2 sistem ejaan

5,128 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
5,128
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
6
Actions
Shares
0
Downloads
171
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

2 sistem ejaan

  1. 1. JABATAN PENGAJIAN UMUMMPW 1113BAHASA KEBANGSAAN A SISTEM EJAAN DAN SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU Khairul Azlan Taib BSc .(hons) UiTM
  2. 2. Bunyi dan hurufAbjad – 26 abjad ◦ Vokal – 6 [ a/ e pepet/ e taling/ i/ o/ u ] ◦ Konsonan – 21 ◦ Diftong – 3 [ ai au oi ] ◦ Digraf – 5 [ kh gh ng ny sy ]
  3. 3. Pola Keselarasan Vokal 18 pola keselarasan vokalKeselarasan Contoh perkataanvokala-a amal baka masaka- i masjid balik aliha- u barut patut datuke (pepet ) – a sedar jelas emake (pepet) – i betik lentik detike (pepet) – u -- telur belum tebuse (taling) –a elak ekar helahe taling e leleh telek remeh
  4. 4. e taling o esok bengkok cedoki-a bilang pinang kilasi-i pilih didih sirihi- u tidur hibur hidupo-a otak rosak bosano-e (taling) oleh boleh toleho-o obor borong coloku-a ulat bulat tumpatu-i ulit kulit gulingu-u untuk buluh suluh
  5. 5. Ejaan kata pinjamana) Penyesuaian huruf-huruf konsonan tertentu - cc- ks access menjadi akses - x- ks express menjadi ekspresa) Pengguguran satu daripada gabungan huruf konsonan yang sama - ff- f traffic menjadi trafika) Penyesuaian huruf bagi gabungan dua huruf vokal - oo-u boot menjadi buta) Pengekalan gugus konsonan dalam bahasa Inggeris dengan penyesuaian - block menjadi blok - draft menjadi draf
  6. 6. Samb…e. Huruf g yang diucapkan sebagai [j] menurut sebutan BI ditulis sebagai g dan disebut sebagai [g] dalam BM - generation menjadi generasi - agent menjadi agenf. Kata yang asalnya berakhir dengan –sion, -sional, -tion, -tional menjadi -si, -sen, -syen, -sional -lotion menjadi losen; section menjadi seksyeng. Pengekalan kata yang berakhir dengan –ism - nationalism menjadi nasionalismeh. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang telah mantap - pencil menjadi pensel - action menjadi aksi - dial menjadi dail
  7. 7. Penulisan kata sendi nama Kt sendi nama ialah perkataan yg hadir di hdpn frasa nama. Kt sendi mempunyai tugas yang berlainan dan kehadiran dalam ayat sering disalahgunakan. Antaranya:- a) kt sendi nama di - kt sendi nama di digunakan di hdpn kt nama atau frasa nama yg menunjukkan tempat spt: a) di sekolah b) di jalan - Tidak boleh menerangkan waktu, masa atau zaman. - cth : a) Di pagi hari (salah) Pada pagi hari (betul) b) Di kurun ke-15 (Salah) Pada kurun ke-15 (betul) c) Di zaman itu (Salah) Pada zaman itu (betul)
  8. 8. Samb…b) Kt sendi nama ke Kt sendi nama ke digunakan di hdpn kt nama atau frasa nama yg menunjukkan tempat atau arah dan waktu atau masa. Ke tidak boleh digunakan di hdpn kt nama atau frasa nama yg menunjukkan manusia atau binatang. Cth : - Ke pihak polis (salah) kepada pihak polis (betul) - Ke Ali (salah) kepada Ali (betul)
  9. 9. Samb…c) Kt sendi nama dari Kt sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yg menyatakan arah, tempat dan waktu atau masa Cth : Bertiup daripada selatan (Bertiup dari selatan) Daripada kiri ke kanan (Dari kiri ke kanan) Daripada pukul 10.00 pagi (Dari pukul 10.00 pagi)d) Kt sendi nama daripada Kt sendi nama daripada digunakan di hadapan kt nama atau frasa nama yg menyatakan punca bg manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan. Cth : Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya. Sumbangan daripada kerajaan sudah diterima. Lebih baik Ahmad daripada Ali.
  10. 10. e) Kt sendi nama kepada Hadir di hdpn kt nama atau frasa nama yg merujuk manusia, haiwan, unsur mujarab dan perubahan keadaan. Cth : - Ke kerani itu (salah) Kepada kerani itu (betul) - Ke orang tuanya (salah) Kepada orang tuanya (betul) - Ali mengirim surat ke abangnya (salah) Ali mengirim surat kepada abangnya (betul) Perlu juga mempunyai perseimbangan ungkapan dari-ke, daripada -kepada spt:- - Dari semasa kepada semasa (salah) Dari semasa ke semasa (betul)
  11. 11. Penggunaan tanda baca1 ) tanda baca noktah (.) - berakhirnya sesuatu ayat. - digunakan utk menyatakan singkatan. - Cth : Hj. ,Prof. ,Y.B ,Abd.2) tanda baca sempang (-) a) sebagai tanda kata ganda - cth : rumah-rumah,pemimpin-pemimpin, berlari-lari, gunung-ganang. b) antara ke dgn angka - cth : ke-10, ke-100 c) antara angka yg merujuk thn dgn akhiran –an - tahun 20-an, tahun 50-an
  12. 12. Samb…d) Antara huruf kecil dgn huruf besar - Huruf besar iaitu merujuk kpd tuhan atau nama khas. - Tanda sempang ini digunakan utk memisahkan huruf besar dgn huruf kecil. - Cth: Hamba-Mu, Rahmat-Nya, Pro-Malaysia, Pan-Malaysia. 3) Tanda baca seru (!) - tanda seru hadir di akhir ayat seruan. - Salah sekiranya tanda seru diletakkan selepas kata seru. - cth : Wah! cantiknya baju itu. Aduh! sakit kakiku. Sepatutnya, Wah, cantiknya baju itu!
  13. 13. Penulisan kata ganti nama singkat4singkatan kata ganti nama – kau, ku, mu,nya ◦ Contoh: kulihat, kusedari, kautulis, kausedariMu dan nya bagi nama Tuhan dieja menggunakan huruf besar pada huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda sempang ◦ Contoh: Ampunilah hamba-Mu ini, ya Tuhan. ◦ Mereka memohon rahmat-Nya.
  14. 14. Penulisan partikel4 partikel = -lah, -kah, - tah, & -punPartikel –lah, -kah, & –tah ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya. Contoh: berilah, diakah, manatahPartikel -pun bagi maksud juga, lalu atau terus ditulis terpisah daripada kata sebelumnya. Contoh: Jika dia berjaya, saya pun akan berjayaPartikel -pun ditulis serangkai dengan perkataan yang telah ditentukan, iaitu: adapun, sekalipun, walaupun, lagipun
  15. 15. Penulisan kata berimbuhan IMBUHAN APITANAWALAN AKHIRAN -Kata nama SISIPAN - kata nama - Kata nama - Kata kerja -Kata nama - kata kerja - Kata kerja - kata Kerja - Kata adjektif-kata adjektif - Kata adjektif
  16. 16. Awalan kata nama Awalan kata nama 1. peN- (pe-, pem-, pen-, peng-, penge-) 2. pe- ( tidak melibatkan sebarang perubahan bunyi seperti:- pe + suruh =pesuruh) 3. peR- (tidak produktif dan tidak melibatkan sebarang perubahan bunyi pada awal kata dasar seperti:- peR + tapa = pertapa) 4. ke- ( hanya bergabung dengan beberapa perkataan sahaja dan tidak melibatkan perubahan huruf pada kata dasar seperti:- ke + tua = ketua, ke + kasih= kekasih) 5. Juru ( awalan juru mendukung makna ahli @ org yg t,libat sec lgsung dgan pekerjaan yang didukung seperti:- - bahasa = jurubahasa - jual = jurujual - tera = jurutera
  17. 17. Awalan kata kerja Awalan kata kerja 1. meN- ( me-, mem-, men-, meng-, menge-) 2. beR- ( awalan ini bergabung dengan k.dasar utk m,bentuk k.kerja tak transitif sperti:- bercukur, berlari ) 3. teR- ( awalan ini bergabung dengan semua gol k.dasar utk m,bentuk k.kerja transitif, k. kerja transitif pasif dan k.kerja tak transitif seperti:- - saya terpijak kaca itu (k.k transitif) - kaca itu terpijak oleh saya (k.k transitif pasif) - budak itu terjatuh ke dalam longkang (k.k tak transitif) 4. mempeR- ( awalan ini bergabung dengan kata nama, kata adj dan kata tugas utk m,bentuk k.k.transitif aktif seperti:- - memperalat kawannya. - memperluas bilik darjah - memperoleh hasil
  18. 18. Samb…5. di-(awalan ini bergabung dgan kata dasar utk m,bentuk k.kerja ayat pasif yang subjeknya terdiri drpd org ke-3 seperti:- - dibunuh oleh perompak itu. - dipukulnya6. dipeR- (awalan ini bergabung dengan kata nama, kata adj dan kata tugas utk m,bentuk k.kerja pasif diri ke-3 seperti :- diperkawan, diperbanyak, diperoleh. Awalan kata adjektif- awalan yang m,bentuk k.adjektif terbitan ialah teR- dan se- seperti:- terbaik (bermaksud paling baik) sebijak (bermaksud sama bijak)
  19. 19. Akhiran kata namaAkhiran kata nama –an- membawa makna hasil drpd melakukan maksud yg t,kandung dalam k.dasar spt kritikan (hasil m,kritik), tulisan (hasil menulis).- Membawa makna kaw @ bidang yg luas spt lautan (laut yg luas), lapangan (kawasan lapang yg luas)- Membawa makna yg banyak spt barangan- Membawa makna org @ haiwan @benda yang m,jadi penderita kerja spt:- Tahanan (org yg dithn), Buruan (org @ haiwan yg diburu) Minuman (benda yg diminum)- Membawa makna s,suatu yg mempunyai sifat yg t,kandung dalam kata dasar spt manisan (sesuatu yg mempunyai sifat manis).- Membawa makna tempat melakukan sesuatu spt kurungan (tempat utk mengurung)- Membawa makna ukuran @kiraan spt bulanan dan jutaan.
  20. 20. Akhiran kata kerja Terbahagi kepada 2 iaitu -i dan –kan Kedua2 imbuhan akhiran ini m,bentuk kata kerja transitif. Imbuhan akhiran ini hanya hadir dalam 2 ayat sahaja iaitu:- - Ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua. Contohnya:- i) Kereta yang rosak itu akan saya baiki. ii) Masalah itu kamu selesaikan sendiri. - Ayat suruhan. Contohnya:- i) Ikutilah rancangan kami setiap hari. ii) Ceritakan rahsia itu kepada saya.
  21. 21. Apitan kata nama peN-…-an (pe-…-an, pem-…-an, pen-…-an, peng-…-an dan penge- …-an) Pe-…-an (jumlah kata terbitan ini adalah terhad, membawa 2 makna iaitu menunjukkan tempat spt petempatan dan menunjukkan makna hal keadaan yg t,kandung dlm kata dasar spt peperangan. peR-…-an (apitan ini boleh b,gabung dengan semua kata dasar) - membawa makna tempat spt perairan dan perhentian. - membawa makna hal yg b,kaitan dgn kata dasar@hasil daripada melakukan maksud k.dasar spt;- i) persengketaan = hal bersengketa ii) pertuturan = hasil bertutur Ke-…-an (biasanya apitan ini b,gabung dengan kata dasar daripada k.nama, k.kerja dan k.adjektif utk m,bentuk kata nama yg bersifat abstrak spt kejujuran, kementerian dan ketidakadilan.
  22. 22. Apitan kata kerja meN-…-kan (m,bentuk k.kerja transitif aktif drpd semua gol k.dasar). Membawa 3 mkna iaitu:- - membuat sesuatu yg t,kandung dlm k.dasar spt menceritakan, merundingkan. - membawa mksud kausatif @ menyebabkan spt mengindahkan, menaikkan dan mendirikan. - membawa makna benefaktif @ manfaat spt:-  Mencarikan = mencari untuk  Membawakan = membawa untuk beR-…-kan (m,bentuk k.kerja tak transitif). Akhiran -kan dlm apitan ini ialah kependekan kata sendi nama “akan” yg mewakili k.sendi nama yg lain spt dengan, pada dan tentang. Contohnya:- -berdasarkan bukti = berdasar pada bukti -bersenjatakan pistol = bersenjata dengan pistol -bertanyakan khabar = bertanya tentang khabar
  23. 23.  beR-…-an (m,bentuk k.kerja tak transitif). Membawa 3 makna iaitu:- - membawa makna “banyak yg berlaku” spt:-  berterbangan = banyak yg terbang  Berguguran = banyak yg gugur - membawa makna perbuatan ant. 2 pihak @ bersalingan spt:-  Bertembakan = saling menembak  Bersalaman = salam bertukar salam - membawa makna berulangan, berterusan @berpanjangan spt berdebaran dan berkibaran di-…-kan (apitan ini ialah bentuk pasif bagi meN-…-kan) contohnya:- - melakukan (aktif) = dilakukan (pasif) - memerlukan (aktif) = diperlukan (pasif) meN-…-an ( m,bentuk k. kerja transitif aktif drpd kta2 dasar dlm semua golongan dan membawa makna lokatif) - akhiran -i boleh mewakili kata sendi nama di, pada, kepada, untuk, akan, terhadap dan daripada.
  24. 24.  Contohnya:- Membanjiri = menjadi banjir di memagari = menjadi pagar pada Menghadiahi = memberikan hadiah kepada Membiayai = mengadakan biaya untuk Mencintai = cinta akan Mencurigai = curiga terhadap di-…-i( merupakan bentuk pasif bagi meN-…-i) contohnya:- menemui (aktif) = ditemui (pasif) memagari (aktif) = dipagari (pasif) menyakini (aktif) = diyakini (pasif) melalui (aktif) = dilalui (pasif)
  25. 25.  mempeR-…-kan (umumnya apitan ini m,bentuk k.kerja transitif aktif drpd k. nama dan k.kerja. Ia tidak boleh diimbuhkan dengan k.adj dan membawa 2 makna iaitu:- - Makna kausatif iaitu menjadikan @ menyebabkan spt:-  Mempertanggungjawabkan = menjadikan bertanggungjawab.  Memperhentikan = menyebabkan berhenti - Makna menyebabkan org lain melakukan perbuatan yg t,kandung dlm maksud k.kerja spt:-  Memperkenalkan = menyebabkan org mengenal  Mempertontonkan = menyebabkan org menonton mempeR-…-i ( membentuk k. kerja transitif aktif drpd kata2 yg pada umumnya k.kerja tak transitif berawalan beR-. Contohnya:- Bersenjata= mempersenjatai Belajar = mempelajari Beringat = memperingati
  26. 26.  ke-…-an (apitan ini membentuk k.kerja dlm ayat pasif). Contohnya kehujanan, ketinggalan, kepanasan. dipeR-…-kan (merupakan bentuk pasif bagi mempeR-…-kan). Contohnya:- mempertikaikan (aktif) = dipertikaikan (pasif) mempersendakan (aktif) = dipersendakan (pasif) Mempertemukan (aktif) = dipertemukan (pasif) Mempelbagaikan (aktif) = dipelbagaikan (pasif) dipeR-…-I (merupakan beentuk pasif bagi mempeR-…-i). Contohnya:- memperingati (aktif) = diperingati (pasif) Apitan kata adjektif Hanya melibatkan ke-…-an. Membawa makna “bersifat seperti” yg t,sebut pada kata dasar. Contohnya: kemelayaan = bersifat melayu kebaratan = bersifat org barat
  27. 27. Sisipan kata nama Sisipanyg membentuk kata nama ialah -el-, -er-, dan -em-. Membawa maksud sesuatu yg mempunyai ciri yg terkandung dalam kata dasar. Contohnya:- kemumur = kelemumur kuping = keruping kuncup = kemuncup Sisipan kata adjektif Bentuk-bentuk sisipan kata adj ialah -em-, -el-, -er- dan -in-. Contohnya:- Guruh = gemuruh Serak = selerak Godak = gerodak Sambung = sinambung
  28. 28. Sisipan kata kerja Berdasarkan bahasa Melayu, tiada sisipan yang berlaku tetapi kata nama dan kata adj yg bersisipan boleh menjadi kata kerja melalui proses pengimbuhan. Contohnya:- - kelupas = berkelupas - kelemumur = berkelemumur - keruping = berkeruping
  29. 29. Dalam bahasa Melayu, proses pembentukan kata banyak melibatkan pengimbuhan. Terdapat kesalahan seperti:1) Tidak menggunakan imbuhan - Ayat dalam bahasa melayu terbentuk dengan frasa kerja. - Dalam frasa kerja, kata kerja merupakan kata utama. - Namun, ada kata kerja yang tidak menggunakan imbuhan spt:- a) Mereka jalan ke sekolah (salah) Mereka berjalan ke sekolah (betul) b) Dia hendak beli buku (salah) Dia hendak membeli buku (betul) c) Ali bawa ikan (salah) Ali membawa ikan (betul)
  30. 30. 2) Menggunakan imbuhan yang salah- Menggunakan peraturan penggunaan yang salah contohnya:- # Pekerja-pekerja baharu sedang menjalankan kursus – digantikan dengan menjalani. # Mereka berbincang perkara itu – digantikan dengan membincangkan. # Kami menumpu perhatian kepada persoalan itu – digantikan dengan menumpukan.- Kesalahan dari segi awalan meng- # awalan menge- merupakan variasi awalan meng-, iaitu digunakan dengan perkataan2 satu suku kata. # kesalahan berlaku apabila menggunakan awalan meng- dan tidak awalan menge-. Contohnya:- - mengsahkan (salah) = mengesahkan (betul) - mengbom (salah) = mengebom (betul)
  31. 31. 3. Tidak sedar bentuk itu imbuhan- Ramai tidak menyedari bahawa bentuk2 seperti juru-, maha-, pro-, -pra- dan sebagainya merupakan awalan.- Ditulis terpisah dari kata dasar.- Contohnya:- Juru jual (salah) = Jurujual (betul) Maha siswa (salah) = Mahasiswa (betul) Pro komunis (salah) = Prokomunis (betul) Pra sejarah (salah) = Prasejarah (betul) Tata susila (salah) = Tatasusila (betul) Eka bahasa (salah) = Ekabahasa (betul)4. Perbezaan ant apitan peN-…-an dengan peR-…-an- Terdapat perbezaan ant kedua2nya.- Ada perktaan yg dpt menerima kedua2nya, ada yg hanya dpt menerima salah satu daripadanya.- Kesalahan berlaku apabila pilihannya tidak tepat. Contohnya:- Perlantikan (salah) = pelantikan (betul) perlaksanaan (salah) = pelaksanaan (betul) pelumbaan (salah) = perlumbaan (betul) pejuangan (salah) = perjuangan (betul)
  32. 32. Penulisan kata gandaPenulisanbagi perkataan bentuk kata ganda hendak menggunakan tanda sempang ( - ). ◦ daun-daun, bergoyang-goyang, kejar- mengejar, serba-serbi
  33. 33. Prinsip dan dasar bahasa baku Dalam Kamus Dewan 1989, perkataan ‘baku’ membawa pengertian yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah dan dapat dijadikan asas perbandingan. Bahasa Melayu baku ialah satu jenis bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa. Bahasa Melayu Baku yang digunakan dalam penulisan rasmi ialah Bahasa Melayu yang digunakan setiap hari dalam urusan rasmi. Dapat dibezakan menerusi pilihan kata, ungkapan dan ayat kerana maksudnya juga berbeza-beza. Oleh sebab sifatnya rasmi, maka bahasanya perlu gramatis (mematuhi peraturan dan prinsip berbahasa).
  34. 34. Peristilahan kata umum Bahasa Melayu Mana-mana kata umum dalam bahasa Melayu (termasuk kata dari dialek kawasan atau bahasa lama boleh dijadikan istilah dengan syarat: ◦ (a) Kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan. ◦ (b) Kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim). Contoh:  hospital dan rumah sakit, dipilih hospital  fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi. ◦ (c) Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.
  35. 35. Unsur dan Proses tatabahasa dalam peristilahan 1. Penggunaan Kata Akar/Bebas  Istilah dapat dibentuk daripada kata akar (yakni kata bebas). Misalnya: gaya,sudut, kaji, rumpuk, watt, volt, asid. 2. Proses Pengimbuhan  Susunan istilah berimbuhan menunjukkan pertalian yang tersusun antara bentuk dan maknanya.  Susunan itu hendaklah dimanfaatkan dalam pembentukan istilah yang berbeza-beza. Kata dasar/akar Pelaku/alat Hal/keadaan/tempattani petani pertanian (hal bertani)usaha pengusaha perusahaan (hal berusaha)
  36. 36. Samb…3. Proses Penggandaan Istilah yang mengungkapkan konsep keanekaan, kemiripan (kecil), kumpulan, atau kejamakan dapat dibentuk dengan penggandaan. Contoh : ◦ kacang kacang-kacang ◦ jari jejari ◦ rumput rerumput4. Proses Penggabungan Istilah yang berupa gabungan kata sedapat-dapatnya berbentuk singkat. Contoh : ◦ meja tulis ◦ Kerjasama ◦ kapal korek.
  37. 37. Istilah singkatan dan lambang1. Singkatan Istilah singkatan terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan: (a) Menggugurkan satu bahagian atau lebih daripada dasarnya. ◦ contoh : lab (oratory) (b) Menyingkatkan huruf ejaan, tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap. ◦ contoh: cm – sentimeter (c) Menggabungkan suku kata atau bahagian kata. ◦ Contoh : tadika / cerpen/ kugiran (d) Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah begini dipanggil akronim. ◦ Contoh : JKR (Jabatan Kerja Raya) / TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia)
  38. 38. Samb…2. Lambang Huruf dan Bilangan Lambang huruf dan bilangan ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep. Nama dan lambang unit mengikut System International d’Unites (SI) (Sistem Unit Antarabangsa). Kuantiti Fizikal Unit Dasar Lambang panjang meter m jisim massa kilogram kg waktu saat s
  39. 39. Samb…3. Lambang Gambar Konsep dapat dinyatakan oleh lambang yang berupa gambar. Pembentukan dan penggunaan lambang gambar harus mengikuti peraturan yang disahkan oleh bidang masing- masing. Contoh : ◦ jantan ♂ ◦ matahari ☼ ◦ omega Ω
  40. 40. Kaedah pengejaan istilah Pinjaman1. Jenis Ejaana. Ejaan Grafemik  Ejaan rumia. Ejaan Etimologi / Asal  Jika timbul kekaburan spt istilah yg sama sebutan dan ejaan spt media massa, kedua-dua s dikekalkan dalam massa supaya tidak timbul kekeliruan dengan masa.a. Ejaan Transliterasi  Contoh transliterasi Arab : bismillahirrahmanirrahim.a. Ejaan Transkripsi  Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu tanpa diterjemahkan spt;  bureau – biro  police – polis  ambulance - ambulans
  41. 41. Samb…2. Penyesuaian Ejaan a) istilah asing yang pengucapanya sudah sebati dalam bahasa Melayu spt; pencen, stesen tidak diubah. b) istilah asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu seperti landrover, ad hoc dikekalkan seperti dalam bahasa sumber c) istilah yang baru dipinjam dan belum sebati daripada segi sebutan dan ejaan dilakukan dengancara mengubah unsur yang perlu saja supaya bentuk ejaan asal masih terlihat spt: ◦ haemoglobin = hemoglobin, ◦ automatic = automatik
  42. 42. Samb…3. Penyesuaian Ejaan Imbuhan Asing Daripada satu pihak, imbuhan asing dapat dianggap sebagai sebahagian daripada kata istilah yang hendak diserap. Ia jarang dianggap sebagai imbuhan. Contoh: ◦ Aktif ◦ Primer ◦ antropologi. Pada pihak lain imbuhan asing dapat diserap sebagai imbuhan yang boleh pula digunakan untuk pembentukan istilah lain. Contoh: ◦ inframerah ◦ Prasejarah ◦ semivokal
  43. 43. Samb…4. Gugus Konsonan Gugus konsonan yang dimiliki bahasa Melayu adalah khusus bagi menulis kata/istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa asing lain. Contoh: Gugus konsonan perkataan bl- blok, blaus dr- drama, draf -rd standard -nk bank, link
  44. 44. Sekian…. Terima Kasih!!!!

×