Kemahiran mendengar
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Like this? Share it with your network

Share

Kemahiran mendengar

on

  • 480 views

 

Statistics

Views

Total Views
480
Views on SlideShare
480
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
12
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Kemahiran mendengar Document Transcript

  • 1. http://mahirkb.tripod.com/peroleh.htm PEMEROLEHAN MAKLUMAT Mengumpul Maklumat • Mendengar secara aktif • Mencatat nota • Membuat rujukan • Menemuramah (menyoal untuk mendapat maklumat ) Kemahiran Mendengar Untuk Belajar Kemahiran mendengar adalah penting dan perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Kemahiran ini boleh dipupuk dan dipertingkatkan melalui panduan yang seperti yang berikut: • Pentingkan pendengaran atau disiplinkan diri supaya suka, gemar dan berminat mendengar kuliah atau pengajaran guru; • Lihat dan tumpukan perhatian kepada penyampai maklumat; • Jangan hiraukan gangguan terutama gerak laku yang tidak berkaitan • Dengar dengan teliti dan kenal pasti isi, ayat atau konsep penting yang disampaikan • Catat isi, fakta dan maklumat penting; dan • Gunakan sistem trengkas sendiri untuk mencatat Mendengar Secara Aktif Mendengar secara aktif merupakan perlakuan yang memerlukan seseorang itu menumpukan perhatian kepada apa yang sedang didengar sama ada melalui pertuturan, bunyi-bunyi tertentu, atau alat pandang dengar. Tujuan Mendengar • mendapatkan maklumat • mencatat nota • menjalankan atau menunaikan arahan • mengecam bunyi • mengenal pasti sesuatu perkara • menjawab soalan • mengingat dan menyatakan kembali perkara yang didengar • bertindak balas dengan sewajarnya terhadap perkara yang didengar
  • 2. Panduan Mendengar Secara Berkesan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan tujuan di atas maka dapatlah kita mengetahui betapa pentingnya mendengar secara aktif. Dalam pembelajaran, kemahiran mendengar perlu digunakan terutamanya semasa mendengar kuliah atau pengajaran guru. Antara perkara-perkara yang perlu diberikan pertimbangan semasa mendengar kuliah ialah: • Tenangkan fikiran dan duduklah dalam keadaan yang selesa • Berikan tumpuan kepada guru • Kenal pasti tajuk dan tujuan kuliah. Ini ialah untuk memberikan tumpuan pendengaran kita kepada perkara-perkara yang hendak disampaikan • Elakkan perasangka buruk terhadap guru atau penceramah. Yang penting bukannya orangnya tetapi isi kuliahnya • Bersifat positif dan terbuka • Dengar dan fahamilah kuliah dengan teliti • Catat nota semasa mendengar isi-isi penting dan idea-idea utama yang dikemukakan oleh guru atau penceramah • Cuba sebutkan berulang kali dan secara perlahan-lahan setiap istilah baru yang didengar • Cuba kaitkan perkara-perkara tertentu dengan pengalaman anda sendiri untuk mengekalkan daya ingatan anda • Berikan tumpuan pandangan anda kepada idea-idea baru, isi-isi utama dan rumusan yang dibuat oleh guru atau penceramah. Mencatat Nota Walaupun ada pendapat yang menyatakan bahawa “cara mencatat nota” merupakan suatu perkara peribadi, seseorang boleh belajar untuk menjadi pencatat nota yang berkesan. Catatan atau nota lazimnya dibuat seperti yang berikut: • ringkas, menggunakan kata kunci dan bukan ayat-ayat yang lengkap; • disusun dalam bentuk lakaran idea (outline) yang jelas dan boleh difahami; • mengutamakan idea atau isi utama, disusuli dengan subidea pertama kedua, dan seterusnya; dan • menggunakan tatatanda yang memudahkan anda mengenali idea, subidea dan maklumat sokongan. Lazimnya, membuat catatan atau mencatat nota dikaitkan dengan pemerolehan maklumat daripada sumber-sumber seperti kuliah/ceramah, bahan yang dibaca seperti buku dan laporan dan pencerapan lapangan. Mencatat Nota Pendengaran Bacaan Catatan Lapangan seminar; kuliah ucapan; ceramah forum bahan cetak bahan elektronik pemerhatian temu bual Proses Membuat Rujukan Sumber maklumat yang dimaksudkan dalam kategori ini terdiri daripada buku, jurnal, ensiklopedia, artikel, akhbar dan media cetak lain. Ada beberapa peraturan yang dijadikan kebiasaan mencatat maklumat daripada sumber jenis ini.
  • 3. Apabila mencatat maklumat daripada sumber seperti yang disebutkan, pencatat hendaklah mencatatkan maklumat tentang sumber seperti judul, nama pengarang, tahun dan tempat bahan diterbitkan. Guru hendaklah memberitahu pelajar tentang cara mencatat maklumat yang berbeza-beza mengikut sumber yang digunakan.. Membuat Catatan (a) Memahami Organisasi Kandungan Bahan Setiap bahan biasanya mengandungi isi utama, huraian dan contoh-contoh untuk membantu pembaca memahami isi dengan lebih jelas lagi. Pelajar-pelajar hendaklah dilatih mengenal komponen-komponen ini. (b) Menyusun dan Merekod Maklumat Setelah memahami bahan bacaan pelajar hendaklah menyusun dan merekod isi-isi supaya mudah dirujuk semula. Cara merekod maklumat hendaklah sistematis dan boleh membantu pelajar. Pelajar hendaklah menggunakan bentuk penulisan ringkas yang difahaminya seperti; - mencatat maklumat dalam buku catatan (buku skrap); - menulis maklumat pada kad kecil - menulis maklumat dalam buku khas mengikut subjek - memasukkan maklumat ke dalam komputer Menemuramah Satu lagi cara untuk mendapatkan maklumat ialah dengan menemu ramah seseorang. Lazimnya temuramah dibuat untuk mendapatkan maklumat-maklumat tertentu daripada tokoh, pakar dalam sesuatu bidang, orang kenamaan atau orang yang terlibat dalam sesuatu peristiwa. Kadang kala, temuramah dilakukan semasa seseorang membuat pemerhatian di lapangan. Tahap-Tahap Temu Ramah (1) Peringkat Sebelum Temuramah Sebelum temuramah kita perlu membuat persediaan seperti yang berikut: • Tentukan maklumat yang diperlukan • Kenal pasti tokoh atau orang yang hendak ditemuramah • Selidik latar belakang tokoh berkenaan serta bidang yang hendak ditemuramah • Buat temu janji dengan tokoh berkenaan tentang tempat, masa dan tarikh untuk dibuat temuramah • Sediakan soalan-soalan untuk mencungkil dan mendapatkan maklumat yang dikehendaki • Sediakan alat perakam, alat tulis, kamera dan sebagainya mengikut keperluan (2) Peringkat Semasa Temuramah Apabila sampai pada masa untuk membuat temuramah kita hendaklah menjalanknan
  • 4. perkara-perkara di bawah. • Tiba ke tempat yang dikenal pasti lebih awal daripada masa yang dijanjikan. • Gunakan/pengucapan bertatasusila yang sesuai. • Nyatakan tujuan temuramah itu dengan jelas kepada tokoh berkenaan. • Bersikap ramah mesra dengan tokoh berkenaan. • Tunjukkan minat anda untuk mendengar perkara yang hendak diceritakan oleh tokoh berkenaan. • Adakan hubungan mata dan interaksi yang selesa. • Wujudkan suasana yang tenang dan ceria • Jadikan pendengar yang patuh • Kemukakan soalan-soalan yang telah disediakan • Gunakan alat perakam suara, kamera dan sebagainya jika difikirkan perlu • Catatkan butir-butir penting pada buku catatan • Nyatakan penghargaan anda kepada tokoh berkenaan sebaik sahaja selesainya temuramah tersebut (3) Peringkat Selepas Temuramah Selepas temuramah tentukan perkara-perkara yang berikut dilakukan • Teliti semula maklumat yang dicatat dan dirakamkan semasa temuramah tadi • Rancangkan isi penting sama ada perlu disusun berdasarkan kronologi, keutamaan, kata tanya, atau ketegori tertentu. • Tulis draf pertama berdasarkan rangka yang telah dikenal pasti • Teliti draf pertama dan tentukan maklumat sama ada perlu ditambah atau tidak. • Masukkan gambar, gambar rajah, atau grafik untuk memudahkan pemahaman pembaca • Senaraikan bahan bacaan yang menjadi sumber rujukan • Dapatkan bimbingan guru atau rakan • Sebarkan maklumat atau penulisan anda kepada kelas atau media cetak tempatan Tujuan Laporan Persembahan Laporan Penulisan Bibliografi Kemahiran Membuat Laporan Setelah maklumat diperolehi dan diproses, kesimpulan tentang aspek yang penting hendaklah dibuat. Kesimpulan atau rumusan ini adalah untuk memberi penekanan kepada dapatan penting, isu utama, atau pandangan penulis tentang tajuk berkenaan. Tujuan Laporan Laporan adalah satu bentuk penyataan yang logikal dan tersusun. Ianya mengandungi bahagian-bahagian, tajuk- tajuk dan subtajuk-subtajuk. Sebab-sebab laporan ditulis; • Mengenalpasti masalah • Memberikan maklumat dan fakta • Mencadangkan penyelesaian • Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan • Membuat kesimpulan • Menilai sesuatu penyelidikan atau aktiviti • Membuat rekod sesuatu peristiwa • Menganalisi aktiviti perniagaan • Mensintesis sesuatu pelan tindakan • Menghuraikan sesuatu peristiwa, prosedur, tindakan dll.
  • 5. Laporan boleh berbentuk pendek atau panjang dalam format informal atau formal Persembahan Persembahan atau penyampaian ialah pemindahan mesej daripada penyampai kepada penerima dalam dialog dua hala. Persembahan laporan yang baik akan menarik perhatian dan mengekalkan daya tumpuan serta daya ingatan. Panduan Cara Persembahan Di bawah ini dicadangkan beberapa panduan bagaimana sesuatu penulisan laporan itu dapat dipersembahkan dengan lebih menarik. Panduan ini adalah berdasarkan singkatan daripada TOPIK DEWASA. Singkatan ini akan memberikan kpanduan seperti yang berikut semasa menyediakan dan menulis laporan : T Topik Nyatakan topik laporan atau penulisan dengan jelas kepada pembaca O Objektif Apakah objektif penulisan anda? Ini perlu dinyatakan dengan jelas supaya pembaca mendapat gambaran awal tentang tujuan penulisan tersebut P Paparan Kenal pasti bagaimanakah paparan atau susun atur seperti format penulisan, struktur kandungan, penomboran dan sebagainya hendak diadakan. Paparan ini perlu diambil kira supaya penulisan anda menarik dan mudah dibaca dan difahami. I Isi Isi penulisan laporan hendaklah jelas dan tepat K Kesimpulan Nyatakan kesimpulan laporan anda pada akhir penulisan. Perkara ini perlu kerana di bahagian inilah letaknya pendirian, pandangan, dan dapatan anda tentang topik yang dibicarakan. D Definisi Berikan definisi yang jelas bagi setiap istilah atau konsep yang hendak dibincangkan dalam penulisan anda. Elok juga jika anda memberikan contoh-contoh yang sesuai untuk memperjelas apa yang anda maksudkan dengan perkataan berkenaan. E Elakkan Cuba elakkan : - perkataan ayat, konsep dan perenggan yang mengelirukan - isi yang bertindih-tindih - membuat andaian-andaian tertentu - kesimpulan yang bercanggah W Wacana Wujudkan wacana yang menarik dengan menggunakan penanda wacana yang tepat, koherens atau kejelekitan, dan kesinambungan idea. A Analitis Berikan pendapat anda secara analitis dan kritis. ini bermaksud hujah-hujah anda hendaklah disokong dengan bukti, alasan dan fakta. S Saranan Cadangkan saranan atau harapan anda jika ada pada bahagian akhir penulisan. Saranan ini mungkin dapat ditujukan kepada pembaca, masyarakat, pihak berkuasa dan sebagainya. A Apendiks Jika perlu, sediakan apendiks pada bahagian akhir penulisan. Apendiks berfungsi sebagai: - maklumat atau data tambahan - glosari atau senarai istilah yang berkaitan dengan bidang penulisan anda. - lampiran yang tidak dimasukkan dalam bahagian penulisan, tetapi perlu dijadikan sebagai bahan rujukan tambahan kepada pembaca.
  • 6. Demikan beberapa panduan tentang cara persembahan laporan. Ianya dapat diringkaskan kepada singkatan TOPIK DEWASA. Jadikanlah singkatan ini sebagai panduan untuk membuat laporan yang berkesan. Penulisan Bibliografi Bibliogragi diletak di akhir sesuatu laporan dan merupakan sumber-sumber rujukan yang digunakan untuk menyediakan laporan.Ianya ditulis mengikut sistem APA iaitu American Psychological Association. Contoh Bibliografi: Torrance, E.P.(1962) Guiding Creative Talent. New York : Prentice - Hall Cara penulisan bibliografi yang betul. 1. Chid. D. (1973) Psychology and the Teacher. London : Holt, Rinehart & Winston. 2. Getzels, J.W, & Jakson, P.W. (1992). Creativity and Intelligence: New York: Wiley. 3. Hudson, L. (1966). Frames of Mind. London : Methuen 4. Kaltsounis, B (1992). Additional Instruments Useful in Studying Creative Behaviour and Creative Talent. Journal of Creative Behaviour, 6(4), 268-274. 5. Kerlinger, F.N.(1973). Foundations of Behavioural Research (2nd ed.) New York: Holt, Rinehart & Winston. 6. Ogilvie, E. (1974). Creativity and Curriculum Structure. Educational Research, 16 (2), 126-132. 7. Torrance, E.P. (1962). Guiding Creative Talent. New York : Prentice-Hall. 8. Owen, J.M, Cox, P.L, Watkins, J.M (1994) Genuine Rewards : Inguiry Into Connecting Learning, Teaching And Assessing. Massachusetts : The Regional Labs for Education Improvement.
  • 7. Demikan beberapa panduan tentang cara persembahan laporan. Ianya dapat diringkaskan kepada singkatan TOPIK DEWASA. Jadikanlah singkatan ini sebagai panduan untuk membuat laporan yang berkesan. Penulisan Bibliografi Bibliogragi diletak di akhir sesuatu laporan dan merupakan sumber-sumber rujukan yang digunakan untuk menyediakan laporan.Ianya ditulis mengikut sistem APA iaitu American Psychological Association. Contoh Bibliografi: Torrance, E.P.(1962) Guiding Creative Talent. New York : Prentice - Hall Cara penulisan bibliografi yang betul. 1. Chid. D. (1973) Psychology and the Teacher. London : Holt, Rinehart & Winston. 2. Getzels, J.W, & Jakson, P.W. (1992). Creativity and Intelligence: New York: Wiley. 3. Hudson, L. (1966). Frames of Mind. London : Methuen 4. Kaltsounis, B (1992). Additional Instruments Useful in Studying Creative Behaviour and Creative Talent. Journal of Creative Behaviour, 6(4), 268-274. 5. Kerlinger, F.N.(1973). Foundations of Behavioural Research (2nd ed.) New York: Holt, Rinehart & Winston. 6. Ogilvie, E. (1974). Creativity and Curriculum Structure. Educational Research, 16 (2), 126-132. 7. Torrance, E.P. (1962). Guiding Creative Talent. New York : Prentice-Hall. 8. Owen, J.M, Cox, P.L, Watkins, J.M (1994) Genuine Rewards : Inguiry Into Connecting Learning, Teaching And Assessing. Massachusetts : The Regional Labs for Education Improvement.