• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Bab 4  proses penilaian kecederaan sukan
 

Bab 4 proses penilaian kecederaan sukan

on

  • 3,093 views

 

Statistics

Views

Total Views
3,093
Views on SlideShare
3,093
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
130
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Bab 4  proses penilaian kecederaan sukan Bab 4 proses penilaian kecederaan sukan Presentation Transcript

    • Department of Sport & Exercise ScienceKECEDERAAN DAN REHABILITASI SUKAN (DKK 4114)PROSES PENILAIAN KECEDERAAN SUKAN Khairul Azlan Taib BSc .(hons) UiTM
    • Prosedur Terapi R.I.C.ER (“Rest”)• Merehatkan bahagian yang cedera. Pastikan bahagian yang cedera ditempatkan di paras yang yang lebih tinggi drp jantung.• Kedudukan ini mengurangkan pendarahan dalaman.
    • Prosedur Terapi R.I.C.EI (“Ice”)• Menggunakan ais pada bahagian yang cedera. Keadaan yang sejuk akan mengecutkan kapilari darah dan akan menghentikan perdarahan.• Ulang rawatan ais setiap 15-20 minit selama 2-3 jam. Tempoh rawatan terapi ais ini bergantung kepada tahap kecederaan.
    • Prosedur Terapi R.I.C.EC (“Compression”)• Membalut bahagian yang cedera.• Balut menggunakan pembalut yang sejuk atau pek ais.• Sekiranya ada tanda kebiruan atau rasa kebas di tempat yang cedera, buka pembalut dan diikat semula supaya lebih longgar.
    • Prosedur Terapi R.I.C.EE (“Elevation”)• Meninggikan bahagian yang cedera melebihi paras jantung.• Ini mengurangkan pengaliran darah ke bahagian yang cedera dan boleh menyebabkan pembekuan darah di situ.• Ia juga boleh mengelakkan keadaan tisu bengkak disebabkan pengumpulan cecair tisu yang melambatkan pemulihan.
    • Bagaimana Mengelak KecederaanTiga Peraturan Asas1. Benar-benar bersedia pada tahap kecergasan yang dikehendaki secara individu untuk sesuatu jenis sukan.2. Memanaskan badan dan menyejukkan badan.3. Menggunakan peralatan dan teknik yang betul dan bersesuaian. Elakkan melakukan latihan berlebihan dari keupayaan sebenar.
    • Kecederaan KepalaAMARANKecederaan kepala dan leher boleh menjadiserius jika : 1. Rasa kekebasan atau rasa tercucuk-cucuk pada tangan dan kaki atau 2. Jika sama ada tangan ataupun kaki tidak boleh bergerak.
    • PERINGATAN• Terkeluar bendalir/cecair berwarna cerah daripada hidung atau telinga.• Keluar darah daripada hidung dan telinga. Menandakan Tengkorak Kepala Mengalami KeretakanDAPATKAN SEGERA BANTUAN PERUBATAN CALL 999
    • Prosedur Pertolongan Cemas DR ABC D (“Danger”) • Elakkan Bahaya kepada mangsa dari persekitaran. R (“Response”) • Periksa mangsa samada bertindakbalas kepada deria cahaya, suara, bunyi, sentuh, bau dan rasa.
    • Prosedur Pertolongan Cemas DR ABCA (“Airway”)• Lapangkan saluran udara. Pastikan pernafasan mangsa tidak tersekat-sekat atau berbunyi kuat.B (“Breathing”)• Pastikan adanya pernafasan melalui mulut dan hidung.
    • Prosedur Pertolongan Cemas DR ABC• Sekiranya mangsa tidak bernafas, segera lakukan cara pulih nafas “Expired Air Resuscitation” (EAR). Kaedah pulih nafas mulut ke mulut.• 2 kali hembusan, periksa pernafasan, ulang sehingga pulih.
    • Prosedur Pertolongan Cemas DR ABCC (“Circulation”)• Peredaran darah melalui denyutan nadi – mengesan denyutan jantung melalui denyutan nadi karotid.• Sekiranya tiada denyutan nadi bermakna denyutan jantung telah berhenti.• Tindakan untuk merangsang semula denyutan jantung melalui kaedah CPR “Cardiopulmonary resuscitation”.
    • RESUSITASI KARDIOPULIMONARI (CPR) • Adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan yang tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas • Merupakan kombinasi terknik pernafasan bantuan mulut ke mulut dan juga tekanan dada • Berperanan untuk membantu jantung mengepam udara yang dihembus ke seluruh anggota badan • Dua sebab utama CPR dilakukan: *terhenti pernafasan *tiada nadi
    • Catatan:• Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara yang ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut mangsa.• Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mangsa.• Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini menunjukkan bahawa salur udara mungkin terhalang oleh muntah, darah, atau sebagainya. Anda mungkin perlu memberi rawatan mangsa yang tercekik
    • RAWATAN MANGSA TERCEKIK TIDAK SEDAR1. Mangsa tercekik biasanya akan memegang lehernya.2. Periksa samada mangsa boleh bernafas atau tidak. Lakukan pemeriksaan ABC.3. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.4. Buang sebarang benda asing dari mulut.5. Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.6. Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.7. Tentukan mulutnya terbuka.8. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa
    • RAWATAN MANGSA TERCEKIK TIDAK SEDAR9. Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.10. Jika tiada reaksi, anda hendaklah berlutut dan membongkok di peha mangsa. Letakkan pangkal tapak tangan di tengah-tengah abdomen mangsa iaitu antara pusat dan prnghujung hulu hati.11. Tekan abdomen denga tepat dan cepat ke dalam dan ke atas abdomen menuju ke hulu hati sebanyak lima kali.12. Segera ulangi langkah 4 hingga 11 sekiranya mangsa masih belum bernafas atau masih tercekik.13. Jika mangsa mula bernafas secara normal, letakkannya dalam kedudukan pemulihan.14. Periksa pernafasan dan kadar denyutan nadi setiap 10 minit
    • KAEDAH CPR SEORANG DIRI Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. dapatkan bantuan. Terlentangkan mangsa dan lakukan pemeriksaan ABC dan periksa seluruh badan. Jika tidak bernafas, berikan dua hembusan bantuan. Periksa nadi karotik. Jika ada nadi, teruskan bantuan pernafasan pada kadar 12 hembusan seminit. Jika nadi tiada, segera mulakan tekanan. Beri tekanan sebanyak 15 kali. Caranya adalah seperti berikut: - letakkan tangan anda di atas dada mangsa. - berikan 15 kali tekanan sedalam 1.5–2 inci untuk orang dewasa - selepas itu, beri pula 2 hembusan (1 pusingan) - berikan 15kali tekanan lagi dan kemudian 2 hembusan (2 pusingan) -selepas 4 pusingan periksa nadi karotik -teruskan CPR (15 tekanan dan 2 hembusan) jika tiada nadi. -lakukan sehingga bantuan pakar tiba. Sekiranya telah ada denyutan jantung (nadi), teruskan dengan bantuan pernafasan. Periksa denyutan nadi selepas 10 kali hembusan . bersedia untuk melakukan tekanan dada sekiranya nadi tiada. Jika mangsa mulai bernafas tanpa bantuan, letakkan dia dalam kedudukan pemulihan. Periksa semula pernafasan dan nadi setiap tiga minit .
    • KEDUDUKAN TEKANAN CPR
    • KEDUDUKAN PEMULIHAN Apabila mangsa yang diberi rawatan seperti CPR, terhenti pernafasan atau sebagainya mulai sedar dan hendaklah diletakkan dalam keadaan pemulihan. Kedudukan ini adalah bertujuan untuk menghalang lidah mangsa daripada menutupi tekak atau saluran pernafasan. Oleh kerana kedudukan kepala lebih rendah sedikit daripada badan, ia akan membenarkan cecair keluar mengalir dari mulut mangsa. Ini akan mengurangkan mangsa dari menyedut kandungan perut. Kepala, leher dan bahagian belakang badan hendaklah diletakkan dalam keadaan yang lurus, manakala anggota- anggota badan yang dibengkokkan seperti kaki akan mengekalkan badan dalam kedudukan yang teguh dan selesa.
    • Prosedur Pertolongan Cemas T.O.T.A.P.ST (“Talk”)• Bercakap bagi menenangkan mangsa.O (“Observe”)• Pemerhatian untuk memastikan tanda- tanda kecederaan dan gerak balas.
    • Prosedur Pertolongan Cemas T.O.T.A.P.ST (“Touch”)• Sentuhan untuk menentukan tahap kesakitan dan bahagian yang cedera.A (“Active”)• Pergerakan aktif yang dilakukan oleh mangsa sendiri, sekiranya ada kesakitan beri rawatan pertolongan cemas.
    • Prosedur Pertolongan Cemas T.O.T.A.P.SP (“Passive”)• Pembantu mula melakukan pergerakan pasif dengan perlahan-lahan pada bahagian yang cedera melalui julat pergerakan yang normal.S (“Skill Test”)• Menguji kemahiran sebelum dan selepas rawatan. Pastikan mangsa dapat melakukan kemahiran yang digunakan dalam permainannya.
    • CARA MEMERIKSA NADI
    • Carta Aliran Prosedur DR ABC dan TOTAPS Bertindak Mengawal unsur yang mengancam DMangsa dalam keadaan bahaya ? YA keselamatan magsa. R Alihkan mangsa ke tempat yang selamat. TIDAK Bertindak Terus A TIDAK 1. Memeriksa Mangsa sedar ? saluran udara. 2. Memeriksa B pernafasan. 3. Memeriksa C YA pengaliran darah / denyutan nadi.
    • D DANGER Response ResponseR No Response ResponseA Airway Airway TOTAP TOTAPB Breathing Breathing No Breathing (EAR) BreathingC Circulation Circulation No Pulse (CPR) Pulse (Continue EAR)
    • TERIMA KASIH