Your SlideShare is downloading. ×
KOSMETIK DALAM ISLAM
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

KOSMETIK DALAM ISLAM

2,239
views

Published on


0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
2,239
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
43
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Penggunaan bahan-bahan Kosmetik dari Perspektif Islam Dari sudut yang lain pula, menyentuh tentang berhias, ia merupakan sunnah alamiah. Daripada Aisyah r.a, Rasuullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, “Sepuluh hal yang termasuk fitrah: mencukur kumis, memotong kuku, menyela-nyela (mencuci) jari-jemari, memanjangkan janggut, siwak, istinsyaq (memasukkan air ke hidung) dan intiqashulmaa (istinjak)’. Mush’ab bin Syaibah mengatakan, ‘Aku lupa yang kesepuluh, melainkan berkumur”. Daripada Abu Hurairah r.a. pula beliau mengatakan, “Lima perkara yang merupakan bahagian daripada fitrah memotong kuku, mencukur kumis, mencabut bulu ketiak, dan
  • 2. mencukur rambut kemaluan” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim). Dalam konteks yang lain pula, mengenai memakai wangian bagi wanita, terdapat sebuah hadith yang berbunyi, daripada Ghanim bin Qais, daripada Abu Musa AlAsy’ari r.a beliau menceritakan, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, “Setiap wanita mana saja yang memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melewati suatu kaum supaya mereka mencium bau wanginya itu bererti dia telah berzina” (Hadith riwayat Ahmad An-Nasa’I, Abu Dawud dan Tirmidzi). Sementara itu, daripada Imran bin Hushain, beliau menceritakan Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, “Ketahuilah pewangi lelaki adalah yang
  • 3. tercium dan tidak nampak warnanya, sedangkan pewangi wanita adalah yang nampak warnanya dan tidak tercium aromanya” (Hadith riwayat Abu Dawud dan Ahmad). Selanjutnya, sebahagian perawi mengatakan, “Yang demikian itu jika digunakan di luar rumah, tetapi jika sedang berada di sisi suaminya, maka bolehlah dia memakai pewangi sekehendak hatinya”. Sebagai kesimpulannya, dalam penggunaan bahan-bahan kosmetik masa kini masyarakat wanita Islam khususnya menghadapi dilema. Bagaimanakah hendak mendapat kepastian atau rujukan mengenai status penggunaan bahan-bahan kosmetik tersebut sama ada ‘halal’ atau ‘haram’?. Dengan lambakan bahan-bahan
  • 4. kimia yang melebihi 10,000 jenis yang berada di pasaran, mampukah pihak-pihak berwajib menjalankan kajian saintifik secara terperinci dan seterusnya menetapkan hukum dalam menentukan status produk kosmetik tersebut? Apabila menyebut tentang hukum sudah tentu kita berfikir mengenai empat mazhab. Untuk berapa lamakah masyarakat Islam di Malaysia harus menunggu untuk mendapat penjelasan ini? Adakah pembuat bahan-bahan kosmetik ini akan mengisytiharkan formulasi mereka yang sebenar? http://norazaruddinhusni.blogspot.com/2011 /12/penggunaan-bahan-bahan-kosmetikdari.html
  • 5. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2005&dt=0701&pub=Utusan_Malaysia&sec =Bicara_Agama&pg=ba_01.htm Kini, kaedah menambah kecantikan telah berubah selari dengan peredaran zaman dan kecanggihan sains dan teknologi. Yang nyata, cara terbaru ini bukan sahaja membawa perubahan fizikal yang terlalu ketara tetapi sehingga menimbulkan perasaan bangga diri, riak dan menunjuk-nunjuk. Sungguhpun keghairahan kecantikan menggunakan kaedah pembedahan plastik semakin reda penggunaannya, terbaru muncul pula pelbagai produk dan kaedah moden seperti suntikan Botox, Kolagen dan banyak lagi yang ditawarkan kepada mereka yang fanatik perihal kecantikan rupa diri. Dalam hal ini bagaimana pula pandangan Islam? Adakah ia dibolehkan atau sebaliknya. Menjelaskan kecelaruan ini, Pensyarah di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, dalam masalah kecantikan, secara prinsipnya rupa paras, perlu diterima secara tabie. ``Ini bermakna jika seseorang itu rupa parasnya begitu, dia perlulah menerimanya dan dia tidak perlulah banyak berfikir untuk mengubah kejadian asalnya. ``Anggaplah ia sebagai satu kurniaan yang perlu disyukuri bukannya dibenci. ``Sekiranya dia akan melakukan sebarang perubahan, ia mestilah tidak bertentangan dengan kejadian asal itu. ``Contohnya, menggunakan solekan yang tidak keterlaluan atau tidak menimbulkan masalah, atau tidak mengubah kejadian asal dan tidak menimbulkan fitnah dalam masyarakat, maka ia dibolehkan.
  • 6. ``Tetapi sekiranya solekan itu tadi sehingga menimbulkan fitnah dalam masyarakat dan perubahan yang dibuat seolah-olah seperti mengubah kejadian asal, itu baru tidak dibolehkan, malah haram hukumnya,'' terang Mahmood Zuhdi sewaktu ditemui di pejabatnya, baru-baru ini. Walau bagaimanapun, tambah beliau, dalam keadaan berhadapan dengan perkara-perkara yang abnormal seperti kecacatan, sama ada sejak asal (kelahiran) atau mengalami kemalangan, ia dibolehkan. ``Perubahan yang diharuskan ini bertujuan mengembalikan atau menyempurnakan fungsi setiap ciptaan Allah s.w.t. dan tidak langsung bermaksud mengubah tabie atau semula jadinya. ``Contohnya, bibir yang mengalami sumbing boleh diperbetulkan. Secara tidak langsung, banyak manfaat yang diperoleh oleh insan tadi untuk kelangsungan hidupnya. ``Hakikatnya, hukum Islam itu tidaklah rigid seperti mana anggapan sesetengah pihak, iaitu sampai tidak boleh langsung bersolek dan berhias. ``Sehinggakan wajahnya kelihatan terlalu pucat dan tidak menarik,'' tegasnya asalkan ia sejajar dengan falsafah Islam, iaitu mengekalkan sifat-sifat tabie, sama ada untuk manusia, persekitaran, hal-hal yang spiritual dan fizikal. Berbalik kepada kaedah moden seperti Botox dan sebagainya, terang Mahmood Zuhdi, ia adalah satu percubaan untuk keluar daripada keadaan semula jadi yang ada. Malah perbuatan ini tidak dibenarkan oleh agama. Pertama, seolah-olah kita tidak menerima dan tidak bersyukur dengan kurniaan Allah. Kedua, sekiranya ia dibukakan secara meluas kepada masyarakat, maka masyarakat akan terjebak dalam satu pusingan yang tiada kesudahan yang baik. Hal ini akan menunjukkan ketidakstabilan umat Islam. ``Kaedah Botox itu semakin membimbangkan kerana pertama, seolah-olah dia tidak menerima proses tabie.
  • 7. ``Kedua, perbuatan itu mengada-ngada dan ketiga, membazir serta boleh merosakkan sistem nilai dalam masyarakat. ``Dikhuatiri sekiranya semua orang menerima kaedah itu, bayangkan berapa banyak pembaziran yang berlaku. Di samping itu, wujud keadaan yang tidak stabil,''tegas Mahmud Zuhdi. Masyarakat kita katanya, terjebak dalam keadaan keliru sebenarnya. Dulu tidak ada kemudahan dan pendedahan kepada pengaruh luar, kini selepas merdeka, kita mula mengecapi kemewahan dan apabila kita mewah kita mula hilang punca. ``Sebab itulah orang kata, kita jangan bimbang dengan orang yang biasa kenyang apabila dia lapar, tetapi kita perlu rasa bimbang terhadap orang yang biasa lapar apabila ia kenyang kerana mereka ini cepat berubah dan lupa diri,'' pesan beliau pagi itu. Hal ini juga, tambah Mahmood Zuhdi mempengaruhi rupa bangsa. Sekiranya semua orang tidak suka dengan apa yang Allah anugerahkan kepadanya, contohnya yang berlaku kepada penyanyi Micheal Jackson. Lama-kelamaan, ia akan menghilangkan rupa bangsa sesuatu kaum itu. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang-orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah, ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (al-Hujurat: 13) Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=07 01&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz 2LL4Nhf00 © Utusan Melayu (M) Bhd
  • 8. http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2009/06/hukum-menurutperspektif-islam-terhadap.html DEFINISI TABARRUJ 1. Memperlihatkan seseorang wanita itu akan kecantikannya yang wajib ditutup kepada lelaki yang bukan mahram kepadanya. Apabila seseorang mendedahkan kecantikan rupa paras, sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggotaanggota badan. Maka perbuatan tersebut adalah bertabarruj. Al-Bukhari Rahmatullahi cAlaihi ada berkata: “Tabarruj ialah seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”. Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan aurat dan di samping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan. Maka, Allah S.W.T. melarang setiap wanita yang berakal dan baligh dari bermake-up (tabarruj) untuk dipersembahkan kepada selain mahramnya. Dalam Islam hukum bersolek bagi wanita ada pelbagai keadaan, ada hukumnya wajib, sunat, haram dan makruh. Ia adalah bergantung kepada masa dan keadaan tertentu.. kebanyakan wanita hari ini juga suka menghias wajah mereka dengan alat-alat persolekan bagi menampakkan kecantikan wajahnya. Semua amalan ini adalah dilarang dalam Islam. Namun begitu, adakalanya amalan bertabarruj diharuskan mengikut keadaan tertentu seperti berhias untuk suami. Maka dalam kajian ini penulis akan
  • 9. mengkaji dan membincangkan amalan bertabarruj dan hukumnya menurut Islam. Amalan tabarruj dilarang dalam Islam ada kebaikannya. Ini kerana amalan tersebut boleh merangsang dan membangkitkan shahwat kaum lelaki. Hal ini terjadi disebabkan perhiasan yang ditonjolkan oleh wanita tersebut. Maka tidak hairanlah jika kita lihat dan baca di dalam keratan akhbar pada hari ini tentang kes-kes rogol, bunuh dan sebagainya. Ini berlaku kerana lelaki tersebut tidak dapat mengawal nafsunya. Amat menyedihkan lagi jika kes rogol tersebut berlaku kepada kanak-kanak yang tidak berdosa. Di samping itu, kita juga perlu lihat bahan-bahan yang digunakan dalam tabarruj khususnya bahan-bahan dalam alat persolekan. Terdapat sebahagian produk dan alat yang digunakan dalam persolekan mengandungi bahan-bahan yang dilarang dalam Islam. Contohnya, bahan tersebut mengandungi lemak babi dan alat yang digunakan dalam persolekan pula menggunakan bulu babi. Penggunaan tersebut sudah tentu haram dan dilarang. Namun begitu, terdapat sebahagian pendapat yang mengharuskan berdasarkan keadaan dan cara tertentu. Isu tersebut akan dibincangkan dalam kajian ini. Selain itu, terdapat juga sebahagian produk dalam persolekan memberi kesan yang buruk jika digunakan, Ini kerana produk tersebut mengandungi bahan kimia yang berlebihan. Maka ia perlu diambil perhatian dalam penggunaan sesuatu produk.
  • 10. TABARRUJ PADA WAJAH DAN HUKUMNYA Tabarruj pada wajah ialah bersolek atau bermake-up supaya muka kelihatan cantik dan ayu. Ia adalah amalan yang sering dilakukan oleh kaum wanita. Berdasarkan pemerhatian, orang-orang perempuan di zaman ini terutamanya anak-anak gadis, mereka tidak akan keluar ke tempat-tempat belajar, kelab-kelab, tempat-tempat kenduri dan sebagainya sebelum muka mereka ditempel dengan berbagai alat make-up. Tujuan perbuatan ini adalah untuk menarik setiap lelaki yang ditemui di jalan. Apatah lagi bagi pemuda-pemuda di kaki lima, mereka bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Perbuatan wanita yang bertabarruj ini seolah-olah membentangkan santapan mata kepada kaum lelaki. Kepuasan melalui pandangan merupakan salah satu kepuasan yang amat besar. Memang benar apa yang dikatakan:“Makanan mata lebih berharga dari makanan mulut.” Oleh itu, kaum wanita perlu berwaspada dan memikirkan bahawa ada barang di dunia ini yang boleh dipamerkan dan dilihat. Di samping itu, ada pula yang tidak boleh dipamerkan atau dilihat. Memang tidak dinafikan bahawa setiap insan mempunyai perasaan (emosi) seperti sukaduka, inginkan pemandangan yang indah tetapi itu adalah perkara biasa atau normal sahaja. Dorongan shahwat tidak akan bertindak ganas jika tidak dilayani dengan mendedahkan perkara-perkara yang membangkitkan berahi di hadapannya. Punca keberahian tidak akan lahir tanpa pancaindera. Oleh itu, memang tepat apa yang
  • 11. dikatakan oleh penyac ir “punca maksiat terbit dari penglihatan.” Rangkaian maksud syac ir dapat dilihat seperti di bawah: Setiap kejadian dari pandangan Bagaikan kebakaran dari serpihan Banyak kerlingan menikam kalbu Kalbu ditikam tanpa panahan Selagi manusia mengikut perasaan Bahaya di hadapan tidak kesedaran Relakan bencana datang melanda kemuliaan Usah disambut andai datang membawa kehancuran (Nic mat 2002:26). Sebenarnya, wanita yang gemar bersolek menandakan lemah mentalnya. Benarlah apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. yang berbunyi: ‫ودي ن ع قل ن اق صات ال ن ساء‬ Maksudnya: Setiap wanita ada kelemahannya, lemah tenaga berfikir dan lemah soal-soal agama. ( al-Tirmidhi, Kitab al-Iman, 2538)
  • 12. http://detikislam.com/muslim ah/pandangan-islammengenai-kosmetik/ Pandangan Islam mengenai Kosmetik Pandangan Islam mengenai Kosmetik “Allah itu indah dan menyukai keindahan….” (HR. Bukhari) Demikian satu hadis yang cukup popular . Manusia dilahirkan dalam keadaan menyukai yang indah-indah dan senang dengan yang baik-baik sahaja .Tanpa keindahan, manusia akan lahir sebagai orang yang biadab. Islam mengakui itu, setiap muslim dituntut untuk tampil indah menawan. Apalagi kalau hendak mendirikan solat, khususnya kaum lelaki: “…Kenakanlah perhiasanmu setiap kali menghadiri masjid….” (Al-A’raaf : 31) Islam juga membolehkan memakai celak, dengan bubuk itsmid. “Gunakanlah itsmid sebagai celak, ia dapat menumbuhkan bulu mata…”(HR. At-Tirmidzi) Bagi kaum perempuan, juga boleh berhias, di hadapan suami, di hadapan suami dan di hadapan sesama perempuan. Tapi, harus diingat betul, hindari cara yang haram. Bagaimana Hukum Memakai Kosmetik?
  • 13. Pakai kosmetik? Boleh-boleh saja, asalkan bahannya bagus, tidak merosak, dan tidak berlebihan. Karena Nabi bersabda, “Segala yang berbahaya dan membahayakan adalah dilarang.” (HR. At-Tirmidzi, AlBaihaqi dan lain-lain). Bagaimana dengan Bahan-bahan Kosmetik yang moden yang ada sekarang? Untuk lebih jelasnya, cuba kita semak pernyataan pakar-pakar doctor berikut: Doktor Mahmud Majid Al-Bayyar konsultan penyakit kulit dan kelamin menyatakan: “Sesungguhnya seluruh jenis bahan kosmetik itu terdiri dari komposisi bahan-bahan kimia yang memiliki pengaruh berbahaya terhadap sebagian konsumen. Baik dalam wujud pengaruh langsung yang merosak kulit, atau menimbulkan reaksi tidak wajar terhadap beberapa jenis kulit, akibat sebagian bahan yang terkandung di dalamnya, khususnya terhadap mereka yang mengidap alergi kulit. Bisa juga menimbulkan bahaya bila terkena sinar matahari, atau kerana penumpukan bahan-bahan tersebut pada permukaan kulit.” Profesor Wahbah Ahmad Hasan, seorang Guru Besar di bidang penyakit kulit menyatakan: “Sesungguhnya bahan rias kulit dapat menimbulkan impak berbahaya, kerana terdiri dari komposisi berbagai logam berat macam timah dan air keras yang dicairkan dalam beberapa campuran bahan mengandung minyak seperti minyak cocou. Sebagian bahan perwarna yang digunakan juga mengandung unsur-unsur yang diproses dari dari minyak tanah. Kesemuanya adalah bahan-bahan oksidasi yang berbahaya bagi kulit. Penyerapan yang dilakukan pori-pori kulit terhadap bahan-bahan tersebut dapat menimbulkan peradangan dan alergi. Kalau penggunaan bahan-bahan kosmetik itu terus digunakan, bahkan
  • 14. dapat berbahaya bagi sel-sel yang berada di darah, hati dan ginjal. Sementara bahan-bahan yang terkandung dalam komposisi bahanbahan kosmetik itu memiliki sifat daya meresap yang tinggi, sehingga tubuh tidak dapat dengan cepat terbebas dari pengaruhnya.” Doktor Wafa Ramadhan, seorang doktor sekaligus dekan jurusan penyakit kulit di fakulti Kedoktoran Mata: “Sebagian Beauty Powder menyebabkan timbulnya radang kulit. Bahkan sebagian jenis Super Cream dapat merangsang bertambahnya jumlah jerawat remaja. Kerana kandungan gizinya justeru menyuburkan tumbuhnya jerawat.” Pusat lembaga kesehatan di Kanada menyebutkan hasil penelitian yang mereka jalankan, yang lalu diakui sebagai hasil penyelidikan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), bahawa berbagai bahan kimia yang sering dikonsumsikan pada banyak anggota tubuh dan berbagai formula kimia yang mengandung klorofin, khususnya yang mengandung klorofom, sebagai penyebab penyakit kanser. Hasil penelitian itu lalu dipublikasikan dan dimaklumatkan dikalangan apoteker pada tahun 1397H. Sudah dimaklumi, bahawa bahan-bahan itulah yang digunakan dalam pembuatan bahan kosmetik, khususnya lipstick. Kalangan medik juga menyingkap berbagai hasil penelitian ilmiah lain berkaitan dengan lipstick. Diantaranya bahwa lipstick itu dapat menyerap cahaya dan menyebabkan bibir menjadi kering dan pecahpecah, sebagaimana bahan itu juga menimbulkan warna gelap skitar bibir. (Zienaul Mar’ah Bainat Thibb Wasy Syara’ – oleh Muhammad bin Abdul Aziz Al-Musnid) Dari Bahan Apa Saja Kosmetik Dibuat?
  • 15. Pihak keamanan di salah satu Negara Arab berhasil membentuk oknum yang telah memproduksi bahan-bahan kosmetik palsu dalam jumlah besar. Salah satu kajian mengaku bahwa ia telah memproduksi lipstick dan gincu dengan menggunakan bahan dari bensin mobil. (Surat Kabar Al-Madinah 9259) Sebahagian kalangan yang bertanggungjawab terhadap kemanusiaan berhasil memutar film documenter dengan judul: “Jeritan Terselubung” pada tahun 1405H/1980 M. Pemutaran film itu menimbulkan reaksi dasyat dari pihak yang mengupayakan penguguran bayi tersebut di dunia antarabangsa. Mereka menyanggah tindakan penguguran tersebut, yang telah dilakukan oleh oknum yang telah memprakarsai 60.000 usaha pengguguran dan langsung menangani 5000 usaha pengguguran. Film itu dimulai dengan mengetengahkan kondisi janin yang sehat melalui gambar sinar laser. Sebelum dilahirkan. Kemudian dilanjutkan dengan operasi pemotongan jasad dengan memisahkan kepala dan badannya, ketika sang janin masih berenang di cairan yang memenuhi bagian dalam rahim, yakni dengan menggunakan alat penggugur moderen (Galotin) yang dapat melakukan operasi pemotongan dengan akurat. Film itu menjelaskan bagaimana sang janin itu memang belum dilahirkan, namun sudah menanggung rasa sakit yang hebat, hingga operasi pengguguran selesai. Gerak-gerik sang bayi dalam rahim itupun menjelaskan dengan kondisi yang tidak diragukan lagi, bagaimana ia berada dalam kondisi yang menanggung rasa sakit, kerana ia bergerak menghindari alat pemotong yang mendatangkan maut baginya. Sebagimana degupan jatung sang bayi pun berdetak semakin keras dan berteriak, seperti teriakan orang yang tenggelam dalam air. (Majalah ‘Iqra’, edisi 862, dengan perubahan bahasa)
  • 16. Untuk Apa Janin-Janin itu? Seorang wartawati Yugoslavia Padorida menyatakan: “Janin-janin manusia yang masih hidup digunakan sebagai bahan eksperimen dan bahan pembuatan kosmetik!” Akhirnya terbongkar juga di negeri Inggris salah seorang dokter spesialis terkenal dalam penyakit wanita dan persalinan, ternyata menjual janin-janin bayi ke sebuah perusahaan khusus yang memproduksi sabun kosmetik. (Majalah ‘Iqra’, edisi 862, dengan perubahan bahasa) Mau Berita Yang Lain? Salah satu perusahaan India yang khusus memproduksi bahan-bahan kosmetik dipaksa menarik kembali Gizi Super Cream hasil produksinya dari pasaran, setelah para konsumen yang naik pitam mengetahui bahwa bahan kecantikan itu dibuat dari kecoak! Perusahaan itu sendiri mengaku menggunakan bubuk kecoak untuk menambah protein pada Cream wajah tersebut. Bisa jadi karena tidak berhasil mendapatkan janin-janin manusia, ia terpaksa menggunakan kecoak. (Lihat surat kabar “Riyadh”, edisi 9406) Semua yang tersebut diatas, hanya sebagian kecil dari kenyataan yang ada. Koq bikin takut orang aja sih? Bukan begitu. Kita Cuma perlu hati-hati menggunakan berbagai bahan kosmetik, terutama produk impor yang belum bisa dipertanggungjawabkan. Baik karena kandungan bahannya yang punya daya rusak bagi tubuh, atau kerana mengandung unsur najis atau haram. Bagaimana Menurut Para Ulama? Kita simak pernyataan mereka berikut ini:
  • 17. Fadhilah Syaikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah pernah ditanya tentang hukum menggunakan bedak kecantikan (Beauty Powder). Beliau menjawab: “Hukum menggunakan bedak-bedakitu perlu dirinci. Kalau dapat mempercantik, namun tidak menimbulkan bahaya pada wajah, dan tidak menimbulkan efek sampingan, tidak menjadi masalah. Tapi kalau menimbulkan efek sampingan atau berbahaya, jelas dilarang karena bahayanya.” Beberapa pernyataan kalangan medis terdahulu telah memastikan bahwa bahan-bahan kosmetik itu amat berbahaya. Adapun Fadhilah Syaikh Muhammad Shalih Al-Utsaimin rahimahullah menyatakan : “Adapun bahan-bahan kosmetik, jelas kami larang. Karena dapat mempercantik wajah dalam waktu sementara, tetapi dapat menimbulkan bahaya besar, sebagaimana terbukti menurut penyelidikan medik. Kalau wanita pemakainya telah bertambah usianya, wajahnya akan berubah drastik. Saat itu sudah tidak ada guna lagi bahan-bahan kosmetik tersebut atau yang lainnya.” (Fatwafatwa “Manarul Islam” III : 831, disusun oleh Abdullah Ath-Thayyar) Fadhilah Syaikh Muhammad bin Utsaimin juga pernah ditanya tentang hukum menggunakan pemerah bibir (lipstick). Beliau menjawab: “Apabila terbukti bahwa pemerah bibir itu dapat menimbulkan bahaya, dalam kondisi demikian, jelas dilarang. Saya mendapat informasi bahwa bahan itu dapat menimbulkan pecahpecah pada bibir. Kalau itu benar, berarti ia dilarang, karena seorang muslim dilarang melakukan hal yang berbahaya buat dirinya.” Jadi menurut para ulama,memakai bahan kosmetik boleh-boleh saja, asal tidak berbahaya. Namun kenyataan membuktikan, bahwa bahan-bahan kosmetik yang tersebar di pasaran sekarang ini, umumnya, kalau tidak bisa dibilang semuanya, pasti menimbulkan efek sampingan. Sementara mempercantik diri, itu boleh dilakukan
  • 18. dengan banyak membasuh wajah, atau melalui penggunaan bahanbahan tradisional yang selamat. Terutama lagi, bahan-bahan yang dikenal multi fungsi, diantaranya adalah madu. Ibnul Qayyim AlJauziyyah menjelaskan, “Bahwa madu selain dapat menjadi minuman bila di campur dengan minuman, dapat menjadi makanan bila dicampur dengan makanan, juga dapat menjadi ubat bila dicampur dengan ubat. Madu juga berfungsi membasmi kutu bila disapukan di kulit kepala, menghilangkan gatal-gatal, dapat juga menghaluskan wajah, dan lain-lain. (Lihat “Ath-Thibbun Nabawi, ‘karya Ibnul Qayyim al-Jauziyyah)

×