendidikan yang umum juga merangkumi pendidikan vokasionaldi antara bidang-bidang elektif sehingga terdiri daripada jurusanakademik dan jurusan vokasional yang dahulunya dibahagikankepada 3 jenis, iaitu jurusan sastera, jurusan sains dan jurusanteknik. Pendidikan seumur hidup di mana rancangan KBSMmembekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bolehmenjadi kemahiran asas untuk meneruskan pendidikannyasecara berterusan seumur hidup. Dari segi implikasi terhadap pendidik pula, FPK telahmembawa perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untukmenjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar FalsafahPendidikan Kebangsaan. Ini meliputi: Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangandan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikantujuan dan cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknikpengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmupengetahuan, berketrampilan serta berakhlak mulia.
    • Seperti yang kita tahu, pendidik iaitu guru adalah ahlimasyarakat yang mempunyai tanggungjawab untuk mendidikmurid-murid di sekolah. Seorang guru mesti mempunyaipengetahuan yang luas dan mendalam tentang mata pelajaranyang diajar olehnya kepada murid. Selain itu, guru juga perlumenguasai segala kaedah atau cara penyampaian dalampengajaran supaya murid-murid dapat memahami apa yangdisampaikan olehnya. Seorang guru juga perlulah mempunyaisahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi olehmuridnya. Sahsiah yang baik merangkumi tingkah laku dan sikapyang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifatpenyayang. Selain itu, seorang guru juga haruslah mempunyaipandangan dan visi yang positif. Hal ini kerana selain daripadasebagai seorang pendidik, guru juga merupakan pengantiibubapa, penasihat, pembimbing, kaunselor, pengamal danpenyebar nilai kebudayaan serta sebagai teladan kepada murid-murid dan masyarakat. Selain daripada yang tersenarai di atas,seorang guru juga perluberpengetahuan dan berketrampilan dalam pedagogi dankandungan mata pelajaran yang diajarnya, di samping menguasaipengetahuan pedagogi pelajar.Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesandan bermakna.Mahir menintegrasi Teknologi Maklumat dan Komuniti (ICT)dalam pengajaran dan pembelajaran.Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan Etika ProfesionKeguruan.Menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal.Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran profesional darisemasa ke semasa.Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budayapenyelidikan dengan secara aktif.
    • Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan negara yang sesuai dengan ketamadunan dan nilai-niali agama yang dianuti. Dari sudut implikasi terhadap institusi pendidikan, perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan citi-cita FPK. Ini meliputi: Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang. Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar- pelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca di kalangan mereka. Maka, berpandukan senarai implikasi di atas, beberapa cadangan relevan boleh dipertimbangkan :1. Bilik komputer – dilengkapi dengan segala perkakasan yang berkaitan dengan ICT. Supaya murid-murid dapat meningkatkan dan menambah ilmu mereka terhadap ICT. Membeli peluang kepada murid untuk mengetahui tentang kepentingan ICT dalam dunia sekarang.2. Padang/ gymnasium – murid-murid boleh menjalankan aktiviti sukan tidak kira hujan atau tidak . Murid-murid boleh menjalankan aktiviti mereka dengan selamat. Mengisi masa lapang.3. Pusat sumber – dipenuhi dengan segala buku tidak kira berkaitan dengan pelajaran atau tidak.
    • Murid-murid boleh mendapat segala maklumat yang berkaitan dengan kerja rumah atau luar. Buku lain yang dapat menimba ilmu pengetahuan murid-murid.4. Projector – guru boleh memaparkan benda lain seperti video, gambar-gambar yang berkaitan dengan P&P supaya terikat dengan cara yang tradisional iaitu guru hanya bercakap dan pmurid-murid hanya meyerapkan apa yang diajar oleh cikgu. Implikasi Falsafah Pendidikan Guru :Perana Guru sebagai Pendidik1. Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan.2. Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.3. Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Guru.4. Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insane guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan.5. Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk merangsang perkembangan pelajar.