Your SlideShare is downloading. ×
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Modul pengajaran tmk tahun 3 sk
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Modul pengajaran tmk tahun 3 sk

1,343

Published on

1 Comment
1 Like
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
1,343
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
102
Comments
1
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Kurikulum Standard Sekolah Rendah MODUL PENGAJARANTEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI TAHUN 3 Terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011
  • 2. Cetakan Pertama 2011© Kementerian Pelajaran MalaysiaHak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagianartikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan caraapa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lainsebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian PembangunanKurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, KompleksPentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
  • 3. KANDUNGAN HALAMANMS Word Penjajaran Tengah dan Penjajaran Penuh 1 Bullets and Numbering 5MS PowerPoint Membuat Animasi Pada Teks dan Imej 11 Membuat Animasi Menggunakan Teknik Animasi 17 Slaid Menyisip Video 23MS Excel Membentuk Jadual 2 Lajur X 3 Baris dan 27 Mempersembahkan Data Dalam Bentuk Carta Pai Pengintegrasian MS PowerPoint dan MS Excel 31E-mel Meneroka Dunia E-Mel 35
  • 4. DRAF18102011MODUL PENGAJARANPENJAJARAN TENGAH DANPENJAJARAN PENUH (MS WORD) TAHUN 3 Penjajaran Tengah dan Penjajaran Penuh MS Word 1 1
  • 5. DRAF18102011Standard 2.0, 5.0Kandungan TMK:Standard 2.1, 5.1PembelajaranTMK:Penerangan: Dalam modul ini, murid akan belajar cara untuk menaip teks dalam bentuk karangan pendek serta membuat penjajaran tengah dan penjajaran penuh pada teks yang ditaip. Strategi P&P yang dicadangkan ialah Pembelajaran Kendiri.Tempoh Masa: 60 minit (2 waktu)Kreativiti: Murid akan menghasilkan teks dalam bentuk karangan pendek dengan mengaplikasikan kemahiran penjajaran tengah dan penjajaran penuh. Murid mengolah imej, teks dan warna mengikut kesesuaian untuk menghasilkan persembahan yang kreatif.Bahan PnP: 1. Modul Pembelajaran Penjajaran Tengah dan Penjajaran Penuh MS Word. 2. Contoh karangan pendek 3. Slaid MS Power Point 4. Video bagaimana menyisipkan penjajaran tengah dan penuhDRAFNota: 1. Pastikan komputer murid telah dihidupkan. 2. Memaparkan petikan karangan yang telah disediakan pada skrin. 3. Murid mencetak hasil kerja dengan kebenaran guru secara berkumpulan dan menggunakan pencetak secara berhemah. Penjajaran Tengah dan Penjajaran Penuh MS Word 2 2
  • 6. DRAF18102011Cadangan 1. Murid melancar MS Word.Aktiviti: 2. Guru memaparkan contoh karangan pendek. 3. Murid menaip teks yang dipaparkan. 4. Guru menunjukkan langkah menggunakan penjajaran tengah. 5. Murid mengaplikasikan penjajaran tengah pada teks yang ditaip. 6. Guru menunjukkan langkah menggunakan penjajaran penuh. 7. Murid mengaplikasikan penjajaran penuh pada teks yang ditaip.Pentaksiran: Senarai Semak dalam Kaedah Pemerhatian menggunakan lampiran Menghidupkan komputer mengikut tatacara yang betul Melancarkan MS Word Menaip teks Klik dan serlah teks Klik Format dan pilih Paragraph Pilih Centered dan klik Ok Pilih Justified dan klik OkPemulihan: Murid yang belum menguasai kemahiran mengulangi langkah- langkah penjajaran yang diajar dengan bimbingan guru atau rakan.Pengayaan: Murid menghasilkan satu karangan mudah dalam aplikasi MS Word secara kreatif yang merangkumi: 1. penjajaran penuh 2. penjajaran tengah 3. teks pelbagai warna dan saiz 4. sisipan imej Penjajaran Tengah dan Penjajaran Penuh MS Word 3 3
  • 7. DRAF10102011 MODUL PENGAJARAN TMK MS WORDBULLETS AND NUMBERING TAHUN 3 Bullets and Numbering MS Word 5
  • 8. DRAF10102011Standard 2.0Kandungan TMK:Standard 2.1Pembelajaran TMK:Penerangan: Dalam pembelajaran ini, murid diperkenalkan kepada format Bullets and Numbering dalam perisian pemproses kata (MS Word). Mereka akan diajar cara menyisip Bullets and Numbering. Kemahiran yang diperolehi akan membolehkan murid mengemukakan idea mereka secara tersusun dan kreatif. Kemahiran ini juga membolehkan murid menyiapkan sesuatu projek seperti Poster dengan lebih menarik dan kreatif. Strategi yang digunakan dalam topik ini ialah konstruktivisme di mana murid akan membina pemahaman baru untuk menghasilkan tugasan yang diberikan.Tempoh Masa: 60 minit (2 waktu)Bahan p&p: 1. Contoh Poster yang mengandungi format Bullets dan Numbering 2. Video bagaimana menyisip Bullets and Numbering.Kreativiti: Menghasilkan Poster yang mengandungi fon, warna fon, saiz fon dan imej yang bersesuaian.Nota: 1. Boleh juga menggunakan ikon Bullets dan Numbering di bar menu dalam p&p untuk mengajar modul ini.Cadangan Aktiviti: 1. Paparkan atau tunjukkan beberapa keping poster yang mengandungi format bullets dan numbering. 2. Dengan menggunakan MS Word, murid diminta menaip teks daripada contoh teks yang diberi. Murid akan melakukan kemahiran berikut: a. Menyisip Bullets b. Menyisip Numbering 3. Membuat aktiviti pengukuhan. 4. Menghasilkan tugasan yang diberikan. 5. Semua hasil kerja hendaklah disimpan. Murid perlu kenalpasti lokasi fail mereka disimpan.Pentaksiran: Kaedah pemerhatian menggunakan senarai semak seperti lampiranPemulihan: Murid yang tidak dapat menggunakan format Bullets and Numbering akan diberi tayangan video untuk diulangtayang berkali-kali sehingga kemahiran ini boleh dicapai.Pengayaan: Murid membuat tugasan dengan menggunakan format Bullets and Numbering yang berlainan. Bullets and Numbering MS Word 6
  • 9. DRAF10102011CONTOH TEKSPERATURAN MAKMAL KOMPUTERAnda perlu:Jaga kebersihan makmalJangan makan dalam makmal.Tutup elektrik apabila keluar dari makmal. Bullets and Numbering MS Word 7
  • 10. DRAF10102011Contoh Poster Menu SELAMAT DATANG KE RESTORAN PAK ABU MENUMAKANAN: NASI GORENG - RM4.00 NASI KERABU - RM 4.00 MEE GORENG - RM3.50 MEE REBUS - RM4.50 BIHUN GORENG - RM 3.50 BIHUN HAILAM – RM4.00MINUMAN: TEH ‘O’ TEH AIS KOPI ‘O’ KOPI AIS MILO PANAS MILO AIS NESCAFE PANAS NESCAFE AIS Bullets and Numbering MS Word 8
  • 11. DRAF10102011Contoh Rakaman Video Yang diTayangkan MenggunakanWindow Media Player Bullets and Numbering MS Word 9
  • 12. DRAF10102011Contoh Senarai SemakFormat Bullets Aktiviti Tandakan (√) jika boleh buat Lancarkan MS Word Taipkan petikan yang diberi Klik dan serlah teks Klik Format Klik Bullets and Numbering Klik butang Bulleted Pilih dan klik ruangan Bullets yang disukai dan klik OKFormat Numbering Aktiviti Tandakan (√) jika boleh buat Lancarkan MS Word Taipkan petikan yang diberi Klik dan serlah teks Klik Format Klik Bullets and Numbering Klik butang Numbered Pilih dan klik ruangan Numbering yang disukai dan klik OK Bullets and Numbering MS Word 10
  • 13. DRAF08/03/2012 MODUL PENGAJARAN TMK (MS POWERPOINT)MEMBUAT ANIMASI PADA TEKS DAN IMEJ TAHUN 3 Membuat Animasi Pada Teks dan Imej MS PowerPoint 11
  • 14. DRAF08/03/2012Standard 2.0Kandungan:StandardPembelajaran: 2.2 Dalam pembelajaran ini murid akan belajar bagaimanaPenerangan: mengaplikasikan animasi pada teks dan imej dalam satu slaid persembahan. Pembelajaran kolaboratif membolehkan murid untuk mempersembahkan idea mereka secara berkumpulan menggunakan MS PowerPoint dengan kreatif dan menarik.Tempoh Masa: 60 minit ( 2 waktu )Bahan P&P: 1. Modul Pembelajaran Membuat Animasi. 2. Folder yang mengandungi imej haiwan.Kreativiti: Menghasilkan persembahan digital yang mengandungi pelbagai animasi pada teks dan imej. Dicadangkan:Nota: 1. Guru hendaklah memastikan komputer murid telah dihidupkan. 2. Guru hendaklah memastikan imej haiwan tersedia di dalam folder my picture. 3. Galakkan murid mencuba pelbagai kesan animasi. 1. Guru menunjukkan satu contoh persembahan slaid yangCadangan beranimasi.Aktiviti: 2. Murid diminta menaip teks Haiwan hidup di air . 3. Tunjukcara memasukkan animasi pada teks dan imej. 4. Murid akan menyisipkan imej daripada folder my picture. 5. Murid bersama guru membuat animasi pada teks dan imej. 6. Murid boleh mencuba pelbagai kesan animasi. 7. Melihat persembahan slaid yg telah dibuat dengan menggunakan view show. 8. Murid menyimpan fail dan keluar daripada MS PowerPoint. 9. Untuk kerja kumpulan, aplikasikan animasi pada teks dan imej mengikut kreativiti. Membuat Animasi Pada Teks dan Imej MS PowerPoint 12
  • 15. DRAF08/03/2012Pentaksiran Kaedah Senarai Semak seperti dilampiran.Pemulihan Murid membuat animasi pada teks dan imej secara berulang-ulang dengan bantuan guru atau rakan sebaya.Pengayaan Murid menghasilkan persembahan digital yang kreatif merangkumi: 1. Teks mengandungi pelbagai warna dan saiz. 2. Menyisip imej . 3. Animasi pada perkataan. 4. Animasi pada imej. Membuat Animasi Pada Teks dan Imej MS PowerPoint 13
  • 16. DRAF08/03/2012Nama : …………………………………………………………. Tahun : ……………..Tarikh : ……………………Senarai Semak dalam Pentaksiran Membuat AnimasiTandakan ( / ) pada ruangan yang sesuai. Bil Standard Kandungan Standard Pembelajaran Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang Penilaian telah dicapai 1 2 3 1 2.0 Memilih dan 2.2 Membuat animasi Reka bentuk Visual mengaplikasikan pada teks dan sumber TMK imej dalam Susun atur grafik dan warna. yang perisian Saiz fon dan teks bersesuaian persembahan ( MS PowerPoint) Kandungan Menepati tajuk Mengaplikasikan animasi pada teks dan imej Penyampaian Berkeyakinan dalam menyampai dan memberi penerangan Menarik perhatianPetunjuk1 – Sederhana 2 – Baik 3 – Cemerlang Membuat Animasi Pada Teks Dan Imej MS PowerPoint 14
  • 17. DRAF08/03/2012 Lampiran Lembaran kerja murid.Tajuk: Membuat AnimasiNama:…………………………………………………..Kelas:…………………Nomborkan langkah di bawah ini mengikut susunan yang betuluntuk membuat animasi.Klik “SlideShow-CustomAnimation”Klik “Slide Show-View Show”Klik “Add Effect”Klik imej Membuat Animasi Pada Teks Dan Imej MS PowerPoint 15
  • 18. DRAF08/03/2012 MODUL PENGAJARAN TMK (MS POWERPOINT) MEMBUAT ANIMASIMENGGUNAKAN TEKNIK ANIMASI SLAID TAHUN 3 Membuat Animasi Menggunakan Teknik Animasi Slaid 17
  • 19. DRAF08/03/2012 MODUL PENGAJARAN: ELEMEN TMKStandard 2.0, 7.0Kandungan:Standard 2.3, 7.1Pembelajaran:Penerangan: Dalam pembelajaran ini murid akan belajar sisip objek (basic shape) dan mengaplikasikan teknik animasi slaid persembahan. Kemahiran ini akan membolehkan murid mempersembahkan idea mereka menggunakan MS PowerPoint dengan kreatif dan menarik tanpa menggunakan fitur. Murid akan menyediakan animasi pergerakan besi ke arah magnetTempoh Masa: 60 minit ( 2 waktu )Bahan P&P: 1. Modul Pembelajaran Membuat Animasi Menggunakan Teknik Animasi Slaid. 2. Persembahan slaid mengenai pergerakan objek.Kreativiti: Menghasilkan persembahan digital yang mengandungi animasi slaid tanpa menggunakan fitur animasi yang terdapat dalam MS PowerPoint.Nota: 1. Dicadangkan komputer murid telah dihidupkan. 2. Guru hendaklah memastikan menu drawing telah dipaparkan pada apliksi MS PowerPoint. 3. Murid boleh mencuba pelbagai bentuk animasi. 4. Penilaian dilakukan berdasarkan pada senarai semak yang telah disediakan.Cadangan 1. Guru menunjukkan satu contoh persembahan slaid yangAktiviti: menggunakan teknik animasi slaid. 2. Murid diminta melukis objek mudah, aktiviti salin dan tampal objek serta slaid seperti di dalam modul pembelajaran. 3. Tunjukcara membuat animasi menggunakan teknik animasi slaid. 4. Murid bersama guru membuat kemahiran teknik animasi slaid. 5. Murid boleh mencuba pelbagai objek mudah dan cara pergerakkan menggunakan teknik animasi slaid mengikut kreativiti mereka. 6. Melihat persembahan slaid yg telah dibuat dengan menggunakan view show. 7. Murid menyimpan fail dan keluar daripada MS PowerPoint. Membuat Animasi Menggunakan Teknik Animasi Slaid 18
  • 20. DRAF08/03/2012Pentaksiran Kaedah Senarai SemakPemulihan Murid membuat animasi menggunakan teknik animasi slaid secara berulang-ulang.Pengayaan Murid menghasilkan persembahan digital yang kreatif merangkumi: 1. Animasi menggunakan teknik animasi slaid. 2. Animasi mengandungi pelbagai warna, bentuk dan saiz. Membuat Animasi Menggunakan Teknik Animasi Slaid 19
  • 21. DRAF08/03/2012Nama : …………………………………………………………. Tahun : ……………..Tarikh : ……………………Senarai Semak dalam Pentaksiran Membuat Animasi Menggunakan Teknik Animasi SlaidTandakan ( / ) pada ruangan yang sesuai. Bil Standard Standard Pembelajaran Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang Penilaian Kandungan telah dicapai 1 2 3 1 2.0 Memilih dan 2.3 Membuat animasi Reka bentuk Visual mengaplikasikan Menggunakan objek sumber TMK Mudah menggunakan Susun atur grafik dan warna. yang teknik animasi slaid. Susun slaid mengikut turutan yang betul. bersesuaian ( MS PowerPoint) 7.0 Menggunakan 7.1 Menghasilkan TMK untuk produk digital Kandungan mengemukakan dengan idea dan menggunakan Menepati tajuk dan mencukupi maklumat secara perisian yang kreatif dan telah inovatif dipelajari secara Penyampaian kreatif (memanipulasi objek mudah dan slaid) Berkeyakinan dalam menyampai dan member penerangan Menarik perhatianPetunjuk1 – Sederhana 2 – Baik 3 – Cemerlang Membuat Animasi Menggunakan Teknik Animasi Slaid
  • 22. DRAF08/03/2012 Projek murid.Nama: …………………………………………………..Kelas: …………………Tajuk: Bahan Magnet – magnet menarik objek yang diperbuat daripada besi.Arahan: 1. Kamu dikehendaki menyediakan satu slaid persembahan yang menggunakan teknik animasi slaid. 2. Persembahan hendaklah mengandungi perkara berikut: Projek hendaklah berdasarkan tajuk di atas. Menggunakan sekurang-kurangnya 8 slaid. Susunan grafik yang baik. Penggunaan warna yang menarik. 3. Persembahan mengikut kreativiti masing-masing. 4. Kamu dikehendaki menghantar tugasan pada ___________. Membuat Animasi Menggunakan Teknik Animasi Slaid 21
  • 23. DRAF08/03/2012 MODULPENGAJARAN TMK(MS POWERPOINT)MENYISIP VIDEO TAHUN 3 Menyisip Video MS PowerPoint 23
  • 24. DRAF08/03/2012Standard 2.0Kandungan TMK:Standard 2.4Pembelajaran TMK:Penerangan: Dalam modul ini, murid akan belajar cara untuk menyisip video melaui folder yang disediakan. Murid juga akan melihat persembahan video yang mereka sisipkan. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan ialah pembelajaran konstruktivisme di mana murid membina sendiri pengetahuan berdasarkan pengalaman.Tempoh Masa: 60 minit (2 waktu)Bahan PnP: 1. Imej habitat hidup di air dan darat. 2. Video pendek habitat hidup di air. 3. Modul Pembelajaran Menyisip Video dalam MS PowerPoint.Kreativiti: Menghasilkan persembahan yang mengandungi video pendek. 1. Dicadangkan komputer murid dihidupkan terlebih dahulu.Nota: 2. Sediakan folder yang mengandungi video pendek.. 3. Pastikan format video yang sesuai.Cadangan 1. Tunjukkan satu persembahan slaid yang ada imej statik dan video.Aktiviti: 2. Cara menyisip video dari folder My Documents. 3. Menyimpan fail. 4. Melihat persembahan. 5. Keluar dari MS PowerPoint.Pentaksiran: Senarai Semak dalam Kaedah PemerhatianPemulihan: Guru akan membuat latih tubi kepada murid yang belum menguasai kemahiran menyisip video.Pengayaan: Murid menghasilkan satu persembahan MS PowerPoint kreatif yang merangkumi: 1. teks pelbagai warna dan saiz 2. sisipan imej 3. menyisip video Menyisip Video MS PowerPoint 24
  • 25. Nama : …………………………………………………………. Tahun : ……………..Tarikh : ……………………Senarai Semak dalam Pentaksiran Menyisip VideoTandakan ( / ) pada ruangan yang sesuai. Bil Standard Kandungan Standard Pembelajaran Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang Penilaian telah dicapai 1 2 3 1 2.0 Memilih dan 2.4 Menyisip video Reka bentuk mengaplikasikan dalam perisisian sumber TMK persembahan (MS 1. Saiz fon an kesesuaian teks yang PowerPoint) 2. Kesesuaian video bersesuaian Kandungan 3. Menepati tajuk dan mencukupi Penyampaian 4. Berkeyakinan dalam menyampai dan member penerangan 5. Menarik perhatianPetunjuk1 – Sederhana 2 – Baik 3 – Cemerlang Menyisip Video MS PowerPoint 25
  • 26. DRAF080312 MODUL PENGAJARAN TMK MS EXCELMEMBENTUK JADUAL 2LAJUR X 3 BARIS DANMEMPERSEMBAHKANDATA DALAM BENTUK CARTA PAI TAHUN 3 Meneroka Dunia MS Excel Tahun 3 27
  • 27. DRAF08/03/2012Standard 2.0, 3.0Kandungan TMK:Standard .2.5, 3.1PembelajaranTMK:Penerangan: Modul ini akan membantu murid dalam membentuk jadual 2 lajur x 3 baris dan menggunakan fungsi AutoSum dalam MS Excel. Murid seterusnya dibimbing untuk memasukan data yang ada dalam jadual ke dalam bentuk carta pai. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan ialah konstruktivismeTempoh Masa: 60 minit (2 waktu)Bahan PnP: Modul Pembelajaran Mengenal Dunia MS Excel Tahun 3. Murid menggunakan fitur-fitur dalam MS Excel untukKreativiti: menghasilkan jadual dan carta pie yang kemas dan menarik.Nota: 1. Dicadankan komputer murid telah dihidupkan. 2. Pastikan murid meminta kebenaran guru sebelum mencetak hasil kerja. 3. Pralihat cetak sebelum mencetak. 4. Murid diberi galakan untuk menghasilkan jadual dan carta pai yang cantik dan menarik menggunakan fitur-fitur yang mereka tahuCadangan 1. Guru memaparkan jadual 2 lajur x 3 baris serta menerangkanAktiviti: cara membentuknya. 2. Murid dibimbing untuk memasukan data dalam jadual yang sama. 3. Murid dibimbing langkah demi langkah untuk membina carta pai daripada jadual yang telah dibentuk. 4. Guru menunjukkan cara menggunakan fungsi AutoSum untuk menjumlah secara automatik. 5. Murid menggunakan fitur AutoSum untuk menjumlah secara automatik. 6. Murid menambah baik hasil kerja dan membentangkannya kepada rakan-rakan.Pentaksiran: Kaedah pemerhatian menggunakan senarai semak. Murid dinilai ketika melakukan aktiviti berikut:- 1. Menghasilkan jadual 2 lajur X 3 baris. 2. Menjumlah menggunakan fungsi AutoSum. 3. Membina carta pai daripada jadual Meneroka Dunia MS Excel Tahun 3 29
  • 28. DRAF08/03/2012Pemulihan: Murid yang telah menguasai kemahiran akan membantu rakan yang belum menguasai kemahiran tersebut dengan bimbingan guru.Pengayaan: 1. Menggunakan kemahiran perisian hamparan elektronik MS Excel untuk mengira perbelanjaan harian peribadi dan menghasilkan dalam bentuk pai. Meneroka Dunia MS Excel Tahun 3 29
  • 29. DRAF25/10/2011MODUL PENGAJARAN TMK PENGINTEGRASIANMS POWERPOINT DAN MS EXCEL TAHUN 3 Pengintegrasian MS PowerPoint dan MS Excel 31
  • 30. DRAF25/10/2011Standard 7.0Kandungan:Standard 7.1Pembelajaran:Penerangan: Dalam pembelajaran ini murid akan belajar untuk membuat pautan fail MS Excel ke dalam persembahan MS PowerPoint. Murid akan mengalami pembelajaran secara konstruktivisme di mana mereka akan membina konsep baru berdasarkan pengetahuan yang diperolehi dalam pengajaran dan pembelajaran.Tempoh Masa: 60 minit (2 waktu)Bahan P&P: 1. Modul Pembelajaran Murid Mengintegrasi MS PowerPoint dan MS Excel. 2. Fail MS Power Point yang mengandungi imej haiwan. 3. Fail MS Excel yang mengandungi anak haiwan.Kreativiti: 1. Membuat butang pautan.Nota: 1. Dicadangkan semua komputer telah dihidupkan. 2. Sediakan fail MS PowerPoint yang mengandungi imej ibu haiwan dan satu fail MS Excel yang mengandungi imej anak haiwan untuk digunakan oleh murid. 3. Menyediakan fail imej haiwan dalam My Document. 4. Kedua-dia perisian iaitu MS PowerPoint dan MS Excel perlu dilancarkan.Cadangan 1. Tunjukkan satu hasil kerja MS PowerPoint yang dipautkanAktiviti: dengan satu fail MS Excel menggunakan butang yang berlainan. 2. Penerangan tentang proses pautan MS Ecel dengan MS PowerPoint. 3. Membuka fail IBU HAIWAN.ppt 4. Membuat satu butang untuk proses pautan dalam fail MS PowerPoint. 5. Lakukan pautan dengan fail MS Excel. Pengintegrasian MS PowerPoint dan MS Excel 32
  • 31. DRAF25/10/2011 6. Melakukan proses pautan fail MS Excel dengan fail MS PowerPoint. 7. Membuat latihan dalam fail MS Excel yang telah dipautkan dengan slaid MS PowerPoint.Pentaksiran: Kaedah Pemerhatian Guru akan membuat pemerhatian menggunakan senarai semak semasa murid melakukan: - membuka fail MS PowerPoint. - membuat butang untuk pautan. - melakukan proses pautan MS PowerPoint dengan MS Excel. - melakukan proses pautan MS Excel dengan MS PowerPoint. - mempersembahkan tugasan yang telah dibuat.Pemulihan: Guru akan membimbing murid yang belum menguasai kemahiran di atas.Pengayaan: Menghasilkan satu slaid persembahan MS PowerPoint dan pautkan dengan satu fail MS Excel yang disediakan oleh guru. Pengintegrasian MS PowerPoint dan MS Excel 33
  • 32. DRAF25/10/2011 SENARAI SEMAK PENGINTEGRASIAN MS POWERPOINT DAN MS EXCEL TAHUN 3TAJUK : MEMBUAT PAUTAN ANTARA DUA FAIL BERLAINANNAMA : _______________________________ KELAS : _______________Standard Kandungan Standard Pembelajaran7.1 Menggunakan TMK untuk 7.1 Menghasilkan produk digital yang mengemukakan idea dan mengintegrasikan perisian maklumat secara kreatif dan hamparan elektronik dan perisian inovatif. persembahan (MS Excel dan MS PowerPoint) secara kreatif.Pengetahuan, Kemahiran dan Nilai yang dicapai Tandakan (√ )Murid boleh:1. Membuka fail MS PowerPoint.2. Membuat butang untuk pautan.3. Melakukan proses pautan MS PowerPoint dengan MS Excel.4. Melakukan pautan MS Excel dengan MS PowerPoint.5. Membuat persembahan tugasan yang telah dibuat. Pengintegrasian MS PowerPoint dan MS Excel 34
  • 33. DRAF13102011MODUL PENGAJARAN TMKMENEROKA DUNIA E-MEL TAHUN 3 Meneroka Dunia E-mel 35
  • 34. DRAF13102011Standard 1.0 dan 4.0Kandungan TMK:Standard 1.2, 4.1 dan 4.2PembelajaranTMK:Penerangan: Murid belajar mengepil fail dan membuka fail yang dikepil melalui e-mel kepada rakan. Guru menggunakan strategi p&p kolaboratif di mana murid bertukar bahan pembelajaran untuk menghasilkan buku skrap.Tempoh Masa: 60 minit (2 waktu)Bahan p&p: 1. Imej tumbuh-tumbuhan di dalam folder My Picture. 2. Modul Pembelajaran Meneroka Dunia E-mel. 3. Slaid persembahan Jom, Meneroka E-mel!Kreativiti: Menghantar e-mel menggunakan pelbagai format fon dan warna. Nota: 1. Pastikan capaian Internet berfungsi. 2. Dicadangkan supaya komputer murid dihidupkan sebelum pengajaran. 3. Sediakan satu folder pelbagai imej tumbuh-tumbuhan di Malaysia dalam folder My Picture di komputer murid. 4. Guru dan murid mesti mempunyai akaun e-mel. Sekiranya murid tiada akaun e-mel, daftar terlebih dahulu. Hanya Hotmail membenarkan murid dibawah umur 12 tahun mendaftar. 5. Rujuk kepada penyelaras TMK atau juruteknik (jika ada) untuk penyediaan folder gambar di dalam pelayar (server). 6. Ingatkan murid supaya tidak mendedahkan kata laluan akaun e-mel kepada orang lain. 7. Ingatkan murid supaya Daftar Keluar (Sign Out) akaun e-mel sebelum menutup Internet Eksplorer (IE). 8. Galakkan murid bermain permainan menghantar dan mengepil e-mel melalui http://www.bbc.co.uk/webwise/courses/internet- basics/lessons/email-with-dick-and-harry Meneroka Dunia E-mel 36
  • 35. DRAF13102011Cadangan Aktiviti: Aktiviti 1: 1. Murid membayangkan situasi berikut: Awi meminta anda menghantar gambar tumbuh-tumbuhan untuk menyiapkan buku skrap kumpulan. Dia perlu menghantar tugasan tersebut pada hari esok. Apakah cara yang anda gunakan untuk menghantar gambar tersebut? 2. Murid memberikan jawapan. 3. Murid diperkenalkan kepada e-mel atau mel elektronik iaitu satu proses menghantar mesej secara terus dari satu komputer ke satu komputer. Ianya cepat, murah dan boleh hantar pada bila- bila masa (murid telah belajar di Tahun 2). Murid juga diperkenalkan kepada attachment iaitu mengepil fail dimana melalui e-mel, fail seperti imej, dokumen dan persembahan boleh dikepil untuk dikongsi bersama rakan. Sekiranya capaian tidak berfungsi, guru boleh menggunakan: a. Video yang dirakam sendiri b. Video yang dimuat turun dari Internet seperti You Tube Aktiviti 2: 1. Murid mendapatkan alamat e-mel rakan mereka untuk tujuan berkongsi maklumat melalui e-mel. 2. Murid mendaftar masuk akaun e-mel dan dibimbing cara mengepil fail imej dari My Picture. 3. Murid menghantar e-mel kepada rakan. 4. Murid membuka dan membaca e-mel serta fail yang dikepil. 5. Murid menyimpan fail yang telah dibaca.Pentaksiran: Kaedah Anekdot: Murid boleh menceritakan dengan betul cara mengepil dan membuka fail yang dikepil melalui e-mel.Pemulihan: Murid mengulang cara mengepil dan membuka fail yang dipeil melalui e-mel dengan bantuan guru.Pengayaan: Murid mengepil lebih dari satu fail kepada rakan mereka. Meneroka Dunia E-mel 37

×