Adat kematian kaum kadazanKEMATIANBagi masyarakat Kadazan, mereka mempercayai kepada alamat akan mati yangdipanggil mogomb...
Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor burungbesar yang digelar pendaatan. Mereka per...
ditanam. Sebaik sahaja mayat diusung ke kawasan perkuburan sebuah tajau yangbesar dan berukiran lebih cantik akan diletakk...
- Makan TigaTahun[Makan Tiga dan Tujuh Hari]Setelah genap tiga hari mayat dikebumikan, kenduri makan tiga hari akan diadak...
pakaian mengikut kegemaran masing-masing. Dengan ini mereka percaya segalakekotoran atau bala yang terlekat pada tubuh mer...
dua kumpulan yang diketuai oleh seorang lelaki yang telah lanjut usia. Sekiranya salahseorang daripada ahli kumpulan tidak...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Adat kematian kaum kadazan

9,542

Published on

0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
9,542
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
149
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Adat kematian kaum kadazan

  1. 1. Adat kematian kaum kadazanKEMATIANBagi masyarakat Kadazan, mereka mempercayai kepada alamat akan mati yangdipanggil mogombiruoh. Perkara ini boleh diandaikan oleh dukun melalui mimpi, dimana ramalan akan diberi oleh dukun tersebut. Kesembuhan penyakit juga bolehdiketahui melalui cara yang sama. Berikut adalah adat-adat yang sering dilakukan olehmasyarakat Kadazan apabila berlaku sesuatu kematian.Terdapat beberapa adat yang dilakukan ketika berlakunya sesuatu kematian dikalangan masyarakat Kadazan, antaranya ialah adat memberitahu, berjaga-jaga danmoginupus.Apabila salah seorang di kalangan masyarakat Kadazan meninggal dunia, semuapenduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Ini penting keranasetiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami olehkeluarga si mati.Oleh kerana masyarakat Kadazan kaya dengan pantang-larang, dalam soal kematianjuga pantang-larang itu amat dititikberatkan. Setiap anggota masyarakat Kadazan tidakboleh melakukan apa-apa pekerjaan terutama apabila upacara pengkebumiandilakukan. Pekerjaan menanam padi amat dilarang. Mengikut kepercayaan masyarakatKadazan sekiranya mereka melakukan juga pekerjaan tersebut kerja-kerja itu hanyalahsia-sia kerana tidak mendatangkan hasil. Selain itu kemungkinan penyakit akanmenimpa mereka pula.Namun pantang larang itu hanya dikenakan kepada mereka yang tinggal di kawasanyang berhampiran sahaja, manakala masyarakat Kadazan yang tinggal berjauhanmasih boleh melakukan sebarang pekerjaan. [Berjaga-Jaga]Selepas dimandikan dan seluruh badan dilap, mayat tersebut akan dipakaikan denganpakaian yang indah-indah dan kemudian direnjiskan dengan air wangi. Sekiranyasemasa hidup si mati menghisap rokok, ahli keluarga akan memasukkan rokok kedalam mulut si mati supaya tidak kempunan. Begitu juga dengan cerut yang diselitkanpada bibirnya buat seketika.Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari iaitu selama tiga, lima atau tujuhhari sebelum dikebumikan. Semasa mayat diletakkan di ruang tamu, mayat akan dijagadengan baik supaya tidak ada binatang yang melangkahinya terutama kucing hitam.Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang melangkah, mayat akanbangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di situ.
  2. 2. Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor burungbesar yang digelar pendaatan. Mereka percaya burung itu hendak menerbangkanmayat. Untuk mengelak daripada serangan burung itu, mereka menyangkut pakaian disekeliling mayat. Burung itu akan menyangka pakaian tersebut adalah tubuh rnanusia.suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi. Sesiapa pun tidak dibenarkan bercakapkasar atau marah-marah. Cuma pukulan gong dan gendang sahaja yang kedengaran,yakni dipalu perlahan-lahan. lrama gendang itu disebut surabaya. Bunyi-bunyian ituhanya dipalu tiga kali dalam sehari iaitu semasa matahari terbit, matahari terbenam danwaktu tengah malam. [Moginupus]Moginupus adalah bahasa Kadazan yang bermaksud simpati terhadap si mati. Ahlikeluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati sebagaimenunjukkan simpati terhadap si mati. Mereka memukul harta benda seperti gong,tajau atau apa-apa sahaja yang terdapat di sekeliling rumah sebagai marah terhadapiblis atau jin yang telah menyebabkan kematian.Bagi keluarga yang kaya, kerbau atau lembu akan disembelih pada hari pengkebumiansebagai penghormatan yang terakhir. Daging kerbau yang telah dimasak dimakanbersama oleh semua orang yang hadir pada hari itu. Tanduk kerbau atau lembu yangtelah dikorbankan akan disangkutkan pada kayu nesan kubur si mati nanti.[Pengebumian]Pada umumnya masyarakat Kadazan akan mengusung mayat dengan menggunakankeranda atau tajau. Oleh itu mayat terlebih dahulu dimasukkan ke dalam kain yangdibungkus dan diikat pada sebatang kayu untuk memudahkan orang ramai mengangkatmayat tersebut. Usungan mayat itu seringkali disertakan dengan paluan gong,gendang, letupan mercun atau senapang. Bunyi-bunyian ini dilakukan secara tenusmenerus sehingga ke kawasan perkuburan. Adalah lebih baik sekiranya bunyi ituberterusan untuk menakutkan hantu daripada meresap masuk ke tubuh mayat.Apabila tiba di kubur, mayat itu dijampi oleh seorang tua yang dikhaskan menunggu diliang kubur. Liang itu disapu dengan daun pinang hijau untuk mengelakkan semangatorang ramai yang mengikut ke kubur itu tinggal di liang tersebut.Kemudian mayat diletakkan di dalam liang dan sebatang kayu beringin dicacakkan diatas pusat mayat. Selepas itu barulah mayat dikambus dengan tanah. Tujuan berbuatdemikian untuk mengetahui adakah si mati ingat pada keluarganya atau tidak. Kalaukayu itu bertunas bererti dia masih ingat pada keluarganya tetapi jika tidak, si matidianggap sudah melupai mereka yang masih hidup.Bagi masyarakat Kadazan dari kalangan yang berada, mayat ahli keluarga merekaakan dimasukkan ke dalam sebuah tajau yang besar dan ditutup rapat sebelum
  3. 3. ditanam. Sebaik sahaja mayat diusung ke kawasan perkuburan sebuah tajau yangbesar dan berukiran lebih cantik akan diletakkan ke atas kubur. Ada juga di kalanganmasyarakat Kadazan yang memasukkan tajau itu ke dalam hang lahat. Mayat yangdimasukkan ke daham tajau tidak akan dimasukkan ke dalam kubur sebaliknya didalam rumah beberapa hari atau diletakkan ke sebuah pondok yang dibina. Ini adalahuntuk menanti saudara-mara yang jauh memberi penghormatan terakhir kepada mayattersebut sebelum dikebumikan.Setelah itu sebuah pondok kecil beratap daun atau zink dan berdinding papan yangpenuh dengan ukiran yang cantik akan didirikan di tengah-tengah kawasan perkuburan.Di tengah-tengah pondok pula diletakkan beberapa jenis kain dan pakaian, cekapayang berisi dengan sirih pinang, rokok dan sebagainya mengikut kemampuan dankegemaran si mati semasa hidup.Ahli keluarga si mati perlu menghantar makanan pada tiap-tiap petang selama tujuhhari berturut-turut. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sebelum roh si matiberpindah ke tempat lain, roh itu masih memerlukan makanan daripada keluarganyayang masih hidup. Bahan makanan yang disediakan untuk si mati tidak boleh diusikoleh sesiapa. Jika diganggu juga seseorang itu akan dikenakan sugit atau dendasebanyak RM5 atau seekor ayam.Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sekiranya masa pengkebumian dilakukanpada hari hujan, bermaksud si mati berada dalam kesedihan yang diibaratkan sebagaihujan yang turun itu adalah air mata si mati. Jika panas terik bermakna si matimendapat kebahagiaan kelak. Bagi mereka yang menguruskan kematian, ahli keluargawajib menghadiahi mereka sehelai sapu tangan dan dua lembar benang menah. Selainitu mereka juga akan diberi daging kerbau atau lembu.Apabila balik ke rumah masing-masing, mereka tidak boleh terus naik ke rumah keranadikehendaki mandi terlebih dahuhu. Semua pakaian ditanggalkan dan direndamsehingga keesokan hari. Barangan yang dipinjam untuk menguruskan hal si mati dirumah, apabila dikembalikan hendaklah dihadiahkan seekor ayam hitam atau putihkepada tuan punya barang. Banang-barang atau harta benda yang ada di dalam rumahsi mati pula mestilah dikemaskan dan dicuci sehingga bersih. [Selepas Kematian]Sekiranya berlaku kematian, majlis makan akan diadakan. Majlis ini mempunyaibeberapa tahap iaitu:- Makan Tiga dan Tujuh Hari- Makan Empat Puluh Hari- Makan Seratus Hari
  4. 4. - Makan TigaTahun[Makan Tiga dan Tujuh Hari]Setelah genap tiga hari mayat dikebumikan, kenduri makan tiga hari akan diadakanpada malam hari. Pada masa itu keluarga si mati akan menitikkan tiga titik lilin kebawah rumah melalui celah lantai. Sekiranya adat makan tujuh hari dilakukan, titikanlilin sebanyak tujuh kali pula dilakukan.Kenduri ini hanya diadakan secara kecih-kecilan sahaja. Hanya saudara-mara dansahabat-handai yang terdekat sahaja dipanggil menghadiri kenduri tersebut. Makananyang disediakan adalah makanan harian masyarakat Kadazan dan tidak ada makananistimewa yang disediakan.[Makan Empat Puluh Hari]Kenduri ini diadakan selepas empat puluh hari kematian si mati. Kenduri kali ini berbezadaripada kenduri yang pertama kerana diadakan pada waktu siang dan malam. Kenduriini juga lebih besar dengan memanggil seluruh keluarga yang ada pertalian dengankeluarga si mati, sahabat handai yang jauh dan dekat. Dari segi hidangan lebih banyak,mencakupi lauk-pauk, kuih-muih dan buah-buahan yang lazat. Nasi, daging dan buah-buahan disediakan dengan banyak sekali untuk dijamu kepada masyarakat setempat.Dalam kenduri itu juga seorang kanak-kanak lelaki yang biasanya anak si mati akanpergi ke kubur bapa atau ibunya dengan tujuan menjemput si mati untuk menyertaikenduri tersebut. Setelah kanak-kanak itu pulang dari perkuburan, barulah mereka yangberada di rumah si mati boleh menjamu selera.Pada malam berikutnya gong dan gendang dipalu secara serentak. Anak-anak si matimulai menari tarian semazau mengelilingi hidangan yang disediakan secara bergilir-gilirmengikut usia. Kemudian diikuti cucu-cucu si matinya pula dan akhirnya saudara-marayang berdekatan. Selepas upacara menari Semazau selesai, barulah hidangan bohehdimakan oleh tetamu yang berada di situ.[Makan Seratus HariKenduri akan terus diadakan setelah seratus hari kematian. Kenduri kali ini lebih besarjika dibandingkan dengan kenduri empat puluh hari. Jika kenduri dahulu hanya muzikdimainkan, hanya dijamukan dengan ayam, kuih-muih atau buah-buahan, tetapi kali inikenduri dilakukan dengan menyembelih seekor kerbau atau lembu. Pada masa yangsama beberapa ekor ayam turut disembelih.Tujuan kenduri seratus hari ini diadakan untuk merasmikan penukaran pakaian putihyang selama ini dipakai sebagai pakaian berkabung keluarga si mati dengan pakaianbiasa. Kemudian rambut juga digunting mengikut adat masyarakat Kadazan. Sebaiksahaja ditanggalkan, pakaian tersebut segera dibakar. Ahli keluarga bebas memakai
  5. 5. pakaian mengikut kegemaran masing-masing. Dengan ini mereka percaya segalakekotoran atau bala yang terlekat pada tubuh mereka akan hilang. Semangat roh simati juga akan hilang dari tubuh badan mereka.Makan Tiga TahunKenduri makan tiga tahun merupakan kenduri yang paling besar dan meriah berbandingkenduri-kenduri yang diadakan sebelum ini. Kenduri ini dinamakan Kenduri Minum yangbermaksud makan-makan untuk kenangan.Dalam kenduri ini pelbagai jenis makanan disediakan oleh ahli keluarga si mati secarabergotong-royong dengan saudara-mara dan sahabat-handai. Sebanyak tujuh ekor ikanpari, tujuh ekor ikan yu, tujuh tandan pisang, empat belas ikan lain, satu tempayan tuak,tujuh ekor arak benas, tiga tempayan air tapai, 30 gantang kuih kelupis dan seekorkerbau disediakan.Kenduri ini diadakan pada waktu malam dan dimulakan pada pukul lapan malam.Sebanyak tujuh talam atau dulang hidangan khas yang mengandungi 30 biji kelupis,seekor ikan yu, seekor ikan pari, dua sikat pisang dan sebatang lilin. Seorang wanitayang telah lanjut usia perlu ada bersama hidangan tersebut yang dijadikan pengurusyang lebih dikenali sebagai pengupeh di kalangan masyarakat Kadazan.Pengupeh akan duduk di sebelah hidangan tersebut dengan memegang sebilahpedang. Kemudian sebatang lilin yang ada di setiap hidangan dinyalakan. Sebaiksahaja pengupeh menghidupkan lilin, dia akan menjampi untuk memanggil hantu yanghendak makan hidangan tersebut. Hidangan yang ada di dalam talam dimasukkan kedalam sebuah tempurung kelapa dan tempurung itu akan diletakkan di pangkal tanggarumah. Ini adalah untuk memberitahu hantu supaya tidak mengacau ahli keluarga yangmasih hidup di situ.Sebaik sahaja pengupeh naik ke atas rumah, paluan gong dan gendang akandibunyikan mengikut nama gendang minum tapai. Ini diikuti dengan tarian semazauyang terlebih dahulu dimulakan oleh seorang lelaki yang dianggap sebagai ketua rumahdi situ. Pengupeh akan bangkit untuk memberi minum secawan arak dan secawan tapaikepada lelaki ketua rumah. Pengupeh juga menyorongkan celapa yang berisi sirihpinang. Selepas itu pengupeh menarikan tarian semazau dan menari mengelilinghidangan tersebut sambil diikuti penari yang lain.Penari pertama perlu menghabiskan arak yang diberi oleh pengupeh dengan sekaliteguk. Pada mulanya tarian semazau ditarikan oleh ahli keluarga dan saudara mara simati. Selepas itu barulah terbuka kepada orang ramai yang berada di situ. Selainmenarikan tarian semazau, acara berbahas pantun juga turut dilakukan. Acara inidinamakan bobogoh daham bahasa Kadazan. Mereka akan membahagikan kepada
  6. 6. dua kumpulan yang diketuai oleh seorang lelaki yang telah lanjut usia. Sekiranya salahseorang daripada ahli kumpulan tidak dapat menjawab pantun, mereka dikehendakimeminum arak sekaligus.Pada keesokan harinya, hidangan perlu diletak di ruang tamu. Talam hidangan itudiperbuat daripada tembaga dan diisi dengan sirih pinang dan rokok daun. Pada waktumalam pesta diadakan pula. Tarian semazau akan ditarikan dengan rancak sekali.Pada mulanya seorang lelaki yang mahir menarikan tarian semazau akan memulakantarian dengan diikuti oleh tujuh penari perempuan. Selepas itu barulah tarian semazauterbuka kepada penari lain secara bergilir-gilir.Seperti agama lain, masyarakat Kadazan percaya tentang kejadian roh dan jasad yangbergabung dalam diri seseorang. Setelah seseorang itu mati bermakna perpisahanantara jasad dan roh berlaku. Dalam masyarakat Kadazan, mereka yang belumberagama percaya apabila mereka meninggal dunia, roh meneka akan berkunjung danberehat di kemuncak gunung Kinabalu untuk selamanya. Oleh yang demikianmasyanakat Kadazan mempercayai gunung Kinabahu adalah tempat terakhir bagikehidupan masyarakat mereka.

×