KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 142_____________________________________________________________________...
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 143_____________________________________________________________________...
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 144_____________________________________________________________________...
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 145_____________________________________________________________________...
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 146_____________________________________________________________________...
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 147_____________________________________________________________________...
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 148_____________________________________________________________________...
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 149_____________________________________________________________________...
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 150_____________________________________________________________________...
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 151_____________________________________________________________________...
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 152_____________________________________________________________________...
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 153_____________________________________________________________________...
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 154_____________________________________________________________________...
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 155_____________________________________________________________________...
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 156_____________________________________________________________________...
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 157_____________________________________________________________________...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

14 unit 10

2,703

Published on

3 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
2,703
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
128
Comments
3
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

14 unit 10

  1. 1. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 142_______________________________________________________________________________ UNIT 10 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BILIK DARJAH HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat: 1. menjelaskan konsep bilik darjah secara umumnya. 2. menerangkan jenis-jenis bilik darjah iaitu bilik darjah tradisi, bilik darjah KBSR. 3. menerangkan pengurusan bilik darjah dari sudut fizikal dan psikologikal. 4. menjelaskan bilik darjah untuk kelas bercantum. PETA KONSEP TAJUK Organisasi dan Pengurusan Bilik Darjah Konsep Bilik Pengurusan Bilik Bilik Darjah Kelas Darjah Darjah Bercantum Jenis-jenis Bilik Darjah Suasana Suasana Fizikal Psikologikal
  2. 2. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 143_______________________________________________________________________________ PENGENALAN Secara fizikalnya, bilik darjah yang biasa terdapat di sekolah-sekolah di negara ini ialah pada dimensi sekitar 7 meter lebar dan 9 meter panjang, iaitu pada anggaran keluasan 63 meter persegi. Umumnya bilik darjah di peringkat sekolah rendah perlu mempunyai perabot asas seperti kerusi dan meja murid, kerusi dan meja guru, sudut bacaan, almari untuk guru, rak buku, papan tulis, papan kenyataan dan papan buletin. Organisasi sesebuah bilik darjah yang diperlukan di peringkat sekolah rendah agak berbeza berbanding dengan di peringkat yang lebih tinggi. Bilik darjah boleh didefinisikan sebagai tempat di mana sekumpulan murid diajar oleh seseorang guru. Walau bagaimanapun menurut Abdullah Sani Yahya (2003), bilik darjah didefinisikan sebagai suatu tempat di mana berlakunya segala pengajaran dan pembelajaran secara formal. Selalunya, sebahagian besar masa murid-murid di sekolah adalah dimanfaatkan di dalam bilik darjah iaitu mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. ISI KANDUNGAN Apakah yang anda faham tentang bilik darjah? Konsep bilik darjah berubah semasa ke semasa. Pada zaman dahulu, tempat di mana beberapa orang pelajar sedang mengikuti ajaran guru juga dianggap bilik darjah. Masjid, surau, madrasah, pondok di mana anak-anak Melayu belajar agama dan mengaji Quran daripada tok guru atau imam iaitu sebelum kedatangan British di Tanah Melayu juga boleh tergolong dalam konsep bilik darjah. Keadaan fizikal bilik darjah pada zaman dahulu amat berbeza dengan sekarang dan berubah selaras dengan perubahan teknologi dan perkembangan pendidikan. Bilik darjah boleh didefinisikan sebagai ruangan bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seseorang guru. Walau bagaimanapun menurut Abdullah Sani Yahya (2003), bilik darjah didefinisikan sebagai suatu tempat di mana berlakunya segala pengajaran dan pembelajaran secara formal. Selalunya, sebahagian besar masa murid-murid di sekolah adalah dimanfaatkan di dalam bilik darjah iaitu mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Beberapa jenis bilik darjah Terdapat beberapa jenis bilik darjah seperti bilik darjah tradisi, bilik darjah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), bilik darjah elektronik dan sebagainya. Bilik darjah tradisi Konsep bilik darjah tradisi telah lama diguna pakai dalam konteks pendidikan di Malaysia. Bilik darjah tradisi, ialah bilik darjah sebagaimana yang terdapat dalam KLSR. Dalam KBSR pun bilik darjah tradisi masih diguna pakai oleh guru-guru secara meluas mengikut keadaan dan kehendak pembelajaran murid. Dari segi susunan perabotnya, bilik darjah tradisi mempunyai kerusi meja murid yang disusun mengikut baris demi
  3. 3. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 144_______________________________________________________________________________ baris. Susunan kerusi meja murid adalah sama ada secara satu persatu atau berpasangan iaitu dua meja yang digabungkan. Rajah 10.1 dan rajah 10.2 menunjukkan susunan meja murid dalam bilik darjah tradisi. Papan Tulis Meja Guru Rajah 10.1 Kedudukan Meja Murid Dalam Bilik Darjah Tradisi (Rujukan: Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh, 2005) Dari segi saiz kelas, bilik darjah tradisi mempunyai saiz kelas sekitar 35 hingga 40 orang murid iaitu satu jumlah bilangan murid yang ramai. Untuk KLSR bilangan ini mungkin sesuai kerana proses pengajaran dan pembelajaran tidak banyak melibatkan murid- murid melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti aktiviti kumpulan, aktiviti kelas dan sebagainya. Proses pengajaran dan pembelajaran kebanyakkannya adalah berpusatkan guru. Kerusi dan meja guru terletak di bahagian hadapan kelas dan kebiasaan guru juga akan berada di hadapan kelas. Justeru kesemua murid akan memandang ke hadapan. Berikut adalah antara ciri bilik darjah tradisi. Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris. Pelajar yang bertubuh kecil, rendah dan penglihatan atau pendengarannya kurang baik di tempatkan di barisan hadapan. Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusat kepada guru. Aktiviti kumpulan yang melibatkan pelajar dalam proses pembelajaran jarang dipraktikkan.
  4. 4. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 145_______________________________________________________________________________ Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru. Mereka jarang bergerak kecuali duduk dan mendengar gurunya. Rajah 10.2 Kedudukan Meja Murid Dalam Bilik Darjah Tradisi Pada pendapat anda, adakah murid merasa selesa untuk belajar dalam bilik darjah tradisi? Mengapa?
  5. 5. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 146_______________________________________________________________________________ AKTIVITI 10.1 Dalam ruangan di bawah, senaraikan kelemahan bilik darjah tradisi. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ __________________________________________________________ ____________________________________________________________ __________________________________________________________ ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ __________________________________________________________ ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ __________________________________________________________ Bilik darjah KBSR Dari segi fizikal iaitu susunan kerusi mejanya, keadaan dalam bilik darjah KBSR adalah berlainan dengan yang terdapat dalam bilik darjah tradisi. Dalam bilik darjah KBSR murid-murid tidak lagi duduk secara baris demi baris, sebaliknya mereka akan duduk mengikut kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada enam hingga lapan orang murid bagi setiap kumpulan. Oleh yang demikian susunan kerusi meja murid adalah dalam kelompok-kelompok enam hingga lapan kerusi meja murid bagi setiap kumpulan. Walau bagaimanapun keadaan ini akan berubah. Kedudukan kerusi meja dan murid bersifat tidak statik, sebaliknya ia adalah dinamik mengikut pembelajaran murid. Kerusi meja boleh diubah suai susunannya. Contohnya, jika melakukan aktiviti perbincangan, kerusi disusun tanpa meja untuk dijadikan separuh bulatan. Selain itu, boleh juga dijadikan bilik darjah yang seolah-olah panggung kecil dengan kerusi diaturkan di sudut bilik darjah supaya pelajar boleh dan dapat melihat lakonan atau seumpamanya yang diadakan di ruang tengah bilik darjah. Terdapat juga banyak ruang-ruang bagi kegunaan yang pelbagai seperti sudut bacaan, ruang aktiviti pembelajaran, ruang pelbagai guna, ruang untuk bahan-bahan pembelajaran dan sebagainya. Rajah 10.3 dan Rajah 10.4 menunjukkan susunan meja murid dan perabot dalam bilik darjah KBSR.
  6. 6. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 147_______________________________________________________________________________ Papan Tulis Almari Meja Permaidan Guru ini Guru Ruang Bahan Pembelajaran / Bahan Aktiviti / P&P Persembahan P&P dan sebagainya Tersusun Tersusun Rapi Rapi Ruang Pembelajaran Sudut Bacaan Serba Guna Rajah 10.3 Susunan Meja dan Perabot Dalam Bilik Darjah KBSR (Rujukan: Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh, 2005) Kebanyakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dalam KBSR adalah secara kumpulan, selain daripada secara kelas dan juga individu. Agihan kumpulan adalah tidak rigid sebaliknya lebih bergantung kepada keperluan objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai. Susunan yang sedemikian rupa adalah selaras dengan konsep KBSR iaitu agar murid-murid dapat berperanan secara dinamik dan aktif dalam pembelajarannya. Berikut adalah antara ciri bilik darjah KBSR. Kerusi dan meja murid disusun mengikut kumpulan-kumpulan. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan mengikut kebolehan yang sama dan kadangkala kebolehan yang berbeza. (ada ketika tertentu mengikut kecenderungan dan minat, mengikut jantina dan lain-lain sebagai kehendak aktiviti pembelajaran) Kedudukan pelajar dalam kelas adalah tidak statik. Penglibatan murid dalam aktiviti pembelajan amat digalakkan. Ruang pembelajaran disediakan untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Pelajar berada dalam keadaan aktif. Mereka diberi peluang untuk bergerak dan berbincang dengan gurudan rakan sedarjah.
  7. 7. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 148_______________________________________________________________________________ Rajah 10.4 Susunan Meja dan Perabot Dalam Bilik Darjah KBSR Pada pendapat anda, adakah murid merasa selesa untuk belajar dalam bilik darjah KBSR? Mengapa?
  8. 8. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 149_______________________________________________________________________________ Rajah 10.5 Good Classroom Arrangement (Menurut Cruickshank, Jenkins & Metcalf (2003) Adakah bilik darjah KSSR sama dengan bilik darjah KBSR?
  9. 9. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 150_______________________________________________________________________________ AKTIVITI 10.2 Dalam ruangan di bawah, senaraikan kelemahan bilik darjah KBSR. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ __________________________________________________________ ____________________________________________________________ __________________________________________________________ ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ __________________________________________________________ ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ __________________________________________________________ Bilik darjah elektronik Bilik darjah elektronik yang pertama di negara ini yang dilengkapi dengan internet telah dilancarkan pada April 2001 di Sekolah Menengah Bukit Damansara di Kuala Lumpur. Ini adalah salah satu daripada usaha Kementerian Pendidikan pada masa itu untuk menyokong inisiatif sekolah bestari. Dalam ucapannya, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada masa itu berkata terdapatnya bilik darjah elektronik adalah sejajar dengan era digital dan pembaharuan yang diketengahkan yang selaras dengan konsep globalisasi dan bringing the world to classroom (Utusan Malaysia, 19 April 2001). Bilik darjah elektronik juga adalah selaras dengan ekspektasi masa hadapan di mana ciri-ciri pembelajaran murid-murid adalah mungkin seperti berikut: Bilik darjah mempunyai ciri seperti studio Setiap murid mempunyai stesyen masing-masing untuk penerokaan dan penyelidikan. Guru dan murid dibekali dengan komputer masing-masing. Komputer notebook digunakan bagi mengganti-kan buku teks. Guru sebagai pengurus maklumat serta suasana yang kompleks, bukan seperti pendita lagi.
  10. 10. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 151_______________________________________________________________________________ Guru juga bertindak sebagai fasilitator Rancangan pembelajaran persendirian murid-murid bukan lagi secara ‘satu untuk semua’ atau mass-lecture Bimbingan tidak terhad kepada guru yang mengajar, tetapi oleh sesiapa yang difikir boleh membantu seperti ibu bapa, rakan sebaya atau golongan pakar. Pembelajaran melalui pendekatan seperti tersebut dapat memberi keyakinan setiap murid akan dapat mengikuti kurikulum individu, tanpa halangan atau sekatan seperti peperiksaan yang menghalang murid-murid daripada terus maju dengan kadar kemampuan masing-masing. Pendekatan ini juga akan membolehkan murid-murid maju pada kadar perkembangan intelek masing-masing. Murid-murid juga akan mengalami proses sosialisasi bersama-sama rakan sebaya. Bagaimanakah anda menguruskan bilik darjah? Sesuatu bilik darjah, mungkin akan selesa, menarik dan menyeronokkan. Mungkin juga sesuatu bilik darjah tersebut akan membosankan, tidak selesa atau tidak menarik. Berdasarkan pengalaman anda sebagai murid, anda tentu tahu bagaimana keadaan ini boleh terjadi serta apa kesannya kepada diri anda. Oleh yang demikian adalah sangat perlu agar bilik darjah diurus dengan baik dan sempurna supaya ia selesa, menarik dan menyeronokkan seterusnya kondusif bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran. Lazimnya kemudahan dan peralatan yang terdapat di bilik darjah ialah seperti kerusi dan meja murid, kerusi dan meja guru, papan tulis, almari, rak, bakul, sampah, papan kenyataan yang dihiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan bilik darjah ialah proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal aspek fizikal dan psikososial di dalam bilik darjah bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan bilik darjah boleh dilihat daripada dua aspek yang utama iaitu pengurusan dari segi fizikal dan pengurusan dari segi suasana psikologikal. Pengurusan fizikal Organisasi bilik darjah sebahagiannya merujuk kepada unsur fizikal serta susunannnya yang melibatkan kerusi, meja, papan tulis, almari, rak dan sebagainya yang berada dalam bilik darjah. Suasana fizikal sesuatu bilik darjah adalah merujuk kepada kedudukan, saiz, pengisian perabut, dekorasi, pengudaraan dan sebagainya. Suasana fizikal mempunyai hubungkait dengan keperluan asas manusia iaitu selaras dengan teori keperluan manusia oleh Maslow. Mengikut teori ini, tahap motivasi manusia akan tinggi jika secara fizikalnya mereka berada dalam keadaan selamat, selesa dan kurang gangguan. Sebagai contoh, bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah akan menyebabkan kesesakan. Ini juga akan menimbulkan suasana kurang selamat, tidak selesa dan terdapat banyak gangguan. Kesesakan pula bergantung kepada ciri-ciri fizikal sebagai yang disebutkan iaitu kedudukan, saiz, pengisian perabut, pengudaraan dan sebagainya. Kejayaan guru menguruskan fizikal bilik darjah, bermakna guru telah berjaya membentuk disiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan ke arah kehidupan yang berkualiti.
  11. 11. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 152_______________________________________________________________________________ Rajah 10.5 Pengurusan Fizikal Melibatkan Kebersihan Bilik Darjah Berdasarkan pengalaman anda sebagai murid suatu ketika duhulu, pernahkah anda melakukan tugas-tugas seperti dalam Rajah 10.5? Bagaimanakah guru anda mengagihkan tugas-tugas tersebut dalam kalangan murid-murid dalam kelasnya? Pengurusan suasana psikologikal Suasana psikologikal bilik darjah merupakan aspek afektif yang mempengaruhi proses pengajaran guru dan pembelajaran murid di dalam bilik darjah. Suasana psikologikal dipengaruhi oleh suasana fizikal. Suasana psikologikal yang dikatakan kondusif adalah suasana yang sesuai untuk berlakunya proses pembelajaran. Contohnya ialah interaksi antara guru-murid dan antara murid-murid yang saling mendorong mereka untuk terus belajar. Selain itu ialah semangat kerjasama antara satu sama lain, tiada langsung unsur-unsur buli, ejek, menindas rakan dan sebagainya. Sebagai pengurus kelasnya, seseorang guru perlu dapat mengawal keadaan agar dapat terhindar daripada tercetusnya masalah disiplin yang membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran daripada berlaku. Ke arah mewujudkan suasana psikologikal yang baik, antaranya guru perlu memotivasikan murid-murid di dalam kelasnya. Terdapat dua kategori motivasi iaitu motivasi intrinsik (intrinsic motivation) dan motivasi ekstrinsik (extrinsic motivation). Motivasi intrinsik adalah bersifat dalaman yang melibatkan faktor-faktor peribadi seperti keperluan, minat, sifat ingin tahu dan keseronokan. Motivasi ekstrinsik adalah bersifat
  12. 12. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 153_______________________________________________________________________________ luaran melibatkan faktor-faktor luar yang boleh menyebabkan timbulnya motivasi dalam diri seseorang. Peranan guru dalam memotivasikan murid-murid di dalam bilik darjah adalah tuntut ke arah mewujudkan suasana psikologikal yang diharapkan. Bagi memotivasikan murid-murid di dalam kelasnya kedua-dua kategori motivasi tersebut boleh diaplikasikan. AKTIVITI 10.3 Jelaskan apakah kesan daripada aspek fizikal dan aspek psikologikal bilik darjah kepada pembelajaran murid. Fizikal: ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ __________________________________________________________ ____________________________________________________________ __________________________________________________________ Suasana psikologikal: ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ __________________________________________________________ ____________________________________________________________ __________________________________________________________ Bagaimanakah bilik darjah untuk kelas bercantum? Dalam unit sebelum ini telah dijelaskan apakah maksud kelas bercantum. Adakah anda masih ingat lagi? Bilik darjah kelas bercantum biasa terdapat di sekolah kurang murid (SKM). Dalam bilik darjah kelas bercantum, kelas-kelas yang telibat biasanya disusun secara sebelah menyebelah dan terpisah antara satu sama lain walaupun dalam bilik darjah yang sama dan guru yang sama mengajar. Cuba anda ingat kembali, apakah mata pelajaran yang sama juga diajarkan? Secara fizikalnya sekatan dibuat menggunakan pemidang setinggi kira-kira satu meter sebagai pemisahnya antara kedua-dua kelas yang terlibat. Walau bagaimanapun
  13. 13. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 154_______________________________________________________________________________ penggunaan pemidang yang lebih tinggi adalah tidak dibenarkan kerana akan menghalang murid daripada melihat guru dan guru melihat murid. Rajah 10.6 menunjukkan susunan meja murid dan perabot dalam bilik darjah kelas bercantum. Papan Tulis Almari Meja Ruang Guru Pembelajaran Guru Bahan Bahan P&P P&P Tersusun Tersusun Rapi Rapi Sudut Bacaan Kerusi dan Pemidang Kerusi dan Meja Murid- Meja Murid- murid Tahun 2 murid Tahun 3 Rajah 10.6 Contoh Kedudukan Murid-murid Tahun 2 dan Tahun 3 Dalam Kelas Bercantum (Rujukan: Ikhsan Othman & Norila Md. Salleh, 2005) RUMUSAN Unit ini telah membincangkan perkara-perkara berkaitan bilik darjah, khususnya bilik darjah di sekolah rendah. Pengurusan bilik darjah adalah sesuatu yang penting yang menyumbang kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Realitinya konsep bilik darjah berkembang selaras dengan perkembangan konsep pengajaran dan pembelajaran. Bagi bilik darjah tradisi organisasinya adalah bersifat asas sahaja dan pengurusannya juga lebih kepada memenuhi keperluan untuk guru mengajar dengan kurang mengambil kira keperluan murid-murid sebagai pelajarnya. Manakala dalam bilik
  14. 14. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 155_______________________________________________________________________________ darjah KBSR dan KSSR, tumpuan adalah lebih kepada keperluan untuk murid-murid belajar. Murid-murid pula tidak dianggap serupa sebaliknya perlu mengambil kira kepelbagaian serta perbezaan individu. Justeru pemulihan dan pengayaan perlu dilakukan. Perkembangan pesat bidang TMK pula lebih kepada penggunaan multimedia untuk sama-sama memperoleh manfaat daripadanya. Justeru bilik darjah dilengkapi dengan kemudahan TMK. Lebih-lebih lagi dalam KSSR TMK adalah salah satu daripada EMK yang perlu diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun tidak dinafikan masih terdapat konsep kelas bercantum di mana sebuah bilik darjah terdiri KATA KUNCI Bilik darjah - ialah ruangan bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seseorang guru. Motivasi ekstrinsik - motivasi bersifat luaran melibatkan faktor-faktor luar yang boleh menyebabkan timbulnya motivasi dalam diri seseorang. Motivasi intrinsik - motivasi bersifat dalaman yang melibatkan faktor-faktor peribadi seperti keperluan, minat, sifat ingin tahu dan keseronokan. Pengurusan bilik darjah - suatu proses merancang, mengelola, memimpin dan dan mengawal aspek fizikal dan psikososial di dalam bilik darjah bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Suasana psikologikal - merupakan aspek afektif yang mempengaruhi proses bilik darjah pengajaran guru dan pembelajaran murid di dalam bilik darjah. PENILAIAN KENDIRI Jawab semua soalan berikut. 1. Pembelajaran yang berkesan bergantung kepada suasana psikologikal sesebuah bilik darjah. Sehubungan itu, suasana psikologikal perlu diurus dengan baik. Suasana psikologikal ialah merujuk kepada ________________ A. kedudukan, saiz, pengisian perabot, dekorasi dan pengudaraan. B. saiz fizikal murid-murid yang terdapat dalam sesuatu bilik darjah. C. interaksi antara guru-murid dan murid-murid yang saling mendorong. D. peranan dan tanggung jawab seseorang murid dalam organisasi bilik darjah.
  15. 15. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 156_______________________________________________________________________________ 2. Manakah antara berikut ciri bilik darjah tradisi di sekolah rendah? A. Murid yang tinggi atau bersaiz besar berada belakang. B. Interaksi antara murid dengan murid lain adalah digalakkan. C. Kerusi dan meja disusun ikut kesesuaian pembelajaran murid. D. Guru dapat memberi fokus kepada semua murid dalam bilik darjah. 3. Papan Tulis Meja Guru Rajah di atas menunjukkan susunan kerusi meja murid mengikut konsep bilik darjah tradisi. Kawasan yang berlorek menunjukkan bahawa _____________ A. murid yang di belakang kurang perlu diberi perhatian. B. murid yang di hadapan banyak berkomunikasi dengan guru. C. semakin kebelakang, pandangan guru kepada murid semakin berfokus. D. semakin ke belakang murid semakin kurang mendapat perhatian daripada guru.
  16. 16. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 157_______________________________________________________________________________ 4. Manakah antara pernyataan berikut berkaitan kriteria bilik darjah Kurikulum Baru Sekolah Rendah? I. Susunan kerusi meja adalah tetap. II. Kerusi meja disusun mengikut kumpulan. III. Ambil kira perbezaan pencapaian dan latar belakang murid. IV. Terdapat ruangan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. A. I dan IV sahaja B. II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV 5. Manakah antara berikut ialah aturan kedudukan murid-murid dalam kelas bercantum? A. Murid-murid disusun berselang seli antara satu kelas dengan kelas yang lain. B. Separuh bahagian bilik darjah untuk satu kelas dan separuh bahagian lagi untuk kelas lain. C. Bahagian depan bilik darjah untuk satu kelas dan bahagian belakang untuk kelas lain. D. Murid-murid bebas berada di mana-mana di dalam bilik darjah untuk kedua-dua kelas yang dicantumkan. CADANGAN JAWAPAN: 1. C; 2. A; 3. B; 4. D; 5. D RUJUKAN Abdullah Sani Yahaya (2003). Mengurus sekolah. Bentong: PTS Publication & Distributors Sdn Bhd. Cruickshank, D.R., Jenkins, D.B. & Metcalf, K.K. (2003). The act of teaching (3rd ed.). Boston: McGraw Hill. Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah: Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books. Kementerian Pendidikan Malaysia (1987). Kurikulum Baru Sekolah Rendah: Buku Panduan Khas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah KBSR (1992). Pengurusan bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

×