SlideShare a Scribd company logo
1 of 64
1	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
RANCANGAN PERNIAGAAN
7CM ENTERPRISE
HAFIZZ BIN FIRDAUS
	
  
	
  
	
  
	
  
	
  
2	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
ISI	
  KANDUNGAN	
  
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1 BAB 1 PENGENALAN PERNIAGAAN
1.1 Pengenalan
1.2 Tujuan Rancangan Perniagaan
1.3 Latar Belakang Perniagaan
1.4 Latar Belakang Rakan Kongsi
3
4
5
6
2 BAB 2 DESKRIPSI PRODUK
2.1 Ciri-Ciri Dan Kelebihan Produk
2.2 Polisi Produk
2.3 Klasifikasi Produk
2.4 Peletakan Produk
2.5 Inovasi Produk
13
17
17
18
19
3 BAB 3 RANCANGAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
3.1 Pengenalan Organisasi
3.2 Wawasan, Visi, Misi Organisasi, Logo Dan Lokasi
Syarikat
3.3 Carta Organisasi Perniagaan
3.4 Pengurusan Sumber Manusia
3.5 Strategi Syarikat
3.6 Lokasi Perniagaan
3.7 Kelengkapan Dan Keperluan Pejabat
20
21
22
23
25
26
27
4 BAB 4 RANCANGAN PEMASARAN
4.1 Produk Yang Ditawarkan
4.2 Sasaran Pasaran
30
31
3	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
4.3 Pesaing Syarikat
4.4 Analisis SWOT
4.5 Syer Pasaran
4.6 Strategi Pemasaran
32
34
35
36
5 BAB 5 RANCANGAN OPERASI
5.1 Rancangan Pengeluaran
5.2 Carta Alir Pengoperasian
5.3 Rancangan Keperluan Dan Penggunaan Bahan
5.4 Pembelian Mesin Dan Peralatan
43
44
46
52
7 BAB 6 RANCANGAN KEWANGAN
6.1 Penyediaan Unjuran Penyata-Penyata Kewangan
6.2 Penyata Pendapatan / Untung Rugi : Hasil Dan
Perbelanjaan
6.3 Kunci Kira-Kira : Aset, Liabiliti Dan Ekuiti Pemilik
57
61
63
4	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
BAB 1 : PENGENALAN PERNIAGAAN
1.1 Pengenalan
7CM Enterprise telah ditubuhkan oleh tujuh orang rakan kongsi yang terdiri daripada enam
orang kaum melayu dan seorang kaum cina. Ketujuh-tujuh rakan kongsi ini bertemu di salah
satu kursus keusahawanan. Pada ketika itu, mereka mula berpakat untuk menubuhkan sebuah
perniagaan. Oleh kerana ketika itu mereka belum mendapat idea untuk memilih pasaran
produk yang ingin diceburi, maka mereka membuat pemerhatian terhadap keperluan dan
permintaan pengguna. Mereka fokus kepada masalah yang dihadapi oleh pengguna pada
masa kini dan cuba untuk menghasilkan satu produk yang dapat menyelesaikan masalah
mereka.
Melalui pemerhatian yang dibuat, maka tercetusnya idea mereka untuk menghasilkan
pen 3in1 sebagai produk pertama perniagaan. Maka, pada 1 Januari 2012 tertubuhlah 7CM
Enterprise yang bertempat berdekatan dengan kawasan perindustrian yang sedang
membangun. Seterusnya, 7CM Enterprise memilih untuk menghasilkan produk inovasi yang
mampu menyelesaikan masalah dikalangan pengguna. Hal ini adalah selaras dengan
kehendak pengguna yang menginginkan produk yang dapat memudahkan mereka. Misi ini
juga bertujuan untuk menyokong aktiviti yang mendorong kearah pemikiran kreatif dan
inovatif dikalangan rakyat Malaysia seperti yang disyorkan kerajaan.
Impian 7CM Enterprise ialah untuk menjadi sebuah perniagaan yang mampu bersaing
dengan pengeluar produk lain di Malaysia mahupun luar Negara yang telah sedia ada dengan
keluaran produk yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Perniagaan ini
mengamalkan prinsip ‘pelanggan adalah raja’ di mana apa sahaja yang menjadi masalah
dikalangan pengguna, 7CM akan berusaha untuk memikirkan penyelesaian kepada masalah
tersebut seterusnya menghasilkan produk yang mampu menyelesaikan kesulitan pengguna.
5	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
1.2 Tujuan Rancangan Perniagaan
a) Sebagai Garis Panduan untuk Mengurus Perniagaan Seharian
Rancangan perniagaan mencatatkan pelbagai strategi untuk dilaksanakan oleh pihak
pengurusan terutamanya dari segi perancangan dan operasi. Ianya dapat dijadikan asas
untuk pihak pengurusan mengambil dan membuat tindakan yang sepatutnya dalam
pengurusan seharian. Segala urusan yang berkaitan dengan perniagaan 7CM Enterprise
dapat dilaksanakan sebaik mungkin kerana segala perancangan yang perlu dijalankan
dari peringkat awal sehingga peringkat akhir semasa penghasilan produk telah
ditentukan. Ianya juga memudahkan pihak pengurusan untuk mengambil pelan tindakan
untuk mencapai matlamat perniagaan. Maklumat yang terdapat dalam rancangan
perniagaan mampu membuat pekerja faham apa yang ingin dicapai oleh perniagaan
seterusnya membantu mengeratkan lagi kerjasama antara majikan dengan pekerja dalam
mencapai kejayaan perniagaan.
b) Mengenalpasti Daya Saing Perniagaan yang Dijalankan
Rancangan perniagaan menjadi alat pengukur daya saing perniagaan dimana potensi
untuk perniagaan berjaya dan seterusnya bersaing secara sihat dalam pasaran telah dikaji
terlebih dahulu. Dengan itu, 7CM Enterprise dapat membuat keputusan awal sama ada
perniagaan yang dirancangkan itu boleh berdaya saing atau sebaliknya. Ianya juga
mampu mengelakkan usahawan daripada melabur modal dan tenaga kepada perniagaan
yang tidak berdaya saing.
c) Mengagihkan Sumber Perniagaan dengan Lebih Baik
Sumber perniagaan seperti modal, tenaga kerja yang terhad, bahan mentah dan
sebagainya perlu diagihkan dengan betul supaya dapat digunakan dengan baik untuk
mendapat pulangan maksima dalam perniagaan. Melalui rancangan perniagaan,
pengagihan sumber-sumber perniagaan boleh dilaksanakan dengan lebih sistematik.
Masalah berkaitan sumber perniagaan dapat diatasi kerana adanyaperancangan rapi yang
dibuat oleh 7CM E nterprise.
6	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
1.3 Latar Belakang Perniagaan
Nama perniagaan 7CM Enterprise
Alamat perniagaan Lot 40, A Floor,
U Plaza, Jalan sulaman,
88450 Kota Kinabalu,
Sabah.
Nombor telefon 088-320177
Nombor Faks 088-320277
Bentuk perniagaan Perniagaan Perkongsian
Kegiatan utama Memasarkan dan Menghasilkan produk inovasi
Modal pemulaan RM 100,000
Nama bank Maybank
Jenis akaun perniagaan Akaun perkongsian
Jumlah syer Hafizz Bin Firdaus - 20%
Edrina Binti Jamal - 15%
Haris Bin Ahmad - 15%
Lim Mei Ying - 15%
Nordiana Najua - 15%
Norfarizan - 10%
Hasnieta - 10%
7	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
1.4 Latar Belakang Rakan Kongsi
PENGURUS BESAR
Nama Hafizz Bin Firdaus
Nombor kad pengenalan 821216-12-5796
Tarikh lahir 16 Disember 1982
Umur 30 Tahun
Jantina Lelaki
Alamat tetap No 16, Taman Kinarut Jaya, Jalan Kenanga, 89600 Papar
Sabah
Nombor telefon 019-885678
Taraf perkahwinan Berkahwin
Kelulusan Akademik Sarjana Muda Pemasaran Antarabangsa
Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Keusahawanan
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak
Pengalaman Kerja Pengurus Pemasaran
Kemahiran Dan Kebolehan Mampu menjana idea kreatif dan membina hubungan
perniagaan yang baik dengan pihak luar
Kursus Yang Pernah Dihadiri Kursus Keusahawanan dan Rekacipta
Pekerjaan Sekarang Pengurus Besar
Perniagaan Yang Pernah Diceburi Perniagaan Sektor Pengiklanan
8	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
EKSEKUTIF PENTADBIRAN
Nama Nordiana Najua Bt Abdullah @ Ismail
Nombor kad pengenalan 850908-06-5342
Tarikh lahir 8 September 1985
Umur 27 Tahun
Jantina Perempuan
Alamat tetap No.102 Jalan Manggis PAKR Kuala Tembeling, 27020
Jerantut, Pahang.
Nombor telefon 019-378 5202
Taraf perkahwinan Bujang
Kelulusan Akademik Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pentadbiran
Universiti Malaya, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Pengalaman Kerja Eksekutif Sumber Manusia
Kemahiran Dan Kebolehan Kemahiran penfailan dan kesetiausahaaan
Kursus Yang Pernah Dihadiri Kursus keusahawanan
Pekerjaan Sekarang Eksekutif Pentadbiran
Perniagaan Yang Pernah Diceburi Perniagaan sektor pertanian
9	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
EKSEKUTIF KEWANGAN
Nama Edrina Binti jamal
Nombor kad pengenalan 861018-12-5206
Tarikh lahir 10 Oktober 1986
Umur 26 Tahun
Jantina Perempuan
Alamat tetap 5-3-11, Block A, Nountun Apt, Kolombong, 88450,
Kota Kinabalu, Sabah.
Nombor telefon 018-817 1088
Taraf perkahwinan Bujang
Kelulusan Akademik Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan
Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.
Pengalaman Kerja Eksekutif Kewangan
Kemahiran Dan Kebolehan Mengurus Kewangan Syarikat
Kursus Yang Pernah Dihadiri Kursus keusahawanan
Pekerjaan Sekarang Eksekutif Kewangan
Perniagaan Yang Pernah Diceburi Perniagaan sektor pemakanan
10	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
EKSEKUTIF PEMASARAN
Nama Lim Mei Ying
Nombor kad pengenalan 860829-01-5188
Tarikh lahir 29 Ogos 1986
Umur 26 Tahun
Jantina Perempuan
Alamat tetap No 7, Taman Gajah, Jalan Gajah, 84000, Muar, Johor.
Nombor telefon 016-6666066
Taraf perkahwinan Bujang
Kelulusan Akademik Ijazah Sarjana Muda Pemasaran
Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.
Pengalaman Kerja Eksekutif Pemasaran
Kemahiran Dan Kebolehan Mahir dalam ramalan pasaran dan pengiklanan
Kursus Yang Pernah Dihadiri Kursus pengiklanan dan keusahawanan
Pekerjaan Sekarang Eksekutif Pemasaran
Perniagaan Yang Pernah Diceburi Perniagaan sektor pengiklanan
11	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
EKSEKUTIF OPERASI
Nama Norfarizan Binti Kamarul
Nombor kad pengenalan 850523-12-6516
Tarikh lahir 25 Mei1985
Umur 27 Tahun
Jantina Perempuan
Alamat tetap Kg.Batu 5,Peti Surat 62281.91128,
Lahad Datu,sabah
Nombor telefon 013-3307097
Taraf perkahwinan Berkhawin
Kelulusan Akademik Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
Pengalaman Kerja Jurutera Reka Bentuk Produk
Kemahiran Dan Kebolehan Mereka bentuk dan mencipta barang mekanikal
Kursus Yang Pernah Dihadiri Kursus Reka Bentuk dan Keusahawanan
Pekerjaan Sekarang Eksekutif Operasi
Perniagaan Yang Pernah Diceburi Pembuatan barangan
12	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
PENOLONG EKSEKUTIF PEMASARAN
Nama Haris Bin Kamal
Nombor kad pengenalan 890424-01-5330
Tarikh lahir 24 April 1989
Umur 23 Tahun
Jantina Perempuan
Alamat tetap No. 2, Taman Indah, Jalan Indah, 83500, Batu Pahat,
Johor.
Nombor telefon 017-7977977
Taraf perkahwinan Bujang
Kelulusan Akademik Diploma Pemasaran,
Politeknik Kota Kinabalu, Sabah
Pengalaman Kerja Pembantu Pemasaran
Kemahiran Dan Kebolehan Membuat reka bentuk pengiklanan
Kursus Yang Pernah Dihadiri Kursus Multimedia dan Keusahawanan
Pekerjaan Sekarang Penolong Eksekutf Pemasaran
Perniagaan Yang Pernah Diceburi Perniagaan bidang pengiklanan
13	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
PENOLONG EKSEKUTIF OPERASI
Nama Hasnieta Binti Zulkarnain
Nombor kad pengenalan 890202016450
Tarikh lahir 02 Februari 1989
Umur 23 Tahun
Jantina Perempuan
Alamat tetap No12, Taman Bahagia, Jalan Bahagia, 83000 Batu
Pahat, Johor.
Nombor telefon 017-7778987
Taraf perkahwinan Bujang
Kelulusan Akademik Diploma Reka Bentuk
Universiti Putra Malaysia, Bangi
Pengalaman Kerja Juru Teknik
Kemahiran Dan Kebolehan Mengurus dan mengendalikan mesin pengeluaran
Kursus Yang Pernah Dihadiri Kursus reka bentuk dan Keusahawanan
Pekerjaan Sekarang Penolong Eksekutif Operasi
Perniagaan Yang Pernah Diceburi Perniagaan Sektor Teknologi Maklumat
14	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
BAB 2 : DESKRIPSI PRODUK
2.1 Deskripsi Produk
Perniagaan 7CM Enterprise mengeluarkan produk inovasi yang mampu membantu
pengguna menyelesaikan masalah dari segi penggunaan barangan. Bagi produk pertama
7CM iaitu pen 3in1, ianya fokus kepada mempelbagaikan kugunaan sebatang pen kepada
berbagai fungsi lagi. Hal ini bagi memuaskan kehendak pengguna yang lebih gemar
menggunakan suatu produk yang memberi lebih banyak fungsi kepada mereka. Dengan
adanya kepelbagaian fungsi bagi sebatang pen, pengguna tidak akan menyesal kerana
membeli pen 3in1.
Pen 3in1 sangat istimewa kerana pen ini mempunyai tiga fungsi iaitu sebagai pen,
pendrive dan highlighter yang didatangi dengan pelbagai pilihan warna iaitu putih, biru,
hitam, ungu dan coklat. Mungkin pengguna akan berfikir mereka akan rugi kerana membeli
pen ini kerana selalunya dakwat pen akan habis dan begitu juga dengan highlighter. Namun
7CM telah meletakkan ini sebagai salah satu keistimewaan kepada pengguna pen 3in1 kerana
dakwat pen yang habis boleh diisi semula menggunakan dakwat pen yang boleh didapati
dikedai kami atau kedai alat tulis pada harga RM1.20. Pengguna hanya perlu menggunakan
jarum untuk menyuntik dakwat kedalam pen dan boleh digunakan semula untuk menulis
seperti biasa. Bahagian tengah pen yang bernombor satu pada rajah dibawah hanya perlu
diputar untuk menggunakan pen dan bahagian nombor 2 dibuka untuk memasukkan dakwat
pen. Selain itu, dakwat highlighter juga boleh ditukar dengan pelbagai warna highlighter
yang disukai pengguna seperti biru, hijau, kuning dan oren. Highlighter ini boleh diperolehi
daripada kedai 7CM atau membuat tempahan melalui laman sesawang 7CM Enterprise dan
kami akan mengirim barang yang dipesan ke rumah pembeli.
Selain itu, pendrive pada pen juga mendapat jaminan daripada 7CM Enterprise iaitu
selama setahun. Sekiranya pendrive berkenaan rosak dan tidak berfungsi, maka pengguna
boleh membuat aduan di kedai kami atau di tempat pen berkenaan dibeli atau membuat
aduan secara atas talian di laman sesawang. Sekiranya pendrive rosak setelah jaminan
terhadap pendrive tamat, maka pengguna akan dikenakan cas untuk cas pembaikan.
Pengguna tidak perlu risau untuk membeli pen 3in1 kerana 7CM menyediakan perkhidmatan
15	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
terbaik untuk produk yang telah dijual bagi memastikan pelanggan mengenali 7CM sebagai
sebuah jenama yang mementingkan kualiti produk.
16	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
2.1.1 Objektif Penghasilan Produk
§ Memenuhi permintaan dan kehendak pengguna yang pelbagai
7CM Enterprise menghasilkan sebuah produk yang kegunaannya sememangnya
merupakan keperluan pengguna pada masa kini. Namun perniagaan kami telah
membuat sedikit inovasi pada produk yang sedia ada di pasaran, untuk
mempelbagaikan lagi pilihan dan memenuhi kehendak pengguna pada masa kini.
Penghasilan produk inovasi ini juga bertujuan untuk memenuhi permintaan
pengguna yang menginginkan kelainan dan bersetuju bahawa pen boleh
mempunyai fungsi-fungsi lain bukan sekadar digunakan untuk menulis sahaja.
	
  
§ Membuat inovasi terhadap pen yang sedia ada di pasaran
7CM menghasilkan sebuah produk inovasi sebagai keluaran atau produk utama
bagi perniagaan. 7CM membuat inovasi terhadap pen yang sedia ada di pasaran
kerana ingin mempelbagaikan lagi fungsi sedia ada pen tersebut. Dengan adanya
fungsi tambahan ini, secara tidak langsung akan menambahkan lagi kepentingan
dan nilai pen 3in1 ini kepada pengguna.
§ Memberikan keselesaan dan kemudahan
Pada zaman globalisasi, pengguna lebih gemar bergerak dengan lebih cepat. Oleh
itu, ramai yang memilih untuk menggunakan satu produk yang membolehkan
mereka menjimatkan masa. Contohnya, minuman Milo 3in1 yang hanya
memerlukan air panas sahaja tanpa sebarang tambahan gula atau susu. Ramai
pengguna selesa menggunakan produk ini kerana mudah, cepat dan ringkas.
Perniagaan kami mengaplikasikan konsep ini terhadap sebatang pen yang
memudahkan pengguna dengan hanya perlu membawa sebatang pen sahaja
namun dapat memberi banyak kegunaan. Rekabentuk pen 3in1 ini juga masih
dalam bentuk pen yang selesa digunakan.
17	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
§ Bersifat eksklusif
Pen 3in1 ini bersifat eksklusif kerana produk ini memunyai ciri yang tidak terdapat
pada pen lain. Belum ada pengeluar pen yang mengeluarkan pen seperti yang
perniagaan kami hasilkan. Selain itu, rekabentuk dan warna pada pen 3in1 yang
7CM hasilkan juga memperlihatkan ciri-ciri yang eksklusif dan menarik walaupun
mempunyai tiga fungsi.
	
  
§ Ringkas
Walaupun perniagaan kami membuat inovasi terhadap pen sedia ada, namun pen
tersebut tetap ringkas dan tidak menukarkan bentuk sedia ada pada pen. Selain itu,
pen 3in1 ini juga dapat mengurangkan kuantiti barang yang perlu di bawa oleh
pengguna seperti highlighter dan tempat penyimpanan data yang berbentuk
“softcopy”. Pengguna hanya perlu membawa sebatang pen sahaja sekiranya
mereka perlukan kedua-dua produk tersebut.
§ Bahan mentah
7CM memilih untuk menghasilkan pen 3in1 kerana keperluan bahan mentah bagi
penghasilan pen 3in1 ini tidaklah memerlukan kos yang agak tinggi. Selain itu,
bahan mentah untuk menghasilkan pen 3in1 ini juga mudah diperolehi dimana
ianya juga berkualiti dan diiktiraf oleh sirim. Bahan mentah bagi menghasilkan
pen serbaguna ini juga merupakan barangan yang menjadi keperluan pengguna
pada masa kini.
18	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
2.2 Polisi Produk
§ Memberi keselesaan kepada pengguna kerana bentuk pen adalah seperti pen biasa
namun mempunyai banyak fungsi.
§ Mudah dibawa kerana saiz yang kecil dan ringan.
§ Boleh digunakan dalam jangka masa yang lama kerana ink pen boleh diisi
semula, highlighter dan pendrive juga boleh diganti.
§ Produk selamat digunakan dan berkualiti dimana pen 3in1 hanya dipasarkan
setelah melalui ujian saringan kualiti dalam kilang.
2.3 Klasifikasi Produk
Pen 3in1 diklasifikasikan sebagai produk pengguna kerana ianya dipasarkan kepada
akhir untuk kegunaan peribadi, ahli rumah atau keluarga.
Produk pengguna Keterangan
Produk membeli belah § Pengguna akan memperolehi maklumat lanjut
mengenai ciri-ciri pen 3in1 sebelum membuat
keputusan untuk membelinya.
§ Oleh kerana pen 3in1 merupakan produk inovasi
yang belum ada dipasaran, maka pengguna akan
mengumpul maklumat tentang pen sebelum
membelinya.
§ Oleh itu, 7CM perlu bergiat aktif dalam
menyebarkan maklumat kelebihan pen 3in1.
Produk gerak hati § Pen 3in1 juga boleh diklasifikasi sebagai produk
gerak hati kerana rekabentuk pen yang unik.
§ Pengguna yang tertarik dengan rekabentuk dan
pilihan warna pen seterusnya akan mengenali
fungsi pen dan secara spontan akan membelinya.
19	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
2.4 Perletakan Produk
§ Produk pen 3in1 lebih disasarkan kepada golongan pelajar tidak kira pelajar sekolah
menengah atau IPTA dan IPTS dan juga kepada golongan pekerja sektor kerajaan dan
swasta.
§ Produk bermula di Kota Kinabalu Sabah kerana terdapat banyak sekolah, kolej dan
universiti di sekitar Kota Kinabalu. Hal ini memudahkan 7CM Enterprise bergerak
dalam mempromosikan pen 3in1. Disamping itu, di kolej dan universiti berkenaan
juga terdapat ramai pekerja yang mana secara tidak langsung terdedah dengan
kehadiran pen 3in1 ini. Selain itu, Sabah juga terletak berhampiran dengan Brunei,
Filipina dan Indonesia. Hal ini membolehkan pen 3in1 dapat dikenali di negara jiran
kerana ramai pelancong yang datang ke Kota Kinabalu untuk bercuti atau membeli
belah khususnya dari negara Brunei dan Filipina.
§ Kota Kinabalu juga menempatkan banyak syarikat-syarikat besar yang mana secara
tidak langsung perletakan produk dapat diperluaskan lagi.
§ Pen ini pasti akan mendapat sambutan yang baik di pasaran kerana keadaan atau
gelagat pembelian pengguna pada masa kini telah berubah. Ramai pengguna pada
masa kini yang mempunyai kehendak yang berbeza-beza dan pelbagai. Ramai
pengguna yang menginginkan produk yang mampu untuk menyelesaikan masalah
mereka. Oleh itu, kami pasti bahawa pen 3in1 ini mampu membantu menyelesaikan
beberapa masalah pengguna pada masa kini. Selain itu, pen 3in1 ini juga boleh
dijadikan sebagai hadiah ataupun cenderahati sebagai kenangan.
20	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
2.5 Inovasi Produk
§ Pen 3in1 merupakan pen yang dipelbagaikan kegunaannya yang mampu memberi
manfaat kepada pemiliknya dimana ianya berfungsi sebagai pen untuk menulis,
highlighter untuk mewarna nota penting dan juga pendrive untuk menyimpan
maklumat penting.
§ Pen 3in1 ini mempunyai ciri unik dimana ianya diperbuat daripada kayu yang
membuatkan produk ini ringan dan menarik.
§ Dengan adanya 3 fungsi pada sebatang pen yang diperbuat daripada kayu mampu
menarik perhatian pengguna untuk mengenali pen ini.
§ Didatangi dengan pelbagai pilihan warna pen iaitu putih, hitam, biru, ungu dan warna
asal kayu iaitu coklat.
21	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
BAB 3 : RANCANGAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN
3.1 Pengenalan Organisasi
Rancangan organisasi merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian
sesebuah perniagaan bagi memastikan perancangan dan pengurusan organisasi mereka
dilakukan dengan teliti dan lancar. Kepentingannya meliputi proses perancangan objektif
dan matlamat syarikat, kaedah untuk mencapai matlamat tersebut, strategi yang perlu
digunakan, mengetahui bagaimana tindak balas terhadap pasaran, menganalisis pesaing
dan sebagainya. Syarikat atau organisasi yang berorientasikan perkhidmatan atau barangan
perlu mengambil berat mengenai perancangan ini kerana ianya menentukan hala tuju
perniagaan dimasa hadapan.
Rancangan organisasi merupakan satu proses yang berterusan dan tidak hanya
digunakan semasa proses penubuhan syarikat sahaja. Malahan ianya akan sentiasa
diperbaiki dan diperbaharui sekiranya syarikat ingin mengukuhkan kedudukannya dalam
pasaran. Rancangan organisasi sangat penting dan paling utama yang harus dibangunkan
sebelum melihat kepada fungsi-fungsi lain seperti pemasaran, kewangan, pengurusan
sumber manusia, pembangunan dan penyelidikan dan sebagainya. Hal ini kerana
rancangan organisasi yang memberi panduan kepada syarikat untuk membuat tindakan
yang sepatutnya diambil dalam apa jua situasi yang dihadapi organisasi pada saat
berkenaan.
Namun, keberkesanan rancangan organisasi bergantung kepada pengurus. Hal ini
kerana pengurus bertanggungjawab untuk merancang, mengorganisasi, memimpin dan
mengawal syarikat. Rancangan organisasi perlu diurus dan dikendalikan secara sistematik
supaya setiap pengurus dapat menggunakan sumber-sumber yang ada dengan cekap, teratur
dan berkesan.
22	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
3.2 Wawasan, Visi, Misi Organisasi, Logo Dan Lokasi Syarikat
7CM Enterprise mempunyai visi, misi, dan falsafah yang berpandangan jauh serta
mampu dicapai oleh perniagaan yang mengutamakan untuk menghasilkan produk
inovasi yang mampu membantu pengguna.
Visi
ü Menjadikan produk syarikat sebagai pilihan utama pengguna.
Misi
ü Menjadikan organisasi sebagai sebuah perniagaan yang mampu bersaing
dengan pengeluar sedia ada samada dalam atau luar Negara.
ü Menjana pendapatan yang lumayan melalui penghasilan produk inovasi.
ü Mewujudkan peluang pekerjaan kepada kaum bumiputera.
ü Membekalkan produk inovasi kepada pengguna untuk memudahkan cara
penggunaan dalam kehidupan seharian.
ü Memajukan perniagaan dan meluaskan pasaran ke seluruh dunia.
Objektif
ü Menyediakan barang yang berkualiti dan berfaedah kepada pengguna.
ü Memenuhi citarasa dan permintaan pelanggan dengan memberikan produk
berkualiti dan khidmat selepas jualan yang terbaik.
ü Memajukan perniagaan dan meluaskan pasaran ke seluruh Malaysia.
ü Mempelbagaikan produk sedia ada di pasaran.
23	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
3.3 Carta Organisasi Syarikat
Pengurus Besar
Hafizz Bin Firdaus
Eksekutif
Kewangan
Edrina Bin Jamal
Eksekutif
Operasi
Norfarizan Binti
Kamarul
Eksekutif
Pemasaran
Lim Mei Ying
Eksekutif
Pentadbiran
Nordiana Najua
Bt Abdullah
Penolong Eksekutif
Operasi
Hasnieta Binti
Kamarul
Penolong Eksekutif
Pemasaran
Haris Bin kamal
Pembantu	
  Pemasaran	
   Pemandu	
   Operator	
  Pengeluaran	
  
24	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
3.4 Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan sumber manusia penting bagi sesebuah organisasi. Hal ini kerana
bahagian sumber manusia yang akan merancang untuk memberi bonus, cuti dan
faedah lain seperti klinik panel kepada para pekerja.
NO JAWATAN BIL. GAJI
BERSIH
KWSP
(11%)
PERKESO
(3%)
GAJI
KASAR
1 Pengurus Besar 1 RM2580 RM330 RM90 RM3000
2 Pengurus Kewangan 1 RM2322 RM297 RM81 RM2700
3 Pengurus Sumber Manusia 1 RM2064 RM264 RM72 RM2400
4 Pengurus Pemasaran 1 RM2064 RM264 RM72 RM2400
5 Pengurus Operasi 1 RM2064 RM264 RM72 RM2400
6 Penolong Pengurus
Pemasaran
1 RM1806 RM231 RM63 RM2100
7 Penolong Pengurus Operasi 1 RM1806 RM231 RM63 RM2100
8 Pembantu Pemasaran 1 RM1032 RM132 RM36 RM1200
9 Operator 2 RM1720 RM220 RM60 RM2000
10 Pemandu Van 1 RM602 RM77 RM21 RM700
JUMLAH RM18,060 RM2,310 RM630 RM21,000
25	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
Perancangan 7CM Enterprise sebagai hadiah kepada pekerja syarikat :
ü Caruman KWSP hanya akan dikenakan kepada setiap pekerja yang berumur 18
tahun ke atas sahaja. Jumlah caruman yang dikenakan adalah sebanyak 11
peratus. Caruman KWSP ini bertujuan untuk memberi jaminan masa hadapan
pekerja yang lebih sempurna setelah bersara kelak.
ü Caruman PERKESO yang dikenakan adalah berdasarkan jadual berkala yang
telah ditetapkan. PERKESO ini bertindak sebagai wang pampasan sekiranya
pekerja menghadapi kemalangan dalam melaksanakan tugas di pejabat atau di
luar pejabat. Segala kemalangan yang berkaitan dengan urusan pejabat akan
diambil kira untuk menerima wang pampasan ini.
ü Memberikan bonus tahunan kepada pekerja sekiranya jualan produk meningkat
dari masa ke semasa iaitu sebanyak 5% bonus daripada gaji kasar mereka akan
diberikan kepada pekerja. Hal ini dapat memberi semangat agar kepada diri
mereka dan juga memberi motivasi kepada pekerja lain agar berusaha lebih gigih
dalam pekerjaan yang mereka lakukan. Justeru, perkara ini juga dapat membantu
syarikat dalam mengeluarkan produk-produk keluaran yang lebih berkualiti.
ü Cuti sebanyak 27 hari setahun dimana pekerja boleh mengambil cuti dengan gaji
selama 27 hari. Sekiranya cuti yang diambil melebihi 27 hari, maka hari ke 28
cuti pekerja berkenaan adalah cuti tanpa gaji.
ü Panel klinik kepada pekerja bagi menjaga kebajikan dan kesihatan pekerja.
ü Kenaikan gaji dan pangkat akan diberikan kepada pekerja yang berjaya
meningkatkan mutu hasil kerja mereka dan mempunyai kemahiran yang baik
dalam bidang tugas mereka. Ianya penting agar pekerja tersebut dapat
meningkatkan lagi mutu kerjanya.
ü Anugerah khas juga diberi kepada pekerja yang cemerlang. Penghargaan ini
diberikan kepada pekerja yang sentiasa berusaha untuk membantu memajukan
syarikat. Sijil serta wang ringgit akan diberikan kepada pekerja yang berjaya
menerima anugerah tersebut. Hal ini dapat memebri saingan yang sihat dan positif
dalam kalangan pekerja agar mereka sentiasa berusaha dan bersaingi demi
memajukan 7CM Enterprise.
26	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
3.5 Strategi syarikat
Tujuan 7CM adalah untuk menjadi sebuah perniagaan yang sentiasa membantu
pelanggan melalui produk yang dihasilkan dengan menggunakan idea-idea yang
kreatif dan inovatif. Sebahagian daripada strategi yang sedang berlangsung, syarikat
merancang untuk:
• Mencipta Produk Baru
Sentiasa mencari idea-idea baru untuk menghasilkan produk yang tiada di pasaran
ataupun yang telah diubahsuai daripada yang sudah ada di pasaran.
• Membangun Pengiktirafan Jenama
Membangun tanda pengakuan dengan mempromosikan jenama 7CM melalui
pelbagai saluran pemasaran seperti iklan online, membina hubungan baik dengan
pihak luar perniagaan dan menyertai pertunjukan perdagangan.
• Kembangkan Perhubungan
Memperluas hubungan pemasaran syarikat dengan agresif mengembangkan
hubungan baru dengan syarikat yang sedia ada.Hal ini akan mempercepatkan
pengambilalihan pelanggan.
• Membangun Pangkalan Pelanggan
Membangun pangkalan pelanggan dan menstimulasi penggunaan ulangan dengan
mengekspos pelanggan kepada produk.
• Kembangkan Produk-produk yang baharu
Mengembangkan produk-produk keluaran perniagaan yang baru dengan mencipta
pelbagai produk yang dapat digunakan dengan mudah oleh pelanggan.
27	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
3.6 Lokasi Perniagaan
7CM Enterprise memilih lokasi di perumahan Universiti Apartment sebagai
lokasi kedai yang mana tempat ini sangat strategik kerana berada di tengah-tengah
kawasan Indah permai dan 1Borneo yang mana kawasan ini merupakan kawasan
yang berhampiran dengan kawasan Institusi Pengajian Tinggi, Institusi Pengajian
seperti Institut Latihan Perindustrian dan Institut Kemahiran Mara juga hampir
dengan Universiti Apartment. Ini memudahkan pelajar yang mana pengguna
sasaran membeli pen serbaguna di premis syarikat. Pada hari ini dapat dilihat
banyak perumahan yang sedang membangun seperti 1Sulaman yang sedang
dalam pembinaan. Ini membolehkan syarikat berpotensi untuk mendapat lebih
ramai pengunjung.
Ke Kota Kinabalu Ke Sepanggar
Ke University Apartment
Alamat Kedai : Lot 40, A floor U plaza,
Jalan Sulaman 88450,
Kota Kinabalu Sabah.
Kingfisher	
  Sulaman	
  
Kami	
  di	
  sini	
  
28	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
3.7 Kelengkapan dan keperluan pejabat
BIL. KELENGKAPAN UNIT HARGA (SEUNUIT ) JUMLAH
1 PENGHAWA DINGIN 3 RM 1,000 RM 3,000
2 MEJA PEKERJA 7 RM 85 RM 595
3 KERUSI 20 RM 35 RM 700
4 MEJA MESYUARAT 1 RM 170 RM 170
5 MEJA KAUNTER 1 RM 140 RM 140
6 MESIN POTOSTAT 3 IN 1 1 RM 400 RM 400
7 KABINET FAIL 1 RM 170 RM 170
8 ALAT PEMADAM API 2 RM 200 RM 400
9 TELEFON DAN FAKS 1 RM 200 RM 200
10 WATER COOLER 1 RM 600 RM 600
11 PAPAN TANDA SYARIKAT 1 RM 800 RM 800
12 KOMPUTER 2 RM 2,000 RM 4,000
13 ALATAN TULIS 2 RM 200 RM 400
14 SET SOFA 1 RM1,000 RM 1,000
JUMLAH RM 12,575
29	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
3.7.1 Susun Atur Ruangan Pejabat
30	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
BAB 4 : RANCANGAN PEMASARAN
Rancangan pemasaran merupakan bahagian yang penting dalam proses pemasaran. 7CM
Enterprise sentiasa memastikan rancangan pemasaran yang dilakukan adalah berkesan dan yang
terbaik. Ini kerana, 7CM percaya bahawa rancangan pemasaran yang baik mampu membantu
dalam mencapai objektif syarikat yang telah kami tetapkan. Dalam rancangan pemasaran ini,
terdapat dua aspek yang akan kami terangkan iaitu analisa persekitaran pemasaran syarikat dan
strategi pemasaran yang syarikat kami gunakan.
Perniagaan kami menggunakan kaedah analisis SWOT untuk menganalisa persekitaran
pemasaran perniagaan. Dengan menggunakan kaedah ini, 7CM dapat mengenalpasti kekuatan
yang ada pada syarikat, mengenalpasti kelemahan-kelemahan syarikat yang harus diatasi,
mengenalpasti peluang-peluang yang wujud dan mengenalpasti ancaman-ancaman yang wujud
agar dapat diatasi. Syarikat kami akan menggunakan analisa ini dalam membina strategi
pemasaran yang sistematik dan berkesan.
Syarikat kami menggunakan elemen dalam campuran pemasaran iaitu 4P sebagai strategi
pemasaran bagi syarikat kami. Dengan menggunakan elemen dalam campuran pemasaran ini,
syarikat kami dapat membina strategi pemasaran dalam empat aspek iaitu produk yang akan
syarikat kami keluarkan, harga yang sesuai bagi produk yang kami keluarkan, aktiviti promosi
yang kami gunakan untuk memperkenalkan produk dan agihan yang sesuai digunakan untuk
memasarkan produk kepada pengguna.
31	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
4.1 Produk yang Ditawarkan
Hasil daripada pemerhatian, perniagaan 7CM telah membuat keputusan untuk
mengeluarkan dan memasarkan pen 3in1 bagi memenuhi kehendak pengguna. Penghasilan
ini dijangka akan memberi impak yang lebih besar dan berkesan dalam pasaran dengan
memberi saingan yang sihat. Persaingan sihat dalam pasaran membolehkan produk yang
dihasilkan terus maju seiring teknologi sedia ada dimana ianya memberi kesenangan,
keselesaan dan kemudahan kepada pengguna.
Penggunaan pen pada hari ini hanya terhad digunakan untuk menulis sahaja. Seiring
dengan peredaran zaman, pen 3in1 ini memang banyak membantu masyarakat masa kini. Hal
ini kerana ianya bukan sahaja memberi kemudahan, malahan memberi keselesaan kerana
pengguna hanya perlu membeli pen sahaja, namun mampu memiliki ‘pendrive’ dan
‘highlighter’ dalam satu pen. Pen 3in1 mampu memenuhi keperluan pengguna yang tidak
pernah puas. Antara kelebihan yang ditawarkan pen 3in1 ialah :
§ Pen berdakwat hitam atau biru yang boleh di isi semula apabila dakwat pen
habis digunakan.
§ Pendrive berkapasiti 4GB dimana ianya boleh memuatkan banyak maklumat
dan sangat berguna kepada pelajar yang perlu menyimpan nota dan tugasan
dan juga pekerja untuk menyimpan ‘softcopy’ kerja yang dibuat kedalam
pendrive untuk tujuan keselamatan.
§ Highlighter yang didatangkan dengan pelbagai warna seperti hijau, kuning,
biru, merah jambu, oren dan ungu. Highlighter juga boleh diganti apabila
dakwatnya telah habis digunakan.
§ Badan pen yang diperbuat daripada kayu dan mempunyai pilihan warna
seperti putih, hitam, biru, ungu dan warna asli kayu itu sendiri.
§ Jaminan setahun terhadap pendrive.
32	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
4.2 Sasaran Pasaran
Sasaran pasaran merupakan kumpulan pengguna yang mempunyai ciri-ciri akan
dipengaruhi dan menjadi bakal pengguna produk 7CM Enterprise. 7CM telah memilih
dua kumpulan bakal pengguna untuk dijadikan sebagai sasaran pasaran bagi produk
keluaran pertama perniagaan. Sasaran pasaran bagi 7CM ialah pelajar dan kakitangan
kerajaan serta swasta.
§ Pelajar
Semua pelajar yang sedang menuntut pelajaran sama ada di sekolah, IPTS atau di
IPTA amat memerlukan pen, pendrive dan highlight pen. Pelajar memerlukan
pendrive untuk menyimpan data-data dan maklumat yang berguna. Seperti sedia
maklum, alat pengajaran dan pembelajaran pada masa ini lebih kepada komputer.
Adakalanya, pensyarah akan memberikan nota dalam bentuk ‘softcopy’ didalam
kelas. Oleh itu, penggunaan pendrive amat diperlukan. Selain itu, pelajar juga
gemar menggunakan highlight pen untuk mewarna isi atau maklumat penting.
Selain itu, dengan sebatang pen ini sahaja pengguna tidak akan terlupa untuk
membawa pendrive dan highlight pen bersama yang mana ianya mempunyai
kegunaan yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Pen 3in1 ini telah
menjadi keperluan dalam kehidupan seharian mereka, terutamanya sebagai
seorang pelajar. Pelajar menjadi pilihan kerana saiz pasaran yang luas, potensi
jualan yang tinggi dan trend pasaran dimana pelajar selalunya menginginkan
sesuatu yang lain daripada yang lain..
§ Kakitangan Kerajaan dan Swasta
Individu yang bekerja (tidak kira kakitangan swasta ataupun kerajaan) perlu
menggunakan pen untuk menulis, pendrive untuk menyimpan maklumat atau data
dan highlight pen digunakan untuk mengingatkan mereka hal-hal yang penting
atau maklumat yang penting. Pekerja yang mempunyai pembentangan dalam
syarikat sangat memerlukan pen 3in1 ini untuk memudahkan mereka semasa
bekerja. Dengan adanya kegunaan lain dalam sebatang pen, ianya akan membantu
memudahkan kehidupan seharian.
33	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
4.3 Pesaing Syarikat
STABILO
Kekuatan Kelemahan
• Merupakan jenama alat tulis yang
terkenal.
• Syarikat ini telah lama berada di
pasaran dan kedudukannya lebih
stabil.
• Produk syarikat ini menjadi pilihan
dan kegemaran ramai pelanggan.
• Produk syarikat ini lebih diyakini
oleh pelanggan kerana telah lama
berada di pasaran
• Syarikat ini mengeluarkanpelbagai
jenis pen.
• Mengeluarkan alat tulis yang hanya
mempunyai satu fungsi.
• Produk yang dikeluarkan oleh
syarikat ini hanya produk yang biasa
dilihat.
• Syarikat ini tidak meletakkan ciri-ciri
inovasi pada produknya.
• Syarikat ini tidak memberi jaminan
selepas pembelian.
• Produk yang dikeluarkan tidak
mempunyai ciri-ciri unik atau kreatif.
FABER CASTLE
Kekuatan Kelemahan
• Syarikat ini mempunyai prestasi dan
reputasi yang baik kerana telah lama
berada di pasaran.
• Syarikat ini telah mempunyai
pelanggannya sendiri.
• Produk syarikat ini lebih diyakini
oleh pelanggan.
• Syarikat ini mempunyai produk yang
pelbagai.
• Syarikat ini telah menerima banyak
pengiktirafan dan penghargaan.
• Syarikat ini hanya mengeluarkan alat
tulis yang mempunyai satu fungsi.
• Syarikat ini tidak memberi jaminan
selepas pembelian.
• Tiada inovasi yang dilakukan keatas
produk yang dikeluarkan oleh
syarikat ini.
• Strategi pemasaran syarikat ini
kurang mantap.
• Tidak mengeluarkan produk yang
kreatif dan produk lain dari yang lain.
34	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
G-SOFT
Kekuatan Kelemahan
• Syarikat ini mempunyai pilihan alat
tulis yang pelbagai.
• Syarikat ini mengeluarkan produk
yang menarik dan ceria yang dapat
menarik minat pelanggan.
• Syarikat ini telah mula mempunyai
pelanggan tetap.
• Merupakan syarikat yang baru sahaja
berada dipasaran.
• Syarikat ini hanya memfokus kepada
alat tulis yang mempunyai satu fungsi
sahaja.
• Pelanggan masih kurang yakin
dengan produk yang dikeluarkan oleh
syarikat ini.
• Syarikat ini belum cukup stabil lagi di
pasaran.
35	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
4.4 Analisis SWOT
7CM
Kekuatan Kelemahan
• Menawarkan produk inovasi dalam
pasaran.
• Pen 3in1 mempunyai banyak fungsi
iaitu pen, pendrive dan highlighter.
• Kedudukan premis 7CM sangat
strategik yang mana premis terletak di
Universiti Apartment Jalan Sulaman
yang dapat dilihat ketika ini sedang
membangun dan terletak berhadapan
dengan jalan utama Kota Kinabalu ke
Tuaran membolehkan kedai dilihat
dengan jelas dan mudah untuk
dikenali.
• Waktu operasi syarikat yang lama
juga memudahkan pengunjung untuk
membuat urusan dengan syarikat.
• Syarikat masih baru dalam pasaran.
• Pengguna kurang yakin dengan
produk dan jenama syarikat yang
baru.
• Reputasi syarikat yang belum kukuh
dipasaran.
• Tidak mempunyai pengalaman yang
cukup untuk meluaskan syer pasaran
dengan lebih cepat.
• Sukar untuk membuat hubungan
kerjasama dengan syarikat lain.
7CM
Peluang Ancaman
• Membuka pasaran baru dimana pen
3in1 yang mempunyai kegunaan baru
ini belum pernah ada dipasaran.
• Boleh menghasilkan produk baru
yang mengikut citarasa pengguna
melalui hubungan baik yang dibina
dengan pelanggan.
• Produk tidak sampai kepada
pengguna.
36	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
4.5 Syer Pasaran
Syer pasaran ialah jumlah peratus jualan yang bakal diperolehi usahawan daripada
potensi pasaran dengan mengambil kira jumlah perniagaan yang bersaing. Pemimpin
pasaran akan melindungi perniagaan semasanya daripada serangan pihak pesaing.
Sebagai contoh, perniagaan 7CM perlu mengawasi tindakan pesaing selain mengatasi
kelemahan-kelemahan perniagaan yang boleh memberikan peluang kepada pesaingnya.
7CM cuba merendahkan kos pada harga yang bersesuaian dengan nilai yang dapat
dilihat oleh pengguna. 7CM boleh mengembangkan syer pasaran dengan menggunakan
pelbagai cara. Pemimpin pasaran juga boleh berkembang dengan meningkatkan lagi
syer pasarannya. Selain itu, peningkatan kecil syer pasaran bermakna peningkatan
dalam jualan yang tinggi.
Tahun Syarikat Peratusan (%)
2011
(Sebelum)
Stabilo
Faber Castle
G. Soft
55%
33%
12%
2012
(Selepas)
Stabilo
Faber Castle
7CM
G. Soft
49%
27%
15%
9%
Jadual atas adalah untuk menunjukkan syer pasaran syarikat pen yang berada dalam
pasaran pada tahun 2011, iaitu sebelum 7CM memasuki pasaran dan juga syer pasaran
syarikat pen pada tahun 2012, iaitu selepas kemasukan pen 3in1 dalam pasaran. Dalam
jadual, dapat dilihat bahawa pen Stabilo, Faber Castle dan G.Sotf masing-masing
menunjukkan 55%, 33% dan 12% syer pasaran. Namun, pada tahun 2012 syer pasaran
kelihatan berubah selepas setahun pen 3in1 memasuki pasaran. Perubahan ini memberi
kesan negatif kepada syarikat-syarikat pen yang lain. Hal ini kerana, selepas pen 3in1
wujud dalam pasaran pada tahun 2012, Stabilo, Faber Castle dan G.Soft masing-masing
telah menunjukkan peratus syer pasaran semakin menurun iaitu 49%, 27% dan 9%.
Maka, ini menunjukkan pen 3in1 mendapat sambutan yang baik iaitu sebanyak 15% pada
tahun pertama pada tahun 2012.
37	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
4.6 Strategi Pemasaran
Strategi pemasaran amat penting bagi perniagaan 7CM bagi memperkenalkan
kewujudan produk iaitu pen 3in1. Strategi pemasaran merangkumi produk, promosi,
harga dan agihan yang mana biasanya disebut sebagai 4P. Strategi pemasaran
merupakan elemen yang penting untuk memastikan syarikat terus kekal dalam pasaran.
Strategi pemasaran yang dirancang mestilah baik dan jelas agar strategi yang telah
dirancang dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Setiap elemen dalam 4P adalah
saling berkaitan diantara satu dengan lain.
4.6.1 Produk
§ Produk merupakan sesuatu yang ditawarkan kepada pasaran yang mempunyai
sifat-sifat yang dapat menarik perhatian, dapat dimiliki, digunakan dan
mempunyai faedah pisikologi yang memuaskan atau memenuhi kehendak
pengguna semasa melakukan proses pertukaran.
§ Mempunyai ciri-ciri yang ketara seperti warna, berat, harga dan ciri-ciri tidak
ketara seperti kepuasan, kecekapan, keberkesanaan dan penyelesaian sesuatu
masalah pengguna.
§ Perniagaan 7CM membuat pemerhatian terlebih dahulu mengenai keperluan dan
kehendak pengguna pada masa kini sebelum produk syarikat dihasilkan. Selepas
itu, 7CM telah membuat kajian kepada pengguna sasaran samada mereka akan
menerima pen 3in1 yang akan dihasilkan atau tidak.
§ Berdasarkan pemerhatian, kebanyakannya pelanggan sasaran bagi produk yang
akan dihasilkan menerima atau bersetuju sekiranya kami menghasilkan pen 3in1
sebagai produk syarikat.
§ Rakan kongsi 7CM telah bersetuju menghasilkan pen yang diinovasikan, iaitu pen
3in1 yang mempunyai fungsi untuk highlighting, menyimpan data dan menulis.
7CM menghasilkan produk ini kerana percaya bahawa produk pen 3in1 akan
mendapat sambutan dalam pasaran hasil daripada analisis atau kajian mengenai
penghasilan produk tersebut terhadap pengguna sasaran.
38	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
4.6.2 Harga
§ Harga didefinisikan sebagai sejumlah wang yang ditukarkan untuk mendapatkan
sesuatu produk atau perkhidmatan.
§ Harga merupakan elemen dalam campuran pemasaran (4P) yang mana dapat
menghasilkan keuntungan dan harga juga merupakan elemen yang terlibat dalam
perbelanjaan kos. Harga juga merupakan elemen yang fleksible dalam campuran
pemasaran. Hal ini demikian kerana, harga boleh berubah dengan cepat mengikut
persekitaran pasaran dari semasa ke semasa.
§ 7CM bertanggapan harga merupakan elemen yang sangat penting dalam syarikat.
Perkara ini disebabkan harga yang akan ditetapkan oleh syarikat akan
mempengaruhi kadar keuntungan yang akan diperolehi oleh syarikat bagi setiap
unit produk yang syarikat hasilkan.
§ Perniagaan 7CM memilih untuk meletakkan harga jualan dengan meningkatkan
harga penghasilan seunit produk kepada 50%. Ini bermakna, daripada harga kos
menghasilkan seunit pen iaitu RM15, maka harga seunit pen untuk dijual ialah
RM30.
§ Namun, pada hari promosi, 7CM Enterprise meletakkan harga yang rendah iaitu
sebanyak RM25 istimewa kepada pengguna sasaran produk.
4.6.3 Promosi
§ Alat promosi yang boleh digunakan untuk menjalankan promosi bagi produk
ataupun perkhidmatan sesebuah syarikat adalah seperti pengiklanan, perhubungan
awam, promosi jualan dan jualan persendirian.
§ Perniagaan 7CM memilih untuk membuat promosi pengiklanan dan promosi
jualan sebagai alat promosi syarikat. Hal ini kerana7CM percaya bahawa sumber
yang selalu digunakan atau dipercayai oleh pengguna merupakan sumber yang
berkesan untuk dijadikan alat promosi bagi produk syarikat.
§ 7CM menjalankan promosi secara agresif pada awal pengenalan produk syarikat
kepada pasaran. Hal ini kerana, 7CM perlu berusaha untuk menarik perhatian
pelanggan sasaran agar membuat pembelian terhadap produk syarikat.
39	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
§ Perniagaan 7CM mengadakan promosi pada hari-hari tertentu bagi memastikan
agar pelanggan sentiasa mengingati produk syarikat kami. Contohnya, pada hari
ulang tahun penubuhan syarikat, harga promosi diberikan kepada pen 3in1 yang
dijual.
§ Ketika promosi dibuat, banner akan dibuat awal sebelum hari promosi dibuat
supaya pengguna tahu tentang promosi yang bakal berlangsung. Risalah juga
dicetak bagi memastikan pengguna tahu akan kehadiran produk baru
dipasaran.Risalah yang syarikat kami keluarkan mengandungi maklumat tentang
produk syarikat, cara-cara menggunakan produk, fungsi-fungsi produk, kelebihan
produk syarikat dan harga sebenar produk serta harga produk pada waktu promosi
dijalankan. Surat khabar merupakan medium paling penting bagi menyebarkan
maklumat mengenai kehadiran 7CM Enterprise dalam mencipta produk inovasi.
§ Belanja bagi membuat banner, risalah dan surat khabar dibuat setiap bulan kerana
7CM akan membuat jualan berupa ‘roadshow’ bagi membolehkan pengguna lebih
mengenali 7CM dan 7CM juga dapat mengetahui reaksi pengguna tentang produk
yang dihasilkan secara langsung.
§ ‘Page’ di laman web “facebook” atau www.facebook.com dibuat untuk
menyebarkan maklumat tentang kehadiran pen 3in1 dan juga dapat menyebarkan
informasi yang terkini melalui laman facebook berkenaan. Hal ini kerana
kebanyakan pelajar dan pekerja menghabiskan masa yang lama dalam satu hari
untuk membuka akaun facebook mereka. Maka, peluang ini diambil bagi
mempromosikan pen 3in1 bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia kerana
laman ini boleh di akses dimana sahaja. Perkara ini lebih mudah untuk membuat
sebarang promosi dan iklan. Selain itu, dengan facebook kita dapat menjimatkan
kos dan masa. Kos yang rendah ini dapat dinikmati oleh syarikat dan menjana
keuntungan yang lumayan kepada perniagaan.
§ Promosi jualan merupakan insentif jangka pendek untuk menggalakkan
pembelian atau jualan sesuatu keluaran atau perkhidmatan. Ianya membantu
memperkenalkan dan menggalakkan tindakan pembelian daripada pelanggan
sasaran terhadap produk syarikat. Syarikat kami menggunakan promosi jualan
untuk mempromosikan produk syarikat kepada pelanggan sasaran adalah
40	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
bertujuan untuk menarik pelanggan sasaran syarikat kami terhadap produk yang
kami hasilkan.
§ Aktiviti ketika promosi jualan ialah demonstrasi dan diskaun harga. 7CM
menggunakan alat promosi seperti ini kerana perniagaan baru boleh
memperkenalkan produk dan baru mencari pelanggan bagi produk tersebut.
§ Dalam demonstrasi, 7CM akan menunjukkan cara menggunakkan produk kepada
pelanggan. Pelanggan diberi peluang untuk menggunakan pen 3in1. Demonstrasi
juga akan digunakan sewaktu menjalankan penjualan secara langsung.
§ Diskaun harga akan dilakukan pada setiap kali promosi produk dijalankan. Pada
hari promosi syarikat kami akan menjual produk syarikat pada harga RM 25.00
sahaja manakala pada hari biasa produk akan dijual pada harga Rm 30.00.
Diskaun atau penggurangan harga ini akan diberikan pada awal pengenalan
produk syarikat di pasaran dan pada hari-hari tertentu promosi jualan sesuai
dijalankan. Promosi ini digunakan untuk menarik pelanggan agar membuat
pembelian dengan segera dan untuk mencapai tingkat jualan yang banyak dalam
jangka masa yang pendek.
4.6.4 Agihan
§ Kewujudan saluran agihan juga akan membantu 7CM untuk menggerakkan
produk daripada pengeluar kepada pengguna. Orang tengah atau perantara
pemasaran merupakan pihak yang banyak membantu dalam mengerakkan produk
atau perkhidmatan syarikat.
§ Bagi 7CM Enterprise, kami memilih menggunakan agihan saluran pertama iaitu
dari syarikat sendiri terus kepada pengguna. Oleh itu, keinginan pelanggan dapat
dikenalpasti ketika menjual sendiri pen berkenaan kepada pengguna.
Pengeluar Pengguna
Saluran agihan yang digunakan
41	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
§ Perniagaan 7CM tidak menggunakan orang tengah untuk memasarkan pen 3in1
kepada pengguna bagi memastikan harga produk yang diperolehi oleh pengguna
tetap murah kerana 7CM tidakmenggunakan orang tengah sebagai perantara.
§ Saluran agihan ini juga dipilih kerana kami mahu mengekalkan nilai atau kualiti
produk yang kami hasilkan. Untuk memastikan hal tersebut akan berlaku, syarikat
kami tidak menggunakan orang tengah sebagai perantara dengan pelanggan.
§ Syarikat kami akan melakukan jualan di lokasi permis syarikat yang bertempat di
kawasan Universiti Apartment dan melakukan jualan terus di lokasi pengguna
atau pelanggan sasaran kami. Seperti melakukan jualan di institusi pengajian
tinggi yang ada di Sabah dengan membuka gerai atau kiosk selama beberapa hari
di mana-mana IPT dan tempat membeli-belah.
§ Melalui premis yang berada di Universiti Apartment di Jalan Sulaman, 7CM
boleh menarik ramai pengunjung. Hal ini kerana premis berkenaan berada
berhampiran dengan pusat membeli belah terbesar di Sabah iaitu 1Borneo. Premis
berkenaan juga terletak berhampiran kawasan perumahan yang kebanyakan
penghuni di Universiti apartment berkenaan adalah pelajar. Perniagaan 7CM
hanya perlu membuat iklan yang menarik untuk membolehkan pengguna
mengenali pen 3in1.
§ Membuka kiosk selama seminggu di IPTA dan IPTS terpilih di seluruh Sabah
untuk memperkenalkan produk kepada sasaran pasaran dan juga tenaga pengajar
mampu memberi banyak pengalaman dan maklumat kepada perniagaan ini. 7CM
juga boleh mendapat idea perniagaan dengan mendengar masalah yang dihadapi
pengguna di kawasan berkenaan.
§ 7CM juga mengambil pendekatan dengan menyertai festival PC Fair bagi
memperkenalkan produk syarikat kepada pengguna dan juga syarikat yang lain
bagi memudahkan urusan kerjasama sekiranya syarikat lain berminat untuk
menjual produk 7CM di kedai mereka.
42	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
Jadual Promosi Jualan
Bil. Institusi Pengajian Tarikh
01. Universiti Malaysia Sabah
Universiti Teknologi Mara kampus Kota Kinabalu
Politeknik Kota Kinabalu
23 – 28 Jan 2012
02. College INTI Sabah
Cosmopoint cawangan Kota Kinabalu
Kolej Yayasan Sabah
13 – 18 Feb 2012
03. Institut Perguruan Kent
Institut Perguruan Gaya
Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
Masterskill kampus Kota Kinabalu
5 – 10 Mac 2012
04. Institut Perguruan Tawau
Kolej Komuniti Tawau
Universiti Malaysia Sabah kampus Tawau
Universiti Teknologi Mara kampus Tawau
19 – 24 Mac 2012
05. Institut Perguruan Sandakan
Universiti Malaysia Sabah kampus Sandakan
2 – 7 April 2012
06. Universiti Malaysia Sabah kampus Labuan
Matrikulasi Labuan
23 – 27 April 2012
43	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
Jadual Promosi Jualan Di Pusat Beli-Belah Terpilih
Bil. Pusat beli-belah Tarikh
01. Centre Point Sabah
1Borneo Kota Kinabalu
19 – 20 Mei 2012
02. Eastern Plaza Tawau
Sabindo Plaza Tawau
8 – 9 Jun 2012
03. Ujana Kewangan Labuan 7 – 8 Julai 2012
Aktiviti sewaktu promosi jualan ialah :
§ Memberi peluang kepada pengguna mengenali pen 3in1 dengan lebih dekat.
§ Pengguna berpeluang menggunakan pen 3in1.
§ Memberi harga istimewa iaitu RM25 bagi harga promosi.
§ Mengedarkan risalah kepada orang ramai di tempat promosi jualan diadakan bagi
membolehkan mereka menyedari kehadiran produk.
§ Hebahan di surat khabar dibuat bagi meluaskan lagi ruang kepada 7CM
Enterprise bertapak dalam pasaran.
§ Menyediakan banner yang menarik tentang promosi jualan.
§ Mengadakan pertandingan mencipta slogan terbaik bagi pen 3in1. Pemenang akan
memperolehi pen 3in1 secara percuma.
44	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
BAB 5 : RANCANGAN OPERASI
5.1 Rancangan Pengeluaran
Rancangan pengeluaran penting bagi menentukan bilangan produk yang
dihasilkan dalam sebulan dan seterusnya setahun. Ianya juga penting supaya tidak
berlaku lebihan bahan mentah atau kekurangan bahan mentah dalam penghasilan
produk. Oleh itu, rancangan pengeluaran perlu dilakukan dengan teliti supaya tidak
berlaku ‘bottle neck’ dalam pengeluaran.
Dalam menentukan bilangan bahan mentah yang perlu dipesan, rancangan
pengeluaran juga perlu mengenalpasti siapa pembekal yang ada di sekitar lokasi
perniagaan bagi membolehkan bahan mentah yang tidak dapat diberikan oleh pembekal
utama diberikan oleh pembekal simpanan. Ini bagi membolehkan perniagaan 7CM
menghasilkan pengeluaran secara berterusan dan mampu memenuhi permintaan
pengguna dalam pasaran.
Perniagaan 7CM merancang pengeluaran melalui jumlah ramalan jualan yang
dibuat. Sekiranya jualan memuaskan, maka 7CM akan memesan lebih banyak bahan
mentah daripada pembekal bagi meastikan permintaan pada bulan seterusnya dapat
dipenuhi. Namun sebaliknya apabila produk tidak dapat diagihkan dengan cepat. Ianya
akan membuatkan jumlah bahan mentah yang dipesan tidak banyak.
45	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
5.2 Carta Alir Pengoperasian
Input
Syarikat 7CM merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan sebatang pen yang
mempunyai tiga fungsi iaitu pen, highlighter dan pendrive. Bagi menghasilkan produk
pen ini, syarikat ini menggunakan bahan mentah seperti badan pen, dakwat pen, dakwat
highlighter, pendrive dan kotak pen untuk proses pembungkusan. Semua bahan-bahan
mentah ini syarikat perolehi melalui pembekal-pembekal tetap yang bertanggungjawab
menyediakan bekalan bahan mentah mengikut pesanan yang syarikat 7CM buat. Syarikat
akan membuat pesanan bahan mentah mengikut jumlah pengeluaran setiap bulan bagi
mengelakkan pembaziran kos.
Syarikat 7CM mempunyai empat buah mesin yang digunakan bagi
mencantumkan bahan-bahan mentah tadi untuk menjadi sebatang pen yang lengkap.
Mesin tersebut terdiri daripada mesin pemasangan dakwat pen, mesin pemasangan
highlighter, mesin pemasangan pendrive dan mesin untuk pemeriksa kualiti pen. Syarikat
7CM mempunyai dua orang operator yang akan bertugas menjaga mesin-mesin ini
semasa proses pengeluaran produk berjalan.
Transfomasi
Dalam proses transfomasi pula adalah proses dimana produk syarikat ini
dihasilkan dari hanya badan pen yang kosong menjadi sebatang pen yang mempunyai
tiga fungsi iaitu pen, hightlighter dan pendrive. Terdapat empat peringkat dalam proses
transfomasi pen ini, peringkat yang pertama adalah peringkat pemasangan dakwat pen.
Dalam peringkat ini dakwat pen akan dimasukkan dalam pen secara automatik
menggunakan mesin mengikut kuantiti yang telah ditetapkan.
Pada peringkat transfomasi yang kedua pula ialah peringkat dimana pendrive akan
dipasang juga secara automatik ke bahagian tengah pen menggunakan mesin pemasangan
pendrive. Pada peringkat ini, penelitian amat diperlukan bagi mengelakkan produk
daripada mengalami kerosakkan.
46	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
Seterusnya adalah peringkat transfomasi yang ketiga iaitu peringkat pemasangan
dakwat highlighter. Dakwat highlighter pula akan dipasangkan secara automatik
menggunakan mesin pemasangan highlighter pada bahagian hujung pen.
Peringkat yang keempat pula adalah peringkat klimaks transfomasi kerana pada
peringkat ini, pen yang telah siap di cantumkan oleh mesin-mesin tadi akan di masukkan
kedalam mesin pemeriksaan kualiti untuk mengesan kerosakkan pada pen sebelum
peringkat pembungkusan dilakukan. Sepanjang proses ini berjalan, seorang operator akan
bertugas menjaga mesin-mesin tersebut.
Selepas semua peringkat ini selesai, pen yang telah siap dan mencapai kualiti
piawaian syarikat akan dimasukkan ke dalam kotak yang pen yang akan dilakukan oleh
operator yang bertugas untuk bahagian pembungkusan.
Output
Pen yang telah siap di bungkus akan dimasukkan ke dalam kotak besar dan
diletakkan di rak barang yang telah disediakan di dalam stor penyimpanan sementara
menunggu untuk diagihkan kepada pelanggan-pelanggan syarikat. Syarikat 7CM juga
hanya megeluarkan produk pen ini mengikut tahap permintaan pelanggan dari masa ke
semasa.
Pengawalan
Sepanjang proses transfomasi ini berlangsung, pengurus bahagian operasi
Syarikat 7CM dan penolongnya akan membuat pemantauan dan pemerhatian dari masa
ke semasa terhadap operator yang bertugas, mesin-mesin pemasangan bahan mentah,
bekalan bahan-bahan mentah dan pen yang telah siap. Pengawalan ini perlu bagi
mengelakkan sebarang masalah berlaku sepanjang operasi pengeluaran produk berjalan.
Pengawalan ini juga dibuat bagi mengelakkan sebarang pembaziran bahan mentah
dan bagi meningkatkan piawaian kualiti produk Syarikat 7CM. Semua produk pen yang
47	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
tidak mencapai tahap piawaian syarikat akan diasingkan dan akan diperbaiaki. Melalui
proses pengawalan, segala masalah dapat diatasi dengan segera dan proses pengeluaran
tidak perlu ditangguhkan untuk masa yang lama. Pengurus operasi akan memastikan
supaya operator yang bertugas bijak dalam melakukan tugas agar matlamat dan objektif
syarikat dapat di capai.
Dalam proses pengawalan ini juga, keselamatan amat dititik beratkan. Setiap
operator yang bertugas semasa mesin sedang berjalan, akan memakai pakaian yang
sesuai, sarung tangan dan cermin mata keselamatan bagi mengelakkan kecederaan
semasa mengendalikan mesin. Pihak luar juga tidak dibenarkan untuk memasuki ruangan
operasi sesuka hati tanpa urusan yang berkaitan. Operator juga diarahkan untuk
melaporkan dengan kadar yang segera kepada pengurus operasi atau mana-mana
pengurus syarikat sekiranya berlaku sebarang masalah terhadap mesin atau produk.
5.3 Rancangan Keperluan dan Penggunaan Bahan
BIL PERKARA KUANTITI HARGA
01. USB 4GB 1 RM 8
02. DAKWAT PEN 1 RM 1
03. DAKWAT HIGHLIGHTER 1 RM 1
04. BADAN PEN 1 RM 4
05. KOTAK PEN 1 RM 1
KOS SEUNIT PEN 3in1 RM 15
48	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
RAMALAN BELIAN TAHUN PERTAMA
BIL. BULAN UNIT
PENGELUARAN
JUMLAH BELIAN
01. JANUARI 1150 RM 17,250
02. FEBUARI 1300 RM 19,500
03. MAC 1450 RM 21,750
04. APRIL 1600 RM 24,000
05. MEI 1850 RM 27,750
06. JUN 2000 RM 30,000
07. JULAI 2150 RM 32,250
08. OGOS 2300 RM 34,500
09. SEPTEMBER 2400 RM 36,000
10. OKTOBER 2500 RM 37,500
11. NOVEMBER 2600 RM 39,000
12. DISEMBER 2700 RM 40,500
JUMLAH 24,000 RM 360,000
49	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
Pembekal Bahan-Bahan Mentah
PEMBEKAL UTAMA
Nama syarikat pembekal Doorstep Sdn. Bhd
Alamat syarikat Lot 108, Plaza Tanjung Aru, Jalan Mat Salleh, 88100
Kota Kinabalu, Sabah.
Bahan mentah yang di bekalkan Dakwat pen dan dakwat highlighter
Harga ( seunit ) Dakwat pen : RM1
Dakwat highlighter : RM1
Kuantiti yang dipesan Berubah mengikut kuantiti pengeluaran
Sebab memilih syarikat ini Syarikat 7CM memilih Doorstep Company sebagai
pembekal dakwat pen kerana syarikat ini memberikan
harga borong yang sangat berpatutan kepada syarikat
kami. Kualiti dakwat pen dan highlighter yang
dibekalkan oleh Syarikat Doorstep ini sangat baik dan
sesuai dengan produk pen yang syarikat kami hasilkan.
Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan
penghantaran barang secara percuma terus ke syarikat
7CM. Masa penghantaran juga sentiasa tepat pada
waktunya. Syarikat ini juga mampu untuk memenuhi
permintaan pesanan yang syarikat kami buat untuk setiap
bulan.
PEMBEKAL ALTERNATIF
Nama syarikat Instant Exhibitions (Sabah) Sdn. Bhd
Alamat syarikat No.9, MDLD7016, Lorong Perdana 3, Kota Kinabalu
Industrial Park (KKIP), 88999 Kota Kinabalu, Sabah
Bahan mentah yang dibekalkan Dakwat pen dan dakwat highlighter
Harga ( seunit ) Dakwat pen : RM1
Dakwat highlighter : RM1
50	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
PEMBEKAL UTAMA
Nama syarikat pembekal Oriental Rising Sdn. Bhd
Alamat syarikat Lorong Burung Keleto Off Jalan Tuaran, 88450 Inanam,
Sabah.
Bahan mentah yang di bekalkan Kotak pen
Kuantiti yang dipesan Berubah mengikut kuantiti pengeluaran
Harga ( seunit ) RM1
Sebab memilih syarikat ini Syarikat 7CM memilih syarikat Oriental Rissing ini
sebagai pembekal kotak pen untuk syarikat 7CM kerana
syarikat ini mampu untuk menyediakan bekalan yang
kami pesan tepat pada masanya dan bekalan sentiasa
mencukupi.
Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan
penghantaran secara percuma dan harga yang ditawarkan
juga adalah sangat berpatutan.Syarikat kami tidak perlu
bersusah payah untuk pergi ke syarikat ini bagi memesan
barang, syarikat kami hanya perlu menghubungi syarikat
ini dan barang akan dihantar tepat seperti yang dipesan.
PEMBEKAL ALTERNATIF
Nama syarikat Estern Press Supplies
Alamat syarikat Lot No. 1, DBKK No. 13, Lrg Bernam 3, Taman Soon
Khiong, Jln Kolam Luyang, 88300 Kota Kinabalu,
Sabah.
Bahan mentah yang dibekalkan Kotak pen
Harga ( seunit ) RM1
51	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
PEMBEKAL UTAMA
Nama Syarikat Pembekal Proreka Tech Sdn. Bhd
Alamat Syarikat Lot 24, 2nd
Floor, Beverly Hills Indust & Comm Park,
Off Jalan Bundusan, 88300 Penampang, Sabah
Bahan Mentah yang di Bekalkan Badan pen
Kuantiti yang dipesan Berubah mengikut kuantiti pengeluaran
Harga ( seunit ) RM 4
Sebab Memilih Syarikat ini Syarikat 7CM memilih Syarikat Proreka sebagai
pembekal badan pen untuk syarikat kami kerana syarikat
ini merupakan sebuah syarikat yang sangat terkenal
dalam bidang reka bentuk. Kami yakin akan kebolehan
syarikat ini untuk menyediakan bekalan badan pen
kepada syarikat 7CM mengikut reka bentuk yang
syarikat inginkan.
Kualiti bahan yang digunakan oleh syarikat ini untuk
mereka bentuk badan pen juga menggunakan bahan yang
berkualiti dan terdapat jaminan. Harga yang ditawarkan
juga amat berpatutan.
Syarikat ini menyediakan penghantaran percuma
terus kepada syarikat kami dan barang yang rosak
sebelum syarikat 7CM gunakan boleh dipulangkan dan
digantikan dengan yang baru.
PEMBEKAL ALTERNATIF
Nama syarikat Big East Marketing Sdn Bhd
Alamat syarikat No. 14, Taman Jaya Usaha, Mile 5 1/2, Tuaran Road,
88450 Inanam, Sabah.
Bahan mentah yang dibekalkan Badan pen
Harga ( seunit ) RM 4
52	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
PEMBEKAL UTAMA
Nama Syarikat Pembekal Vision Media Supplies Sdn. Bhd
Alamat Syarikat Lot 27, Jalan Raja Udang, Industrial Estate, 88900
Likas, Sabah.
Bahan Mentah yang di Bekalkan Pendrive 4GB
Kuantiti yang dipesan Berubah mengikut kuantiti pengeluaran
Harga ( seunit ) RM8
Sebab Memilih Syarikat ini Syarikat 7CM memilih Syarikat vision ini sebagai
pembekal pendrive untuk syarikat kami adalah kerana
syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang terkenal
dalam menghasilkan pendrive.Produk mereka juga telah
diyakini kualitinya.
Syarikat ini juga memberikan syarikat 7CM harga
borong yang sangat berpatutan dan terdapat jaminan
dalam pembelian. Sekiranya pendrive ini gagal
berfungsi, syarikat kami boleh memulangkannya semula
dan syarikai ini akan menggantikannya dengan pendrive
yang baru.
Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan
penghantaran secara percuma. Barang yang dipesan di
daerah Labuan memerlukan kos yang tinggi kerana perlu
melalui pelabuhan. Penghantaran percuma yang
disediakan ini dapat menjimatkan lagi kos syarikat 7CM
dalam bahagian operasi.
PEMBEKAL ALTERNATIF
Nama syarikat Brilliant Supplies & Trading Co.
Alamat syarikat Lintas Plaza 2B, Jln Lintas, 88300 Kota Kinabalu,
Sabah.
Bahan mentah yang dibekalkan Pendrive 4GB
Harga ( seunit ) RM8
53	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
5.4 Pembelian Mesin Dan Peralatan
BIL PERKARA KUANTITI
01. MESIN PEMASANGAN DAKWAT PEN 1
02. MESIN PEMASANGAN HIGHLIGHTER 1
03. MESIN PEMASANGAN PENDRIVE 1
04. MESIN PEMERIKSAAN KUALITI 1
05. TROLI 2
06. RAK PENYIMPANAN 2
54	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
Pembekal Mesin dan Kelengkapan Operasi
Nama syarikat Yap Sing Engeenering Sdn. Bhd
Alamat syarikat Lot. 3, Lorong Anggur, Kolombong, Batu 5 1/2 Jalan Tuaran,
88450 Kota Kinabalu, Sabah
Barang yang dibekalkan Mesin pemasang dakwat pen
Harga ( seunuit ) RM4300
Sebab memilih syarikat ini Syarikat 7CM telah memilih syarikat Yip Sing Engineering ini
untuk membeli mesin pemasangan dakwat pen adalah kerana
mesin yang dijual di syarikat ini sangat berkualiti dan mesin ini
tidak mempunyai alatan yang rumit untuk dikendalikan. Ianya
menggunakan teknologi terkini yang memudahkan
mempercepatkan lagi pengeluaran
Syarikat ini juga menyediakan penghantaran percuma terus ke
lokasi syarikat kami. Bukan itu sahaja, sekiranya mesin ini
mengalami masalah teknikal, syarikat kami boleh menghubungi
pekerja teknikal mereka untuk membaiki mesin ini. Syarikat
kami tidak perlu menghantar mesin ini ke syarikat mereka.
Harga yang ditawarkan oleh syarikat ini juga sangat
berpatutan dan jaminan pembelian diberikan oleh syarikat ini
sekiranya mesin ini mengalami kerosakkan.
55	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
Nama syarikat Tai Yi Machine ( M ) Sdn. Bhd
Alamat syarikat No. 13, Jalan Lian Seng Light Industries, 88450 Inanam, Sabah
Barang yang dibekalkan Mesin pemasangan dakwat highlighter
Harga ( seunit ) RM4300
Sebab memilih syarikat ini Syarikat 7CM memilih syarikat ini adalah kerana syarikat ini
memberikan perkhidmatan selepas jualan. Mesin ini akan
dihantar terus ke lokasi Syarikat 7CM dan pekerja syarikat ini
yang akan memasang komponen-komponen bagi mesin ini.
Sekiranya mesin ini mengalami kerosakkan, pekerja mereka
akan datang untuk membaikinya dan tiada cas yang akan
dikenakan. Mesin juga tidak susah untuk dikendalikan dan
mudah untuk dikawal. Syarikat ini menyediakan jaminan selama
tiga tahun untuk mesin yang kami beli.
Nama syarikat Elcom Supplies and Service .Co
Alamat syarikat B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian
88450 Inanam, Sabah.
Barang yang dibekalkan Mesin pemasangan pendrive
Harga ( seunit ) RM4800
Sebab memilih syarikat ini Syarikat 7CM memilih untuk membeli mesin pemasangan
pendrive dari syarikat Elcom kerana syarikat ini menyediakan
perkhidmatan selepas jualan seperti servis percuma sekiranya
mesin ini mengalami masalah dan penghantaran percuma terus ke
lokasi syarikat kami.
Syarikat ini juga memberi jaminan selama lima tahun untuk
mesin ini dan harga yang diberikan kepada syarikat kami sangat
berpatutan. Komponen yang ada pada mesin ini juga tidak rumit
dan mudah untuk dikendalikan.
56	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
Nama syarikat Engineering Designer Company
Alamat syarikat Lot 6, Ngee Lim Industrial Centre, Jln Burung Keleto, 88450
Inanam, Sabah.
Barang yang dibekalkan Mesin pemeriksa kualiti
Harga ( seunit ) RM4500
Sebab memilih syarikat ini Syarikat 7CM memilih Syarikat Engineering Designer
Company ini untuk membeli mesin pemeriksa kualiti kerana
mesin yang di jual di syarikat ini sangat berkualiti. Mesin yang
syarikat beli juga sangat mesra pengguna walaupun teknologi
mesin yang digunakan sangat canggih.
Syarikat ini juga menyediakan servis setiap dua bulan untuk
mesin ini. Hal ini akan memastikan pen yang dihasilkan menepati
kualiti yang ditetapkan kerana mesin yang ada sentiasa diservis
dan dipantau setiap dua bulan.
Syarikat ini memberi kami jaminan selama lima tahun untuk
mesin ini. Harga yang ditawarkan oleh syarikat ini juga lebih
berpatutan daripada syarikat mesin yang lain.
Nama syarikat Advance Supermarket Trolley & Accessories
Alamat syarikat Lot 7, Ground Floor, Jln Lintas, Shophouse Tongkuzu Industrial
Centre, 88450 Inanam, Sabah.
Barang yang dibekalkan Troli mengangkut barang
Harga ( seunit ) RM85
Sebab memilih syarikat ini Syarikat 7CM memilih untuk membeli troli dari kedai ini
kerana troli yang ada di kedai ini sangat berkualiti dan tahan
lama. Harga troli di kedai ini juga sangat berpatutan dan
mempunyai jaminan selama setahun. Kedai ini juga menghantar
barang secara percuma terus ke lokasi syarikat.
57	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
Nama syarikat Chan Furniture
Alamat syarikat Lot No.390, Jalan Simpang 4 Woodford, 89800 Penampang,
Sabah.
Barang yang dibekalkan Rak penyimpanan barang
Harga ( seunit ) RM200
Sebab memilih syarikat ini Syarikat 7CM memilih untuk membeli rak penyimpanan
barang produk kami di Chan Funiture kerana syarikat ini
merupakan syrikat perabot yang terkenal dengan kualiti
barangnya. Kayu yang digunakan untuk membuat rak ini sangat
berkualiti dan tahan lama.
Harga yang diberikan juga sangat berpatutan dan terdapat
jaminan selepas pembelian. Jaminan yang diberikan untuk rak ini
adalah selama dua tahun dan syarikat kami boleh menukarkan
dengan rak baru dengan menambah sedikit duit (trade in).
Syarikat ini juga memberikan penghantaran secara percuma terus
ke lokasi syarikat kami. Reka bentuk rak syarikat ini sangat
sesuai untuk penyimpanan produk di syarikat kami.
58	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
BAB 6 : RANCANGAN KEWANGAN
6.1 Penyediaan Unjuran Penyata-penyata Kewangan
7CM ENTERPRISE
KOS PELAKSANAAN PROJEK & SUMBER PEMBIAYAAN
Kos Pelaksanaan Projek Cadangan Sumber Pembiayaan Projek
Keperluan Kos Pinjaman Sewa Beli Sumbangan Sendiri
Aset Tetap Tunai Aset Sedia Ada
Tanah & Bangunan
Alatan Pejabat 5,600 5,600
Kelengkapan Pejabat 6,975 6,975
Pengubahsuaian Pejabat 5,000 5,000
Van Penghantaran 59,000 59,000
Mesin dan Peralatan 18,470 18,470
Ubah Suai Kilang 5,000 5,000
Modal Kerja 1 bulan
Pentadbiran 24,080 24,080
Pemasaran 2,750 2,750
Operasi 30,000 30,000
Keperluan Lain &
Pra-Operasi 12,400 12,400
Luar Jangka 10% 16,928 16,928
JUMLAH 186,203 186,203
59	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
BELANJAWAN PENTADBIRAN
Butir-Butir A.Tetap Bulanan
Lain-
Lain Jumlah
Keperluan Aset Tetap
Tanah & Bangunan - -
Alatan Pejabat 5,600 5,600
Kelengkapan Pejabat 6,975 6,975
Pengubahsuaian Pejabat 5,000 5,000
- -
Keperluan Modal Kerja
Gaji, KWSP, SOCSO 21,000 21,000
Sewa Bangunan 1,800 1,800
Utiliti 680 680
Insurans 300 300
Penyelenggaraan Pejabat 300 300
- -
- -
Keperluan Lain & Pra-
Operasi
Perbelanjaan Lain - -
Deposit 5,000 5,000
Pendaftaran & Lesen 4,000 4,000
Insurans & Cukai Jalan - -
Pelbagai Belanja 500 500
Jumlah 17,575 24,080 9,500 51,155
60	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
BELANJAWAN PEMASARAN
Butir-Butir A.Tetap Bulanan
Lain-
Lain Jumlah
Keperluan Aset Tetap
Van Penghantaran 59,000 59,000
- -
- -
- -
Keperluan Modal Kerja
Risalah 700 700
Banner 150 150
Surat Khabar 1,500 1,500
Petrol 400 400
- -
- -
- -
Keperluan Lain & Pra-
Operasi
Perbelanjaan Lain - -
Deposit - -
Pendaftaran & Lesen - -
Insuran & Cukai Jalan 2,400 2,400
Pelbagai Belanja 500 500
Jumlah 59,000 2,750 2,900 64,650
61	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
BELANJAWAN OPERASI
Butir-Butir A.Tetap Bulanan
Lain-
Lain Jumlah
Keperluan Aset Tetap
Mesin dan Peralatan 18470 18,470
Ubah Suai Kilang 5000 5,000
-
-
Keperluan Modal Kerja
Belian Bahan Mentah &
Pembungkusan 30,000 30,000
Pengangkutan Masuk & Duti - -
Gaji, KWSP, SOCSO (Operasi) - -
Penyelenggaraan Kilang - -
- -
- -
- -
Keperluan Lain & Pra-Operasi
Perbelanjaan Lain - -
Deposit - -
Pendaftaran & Lesen - -
Insuran & Cukai Jalan - -
Pelbagai Belanja - -
Jumlah 23,470 30,000 - 53,470
62	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
6.2 Penyata Pendapatan / Untung Rugi : Hasil dan Perbelanjaan
7CM ENTERPRISE
PENYATA KOS PENGELUARAN PRO FORMA
Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3
Bahan Mentah
Stok Awal 0
Belian Tahun Semasa 360,000 435,000 525,000
Stok Akhir
Jumlah Kos Bahan 360,000 435,000 525,000
Pengangkutan Masuk
& Duti
360,000 435,000 525,000
Gaji, KWSP, SOCSO
(Operasi)
Overhed Kilang
Susut Nilai Aset
Tetap (Operasi) 4,694 4,694 4,694
Penyelenggaraan
Kilang
Jumlah Kos Overhed
Kilang 4,694 4,694 4,694
Kos Pengeluaran 364,694 439,694 529,694
63	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
7CM ENTERPRISE
PENYATA PENDAPATAN PRO FORMA
Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3
Jualan 720,000 870,000 1,050,000
Tolak: Kos Jualan
Stok Awal Barang
Siap
Kos
Pengeluaran
364,694 439,694 529,694
tolak: Stok Akhir
Barang Siap
0 0 0
364,694 439,694 529,694
Untung Kasar 355,306 430,306 520,306
Tolak: Perbelanjaan
Belanja Pentadbiran 288,960 288,960 288,960
Belanja Pemasaran 33,000 33,000 33,000
Perbelanjaan Lain
Pendaftaran & Lesen 4,000
Insurans & Cukai
Jalan
2,400 2,400 2,400
Pelbagai Belanja Pra-
Operasi
1,000
Faedah Sewa Beli
Faedah Pinjaman 9,310 7,448 5,586
Susut Nilai Aset
Tetap
11,944 11,944 11,944
Jumlah
Perbelanjaan
350,614 343,752 341,890
Untung Bersih
Sebelum Cukai
4,692 86,554 178,416
Cukai 0 0 0
Untung Bersih
Selepas Cukai 4,692 86,554 178,416
Untung Bersih
Terkumpul 4,692
91,247 269,663
64	
  |	
  P a g e 	
  
	
  
6.3 Kunci Kira-kira : aset, liabiliti dan ekuiti pemilik
7CM ENTERPRISE
KUNCI KIRA-KIRA PRO FORMA
Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3
ASET
Aset Tetap (Nilai Buku)
Tanah & Bangunan
Alatan Pejabat 4,480 3,360 2,240
Kelengkapan Pejabat 5,580 4,185 2,790
Pengubahsuaian Pejabat 4,000 3,000 2,000
Van Penghantaran 50,571 42,143 33,714
Mesin dan Peralatan 14,776 11,082 7,388
Ubah Suai Kilang 4,000 3,000 2,000
83,407 66,770 50,132
Aset Semasa
Stok Bahan Mentah
Stok Barang Siap
Akaun Belum Terima
Tunai 65,247 131,198 289,012
65,247 131,198 289,012
Aset Lain
Deposit 5,000 5,000 5,000
JUMLAH ASET 153,654 202,968 344,144
Ekuiti Pemilik
Modal
Untung Bersih Terkumpul 4,692 91,247 269,663
4,692 91,247 269,663
Liabiliti Jangka
Panjang
Baki Pinjaman 148,962 111,722 74,481
Baki Sewa Beli
148,962 111,722 74,481
Liabiliti Semasa
Akaun Belum Bayar
JUMLAH EKUITI &
LIABILITI
153,654 202,968 344,144

More Related Content

What's hot

Strategi Pemasaran - Harga
Strategi Pemasaran - HargaStrategi Pemasaran - Harga
Strategi Pemasaran - HargaMohd Nazri Awang
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusanJoan Ang
 
Susunan atur ruang premis
Susunan atur ruang premisSusunan atur ruang premis
Susunan atur ruang premisAlpNjmi
 
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanSEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanAtiqah Wan
 
Nota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanNota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanSRMORAD
 
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...Park Hae Ra
 
Bab 2 trend semasa dalam perniagaan
Bab 2 trend semasa dalam perniagaanBab 2 trend semasa dalam perniagaan
Bab 2 trend semasa dalam perniagaanShahrul Ikhwan
 
Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNANBab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNANazfariza
 
pngajian perniagaan "Pemasaran"
pngajian perniagaan "Pemasaran"pngajian perniagaan "Pemasaran"
pngajian perniagaan "Pemasaran"Amirul Hafeez
 
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAANJENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAANZAFANA
 
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)Shamsul De Bagio
 
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..nakirah
 
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 PengorganisasianPengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 PengorganisasianNurul Hanum
 
Peranan kerajaan dalam perniagaan
Peranan kerajaan dalam perniagaanPeranan kerajaan dalam perniagaan
Peranan kerajaan dalam perniagaanKesavan Seven
 
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di MalaysiaRamli Rem
 
Kerja Kursus Perniagaan
Kerja Kursus PerniagaanKerja Kursus Perniagaan
Kerja Kursus PerniagaanFarahWahida59
 
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)Jeya Kumar
 

What's hot (20)

Strategi Pemasaran - Harga
Strategi Pemasaran - HargaStrategi Pemasaran - Harga
Strategi Pemasaran - Harga
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
 
Susunan atur ruang premis
Susunan atur ruang premisSusunan atur ruang premis
Susunan atur ruang premis
 
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanSEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
 
Nota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanNota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaan
 
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
 
Bab 2 trend semasa dalam perniagaan
Bab 2 trend semasa dalam perniagaanBab 2 trend semasa dalam perniagaan
Bab 2 trend semasa dalam perniagaan
 
Rancangan Perniagaan
Rancangan PerniagaanRancangan Perniagaan
Rancangan Perniagaan
 
Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNANBab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
 
pngajian perniagaan "Pemasaran"
pngajian perniagaan "Pemasaran"pngajian perniagaan "Pemasaran"
pngajian perniagaan "Pemasaran"
 
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAANJENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
 
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
 
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
 
Kepentingan sektor pertanian
Kepentingan sektor pertanianKepentingan sektor pertanian
Kepentingan sektor pertanian
 
KBAT Sejarah SPM
KBAT Sejarah SPMKBAT Sejarah SPM
KBAT Sejarah SPM
 
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 PengorganisasianPengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
 
Peranan kerajaan dalam perniagaan
Peranan kerajaan dalam perniagaanPeranan kerajaan dalam perniagaan
Peranan kerajaan dalam perniagaan
 
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
 
Kerja Kursus Perniagaan
Kerja Kursus PerniagaanKerja Kursus Perniagaan
Kerja Kursus Perniagaan
 
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
 

Similar to Rancangan perniagaan pen

Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukanProposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukanMahrajan Lanthanum
 
Ebx0032 topik7 merancangperniagaani
Ebx0032 topik7 merancangperniagaaniEbx0032 topik7 merancangperniagaani
Ebx0032 topik7 merancangperniagaaniAbang Heikal
 
Shikin rosli
Shikin rosliShikin rosli
Shikin roslicgzue123
 
Smidec memulakan perniagaan
Smidec memulakan perniagaanSmidec memulakan perniagaan
Smidec memulakan perniagaanyeizornalmar
 
Diploma eksekutif pengurusan perniagaan
Diploma eksekutif pengurusan perniagaanDiploma eksekutif pengurusan perniagaan
Diploma eksekutif pengurusan perniagaanMary Mala
 
RANCANGAN PERNIAGAAN
RANCANGAN PERNIAGAANRANCANGAN PERNIAGAAN
RANCANGAN PERNIAGAANcyberns_
 
Slide Latihan Industri Di Misyail Othman & Co ( Teng Mei Ting - A164554)
Slide Latihan Industri Di Misyail Othman & Co ( Teng Mei Ting -  A164554)Slide Latihan Industri Di Misyail Othman & Co ( Teng Mei Ting -  A164554)
Slide Latihan Industri Di Misyail Othman & Co ( Teng Mei Ting - A164554)MeiTing Teng
 
Pengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan
Pengajian Perniagaan Rancangan PerniagaanPengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan
Pengajian Perniagaan Rancangan Perniagaanhard.Life
 
RANCANGAN PERNIAGAAN
RANCANGAN PERNIAGAANRANCANGAN PERNIAGAAN
RANCANGAN PERNIAGAANcyberns_
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaanZahari Aziz
 
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSKREPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSKNur Arissa
 
BAB 5 PERSEDIAAN MENJADI USAHAWAN.pptx
BAB 5 PERSEDIAAN MENJADI USAHAWAN.pptxBAB 5 PERSEDIAAN MENJADI USAHAWAN.pptx
BAB 5 PERSEDIAAN MENJADI USAHAWAN.pptxIz Aminallah
 
Bengkel Business Plan dan Business Model | ProgramUsahawan.com
Bengkel Business Plan dan Business Model | ProgramUsahawan.comBengkel Business Plan dan Business Model | ProgramUsahawan.com
Bengkel Business Plan dan Business Model | ProgramUsahawan.comProgram Usahawan
 
AL ANFAL GROUP RESOURCES CORPORATE FULL (PROFILE 2018
AL ANFAL GROUP RESOURCES CORPORATE FULL (PROFILE 2018AL ANFAL GROUP RESOURCES CORPORATE FULL (PROFILE 2018
AL ANFAL GROUP RESOURCES CORPORATE FULL (PROFILE 2018Shah Bina Cikgu SB
 
PANDUAN PENASIHAT PUM MARA
PANDUAN PENASIHAT PUM MARAPANDUAN PENASIHAT PUM MARA
PANDUAN PENASIHAT PUM MARAZainab Arshad
 

Similar to Rancangan perniagaan pen (20)

Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukanProposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
 
Profile syarikat
Profile syarikatProfile syarikat
Profile syarikat
 
Ebx0032 topik7 merancangperniagaani
Ebx0032 topik7 merancangperniagaaniEbx0032 topik7 merancangperniagaani
Ebx0032 topik7 merancangperniagaani
 
26843571 rancangan-perniagaan-edited1
26843571 rancangan-perniagaan-edited126843571 rancangan-perniagaan-edited1
26843571 rancangan-perniagaan-edited1
 
REPORT_RPdocx.docx
REPORT_RPdocx.docxREPORT_RPdocx.docx
REPORT_RPdocx.docx
 
Shikin rosli
Shikin rosliShikin rosli
Shikin rosli
 
Jahitan
JahitanJahitan
Jahitan
 
Smidec memulakan perniagaan
Smidec memulakan perniagaanSmidec memulakan perniagaan
Smidec memulakan perniagaan
 
Diploma eksekutif pengurusan perniagaan
Diploma eksekutif pengurusan perniagaanDiploma eksekutif pengurusan perniagaan
Diploma eksekutif pengurusan perniagaan
 
RANCANGAN PERNIAGAAN
RANCANGAN PERNIAGAANRANCANGAN PERNIAGAAN
RANCANGAN PERNIAGAAN
 
Slide Latihan Industri Di Misyail Othman & Co ( Teng Mei Ting - A164554)
Slide Latihan Industri Di Misyail Othman & Co ( Teng Mei Ting -  A164554)Slide Latihan Industri Di Misyail Othman & Co ( Teng Mei Ting -  A164554)
Slide Latihan Industri Di Misyail Othman & Co ( Teng Mei Ting - A164554)
 
Pengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan
Pengajian Perniagaan Rancangan PerniagaanPengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan
Pengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan
 
RANCANGAN PERNIAGAAN
RANCANGAN PERNIAGAANRANCANGAN PERNIAGAAN
RANCANGAN PERNIAGAAN
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSKREPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
 
Info menganai Keusahawanan
Info menganai KeusahawananInfo menganai Keusahawanan
Info menganai Keusahawanan
 
BAB 5 PERSEDIAAN MENJADI USAHAWAN.pptx
BAB 5 PERSEDIAAN MENJADI USAHAWAN.pptxBAB 5 PERSEDIAAN MENJADI USAHAWAN.pptx
BAB 5 PERSEDIAAN MENJADI USAHAWAN.pptx
 
Bengkel Business Plan dan Business Model | ProgramUsahawan.com
Bengkel Business Plan dan Business Model | ProgramUsahawan.comBengkel Business Plan dan Business Model | ProgramUsahawan.com
Bengkel Business Plan dan Business Model | ProgramUsahawan.com
 
AL ANFAL GROUP RESOURCES CORPORATE FULL (PROFILE 2018
AL ANFAL GROUP RESOURCES CORPORATE FULL (PROFILE 2018AL ANFAL GROUP RESOURCES CORPORATE FULL (PROFILE 2018
AL ANFAL GROUP RESOURCES CORPORATE FULL (PROFILE 2018
 
PANDUAN PENASIHAT PUM MARA
PANDUAN PENASIHAT PUM MARAPANDUAN PENASIHAT PUM MARA
PANDUAN PENASIHAT PUM MARA
 

Rancangan perniagaan pen

  • 1. 1  |  P a g e     RANCANGAN PERNIAGAAN 7CM ENTERPRISE HAFIZZ BIN FIRDAUS          
  • 2. 2  |  P a g e     ISI  KANDUNGAN   BIL PERKARA MUKA SURAT 1 BAB 1 PENGENALAN PERNIAGAAN 1.1 Pengenalan 1.2 Tujuan Rancangan Perniagaan 1.3 Latar Belakang Perniagaan 1.4 Latar Belakang Rakan Kongsi 3 4 5 6 2 BAB 2 DESKRIPSI PRODUK 2.1 Ciri-Ciri Dan Kelebihan Produk 2.2 Polisi Produk 2.3 Klasifikasi Produk 2.4 Peletakan Produk 2.5 Inovasi Produk 13 17 17 18 19 3 BAB 3 RANCANGAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 3.1 Pengenalan Organisasi 3.2 Wawasan, Visi, Misi Organisasi, Logo Dan Lokasi Syarikat 3.3 Carta Organisasi Perniagaan 3.4 Pengurusan Sumber Manusia 3.5 Strategi Syarikat 3.6 Lokasi Perniagaan 3.7 Kelengkapan Dan Keperluan Pejabat 20 21 22 23 25 26 27 4 BAB 4 RANCANGAN PEMASARAN 4.1 Produk Yang Ditawarkan 4.2 Sasaran Pasaran 30 31
  • 3. 3  |  P a g e     4.3 Pesaing Syarikat 4.4 Analisis SWOT 4.5 Syer Pasaran 4.6 Strategi Pemasaran 32 34 35 36 5 BAB 5 RANCANGAN OPERASI 5.1 Rancangan Pengeluaran 5.2 Carta Alir Pengoperasian 5.3 Rancangan Keperluan Dan Penggunaan Bahan 5.4 Pembelian Mesin Dan Peralatan 43 44 46 52 7 BAB 6 RANCANGAN KEWANGAN 6.1 Penyediaan Unjuran Penyata-Penyata Kewangan 6.2 Penyata Pendapatan / Untung Rugi : Hasil Dan Perbelanjaan 6.3 Kunci Kira-Kira : Aset, Liabiliti Dan Ekuiti Pemilik 57 61 63
  • 4. 4  |  P a g e     BAB 1 : PENGENALAN PERNIAGAAN 1.1 Pengenalan 7CM Enterprise telah ditubuhkan oleh tujuh orang rakan kongsi yang terdiri daripada enam orang kaum melayu dan seorang kaum cina. Ketujuh-tujuh rakan kongsi ini bertemu di salah satu kursus keusahawanan. Pada ketika itu, mereka mula berpakat untuk menubuhkan sebuah perniagaan. Oleh kerana ketika itu mereka belum mendapat idea untuk memilih pasaran produk yang ingin diceburi, maka mereka membuat pemerhatian terhadap keperluan dan permintaan pengguna. Mereka fokus kepada masalah yang dihadapi oleh pengguna pada masa kini dan cuba untuk menghasilkan satu produk yang dapat menyelesaikan masalah mereka. Melalui pemerhatian yang dibuat, maka tercetusnya idea mereka untuk menghasilkan pen 3in1 sebagai produk pertama perniagaan. Maka, pada 1 Januari 2012 tertubuhlah 7CM Enterprise yang bertempat berdekatan dengan kawasan perindustrian yang sedang membangun. Seterusnya, 7CM Enterprise memilih untuk menghasilkan produk inovasi yang mampu menyelesaikan masalah dikalangan pengguna. Hal ini adalah selaras dengan kehendak pengguna yang menginginkan produk yang dapat memudahkan mereka. Misi ini juga bertujuan untuk menyokong aktiviti yang mendorong kearah pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan rakyat Malaysia seperti yang disyorkan kerajaan. Impian 7CM Enterprise ialah untuk menjadi sebuah perniagaan yang mampu bersaing dengan pengeluar produk lain di Malaysia mahupun luar Negara yang telah sedia ada dengan keluaran produk yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Perniagaan ini mengamalkan prinsip ‘pelanggan adalah raja’ di mana apa sahaja yang menjadi masalah dikalangan pengguna, 7CM akan berusaha untuk memikirkan penyelesaian kepada masalah tersebut seterusnya menghasilkan produk yang mampu menyelesaikan kesulitan pengguna.
  • 5. 5  |  P a g e     1.2 Tujuan Rancangan Perniagaan a) Sebagai Garis Panduan untuk Mengurus Perniagaan Seharian Rancangan perniagaan mencatatkan pelbagai strategi untuk dilaksanakan oleh pihak pengurusan terutamanya dari segi perancangan dan operasi. Ianya dapat dijadikan asas untuk pihak pengurusan mengambil dan membuat tindakan yang sepatutnya dalam pengurusan seharian. Segala urusan yang berkaitan dengan perniagaan 7CM Enterprise dapat dilaksanakan sebaik mungkin kerana segala perancangan yang perlu dijalankan dari peringkat awal sehingga peringkat akhir semasa penghasilan produk telah ditentukan. Ianya juga memudahkan pihak pengurusan untuk mengambil pelan tindakan untuk mencapai matlamat perniagaan. Maklumat yang terdapat dalam rancangan perniagaan mampu membuat pekerja faham apa yang ingin dicapai oleh perniagaan seterusnya membantu mengeratkan lagi kerjasama antara majikan dengan pekerja dalam mencapai kejayaan perniagaan. b) Mengenalpasti Daya Saing Perniagaan yang Dijalankan Rancangan perniagaan menjadi alat pengukur daya saing perniagaan dimana potensi untuk perniagaan berjaya dan seterusnya bersaing secara sihat dalam pasaran telah dikaji terlebih dahulu. Dengan itu, 7CM Enterprise dapat membuat keputusan awal sama ada perniagaan yang dirancangkan itu boleh berdaya saing atau sebaliknya. Ianya juga mampu mengelakkan usahawan daripada melabur modal dan tenaga kepada perniagaan yang tidak berdaya saing. c) Mengagihkan Sumber Perniagaan dengan Lebih Baik Sumber perniagaan seperti modal, tenaga kerja yang terhad, bahan mentah dan sebagainya perlu diagihkan dengan betul supaya dapat digunakan dengan baik untuk mendapat pulangan maksima dalam perniagaan. Melalui rancangan perniagaan, pengagihan sumber-sumber perniagaan boleh dilaksanakan dengan lebih sistematik. Masalah berkaitan sumber perniagaan dapat diatasi kerana adanyaperancangan rapi yang dibuat oleh 7CM E nterprise.
  • 6. 6  |  P a g e     1.3 Latar Belakang Perniagaan Nama perniagaan 7CM Enterprise Alamat perniagaan Lot 40, A Floor, U Plaza, Jalan sulaman, 88450 Kota Kinabalu, Sabah. Nombor telefon 088-320177 Nombor Faks 088-320277 Bentuk perniagaan Perniagaan Perkongsian Kegiatan utama Memasarkan dan Menghasilkan produk inovasi Modal pemulaan RM 100,000 Nama bank Maybank Jenis akaun perniagaan Akaun perkongsian Jumlah syer Hafizz Bin Firdaus - 20% Edrina Binti Jamal - 15% Haris Bin Ahmad - 15% Lim Mei Ying - 15% Nordiana Najua - 15% Norfarizan - 10% Hasnieta - 10%
  • 7. 7  |  P a g e     1.4 Latar Belakang Rakan Kongsi PENGURUS BESAR Nama Hafizz Bin Firdaus Nombor kad pengenalan 821216-12-5796 Tarikh lahir 16 Disember 1982 Umur 30 Tahun Jantina Lelaki Alamat tetap No 16, Taman Kinarut Jaya, Jalan Kenanga, 89600 Papar Sabah Nombor telefon 019-885678 Taraf perkahwinan Berkahwin Kelulusan Akademik Sarjana Muda Pemasaran Antarabangsa Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Keusahawanan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak Pengalaman Kerja Pengurus Pemasaran Kemahiran Dan Kebolehan Mampu menjana idea kreatif dan membina hubungan perniagaan yang baik dengan pihak luar Kursus Yang Pernah Dihadiri Kursus Keusahawanan dan Rekacipta Pekerjaan Sekarang Pengurus Besar Perniagaan Yang Pernah Diceburi Perniagaan Sektor Pengiklanan
  • 8. 8  |  P a g e     EKSEKUTIF PENTADBIRAN Nama Nordiana Najua Bt Abdullah @ Ismail Nombor kad pengenalan 850908-06-5342 Tarikh lahir 8 September 1985 Umur 27 Tahun Jantina Perempuan Alamat tetap No.102 Jalan Manggis PAKR Kuala Tembeling, 27020 Jerantut, Pahang. Nombor telefon 019-378 5202 Taraf perkahwinan Bujang Kelulusan Akademik Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pentadbiran Universiti Malaya, Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Pengalaman Kerja Eksekutif Sumber Manusia Kemahiran Dan Kebolehan Kemahiran penfailan dan kesetiausahaaan Kursus Yang Pernah Dihadiri Kursus keusahawanan Pekerjaan Sekarang Eksekutif Pentadbiran Perniagaan Yang Pernah Diceburi Perniagaan sektor pertanian
  • 9. 9  |  P a g e     EKSEKUTIF KEWANGAN Nama Edrina Binti jamal Nombor kad pengenalan 861018-12-5206 Tarikh lahir 10 Oktober 1986 Umur 26 Tahun Jantina Perempuan Alamat tetap 5-3-11, Block A, Nountun Apt, Kolombong, 88450, Kota Kinabalu, Sabah. Nombor telefon 018-817 1088 Taraf perkahwinan Bujang Kelulusan Akademik Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Pengalaman Kerja Eksekutif Kewangan Kemahiran Dan Kebolehan Mengurus Kewangan Syarikat Kursus Yang Pernah Dihadiri Kursus keusahawanan Pekerjaan Sekarang Eksekutif Kewangan Perniagaan Yang Pernah Diceburi Perniagaan sektor pemakanan
  • 10. 10  |  P a g e     EKSEKUTIF PEMASARAN Nama Lim Mei Ying Nombor kad pengenalan 860829-01-5188 Tarikh lahir 29 Ogos 1986 Umur 26 Tahun Jantina Perempuan Alamat tetap No 7, Taman Gajah, Jalan Gajah, 84000, Muar, Johor. Nombor telefon 016-6666066 Taraf perkahwinan Bujang Kelulusan Akademik Ijazah Sarjana Muda Pemasaran Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Pengalaman Kerja Eksekutif Pemasaran Kemahiran Dan Kebolehan Mahir dalam ramalan pasaran dan pengiklanan Kursus Yang Pernah Dihadiri Kursus pengiklanan dan keusahawanan Pekerjaan Sekarang Eksekutif Pemasaran Perniagaan Yang Pernah Diceburi Perniagaan sektor pengiklanan
  • 11. 11  |  P a g e     EKSEKUTIF OPERASI Nama Norfarizan Binti Kamarul Nombor kad pengenalan 850523-12-6516 Tarikh lahir 25 Mei1985 Umur 27 Tahun Jantina Perempuan Alamat tetap Kg.Batu 5,Peti Surat 62281.91128, Lahad Datu,sabah Nombor telefon 013-3307097 Taraf perkahwinan Berkhawin Kelulusan Akademik Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Pengalaman Kerja Jurutera Reka Bentuk Produk Kemahiran Dan Kebolehan Mereka bentuk dan mencipta barang mekanikal Kursus Yang Pernah Dihadiri Kursus Reka Bentuk dan Keusahawanan Pekerjaan Sekarang Eksekutif Operasi Perniagaan Yang Pernah Diceburi Pembuatan barangan
  • 12. 12  |  P a g e     PENOLONG EKSEKUTIF PEMASARAN Nama Haris Bin Kamal Nombor kad pengenalan 890424-01-5330 Tarikh lahir 24 April 1989 Umur 23 Tahun Jantina Perempuan Alamat tetap No. 2, Taman Indah, Jalan Indah, 83500, Batu Pahat, Johor. Nombor telefon 017-7977977 Taraf perkahwinan Bujang Kelulusan Akademik Diploma Pemasaran, Politeknik Kota Kinabalu, Sabah Pengalaman Kerja Pembantu Pemasaran Kemahiran Dan Kebolehan Membuat reka bentuk pengiklanan Kursus Yang Pernah Dihadiri Kursus Multimedia dan Keusahawanan Pekerjaan Sekarang Penolong Eksekutf Pemasaran Perniagaan Yang Pernah Diceburi Perniagaan bidang pengiklanan
  • 13. 13  |  P a g e     PENOLONG EKSEKUTIF OPERASI Nama Hasnieta Binti Zulkarnain Nombor kad pengenalan 890202016450 Tarikh lahir 02 Februari 1989 Umur 23 Tahun Jantina Perempuan Alamat tetap No12, Taman Bahagia, Jalan Bahagia, 83000 Batu Pahat, Johor. Nombor telefon 017-7778987 Taraf perkahwinan Bujang Kelulusan Akademik Diploma Reka Bentuk Universiti Putra Malaysia, Bangi Pengalaman Kerja Juru Teknik Kemahiran Dan Kebolehan Mengurus dan mengendalikan mesin pengeluaran Kursus Yang Pernah Dihadiri Kursus reka bentuk dan Keusahawanan Pekerjaan Sekarang Penolong Eksekutif Operasi Perniagaan Yang Pernah Diceburi Perniagaan Sektor Teknologi Maklumat
  • 14. 14  |  P a g e     BAB 2 : DESKRIPSI PRODUK 2.1 Deskripsi Produk Perniagaan 7CM Enterprise mengeluarkan produk inovasi yang mampu membantu pengguna menyelesaikan masalah dari segi penggunaan barangan. Bagi produk pertama 7CM iaitu pen 3in1, ianya fokus kepada mempelbagaikan kugunaan sebatang pen kepada berbagai fungsi lagi. Hal ini bagi memuaskan kehendak pengguna yang lebih gemar menggunakan suatu produk yang memberi lebih banyak fungsi kepada mereka. Dengan adanya kepelbagaian fungsi bagi sebatang pen, pengguna tidak akan menyesal kerana membeli pen 3in1. Pen 3in1 sangat istimewa kerana pen ini mempunyai tiga fungsi iaitu sebagai pen, pendrive dan highlighter yang didatangi dengan pelbagai pilihan warna iaitu putih, biru, hitam, ungu dan coklat. Mungkin pengguna akan berfikir mereka akan rugi kerana membeli pen ini kerana selalunya dakwat pen akan habis dan begitu juga dengan highlighter. Namun 7CM telah meletakkan ini sebagai salah satu keistimewaan kepada pengguna pen 3in1 kerana dakwat pen yang habis boleh diisi semula menggunakan dakwat pen yang boleh didapati dikedai kami atau kedai alat tulis pada harga RM1.20. Pengguna hanya perlu menggunakan jarum untuk menyuntik dakwat kedalam pen dan boleh digunakan semula untuk menulis seperti biasa. Bahagian tengah pen yang bernombor satu pada rajah dibawah hanya perlu diputar untuk menggunakan pen dan bahagian nombor 2 dibuka untuk memasukkan dakwat pen. Selain itu, dakwat highlighter juga boleh ditukar dengan pelbagai warna highlighter yang disukai pengguna seperti biru, hijau, kuning dan oren. Highlighter ini boleh diperolehi daripada kedai 7CM atau membuat tempahan melalui laman sesawang 7CM Enterprise dan kami akan mengirim barang yang dipesan ke rumah pembeli. Selain itu, pendrive pada pen juga mendapat jaminan daripada 7CM Enterprise iaitu selama setahun. Sekiranya pendrive berkenaan rosak dan tidak berfungsi, maka pengguna boleh membuat aduan di kedai kami atau di tempat pen berkenaan dibeli atau membuat aduan secara atas talian di laman sesawang. Sekiranya pendrive rosak setelah jaminan terhadap pendrive tamat, maka pengguna akan dikenakan cas untuk cas pembaikan. Pengguna tidak perlu risau untuk membeli pen 3in1 kerana 7CM menyediakan perkhidmatan
  • 15. 15  |  P a g e     terbaik untuk produk yang telah dijual bagi memastikan pelanggan mengenali 7CM sebagai sebuah jenama yang mementingkan kualiti produk.
  • 16. 16  |  P a g e     2.1.1 Objektif Penghasilan Produk § Memenuhi permintaan dan kehendak pengguna yang pelbagai 7CM Enterprise menghasilkan sebuah produk yang kegunaannya sememangnya merupakan keperluan pengguna pada masa kini. Namun perniagaan kami telah membuat sedikit inovasi pada produk yang sedia ada di pasaran, untuk mempelbagaikan lagi pilihan dan memenuhi kehendak pengguna pada masa kini. Penghasilan produk inovasi ini juga bertujuan untuk memenuhi permintaan pengguna yang menginginkan kelainan dan bersetuju bahawa pen boleh mempunyai fungsi-fungsi lain bukan sekadar digunakan untuk menulis sahaja.   § Membuat inovasi terhadap pen yang sedia ada di pasaran 7CM menghasilkan sebuah produk inovasi sebagai keluaran atau produk utama bagi perniagaan. 7CM membuat inovasi terhadap pen yang sedia ada di pasaran kerana ingin mempelbagaikan lagi fungsi sedia ada pen tersebut. Dengan adanya fungsi tambahan ini, secara tidak langsung akan menambahkan lagi kepentingan dan nilai pen 3in1 ini kepada pengguna. § Memberikan keselesaan dan kemudahan Pada zaman globalisasi, pengguna lebih gemar bergerak dengan lebih cepat. Oleh itu, ramai yang memilih untuk menggunakan satu produk yang membolehkan mereka menjimatkan masa. Contohnya, minuman Milo 3in1 yang hanya memerlukan air panas sahaja tanpa sebarang tambahan gula atau susu. Ramai pengguna selesa menggunakan produk ini kerana mudah, cepat dan ringkas. Perniagaan kami mengaplikasikan konsep ini terhadap sebatang pen yang memudahkan pengguna dengan hanya perlu membawa sebatang pen sahaja namun dapat memberi banyak kegunaan. Rekabentuk pen 3in1 ini juga masih dalam bentuk pen yang selesa digunakan.
  • 17. 17  |  P a g e     § Bersifat eksklusif Pen 3in1 ini bersifat eksklusif kerana produk ini memunyai ciri yang tidak terdapat pada pen lain. Belum ada pengeluar pen yang mengeluarkan pen seperti yang perniagaan kami hasilkan. Selain itu, rekabentuk dan warna pada pen 3in1 yang 7CM hasilkan juga memperlihatkan ciri-ciri yang eksklusif dan menarik walaupun mempunyai tiga fungsi.   § Ringkas Walaupun perniagaan kami membuat inovasi terhadap pen sedia ada, namun pen tersebut tetap ringkas dan tidak menukarkan bentuk sedia ada pada pen. Selain itu, pen 3in1 ini juga dapat mengurangkan kuantiti barang yang perlu di bawa oleh pengguna seperti highlighter dan tempat penyimpanan data yang berbentuk “softcopy”. Pengguna hanya perlu membawa sebatang pen sahaja sekiranya mereka perlukan kedua-dua produk tersebut. § Bahan mentah 7CM memilih untuk menghasilkan pen 3in1 kerana keperluan bahan mentah bagi penghasilan pen 3in1 ini tidaklah memerlukan kos yang agak tinggi. Selain itu, bahan mentah untuk menghasilkan pen 3in1 ini juga mudah diperolehi dimana ianya juga berkualiti dan diiktiraf oleh sirim. Bahan mentah bagi menghasilkan pen serbaguna ini juga merupakan barangan yang menjadi keperluan pengguna pada masa kini.
  • 18. 18  |  P a g e     2.2 Polisi Produk § Memberi keselesaan kepada pengguna kerana bentuk pen adalah seperti pen biasa namun mempunyai banyak fungsi. § Mudah dibawa kerana saiz yang kecil dan ringan. § Boleh digunakan dalam jangka masa yang lama kerana ink pen boleh diisi semula, highlighter dan pendrive juga boleh diganti. § Produk selamat digunakan dan berkualiti dimana pen 3in1 hanya dipasarkan setelah melalui ujian saringan kualiti dalam kilang. 2.3 Klasifikasi Produk Pen 3in1 diklasifikasikan sebagai produk pengguna kerana ianya dipasarkan kepada akhir untuk kegunaan peribadi, ahli rumah atau keluarga. Produk pengguna Keterangan Produk membeli belah § Pengguna akan memperolehi maklumat lanjut mengenai ciri-ciri pen 3in1 sebelum membuat keputusan untuk membelinya. § Oleh kerana pen 3in1 merupakan produk inovasi yang belum ada dipasaran, maka pengguna akan mengumpul maklumat tentang pen sebelum membelinya. § Oleh itu, 7CM perlu bergiat aktif dalam menyebarkan maklumat kelebihan pen 3in1. Produk gerak hati § Pen 3in1 juga boleh diklasifikasi sebagai produk gerak hati kerana rekabentuk pen yang unik. § Pengguna yang tertarik dengan rekabentuk dan pilihan warna pen seterusnya akan mengenali fungsi pen dan secara spontan akan membelinya.
  • 19. 19  |  P a g e     2.4 Perletakan Produk § Produk pen 3in1 lebih disasarkan kepada golongan pelajar tidak kira pelajar sekolah menengah atau IPTA dan IPTS dan juga kepada golongan pekerja sektor kerajaan dan swasta. § Produk bermula di Kota Kinabalu Sabah kerana terdapat banyak sekolah, kolej dan universiti di sekitar Kota Kinabalu. Hal ini memudahkan 7CM Enterprise bergerak dalam mempromosikan pen 3in1. Disamping itu, di kolej dan universiti berkenaan juga terdapat ramai pekerja yang mana secara tidak langsung terdedah dengan kehadiran pen 3in1 ini. Selain itu, Sabah juga terletak berhampiran dengan Brunei, Filipina dan Indonesia. Hal ini membolehkan pen 3in1 dapat dikenali di negara jiran kerana ramai pelancong yang datang ke Kota Kinabalu untuk bercuti atau membeli belah khususnya dari negara Brunei dan Filipina. § Kota Kinabalu juga menempatkan banyak syarikat-syarikat besar yang mana secara tidak langsung perletakan produk dapat diperluaskan lagi. § Pen ini pasti akan mendapat sambutan yang baik di pasaran kerana keadaan atau gelagat pembelian pengguna pada masa kini telah berubah. Ramai pengguna pada masa kini yang mempunyai kehendak yang berbeza-beza dan pelbagai. Ramai pengguna yang menginginkan produk yang mampu untuk menyelesaikan masalah mereka. Oleh itu, kami pasti bahawa pen 3in1 ini mampu membantu menyelesaikan beberapa masalah pengguna pada masa kini. Selain itu, pen 3in1 ini juga boleh dijadikan sebagai hadiah ataupun cenderahati sebagai kenangan.
  • 20. 20  |  P a g e     2.5 Inovasi Produk § Pen 3in1 merupakan pen yang dipelbagaikan kegunaannya yang mampu memberi manfaat kepada pemiliknya dimana ianya berfungsi sebagai pen untuk menulis, highlighter untuk mewarna nota penting dan juga pendrive untuk menyimpan maklumat penting. § Pen 3in1 ini mempunyai ciri unik dimana ianya diperbuat daripada kayu yang membuatkan produk ini ringan dan menarik. § Dengan adanya 3 fungsi pada sebatang pen yang diperbuat daripada kayu mampu menarik perhatian pengguna untuk mengenali pen ini. § Didatangi dengan pelbagai pilihan warna pen iaitu putih, hitam, biru, ungu dan warna asal kayu iaitu coklat.
  • 21. 21  |  P a g e     BAB 3 : RANCANGAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN 3.1 Pengenalan Organisasi Rancangan organisasi merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian sesebuah perniagaan bagi memastikan perancangan dan pengurusan organisasi mereka dilakukan dengan teliti dan lancar. Kepentingannya meliputi proses perancangan objektif dan matlamat syarikat, kaedah untuk mencapai matlamat tersebut, strategi yang perlu digunakan, mengetahui bagaimana tindak balas terhadap pasaran, menganalisis pesaing dan sebagainya. Syarikat atau organisasi yang berorientasikan perkhidmatan atau barangan perlu mengambil berat mengenai perancangan ini kerana ianya menentukan hala tuju perniagaan dimasa hadapan. Rancangan organisasi merupakan satu proses yang berterusan dan tidak hanya digunakan semasa proses penubuhan syarikat sahaja. Malahan ianya akan sentiasa diperbaiki dan diperbaharui sekiranya syarikat ingin mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran. Rancangan organisasi sangat penting dan paling utama yang harus dibangunkan sebelum melihat kepada fungsi-fungsi lain seperti pemasaran, kewangan, pengurusan sumber manusia, pembangunan dan penyelidikan dan sebagainya. Hal ini kerana rancangan organisasi yang memberi panduan kepada syarikat untuk membuat tindakan yang sepatutnya diambil dalam apa jua situasi yang dihadapi organisasi pada saat berkenaan. Namun, keberkesanan rancangan organisasi bergantung kepada pengurus. Hal ini kerana pengurus bertanggungjawab untuk merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal syarikat. Rancangan organisasi perlu diurus dan dikendalikan secara sistematik supaya setiap pengurus dapat menggunakan sumber-sumber yang ada dengan cekap, teratur dan berkesan.
  • 22. 22  |  P a g e     3.2 Wawasan, Visi, Misi Organisasi, Logo Dan Lokasi Syarikat 7CM Enterprise mempunyai visi, misi, dan falsafah yang berpandangan jauh serta mampu dicapai oleh perniagaan yang mengutamakan untuk menghasilkan produk inovasi yang mampu membantu pengguna. Visi ü Menjadikan produk syarikat sebagai pilihan utama pengguna. Misi ü Menjadikan organisasi sebagai sebuah perniagaan yang mampu bersaing dengan pengeluar sedia ada samada dalam atau luar Negara. ü Menjana pendapatan yang lumayan melalui penghasilan produk inovasi. ü Mewujudkan peluang pekerjaan kepada kaum bumiputera. ü Membekalkan produk inovasi kepada pengguna untuk memudahkan cara penggunaan dalam kehidupan seharian. ü Memajukan perniagaan dan meluaskan pasaran ke seluruh dunia. Objektif ü Menyediakan barang yang berkualiti dan berfaedah kepada pengguna. ü Memenuhi citarasa dan permintaan pelanggan dengan memberikan produk berkualiti dan khidmat selepas jualan yang terbaik. ü Memajukan perniagaan dan meluaskan pasaran ke seluruh Malaysia. ü Mempelbagaikan produk sedia ada di pasaran.
  • 23. 23  |  P a g e     3.3 Carta Organisasi Syarikat Pengurus Besar Hafizz Bin Firdaus Eksekutif Kewangan Edrina Bin Jamal Eksekutif Operasi Norfarizan Binti Kamarul Eksekutif Pemasaran Lim Mei Ying Eksekutif Pentadbiran Nordiana Najua Bt Abdullah Penolong Eksekutif Operasi Hasnieta Binti Kamarul Penolong Eksekutif Pemasaran Haris Bin kamal Pembantu  Pemasaran   Pemandu   Operator  Pengeluaran  
  • 24. 24  |  P a g e     3.4 Pengurusan Sumber Manusia Pengurusan sumber manusia penting bagi sesebuah organisasi. Hal ini kerana bahagian sumber manusia yang akan merancang untuk memberi bonus, cuti dan faedah lain seperti klinik panel kepada para pekerja. NO JAWATAN BIL. GAJI BERSIH KWSP (11%) PERKESO (3%) GAJI KASAR 1 Pengurus Besar 1 RM2580 RM330 RM90 RM3000 2 Pengurus Kewangan 1 RM2322 RM297 RM81 RM2700 3 Pengurus Sumber Manusia 1 RM2064 RM264 RM72 RM2400 4 Pengurus Pemasaran 1 RM2064 RM264 RM72 RM2400 5 Pengurus Operasi 1 RM2064 RM264 RM72 RM2400 6 Penolong Pengurus Pemasaran 1 RM1806 RM231 RM63 RM2100 7 Penolong Pengurus Operasi 1 RM1806 RM231 RM63 RM2100 8 Pembantu Pemasaran 1 RM1032 RM132 RM36 RM1200 9 Operator 2 RM1720 RM220 RM60 RM2000 10 Pemandu Van 1 RM602 RM77 RM21 RM700 JUMLAH RM18,060 RM2,310 RM630 RM21,000
  • 25. 25  |  P a g e     Perancangan 7CM Enterprise sebagai hadiah kepada pekerja syarikat : ü Caruman KWSP hanya akan dikenakan kepada setiap pekerja yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. Jumlah caruman yang dikenakan adalah sebanyak 11 peratus. Caruman KWSP ini bertujuan untuk memberi jaminan masa hadapan pekerja yang lebih sempurna setelah bersara kelak. ü Caruman PERKESO yang dikenakan adalah berdasarkan jadual berkala yang telah ditetapkan. PERKESO ini bertindak sebagai wang pampasan sekiranya pekerja menghadapi kemalangan dalam melaksanakan tugas di pejabat atau di luar pejabat. Segala kemalangan yang berkaitan dengan urusan pejabat akan diambil kira untuk menerima wang pampasan ini. ü Memberikan bonus tahunan kepada pekerja sekiranya jualan produk meningkat dari masa ke semasa iaitu sebanyak 5% bonus daripada gaji kasar mereka akan diberikan kepada pekerja. Hal ini dapat memberi semangat agar kepada diri mereka dan juga memberi motivasi kepada pekerja lain agar berusaha lebih gigih dalam pekerjaan yang mereka lakukan. Justeru, perkara ini juga dapat membantu syarikat dalam mengeluarkan produk-produk keluaran yang lebih berkualiti. ü Cuti sebanyak 27 hari setahun dimana pekerja boleh mengambil cuti dengan gaji selama 27 hari. Sekiranya cuti yang diambil melebihi 27 hari, maka hari ke 28 cuti pekerja berkenaan adalah cuti tanpa gaji. ü Panel klinik kepada pekerja bagi menjaga kebajikan dan kesihatan pekerja. ü Kenaikan gaji dan pangkat akan diberikan kepada pekerja yang berjaya meningkatkan mutu hasil kerja mereka dan mempunyai kemahiran yang baik dalam bidang tugas mereka. Ianya penting agar pekerja tersebut dapat meningkatkan lagi mutu kerjanya. ü Anugerah khas juga diberi kepada pekerja yang cemerlang. Penghargaan ini diberikan kepada pekerja yang sentiasa berusaha untuk membantu memajukan syarikat. Sijil serta wang ringgit akan diberikan kepada pekerja yang berjaya menerima anugerah tersebut. Hal ini dapat memebri saingan yang sihat dan positif dalam kalangan pekerja agar mereka sentiasa berusaha dan bersaingi demi memajukan 7CM Enterprise.
  • 26. 26  |  P a g e     3.5 Strategi syarikat Tujuan 7CM adalah untuk menjadi sebuah perniagaan yang sentiasa membantu pelanggan melalui produk yang dihasilkan dengan menggunakan idea-idea yang kreatif dan inovatif. Sebahagian daripada strategi yang sedang berlangsung, syarikat merancang untuk: • Mencipta Produk Baru Sentiasa mencari idea-idea baru untuk menghasilkan produk yang tiada di pasaran ataupun yang telah diubahsuai daripada yang sudah ada di pasaran. • Membangun Pengiktirafan Jenama Membangun tanda pengakuan dengan mempromosikan jenama 7CM melalui pelbagai saluran pemasaran seperti iklan online, membina hubungan baik dengan pihak luar perniagaan dan menyertai pertunjukan perdagangan. • Kembangkan Perhubungan Memperluas hubungan pemasaran syarikat dengan agresif mengembangkan hubungan baru dengan syarikat yang sedia ada.Hal ini akan mempercepatkan pengambilalihan pelanggan. • Membangun Pangkalan Pelanggan Membangun pangkalan pelanggan dan menstimulasi penggunaan ulangan dengan mengekspos pelanggan kepada produk. • Kembangkan Produk-produk yang baharu Mengembangkan produk-produk keluaran perniagaan yang baru dengan mencipta pelbagai produk yang dapat digunakan dengan mudah oleh pelanggan.
  • 27. 27  |  P a g e     3.6 Lokasi Perniagaan 7CM Enterprise memilih lokasi di perumahan Universiti Apartment sebagai lokasi kedai yang mana tempat ini sangat strategik kerana berada di tengah-tengah kawasan Indah permai dan 1Borneo yang mana kawasan ini merupakan kawasan yang berhampiran dengan kawasan Institusi Pengajian Tinggi, Institusi Pengajian seperti Institut Latihan Perindustrian dan Institut Kemahiran Mara juga hampir dengan Universiti Apartment. Ini memudahkan pelajar yang mana pengguna sasaran membeli pen serbaguna di premis syarikat. Pada hari ini dapat dilihat banyak perumahan yang sedang membangun seperti 1Sulaman yang sedang dalam pembinaan. Ini membolehkan syarikat berpotensi untuk mendapat lebih ramai pengunjung. Ke Kota Kinabalu Ke Sepanggar Ke University Apartment Alamat Kedai : Lot 40, A floor U plaza, Jalan Sulaman 88450, Kota Kinabalu Sabah. Kingfisher  Sulaman   Kami  di  sini  
  • 28. 28  |  P a g e     3.7 Kelengkapan dan keperluan pejabat BIL. KELENGKAPAN UNIT HARGA (SEUNUIT ) JUMLAH 1 PENGHAWA DINGIN 3 RM 1,000 RM 3,000 2 MEJA PEKERJA 7 RM 85 RM 595 3 KERUSI 20 RM 35 RM 700 4 MEJA MESYUARAT 1 RM 170 RM 170 5 MEJA KAUNTER 1 RM 140 RM 140 6 MESIN POTOSTAT 3 IN 1 1 RM 400 RM 400 7 KABINET FAIL 1 RM 170 RM 170 8 ALAT PEMADAM API 2 RM 200 RM 400 9 TELEFON DAN FAKS 1 RM 200 RM 200 10 WATER COOLER 1 RM 600 RM 600 11 PAPAN TANDA SYARIKAT 1 RM 800 RM 800 12 KOMPUTER 2 RM 2,000 RM 4,000 13 ALATAN TULIS 2 RM 200 RM 400 14 SET SOFA 1 RM1,000 RM 1,000 JUMLAH RM 12,575
  • 29. 29  |  P a g e     3.7.1 Susun Atur Ruangan Pejabat
  • 30. 30  |  P a g e     BAB 4 : RANCANGAN PEMASARAN Rancangan pemasaran merupakan bahagian yang penting dalam proses pemasaran. 7CM Enterprise sentiasa memastikan rancangan pemasaran yang dilakukan adalah berkesan dan yang terbaik. Ini kerana, 7CM percaya bahawa rancangan pemasaran yang baik mampu membantu dalam mencapai objektif syarikat yang telah kami tetapkan. Dalam rancangan pemasaran ini, terdapat dua aspek yang akan kami terangkan iaitu analisa persekitaran pemasaran syarikat dan strategi pemasaran yang syarikat kami gunakan. Perniagaan kami menggunakan kaedah analisis SWOT untuk menganalisa persekitaran pemasaran perniagaan. Dengan menggunakan kaedah ini, 7CM dapat mengenalpasti kekuatan yang ada pada syarikat, mengenalpasti kelemahan-kelemahan syarikat yang harus diatasi, mengenalpasti peluang-peluang yang wujud dan mengenalpasti ancaman-ancaman yang wujud agar dapat diatasi. Syarikat kami akan menggunakan analisa ini dalam membina strategi pemasaran yang sistematik dan berkesan. Syarikat kami menggunakan elemen dalam campuran pemasaran iaitu 4P sebagai strategi pemasaran bagi syarikat kami. Dengan menggunakan elemen dalam campuran pemasaran ini, syarikat kami dapat membina strategi pemasaran dalam empat aspek iaitu produk yang akan syarikat kami keluarkan, harga yang sesuai bagi produk yang kami keluarkan, aktiviti promosi yang kami gunakan untuk memperkenalkan produk dan agihan yang sesuai digunakan untuk memasarkan produk kepada pengguna.
  • 31. 31  |  P a g e     4.1 Produk yang Ditawarkan Hasil daripada pemerhatian, perniagaan 7CM telah membuat keputusan untuk mengeluarkan dan memasarkan pen 3in1 bagi memenuhi kehendak pengguna. Penghasilan ini dijangka akan memberi impak yang lebih besar dan berkesan dalam pasaran dengan memberi saingan yang sihat. Persaingan sihat dalam pasaran membolehkan produk yang dihasilkan terus maju seiring teknologi sedia ada dimana ianya memberi kesenangan, keselesaan dan kemudahan kepada pengguna. Penggunaan pen pada hari ini hanya terhad digunakan untuk menulis sahaja. Seiring dengan peredaran zaman, pen 3in1 ini memang banyak membantu masyarakat masa kini. Hal ini kerana ianya bukan sahaja memberi kemudahan, malahan memberi keselesaan kerana pengguna hanya perlu membeli pen sahaja, namun mampu memiliki ‘pendrive’ dan ‘highlighter’ dalam satu pen. Pen 3in1 mampu memenuhi keperluan pengguna yang tidak pernah puas. Antara kelebihan yang ditawarkan pen 3in1 ialah : § Pen berdakwat hitam atau biru yang boleh di isi semula apabila dakwat pen habis digunakan. § Pendrive berkapasiti 4GB dimana ianya boleh memuatkan banyak maklumat dan sangat berguna kepada pelajar yang perlu menyimpan nota dan tugasan dan juga pekerja untuk menyimpan ‘softcopy’ kerja yang dibuat kedalam pendrive untuk tujuan keselamatan. § Highlighter yang didatangkan dengan pelbagai warna seperti hijau, kuning, biru, merah jambu, oren dan ungu. Highlighter juga boleh diganti apabila dakwatnya telah habis digunakan. § Badan pen yang diperbuat daripada kayu dan mempunyai pilihan warna seperti putih, hitam, biru, ungu dan warna asli kayu itu sendiri. § Jaminan setahun terhadap pendrive.
  • 32. 32  |  P a g e     4.2 Sasaran Pasaran Sasaran pasaran merupakan kumpulan pengguna yang mempunyai ciri-ciri akan dipengaruhi dan menjadi bakal pengguna produk 7CM Enterprise. 7CM telah memilih dua kumpulan bakal pengguna untuk dijadikan sebagai sasaran pasaran bagi produk keluaran pertama perniagaan. Sasaran pasaran bagi 7CM ialah pelajar dan kakitangan kerajaan serta swasta. § Pelajar Semua pelajar yang sedang menuntut pelajaran sama ada di sekolah, IPTS atau di IPTA amat memerlukan pen, pendrive dan highlight pen. Pelajar memerlukan pendrive untuk menyimpan data-data dan maklumat yang berguna. Seperti sedia maklum, alat pengajaran dan pembelajaran pada masa ini lebih kepada komputer. Adakalanya, pensyarah akan memberikan nota dalam bentuk ‘softcopy’ didalam kelas. Oleh itu, penggunaan pendrive amat diperlukan. Selain itu, pelajar juga gemar menggunakan highlight pen untuk mewarna isi atau maklumat penting. Selain itu, dengan sebatang pen ini sahaja pengguna tidak akan terlupa untuk membawa pendrive dan highlight pen bersama yang mana ianya mempunyai kegunaan yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Pen 3in1 ini telah menjadi keperluan dalam kehidupan seharian mereka, terutamanya sebagai seorang pelajar. Pelajar menjadi pilihan kerana saiz pasaran yang luas, potensi jualan yang tinggi dan trend pasaran dimana pelajar selalunya menginginkan sesuatu yang lain daripada yang lain.. § Kakitangan Kerajaan dan Swasta Individu yang bekerja (tidak kira kakitangan swasta ataupun kerajaan) perlu menggunakan pen untuk menulis, pendrive untuk menyimpan maklumat atau data dan highlight pen digunakan untuk mengingatkan mereka hal-hal yang penting atau maklumat yang penting. Pekerja yang mempunyai pembentangan dalam syarikat sangat memerlukan pen 3in1 ini untuk memudahkan mereka semasa bekerja. Dengan adanya kegunaan lain dalam sebatang pen, ianya akan membantu memudahkan kehidupan seharian.
  • 33. 33  |  P a g e     4.3 Pesaing Syarikat STABILO Kekuatan Kelemahan • Merupakan jenama alat tulis yang terkenal. • Syarikat ini telah lama berada di pasaran dan kedudukannya lebih stabil. • Produk syarikat ini menjadi pilihan dan kegemaran ramai pelanggan. • Produk syarikat ini lebih diyakini oleh pelanggan kerana telah lama berada di pasaran • Syarikat ini mengeluarkanpelbagai jenis pen. • Mengeluarkan alat tulis yang hanya mempunyai satu fungsi. • Produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini hanya produk yang biasa dilihat. • Syarikat ini tidak meletakkan ciri-ciri inovasi pada produknya. • Syarikat ini tidak memberi jaminan selepas pembelian. • Produk yang dikeluarkan tidak mempunyai ciri-ciri unik atau kreatif. FABER CASTLE Kekuatan Kelemahan • Syarikat ini mempunyai prestasi dan reputasi yang baik kerana telah lama berada di pasaran. • Syarikat ini telah mempunyai pelanggannya sendiri. • Produk syarikat ini lebih diyakini oleh pelanggan. • Syarikat ini mempunyai produk yang pelbagai. • Syarikat ini telah menerima banyak pengiktirafan dan penghargaan. • Syarikat ini hanya mengeluarkan alat tulis yang mempunyai satu fungsi. • Syarikat ini tidak memberi jaminan selepas pembelian. • Tiada inovasi yang dilakukan keatas produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini. • Strategi pemasaran syarikat ini kurang mantap. • Tidak mengeluarkan produk yang kreatif dan produk lain dari yang lain.
  • 34. 34  |  P a g e     G-SOFT Kekuatan Kelemahan • Syarikat ini mempunyai pilihan alat tulis yang pelbagai. • Syarikat ini mengeluarkan produk yang menarik dan ceria yang dapat menarik minat pelanggan. • Syarikat ini telah mula mempunyai pelanggan tetap. • Merupakan syarikat yang baru sahaja berada dipasaran. • Syarikat ini hanya memfokus kepada alat tulis yang mempunyai satu fungsi sahaja. • Pelanggan masih kurang yakin dengan produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini. • Syarikat ini belum cukup stabil lagi di pasaran.
  • 35. 35  |  P a g e     4.4 Analisis SWOT 7CM Kekuatan Kelemahan • Menawarkan produk inovasi dalam pasaran. • Pen 3in1 mempunyai banyak fungsi iaitu pen, pendrive dan highlighter. • Kedudukan premis 7CM sangat strategik yang mana premis terletak di Universiti Apartment Jalan Sulaman yang dapat dilihat ketika ini sedang membangun dan terletak berhadapan dengan jalan utama Kota Kinabalu ke Tuaran membolehkan kedai dilihat dengan jelas dan mudah untuk dikenali. • Waktu operasi syarikat yang lama juga memudahkan pengunjung untuk membuat urusan dengan syarikat. • Syarikat masih baru dalam pasaran. • Pengguna kurang yakin dengan produk dan jenama syarikat yang baru. • Reputasi syarikat yang belum kukuh dipasaran. • Tidak mempunyai pengalaman yang cukup untuk meluaskan syer pasaran dengan lebih cepat. • Sukar untuk membuat hubungan kerjasama dengan syarikat lain. 7CM Peluang Ancaman • Membuka pasaran baru dimana pen 3in1 yang mempunyai kegunaan baru ini belum pernah ada dipasaran. • Boleh menghasilkan produk baru yang mengikut citarasa pengguna melalui hubungan baik yang dibina dengan pelanggan. • Produk tidak sampai kepada pengguna.
  • 36. 36  |  P a g e     4.5 Syer Pasaran Syer pasaran ialah jumlah peratus jualan yang bakal diperolehi usahawan daripada potensi pasaran dengan mengambil kira jumlah perniagaan yang bersaing. Pemimpin pasaran akan melindungi perniagaan semasanya daripada serangan pihak pesaing. Sebagai contoh, perniagaan 7CM perlu mengawasi tindakan pesaing selain mengatasi kelemahan-kelemahan perniagaan yang boleh memberikan peluang kepada pesaingnya. 7CM cuba merendahkan kos pada harga yang bersesuaian dengan nilai yang dapat dilihat oleh pengguna. 7CM boleh mengembangkan syer pasaran dengan menggunakan pelbagai cara. Pemimpin pasaran juga boleh berkembang dengan meningkatkan lagi syer pasarannya. Selain itu, peningkatan kecil syer pasaran bermakna peningkatan dalam jualan yang tinggi. Tahun Syarikat Peratusan (%) 2011 (Sebelum) Stabilo Faber Castle G. Soft 55% 33% 12% 2012 (Selepas) Stabilo Faber Castle 7CM G. Soft 49% 27% 15% 9% Jadual atas adalah untuk menunjukkan syer pasaran syarikat pen yang berada dalam pasaran pada tahun 2011, iaitu sebelum 7CM memasuki pasaran dan juga syer pasaran syarikat pen pada tahun 2012, iaitu selepas kemasukan pen 3in1 dalam pasaran. Dalam jadual, dapat dilihat bahawa pen Stabilo, Faber Castle dan G.Sotf masing-masing menunjukkan 55%, 33% dan 12% syer pasaran. Namun, pada tahun 2012 syer pasaran kelihatan berubah selepas setahun pen 3in1 memasuki pasaran. Perubahan ini memberi kesan negatif kepada syarikat-syarikat pen yang lain. Hal ini kerana, selepas pen 3in1 wujud dalam pasaran pada tahun 2012, Stabilo, Faber Castle dan G.Soft masing-masing telah menunjukkan peratus syer pasaran semakin menurun iaitu 49%, 27% dan 9%. Maka, ini menunjukkan pen 3in1 mendapat sambutan yang baik iaitu sebanyak 15% pada tahun pertama pada tahun 2012.
  • 37. 37  |  P a g e     4.6 Strategi Pemasaran Strategi pemasaran amat penting bagi perniagaan 7CM bagi memperkenalkan kewujudan produk iaitu pen 3in1. Strategi pemasaran merangkumi produk, promosi, harga dan agihan yang mana biasanya disebut sebagai 4P. Strategi pemasaran merupakan elemen yang penting untuk memastikan syarikat terus kekal dalam pasaran. Strategi pemasaran yang dirancang mestilah baik dan jelas agar strategi yang telah dirancang dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Setiap elemen dalam 4P adalah saling berkaitan diantara satu dengan lain. 4.6.1 Produk § Produk merupakan sesuatu yang ditawarkan kepada pasaran yang mempunyai sifat-sifat yang dapat menarik perhatian, dapat dimiliki, digunakan dan mempunyai faedah pisikologi yang memuaskan atau memenuhi kehendak pengguna semasa melakukan proses pertukaran. § Mempunyai ciri-ciri yang ketara seperti warna, berat, harga dan ciri-ciri tidak ketara seperti kepuasan, kecekapan, keberkesanaan dan penyelesaian sesuatu masalah pengguna. § Perniagaan 7CM membuat pemerhatian terlebih dahulu mengenai keperluan dan kehendak pengguna pada masa kini sebelum produk syarikat dihasilkan. Selepas itu, 7CM telah membuat kajian kepada pengguna sasaran samada mereka akan menerima pen 3in1 yang akan dihasilkan atau tidak. § Berdasarkan pemerhatian, kebanyakannya pelanggan sasaran bagi produk yang akan dihasilkan menerima atau bersetuju sekiranya kami menghasilkan pen 3in1 sebagai produk syarikat. § Rakan kongsi 7CM telah bersetuju menghasilkan pen yang diinovasikan, iaitu pen 3in1 yang mempunyai fungsi untuk highlighting, menyimpan data dan menulis. 7CM menghasilkan produk ini kerana percaya bahawa produk pen 3in1 akan mendapat sambutan dalam pasaran hasil daripada analisis atau kajian mengenai penghasilan produk tersebut terhadap pengguna sasaran.
  • 38. 38  |  P a g e     4.6.2 Harga § Harga didefinisikan sebagai sejumlah wang yang ditukarkan untuk mendapatkan sesuatu produk atau perkhidmatan. § Harga merupakan elemen dalam campuran pemasaran (4P) yang mana dapat menghasilkan keuntungan dan harga juga merupakan elemen yang terlibat dalam perbelanjaan kos. Harga juga merupakan elemen yang fleksible dalam campuran pemasaran. Hal ini demikian kerana, harga boleh berubah dengan cepat mengikut persekitaran pasaran dari semasa ke semasa. § 7CM bertanggapan harga merupakan elemen yang sangat penting dalam syarikat. Perkara ini disebabkan harga yang akan ditetapkan oleh syarikat akan mempengaruhi kadar keuntungan yang akan diperolehi oleh syarikat bagi setiap unit produk yang syarikat hasilkan. § Perniagaan 7CM memilih untuk meletakkan harga jualan dengan meningkatkan harga penghasilan seunit produk kepada 50%. Ini bermakna, daripada harga kos menghasilkan seunit pen iaitu RM15, maka harga seunit pen untuk dijual ialah RM30. § Namun, pada hari promosi, 7CM Enterprise meletakkan harga yang rendah iaitu sebanyak RM25 istimewa kepada pengguna sasaran produk. 4.6.3 Promosi § Alat promosi yang boleh digunakan untuk menjalankan promosi bagi produk ataupun perkhidmatan sesebuah syarikat adalah seperti pengiklanan, perhubungan awam, promosi jualan dan jualan persendirian. § Perniagaan 7CM memilih untuk membuat promosi pengiklanan dan promosi jualan sebagai alat promosi syarikat. Hal ini kerana7CM percaya bahawa sumber yang selalu digunakan atau dipercayai oleh pengguna merupakan sumber yang berkesan untuk dijadikan alat promosi bagi produk syarikat. § 7CM menjalankan promosi secara agresif pada awal pengenalan produk syarikat kepada pasaran. Hal ini kerana, 7CM perlu berusaha untuk menarik perhatian pelanggan sasaran agar membuat pembelian terhadap produk syarikat.
  • 39. 39  |  P a g e     § Perniagaan 7CM mengadakan promosi pada hari-hari tertentu bagi memastikan agar pelanggan sentiasa mengingati produk syarikat kami. Contohnya, pada hari ulang tahun penubuhan syarikat, harga promosi diberikan kepada pen 3in1 yang dijual. § Ketika promosi dibuat, banner akan dibuat awal sebelum hari promosi dibuat supaya pengguna tahu tentang promosi yang bakal berlangsung. Risalah juga dicetak bagi memastikan pengguna tahu akan kehadiran produk baru dipasaran.Risalah yang syarikat kami keluarkan mengandungi maklumat tentang produk syarikat, cara-cara menggunakan produk, fungsi-fungsi produk, kelebihan produk syarikat dan harga sebenar produk serta harga produk pada waktu promosi dijalankan. Surat khabar merupakan medium paling penting bagi menyebarkan maklumat mengenai kehadiran 7CM Enterprise dalam mencipta produk inovasi. § Belanja bagi membuat banner, risalah dan surat khabar dibuat setiap bulan kerana 7CM akan membuat jualan berupa ‘roadshow’ bagi membolehkan pengguna lebih mengenali 7CM dan 7CM juga dapat mengetahui reaksi pengguna tentang produk yang dihasilkan secara langsung. § ‘Page’ di laman web “facebook” atau www.facebook.com dibuat untuk menyebarkan maklumat tentang kehadiran pen 3in1 dan juga dapat menyebarkan informasi yang terkini melalui laman facebook berkenaan. Hal ini kerana kebanyakan pelajar dan pekerja menghabiskan masa yang lama dalam satu hari untuk membuka akaun facebook mereka. Maka, peluang ini diambil bagi mempromosikan pen 3in1 bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia kerana laman ini boleh di akses dimana sahaja. Perkara ini lebih mudah untuk membuat sebarang promosi dan iklan. Selain itu, dengan facebook kita dapat menjimatkan kos dan masa. Kos yang rendah ini dapat dinikmati oleh syarikat dan menjana keuntungan yang lumayan kepada perniagaan. § Promosi jualan merupakan insentif jangka pendek untuk menggalakkan pembelian atau jualan sesuatu keluaran atau perkhidmatan. Ianya membantu memperkenalkan dan menggalakkan tindakan pembelian daripada pelanggan sasaran terhadap produk syarikat. Syarikat kami menggunakan promosi jualan untuk mempromosikan produk syarikat kepada pelanggan sasaran adalah
  • 40. 40  |  P a g e     bertujuan untuk menarik pelanggan sasaran syarikat kami terhadap produk yang kami hasilkan. § Aktiviti ketika promosi jualan ialah demonstrasi dan diskaun harga. 7CM menggunakan alat promosi seperti ini kerana perniagaan baru boleh memperkenalkan produk dan baru mencari pelanggan bagi produk tersebut. § Dalam demonstrasi, 7CM akan menunjukkan cara menggunakkan produk kepada pelanggan. Pelanggan diberi peluang untuk menggunakan pen 3in1. Demonstrasi juga akan digunakan sewaktu menjalankan penjualan secara langsung. § Diskaun harga akan dilakukan pada setiap kali promosi produk dijalankan. Pada hari promosi syarikat kami akan menjual produk syarikat pada harga RM 25.00 sahaja manakala pada hari biasa produk akan dijual pada harga Rm 30.00. Diskaun atau penggurangan harga ini akan diberikan pada awal pengenalan produk syarikat di pasaran dan pada hari-hari tertentu promosi jualan sesuai dijalankan. Promosi ini digunakan untuk menarik pelanggan agar membuat pembelian dengan segera dan untuk mencapai tingkat jualan yang banyak dalam jangka masa yang pendek. 4.6.4 Agihan § Kewujudan saluran agihan juga akan membantu 7CM untuk menggerakkan produk daripada pengeluar kepada pengguna. Orang tengah atau perantara pemasaran merupakan pihak yang banyak membantu dalam mengerakkan produk atau perkhidmatan syarikat. § Bagi 7CM Enterprise, kami memilih menggunakan agihan saluran pertama iaitu dari syarikat sendiri terus kepada pengguna. Oleh itu, keinginan pelanggan dapat dikenalpasti ketika menjual sendiri pen berkenaan kepada pengguna. Pengeluar Pengguna Saluran agihan yang digunakan
  • 41. 41  |  P a g e     § Perniagaan 7CM tidak menggunakan orang tengah untuk memasarkan pen 3in1 kepada pengguna bagi memastikan harga produk yang diperolehi oleh pengguna tetap murah kerana 7CM tidakmenggunakan orang tengah sebagai perantara. § Saluran agihan ini juga dipilih kerana kami mahu mengekalkan nilai atau kualiti produk yang kami hasilkan. Untuk memastikan hal tersebut akan berlaku, syarikat kami tidak menggunakan orang tengah sebagai perantara dengan pelanggan. § Syarikat kami akan melakukan jualan di lokasi permis syarikat yang bertempat di kawasan Universiti Apartment dan melakukan jualan terus di lokasi pengguna atau pelanggan sasaran kami. Seperti melakukan jualan di institusi pengajian tinggi yang ada di Sabah dengan membuka gerai atau kiosk selama beberapa hari di mana-mana IPT dan tempat membeli-belah. § Melalui premis yang berada di Universiti Apartment di Jalan Sulaman, 7CM boleh menarik ramai pengunjung. Hal ini kerana premis berkenaan berada berhampiran dengan pusat membeli belah terbesar di Sabah iaitu 1Borneo. Premis berkenaan juga terletak berhampiran kawasan perumahan yang kebanyakan penghuni di Universiti apartment berkenaan adalah pelajar. Perniagaan 7CM hanya perlu membuat iklan yang menarik untuk membolehkan pengguna mengenali pen 3in1. § Membuka kiosk selama seminggu di IPTA dan IPTS terpilih di seluruh Sabah untuk memperkenalkan produk kepada sasaran pasaran dan juga tenaga pengajar mampu memberi banyak pengalaman dan maklumat kepada perniagaan ini. 7CM juga boleh mendapat idea perniagaan dengan mendengar masalah yang dihadapi pengguna di kawasan berkenaan. § 7CM juga mengambil pendekatan dengan menyertai festival PC Fair bagi memperkenalkan produk syarikat kepada pengguna dan juga syarikat yang lain bagi memudahkan urusan kerjasama sekiranya syarikat lain berminat untuk menjual produk 7CM di kedai mereka.
  • 42. 42  |  P a g e     Jadual Promosi Jualan Bil. Institusi Pengajian Tarikh 01. Universiti Malaysia Sabah Universiti Teknologi Mara kampus Kota Kinabalu Politeknik Kota Kinabalu 23 – 28 Jan 2012 02. College INTI Sabah Cosmopoint cawangan Kota Kinabalu Kolej Yayasan Sabah 13 – 18 Feb 2012 03. Institut Perguruan Kent Institut Perguruan Gaya Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) Masterskill kampus Kota Kinabalu 5 – 10 Mac 2012 04. Institut Perguruan Tawau Kolej Komuniti Tawau Universiti Malaysia Sabah kampus Tawau Universiti Teknologi Mara kampus Tawau 19 – 24 Mac 2012 05. Institut Perguruan Sandakan Universiti Malaysia Sabah kampus Sandakan 2 – 7 April 2012 06. Universiti Malaysia Sabah kampus Labuan Matrikulasi Labuan 23 – 27 April 2012
  • 43. 43  |  P a g e     Jadual Promosi Jualan Di Pusat Beli-Belah Terpilih Bil. Pusat beli-belah Tarikh 01. Centre Point Sabah 1Borneo Kota Kinabalu 19 – 20 Mei 2012 02. Eastern Plaza Tawau Sabindo Plaza Tawau 8 – 9 Jun 2012 03. Ujana Kewangan Labuan 7 – 8 Julai 2012 Aktiviti sewaktu promosi jualan ialah : § Memberi peluang kepada pengguna mengenali pen 3in1 dengan lebih dekat. § Pengguna berpeluang menggunakan pen 3in1. § Memberi harga istimewa iaitu RM25 bagi harga promosi. § Mengedarkan risalah kepada orang ramai di tempat promosi jualan diadakan bagi membolehkan mereka menyedari kehadiran produk. § Hebahan di surat khabar dibuat bagi meluaskan lagi ruang kepada 7CM Enterprise bertapak dalam pasaran. § Menyediakan banner yang menarik tentang promosi jualan. § Mengadakan pertandingan mencipta slogan terbaik bagi pen 3in1. Pemenang akan memperolehi pen 3in1 secara percuma.
  • 44. 44  |  P a g e     BAB 5 : RANCANGAN OPERASI 5.1 Rancangan Pengeluaran Rancangan pengeluaran penting bagi menentukan bilangan produk yang dihasilkan dalam sebulan dan seterusnya setahun. Ianya juga penting supaya tidak berlaku lebihan bahan mentah atau kekurangan bahan mentah dalam penghasilan produk. Oleh itu, rancangan pengeluaran perlu dilakukan dengan teliti supaya tidak berlaku ‘bottle neck’ dalam pengeluaran. Dalam menentukan bilangan bahan mentah yang perlu dipesan, rancangan pengeluaran juga perlu mengenalpasti siapa pembekal yang ada di sekitar lokasi perniagaan bagi membolehkan bahan mentah yang tidak dapat diberikan oleh pembekal utama diberikan oleh pembekal simpanan. Ini bagi membolehkan perniagaan 7CM menghasilkan pengeluaran secara berterusan dan mampu memenuhi permintaan pengguna dalam pasaran. Perniagaan 7CM merancang pengeluaran melalui jumlah ramalan jualan yang dibuat. Sekiranya jualan memuaskan, maka 7CM akan memesan lebih banyak bahan mentah daripada pembekal bagi meastikan permintaan pada bulan seterusnya dapat dipenuhi. Namun sebaliknya apabila produk tidak dapat diagihkan dengan cepat. Ianya akan membuatkan jumlah bahan mentah yang dipesan tidak banyak.
  • 45. 45  |  P a g e     5.2 Carta Alir Pengoperasian Input Syarikat 7CM merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan sebatang pen yang mempunyai tiga fungsi iaitu pen, highlighter dan pendrive. Bagi menghasilkan produk pen ini, syarikat ini menggunakan bahan mentah seperti badan pen, dakwat pen, dakwat highlighter, pendrive dan kotak pen untuk proses pembungkusan. Semua bahan-bahan mentah ini syarikat perolehi melalui pembekal-pembekal tetap yang bertanggungjawab menyediakan bekalan bahan mentah mengikut pesanan yang syarikat 7CM buat. Syarikat akan membuat pesanan bahan mentah mengikut jumlah pengeluaran setiap bulan bagi mengelakkan pembaziran kos. Syarikat 7CM mempunyai empat buah mesin yang digunakan bagi mencantumkan bahan-bahan mentah tadi untuk menjadi sebatang pen yang lengkap. Mesin tersebut terdiri daripada mesin pemasangan dakwat pen, mesin pemasangan highlighter, mesin pemasangan pendrive dan mesin untuk pemeriksa kualiti pen. Syarikat 7CM mempunyai dua orang operator yang akan bertugas menjaga mesin-mesin ini semasa proses pengeluaran produk berjalan. Transfomasi Dalam proses transfomasi pula adalah proses dimana produk syarikat ini dihasilkan dari hanya badan pen yang kosong menjadi sebatang pen yang mempunyai tiga fungsi iaitu pen, hightlighter dan pendrive. Terdapat empat peringkat dalam proses transfomasi pen ini, peringkat yang pertama adalah peringkat pemasangan dakwat pen. Dalam peringkat ini dakwat pen akan dimasukkan dalam pen secara automatik menggunakan mesin mengikut kuantiti yang telah ditetapkan. Pada peringkat transfomasi yang kedua pula ialah peringkat dimana pendrive akan dipasang juga secara automatik ke bahagian tengah pen menggunakan mesin pemasangan pendrive. Pada peringkat ini, penelitian amat diperlukan bagi mengelakkan produk daripada mengalami kerosakkan.
  • 46. 46  |  P a g e     Seterusnya adalah peringkat transfomasi yang ketiga iaitu peringkat pemasangan dakwat highlighter. Dakwat highlighter pula akan dipasangkan secara automatik menggunakan mesin pemasangan highlighter pada bahagian hujung pen. Peringkat yang keempat pula adalah peringkat klimaks transfomasi kerana pada peringkat ini, pen yang telah siap di cantumkan oleh mesin-mesin tadi akan di masukkan kedalam mesin pemeriksaan kualiti untuk mengesan kerosakkan pada pen sebelum peringkat pembungkusan dilakukan. Sepanjang proses ini berjalan, seorang operator akan bertugas menjaga mesin-mesin tersebut. Selepas semua peringkat ini selesai, pen yang telah siap dan mencapai kualiti piawaian syarikat akan dimasukkan ke dalam kotak yang pen yang akan dilakukan oleh operator yang bertugas untuk bahagian pembungkusan. Output Pen yang telah siap di bungkus akan dimasukkan ke dalam kotak besar dan diletakkan di rak barang yang telah disediakan di dalam stor penyimpanan sementara menunggu untuk diagihkan kepada pelanggan-pelanggan syarikat. Syarikat 7CM juga hanya megeluarkan produk pen ini mengikut tahap permintaan pelanggan dari masa ke semasa. Pengawalan Sepanjang proses transfomasi ini berlangsung, pengurus bahagian operasi Syarikat 7CM dan penolongnya akan membuat pemantauan dan pemerhatian dari masa ke semasa terhadap operator yang bertugas, mesin-mesin pemasangan bahan mentah, bekalan bahan-bahan mentah dan pen yang telah siap. Pengawalan ini perlu bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku sepanjang operasi pengeluaran produk berjalan. Pengawalan ini juga dibuat bagi mengelakkan sebarang pembaziran bahan mentah dan bagi meningkatkan piawaian kualiti produk Syarikat 7CM. Semua produk pen yang
  • 47. 47  |  P a g e     tidak mencapai tahap piawaian syarikat akan diasingkan dan akan diperbaiaki. Melalui proses pengawalan, segala masalah dapat diatasi dengan segera dan proses pengeluaran tidak perlu ditangguhkan untuk masa yang lama. Pengurus operasi akan memastikan supaya operator yang bertugas bijak dalam melakukan tugas agar matlamat dan objektif syarikat dapat di capai. Dalam proses pengawalan ini juga, keselamatan amat dititik beratkan. Setiap operator yang bertugas semasa mesin sedang berjalan, akan memakai pakaian yang sesuai, sarung tangan dan cermin mata keselamatan bagi mengelakkan kecederaan semasa mengendalikan mesin. Pihak luar juga tidak dibenarkan untuk memasuki ruangan operasi sesuka hati tanpa urusan yang berkaitan. Operator juga diarahkan untuk melaporkan dengan kadar yang segera kepada pengurus operasi atau mana-mana pengurus syarikat sekiranya berlaku sebarang masalah terhadap mesin atau produk. 5.3 Rancangan Keperluan dan Penggunaan Bahan BIL PERKARA KUANTITI HARGA 01. USB 4GB 1 RM 8 02. DAKWAT PEN 1 RM 1 03. DAKWAT HIGHLIGHTER 1 RM 1 04. BADAN PEN 1 RM 4 05. KOTAK PEN 1 RM 1 KOS SEUNIT PEN 3in1 RM 15
  • 48. 48  |  P a g e     RAMALAN BELIAN TAHUN PERTAMA BIL. BULAN UNIT PENGELUARAN JUMLAH BELIAN 01. JANUARI 1150 RM 17,250 02. FEBUARI 1300 RM 19,500 03. MAC 1450 RM 21,750 04. APRIL 1600 RM 24,000 05. MEI 1850 RM 27,750 06. JUN 2000 RM 30,000 07. JULAI 2150 RM 32,250 08. OGOS 2300 RM 34,500 09. SEPTEMBER 2400 RM 36,000 10. OKTOBER 2500 RM 37,500 11. NOVEMBER 2600 RM 39,000 12. DISEMBER 2700 RM 40,500 JUMLAH 24,000 RM 360,000
  • 49. 49  |  P a g e     Pembekal Bahan-Bahan Mentah PEMBEKAL UTAMA Nama syarikat pembekal Doorstep Sdn. Bhd Alamat syarikat Lot 108, Plaza Tanjung Aru, Jalan Mat Salleh, 88100 Kota Kinabalu, Sabah. Bahan mentah yang di bekalkan Dakwat pen dan dakwat highlighter Harga ( seunit ) Dakwat pen : RM1 Dakwat highlighter : RM1 Kuantiti yang dipesan Berubah mengikut kuantiti pengeluaran Sebab memilih syarikat ini Syarikat 7CM memilih Doorstep Company sebagai pembekal dakwat pen kerana syarikat ini memberikan harga borong yang sangat berpatutan kepada syarikat kami. Kualiti dakwat pen dan highlighter yang dibekalkan oleh Syarikat Doorstep ini sangat baik dan sesuai dengan produk pen yang syarikat kami hasilkan. Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan penghantaran barang secara percuma terus ke syarikat 7CM. Masa penghantaran juga sentiasa tepat pada waktunya. Syarikat ini juga mampu untuk memenuhi permintaan pesanan yang syarikat kami buat untuk setiap bulan. PEMBEKAL ALTERNATIF Nama syarikat Instant Exhibitions (Sabah) Sdn. Bhd Alamat syarikat No.9, MDLD7016, Lorong Perdana 3, Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), 88999 Kota Kinabalu, Sabah Bahan mentah yang dibekalkan Dakwat pen dan dakwat highlighter Harga ( seunit ) Dakwat pen : RM1 Dakwat highlighter : RM1
  • 50. 50  |  P a g e     PEMBEKAL UTAMA Nama syarikat pembekal Oriental Rising Sdn. Bhd Alamat syarikat Lorong Burung Keleto Off Jalan Tuaran, 88450 Inanam, Sabah. Bahan mentah yang di bekalkan Kotak pen Kuantiti yang dipesan Berubah mengikut kuantiti pengeluaran Harga ( seunit ) RM1 Sebab memilih syarikat ini Syarikat 7CM memilih syarikat Oriental Rissing ini sebagai pembekal kotak pen untuk syarikat 7CM kerana syarikat ini mampu untuk menyediakan bekalan yang kami pesan tepat pada masanya dan bekalan sentiasa mencukupi. Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma dan harga yang ditawarkan juga adalah sangat berpatutan.Syarikat kami tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke syarikat ini bagi memesan barang, syarikat kami hanya perlu menghubungi syarikat ini dan barang akan dihantar tepat seperti yang dipesan. PEMBEKAL ALTERNATIF Nama syarikat Estern Press Supplies Alamat syarikat Lot No. 1, DBKK No. 13, Lrg Bernam 3, Taman Soon Khiong, Jln Kolam Luyang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah. Bahan mentah yang dibekalkan Kotak pen Harga ( seunit ) RM1
  • 51. 51  |  P a g e     PEMBEKAL UTAMA Nama Syarikat Pembekal Proreka Tech Sdn. Bhd Alamat Syarikat Lot 24, 2nd Floor, Beverly Hills Indust & Comm Park, Off Jalan Bundusan, 88300 Penampang, Sabah Bahan Mentah yang di Bekalkan Badan pen Kuantiti yang dipesan Berubah mengikut kuantiti pengeluaran Harga ( seunit ) RM 4 Sebab Memilih Syarikat ini Syarikat 7CM memilih Syarikat Proreka sebagai pembekal badan pen untuk syarikat kami kerana syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang sangat terkenal dalam bidang reka bentuk. Kami yakin akan kebolehan syarikat ini untuk menyediakan bekalan badan pen kepada syarikat 7CM mengikut reka bentuk yang syarikat inginkan. Kualiti bahan yang digunakan oleh syarikat ini untuk mereka bentuk badan pen juga menggunakan bahan yang berkualiti dan terdapat jaminan. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan. Syarikat ini menyediakan penghantaran percuma terus kepada syarikat kami dan barang yang rosak sebelum syarikat 7CM gunakan boleh dipulangkan dan digantikan dengan yang baru. PEMBEKAL ALTERNATIF Nama syarikat Big East Marketing Sdn Bhd Alamat syarikat No. 14, Taman Jaya Usaha, Mile 5 1/2, Tuaran Road, 88450 Inanam, Sabah. Bahan mentah yang dibekalkan Badan pen Harga ( seunit ) RM 4
  • 52. 52  |  P a g e     PEMBEKAL UTAMA Nama Syarikat Pembekal Vision Media Supplies Sdn. Bhd Alamat Syarikat Lot 27, Jalan Raja Udang, Industrial Estate, 88900 Likas, Sabah. Bahan Mentah yang di Bekalkan Pendrive 4GB Kuantiti yang dipesan Berubah mengikut kuantiti pengeluaran Harga ( seunit ) RM8 Sebab Memilih Syarikat ini Syarikat 7CM memilih Syarikat vision ini sebagai pembekal pendrive untuk syarikat kami adalah kerana syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang terkenal dalam menghasilkan pendrive.Produk mereka juga telah diyakini kualitinya. Syarikat ini juga memberikan syarikat 7CM harga borong yang sangat berpatutan dan terdapat jaminan dalam pembelian. Sekiranya pendrive ini gagal berfungsi, syarikat kami boleh memulangkannya semula dan syarikai ini akan menggantikannya dengan pendrive yang baru. Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma. Barang yang dipesan di daerah Labuan memerlukan kos yang tinggi kerana perlu melalui pelabuhan. Penghantaran percuma yang disediakan ini dapat menjimatkan lagi kos syarikat 7CM dalam bahagian operasi. PEMBEKAL ALTERNATIF Nama syarikat Brilliant Supplies & Trading Co. Alamat syarikat Lintas Plaza 2B, Jln Lintas, 88300 Kota Kinabalu, Sabah. Bahan mentah yang dibekalkan Pendrive 4GB Harga ( seunit ) RM8
  • 53. 53  |  P a g e     5.4 Pembelian Mesin Dan Peralatan BIL PERKARA KUANTITI 01. MESIN PEMASANGAN DAKWAT PEN 1 02. MESIN PEMASANGAN HIGHLIGHTER 1 03. MESIN PEMASANGAN PENDRIVE 1 04. MESIN PEMERIKSAAN KUALITI 1 05. TROLI 2 06. RAK PENYIMPANAN 2
  • 54. 54  |  P a g e     Pembekal Mesin dan Kelengkapan Operasi Nama syarikat Yap Sing Engeenering Sdn. Bhd Alamat syarikat Lot. 3, Lorong Anggur, Kolombong, Batu 5 1/2 Jalan Tuaran, 88450 Kota Kinabalu, Sabah Barang yang dibekalkan Mesin pemasang dakwat pen Harga ( seunuit ) RM4300 Sebab memilih syarikat ini Syarikat 7CM telah memilih syarikat Yip Sing Engineering ini untuk membeli mesin pemasangan dakwat pen adalah kerana mesin yang dijual di syarikat ini sangat berkualiti dan mesin ini tidak mempunyai alatan yang rumit untuk dikendalikan. Ianya menggunakan teknologi terkini yang memudahkan mempercepatkan lagi pengeluaran Syarikat ini juga menyediakan penghantaran percuma terus ke lokasi syarikat kami. Bukan itu sahaja, sekiranya mesin ini mengalami masalah teknikal, syarikat kami boleh menghubungi pekerja teknikal mereka untuk membaiki mesin ini. Syarikat kami tidak perlu menghantar mesin ini ke syarikat mereka. Harga yang ditawarkan oleh syarikat ini juga sangat berpatutan dan jaminan pembelian diberikan oleh syarikat ini sekiranya mesin ini mengalami kerosakkan.
  • 55. 55  |  P a g e     Nama syarikat Tai Yi Machine ( M ) Sdn. Bhd Alamat syarikat No. 13, Jalan Lian Seng Light Industries, 88450 Inanam, Sabah Barang yang dibekalkan Mesin pemasangan dakwat highlighter Harga ( seunit ) RM4300 Sebab memilih syarikat ini Syarikat 7CM memilih syarikat ini adalah kerana syarikat ini memberikan perkhidmatan selepas jualan. Mesin ini akan dihantar terus ke lokasi Syarikat 7CM dan pekerja syarikat ini yang akan memasang komponen-komponen bagi mesin ini. Sekiranya mesin ini mengalami kerosakkan, pekerja mereka akan datang untuk membaikinya dan tiada cas yang akan dikenakan. Mesin juga tidak susah untuk dikendalikan dan mudah untuk dikawal. Syarikat ini menyediakan jaminan selama tiga tahun untuk mesin yang kami beli. Nama syarikat Elcom Supplies and Service .Co Alamat syarikat B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian 88450 Inanam, Sabah. Barang yang dibekalkan Mesin pemasangan pendrive Harga ( seunit ) RM4800 Sebab memilih syarikat ini Syarikat 7CM memilih untuk membeli mesin pemasangan pendrive dari syarikat Elcom kerana syarikat ini menyediakan perkhidmatan selepas jualan seperti servis percuma sekiranya mesin ini mengalami masalah dan penghantaran percuma terus ke lokasi syarikat kami. Syarikat ini juga memberi jaminan selama lima tahun untuk mesin ini dan harga yang diberikan kepada syarikat kami sangat berpatutan. Komponen yang ada pada mesin ini juga tidak rumit dan mudah untuk dikendalikan.
  • 56. 56  |  P a g e     Nama syarikat Engineering Designer Company Alamat syarikat Lot 6, Ngee Lim Industrial Centre, Jln Burung Keleto, 88450 Inanam, Sabah. Barang yang dibekalkan Mesin pemeriksa kualiti Harga ( seunit ) RM4500 Sebab memilih syarikat ini Syarikat 7CM memilih Syarikat Engineering Designer Company ini untuk membeli mesin pemeriksa kualiti kerana mesin yang di jual di syarikat ini sangat berkualiti. Mesin yang syarikat beli juga sangat mesra pengguna walaupun teknologi mesin yang digunakan sangat canggih. Syarikat ini juga menyediakan servis setiap dua bulan untuk mesin ini. Hal ini akan memastikan pen yang dihasilkan menepati kualiti yang ditetapkan kerana mesin yang ada sentiasa diservis dan dipantau setiap dua bulan. Syarikat ini memberi kami jaminan selama lima tahun untuk mesin ini. Harga yang ditawarkan oleh syarikat ini juga lebih berpatutan daripada syarikat mesin yang lain. Nama syarikat Advance Supermarket Trolley & Accessories Alamat syarikat Lot 7, Ground Floor, Jln Lintas, Shophouse Tongkuzu Industrial Centre, 88450 Inanam, Sabah. Barang yang dibekalkan Troli mengangkut barang Harga ( seunit ) RM85 Sebab memilih syarikat ini Syarikat 7CM memilih untuk membeli troli dari kedai ini kerana troli yang ada di kedai ini sangat berkualiti dan tahan lama. Harga troli di kedai ini juga sangat berpatutan dan mempunyai jaminan selama setahun. Kedai ini juga menghantar barang secara percuma terus ke lokasi syarikat.
  • 57. 57  |  P a g e     Nama syarikat Chan Furniture Alamat syarikat Lot No.390, Jalan Simpang 4 Woodford, 89800 Penampang, Sabah. Barang yang dibekalkan Rak penyimpanan barang Harga ( seunit ) RM200 Sebab memilih syarikat ini Syarikat 7CM memilih untuk membeli rak penyimpanan barang produk kami di Chan Funiture kerana syarikat ini merupakan syrikat perabot yang terkenal dengan kualiti barangnya. Kayu yang digunakan untuk membuat rak ini sangat berkualiti dan tahan lama. Harga yang diberikan juga sangat berpatutan dan terdapat jaminan selepas pembelian. Jaminan yang diberikan untuk rak ini adalah selama dua tahun dan syarikat kami boleh menukarkan dengan rak baru dengan menambah sedikit duit (trade in). Syarikat ini juga memberikan penghantaran secara percuma terus ke lokasi syarikat kami. Reka bentuk rak syarikat ini sangat sesuai untuk penyimpanan produk di syarikat kami.
  • 58. 58  |  P a g e     BAB 6 : RANCANGAN KEWANGAN 6.1 Penyediaan Unjuran Penyata-penyata Kewangan 7CM ENTERPRISE KOS PELAKSANAAN PROJEK & SUMBER PEMBIAYAAN Kos Pelaksanaan Projek Cadangan Sumber Pembiayaan Projek Keperluan Kos Pinjaman Sewa Beli Sumbangan Sendiri Aset Tetap Tunai Aset Sedia Ada Tanah & Bangunan Alatan Pejabat 5,600 5,600 Kelengkapan Pejabat 6,975 6,975 Pengubahsuaian Pejabat 5,000 5,000 Van Penghantaran 59,000 59,000 Mesin dan Peralatan 18,470 18,470 Ubah Suai Kilang 5,000 5,000 Modal Kerja 1 bulan Pentadbiran 24,080 24,080 Pemasaran 2,750 2,750 Operasi 30,000 30,000 Keperluan Lain & Pra-Operasi 12,400 12,400 Luar Jangka 10% 16,928 16,928 JUMLAH 186,203 186,203
  • 59. 59  |  P a g e     BELANJAWAN PENTADBIRAN Butir-Butir A.Tetap Bulanan Lain- Lain Jumlah Keperluan Aset Tetap Tanah & Bangunan - - Alatan Pejabat 5,600 5,600 Kelengkapan Pejabat 6,975 6,975 Pengubahsuaian Pejabat 5,000 5,000 - - Keperluan Modal Kerja Gaji, KWSP, SOCSO 21,000 21,000 Sewa Bangunan 1,800 1,800 Utiliti 680 680 Insurans 300 300 Penyelenggaraan Pejabat 300 300 - - - - Keperluan Lain & Pra- Operasi Perbelanjaan Lain - - Deposit 5,000 5,000 Pendaftaran & Lesen 4,000 4,000 Insurans & Cukai Jalan - - Pelbagai Belanja 500 500 Jumlah 17,575 24,080 9,500 51,155
  • 60. 60  |  P a g e     BELANJAWAN PEMASARAN Butir-Butir A.Tetap Bulanan Lain- Lain Jumlah Keperluan Aset Tetap Van Penghantaran 59,000 59,000 - - - - - - Keperluan Modal Kerja Risalah 700 700 Banner 150 150 Surat Khabar 1,500 1,500 Petrol 400 400 - - - - - - Keperluan Lain & Pra- Operasi Perbelanjaan Lain - - Deposit - - Pendaftaran & Lesen - - Insuran & Cukai Jalan 2,400 2,400 Pelbagai Belanja 500 500 Jumlah 59,000 2,750 2,900 64,650
  • 61. 61  |  P a g e     BELANJAWAN OPERASI Butir-Butir A.Tetap Bulanan Lain- Lain Jumlah Keperluan Aset Tetap Mesin dan Peralatan 18470 18,470 Ubah Suai Kilang 5000 5,000 - - Keperluan Modal Kerja Belian Bahan Mentah & Pembungkusan 30,000 30,000 Pengangkutan Masuk & Duti - - Gaji, KWSP, SOCSO (Operasi) - - Penyelenggaraan Kilang - - - - - - - - Keperluan Lain & Pra-Operasi Perbelanjaan Lain - - Deposit - - Pendaftaran & Lesen - - Insuran & Cukai Jalan - - Pelbagai Belanja - - Jumlah 23,470 30,000 - 53,470
  • 62. 62  |  P a g e     6.2 Penyata Pendapatan / Untung Rugi : Hasil dan Perbelanjaan 7CM ENTERPRISE PENYATA KOS PENGELUARAN PRO FORMA Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Bahan Mentah Stok Awal 0 Belian Tahun Semasa 360,000 435,000 525,000 Stok Akhir Jumlah Kos Bahan 360,000 435,000 525,000 Pengangkutan Masuk & Duti 360,000 435,000 525,000 Gaji, KWSP, SOCSO (Operasi) Overhed Kilang Susut Nilai Aset Tetap (Operasi) 4,694 4,694 4,694 Penyelenggaraan Kilang Jumlah Kos Overhed Kilang 4,694 4,694 4,694 Kos Pengeluaran 364,694 439,694 529,694
  • 63. 63  |  P a g e     7CM ENTERPRISE PENYATA PENDAPATAN PRO FORMA Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Jualan 720,000 870,000 1,050,000 Tolak: Kos Jualan Stok Awal Barang Siap Kos Pengeluaran 364,694 439,694 529,694 tolak: Stok Akhir Barang Siap 0 0 0 364,694 439,694 529,694 Untung Kasar 355,306 430,306 520,306 Tolak: Perbelanjaan Belanja Pentadbiran 288,960 288,960 288,960 Belanja Pemasaran 33,000 33,000 33,000 Perbelanjaan Lain Pendaftaran & Lesen 4,000 Insurans & Cukai Jalan 2,400 2,400 2,400 Pelbagai Belanja Pra- Operasi 1,000 Faedah Sewa Beli Faedah Pinjaman 9,310 7,448 5,586 Susut Nilai Aset Tetap 11,944 11,944 11,944 Jumlah Perbelanjaan 350,614 343,752 341,890 Untung Bersih Sebelum Cukai 4,692 86,554 178,416 Cukai 0 0 0 Untung Bersih Selepas Cukai 4,692 86,554 178,416 Untung Bersih Terkumpul 4,692 91,247 269,663
  • 64. 64  |  P a g e     6.3 Kunci Kira-kira : aset, liabiliti dan ekuiti pemilik 7CM ENTERPRISE KUNCI KIRA-KIRA PRO FORMA Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 ASET Aset Tetap (Nilai Buku) Tanah & Bangunan Alatan Pejabat 4,480 3,360 2,240 Kelengkapan Pejabat 5,580 4,185 2,790 Pengubahsuaian Pejabat 4,000 3,000 2,000 Van Penghantaran 50,571 42,143 33,714 Mesin dan Peralatan 14,776 11,082 7,388 Ubah Suai Kilang 4,000 3,000 2,000 83,407 66,770 50,132 Aset Semasa Stok Bahan Mentah Stok Barang Siap Akaun Belum Terima Tunai 65,247 131,198 289,012 65,247 131,198 289,012 Aset Lain Deposit 5,000 5,000 5,000 JUMLAH ASET 153,654 202,968 344,144 Ekuiti Pemilik Modal Untung Bersih Terkumpul 4,692 91,247 269,663 4,692 91,247 269,663 Liabiliti Jangka Panjang Baki Pinjaman 148,962 111,722 74,481 Baki Sewa Beli 148,962 111,722 74,481 Liabiliti Semasa Akaun Belum Bayar JUMLAH EKUITI & LIABILITI 153,654 202,968 344,144