• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Sikh 2
 

Sikh 2

on

  • 1,354 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,354
Views on SlideShare
1,354
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
20
Comments
2

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

12 of 2 previous next

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Sikh 2 Sikh 2 Document Transcript

    • PERKAHWINAN DALAM AGAMA SIKHDalam agama Sikh, perkahwinan atau anand karaj dianggap suci. PenganutSikh dimestikan berkahwin kerana perkahwinan adalah penyatuan dua rohmenjadi satu. Penyatuan ini disamakan dengan penyatuan antara manusiadengan Tuhan, iaitu satu matlamat penting dalam kehidupan setiap penganutSikh. Sistem perkahwinan orang Sikh adalah monogami.Perkahwinan dalam masyarakat Sikh penting, malah dimestikan kerana carahidup berkeluarga atau grihasth asram adalah cara hidup yang paling utamadan semula jadi sifatnya. Perkahwinan antara individu yang mempunyaihubungan kekeluargaan atau endogami dilarang atau tidak digalakkan. Olehitu, pemilihan menantu biasanya dibuat oleh ibu bapa masing-masing.Masyarakat Sikh mengamalkan bentuk pemilihan pasangan eksogami, iaitumemilih pasangan hidup daripada kelompok yang luar daripadanya, bukandaripada mereka yang ada ikatan persaudaraan. Cara ini dapat meluaskanpengaruh keluarga dan menggalakkan perkembangan budaya. Ringkasnya,keluarga dan kaum kerabat memberi perhatian yang berat dalam menentukankemasukan ahli baru ke dalam keluarga meneka.Masyarakat Sikh mengamalkan bentuk keturunan dan kepusakaan patrilineal.Dalam bentuk ini, hubungan persaudaraan atau individu dihubungkan dengankelompok keluarga melalui keturunan daripada sebelah nasab bapa.Misalnya, kelahiran seorang bayi merupakan masa yang amatmenggembirakan, lebih-lebih lagi jika bayi tersebut lelaki, dan ibu yangmelahirkan bayi tersebut dipuji kerana melahirkan anak lelaki yangsememangnya menjadi harapan keluarga. Kelahiran anak lelaki menguatkankedudukan ibu dalam keluarga kerana bayi lelaki semacam jambatan yang
    • menyatukan si ibu dengan bapanya. Ringkasnya, anak lelaki menjadi harapankeluarga demi penerusan keturunannya dan kerabatnya serta menjadi ketuakeluarga dan melaksanakan upacara kematian ayahnya. Sungguhpundemikian, hal ini tidak bermakna bahawa anak perempuan dipandang rendah.Malah dalam agama Sikh, kedudukan kaum wanita sama dengan kedudukanlelaki.Seseorang Sikh yang menjadi ahli kaum Khalsa perlu berkahwindengan Khalsa juga. Jika pengantin perempuan belum lagimemohon amrit (air suci) untuk menjadi ahli kaum Khalsa manakalapasangannya Khalsa, maka dia perlu memohon amrit untuk menjadi ahlikaum Khalsa.Ada beberapa upacara yang dilakukan dengan teliti sebelum istiadatperkahwinan dilangsungkan supaya mendatangkan hasil yang baik danmemuaskan kedua-dua belah pihak. Antaranya, mangani, sehra bandhi,milni dan anand karaj.Pertama, mangani (pertunangan), walaupun tidak diwajibkan, bolehdilakukan, sama ada di kediaman lelaki atau di gurdwara(pusat ibadatpenganut Sikh). Biasanya upacara formal diadakan di gurdwara. Pada hariyang ditetapkan, bapa si perempuan bersama-sama saudara-mara pergike gurdwara. Bakal pengantin lelaki duduk di depan menghadap kitabsuci, Sri Guru Granth Sahib Ji, dan dipakaikan kirpan (pedang kecil) olehbapa mentuanya. Selepas itu, dia disuapkan manisan dan diberi wang sertadipakaikan cincin atau gelang emas. Bakal pengantin perempuan tidakdibenarkan menghadiri upacara ini. Tarikh perkahwinan ditetapkan selepasupacara pertunangan. Berita dan jemputan perkahwinan disebarkan kepadasaudara-mara dan sahabat handai kedua-dua belah pihak.
    • Menjelang hari perkahwinan, upacara yang wajib dijalankan ialahmandi vatna. Dalam upacara ini, lima atau tujuh orang wanita yang telahberkahwin memandikan bakal pengantin di rumahnya tiga atau empat harisebelum hari perkahwinan. Ringkasnya, upacara ini menandakan permulaanperayaan perkahwinan.Upacara kedua ialah mengikat sehra di dahi pengantin lelaki olehibunya. Sehra ialah hiasan kepala yang dibuat daripada bunga dan kertasberkilat. Sebelum mengikat sehra, adik perempuannya mengikat bola benangbulu yang berwarna-warni di pergelangan tangan kanan abangnya untukmenunjukkan hubungan persaudaraan sesama mereka. Abangnya kemudianmemberi wang kepada adik perempuannya. Sebelum pengantin lelaki keluardari rumah dan berangkat ke rumah pengantin perempuan, salah seorangsaudaranya menuangkan minyak kelapa di ambang pintu rumah untukmenandakan alamat yang baik.Upacara milni ialah adat pertemuan antara bapa pengantin lelaki / denganbapa pengantin perempuan / pada hari perkahwinan di kediaman pengantinperempuan. Ardas(doa) dibacakan apabila rombongan pengantin lelaki tiba.Dalam pertemuan ini bapa pengantin perempuan menghadiahkan sehelaiselimut dan wang kepada bapa pengantin lelaki. Kadang kala sebentuk cincinatau gelang emas disertakan. Selepas itu, mereka berjabat tangan danberpeluk mesra.Rombongan dihidangkan dengan sarapan pagi yang disediakan khassebelum berangkat ke gurdwara.Anand karaj merupakan upacara yang terakhir dan penting yang dijalankandi gurdwara. Upacara ini biasanya dimulakan dengan bernyanyi mazmur danmembaca kitab suci. Selepas itu, granthi (ketua agama) menerangkan tujuanmereka berkumpul pada hari tersebut kepada sangat (jemaah), termasuk
    • tujuan perkahwinan dan kewajipan suami isteri menurut pandangan agamaSikh. Kedua-dua orang pengantin duduk bersila menghadap kitabsuci. Granthi berdiri bersama-sama pengantin lelaki dan perempuan, bapapengantin lelaki dan bapa pengantin perempuan untuk bacaan ardas secarasenyap.Selepas itu, bapa pengantin perempuan memberi sehelai kaintudung (palla) kepada pengantin lelaki dan dia memegangnya pada satuhujung dan di hujung lain dipegang oleh pengantin perempuan. Selepasitu, sangat menyanyikan ayat daripada kitab suci yang berkaitandengan anand karaj. Kedua-dua orang pengantin memegang tudung sambilberjalan mengelilingi Sri Guru Granth Sahib Ji sebanyak empat kali.Pergerakan ini disebut lavan. Pengantin lelaki berjalan di depan danpengantin perempuan mengikut dari belakang.Selepas tamatnya lavan, granthi dan pasangan tersebut serta bapa merekaberdoa sebagai tanda bersyukur atas kesempurnaan upacara perkahwinandan merestui pasangan tersebut. Granthi menasihatkan kedua-dua orangpengantin tentang tanggungjawab mereka. Selepasbacaan ardas semua sangat yang hadir diberi karah parshad (halwa yangsuci). Gurdwara menyuruh pasangan pengantin menandatangani buku daftarperkahwinan gurdwara. Sijil perkahwinan (dalam tulisan Gumukhi) diberikepada pasangan.Selepas makan tengah hari, pengantin perempuan dibawa pulang ke rumahpengantin lelaki. Pemergian pengantin perempuan adalah peristiwa yangmenyedihkan bagi keluarganya kerana dia bukan "milik" mereka lagi.Sebelum kereta pengantin bertolak, bapa pengantin lelaki membaling duitsyiling ke atas kereta tersebut. Perbuatannya itu bertujuan menunjukkan
    • kegembiraannya dan dia sanggup mengorbankan benda kesayanganmanusia, iaitu duit, demi kebahagiaan anaknya dan menantunya.Secara keseluruhannya, anand karaj adalah suci dalam falsafah agama Sikh.Penganut Sikh perlu mematuhi segala ajaran yang termaktub dalam kitab suciagar perkahwinan mereka direstui oleh tuhan dan berkekalan ke akhir hayat.Pasangan suami isteri yang sudah berkahwin perlu saling memahami dansaling menghormati. Mereka perlu hidup bersatu dan cuba mengelakkankonflik yang boleh menggugat ikatan kekeluargaan mereka.