• Like
10 unit 6
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

10 unit 6

  • 9,731 views
Published

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
9,731
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
297
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 79_______________________________________________________________________________ UNIT 6 INTEGRASI DALAM KURIKULUM SEKOLAH RENDAH HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat: 1. menerangkan konsep kurikulum bersepadu yang dilaksanakan di sekolah rendah. 2. menjelaskan konsep pengintegrasian dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah rendah. 3. menjelaskan bagaimana kesepaduan terdapat dalam KBSR/KSSR dapat dilaksanakan. PETA KONSEP TAJUK Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Kurikulum Pengintegrasian Bersepadu dalam Kurikulum dan pengajaran Kesepaduan Dalam Kesepaduan Dalam KBSR KSSR
  • 2. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 80_______________________________________________________________________________ PENGENALAN Sebagai yang telah dimaklumi pengertian serta matlamat pendidikan boleh dilihat daripada pelbagai perspektif. Dari satu sudut, pendidikan boleh dilihat sebagai proses sosialisasi dan pembudayaan ahli atau bakal ahli masyarakat. Pendidikan juga boleh dilihat sebagai satu pelaburan yang membolehkan seseorang mendapat kedudukan dari sudut kewangan mahupun status sosial. Dari sudut kenegaraan pula, melalui pendidikan akan terbina warga negara yang mempunyai sikap dan nilai patriotisme, tahu tentang hak dan tanggungjawab sebagai warganegara. Di negara ini, sektor pendidikan adalah dianggap sebagai wahana bagi pembangunan insan dan pembangunan negara. Sehubungan itu, pelaksanaan pendidikan dilakukan secara menyeluruh dan bersepadu bagi mencapai tujuan tersebut. Usaha yang dilakukan ialah bagi mencungkil, memupuk, mengembang dan meningkatkan bakat serta potensi murid secara menyeluruh daripada aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian, kurikulum perlu dibentuk dan disusun berteraskan beberapa objektif seperti memperkembangkan potensi kanak- kanak secara harmonis, menyeluruh dan bersepadu; membina suasana pembelajaran yang baik bagi meningkatkan daya fikir; mencari kebenaran; dan menyelesaikan masalah. Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di Malaysia adalah bagi mendukung dan menjayakan konsep kurikulum bersepadu ke arah merealisasikan hasrat yang terkandung dalam FPK. Sebelum pelaksanaan KBSR, kurikulum di sekolah rendah telah dikenal pasti tidak relevan dengan kehendak dan matlamat sistem pendidikan negara. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula di bangunkan berasaskan kepada prinsip-prinsip KBSR. ISI KANDUNGAN Asas berkaitan pengertian kurikulum Mengikut pengertian umum kurikulum ialah pelajaran ataupun mata pelajaran yang disediakan oleh sekolah. Walau bagaimanapun ada yang lebih perseptif dengan melihat kurikulum sebagai program pendidikan bagi mencapai sesuatu matlamat tertentu. Kurikulum juga boleh bererti apa yang guru hendak mengajar dan apa yang murid perlu belajar (Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, 2008). The International Encyclopedia of Curriculum pula telah mengaitkan hubungan antara kurikulum dan pendidikan dengan menyatakan bahawa proses pendidikan tidak dapat dijelaskan sepenuhnya tanpa merujuk kepada komponen kurikulumnya. Ia itu saling pentingnya antara kurikulum dengan pendidikan. Apakah konsep kurikulum bersepadu? Konsep kurikulum bersepadu dikenalpasti dilaksanakan di sekolah-sekolah di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia. Rakyat di negara tersebut menganggap kesepaduan dalam kurikulum ialah sebagai usaha yang bersifat futuristik (Passe, 1999). Contohnya di Amerika Syarikat, unsur-unsur sains adalah dianggap sebagai unsur-unsur yang penting dan perlu disepadukan dalam semua mata pelajaran di sekolah-sekolah secara merentas kurikulum (Wiles & Bondi, 1998). Contoh lain ialah konsep pembelajaran berasaskan minda (brain based learning), yang kini banyak
  • 3. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 81_______________________________________________________________________________ diintegrasikan ke dalam kurikulum hingga kurikulum dan pengajaran bersifat sepadu; diperkaya (enriched) serta mantap; seterusnya menjadi laluan ke arah pembelajaran seumur hidup (Forgaty, 2002; Passe, 1999). Secara amnya pelaksanaan konsep kurikulum bersepadu telah dipraktikkan secara meluas dalam sistem pendidikan di Barat bagi memberi manfaat kepada perkembangan potensi murid. Pelaksanaan konsep kurikulum bersepadu mempunyai banyak implikasi positif kepada murid. Menurut Passe (1999), kebaikan pelaksanaan konsep kurikulum bersepadu dilihat dari sudut ‘the whole is greater than the sum of its parts’ selain daripada melihat bahawa ‘no subject is sufficient by itself’. Secara amnya dalam sesuatu proses pembelajaran, kepelbagaian pengetahuan; kemahiran atau pengalaman; dan nilai-nilai daripada perspektif yang pelbagai, saling berhubung kait antara satu dengan lain di dalam minda bagi menghasilkan sesuatu yang bermakna untuk kegunaan ketika menghadapi situasi atau menangani masalah yang sedang dihadapi (Caine & Caine, 1991; Fogarty, 2002; Weber, 2005). Sehubungan itu, proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah seharusnya bergerak di bawah konsep kurikulum bersepadu seperti tersebut dengan mengambil kira kepelbagaian perkara daripada pelbagai aspek atau dimensi. AKTIVITI 6.1 Menurut Passe (1999), kebaikan konsep kurikulum bersepadu dilihat dari sudut ‘the whole is greater than the sum of its parts’ selain melihat ‘no subject is sufficient by itself’. Kaitkan rasional tersebut dengan perubahan daripada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________
  • 4. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 82_______________________________________________________________________________ Integrasi kurikulum dan pengajaran dalam kurikulum bersepadu? Proses pengajaran dan pembelajaran yang melaksanakan kurikulum bersepadu ialah laluan untuk berlakunya konsep pembelajaran berasaskan minda. Mengikut konsep pembelajaran berasaskan minda, proses pembelajaran akan lebih berkesan jika berlaku sinaps di dalam otak manusia; iaitu pelbagai sel neuron dalam otak saling berhubung antara satu dengan yang lain di bahagian dendrit; terutama apabila impuls dihantar dan diterima oleh sel-sel neuron. Ingatan seseorang akan sentiasa diperkukuh melalui pembinaan sinaps yang baru. Sehubungan itu jika impuls terhasil daripada persekitaran yang kaya dengan pelbagai rangsangan, maka pembelajaran akan menjadi lebih mudah serta bermakna kerana sinaps akan sering berlaku. Sebaliknya jika murid tidak terangsang oleh sebarang rangsangan, maka dendritnya juga tidak akan terangsang dan sinaps tidak berlaku; akibatnya pembelajaran menjadi kurang berkesan atau tidak berlaku langsung. Oleh yang demikian, persekitaran pembelajaran harus diperkayai dengan pelbagai rangsangan agar pembelajaran menjadi lebih berkesan. Integrasikan pelbagai elemen dalam kurikulum dan pengajaran dalam kurikulum bersepadu boleh mewujudkan pelbagai rangsangan yang dimaksudkan seterusnya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan. Beberapa pendekatan boleh diambil dalam usaha untuk mengintegrasikan sesuatu elemen, ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Passe (1999) mencadangkan pendekatan adaptasi ke dalam kurikulum yang sedia ada; iaitu mengadaptasikan sesuatu elemen kemahiran atau elemen nilai ke dalam mata pelajaran yang sedia ada. Sesuatu elemen contohnya kemahiran berfikir boleh diadaptasikan ke dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran yang sedia ada. Fogarty (2002) pula mencadangkan pengintegrasian secara nested. Dalam pengintegrasian secara nested, guru mensasarkan beberapa isi pelajaran; atau beberapa kemahiran, contohnya kemahiran sosial atau kemahiran berfikir, ke dalam sesuatu mata pelajaran. Melalui pendekatan adaptasi mahupun pendekatan nested, sesuatu kurikulum bersepadu mempunyai sifat kaya dengan pengetahuan, kemahiran, nilai dan elemen berguna yang diperlukan oleh murid bagi tujuan perkembangan semua potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani secara harmonis, menyeluruh dan bersepadu. Pengintegrasian ialah cara yang diguna dalam kurikulum bersepadu untuk mengintegrasikan sesuatu elemen tertentu ke dalam kurikulum yang sedia ada. Pengintegrasian dalam pengajaran dapat menyepadukan sesuatu elemen tertentu, contohnya elemen kemahiran berfikir ke dalam sesuatu mata pelajaran. Bagi melaksanakannya, elemen tertentu akan diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, di samping menyampaikan isi kandungan dan mencapai objektif sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya, pengintegrasian ialah salah satu cara yang diguna pakai oleh guru bagi menyepadukan elemen seperti kemahiran berfikir, kemahiran multilingual, nilai murni dan nilai patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Armstrong (2000), elemen kecerdasan pelbagai juga boleh diintegrasikan ke dalam kurikulum yang bersifat sepadu. Sehubungan itu, di bawah konsep kurikulum bersepadu, sesuatu kurikulum berkeupayaan untuk memperkembangkan semua potensi murid secara seimbang, harmonis dan menyeluruh selain daripada membina suasana pembelajaran yang kondusif ke arah mempertingkatkan daya fikir; mencari kebenaran; dan menyelesaikan masalah.
  • 5. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 83_______________________________________________________________________________ Apakah konsep integrasi terdapat dalam KBSR? Dalam KBSR, konsep integrasi lebih dikenali sebagai kesepaduan. Konsep kesepaduan dalam KBSR membawa maksud penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh dan bersepadu. Ini kerana dalam KBSR, pendidikan adalah bagi pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. KBSR dirancang untuk membolehkan setiap orang murid memperoleh kemahiran, mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki. Bagi tujuan ini, pelaksanaan KBSR perlulah mengintegrasikan perkara-perkara berikut: • Teori dengan amali • Pengetahuan dengan kemahiran • Pengetahuan dan kemahiran dengan nilai • Pengalaman dalam bilik darjah dengan pengalaman luar bilik darjah • Pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam sesuatu mata pelajaran dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam mata pelajaran lain. • Bahasa merentas kurikulum Kesepaduan Unsur Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani Penekanan Pendidikan Kepada Nilai Untuk Semua Murni Konsep Integrasi Dalam KBSR Penggunaan Pendidikan Pengetahuan Sepanjang dan Kemahiran Hayat Meningkatkan Sedia Ada Penggunaan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris serta bahasa pengantar yang lain. Rajah 6.1 Konsep Kesepaduan Dalam KBSR
  • 6. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 84_______________________________________________________________________________ Dari segi prosesnya pula, pelaksanaan KBSR meliputi konsep-konsep berikut: • Pendekatan bersepadu • Perkembangan individu secara holistik • Pendidikan untuk semua • Pendidikan sepanjang hayat Pendekatan Bersepadu Dalam pendekatan ini elemen ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai adalah dilihat secara bersepadu bagi perkembangan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. John Dewey, Maria Montessori, Franklin Bobbit, Ralf Tyler dan lain-lain ialah antara mereka yang melihat murid-murid sebagai sumber utama kepada sesuatu kurikulum yang digubal. Apa yang difikir tentang kurikulum perlulah ada kaitan dengan pengalaman yang dilalui oleh murid-murid. Dewey juga percaya adalah tidak wajar mengasingkan (compartmentalise) antara ilmu pengetahuan dengan pengalaman serta lain-lain elemen yang berkaitan. Perkembangan Individu Secara Holistik Konsep perkembangan individu secara holistik adalah selaras dengan kehendak FPK. Dalam FPK, pendidikan negara adalah sebagai usaha yang komprehensif dan berterusan untuk melahirkan individu yang bersahsiah baik, berketrampilan seterusnya seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum dan pengajaran juga tidak mengenepikan kepercayaan dan kepatuhan kepada perintah Tuhan. Individu insan yang dilahirkan melalui proses pendidikan perlu mempunyai ilmu pengetahuan; mempunyai kemahiran; mempunyai pemikiran kreatif; rasional; mempunyai akhlak yang mulia; dan seterusnya mampu memberi sumbangan ke arah kesejahteraan diri, keluarga dan kemakmuran masyarakat dan negara. Pendidikan Untuk Semua Setiap insan telah dijanjikan rezeki masing-masing oleh Yang Maha Pencipta. Sehubungan itu juga kita sering mendengar ungkapan seperti berikut: Yang pekak membakar meriam Yang buta menghembus lesung Yang lumpuh menghalau ayam Yang pekung menjemur jemuran Yang kurap memikul buluh Ungkapan tersebut memberi gambaran kepada kita bahawa setiap individu mempunyai potensi yang tersendiri dan mampu memainkan peranan masing-masing untuk kepentingan diri dan memberi sumbangan kepada orang lain. Oleh yang demikian hak setiap individu tidaklah boleh dinafikan sama sekali walau apa pun keadaan mereka.
  • 7. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 85_______________________________________________________________________________ Sehubungan itu pendidikan perlu diberi kepada setiap individu mengikut kapasiti masing- masing. Dalam kelas-kelas KBSR yang biasa murid-murid perlu diberi peluang untuk menimba pengetahuan dan kemahiran secara adil dan saksama. Sehubungan itu murid-murid biasanya akan diagihkan mengikut kumpulan berasaskan keupayaan mereka. Kepada kumpulan murid yang cerdas aktiviti pengayaan akan dilakukan. Manakala bagi murid- murid yang lemah aktiviti pemulihan pula akan diberi. Pendidikan Sepanjang Hayat Sebagai yang dihasratkan dalam FPK, secara prosesnya pendidikan adalah usaha yang berterusan, sehubungan itu pendidikan perlu berlangsung sepanjang hayat. Manusia mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan. Proses pertumbuhan dan perkembangan akan menyebabkan perubahan terus berlaku pada individu dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian adaptasi kepada perubahan tersebut memerlukan latihan kemahiran baru mahupun pendidikan yang berterusan. Selain itu, persekitaran yang terus berubah dari semasa ke semasa juga menuntut kepada keterampilan yang perlu sentiasa dipertingkatkan. Melalui konsep pendidikan sepanjang hayat, kesinambungan dalam kehidupan dapat berlangsung dengan lancar. Pendidikan adalah bersifat wajib dan berterusan iaitu dari buaian hingga ke liang lahat. Konsep berkaitan dengan perkara ini memang terkandung dalam Al-Quran dan hadis. Pendidikan sepanjang hayat telah dikenal pasti perlu dalam usaha membangunkan modal insan selain daripada memperkembangkan minat, bakat serta domain afektif individu. Ini juga diakui oleh pendidik barat seperti Jean Jacques Rousseau yang mana beliau pernah mengatakan pendidikan adalah usaha yang terus menerus sejak dari alam kanak-kanak lagi. Sehubungan itu dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah, pelajar-pelajar perlu disemai dengan sikap dan semangat untuk terus menuntut secara berterusan. Apakah maksud penggabungjalinan dan penyerapan? Bagi melaksakanan pengajaran yang berasaskan kepada kurikulum bersepadu, pelaksanaan KBSR menggunakan pula konsep penggabungjalinan, penyerapan dan penerapan. Penggabungjalinan Penggabungjalinan yang dimaksudkan dalam KBSR ialah sebagai proses menggabungkan pelbagai kemahiran yang relevan ke arah pembelajaran murid yang integratif dan menyeluruh bagi sesuatu mata pelajaran. Penggabungjalinan kemahiran boleh dilihat daripada tiga sudut seperti berikut : • Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran.
  • 8. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 86_______________________________________________________________________________ (contoh: Kemahiran kira dharab dan kira tolak dalam pengajaran kira bahagi; kemahiran membina ayat dalam kemahiran menulis karangan pendek; dan sebagainya) • Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam sesuatu mata pelajaran. (contoh: Kemahiran melukis bulatan, segitiga, segiempat dll. daripada mata pelajaran Seni Visual dalam pembelajaran Matematik dan sebagainya) • Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum. (contoh: Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK), kemahiran menaakul, kemahiran menyelesai masalah, kemahiran berkomunikasi, kemahiran ICT dan sebagainya seboleh mungkin dalam pengajaran semua mata pelajaran) Penyerapan Dalam penyerapan, berlaku proses mengintegrasi atau menyatupadukan pengetahuan am atau pengetahuan daripada mata pelajaran lain ke dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran. Sebagai contoh, guru mengambil petikan atau artikel sains daripada mata pelajaran Sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Maklumat atau pengetahuan am juga boleh disentuh dan dihubungkaitkan dalam pengajaran guru. Melalui cara ini aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik selain penguasaan ilmu pengetahuan yang menjadi lebih luas oleh murid. Konsep penerapan dalam hal ini membawa maksud proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang diterapkan adalah termasuk nilai-nilai murni KBSR, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya. Apakah konsep integrasi terdapat dalam KSSR? Konsep integrasi seperti yang terdapat dalam KBSR terus berlangsung walaupun KBSR telah ditransformasikan kepada KSSR. Elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan dalam KBSR seperti nilai murni, patriotisme, nilai alam sekitar, kesihatan sosial, keselamatan jalan raya, sains dan teknologi, KBKK dan lain-lain akan terus diberi penekanan dalam KSSR selain elemen merentas kurikulum (EMK).
  • 9. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 87_______________________________________________________________________________ Penekanan Konsep 5P Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menekankan konsep penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Hal ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. … Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM. 2011 Elemen Merentas Kurikulum (EMK) EMK diperkenalkan dalam KSSR sebagai tambahan kepada aspek-aspek yang disepadukan dalam KBSR dan sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR. Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. http://www.moe.gov.my/bpk/ EMK dalam KSSR merujuk kepada penyepaduan tiga elemen iaitu: • kreativiti dan inovatif • keusahawanan • teknologi maklumat dan komunikasi Dalam pelaksanaan KSSR, EMK perlu disepadukan di dalam semua disiplin ilmu. KPM (2010) telah memberi rasional tentang kepentingan EMK iaitu, ketiga-tiga elemen dalam EMK tersebut sebagai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Selain itu, EMK dikatakan penting untuk pembangunan negara, iaitu daripada Perspektif Wawasan 2020 yang mana Malaysia akan menjadi sebuah negara perindustrian. EMK juga dikatakan selaras dengan pelaksanaan Model Baru Ekonomi (MBE) iaitu memperkembangkan budaya keusahawanan dan inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia. Melalui konsep EMK juga, ICT akan dijadikan sebagai pengupaya dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran, selain ICT dipelajari sebagai mata pelajaran.
  • 10. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 88_______________________________________________________________________________ RUMUSAN Unit ini telah menerangkan konsep tentang kurikulum bersepadu secara umumya. Unit juga seterusnya menjelaskan tentang pengajaran yang mengintegrasikan elemen- elemen yang dikenal pasti penting dalam perkembangan pelajar di peringkat sekolah rendah selaras dengan perkembangan potensi secara menyeluruh, harmonis, seimbang dan bersepadu. Unit ini juga telah menjelaskan bagaimana pengintegrasian tersebut dapat berlangsung dalam KBSR/KSSR. KATA KUNCI Kurikulum bersepadu - Kurikulum yang secara eksplisitnya tidak hanya menjurus kepada sesuatu domain, bidang atau aspek tertentu sahaja, sebaliknya lebih menyeluruh dengan mengintegrasikan pelbagai domain, bidang atau aspek yang bersangkutan yang dikenalpasti relevan atau selaras dengan perkembangan seimbang murid-murid. Elemen merentas kurikulum - EMK ialah elemen yang disepadukan dalam KSSR (EMK) secara merentas kurikululm melibatkan tiga elemen iaitu kreativiti dan inovatif; keusahawanan; serta teknologi maklumat dan komunikasi selain elemen- elemen yang diberi penegasan dalam KBSR. Pendidikan secara holistik - Selaras dengan FPK pendidikan sebagai usaha yang komprehensif dan berterusan untuk melahirkan individu yang bersahsiah baik, berketrampilan seterusnya seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta tidak mengenepikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. PENILAIAN KENDIRI Jawab semua soalan berikut. 1. Selain daripada yang terkandung dalam sukatan pelajaran, aspek-aspek lain juga diberi penegasan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti kekemasan, kebersihan, ketepatan masa dan lain-lain. Penegasan guru kepada perkara tersebut dalam kurikulum dan pengajaran adalah ________________ A. bagi mengurangkan beban dan tugas guru disiplin di sekolah. B. untuk menampung lompang yang ada dalam sesuatu mata pelajaran. C. untuk mengisi masa senggang yang terdapat dalam sesi pembelajaran. D. selaras dengan perkembangan murid secara seimbang dan menyeluruh.
  • 11. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 89_______________________________________________________________________________ 2. Apakah implikasi konsep kesepaduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran KBSR? I. Penerapan nilai murni II. Pemerolehan ilmu pengetahuan III. Pertambahan bilangan tajuk pelajaran IV. Pertambahan peruntukan masa pembelajaran A. I dan II sahaja B. III dan IV sahaja C. I, II dan III sahaja D. I, II, III dan IV 3. Manakah antara berikut boleh diklasifikasikan sebagai kebaikan pelaksanaan konsep kesepaduan dalam KBSR? A. Banyak lagi mata pelajaran baru boleh diajar di sekolah. B. Buku teks dapat dijadikan sebagai satu-satunya bahan pembelajaran. C. Perkara yang tidak boleh dijadikan mata pelajaran boleh digabung dalam mata pelajaran yang ada. D. Dapat menetapkan secara spesifik sesuatu tujuan mata pelajaran supaya tidak berlaku pertindanan 4. Terdapat pelbagai pendekatan bagi mengintegrasikan sesuatu aspek atau elemen ke dalam kurikulum. Manakah antara berikut ialah pendekatan yang boleh dicadangkan? I. membina kurikulum yang baru. II. meninggalkan aspek lama untuk memasukkan yang baru. III. mengadaptasi sesuatu aspek ke dalam kurikulum yang ada. IV. mencampuradukkan aspek yang baru dalam kurikulum yang lama. A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. III dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja 5. Pelaksanaan kurikulum bersepadu mempunyai kebaikan tertentu. Apakah kebaikan? I. Dapat dikaitkan dengan kehidupan harian. II. Suasana dinamik dan interaktif dapat diwujudkan. III. Kebergantungan kepada buku teks dapat dikurangkan. IV. Mata pelajaran yang kurang diberi penekanan dapat disepadukan. A. I dan II sahaja B. III dan IV sahaja C. I, II dan III sahaja D. I, II, III dan IV
  • 12. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 90_______________________________________________________________________________ CADANGAN JAWAPAN: 1. D; 2. A; 3. C; 4. B; 5. B RUJUKAN http://www.moe.gov.my/bpk/ Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2008). Falsafah pendidikan dan kurikulum (edisi kedua). Tanjong Malim: Quantum Books. Armstrong, T. (2000). Multiple intelligences. Diperoleh Mei 28, 2004 daripada http://www.thomasarmstrong.com Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Caine, R. & Caine, G. (1991). Making connections: Teaching and human brain. Alexandria VA: Association for Supervision and Curriculum Development. Fogarty, R. (2002). How to integrate the curricula (2nd ed.). Illinois: Pearson Skyligt Publication. Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah: Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books. Passe, J. (1999). Elementary school curriculum (2nd Edition). Boston : McGraw Hill. Weber, E. (2005). MI strategies in the classroom and beyond using roundtable learning. Boston: Pearson Allyn & Bacon. Wiles, J. & Bondi, J. (1998). Curriculum development: A guide to practice (5th ed.). New Jersey: Merrill. Wyse, D. (2002). Becoming a primary school teacher. New York: Routledge.