• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Kpt6044 tugasan 3
 

Kpt6044 tugasan 3

on

  • 650 views

KAJIAN TINJAUAN

KAJIAN TINJAUAN

Statistics

Views

Total Views
650
Views on SlideShare
650
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
15
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Kpt6044 tugasan 3 Kpt6044 tugasan 3 Document Transcript

    • KPT6044PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 3 TAJUKKESEDARAN DAN KESEDIAAN GURU SEKOLAH RENDAH DALAM MEMPELAJARI E-PEMBELAJARANNAMA : LILLY DEVI A/P KARUPPANANNO. KP : 781211-14-5862NO. MATRIK : M20111000212FAKULTI : EKONOMI DAN PENGURUSANNAMA PENSYARAH : PROF. MADYA DATO’ DR. ABDUL LATIF BIN HAJI GAPOR 1
    • SENARAI KANDUNGAN MUKASURATABSTRAK 31.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 3-5 1.2 Pernyataan Masalah 5-6 1.3 Objektif Kajian 6 1.4 Persoalan Kajian 6 1.5 Kepentingan Kajian 62.0 LITERATUR 2.1 Kajian Literatur 7-83.0 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 8 3.2 Rekabentuk Kajian 8 3.3 Populasi dan Sampel Kajian 9 3.4 Instrumen Kajian 94.0 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 9 4.2 Latar Belakang Responden 9-10 4.3 Tahap Kesedaran Responden 11 4.4 Tahap Kesediaan Responden 12 4.5 Perbincangan Hasil Kajian 12-135.0 ULASAN DAN CADANGAN 5.1 Ulasan 13 5.2 Cadangan 13 5.3 Penutup 13-14RUJUKAN 14 2
    • TAJUK KESEDARAN DAN KESEDIAAN GURU SEKOLAH RENDAH DALAM MEMPELAJARI E-PEMBELAJARAN ABSTRAK Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang pesat membolehkan pembelajaran danpengajaran dibuat melalui penggunaan rangkaian yang mampu menghubungkan guru dengan pelajar,pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan bahan web global secara dalam talian. Penggunaan teknologimaklumat dan komunikasi untuk memudah cara proses pembelajaran dan pengajaran atau lebihkhususnya e-pembelajaran menjadikan pelajar lebih aktif dan bertanggungjawab terhadappembelajarannya. Konsep pembelajaran sedemikian yang tertumpukan pelajar melalui teknologi e-pembelajaran dijangka melahirkan pelajar yang lebih bertanggungjawab, bebas dan berdikari serta bolehbersaing di persada antarabangsa.Kaedah e-pembelajaran ini seharusnya diperkenalkan secara lebihmeluas bermula dari peringkat sekolah rendah bagi memupuk pelajar khasnya kanak-kanak mencintaiilmu pengetahuan di samping merangsang minat mereka untuk belajar. Satu kajian tinjauan telah dijalankan di SJK (T) Saraswathy, Sungai Buloh, Selangor tentangkesedaran dan kesediaan guru sekolah rendah dalam mempelajari e-pembelajaran.Oleh yang demikian,seramai 20 orang guru telah menjadi responden untuk menjalankan kajian ini.Bagi mendapatkan data-datayang berkaitan, borang soal-selidik telah digunakan, dan analisis deskriptif telah dijalankan untukmenjawab persoalan-persoalan kajian.Hasil kajian didapati bahawa tahap kesedaran dan kesediaan gurusekolah rendah dalam mempelajari e-pembelajaran berada pada tahap yang sederhana. 1.0 PENDAHULUAN1.1 PENGENALAN Penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru dan ianyatelah lama diperkenalkan di negara maju.Malaysia juga tidak ketinggalan dalam arus pembangunan ini.Pendidikan di Malaysia akan menuju kepada kurikulum yang berorientasikan teknologi maklumat iaituselaras dengan misi dan visi untuk menjadi sebuah negara yang maju dan negara industri sepenuhnyamenjelang tahun 2020. Sistem pendidikan yang ingin melahirkan masyarakat yang berteknologi haruslah 3
    • mempunyai para pelajar yang berpengetahuan dan mempunyai kemahiran yang tinggi (Brandle danMason, 1985).Revolusi teknologi maklumat yang mempengaruhi persekitaran pendidikan semasa diMalaysia, jelas menjadi cabaran besar yang menuntut komitmen daripada semua pihak terutama institusi-institusi pendidikan yang menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat bermaklumat sertapembangunan teknologi. . Ia adalah selaras dengan aspirasi dan keperluan pendidikan dalam abad ke 21(Abu Haris dan Shaharimah, 1998). Dengan kata lain, reformasi pendidikan perlu wujud untukmemastikan sistem pendidikan negara tidak terkebelakang daripada ledakan teknologi maklumat yangsentiasa berkembang (Wan Mohd Zahid, 1993). Menurut Md. Yusof (1993), penggunaan pelbagai jenismedia elektronik secara terancang akan dapat mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran sertamemberi peluang kepada para pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebihmenarik, menyeluruh dan bersepadu. E-pembelajaran merupakan aplikasi teknologi maklumat yang memainkan peranan penting dalamproses pengajaran dan pembelajaran masa kini. E-pembelajaran di institusi pendidikan telah menjadikaedah pembelajaran serta meningkatkan tahap pembelajaran pada masa kini.Ia berupayamempercepatkan pengajaran dan menjadikan proses pembelajaran berlangsung dengan lebih efektif.Penerimaan e-pembelajaran bukan sahaja mampu menukarkan modul tradisional, kos program dan bilikdarjah dalam bentuk versi atas talian, bahkan penggunaan teknologi di dalam e-pembelajaran bolehmenyumbang kepada persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang sangat fleksibel. Perkembangan e-pembelajaran di negara kita agak membanggakan kerana terdapat organisasi-organisasi besar yang tidak mementingkan komersial sebaliknya lebih menekankan kepada penyebaranilmu pengetahuan terutamanya dikalangan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.E-pembelajaranmerupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WANatauInternet) untuk menyampaikan kandungan, maklumat dan juga berinteraksi melaluinya. Internet,intranet, satelit, pita audio-video, interaktif tv fan CD-rom adalah sebahagian dari media elektronik yangdigunakan untuk mempraktikkan e-pembelajaran (Kaplan-Leiserson, 2000). E-pembelajaran tidak hanya mencakupi pembelajaran jarak jauh secara maya malahan melibatkanWeb Portal. Kelebihan web portal, pendidikan ini ialah ia mempunyai bank-bank ujian, pelanpengajaran, bilik darjah maya, bahan-bahan pengajaran untuk guru, ujian untuk pelajar, dan direktorilaman-laman web yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran serta maklumat-maklumat yang bergunaseperti maklumat-maklumat sekolah, kalender tahunan, aktiviti pendidikan dan sebagainya. Antaraorganisasi yang melibatkan diri dalam menjayakan penubuhan web portal ini ialah seperti MIMOSBerhad 4
    • melalui laman webnya, www.cikgu.net.my dan juga Kumpulan Utusan yang melancarkan laman webnya,www.tutor.com.my baru-baru ini. Menurut Ismail (2003), e-pembelajaran mampu membawa satu perubahan dalam prosespembelajaran secara lebih berkesan daripada pelbagai aspek. Terdapat pelbagai kepentingan epembelajarandalam proses pembelajaran dan pengajaran. Di antara kepentingan e-pembelajaran adalahmembolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan.Pelajar boleh memilih masa,kandungan serta hala tuju pembelajaran mereka. Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susahberulang kali sehingga pemahaman dicapai. Mereka juga dapat belajar di dalam suasana yang selamattanpa merasa malu untuk bertanya.Dalam pembelajaran e-pembelajaran fokus utamanya adalahpelajar.Pelajar perlu berdikari pada masa-masa tertentu dan bertanggung-jawab untuk pembelajarannya.Suasana pembelajaran e-pembelajaranakan menjadikan pelajar memainkan peranan yang lebih aktifdalam pembelajarannya. Pelajar membuat perancangan dan mencari bahan atau maklumat dengan dayausaha, dan inisiatif sendiri. Dengan ciri-ciri menarik yang ada pada e-pembelajaran pada masa sekarang serta minat pelajarterhadap fungsi-fungsi di dalam internet, maka sudah tiba masanya ianya digunakan dengan meluas untuktujuan pengajaran dan pembelajaran. Setiap pelajar boleh memperolehi manfaat dengan cara yangberfaedah dan aplikasi lain di dalam e-pembelajaranboleh dipraktikkan.1.2 PERNYATAAN MASALAH Pelaksanaan e-pembelajaran mampu mengubah cara pembelajaran di mana pelajar dengan lebihmudah dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa teknikjuga dalam keadaan tidak formal. E-pembelajaran juga membantu perkongsian maklumat dengan lebihberkesan dengan penggunaan kaedah yang meluas digunakan di internet seperti forum, email, video danchatting. Pengetahuan dalam e-pembelajaran juga dapat disebarkan secara serentak dimana pelajar dapatmencapai maklumat dari laman web yang berkaitan.E-pembelajaran telah diperkenalkan sebagai satustrategi baru dalam kaedah pembelajaran dan menggantikan sistem pendidikan yang lama.Namun sejauhmana keberkesanan kaedah e-pembelajaran, belum dapat ditentukan dan kajian ke atasnya masih lagidilakukan.Konsep e-pembelajaran di negara kita masih lagi di peringakat permulaan dan memerlukanbanyak pengkajian ke atasnya bagi meningkatkan lagi kebolehcapaian serta keberkesanannya kepada gurudan pelajar.Dalam perlaksanaan e-pembelajaran, tidak kurang juga yang menyatakan kelemahandankekangannya. Menurut Urdan & Weggen (2000), walaupun banyak usaha yang dilakukan untuk 5
    • memperkembangkan e-pembelajaran, tetapi hanya sebahagian keterangan yang menyokong bahawa e-pembelajaran untuk pelajar pendidikan teknikal dan vokasional adalah efektif. Oleh yang demikian,kajian ini adalah sangat perlu untuk mengetahui tentang kesedaran dan kesediaan guru sekolah rendahdalam mempelajari e-pembelajaran.1.3 OBJEKTIF KAJIAN Secara umum, kajian ini melihat amalan e-pembelajaran di kalangan guru sekolah rendah. Secaraspesifik, kajian ini memantau e-pembelajaran daripada aspek berikut:1. Kesedaran mempelajari e-pembelajaran di kalangan guru sekolah rendah.2. Kesediaan mempelajari e-pembelajaran di kalangan guru sekolah rendah.yang boleh membantu mereka untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebihefektif.1.4 PERSOALAN KAJIAN 1. Adakah guru sekolah rendah mempunyai kesedaran dalam mempelajari e-pembelajaran? 2. Sejauh manakah kesediaan guru sekolah rendah dalam mempelajari e-pembelajaran1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini dijalankan disebabkan adanya beberapa kepentingan seperti berikut: 1) Dapat menilai sikap warga didik sekolah ini dalam mempelajari e-pembelajaran. 2) Dapat memberi kesedaran kepada warga didik untuk menggunakan e-pembelajaran dalam menjalankan proses P&P supaya ia P&P menjadi lebih efektif. 3) Supaya warga didik menjadi lebih beinformasi dan tidak ketinggalan dari arus perkembangan teknologi maklumat. 4) Selaras dengan tranformasi pendidikan yang dialami oleh negara. 6
    • 2.0 LITERATUR2.1 KAJIAN LITERATUR Teori e-pembelajaran berpendapat bahawa pelajar dapat mengawal pembelajaran mereka denganlebih baik melalui peluang pembelajaran secara kolaboratif, interaktif dan persendirian kerana mediaelektronik menyediakan persekitaran pembelajaran berdasarkan prinsip ―just-intime‖ dengankompetensi ― anywhere, anytime, anyone‖ (Talesra et al. 2003, Karoulis et al, 2004). Banyak istilah yang berlainan digunakan oleh para cendikiawan untuk mentakrifkan e-pembelajaran.Misalnya, Abbey (2000) menyatakan bahawa e-pembelajaran ialah arahan pembelajaranberdasarkan web.Haughey dan Anderson (1998) pula menyatakan e-pembelajaran ialah pembelajaransecara rangkaian manakala Harasim dan rakan-rakan (1997) pula mendefinisikan e-pembelajaran sebagaipembelajaran secara atas talian.Definisi e-pembelajaran yang digunapakai dan dipersetujui oleh JawatanKuasa ECAP ialah “Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk memudah caraprosespembelajaran dan pengajaran”. Menurut Jamaludin Mohaiadin (2000), e-pembelajaran ialah suatukonsep pembelajaran, latihan atau program pendidikan yang dilakukan menggunakan media elektroniksebagai pengantaraan untuk keseluruhan pergerakan data dan maklumat pengajaran daripada pensyarahkepada pelajar dan sebaliknya. Oleh itu, pastinya sebahagian besar konsep e-pembelajaran akanmelibatkan penggunaan komputer dan internet; selain peralatan elektronik lain yang bersesuaian dalampengajaran dan pembelajaran. Menurut Saadon (2006), e-pembelajaran adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yangbaru di dalam dunia pendidikan. Perkembangan e-pembelajaran menjadi semakin luas pada sekitarpenghujung tahun 1990an. Umumnya, e-pembelajaran bermaksud belajar dengan menggunakan teknologiiaitu satu kaedah pembelajaran baru yang mana maklumat seperti nota dan tugasan yang diperlukan olehpelajar akan dihantar oleh ahli akademik melalui mel elektronik (e-mel) dan Compact Disc Read OnlyMemory (CD ROM). Melalui kaedah e-pembelajaran ini, proses pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif bolehberlaku dengan berkesan. Melalui interaktiviti juga seseorang pelajar akan mencari maklumat selanjutnyauntuk memenuhi keperluan ingin tahu dan membina pengetahuan baru mengenai sesuatu konsep dankefahaman. Cara pembelajaran kolaboratif, perbincangan dengan rakan dan dengan individu lain melaluiInternet seperti e-mel, Internet Relay Chat (IRC) dan sidang video memainkan peranan yang penting.Dengan cara ini pembelajaran akan menjadi lebih aktif dan berkesan (Mohd Zaidil, Azizi dan Fadzilah 7
    • 2002). Pada masa ini, pembelajaran melalui alat mudah alih seperti telefon bimbit, laptop, I-pad dan lain-lain akan menjadi peralatan utama untuk e-pembelajaran. Banyak kajian menunjukkan bahawa e-pembelajaran telah meningkatkan keberkesanan sistempendidikan atau latihan di IPTA dan IPTS khususnya di institusi yang mengamalkan pendidikan terbukadan jarak jauh.Ramai pelajar yang berminat mengikuti kursus dalam talian serta mempunyai pandanganyang positif terhadap kursus dalam talian ini (Mohd. Kohairuddin, et al., 2004; Larkin, 2007; Yusup, etal.,2008). Di Malaysia, pada masa ini terdapat 20 buah universiti awam dan 45 buah universiti danuniversiti kolej swasta (20 universiti, 5 universiti antarabangsa dan 20 universiti-kolej) (Ministry ofHigher Education, 2009) dan 24 Politeknik dan 37 Kolej Komuniti pada tahun 2007 (Ministry of HigherEducation, 2007). Pertambahan bilangan IPT menunjukkan terdapat permintaan terhadap pendidikantinggi.Justeru, banyak universiti di Malaysia telah dirancang untuk menggunakan e-pembelajaran (RajaHussain, 2004).Kementerian.Pendidikan mempunyai perancangan strategik untuk meningkatkanpenggunaan ICT dalam e-pembelajaran (Hassan, 2002; Raja Hussain, 2004, Goi & Ng, 2009). 3.0 METODOLOGI KAJIAN3.1 PENGENALAN Pada asasnya metodologi kajian ini merangkumi rekabentuk kajian, populasi dan sampel kajian,dan instrumen kajian.3.2 REKABENTUK KAJIAN Pengkaji menggunakan kajian tinjauan deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik untukmendapatkan maklumat.Analisis kuantitatif menggunakan program SPSS (Statistical package for socialsciences) perisian SPSS versi 19.0 digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan maklumat seperti mindan sisihan piawai.Skala Likert Lima Mata telah digunakan oleh pengkaji untuk membuat penilaianterhadap maklumat responden. Sebanyak tujuh soalan untuk menilai tahap kesedaran guru dan sebanyaklima soalan untuk menilai tahap kesediaan guru dalam mempelajari e-pembelajaran telah ditujukankepada responden.Data-data dikumpul dalam bentuk peratusan. 8
    • 3.3 POPULASI DAN SAMPEL Kajian tinjauan ini telah dijalankan di SJK (T) Saraswathy, Sungai Buloh, Selangor. Sekolah initerletak di kawasan Bandar, Daerah Gombak dan dikategorikan sebagai sekolah Gred A. Sekolah inimempunyai populasi sebanyak 47 orang dan seramai 20 orang guru telah dipilih untuk dijadikan sampelkajian.Daripada jumlah tersebut 4 orang terdiri daripada guru lelaki dan 16 orang terdiri daripada guruperempuan.3.4 INSTRUMEN KAJIAN Borang soal-selidik telah digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang meliputitiga bahagian.Bahagian A adalah latar belakang responden yang merangkumi jantina, bangsa, umur,pengalaman mengajar dan kekerapan menghadiri kursus ICT (dalam 5 tahun).Manakala Bahagian Badalah kesedaran guru dalam mempelajari e-pembelajaran dan Bahagian C adalah kesediaan guru dalammempelajari e-pembelajaran. 4.0DAPATAN KAJIAN4.1 PENGENALAN Dalam bab ini menerangkan hasil yang diperolehi daripada kajian yang telah dijalankan.Penganalisisan dan keputusan data adalah berdasarkan skop kajian yang telah ditetapkan.4.2 LATAR BELAKANG RESPONDEN 4.2.1 Jantina Jadual 4.2.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina Jantina Bilangan Peratusan Lelaki 4 20% Perempuan 16 80% Hasil kajian menunjukkan peratusan guru lelaki adalah 20% dan guru perempuan pula adalah 80%di mana majoriti responden kajian ini adalah terdiri daripada guru perempuan. 9
    • 4.2.2 Umur Jadual 4.2.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Umur Kategori Umur Bilangan Peratusan 25-30 4 20% 31-34 7 35% 35-40 6 30% 40 ke atas 3 15% Hasil kajian menunjukkan majoriti responden kajian ini adalah terdiri daripada umur dalamlingkungan 31- 34 tahun. 4.2.3 Kekerapan Menghadiri Kursus ICT Jadual 4.2.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Menghadiri Kursus ICT Kekerapan menghadiri kursus Bilangan Peratusan ICT (dalam 5 tahun) 1 kali 13 65% 2 kali 4 20% 3 kali 3 15% 3 kali ke atas 0 0% Hasil kajian menunjukkan majoriti responden kajian ini pernah menghadiri kursus ICT sekurang-kurangnya satu kali dalam 5 tahun. Ini menunjukkan peluang diberi secara rasional kepada warga didiksekolah ini untuk mengikuti kursus ICT supaya dapat mengikuti transformasi pendidikan yang yangselaras dengan arus perkembangan teknologi maklumat 10
    • 4.3 TAHAP KESEDARAN RESPONDEN 4.3.1 Analisis Tahap Kesedaran Guru dalam Mempelajari E-Pembelajaran. Jadual 4.3.1Bil Item 1 2 3 4 5 Min Sisihan STS TS KS S SS Piawai 1 Saya sedar bahawa e-pembelajaran perlu 0 0 0 4 16 4 6.928 dititikberatkan dalam proses P&P. 0% 0% 0% 20% 80% 2 Saya sedar kepentingan e-pembelajaran 1 3 3 9 4 4 3.0 dalam P&P. 5% 15% 15% 45% 20% 3 Saya berinisiatif untuk menggunakan e- 1 4 8 4 3 4 2.550 pembelajaran semasa menjalankan P&P. 5% 20% 40% 20% 15% 4 Saya sedar bahawa saya akan ketinggalan 0 0 5 12 3 4 4.950 sekiranya tidak menggunakan e- 0% 0% 20% 60% 15% pembelajaran. 5 Saya sentiasa mendorong guru lain untuk 2 5 7 4 2 4 2.121 menggunakan e-pembelajaran dalam 10% 25% 35% 20% 10% P&P. 6 Saya tahu bahawa banyak bahan 0 0 0 15 5 4 6.519 pembelajaran dapat diperolehi dalam e- 0% 0% 0% 75% 25% pembelajaran. 7 Saya sentiasa bersikap positif terhadap 0 2 4 11 3 4 4.183 penggunaan e-pembelajaran. 0% 11% 20% 55% 15% Nilai Keseluruhan 4 0 11
    • 4.4 TAHAP KESEDIAAN RESPONDEN 4.4.1 Analisis Tahap Kesediaan Guru dalam Mempelajari E-Pembelajaran. Jadual 4.4.1Bil Item 1 2 3 4 5 Min Sisihan STS TS KS S SS Piawai1 Saya menggunakan e-pembelajaran 0 3 5 10 2 4 3.808 dalam P&P. 0% 15% 25% 50% 10%2 Saya sentiasa bersedia untuk mempelajari 1 1 3 10 5 4 3.742 cara penggunaan e-pembelajaran. 5% 5% 15% 50% 5%3 Saya mahir dalam penggunaan e- 1 4 12 3 0 4 4.743 pembelajaran. 5% 20% 60% 15% 0%4 Saya bersedia untuk menghadapi cabaran 1 1 3 11 4 4 4.123 dalam penggunaan e-pembelajaran. 5% 5% 15% 55% 20%5 Saya sentiasa berinisiatif untuk 2 5 7 4 2 4 2.121 mendapatkan bahan pembelajaran dalam 10% 25% 35% 20% 10% e-pembelajaran. Nilai Keseluruhan 4 0 Jadual 4.3.1 menunjukkan hasil analisis data tentang tahap kesedaran guru dalam mempelajari e-pembelajaran.Manakala Jadual 4.4.1 pula menunjukkan tahap kesediaan guru dalam mempelajari e-pembelajaran.Keputusannya dicatatkan dalam bentuk min dan sisihan piawai.4.5 PERBINCANGAN HASIL KAJIAN Secara keseluruhan, hasil analisis data menunjukkan bahawa tahap kesedaran dan kesediaan gurusekolah rendah dalam mempelajari e-pembelajaran berada pada tahap yang sederhana.Skor min dansisihan piawai bagi kedua-dua tahap yang dinyatakan mencatatkan 4 dan 0. Berdasarkan Jadual 1, skormin bagi kesemua item yang berkaitan dengan kesedaran guru dalam mempelajari e-pembelajaranmenunjukkan skor sebanyak 4. Manakala guru sedar bahawa e-pembelajaran perlu dititikberatkan dalamproses P&P (item 1) mencatatkan sisihan piawai yang paling tinggi iaitu 6.928 dan guru sentiasamendorong guru lain untuk menggunakan e-pembelajaran dalam P&P (item 5) mencatatkan sisihan 12
    • piawai yang paling rendah iaitu 2.121. Berdasarkan Jadual 2, skor min bagi kesemua item yang berkaitandengan kesediaan guru dalam mempelajari e-pembelajaran menunjukkan skor sebanyak 4. Manakala gurumahir dalam penggunaan e-pembelajaran (item 4) mencatatkan sisihan piawai yang paling tinggi iaitu4.743 dan guru sentiasa berinisiatif untuk mendapatkan bahan pembelajaran dalam e-pembelajaran (item5) mencatatkan sisihan piawai yang paling rendah iaitu 2.121. 5.0 ULASAN DAN CADANGAN5.1 ULASAN Dari hasil tinjauan yang dibuat, didapati bahawa kebanyakan responden mempunyai kesedarantentang kepentingan mempelajari e-pembelajaran dan berinisiatif untuk mempelajarinya supaya tidakketinggalan.Mereka juga sedar bahawa e-pembelajaran membantu dalam menjalankan pengajaran danpembelajaran yang lebih berkesan.Selain itu, warga didik sedar tentang tanggungjawab dan perananmereka dalam melahirkan golongan pelajar yang bersaing dalam persada antarabangsa.Oleh yangdemikian, cabaran dan masalah yang dihadapi oleh guru dalam mempelajari e-pembelajaran perlu diatasisupaya matlamat, visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melaksanakan e-pembelajaran diperingkat sekolah rendah dapat dicapai.5.2 CADANGANBeberapa usaha boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalammempelajari e-pembelajaran: 1) Pihak pentadbir sekolah merancang kursus dalaman secara berkala dengan tujuan melengkapkan guru-guru yang masih belum mahir dalam penggunaan computer. 2) Guru dengan sendiri perlu mengubah sikap dan menjadi lebih berpositif dalam mempelajari e- pembelajaran.5.3PENUTUP E-pembelajaran membantu meningkatkan keupayaan pembelajaran dan perkembanganprofesionalisme individu.Pendekatan yang betul perlu diterapkan bagi memastikan kejayaan e-pembelajaran.Peralihan atau anjakan teknologi perlu diseimbangkan dengan peralihan pemikiran yanglebih positif. Adalah diharapkan dengan adanya konsep e-pembelajaran ini, mutu pendidikan negara akanmeningkat. Yang lebih penting tenaga-tenaga pengajar mestilah bersikap positif dengan konsep ini serta 13
    • menggalakkan para pelajar menggunakan kaedah ini.Seharusnya dengan adanya konsep ini, tenaga-tenaga pengajar dapat mengeksploitasinya sebaik mungkin. RUJUKANhttp://www.pmr.penerangan.gov.my/.../303-elearning-khttp://www.library.oum.edu.my/.../epembelajaranhttp://www.mazlan66.wordpress.com/.../kebaikan-e-pe.http://www.eprints.utm.my/6011/http://www.eprints.usm.my/.../PEDAGOGI_DAN_PEM.http://www.eprints.utm.my/11282/.../Penggunaan_E2.p.http://www.eprints.eprints.utm.my/1517/http://www.gajetsekolah.blogspot.com/.../apa-itu-e-pem...www.fp.utm.my/ePusatSumber/.../hasifah.pwww.fbmk.upm.edu.my/ccms/www.mohe.gov.my/.../index.php 14