Kursus ini membincangkan penyelidikan tindakan dalam pendidikan, termasuk definisi, model, proses, kaedah pengumpulan dan analisis data serta penulisan laporan dan artikel. Pelajar akan mempelajari pelbagai jenis penyelidikan, reka bentuk kajian, etika penyelidikan, dan proses merancang serta melaksanakan penyelidikan tindakan sendiri di sekolah. Kursus ini memberi fokus kepada memperoleh kemahir
1. B 64
Pro Forma Kursus
Program Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
(Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah)
Nama Kursus Penyelidikan Tndakan I –Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan
Rendah (Kaedah dan Pelaksanaan)
Kod Kursus RBT3113
Kredit 3(3+0)
Jam Kontak 45 jam
Bahasa
Pengantar
Bahasa Melayu
Prasyarat Tiada
Semester Pertama / Kedua
Hasil
Pembelajaran
1. Menjelaskan kaedah penyelidikan dalam pendidikan dan aplikasinya.
2. Menerangkan asas penyelidikan termasuk jenis penyelidikan dalam
pendidikan, reka bentuk kajian, prosedur dan etik.
3. Menganalisis dan membincang isu-isu terkini dalam pendidikan yang
boleh dikaji melalui penyelidikan tindakan.
4. Membincang tentang penyelidikan tindakan dan prosesnya.
5. Memperoleh kemahiran merancang dan melaksana satu penyelidikan
tindakan di sekolah.
6. Memperoleh kemahiran menulis cadangan, laporan dan artikel
penyelidikan tindakan.
Sinopsis Kursus ini memberi pengetahuan tentang pelbagai kaedah penyelidikan
dalam pendidikan dan asas penyelidikan. Ia juga meneroka cara-cara
memperolehi kemahiran merancang dan melaksana satu kajian
tindakan, menganalisis dan menginterpretasi data penyelidikan, dan
kaedah mendokumentasi hasil penyelidikan tindakan dalam bentuk
laporan atau kertas kerja kajian.
This course provides knowledge about the various research methods in
education and the basic of educational research. It will also explore ways
of acquiring the skills of planning an action research, implementing the
research, analysing and interpreting the research data, and documenting
the action research findings in a report or article.
2. B 65
Tajuk Kandungan Jam
1 Pengenalan kepada Kaedah Penyelidikan dalam
Pendidikan
Tujuan penyelidikan dalam pendidikan
Ciri-ciri penyelidikan dalam pendidikan
Pendekatan penyelidikan dalam pendidikan
- Pendekatan positvis (kuantitatif)
- Pendekatan interpretatif (kualitatif)
Etika dalam penyelidikan dalam pendidikan
- Aspek-aspek penting dalam etika
penyelidikan
- Kod etika
3
2 Jenis Penyelidikan
- Penyelidikan asas
- Penyelidikan gunaan
- Penyelidikan tindakan
- Penyelidikan penilaian
Pengenalan kepada Pelbagai Jenis Reka Bentuk
Penyelidikan
Penyelidikan kuantitatif
- Kajian eksperimental
- Kuasi-eksperimental
- Kajian tinjauan
- Kajian korelasi
Penyelidikan kualitatif
- Kajian etnografi
- Kajian kes
- Kajian sejarah
3
3 Prosedur Penyelidikan Pendidikan
Menyatakan masalah kajian
Menetapkan objektif kajian
Membentuk soalan kajian
Membentuk hipotesis kajian
Melakukan tinjauan literatur
Merancang reka bentuk kajian
Menentukan prosedur persampelan
Membina instrumen kajian
Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan
instrumen kajian
Menentukan prosedur pengumpulan data
Mengumpul data
Menganalisis dan menghurai data
Membincang dan melapor hasil kajian
3
3. B 66
Tajuk Kandungan Jam
4 Penyelidikan Tindakan
Definisi dan konsep
Ciri-ciri penyelidikan tindakan
Kepentingan penyelidikan tindakan
Model Kajian Tindakan
- Model Stephen Kemmis
- Model John Elliott
- Model Dave Ebbutt
- Model Jack Whitehead
- Model Jean mcniff
- Model Kurt Lewin
3
5 Penyelidikan Tindakan: Proses
Adaptasi dari model Lewin, 1946 dan Laidlaw,1992:
Mengenal pasti aspek amalan bagi
penambahbaikan
Merancang tindakan
Melaksana tindakan
Mengumpul data
Membuat refleksi terhadap tindakan (sebelum,
semasa dan selepas tindakan)
Mengambil tindakan susulan
Merancang kitaran kedua
3
6 Penyelidikan Tindakan: Rancangan dan cadangan
Fokus / aspek amalan bagi penambahbaikan
Soalan kajian
Sumber literatur
Subjek kajian
Merancang pelan tindakan
Melaksana pelan tindakan
Mengumpul data
Refleksi : analisis dan huraian data
Jadual kerja
Perbelanjaan
Sumber rujukan
3
4. B 67
Tajuk Kandungan Jam
7 Penyelidikan Tindakan: Kaedah Pengumpulan Data
Pemerhatian: Pemerhati, peserta dan
pemerhati, peserta
Data berbentuk dokumen
Temu bual: Temu bual berstruktur, semi-
struktur, tidak bersetruktur
3
8 Penyelidikan Tindakan: Kaedah Pengumpulan Data
Senarai semak
Rakaman video dan kaset
Log
Nota lapangan
Foto
Portfolio
Rekod anekdot
Slid
Jurnal
Diari
3
9 Penyelidikan Tindakan: Pertimbangan Semasa
Mengumpul Data
Pensampelan, kesahan, kebolehpercayaan, bias
Pensampelan dan bias
Kesahan:
- Kritikan luaran (keaslian data)
- Kritikan dalaman (ketepatan data)
- Data triangulation
Kebolehpercayaan –generalisasi data
Etika
3
10 Penyelidikan Tindakan: Analisis Data
Data Kualitatif
Analisis kandungan
Mengkategorikan data
Mengekodkan data
Menyusun data dalam grid analisis
Mengenal pasti tema / corak dan makna
Menentukan aktiviti kajian susulan
6
5. B 68
Tajuk Kandungan Jam
11 Penyelidikan Tindakan: Analisis Data
Data Kuantitatif
Analisis deskriptif: Frekuensi, peratusan, min,
mod, median, sisihan piawai, pekali korelasi
3
12 Menghuraikan Data Penyelidikan Tindakan
Mengintegrasikan pelbagai sumber data
Menghubungkaitkan data dengan literatur
Merumus hasil kajian dan membuat kesimpulan
3
13 Penulisan laporan penyelidikan tindakan
• Konteks/ latar belakang kajian
• Tinjauan literatur
• Fokus/ aspek amalan bagi penambahbaikan
• Pelan tindakan
• Pelaksanaan pelan tindakan
• Pengumpulan data
• Analisis dan huraian data
• Refleksi dan implikasi
• Pelan bagi tindakan susulan
• Sumber rujukan: American Psychological
Association (APA)
3
14 Penulisan artikel penyelidikan tindakan
• Abstract
• Konteks
• Fokus kajian
• Pelan tindakan
• Pelaksanaan pelan tindakan
• Kaedah pengumpulan data
• Analisis dan huraian data
• Refleksi dan implikasi
• Tindakan susulan
• Sumber rujukan
3
15
Jumlah 45
Pentaksiran Kerja Kursus 50%
Peperiksaan Akhir 50%
6. B 69
Tajuk Kandungan Jam
Rujukan Asas Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. (2001). Research methods in
education (5th. Ed.). London: Routledge Falmer.
Creswell, J. W. (2005). Educational research. Planning, conducting, and
evaluating quantitative and qualitative research. Ohio: Prentice Hall.
Rujukan
Tambahan
Fraenkel, J.R. & Wallen, N.E.(1990). How to design and evaluate
research in education. USA, McGraw-Hill
Gillham, B. (2003). The research interview. London: Continuum.
Jones, J. (2005). Management skills in school. London: Paul Chapman
Publishing.
Kembar, D. (2000). Action learning and action research. London: Kogan
Page.
Mills, G. E. (2000). Action research. A guide for the teacher researcher.
Ohio: Prentice Hall.