Analisis fpk
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Analisis fpk

on

  • 1,406 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,406
Views on SlideShare
1,406
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
61
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Analisis fpk Analisis fpk Document Transcript

  • Analisis FPK & FPGFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)Konsep dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Malaysia.Pendidikan, mengikut pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukandan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Secara khususnya pendidikanboleh diertikan sebagai aktiviti persekolahan. Ini bermakna pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yangmempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insanyang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu, demi berupayamenyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa depan.Masyarakat Malaysia yang berbentuk majmuk telah membawa kepada wujudnya Rukun Negara padatahun 1970 yang dijadikan dasar pendidikan, kewarganegaraan, pembangunan dan perkembanganmasyarakat. Rukun Negara ini terdiri daripada lima prinsip yang utama dan bertujuan untuk mencapaiperpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat Malaysia.Maka, berteraskan kepada Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah diwujudkanpada tahun 1988. Secara amnya, konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada FPK.Sebenarnya, FPK ini bertujuan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semuausaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bersifat eklektisisme iaitu gabungan antara falsafahtradisional dan falsafah progresif. Falsafah pendidikan negara merangkumi falsafah aliranepistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme, realisme,perenilaisme, progresivisme dan eksistensialisme. Berlandaskan kepada Falsafah PendidikanKebangsaan yang telah dinyatakan di atas. Maka, matlamat FPK ialah melahirkan insan yang baikdan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan perkataanlain, ia juga bermatlamat melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayaticiri-ciri berikut:
  • Selain daripada yang disebutkan di atas, adalah juga diharapan bahawa melalui proses pendidikan,Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya, iaitu melahirkan rakyat yang:Faktor dalam perkembangan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).Seperti yang diketahui umum, fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan atau haluankepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskanidea, konsep dan matlamat pendidikan negara. Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kiraaspek-aspek yang berkaitan dengan keperluan individu, masyarakat dan negara.Maka, dalam usaha menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), faktor-faktor yang berkaitanhendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor yang mempengaruhipertimbangan asas semasa menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ialah: Jika dirujuk semula terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), kita dapatmengkajinya dengan lebih lanjut. Definisinya adalah seperti: “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dnn segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dankepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serrta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”Dari segi faktor agama, Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia tetapi agama lain jugabebas dianuti mengikut undang-undang negara. Dalam agama-agama ini, khasnya agama Islammerupakan faktor- faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalanFalsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya,
  • laitu: “menwujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.”Manakala dalam faktor sosial pula, masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Sepertiyang diketahui, keharmonian dan kemakmuran negara adalah bergantung kepada amalan sikaptoleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalahamat penting dalam usaha mencapai perpaduan yang merupakan kriteria yang paling penting untukmewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satumatlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu: “.....melahirkanrakyat Malaysia..... memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dannegara.”Dari segi politik pula, sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubahberlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi sepertiLaporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk ideologinegara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara.Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalampenggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripadapernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruhfaktor sosial tersebut di atas.Dalam aspek ekonomi, rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantunegara memperkembang ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapatdicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,bertanggungjawab dan berupayaan memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita-citamemperkembang ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidika negara yangdinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Seterusnya, faktor individu seperti potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan.Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensiindividu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis.Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur,sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia mengnadapi cabaran hidup dengan tenang.Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalamkandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Akhir sekali, dalam faktor sejagat, penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpisahdaripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan ini, idea-idea yangdihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas FalsafahPendidikan Kebangsaan. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatanpendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancangkan oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telahdimanifestikan dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai “Pendidikan diMalaysia adalah satu usaha berterusan…” Ini jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumurhidup.