8 unit 4

1,229
-1

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
1,229
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
88
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

8 unit 4

  1. 1. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 50_______________________________________________________________________________ UNIT 4 ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat: 1. menyatakan tahap-tahap kurikulum yang ada dalam pendidikan peringkat rendah melibatkan KBSR dan KSSR. 2. menghuraikan bagaimana organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR dilakukan. 3. membanding beza antara organisasi kurikulum dalam KBSR dengan organisasi kurikulum dalam KSSR. PETA KONSEP TAJUK Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah Organisasi KBSR Organisasi KSSR Tahap-tahap Dalam Bidang Tunjang KBSR/ KSSR Mata Pelajaran Mata Pelajaran Banding Beza Antara Organisasi KBSR Dengan KSSR
  2. 2. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 51_______________________________________________________________________________ PENGENALAN Sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 29, Akta Pendidikan 1996, pendidikan di peringkat sekolah rendah di Malaysia mengambil tempoh selama enam tahun. Oleh itu, bagi memastikan pendidikan di peringkat sekolah rendah ini berjaya mencapai matlamatnya, kurikulum perlu dirancang agar dapat dilaksanakan dengan lancar seterusnya mencapai matlamat dan objektif yang diharapkan. Dalam mereka bentuk, menyusun dan mengorganisasi sesebuah kurikulum, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian. Menurut Wyse (2002) . . .there is an infinite number of ways of structuring the curriculum and there are many influences : the children; schools; local education authorities; teachers; parents; society; business and government. Pelaksanaan sistem pendidikan di England sebagai contohnya, mengambil kira faktor sekolah, ibu bapa, penguasa pelajaran tempatan, masyarakat, ahli perniagaan dan kerajaan. Kurikulum boleh diorganisasikan mengikut penyusunan secara vertikal yang melibatkan urutan serta kesinambungan, dan penyusunan secara horizontal yang melibatkan liputan, skop dan imbangan. Ini kerana proses yang dilakukan dan produk yang dikeluarkan oleh sekolah perlu selaras dengan kehendak pihak-pihak tersebut, lebih- lebih lagi bagi memenuhi permintaan pasaran tenaga kerja dan kemajuan masyarakat. Di peringkat KBSR dan KSSR kurikulum diorganisasikan dengan mengambil kira tahap- tahap persekolahan iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Selain itu kurikulum diorganisasi dengan mengambil kira bidang atau tunjang dan mata pelajaran dalam bidang atau tunjang tersebut, selain mengikut kategori mata pelajaran teras iaitu teras asas dan teras tema; mata pelajaran wajib, tambahan dan elektif. ISI KANDUNGAN Apakah tahap-tahap kurikulum dalam KBSR dan KSSR? "A national or national-type school established under this Act shall provide a course of primary education designed for duration of six years . . . .“ (Education Act 1996, Sec.29) Pendidikan di peringkat sekolah rendah adalah untuk tempoh selama enam tahun sebagai yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Pendidikan di peringkat sekolah rendah ini adalah untuk kanak-kanak yang berumur antara 6 tahun hingga 12 tahun. Dari segi penyusunan secara vertikal, KBSR dan KSSR dilaksanakan melalui dua tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Tahap 1 terdiri daripada Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 manakala Tahap 2 terdiri daripada Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Rajah 4.1 menunjukkan penyusunan tersebut.
  3. 3. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 52_______________________________________________________________________________ Tahun Persekolahan Umur Murid Tahun 6 11 – 12 tahun Tahun 5 Tahap 2 10 – 11 tahun Tahun 4 9 – 10 tahun Tahun 3 8 – 9 tahun Tahun 2 Tahap 1 7 – 8 tahun Tahun 1 6 – 7 tahun Rajah 4.1 Penyusunan Secara Vertikal Tahap, Tahun Persekolahan dan Umur Murid *Nota: Mulai RMK10 umur bagi memulakan persekolahan akan dikurangkan daripada 6+ kepada 5+. Apakah aspek yang menjadi fokus dalam pelaksanaan KBSR dan KSSR? Dalam KBSR, fokus adalah kepada 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Di Tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas manakala di Tahap 2 pula, adalah bertujuan untuk mengukuhkan dan menggunakan kemahiran asas dalam pelbagai bidang ilmu. Bagaimana pula dengan KSSR? Jika fokus KBSR adalah kepada 3M, fokus KSSR pula adalah kepada 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Di Tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan asas 4M. Manakala di Tahap 2, fokus adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M. Di samping itu, KSSR juga member tumpuan kepada kemahiran asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
  4. 4. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 53_______________________________________________________________________________ Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia (2011) AKTIVITI 4.1 Lengkapkan jadual di bawah. Tahap Tahun Fokus dalam KBSR Fokus dalam KSSR 1 2
  5. 5. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 54_______________________________________________________________________________ Bagaimanakah KBSR diorganisasikan? Rekabentuk kurikulum dalam KBSR adalah berasaskan tiga bidang. Apakah bidang- bidang berkenaan? Bidang-bidang berkenaan ialah Komunikasi, Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Bidang Komunikasi merupakan bidang yang utama dalam KBSR. Mengapa? Dalam bidang ini, tumpuan adalah ke arah penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Sehubungan dengan itu, di bawah bidang Komunikasi diletakkan komponen kemahiran asas. Di bawah bidang Manusia dan Alam Kelilingnya terdapat dua komponen iaitu Nilai, Kerohanian dan Sikap, serta Kemanusiaan dan Persekitaran. Manakala komponen Kesenian dan Rekreasi adalah di bawah bidang Perkembangan Diri Individu. Di bawah setiap bidang pula, terdapat mata pelajaran-mata pelajaran. Jadual 4.1 menunjukkan kategori mata pelajaran mengikut komponen dan bidang. Jadual 4.1 Kategori Mata Pelajaran Mengikut Komponen dan Bidang Mata Pelajaran Mata Pelajaran (Kurikulum Baru (Kurikulum Bidang Komponen Sekolah Rendah) Bersepadu Sekolah Rendah) Komunikasi Kemahiran Asas Bahasa Malaysia Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris Bahasa Cina (SJKC) Bahasa Cina (SJKC) Bahasa Tamil (SJKT) Bahasa Tamil (SJKT) Matematik Matematik Manusia dan Nilai, Kerohanian Pendidikan Islam Pendidikan Islam Alam dan Sikap Pendidikan Moral Pendidikan Moral Kelilingnya Kemanusiaan dan Alam dan Manusia Sains Persekitaran Kajian Tempatan Kemahiran Hidup Perkembangan Kesenian dan Muzik Muzik Diri Individu Rekreasi Pendidikan Seni Pendidikan Seni Pendidikan Jasmani Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan
  6. 6. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 55_______________________________________________________________________________ Mata pelajaran dalam KBSR dikelompokkan kepada tiga kategori iaitu mata pelajaran teras, mata pelajaran wajib dan mata pelajaran tambahan. Mata pelajaran teras meliputi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina (di SJKC), Bahasa Tamil (di SJKT), Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Di Tahap 2, terdapat pertambahan 2 mata pelajaran iaitu Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Matapelajaran wajib pula meliputi Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Muzik. Di Tahap 2, Kemahiran Hidup juga merupakan mata pelajaran wajib. Manakala, mata pelajaran tambahan terdiri daripada Bahasa Cina Komunikasi, Bahasa Tamil Komunikasi, Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Iban, Bahasa Semai dan Bahasa Kadazandusun. Namun begitu Bahasa Iban dan Bahasa Semai ditawarkan mulai Tahun 3 dan Bahasa Kadazandusun ditawarkan di Tahap 2. Bagaimanakah KSSR diorganisasikan? Dalam KSSR pula, kurikulum direka bentuk berasaskan enam tunjang. Komunikasi Kerohanian, Sikap Kemanusiaan dan Nilai Perkembangan Sains dan Teknologi Keterampilan Diri Fizikal dan Estetika Enam Tunjang Dalam KSSR Pada Tahap 1, kurikulum diorganisasikan dalam tiga bentuk modul iaitu, Modul Teras Asas Modul Teras Tema Modul Elektif Terdapat sembilan modul di bawah Modul Teras Asas, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Matematik. Tiga modul Modul Teras Tema iaitu Seni Visual dan Muzik; Dunia Sains dan Teknologi dan Malaysia Negaraku. Di bawah Modul Elektif ialah modul-modul Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK), Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK), Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.
  7. 7. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 56_______________________________________________________________________________ Jadual 4.2 Kelompok Mata Pelajaran Mengikut Modul Modul Teras Asas Modul Teras Tema Modul Elektif Bahasa Malaysia Seni Visual dan Muzik Bahasa Arab Bahasa Inggeris Dunia Sains dan Teknologi Bahasa Cina (BCSK) Bahasa Cina (SJKC) Malaysia Negaraku Bahasa Tamil (BTSK) Bahasa Tamil (SJKT) Bahasa Iban Pendidikan Islam Bahasa Kadazandusun Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Matematik Bagaimana pula dengan organisasi kurikulum Tahap 2? Pada Tahap 2, kurikulum diorganisasikan dalam dua bentuk mata pelajaran Mata Pelajaran Teras Mata Pelajaran Elektif Terdapat 14 mata pelajaran teras dan 6 mata pelajaran elektif yang dikelompokkan berdasarkan enam tunjang. Mata Pelajaran Teras Tunjang Komunikasi : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil Tunjang Sains & Teknologi : Matematik, Sains, Reka Bentuk & Teknologi/Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tunjang Perkembangan Fizikal : Pendidikan Jasmani, & Estetika Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual Tunjang Kerohanian, Sikap & : Pendidikan Islam Nilai Pendidikan Moral Tunjang Kemanusiaan : Sejarah
  8. 8. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 57_______________________________________________________________________________ Mata Pelajaran Elektif Tunjang Komunikasi Elektif : Bahasa Arab Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Semai Bahasa Kadazandusun Di samping itu, Tunjang Keterampilan Diri dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Dari segi peruntukan masa, KSSR memperuntukkan masa selama 1380 minit seminggu. Agihan masa bagi setiap modul di SK, SJKC dan SJKT adalah seperti Jadual 4.3. Jadual 4.3 Peruntukan Waktu Pengajaran dan Pembelajaran Mengikut Mata Pelajaran MASA DALAM SEMINGGU (MINIT) BIL MODUL SK SJKC SJKT Modul Teras Asas 1 Bahasa Malaysia 360 300 300 2 Bahasa Inggeris 330 150 150 3 Bahasa Cina 360 Bahasa Tamil 360 4 Pendidikan Islam 180 120 120 Pendidikan Moral 180 120 120 5 Pendidikan Jasmani 60 60 60 6 Pendidikan Kesihatan 30 30 30 7 Matematik 180 180 180 Modul Teras Tema Seni Visual dan Muzik 60 60 60 8 Dunia Sains dan Teknologi 60 60 60 Malaysia Negaraku 30 30 30 Modul Elektif 9 BCSK/BTSK/Bah. Arab/Bah. Iban 60 (3 waktu di luar jadual waktu) Perhimpunan 30 30 30 Jumlah 1380 1380 1380
  9. 9. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 58_______________________________________________________________________________ Apakah persamaan dan perbezaan antara organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR? Terdapat persamaan dan perbezaan antara KBSR dan KSSR dari sudut organisasinya. Persamaan dan perbezaan boleh dilihat dari aspek: • organisasi tahun pembelajaran mengikut tahap-tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. • organisasi mata pelajaran mengikut bidang dan komponen; juga mengikut teras, wajib atau tambahan; atau organisasi modul mengikut tunjang dan tema. • organisasi peruntukan waktu pembelajaran mengikut tahap. AKTIVITI 4.2 Bina jadual yang sesuai untuk memaparkan a). persamaan antara organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR. b). perbezaan antara organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR.
  10. 10. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 59_______________________________________________________________________________ RUMUSAN Perbincangan dalam unit ini adalah tentang organisasi kurikulum dalam pelaksanaan kurikulum di peringkat pendidikan rendah di Malaysia. Dibincangkan juga agihan mata pelajaran dalam KBSR mengikut tahap; mengikut bidang dan komponen; juga mengikut kategori teras, wajib dan elektif. Di samping itu, organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR bagi Tahap 1 dan Tahap 2 juga telah dihuraikan. Terdapat persamaan dan perbezaan antara KBSR dan KSSR dari sudut organisasinya. Pelajar diminta membuat analisis tentang persamaan dan perbezaan tersebut. KATA KUNCI Mata pelajaran teras - mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh semua murid mengikut aliran persekolahan. Mata pelajaran wajib - mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid di sekolah rendah. Mata pelajaran elektif - mata pelajaran yang dipelajari mengikut pilihan murid di sekolah rendah. Modul - mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid serta diorganisasikan secara modular dan bersifat kendiri- lengkap (self-contained). Tahap 1 - melibatkan Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 di sekolah rendah. Tahap 2 - melibatkan Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 di sekolah rendah Tunjang - Satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insane seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
  11. 11. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 60_______________________________________________________________________________ PENILAIAN KENDIRI Jawab semua soalan berikut. 1. Mata pelajaran yang terkandung dalam komponen Kesenian Dan Rekreasi antaranya adalah seperti berikut kecuali _____________ A. Pendidikan Muzik B. Pendidikan Moral C. Pendidikan Jasmani D. Pendidikan Seni Visual 2. Pendidikan di peringkat sekolah rendah di Malaysia dibahagikan kepada Tahap 1 dan Tahap 2. Berikut adalah berkaitan dengan tahap-tahap tersebut ____________ I. Tahap I menjurus kepada bidang komunikasi. II. Tahap 1 menekankan penguasaan kemahiran asas. III. Tahap 2 mengukuhkan kemahiran asas yang dikuasai di Tahap 1. IV. Tahap 2 ialah aplikasi kemahiran asas untuk menyelesaikan masalah. A. I dan II sahaja B. I dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV sahaja 3. Penawaran mata pelajaran di sekolah-sekolah rendah adalah terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Mata Pelajaran Teras, Mata Pelajaran Wajib dan Mata Pelajaran Tambahan. Manakah antara berikut adalah kenyataan yang membandingkan ketiga-tiga jenis kumpulan mata pelajaran tersebut? Mata Pelajaran Mata Pelajaran Mata Pelajaran Teras Wajib Tambahan A. Sebagai identiti Wajib diajar oleh Mencukupkan sesuatu aliran guru bilangan mata persekolahan pelajaran yang terkurang B. Menjadi asas utama Mesti dipelajari oleh Sebagai tambahan, pendidikan murid- semua murid terutama kepada murid. mereka yang berminat C. Menjadi teras Wajib terdapat di Untuk menambah kepada KBSR semua sekolah jumlah waktu rendah pembelajaran D. Tulang belakang Wajib dimasukkan Diajar di kelas-kelas kepada semua mata dalam jadual waktu tambahan pelajaran
  12. 12. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 61_______________________________________________________________________________ 4. Manakah antara berikut merupakan modul yang tergolong di bawah Modul Teras Asas? I. Bahasa Malaysia II. Pendidikan Moral III. Seni Visual dan Muzik IV. Dunia Sains dan Teknologi A. I dan II sahaja B. III dan IV sahaja C. I, III dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja 5. Mata pelajaran yang tergolong dalam komponen Kerohanian, Nilai dan Sikap bertujuan untuk ___________ A. membina sikap, watak dan personaliti murid-murid. B. memahami persekitaran dengan kesedaran dan tanggung jawab. C membangun sikap dan pemikiran yang kreatif dan kritis untuk kehidupan. D. mendedahkan pengetahuan dan kemahiran untuk murid-murid dapat hidup di tempat dan persekitarannya. CADANGAN JAWAPAN: 1. B; 2. D; 3. B; 4. D; 5. C RUJUKAN http://www.moe.gov.my/bpk/ Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah: Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books. Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Rancangan Malaysia Kesepuluh: Bab 5 (Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia) Sufean Hussin. (2004) Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wyse, D. (2002). Becoming a primary school teacher. New York: Routledge.

×