Panduan penubuhan kadet bomba jbpm
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Panduan penubuhan kadet bomba jbpm

on

  • 5,866 views

Panduan Penubuhan Kadet Bomba JBPM

Panduan Penubuhan Kadet Bomba JBPM

Statistics

Views

Total Views
5,866
Views on SlideShare
5,855
Embed Views
11

Actions

Likes
1
Downloads
307
Comments
1

2 Embeds 11

http://jea1051.1bestarinet.net 9
https://jea1051.1bestarinet.net 2

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • wajib ke skolah mendaftar dengan negeri..skolah saya baru menubuhkan kadet bomba ni dan dah dftar kat balai bomba terdekat...
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Panduan penubuhan kadet bomba jbpm Panduan penubuhan kadet bomba jbpm Presentation Transcript

  • PANDUAN PENUBUHANPASUKAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA Oleh : PgKB II Mohamad Yunus Abu
  • 1. NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR1.1 Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama Kadet Bomba Dan Penyelamat, Malaysia.1.2 Alamat berdaftar Kadet Bomba Dan Penyelamat, Malaysia. a) Peringkat Kebangsaan : Bahagian Latihan, Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia, Lebuh Wawasan, Persint 7, 60200 PUTRAJAYA. b) Peringkat Negeri : Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Negeri. c) Peringkat Daerah : Balai Bomba Dan Penyelamat, Zon / Daerah d) Peringkat Sekolah : Sekolah Berkenaan e) Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yang di tentukan oleh Jawatan Kuasa Kadet Bomba Dan Penyelamat, Malaysia dari semasa ke semasa.
  • 2. TUJUAN• Tujuan Kadet Bomba Dan Penyelamat, Malaysia ditubuhkan ialah :2.1 Memupuk kesedaran tentang bahaya kebakaran dan langkah-langkah pencegahan.2.2 Menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan kebombaan sebagai salah satu cara hidup.2.3 Meningkatkan disiplin dan setia kawan bagi memupuk semangat yakin diri serta bertanggungjawab kepada harta benda dan masyarakat.2.4 Mengeratkan kerjasama dan persefahaman antara ahli dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia.2.5 Mewujudkan suasana sekolah bebas dari bahaya kebakaran.2.6 Menanamkan minat untuk memilih menjadi anggota Bomba Dan Penyelamat sebagai kerjaya.
  • 3. MOTO KADET BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA
  • 4. LOGO4.1 Bulan Bintang Melambangkan nilai-nilai Islam dan nilai –nilai murni diserapkan ke dalam Kadet Bomba Dan Penyelamat.4.2 Dua Rumpun Padi Kerjasama antara Pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat.4.3 Helmet Memberikan perlindungan dan keselamatan kepada ahli.4.4 Kapak Salah satu alat (perkakas) yang dapat menggandingkan antara ilmu akademik dengan kebombaan. Semangat juang dalam mencegah kebakaran dan mengutamakan keselamatan nyawa dan harta benda.4.5 Warna Kuning Emas – Taat setia kepada Raja dan Negara.4.6 Reka bentuk logo Reka bentuk logo, seperti di Rajah 1.
  • Rajah 1 : Logo Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia
  • 5. BENDERA5.1 Bendera Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia terbentuk daripada segi empat tepat berwarna merah (warna merah bendera bomba) tertera logo Kadet Bomba di tengah-tengah segi empat.5.2 Warna merah melambangkan keberanian dan semangat jati diri yang tinggi di kalangan ahli Kadet Bomba.5.3 Logo berwarna kuning emas melambangkan taat setia kepada raja dan negara serta mempunyai pasukan Kadet Bomba yang mempunyai kualiti terbaik.5.4 Spesifikasi bendera seperti Rajah 2.
  • Rajah 2 : Bendera Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia
  • 6. LAGU6.1 Lagu Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia dinyanyikan adalah bertujuan untuk menaikkan semangat dan menunjukkan taat setia kepada pasukan. Lagu ini akan dinyanyikan setiap kali majlis rasmi pasukan dan setiap kali sebelum memulakan aktiviti pasukan.
  • SENIKATA LAGU KADET BOMBA DAN PENYELAMAT
  • 7. KEAHLIAN7.1 Ahli7.1.1 Keahlian adalah terbuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kerajaan dan Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan.7.1.2 Keahlian bagi pelajar selain daripada sekolah para 7.1.1 adalah di bawah tanggungjawab dan tanggungan sendiri dan perlu mendapat kelulusan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.7.2 Nombor Pengenalan Diri / Nombor Badan7.2.1 Setiap ahli akan diberikan nombor pengenalan diri yang dikeluarkan oleh jawatankuasa di peringkat sekolah. Setiap nombor pengenalan diri akan dimulakan dengan abjad negeri dan diikuti dengan nombor kod sekolah dan seterusnya tahun semasa dan diikuti nombor ahli bermula dari 0001 hingga ahli yang terakhir. Pengenalan abjad bagi setiap negeri adalah seperti di Rajah 3.7.2.2 Setiap guru akan diberikan nombor pengenalan diri yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Peringkat Negeri. Setiap nombor pengenalan diri guru akan dimulakan dengan abjad negeri diikuti dengan nombor Kod Sekolah seterusnya tahun semasa dan diikuti kod dan nama guru dari 0001 hingga guru yang terakhir. Pengenalan bagi setiap negeri adalah seperti di Rajah 4.
  • Rajah 3 :Nombor Pengenalan Diri Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia
  • Rajah 4 :Nombor Pengenalan Diri Guru Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia
  • 7.3 Had Umur Had umur adalah dari 12 tahun ke atas.7.4 Fizikal Perakuan kesihatan tubuh badan dan kecacatan anggota perlu disahkan oleh ibu / bapa / penjaga mengikut keperluan dengan mengisi dan menandatangani borang yang telah disediakan seperti di Lampiran A.7.5 Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga Kebenaran bertulis ibu bapa / penjaga hendaklah diperolehi untuk menjadi ahli. Ibu / bapa / penjaga dikehendaki mengisi dan menandatangani borang kebenaran ibu / bapa seperti Lampiran B.7.6 Kelucutan Keahlian 7.6.1 Keahlian lucut serta-merta apabila ahli kadet berhenti atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah yang dinyatakan berkuatkuasa pada tarikh surat berhenti sekolah dikeluarkan. 7.6.2 Keahlian juga lucut apabila kadet melanggar peraturan sekolah yang menjejaskan kredibiliti Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat jika didapati bersalah oleh lembaga disiplin sekolah. 7.6.3 Surat lucut ahli akan dikeluarkan secara rasmi kepada pelajar dan ibu bapa oleh pihak sekolah (jika berkenaan) seperti di Lampiran C. 7.6.4 ** Sekiranya pelajar diterima semula bersekolah, pelajar boleh mengemukakan rayuan kepada guru penasihat pasukan kadet untuk menyertai semula pasukan di sekolah berkenaan dengan nombor pendaftaran baru.
  • Lampiran A :Format Borang Perakuan Kesihatan
  • Lampiran B :Format Borang Kebenaran Ibu / Bapa / Penjaga
  • Lampiran C :Format Surat Lucut Keahlian Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia
  • 7.7 Pengambilan Ahli Baru 7.7.1 Pengambilan ahli Kadet Bomba baru mesti daripada pelajar Tingkatan Satu(1), peralihan, Tingkatan Empat (4), Tingkatan Enam (6) Rendah pada tahun berkenaan. 7.7.2 Sesi pemilihan ahli baru hendaklah dilakukan dengan kehadiran Jurulatih dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia (jika berkenaan). 7.7.3 Ahli berdaftar yang berpindah sekolah dibenarkan untuk menyertai pasukan Kadet Bomba di sekolah baru tanpa menjejaskan pangkat yang disandang sebelumnya. Pelajar akan kekal dengan nombor keahlian yang asal.
  • 7.8 Organisasi dan Struktur Kadet Bomba 7.8.1 Setiap organisasi Pasukan Kadet mengandungi tidak kurang seramai 43 orang pelajar bagi setiap pasukan terdiri daripada seorang Ketua Kadet Kanan, seorang Ketua Kadet, seorang Ketua Keluaran dan 4 pasukan yang terdiri daripada 10 anggota satu pasukan (Pasukan A, B, C dan D). 7.8.2 Bagi organisasi yang mempunyai lebih daripada 43 orang ahli kadet tetapi tidak mencukupi untuk membentuk satu pasukan, lebihan ahli kadet boleh diserapkan ke dalam Pasukan secara sama rata. 7.8.3 Sebarang masalah berkaitan dengan orgasasi pasukan hendaklah dirujuk kepada Pegawai Teknik Negeri masing-masing. 7.8.4 Penasihat (Pengetua) bertanggungjawab memastikan bilangan ahli pasukan kekal tidak kurang daripada 20 orang untuk tiap-tiap modul latihan. 7.8.5 Ahli yang mempunyai kes kesihatan masih boleh dikekalkan dalam pasukan, walaubagaimanapun dikehendaki hadir dalam kelas teori tanpa melibatkan diri dalam amali.
  • Rajah 5 :Organisasi dan Struktur Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia
  • i. Pengisian Jawatan bagi pasukan yang baru ditubuhkan adalah diisi oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa Peringkat Pasukan.ii. Jawatan-jawatan di atas akan diisi oleh penyandang hakiki sekiranya ada kenaikan pangkat.iii. Sebarang permasalahan dalam menentukan jumlah keluaran dan pasukan hendaklah ditentukan oleh Jawatankuasa Peringkat Zon / Daerah.
  • 8. PAKAIAN SERAGAM• Pakaian seragam guru dan kadet adalah mengikut kod pakaian seragam Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia.8.1 Jenis Pakaian Seragam dan Kod Pakaian 8.1.1 Pakaian Seragam Operasi (pakaian no.4) – Rajah 6 8.1.2 Pakaian Seragam ‘Bush Jacket’ (pakaian no.2) – Rajah 7 8.1.3 Pakaian Seragam ‘Tuck in’ (pakaian no.3) – Rajah 8 8.1.4 Pakaian Latihan – Rajah 9 8.1.5 Pakaian Kebangsaan (pakaian no.9) – Rajah 108.2 Tatacara Pemakaian Pakaian Guru Dan Kadet 8.2.1 Guru Kadet dikehendaki memakai sama ada pakaian seragam di para 8.1.1 atau 8.1.2 atau 8.1.3 atau 8.1.5 pada acara rasmi. 8.2.2 Ahli Kadet dikehendaki memakai pakaian seragam di para 8.1.1 atau 8.1.3 atau 8.1.4 atau 8.1.5 mengikut keperluan.
  • 8.2.3 Pakaian seragam ini hendaklah dipakai semasa acara rasmi Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia dan Kementerian Pelajaran sebagaimana ditetapkan seperti berikut: a) Semasa majlis ko-kurikulum Pasukan Seragam sekolah peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah dan Sekolah. b) Semasa Upacara perbarisan rasmi Badan Pasukan pakaian Seragam. c) Program lawatan-lawatan Pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat. d) Program-program Tahunan seperti Perkhemahan Kadet Bomba, Pertandingan Kawad Kaki dan lain-lain. e) Acara-acara lain sebagaimana diarahkan oleh Guru Kadet atau Pegawai Bomba berkaitan. f) Memenuhi tatacara pemakaian rasmi seperti seragam Jabatan Bomba Malaysia.8.3 Sesiapa yang memakai pakaian tersebut tanpa kebenaran atau didapati pada matanya sengaja salah guna pakaian seragam ini untuk tujuan yang tidak dibenarkan, maka ianya menjadi satu kesalahan di bawah Akta 341, Akta Perkhidmatan Bomba jika disabitkan kesalahan.8.4 Setiap Ahli Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat dikehendaki untuk memakai pakaian seragam operasi dengan lengkap sebagaimana ditetapkan di dalam peraturan ini. Rujuk Rajah 6.
  • Pakaian Seragam Operasi (Pakaian No.4)
  • SPESIFIKASI PAKAIAN SERAGAM OPERASI GURU KADET DAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (PAKAIAN NO.4)a) Baju - Di lengan sebelah kanan dijahit tanda pangkat (jika ada) - Di sebelah kanan atas poket diletakkan tanda nama dengan jahitan sulam. - Di kiri atas poket tanda nama - Di lengan sebelah kiri diletakkan Logo Kadet Bomba dan Penyelamat. - T-Shirt operasi berkolar bulat dipakai sebagai pakaian dalam. - Baju lengan panjang dengan manset / cuffc 50mm, belahan 180mm pada hujung lengan baju. - Poket dada jenis bertampal di kedua-dua belah 120mm lebar dan 140mm panjang dan poket bahagian bawah adalah dari jenis tampal dan kedua-dua belah poket berukuran 145mm lebar. - Ke semua poket baju mempunyai penutup poket dan dilengkapi dengan velcro - Bahagian bahu baju mempunyai jalur bahu berbucu / meruncing ke arah kolar dengan butang baju biasa warna hitam. - Kain adalah berwarna biru gelap.
  • b) Seluar - Mempunyai dua poket di belakang dengan penutup 120mm lebar yang dilengkapkan dengan velcro. - Dua belah poket di kiri kanan seluar dengan bukaan 35mm. - Bahagian pinggang terdapat klip penyangkuk yang boleh diselaraskan mengikut keperluan saiz pengguna. - Ikatan pinggang adalah 40mm dalam dan terdapat tiga lubang tali pinggang besar yang berbentuk meruncing di sekeliling pinggang. - Kain adalah berwarna biru gelap. - Kaki seluar dilengkapkan dengan getah bergrip.c) Tali pinggang - Tali pinggang berwarna biru tua dari jenis tali pinggang keselamatan yang ditetapkan.
  • d) Kasut - Adalah dari jenis kombat / flying boot atau yang bersamaan dengannya.e) Topi ‘Beret’ - Berwarna biru gelap dengan memakai lambang Kadet Bomba. - Di lekat dengan badge lambang Kadet Bomba (Guru Kadet sahaja)f) Tudung - Berwarna hitam dimasukkan ke dalam kolar baju.g) Apolet - Tanda pangkat adalah jenis ‘sulaman benang kuning’ pada atas tanah berwarna biru (Guru Kadet sahaja)h) Tanda Nama Pasukan - Diletak di kiri dan kanan bahu
  • Pakaian Seragam ‘Bush Jacket’ (Pakaian No.2)
  • SPESIFIKASI PAKAIAN BUSH JACKET GURU KADET DAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (PAKAIAN NO.2)a) Baju - Jaket berlengan pendek (untuk lelaki) - Jaket berlengan panjang (untuk perempuan) - Warna biru - Berpoket empat - Dua ‘Apolet’ di atas bahu - Mengikut spesifikasi Pakaian Seragam No.2 JBPMb) Seluar - Panjang bertali pinggang - Warna biruc) Topi ‘Beret’ - Warna biru gelap - Lencana kain bersulam lambang Kadet Bomba Dan Penyelamat.d) Butang - Empat butang kecil untuk poket - Dua butang kecil untuk ‘Apolet’ - Enam butang besar untuk baju.
  • e) Line Yard - Berwarna merah beserta wiself) Tanda nama - Latar belakang hitam - Huruf putih - Dipakai di bahagian atas poket sebelah kanan.g) Kasut - Kasut kulit berwarna hitam bertali - Bertapak rendahh) Tali pinggang - Warna biru gelap - Kepala berlambang Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia.i) Tanda Pangkat - Di bahu kiri dan kanan - Lapik pangkat berwarna biru tuaj) Tudung - Berwarna hitam - Di masukkan ke dalam kolar bajuk) Tanda Nama Pasukan - Kiri dan kanan bahul) Kolar Dot - Pada kolar kiri dan kanan
  • Pakaian Seragam ‘Tuck In’ (Pakaian No.3)
  • SPESIFIKASI PAKAIAN SERAGAM TUCK IN GURU KADET DAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (PAKAIAN NO.3)a) Baju - Kemeja berlengan pendek (untuk lelaki) - Kemeja berlengan panjang (untuk perempuan) - Warna biru lembut - Kain kapas - Berpoket dua - Logo Kadet Bomba Dan Penyelamat diletak di lengan sebelah kiri. - Dua ‘Apolet’ di atas bahub) Seluar - Panjang bertali pinggang - Warna biru gelapc) Cap - Pilihan untuk guru lelaki dan wanitad) Topi ‘Beret’ - Sama seperti beret pakaian seragam operasie) Tanda nama - Latar belakang hitam - Huruf putih - Dipakai di bahagian atas poket sebelah kanan.
  • f) Kasut - Kasut kulit berwarna hitam bertali - Bertapak rendahg) Tali pinggang - Warna biru gelap - Kepala berlambang Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia.h) Tanda Pangkat - Di bahu untuk Guru Lelaki dan Wanita - Di lengan sebelah kanan untuk Kadet Lelaki dan Wanitai) Tudung - Berwarna hitam - Di masukkan ke dalam kolar bajuj) Tanda Nama Pasukan - Kiri dan kanan bahu
  • Pakaian Seragam Latihan
  • SPESIFIKASI PAKAIAN LATIHAN GURU KADET DAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIAAhli Kadet Bomba Dan Penyelamat Lelaki / Perempuana) Baju - Baju-T berkolar berlengan pendek (kadet lelaki) - Baju-T berkolar berlengan panjang (kadet perempuan) - Kain berwarna biru gelap - Lambang KADET BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA hadapan dada kiri. - Belakang baju dicetak dengan perkataan KADET BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIAb) Seluar - Seluar operasi / seluar pakaian seragam sekolahc) Tudung - Berwarna hitamd) Beret - Sama seperti beret pakaian seragam operasi
  • Guru Kadet Bomba Dan Penyelamat Lelaki /Perempuana) Baju - Baju-T berkolar berlengan pendek (guru kadet lelaki) - Baju-T berkolar berlengan panjang (guru kadet perempuan) - Kain berwarna biru gelap - Lambang KADET BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA hadapan dada kiri. - Belakang baju dicetak dengan perkataan KADET BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIAb) Seluar - Seluar operasi / seluar pakaian seragam sekolahc) Tudung - Berwarna hitamd) Beret - Sama seperti beret pakaian seragam operasi
  • Pakaian Kebangsaan (Pakaian No.9)
  • SPESIFIKASI PAKAIAN KEBANGSAAN GURUKADET DAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (PAKAIAN NO.9)Ahli Kadet Bomba Dan Penyelamat Lelaki / Perempuana) Baju - Merujuk kepada jenis dan pemakaian mengikut bangsa masing-masing.b) Seluar - Merujuk kepada jenis dan pemakaian mengikut bangsa masing-masing.c) Tudung - Berwarna hitam (kepada yang berkenaan)d) Aksesori - Mengikut keperluan pakaian di atas (contoh : samping)
  • Guru Kadet Bomba Dan Penyelamat Lelaki / Perempuana) Baju - Merujuk kepada jenis dan pemakaian mengikut bangsa masing-masing.b) Seluar - Merujuk kepada jenis dan pemakaian mengikut bangsa masing-masing.c) Tudung - Berwarna hitam (kepada yang berkenaan)d) Aksesori - Mengikut keperluan pakaian di atas (contoh : samping)
  • Rajah 11 :Spesifikasi, Kedudukan Beret dan Saiz logo
  • Rajah 12 :Spesifikasi, Kedudukan dan Saiz Tanda Nama Pasukan dan Logo
  • 9. PANGKAT GURU DAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
  • Rajah 14 :Tanda Pangkat dan Syarat Pemakaian Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia
  • Rajah 15 :Carta Aliran Lantikan Kenaikan Pangkat
  • 10. PEMAKAIAN PANGKAT10.1 Kenaikan Pangkat Dan Kelayakan Kelayakan, pergerakan pangkat atau kenaikan pangkat kepada Guru dan Kadet adalah seperti keterangan di Rajah 13 dan Rajah 14.10.2 Penganugerahan Pangkat Kehormat Pangkat Kehormat akan dianugerahkan kepada pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri secara Khas Untuk Penyandang. Tanda Pangkat, gelaran dan kelayakan penganugerahan adalah seperti di Rajah 16.10.3 Tatacara Pemakaian Tanda Pangkat Tatacara pemakaian pangkat bagi Guru dan Kadet Bomba Dan Penyelamat, Malaysia adalah seperti keterangan di Rajah 6, Rajah 7 dan Rajah 8.
  • Rajah 16 :Tanda Pangkat dan Anugerah Kehormat
  • Rajah 17 :Spesifikasi Tanda Pangkat dan Anugerah Kehormat
  • Rajah 18 :Spesifikasi dan Kedudukan Kolar Dot dan Bar Kolar
  • 11. MODUL LATIHAN
  • 12. PENDAFTARAN• Semua sekolah yang ingin menubuhkan Pasukan Kadet bomba Dan Penyelamat hendaklah membuat permohonan mengikut aliran tindakan berikut:11.1 Sekolah menghubungi Balai Bomba Dan Penyelamat berhampiran untuk mendapatkan sokongan bagi menubuhkan Pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat.11.2 Sekolah mengemukakan permohonan dengan mengisi borang permohonan (contoh borang seperti di Lampiran D) dan dihantar berserta surat sokongan Balai Bomba dan Penyelamat berkenaan kepada Jabatan Pelajaran Negeri. Satu salinan surat tersebut hendaklah dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah.11.3 Jabatan Pelajaran Negeri memajukan permohonan kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri untuk dipertimbangkan. Kelulusan penubuhan Pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat hanya diperingkat Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Negeri sahaja.
  • 11.4 Jawapan kelulusan penubuhan berserta nombor pendaftaran pasukan akan dihantar kepada sekolah berkenaan dengan menggunakan borang seperti di Lampiran E dan salinan kepada : a) Kementerian Pelajaran Malaysia (Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum) b) Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia. (Bahagian Latihan) c) Pejabat Pelajaran Daerah d) Balai Bomba Dan Penyelamat berkenaan.11.5 Keputusan melulus / menolak permohonan penubuhan Pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Negeri adalah muktamad.
  • Lampiran D : Borang Permohonan PenubuhanPasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia
  • 13. NOMBOR PENDAFTARAN PASUKAN• Setiap pasukan akan diberikan nombor pendaftaran pasukan yang di keluarkan oleh Jawatankuasa Peringkat Negeri. Setiap nombor pendaftaran akan dimulakan dengan abjad negeri dan diikuti dengan nombor Kod Sekolah. Kod abjad dan nombor sekolah bagi setiap negeri adalah seperti di Rajah 20.
  • Rajah 20 :Kod abjad dan Nombor Pendaftaran Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Rajah 21 :Carta-Aliran Permohonan Penubuhan Pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat
  • 14. KAWASAN KEGIATAN14.1 Kawasan kegiatan meliputi peringkat kebangsaan, negeri-negeri dalam Malaysia, Wilayah Persekutuan, daerah-daerah dan sekolah- sekolah.14.2 Perkataan Daerah yang tersebut dalam peraturan ini juga bermaksud jajahan di Negeri Kelantan dan Bahagian di Negeri Sabah dan Sarawak.14.3 Perkataan sekolah yang tersebut dalam peraturan ini bermaksud sekolah-sekolah menengah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah swasta.
  • 15. ORGANISASI15.1 Penaung Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah Menteri Pelajaran Malaysia dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan15.2 Penasihat Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia.
  • 15.3 Jawatankuasa Peringkat KebangsaanPenaung : Menteri Pelajaran Malaysia dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan MalaysiaPenasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat, MalaysiaPengerusi : Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan Penolong Ketua Pengarah Latihan Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia (Bahagian Latihan)Setiusaha : Ketua Penolong Pengarah (Kokurikulum)Kehormat Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Komandan, Akademi Bomba Dan Penyelamat, Malaysia, Kuala Kubu BaruBendahari : (Dilantik oleh Pengerusi)Ahli J/Kuasa : 8 orang (dilantik)
  • 15.4 Jawatankuasa Peringkat NegeriPenaung : Menteri Pelajaran Malaysia dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan MalaysiaPenasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan (Exco)Pengerusi : Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri dan Pengarah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, NegeriSetiusaha : Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri dan Penolong Pengarah Bahagian Latihan Jabatan Bomba Dan Penyelamat, NegeriBendahari : (Dilantik oleh Pengerusi)Ahli J/Kuasa : Pegawai Teknikal Kadet Negeri 8 orang (dilantik)
  • 15.5 Jawatankuasa Peringkat Daerah / Jajahan / ZonPenaung : Menteri Pelajaran Malaysia dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan MalaysiaPenasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan (Exco)Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah / Jajahan / Zon dan Ketua Balai Zon / DaerahSetiusaha : Penyelia Sukan dan Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah dan Pegawai Latihan Bomba Dan Penyelamat (dilantik oleh Pengarah Bomba Dan Penyelamat, Negeri)Bendahari : (Dilantik oleh Pengerusi)Ahli J/Kuasa : Pegawai Teknikal Kadet Bomba Daerah Semua Ketua Guru Penasihat Kadet Bomba Dan Penyelamat Semua Ketua Jurulatih Kadet Bomba Dan Penyelamat
  • 15.6 Jawatankuasa Peringkat SekolahPenaung : Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pengarah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, NegeriPenasihat : PengetuaPengerusi : Guru Penolong Kanan (Kokurikulum)Timbalan : Penyelaras Unit UniformSetiusaha : Ketua Guru KadetPenolong : Guru Kadet BombaSetiusahaBendahari : Dilantik oleh Pengerusi (Guru Kadet)Ahli J/Kuasa : Dilantik (Ketua Kadet Kanan) dan Guru KadetPemeriksa : Dilantik (Guru Kadet)Kira-kira
  • 15.6.1 Perlantikan jawatan-jawatan di atas dilakukan oleh pentadbir sekolah.15.6.2 Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang hendak menjalankan tugas pengurusan Kadet Bomba Dan Penyelamat, Sekolah hendaklah warganegara Malaysia.15.6.3 Tugas jawatankuasa ialah merancang, mengelola dan mengatur program Pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat.
  • 16. KEWANGAN16.1 Setiap pelajar yang menyertai Kadet Bomba Dan Penyelamat dikehendaki membayar bayaran pendaftaran sebanyak RM1.00 dan sumbangan tahunan sebanyak RM2.00.16.2 Bendahari bertanggungjawab menguruskan segala yang berkaitan dengan kewangan Kadet Bomba Dan Penyelamat.16.3 Ketua Guru Kadet boleh menyimpan wang tunai tidak melebihi RM50.00 pada sesuatu masa. Wang selebihnya hendaklah dalam tempoh tujuh (7) hari dimasukkan ke bank yang dipersetujui oleh jawatankuasa. Akaun di bank hendaklah di atas nama Kadet Bomba Dan Penyelamat yang berkenaan
  • 16.4 Buku cek atau dokumen seumpamanya akaun Kadet Bomba dan penyelamat hendaklah disimpan oleh Guru Kadet Bomba. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun Kadet Bomba Dan Penyelamat hendaklah ditandatangani bersama oleh bendahari dengan salah seorang dari pengerusi atau setiausaha. Sebarang pertukaran tandatangan akaun Kadet Bomba Dan Penyelamat boleh dibuat oleh pentadbir sekolah kepada pihak bank.16.5 Perbelanjaan yang melebihi RM250.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar kecuali mendapat kelulusan pentadbir sekolah.16.6 Penyata akaun Kadet Bomba Dan Penyelamat hendaklah disediakan oleh bendahari dan diperiksa oleh pemeriksa kira-kira mengikut perlembagaan serta disahkan oleh pentadbir sekolah.
  • 17. TEMPAT LATIHAN AKAN DILAKSANAKAN MENGIKUT KESESUAIAN DAN KEMUDAHAN YANG ADA : a) Di kawasan sekolah b) Balai Bomba dan penyelamat yang berdekatan c) Lain-lain tempat yang difikirkan sesuai oleh Guru Kadet dan Jurulatih
  • 18. PEPERIKSAAN• Semua kadet dikehendaki menduduki peperiksaan akhir bagi setiap modul di dalam bentuk teori dan amali yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat. 18.1 Peperiksaan akan dikendalikan oleh Balai Bomba Dan Penyelamat yang terlibat merujuk kepada prosedur MS ISO 9001:2000. 18.2 Soalan akan digubal oleh Akademi Bomba Dan Penyelamat, Malaysia dan akan disalurkan kepada Bahagian Latihan Negeri untuk diedarkan ke balai-balai yang terlibat. 18.3 Hanya ahli Kadet Bomba yang mencapai kehadiran melebihi 80% dalam aktiviti yang dijalankan layak untuk menduduki peperiksaan Asas dan Lanjutan. Manakala yang tidak mencapai tahap tersebut tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.
  • 19. PERSIJILAN19.1 Sijil-sijil akan dikeluarkan kepada ahli-ahli Kadet Bomba dan Penyelamat selepas lulus peperiksaan teori dan amali yang akan ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.19.2 Warna dan rupa bentuk sijil untuk kedua-dua tahap adalah sama. Rujuk Lampiran F dan G19.3 Ahli-ahli yang gagal, tidak dapat menduduki peperiksaan dan tidak dapat menghabiskan modul hanya akan diberikan Sijil Penyertaan.19.4 Sijil akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia. Sijil- sijil ini akan ditandatangani oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat, Negeri masing-masing
  • Lampiran G :Contoh Sijil Peringkat Lanjutan
  • 20. DISIPLIN20.1 Semua pelajar yang telah diiktiraf sebagai ahli kadet adalah tertakluk kepada peraturan dan tatatertib yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia.20.2 Ahli Kadet Bomba Dan Penyelamat boleh digantung atau diberhentikan daripada menjadi ahli jika didapati : Melanggar peraturan dan tatatertib yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat dan pihak sekolah.
  • 21. MEREKOD AKTIVITI• Setiap ahli diwajibkan merekod segala aktiviti / latihan yang dihadiri. RUJUK BUKU PANDUAN PENILAIAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)
  • 22. KAD KEAHLIAN• Setiap pelajar dan guru yang menjadi ahli kadet bomba akan dibekalkan dengan kad keahlian sebagai perakuan ahli kadet bomba. Kad ini akan merekod butir-butir keahlian dan maklumat diri. Walaubagaimanapun, kad ini tidak menunjukkan sebarang pemberian kuasa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat. Rekabentuk Kad Keahlian adalah seperti Lampiran H.
  • 23. ANUGERAH• Anugerah ‘Golden Helmet’, ‘Silver Helmet’ dan ‘Bronze Helmet’ akan dipertimbangkan kepada ahli kadet yang cemerlang di dalam pasukan dan memberi sumbangan kepada pihak sekolah dan masyarakat. Pemilihan calon akan menerima anugerah ini adalah dicadangkan oleh pihak sekolah ke peringkat daerah seterusnya dipanjangkan ke peringkat negeri. Kriteria Pemilihan dan bentuk Anugerah adalah ditetapkan oleh Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan dan akan disampaikan dalam majlis kebesaran Jabatan.
  • 24. PINDAAN PERATURAN• Peraturan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Latihan Peringkat Kebangsaan.