Your SlideShare is downloading. ×
Elemen fpk
Elemen fpk
Elemen fpk
Elemen fpk
Elemen fpk
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Elemen fpk

1,888

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
1,888
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
122
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Dengan berpandukan kepada pernyataan falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK), adalah difahamkan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usahamemperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untukmewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasakan kepercayaan dankepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupayamencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dankemakmuran negara.Berlandaskan pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut, maka dapatdiringkaskan seperti berikut: Elemen pertama dalam FPK ialah “ Pendidikan suatu usaha berterusan”.Elemen ini adalah sangat penting kerana pendidikan ialah proses pemerolehan ilmupengetahuan dan kemahiran, serta penyerapan nilai murni supaya menjadi insan yangberilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berahlak mulia. Proses pendidikan inimerupakan proses secara berterusan sepanjang hayat.
  • 2. Maka, pendidikan secara berterusan ini adalah bermula sebagai pendidikanasas dalam peringkat awal kanak-kanak di rumah dan tadika, disambungkan disekolah rendah dan sekolah menengah dalam peringkat kanak-kanak dan remaja,sekolah di tempat-tempat seperti dan diteruskan di peringkat selepas institutpendidikan tinggi, tempat bekerja dan komuniti, atau dengan pembelajaran secarakendiri berbentuk ICT,secara on-line dan melalui media massa. Pendidikansepanjang hayat membolehkan kita mengbadapi dan menangani pelbagaipembangunan yang pesat, khasnya perkembangan k-ekonomi dalam TeknologiMaklumat dan Komunikasi. Justeru itu, pendidikan secara berterusan ini merupakanhasrat utama FPK. Elemen seterusnya ialah “Memperkembang potensi individu”. Mengikut kajian,individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi seperti intelek, jasmani,emosi dan rohani sejak lahirnya. Kebanyakan potensi ini adalah terpendam dalamkendiri. Fungsi pendidikan ialah memperkembang dan meningkatkan potensi individusupaya mencapai tahap cemerlang. Di dalam hasrat FPK, unsur intelek memberitumpuan kepada ciri-ciri daya berfikir, seperti menguasai kemahiran asas 3M(membaca, menulis dan mengira), menguasai kemahiran untuk memperoleh,meningkat dan menyebarkan ilmu dan dapat berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)serta dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan orang lain, termasukkemajuan negara. Dari segi perkembangan unsur jasmani pula, penekanan tumpuan adalahkepada kesihatan tubuh badan individu, seperti memperkembang kepada tahapkeupayaan seperti menjaga kesihatan tubuh badan diri ataupun melakukan riadahdengan sempurna; Menggunakan bakat dan kemahiran teknikal/manipulatif dengancekap, memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari dan untuk kepentinganmasyarakat dan akhir sekali ialah meningkatkan daya pengeluaran, demi memberisumbangan kepada kemajuan negara. Perkembangan unsur emosi memberi tumpuan kepada perasaan jiwa yangsihat dan kuat, iaitu memperoleh perasaan tenaga dan tingkah laku yang terkawal,memiliki perasaan kasih sayang, memiliki semangat kekitaran yang muhibbah,kerjasama dan perpaduan serta mempunyai kemahiran menilai dan menghargaikeindahan dan kesenian. Dalam perkembangan unsur rohani, penekanan tumpuan ialah kepada sifatkejiwaan dan kebatian, iaitu mempunyai perasaan menyedari dan mengingati adanyaPencipta, menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta dan dapat memupuk danmembina disiplin kendiri serta membentuk akhlak yang mulia.
  • 3. Dalam elemen perkembangan potensi secara menyeruluh dan bersepadu,perkembangan potensi individu tidak lengkap dan sempurna jika dilakukan secaraberasingan. Ia harus diperkembangan secara menyeruluh dan bersepadu. Maka,untuk membentuk insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berakhlakmulia dengan sempurna, aktiviti kokurikulum harus juga diberi penekanan, disamping kurikulum akademik yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Potensi yang adapada diri individu hendaklah diperkembangkan ke peringkat optimum dengan caramengintegrasi bakat dan kebolehannya yang saling berkait di antara satu sama lain. Selain itu, elemen seterusya yang ditekankan ialah membentuk insan yangseimbang dan harmonis. Seperti yang diketahui umum, insan yang seimbang danharmonis merupakan insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir, berakhlakmahir, mempunyai kepercayaan kepada Tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yangtenteram, tubuh badan sihat dan cergas, serta kematangan emosi dan sosial. Selainitu, insan yang seimbang dan harmonis merupakan potensinya, iaitu intelek, jasmani,emosi, sosial dan rohani, telah diperkembangkan secara menyeruluh, bersepadu dandalam tahap optimum. Di samping itu, insan ini juga adalah individu yang memilikikesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab diri, keluarga dan negara. Individuini akan sentiasa beriktiar dan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi, danmelaksanakan tangungjawab sebagai anggota masyarakat yang berguna, demikemajuan diri, keluarga, bangsa dan negara. Seterusnya, dalam elemen kepercayaan kepada Tuhan. Kepercayaan inimerupakan keyakinan bahawa manusia dan alam sekitar tidak terjadi secara sendiritetapi ada Penciptanya, dan hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan. Olehitu, manusia harus patuh kepada Tuhan dengan memikul amanah danbertanggungjawab kepada Tuhan dalam usaha mentadbir dan memakmurkanalamnya. Maka, kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan memberi tumpuan sepertimengakui wujudnya Pencipta, mengakui manusia dan alam dijadikan olehpenciptanya, mengetahui hukum dan fenomena alam adalah peraturan yangditetapkan oleh Pencipta, menyedari manusia dijadikan untuk memajukan alam ataumenyedari manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatan diri sendiri danseterusnya melakukan kebaikan dan menghindari perbuatan kejahatan. Membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan adalah elemen yangditekankan dalam FPK juga. Elemen ini menyaran rakyat yang memiliki sikap sukamembaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan menggunakannya untuk manfaat diridan orang lain. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yangmemiliki ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan iaitu gemar membaca, sentiasaberusaha menambah ilmu pengetahuan dan berusaha meningkatkan dan
  • 4. menyebarkan ilmu pengetahuan di samping memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diridan orang lain serta berfikiran terbuka luas dan mendalam. Rakyat Malaysia yang berketrampilan juga adalah elemen yang ditekankandalam FPK. Hal ini disebabkan kerana rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dankemahiran sentiasa rela memberi sumbangannya demi kemajuan negara dengancekap dan sempuma. Rakyat Malaysia yang berketrampilan merupakan rakyat yangmemiliki ciri-ciri seperti berilmu pengetahuan dan berkelayakan yang sesuai dengantugas yang dipertanggungjawabkan dan mempunyai kemahiran yang sesuai dalamperlaksanaan tugasnya secara cekap dan sempuma. Seterusnya, rakyat malaysia yang berakhlak mulia menyaran rakyat perlumemiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu, danmengamalkannya dalam kehidupan harian. Secara umumnya, rakyat Malaysia yangberakhlak mulia ialah rakyat yang memperoleh ciri-ciri seperti mengetahui yang mananilai baik dan mana yang buruk atau menyerdari kesan dan akibat daripada perbuatanbaik dan buruk, mempunyai keyakinan terhadap nilai murni dan dapat menghayatinilai kerohanian kemanusian serta kewarganegaraan serta mengamalkan perlakuanbaik dan mengelakkan perbuatan buruk. Selain itu, rakyat Malaysia yang bertanggungjawab juga ditekankan keranarakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna tehadap Tuhan, bangsa dannegara, akan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah. RakyatMalaysia yang bertanggungjawab ialah rakyat yang memiliki ciri-ciri sepertimenyedari tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan dengan sempurna, sentiasaberusaha meningkatkan daya pengeluaran dengan mematuhi peraturan dan undang-undang negara dan berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negaradan agama. Rakyat Malysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri jugadisarankan sebagai salah satu elemen dalam FPK. Melalui perkembangan potensiindividu secara menyeruluh, rakyat akan dapat memiliki jiwa yang tenteram untukmemahami keperluannya sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. RakyatMalaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri ialah rakyat yang memilikikeupayaan seperti daya katahanan diri yang kuat untuk menangani cabaran hidupdari semasa ke semasa, berfikiran waras dengan jiwa tenang dan tubuh badan yangsihat dan memperoleh kemahiran untuk mewujudkan perhubungan yang baik. Elemen yang terakhir yang ditekankan dalam FPK ialah “rakyat Malaysia yangdapat memberi sumbangan”. Sebenarnya, melalui latihan, rakyat bolehmenggnunakan tenaganya yang mahir, produktif dan inovatif untuk
  • 5. mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara. Rakyat Maysiayang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara ialah rakyat yang memeroleh keupayaan seperti memupukkeharmonian keluarga, semangat kerjasama, kekitaan, perpaduan, muhibbah,tolerensi dan hormat dan menguasai kemahiran sains dan teknologi untukperkembangan dan kemajuan negara. Selain itu, individu ini juga dapat mengekalkankestabilan negara dengan mematuhi, mengekalkan dan mempertahankanPerlembangan sebagai menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negaradan bersemangat patriotik dan cintakan negara. Sebagai kesimpulannya, peringkat keharmonian dan kemakmuran masyarakatdan negara ini boleh dicapai dengan mengamalkan sikap toleransi, berkerjasama,hormat-menghormati serta memupuk perpaduan di antara kaum. Suasanakeharmonian yang tenteram dan stabil akan menjamin perkembangan ekonomi dankemajuan di dalam semua bidang kehidupan, dan seterusnya muncul keadaankemakmuran masyarakat dan negara.Maka, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) boleh dicerminkan dalam Rajah 3.1,dengan menggambarkan falsafah pendidikan yang berpaksikan kepada Ketuhanan.

×