Your SlideShare is downloading. ×
Critical journal web
Critical journal web
Critical journal web
Critical journal web
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Critical journal web

246

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
246
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
15
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web (KPT 6044) KESEDARAN, PENILAIAN DAN PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK Oleh : Rubiah Omar & Jamilah Hj. Ahmad PENDAHULUAN Bergerak seiring dengan kepesatan teknologi pada masa kini, e-pembelajaran amat memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran samada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahupun di peringkat IPTA dan IPTS. Ini kerana, para pelajar pada abad ini telah didedahkan dengan penggunaan komputer sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Menurut Azwan & Rozita (2002), perkembangan teknologi tinggi kini memungkinkan informasi bergerak tanpa had dan sempadan. Segala-galanya boleh di dapati dengan segera dan pantas melalui media elektronik. Kemajuan canggih yang mampu menjimatkan masa dan penggunaan tenaga malah memudahkan pemindahan dan transformasi maklumat ini, bergerak dan berlaku dalam ruang siber atau maya yang tiada lokasinya kini semakin menjadi reality dalam dunia pendidikan. Definisi e-pembelajaran atau lebih di kenali sebagai elearning ini seringkali berubah-ubah disebabkan oleh kemajuan teknologi pada masa kini. Walaupun mempunyai pelbagai maksud, secara umumnya e-learning adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan (Jaya Kumar, 2002). Di Malaysia, e-pembelajaran merupakan teknologi yang asas. Impak dan penerimaan oleh masyarakat contohnya di Institut Pengajian Tinggi (IPT) masih lagi diragui. Tahap perlaksanaan e-pembelajaran pada masa ini belum lagi mencapai matlamat yang diharapkan.Ahli akademik berperanan mengubah minda pelajar daripada pasif kepada aktif terutama dengan penggunaan teknologi Internet melalui talian yang boleh didapati di dalam kampus. Kemudahan ini membolehkan e-pembelajaran disampaikan dalam pelbagai jenis penyelesaian. Oleh hal demikian, kajian tentang Kesedaran, Penilaian & Penerimaan EPembelajaran Dalam Kalangan Ahli Akademik dijalankan di Universiti Sains Malaysia bagi meninjau sejauh manakah kesediaan ahli akademik menerima e-pembelajaran dalam aktiviti pengajaran mereka dan apakah faktor yang menjadi penyebab penerimaan atau penolakan terhadap permasaalahan ini. PERSOALAN KAJIAN Dalam kajian ini, terdapat beberapa persoalan yang di pilih yang boleh di uji kebenarannya berdasarkan objektif yang ingin di capai di dalam kajian ini. Antara persoalan-persoalannya ialah: 1. Sejauh mana tahap kesedaran terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistem pembelajaran dan pengajaran? 2. Bagaimanakah penilaian terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli akademik? 3. Bagaimanakah penerimaan penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran? 1
  • 2. Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web (KPT 6044) KAEDAH KAJIAN Dalam kajian ini, kaedah yang digunakan untuk menguji tahap keberkesanan untuk mencapai objektif dan persoalan ialah lebih berbentuk kepada kajian deskriptif yang bertujuan memberikan gambaran awal tentang kesediaan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Responden yang dipilih di dalam kajian ini adalah terdiri daripada ahli akademik di semua pusat pengajian di Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang yang rata-rata responden menggunakan e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini telah menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Sebanyak 165 borang soal selidik telah di edarkan kepada responden di 15 pusat pengajian. Hasil daripada pembahagian soal selidik kepada responden, hanya sebanyak 119 borang soal selidik telah berjaya dikumpulkan mengikut pusat pengajian. Analisis kuantitatif menggunakan program SPSS (Statistical package for social science) perisian SPSS versi 14.0 di gunakan dalam kajian ini. Kaedah analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan kaedah analisis inferensi seperti Ujian-t dan Anova di gunakan untuk menganalis data-data hasil daripada soal selidik yang telah di edarkan kepada responden DAPATAN KAJIAN 1. Kesedaran terhadap pembelajaran. konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan Hasil dapatan dalam kajian ini mendapati bahawa terdapat lima konsep epembelajaran di USM yang telah diketengahkan. Antara konsep-konsepnya ialah : a) E-pembelajaran sebagai satu kaedah pembelajaran baru khusus untuk para pelajar. b) Salah satu usaha sejajar dengan perkembangan ICT. c) E-pembelajaran memerlukan komitmen yang lebih dalam pengajaran dan pembelajaran. d) Pembelajaran yang dikendalikan menerusi komputer dan internet. e) E-pembelajaran membolehkan pembelajaran dilaksanakan dengan lebih mudah, tanpa batasan jarak dan lebih ramai pelajar. Kajian mendapati daripada kelima-lima konsep yang di ketengahkan, konsep kedua adalah min paling tinggi iaitu 4.52 dimana ia menunjukkan bahawa ahli akademik sedar tentang konsep e-pembelajaran dimana ICT dimajukan sebagai alat utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kuliah. Dapatan kajian ini juga turut mendapati bahawa konsep ketiga menunjukkan pada tahap min yang paling rendah iaitu 3.99 kerana rata-rata responden tidak bersetuju bahawa konsep e-pembelajaran memerlukan komitmen yang lebih dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman responden bagi kelima-lima konsep yang diketengahkan adalah tinggi. Dapatan kajian turut membuktikan majoriti ahli akademik USM sedar terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistem pembelajaran dan pengajaran . 2
  • 3. Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web (KPT 6044) 2. Penilaian terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap epembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli akademik. Hasil kajian menunjukkan ahli akademikdi USM mampu merancang strategi dan kaedah pembelajaran mereka secara bersendirian dan pada masa yang sama selesa dalam persekitaran pembelajaran berstruktur mengikut pilihan mereka. Iadisebabkan oleh taraf pendidikan dan kerjaya sebagai seorang ahli akademik yang menuntut mereka untuk bijak menentukan kaedah dan persekitaran pembelajaran agar ilmu pengetahuan dapat disalurkan kepada pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap kefahaman responden terhadap perlaksanaan e-pembelajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri adalah pada tahap sederhana iaitu 3.20. Antara faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kepada tahap kefahaman responden adalah di sebabkan oleh kekurangan kemudahan komputer dalam kalangan ahli akademik yang terlibat dalam penyediaan bahan pengajaran menjadi penyebab kepada terjadinya kelewatan perkembangan program e-pembelajaran. 3. Penerimaan penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran. Dalam kajian ini, pengkaji telah menyenaraikan empat tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh ahli akademik. Antaranya ialah: a) Menggunakan sepenuhnya kaedah e-pembelajaran di dalam kuliah. b) Memuatnaikkan nota-nota kuliah ke laman web e-pembelajaran dari semasa ke semasa. c) Mengikuti latihan-latihan yang berkaitan dengan e-pembelajaran di USM. d) Menggalakkan para pelajar menggunakan e-pembelajaran sebagai mekanisme pembelajaran. Hasil kajian mendapati bahawa dua daripada empat tanggungjawab yang disenaraikan berada pada tahap min tinggi dan dua lagi pada tahap min sederhana. Tanggungjawab yang berada pada tahap min paling tinggi yang dipersetujui oleh responden ialah menggalakkan para pelajar menggunakan e-pembelajaran sebagai mekanisme pembelajaran iaitu min 3.99 dan diikuti oleh min kedua tinggi 3.75 iaitu tanggungjawab menggunakan sepenuhnya kaedah e-pembelajaran di dalam kuliah. Ini membuktikan bahawa ahli akademik USM telah menerima sistem e-pembelajaran dalam pengajaran mereka. Dapatan turut menunjukkan bahawa jumlah min berada pada tahap sederhana iaitu 3.55 dan 3.51 bagi tanggungjawab memuatnaikkan notanota kuliah ke laman web e-pembelajaran dari semasa ke semasa dan tanggungjawab mengikut latihan yang berkaitan dengan e-pembelajaran di USM. Hal ini disebabkan ahli akademik beranggapan bahawa dengan memuatnaik nota-nota merupakan satu tugas tambahan atau beban kepada mereka dimana ianya akan mengganggu rutin harian mereka. Secara keseluruhannya, daripada aspek tahap kefahaman e3
  • 4. Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web (KPT 6044) pembelajaran, sebahagian responden menyatakan bahawa mereka faham tentang epembelajaran dan mereka menerima penggunaan e-pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan daripada 119 (100%) orang respoden, 55 (46.2%) orang responden faham akan e-pembelajaran yang dilaksanakan di USM. Dari aspek faktor yang mempengaruhi perlaksanaan epembelajaran pula, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penerimaan dalam kalangan ahli akademik terhadap penggunaan e-pembelajaran adalah positif kerana min keseluruhan bagi faktor yang mempengaruhi perlaksanaan e-pembelajaran adalah tinggi. Majoriti responden bersetuju dengan 12 faktor yang mempengaruhi perlaksanaan e-pembelajaran yang disenaraikan oleh pengkaji. Dapatan kajian juga turut menunjukkan bahawa faktor yang paling mempengaruhi perlaksanaan epembelajaran berdasarkan jumlah responden sangat bersetuju paling tinggi adalah faktor mempunyai kemudahan komputerperibadi, iaitu min 4.59. KESIMPULAN Daripada dapatan keseluruhan kajian yang telah di perolehi telah menunjukkan bahawa ahli akademik di USM sudah mempunyai kesedaran yang positif terhadap e-pembelajaran yang di gunapakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran walaupun masih ada segelintir responden yang tidak bersependapat dan tidak menyokong konsep-konsep e-pembelajaran yang telah dinyatakan dalam kajian ini. Dari segi penilaian ahli akademik terhadap hubungan yang signifikan di antara kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri pula, didapati berada pada tahap sederhana. Ini disebabkan terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada tahap kefahaman. Dari segi penerimaan pula, didapati ahli akademik menerima secara positif penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran. Dengan adanya e-pembelajaran diharapkan dapat membantu ahli akademik dan pelajar itu sendiri supaya pendidikan dan kepesatan teknologi yang canggih dapat bergerak seiring untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran samada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, peringkat IPTA mahupun IPTS. 4

×