Your SlideShare is downloading. ×
Tugasan 1 KPT6044
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Saving this for later?

Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime - even offline.

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Tugasan 1 KPT6044

395
views

Published on


0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
395
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
13
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 39500, TANJUNG MALIM, PERAK.FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA NAMA : KHAIRI JUMAIAH BINTI KAMARUDIN NO. MATRIK : M20112001281 NO. TELEFON : 019-9263640PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB ( KPT6044 ) TUGASAN 1 ANALISIS JURNAL NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. ABD LATIF BIN HAJI GAPOR TARIKH HANTAR : 13 OKTOBER 2012
  • 2. ANALISIS JURNAL.TAJUK JURNAL :Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Moodle Bertajuk “Quadratic Expressions AndEquations” Dan “Statistic” Tingkatan 4.PENULIS JURNAL :Zaleha Binti Ismail & Kaisan Binti MamatFalkulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia,81310 Johor, Malaysia.SUMBER :“Journal of Educational Social Science, Volume 2 Jun 2011, Pages 19 – 34 / ISSN: 22”PENGENALAN :Jurnal ini membincangkan penggunaan bahan e-pembelajaran sebagai satu alternatif yang berkesan dalampengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar yang terarah kendiri, kadar kendiri dan akses kendiri.Projek ini telah memilih satu sistem pengurusan kursus yang dinamakan MOODLE dan berasaskan modelADDIE. Bahan e-pembelajaran yang bertajuk “Quadratic Expressions And Equations” Dan “Statistic” inimenyediakan pelbagai jenis sumber dan aktiviti pembelajaran berdasarkan KBSM. Bentuk aktiviti yangdimaksudkan dalam istilah MOODLE ialah “Lesson, Quiz, Forum, Chat, Journal dan Assignment” yangdimantapkan lagi dengan audio, grafik dan animasi.
  • 3. PERSOALAN :E-Pembelajaran bukan sesuatu yang baru malahan ianya merupakan alternatif utama dalam membantupelajar mendalami proses-proses belajar selaras dengan kehendak organisasi sekarang iaitu mengiktirafbahawa aktiviti pelajar bukan semata-mata dalam bilik darjah. Selain itu trend pembelajaran pada masakini adalah lebih berpusatkan pelajar berbanding pembelajaran bersifat konvensional. Selaras dengan itu,satu projek web portal dilaksanakan bagi menghasilkan produk yang berkualiti untuk para pelajar dalammenghadapi globalisasi pendidikan Matematik kini. Web portal yang dihasilkan adalah untuk matapelajaran Matematik ( Tingkatan Empat) yang terbahagi kepada dua tajuk iaitu “Quadratic ExpressionsAnd Equations” Dan “Statistic”.METODOLOGI :Berdasarkan model ADDIE, pengkaji membahagikan kaedah pembinaan projek kepada lima fasa iaitu; 1. Analisis (analysis). Pengkaji menganalisis latar belakang, gaya pembelajaran dan pencapaian pelajar di samping mengenal pasti mengetahuan sedia ada yang seharusnya dikuasai pelajar. Untuk menguasai tajuk “Quadratic Expressions And Equations”, pelajar terlebih dahulu menguasai tajuk “Algebraic Exprextion” dalam tingkatan satu dan dua. Penguasaan tajuk-tajuk ini perlu kukuh untuk mengikuti web portal yang dibina. 2. Reka bentuk (design). Dalam fasa ini, pengkaji haruslah selesai melakukan proses analisis keperluan kepenggunaan atau pelajar, persekitaran pembelajaran dan matlamat pembelajaran. Ianya sekali gus memberikan pandangan keseluruhan mengenai rupa bentuk, struktur, pendekatan pengajaran, teori pembelajaran, jenis media dan teknologi yang akan terlibat dengan projek dalam fasa ini. 3. Pembangunan (development). Pengkaji membangunkan laman web e-pembelajaran mengikut apa yang telah dirancang. MOODLE yang digunakan untuk e-pembelajaran terdiri daripada nota pengajaran guru, bahan pembelajaran pelajar, kuiz, “Hot Potatoes”, tugasan, forum, perbualan dan jurnal.
  • 4. 4. Implementasi (implementation). Sasaran utama model ini adalah penglibatan pelajar. Laman web yang di muatnaikkan ke internet membolehkan penyertaan dan respon pelajar berinteraksi serta mendapat maklum balas. Ia boleh berlaku sama ada secara individu atau secara berkumpulan yang bersesuaian dengan aktiviti serta teknik pengajaran yang dilaksanakan. Pelajar juga bebas untuk mempelajari apa yang ingin dipelajarinya. Mereka juga diberi kemudahan berkomunikasi dengan rakan sebaya serta guru diruangan perbualan dan forum yang disediakan. Dengan adanya perkhidmatan yang disediakan, segala permasalahan pelajar dapat dikongsi dan diatasi bersama. 5. Penilaian (evalution). Penilaian terhadap web portal yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan pembangunan web portal “Quadratic Expressions And Equations” Dan “Statistic” telah dilakukan terhadap 32 orang pelajar Sekolah Menengah Islam At-Tahfiz, Pasir Gudang, Johor. Kajian menunjukkan pelajar berpandangan bahawa bahan dan perkhidmatan yang disediakan dari tujuh aspek iaitu isi kandungan, antaramuka pengguna, komuniti pembelajaran, pembelajaran kendiri, penilaian dan maklum balas dan pedagogi adalah agak memuaskan.DAPATAN KAJIAN :Web portal “Quadratic Expressions And Equations” Dan “Statistic” boleh diakses tanpa pengira masa danlokasi oleh pelajar yang mendaftar. Pelajar juga boleh mengawal proses pembelajarannya dengan memilihaktiviti atau sumber yang dikehendaki. Menu utama yang menarik, pilihan topik dan aktiviti untukberinteraksi dan mesra pengguna serta penyediaan sumber pengajaran, modul pengajaran, kuiz dan tahappenguasaan telah memberikan semangat kepada pelajar untuk menggunakan laman web dengan berkesan.Penggunaan gabungan jenis dan saiz tulisan Comic Sans dan Calbiri dalam teks dapat menarik danbersesuaian dengan halaman. Selain animasi yang lebih menarik dan tidak statik, grafik juga berupauamenyampaikan maklumat dengan mudah dan menarik. Penglibatan pelajar dalam laman web ini telahdipantau melalui maklum balas dan keaktifan berinteraksi. Dapatan kajian menunjukkan projek lamanweb “Quadratic Expressions And Equations” Dan “Statistic” ini telah menarik penglibatan ramai pelajardan sangat berkesan.
  • 5. KESIMPULAN :Secara keseluruhan projek pembangunan bahan e-pembelajaran berasaskan Moodle ini dapat disimpulkanbahawa kelima-lima objektif iaitu sumber pengajaran guru, sumber pembelajaran pelajar, tugasan danlatihan, forum dan perbualan, kuiz dan pengukuhan adalah berjaya dan tercapai.