Your SlideShare is downloading. ×
6 unit 2
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Saving this for later?

Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime - even offline.

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

6 unit 2

13,395
views

Published on


4 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
13,395
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
687
Comments
4
Likes
3
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 17_______________________________________________________________________________ UNIT 2 PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat: 1. menerangkan perkembangan kurikulum sekolah rendah daripada KLSR kepada KBSR dan KSSR. 2. menghuraikan latar belakang berkaitan KBSR dan KSSR. 3. membanding beza antara KLSR, KBSR dan KSSR. PETA KONSEP TAJUK Kurikulum Sekolah Rendah KLSR KBSR Perbandingan Latar Belakang KSSR
  • 2. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 18_______________________________________________________________________________ PENGENALAN Sistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan merentasi zaman. Setelah negara mencapai kemerdekaan, Akta Pelajaran 1961 menjadi asas kepada pelaksanaan pendidikan di negara ini. Pendidikan adalah untuk tujuan perpaduan di samping untuk membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir untuk pembangunan negara. Kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama serta penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem persekolahan adalah antara perkara yang diberi penegasan dalam pelaksanaan pendidikan selepas merdeka. Dari semasa ke semasa beberapa jawatankuasa dibentuk bagi mengkaji seterusnya memberi cadangan untuk penambahbaikan pelaksanaan sistem pendidikan negara. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan pada 1979 telah membawa impak yang besar kepada senario pendidikan negara sehingga Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada 1982. KBSR memberi penegasan kepada pendidikan asas 3M. KBSR selepas itu ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah mulai 1993. Apabila Falsafah Pendidikan Negara (FPN) tersurat pada 1988, orientasi pendidikan adalah berasaskan kepada FPN (mulai 1996 dikenal FPK). Setelah itu apabila cabaran berubah akibat daripada perkembangan semasa dan arus globalisasi, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula diperkenalkan pada 2011. KSSR dilaksanakan di sekolah rendah di negara ini dengan harapan dapat mendidik seterusnya melahirkan generasi masa hadapan yang mampu berhadapan dengan cabaran semasa dan cabaran masa hadapan dalam abad ke-21. ISI KANDUNGAN Bagaimanakah kurikulum sekolah rendah berkembang daripada KLSR kepada KBSR dan KSSR? Sebagai yang telah dimaklumi bahawa pendidikan peringkat sekolah rendah di negara ini telah mengalami perkembangan daripada Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) seterusnya kepada Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah (KBSR) dan kini kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Bolehkah anda bayangkan bagaimana keadaannya jika perkembangan daripada KLSR kepada KBSR dan KSSR tidak berlaku. KLSR kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Apabila Kurikulum Baru Sekolah Rendah diperkenalkan pada 1982, kurikulum sekolah rendah yang sebelumnya, dikenal sebagai Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR).
  • 3. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 19_______________________________________________________________________________ Pelaksanaan KLSR berlangsung sejak selepas merdeka khususnya apabila Akta Pelajaran 1961 diwartakan. Dari semasa ke semasa KLSR mengalami perkembangan dan inovasi seiring dengan pelaksanaannya. Walau bagaimanapun kandungan KLSR lebih memberatkan akademik dan padat bagi murid-murid peringkat umur sekolah rendah (Laporan JK Kabinet, 1979). Setiap mata pelajaran adalah dilihat secara compartmentalize iaitu isi kandungan pelajaran terasing antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula, isi pelajaran kurang dikaitkan dengan kehidupan seharian murid. KLSR juga kurang memberi fokus kepada penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Kajian-kajian yang dilakukan pada masa itu mendapati sebilangan besar murid di negara ini masih belum menguasai kemahiran asas 3M walaupun mereka telah tamat persekolahan peringkat rendah. Sehubungan itu Perakuan 2a, Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan mengemukakan cadangan seperti berikut. “Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan rendah bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan kepada pendidikan dalam bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.” Teknik hafalan yang diguna pakai dalam pengajaran kurang berkesan. Terdapat murid yang tidak dapat mengikuti isi pelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Sehubungan itu terdapat pengetahuan serta kemahiran yang tidak dapat dikuasai oleh murid-murid. Perkara ini seterusnya menjadi sebahagian daripada faktor yang membawa kepada keciciran murid. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan ekoran daripada terbitnya Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada 1979 atau ringkasnya dikenal sebagai Laporan Jawatankuasa Kabinet. Sebanyak 305 buah sekolah rendah pada 1982 telah dipilih untuk melaksanakan percubaan sebelum KBSR dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara pada 1983. Keperluan kepada KBSR begitu ketara apabila dapat dikenal pasti terdapat kelemahan dalam KLSR. KLSR tidak memberi pendidikan asas. Sebaliknya lebih bersifat akademik. KBSR pada asasnya berpegang kepada konsep bahawa murid-murid perlu memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus melalui pengalaman langsung. Suasana persekolahan dalam konteks KBSR adalah bagi memberi peluang murid-murid memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah; berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat; membina persefahaman dalam pergaulan; memupuk semangat kerja sama antara satu sama lain dan sebagainya. Sehubungan itu penglibatan murid adalah secara aktif, ceria dan progresif ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Pemulihan diberikan kepada murid yang lemah, manakala pengayaan diberi kepada murid cerdas pintar. Pemulihan khas juga diberi kepada murid yang berada di bawah tahap yang sewajarnya. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Setelah masa berlalu Kurikulum Baru Sekolah Rendah perlu kepada semakan bagi mengenal pasti kerelevanannya merentas masa. Kurikulum ini perlu disemak semula untuk,
  • 4. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 20_______________________________________________________________________________ meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran berdasarkan konsep kesepaduan, memberi penekanan yang lebih kepada mata pelajaran Sains dan unsur-unsur KBKK, seiring dengan ekonomi, sosial dan lain-lain yang mengalami perubahan dari semasa ke semasa, selaras dengan usaha ke arah negara maju dengan masyarakat berilmu. Lanjutan daripada itu pada 1993 Kurikulum Baru Sekolah Rendah diganti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang tertulis pada 1988. Konsep bersepadu menjadi tumpuan utama dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan KBSR diintegrasikan supaya terdapat kesepaduan. Sehubungan itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dilakukan penggabungjalinan untuk menyepadukan kemahiran- kemahiran; dan penyerapan untuk menyepadukan ilmu pengetahuan. Nilai-nilai juga secara sepadu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesepaduan juga merujuk kepada kesepaduan dan keharmonian antara potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani tidak boleh berlaku secara berasingan, sebaliknya perlu berlaku secara harmonis, menyeluruh dan sepadu untuk melahirkan individu yang seimbang. Selain itu, kesepaduan merangkumi aspek antara teori dan praktik; dan antara yang di dalam bilik darjah dengan kehidupan sebenar di luar bilik darjah. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Dalam abad ke-21, perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi khususnya dalam bidang ICT banyak membawa kepada perubahan. Kesannya ialah kepada globalisasi. Cabaran di peringkat global sifatnya berubah dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian kurikulum sekolah perlu selaras dengan perkembangan tersebut. Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan dengan perkembangan semasa bagi melahirkan modal insan seimbang yang mampu berdepan dengan cabaran semasa dan cabaran masa hadapan (KPM, 2010). Ucapan dasar Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 juga meminta supaya sistem pendidikan di Malaysia memberi penekanan kepada pembangunan modal insan; penghasilan pelajar celik minda; pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat; dan program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan ulul al-bab. Sehubungan itu mulai 2011 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah ditransformasikan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Transformasi tersebut merupakan pengukuhan dan penambahbaikan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Di peringkat awalnya, iaitu pada 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009, KSSR telah menjalani uji rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih. Daripada jumlah tersebut, 50 buah sekolah menjalani uji rintis bagi semua mata pelajaran, manakala 450 buah sekolah lagi menjalani uji rintis bagi mata pelajaran terpilih. Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2010 bertarikh 14 Oktober 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia jelas meminta
  • 5. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 21_______________________________________________________________________________ semua sekolah rendah melaksanakan KSSR untuk murid Tahun 1 mulai 2011. Selain melahirkan generasi ulul-albab, KSSR diharap akan membekali generasi masa hadapan dengan bekalan-bekalan untuk menghadapi cabaran. AKTIVITI 2.1 Jelaskan rasional mengapa perubahan berikut berlaku: 1. KLSR kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah. __________________________________________________________ __________________________________________________________ _________________________________________________________ 2. Kurikulum Baru Sekolah Rendah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. __________________________________________________________ __________________________________________________________ _________________________________________________________ 3. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kepada KSSR. __________________________________________________________ __________________________________________________________ _________________________________________________________ Apakah latar belakang KBSR dan KSSR? Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah penegasan adalah kepada kemahiran asas termasuk kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Murid-murid dilibatkan secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah mengajar, bahan pembelajaran dan susun atur kerusi meja dipelbagaikan mengikut latar belakang murid dan mata pelajaran yang diajar. Penilaian bentuk formatif seperti ujian diagnostik dan
  • 6. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 22_______________________________________________________________________________ ujian pencapaian sering digunakan untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid. Susulan daripada itu, murid yang cerdas diberi pengayaan, manakala murid yang lemah diberi pemulihan. KBSR direka bentuk berasaskan tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi, bidang Manusia dan Alam Kelilingnya, dan bidang Perkembangan Diri Individu sebagai yang dicadang dalam Perakuan 57 (a), Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan mengemukakan cadangan seperti berikut. “Kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan murid- murid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas, iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam kelilingnya dan bidang perkembangan individu sesuai dengan keperluan minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid itu.” Prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh; pendidikan yang sama untuk semua murid; pendekatan bersepadu; dan pendidikan seumur hidup. Rajah 2.1 menunjukkan secara grafiknya prinsip KBSR. PERKEMBANGAN PENDEKATAN BERSEPADU INDIVIDU SECARA MENYELURUH PRINSIP KBSR PENDIDIKAN YANG SAMA PENDIDIKAN SEUMUR UNTUK SEMUA MURID HIDUP Rajah 2.1 Prinsip Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Sumber: Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010)
  • 7. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 23_______________________________________________________________________________ Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah ditulis mulai 1988 dan ditukar namanya kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada 1996 apabila Akta Pendidikan 1996 diwartakan. Selaras dengan hasrat FPN yang ditulis ketika itu, konsep bersepadu menjadi tumpuan utama dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah. Kurikulum Baru Sekolah Rendah diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada 1993. Melalui konsep kesepaduan, gambaran tentang sesuatu perkara dapat dilihat secara keseluruhan; yang mana perkara ini lebih baik daripada melihatnya secara cebis-cebisan atau terasing antara satu dengan yang lain selaras dengan apa yang dikata sebagai „the whole is greater than the sum of the parts.‟ Dalam konteks kesepaduan KBSR, pembangunan insan adalah dilihat secara seimbang, meyeluruh dan bersepadu. Sehubungan itu, unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan isi pelajaran diintegrasikan supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran murid. Selaras dengan prinsip kurikulum bersepadu, kesepaduan dalam bidang mata pelajaran telah merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni. Walau bagaimanapun perkembangan individu secara menyeluruh; pendidikan yang sama untuk semua murid; pendekatan bersepadu; dan pendidikan seumur hidup masih kekal sebagai prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kesepaduan Unsur Intelek, Rohani, Emosi dan Penekanan Jasmani Pendidikan Kepada Nilai Untuk Semua Murni Kesepaduan Dalam KBSR Penggunaan Pendidikan Pengetahuan Sepanjang Hayat dan Kemahiran Meningkatkan Sedia Ada Penggunaan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris serta bahasa pengantar yang lain. Rajah 2.2 Kesepaduan Dalam KBSR
  • 8. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 24_______________________________________________________________________________ Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR yang diperkenalkan pada 2011 menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dari segi reka bentuk, organisasi pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum. KSSR masih mengekalkan prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah iaitu perkembangan individu secara menyeluruh; pendidikan yang sama untuk semua murid; pendekatan bersepadu; dan pendidikan seumur hidup sebagai yang terdapat dalam Rajah 2.1 sebagai prinsipnya. Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi; Kerohanian; Sikap dan Nilai, Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi; dan Keterampilan Diri. KSSR mengekalkan konsep kesepaduan seperti yang terdapat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan, bermakna dan berkesan. KSSR juga mementingkan standard, sehubungan itu Dokumen Standard Kandungan (DSK) dan Dokumen Standard Pembelajaran diguna pakai. Jadual 2.1 Definisi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam KSSR (Sumber : Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM, 2011) Standard Kandungan Standard Pembelajaran Penyataan spesifik tentang Satu penetapan kriteria atau perkara yang murid patut petunjuk (indicator) kualiti ketahui dan boleh lakukan pembelajaran dan dalam suatu tempoh pencapaian yang boleh persekolahan merangkumi diukur bagi setiap standard aspek pengetahuan, kandungan. kemahiran dan nilai. Pembelajaran dalam KSSR adalah bersifat interaktif, berkesan dan menarik ke arah pembelajaran berterusan. KSSR juga menyarankan agar hands-on-learning berlaku untuk menjadikan learning is fun. Belajar sambil bermain, melakukan inkuiri penemuan, pembelajaran koperatif, pembelajaran luar bilik darjah, pembelajaran berasaskan projek dan penyelesaian masalah boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran KSSR. Pada masa yang sama, pengajaran guru sewajarnya dapat membolehkan murid memperoleh ilmu pengetahuan, mengembangkan daya kreativiti, mengaplikasi pelbagai kemahiran dan mengamalkan nilai murni. KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM (2011).
  • 9. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 25_______________________________________________________________________________ Gambar Hiasan: (Salah satu dokumen berkaitan KSSR yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia)
  • 10. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 26_______________________________________________________________________________ AKTIVITI 2.2 Lengkapkan rajah berikut berkaitan enam tunjang dalam KSSR. ----------------------------- ----------------------------- ----------------------------- INSAN SEIMBANG ----------------------------- ----------------------------- ----------------------------- Apakah persamaan atau perbezaan antara KLSR, KBSR dan KSSR? Perubahan kurikulum di peringkat sekolah rendah daripada KLSR kepada KBSR dan seterusnya KSSR memperlihatkan beberapa ciri yang jelas untuk dibandingkan. Perbandingan antaranya boleh dibuat berkaitan reka bentuk kurikulum, organisasi kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, bahan kurikulum, fokus kurikulum, dan penilaian. Daripada aspek reka bentuk kurikulum, pelaksanaan KBSR adalah melibatkan
  • 11. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 27_______________________________________________________________________________ tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya; dan Perkembangan Diri Individu. Pelaksanaan KSSR pula melibatkan enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi; dan Keterampilan Diri. Reka bentuk kurikulum dalam KBSR dan KSSR adalah lebih jelas dinyata dan didokumentasi berbanding dalam KLSR. KBSR dan KSSR diorganisasikan mengikut tahap, iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Di Tahap 1 dan Tahap 2 KBSR mata pelajaran dikategori kepada mata pelajaran Teras, mata pelajaran Wajib dan mata pelajaran Tambahan. Organisasi kurikulum dalam KSSR pula memberi tumpuan kepada Teras Asas, Teras Tema dan Elektif. Selain akademik KBSR dan KSSR juga memberi penekanan kepada kokurikulum dan pembangunan insaniah selaras dengan FPK. Dalam KLSR kurikulum secara mudahnya diorganisasikan kepada akademik dan kokurikulum sahaja. Daripada aspek bahan kurikulum pula KLSR banyak memberi tumpuan kepada yang terdapat dalam buku teks. Dalam KBSR, selain bahan-bahan daripada buku teks, bahan-bahan lain yang relevan difikir dan disediakan oleh guru sebagai bahan pembelajaran di dalam kelas. Bahan pembelajaran yang dipilih adalah untuk memperkembangkan secara harmonis potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pelaksanaan KSSR pula melibatkan pembelajaran secara modular. Bahan-bahan pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif dan hands-on digunakan ke arah pembelajaran yang berkesan dan ceria (learning is fun). Fokus kurikulum dalam KLSR adalah lebih kepada akademik. Kemahiran asas 3M adalah secara umum sahaja dan secara relatifnya kurang diberi penegasan berbanding dalam KBSR. Sehubungan itu kadar buta 3M dalam KLSR adalah lebih tinggi. Pembangunan diri pelajar secara seimbang, menyeluruh dan bersepadu melibatkan secara harmonis potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti dalam KBSR juga kurang berlaku dalam KLSR. Dalam KSSR selain konsep kesepaduan, fokus kepada 3M terus berlangsung. Kemahiran asas 3M ditegaskan semula dengan tambahan satu lagi kemahiran iaitu kemahiran menaakul, menjadikannya 4M. Konsep penilaian bentuk sumatif banyak berlangsung dalam KLSR. Murid-murid dinilai pada setiap hujung penggal yang mana terdapat tiga penggal dalam setahun. Dalam KBSR, selain penilaian bentuk sumatif, penilaian bentuk formatif banyak dilakukan. Penilaian bentuk formatif dilakukan bagi mengenal pasti pencapaian murid dalam menjalani proses pembelajaran mereka. Cara pengajaran guru akan diubahsuai berasaskan hasil penilaian tersebut supaya pembelajaran murid berkesinambungan. KSSR pula lebih memberi penekanan kepada penilaian atau pentaksiran yang berterusan; iaitu pentaksiran ke atas murid-murid berlangsung dari semasa ke semasa. Selain itu pentaksiran secara holistik melibatkan aspek-aspek berkaitan seseorang murid akan dilakukan. Jadual 2.2 menunjukkan perbandingan antara KLSR dengan KBSR dan KSSR. Jadual 2.3 pula menunjukkan perbandingan antara KBSR dengan KSSR.
  • 12. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 28_______________________________________________________________________________ Jadual 2.2 Perbandingan Antara KLSR Dengan KBSR KLSR KBSR Kurikulum bersifat umum dan lebih Penekanan kepada kemahiran asas kepada hafalan. 3M (membaca, menulis dan mengira). Silibus yang statik dan perlu Gabung jalin kemahiran dan diselesaikan untuk peperiksaan. penyerapan isi daripada mata pelajaran lain. Mata pelajaran yang membebankan Tiga bidang utama diberi murid dengan bidang yang kurang penekanan dengan jelas iaitu jelas. komunikasi; perkembangan diri individu; dan manusia dan alam kelilingnya. Pengajaran yang tidak melibatkan Pengajaran dengan penglibatan penyertaan aktif murid (berpusatkan murid secara aktif (berpusatkan guru). murid). Pengajaran untuk seluruh kelas dan Pengajaran dalam bentuk kumpulan ala kuliah digunakan. dan individu digunakan Proses pengajaran dan pembelajaran Bahan pengajaran selaras dengan secara formal minat, umur dan kebolehan murid- murid. Tiada pertimbangan perbezaan Perkembangan pelajaran mengikut individu murid. kebolehan murid-murid. Hanya bergantung kepada Penggunaan bahan dan alat bantu penggunaan buku teks. mengajar yang lebih berkesan. Tiada program pemulihan kepada Program pemulihan kepada murid murid yang lemah dan yang lemah dan pengayaan kepada pengayaankepada yang cerdas. yang cerdas berasaskan keputusan ujian diagnosis. Penilaian berbentuk sumatif Penilaian formatif juga digunakan dijalankan untuk mengukur bagi menilai perkembangan dan pencapaian murid-murid. kemajuan murid.
  • 13. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 29_______________________________________________________________________________ Jadual 2.3 Perbandingan Antara KBSR Dengan KSSR KBSR KSSR REKA • Berasaskan 3 Bidang: • Berasaskan 6 Tunjang: BENTUK - Komunikasi - Komunikasi KURIKULUM - Manusia dan Alam - Kerohanian, Sikap & Nilai Kelilingnya - Kemanusiaan - Perkembangan Diri - Perkembangan Fizikal Individu dan Estetika - Sains dan Teknologi - Keterampilan Diri • Linear • Modular BAHAN Sukatan Pelajaran (SP) dan Dokumen Standard Kandungan KURIKULUM Huraian Sukatan Pelajaran (DSK) (HSP) ORGANISASI • Tahap 1 • Tahap 1 KURIKULUM - Mata pelajaran Teras, - Modul Teras Asas, Modul Wajib & Tambahan Teras Tema & Modul Elektif • Tahap 2 • Tahap 2 - Mata pelajaran Teras, - Mata pelajaran Teras & Wajib & Tambahan Elektif KEMAHIRAN Elemen Kemahiran Elemen Kreativiti dan BERFIKIR Berfikir Secara Kritis dan Inovasi, Keusahawanan dan Kreatif Teknologi Maklumat & ICT secara eksplisit FOKUS • 3M • 4M - Membaca, menulis dan - Membaca, menulis, mengira mengira dan menaakul
  • 14. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 30_______________________________________________________________________________ RUMUSAN Dalam unit ini telah dijelaskan tentang perubahan kurikulum sekolah rendah daripada KLSR kepada KBSR dan seterusnya KSSR. Perubahan berlaku atas rasional-rasional atau alasan yang kukuh seperti yang dijelaskan terutamanya berkait dengan kehendak perubahan waktu dan keselarasan dengan cabaran semasa. KLSR, KBSR dan KSSR mempunyai ciri kekuatan masing-masing yang boleh dianalisis dan dibandingbezakan antara satu dengan yang lain, namun apabila zaman dan cabaran berubah kurikulum yang terdahulu seperti KLSR dan KBSR menjadi kurang relevan lagi. Justeru KSSR telah diperkenalkan mulai 2011 dengan misi untuk membangunkan modal insan dan pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat; dan melahirkan insan ulul al-bab. KATA KUNCI Kurikulum bersepadu - kurikulum yang mengintegrasikan elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam isi pelajaran supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran. Kurikulum standard - kurikulum yang berasaskan kepada standard seperti standard kandungan, standard pembelajaran dan sebagainya. Prinsip KSSR - ada empat prinsip iaitu perkembangan individu secara menyeluruh; pendidikan yang sama untuk semua murid; pendekatan bersepadu; dan pendidikan seumur hidup. Standard Kandungan - Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran - Satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Tunjang KSSR - Enam tunjang dalam KSSR iaitu komunikasi; kerohanian, sikap dan nilai; kemanusiaan; perkembangan fizikal dan estetika; sains dan teknologi; dan keterampilan diri
  • 15. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 31_______________________________________________________________________________ PENILAIAN KENDIRI Jawab semua soalan berikut. 1. Dalam tahun 1979 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan telah diterbitkan. Berdasarkan laporan tersebut pendidikan sekolah rendah perlu memberi penegasan kepada ________________ A. disiplin B. kemahiran 3M C. pencapaian akademik D. pembangunan sahsiah 2. Manakah antara berikut menunjukkan terdapatnya kekurangan dalam Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)? I. Tiada perkaitan yang jelas antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain. II. Sukatan pelajaran sekolah vernakular yang beorientasikan penjajah masih diguna pakai. III. Antara suatu peringkat pembelajaran dengan peringkat pembelajaran yang berikutnya tiada kesinambungan. IV. Pelaksanaan pengajaran dalam KLSR adalah terpengaruh dan berkaitan dengan persekitaran dan kehidupan. A. I dan III sahaja B. II dan IV sahaja C. I, III dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja 3. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan bagi mengganti Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). Manakah perbezaan antara KBSR dengan KLSR berikut yang benar? KBSR KLSR A. Murid lebih aktif dalam proses Guru bersifat autokratik dalam pembelajaran. pengajarannya. B. Hubungan yang harmonis Guru bertindak sebagai antara guru dengan murid. fasilitator di dalam bilik darjah. C. Penekanan kepada Penekanan kepada kemahiran pengetahuan. 3M. D. Berpusatkan guru dan bahan Berpusatkan murid untuk pembelajaran. perkembangan mereka.
  • 16. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 32_______________________________________________________________________________ 4. KSSR ialah penambahbaikan daripada KBSR. Manakah antara berikut benar perbandingan antara KBSR dengan KSSR? A. Di Tahap 2 KSSR, terdapat mata pelajaran teras, wajib, dan tambahan. B. Bahan kurikulum dalam KBSR adalah dalam bentuk dokumen standard. C. Reka bentuk KBSR dan KSSR adalah berasaskan kepada enam tunjang. D. KSSR berfokus kepada kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. 5. Apakah kelebihan KSSR berbanding KBSR? I. Selain membaca, menulis dan mengira, elemen menaakul terdapat dalam KSSR. II. Elemen ICT tidak diintegrasikan merentas kurikulum dan pengajaran dalam KBSR. III. Standard lebih jelas dinyatakan bagi kandungan dan pembelajaran dalam KSSR. IV. KSSR bertujuan membekali generasi masa hadapan untuk menghadapi cabaran abad ke-21. A. I dan III sahaja B. II dan III sahaja C. II dan IV sahaja D. I, III dan IV sahaja CADANGAN JAWAPAN: 1. B; 2. C; 3. A; 4. D; 5. D RUJUKAN Akta Pendidikan 1996. Kuala Lumpur : MDC Publishers Printers.(1996) Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah: Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010. (Edisi Pelancaran). Kuala Lumpur: KPM. Kementerian Pendidikan Malaysia (1980). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia (1987). Kurikulum Baru Sekolah Rendah: Buku Panduan Khas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1992). Asas KBSR I. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • 17. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 33_______________________________________________________________________________ Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1992). Asas KBSR II., Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sufean Hussin. (2004). Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Tajul Ariffin Noordin (1993). Perspektif falsafah dan pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.