Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

  • 3,723 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
3,723
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
32
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. KERJA KURSUS PENDIDIKAN SIVIK DANKEWARGANEGARAANTAJUK:TOKOH-TOKOHYANG BERJAYANAMA:JUNI IZYAN BT. JOHARIKELAS:3 RKGURU:EN.SHUKRI
  • 2. TOKOH-TOKOH YANG BERJAYA1.TUNKU ABDUL RAHMANAlmarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan PerdanaMenteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia padatahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai"Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".Kehidupan peribadiDilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin,Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan AbdulHamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri SultanAbdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb),seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliaubukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni SultanAbdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.
  • 3. Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknyayang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepakkampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehinggamenghidapi penyakit puru di kakinya.PendidikanTunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu,Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu. Seorangguru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah kesebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Disini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang.Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersamaTunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat(Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di PenangFree School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Seorang yang aktif,beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet.Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untukmelanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakanpenuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan KerajaanNegeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasaraparteid (kulit berwarna) masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, PenasihatBritish kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada sepasangpun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian Barat di kedaiPritchards di Pulau Pinang. Ketika di England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yangberbaju Melayu, siap dengan tengkolok.Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir),H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah).Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge. Tunku tidak dapat mendudukipeperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Denganbantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya padatahun 1925.Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di UniversitiCambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. Beliau lulussemester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930. Selepaspemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-UndangKedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahunberikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, PenasihatBritish sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani
  • 4. bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku.Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambungpelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali keKedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am SelatanKedah.Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanyayang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. Bagibeliau, tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan.Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersamadengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannyadi Sedim, dekat dengan Kulim, di bawah jagaan Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, PemangkuRaja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakalpengganti Sultan Kedah.Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star. Jepun mengiktirafbaginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan TenteraJepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunkukekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yangpernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star.Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempohitu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden untukPersatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagaisetiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntutkemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon PartiLiberal. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949. Setelah belajar 25 tahun ,barulah Tunku layak menjadi peguam.[1]Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak antarabangsayang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya, beliau dipilihsebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah jawatan yangbeliau memegang sehingga 1976.KeluargaPada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yangmerupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahayamata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia padatahun 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya diEngland. Antara saksi perkahwinannya di Geylang Serai, Singapura ialah Syed Ahmad al Sagoff.
  • 5. Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Dititahkanuntuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian berkahwin denganSharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang juga merupakan adik SyedOmar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstuikerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah. Oleh sebab perkahwinan ini tidakmendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman danMariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963 denganrahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku NoorHayati dan Tunku Mastura.Kerjaya politikSelepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuahpejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta perpindahan ke KualaLumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai YangDipertua Mahkamah Sesyen.Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuaiPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila lihat:Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNOmemaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagaipresiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun.Laluan ke kemerdekaanPada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehikemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yangberikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itumerupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yangditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakilikaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentangkemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikhkemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunkumengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tanganyang diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazammengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa.Sebagai Perdana MenteriSelepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan kekemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysiapada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung.
  • 6. Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak,dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun1961 di Singapura. Pada 16 September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecualiBrunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan Singapura yangmenaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua UMNO dan MCAberasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP pada waktu itu, diperlihatkansebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada pengundi-pengundi diMalaya. Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan sebuahparti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di sana. Sebagai gerak balas, Lee mengancambahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnyaperjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian (sila lihat Hubungan PAP-UMNO.Ini membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak supaya Singapura meninggalkanMalaysia.Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawaParliamen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada Persekutuan.Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih untuk "memutuskan semua pertalian dengansebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada KerajaanPusat" berbanding kaedah yang tidak diingini untuk menindas tindakan PAP. Pemisahan dankemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965.Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yangmemperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian digantikan denganperkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), pada 8Ogos 1967.Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat.Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskanrusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yangdiketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku, danMAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaandarurat.Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September 1970,beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkanjawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat olehTurki Muda yang terdiri daripada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan MusaHitam. Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan PerdanaMenteri.
  • 7. Dengan pakaian rasmi.Kegiatan IslamSelepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku mengasaskanPertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu mualafIslam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan PresidenPERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya.Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran PeringkatAntarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan Tunkusewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951.Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkansebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank PembangunanIslam sebagai sebuah institusi yang khusis di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden"Majlis Dawah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga1988.Kehidupan kemudianPada 1977, setelah memperolehi sebahagian besar hak milik The Star, sebuah syarikat suratkhabar yang berasaskan di Pulau Pinang, Tunku menjadi pengerusinya. Ruang-ruangnya,"Mengenang kembali" ("Looking Back") dan "Sebagaimana yang Saya Perlihatkan" ("As I SeeIt") kritis kepada kerajaan, dan pada tahun 1987, Perdana Menteri Dr Mahathir mengharamkansurat khabar itu. Ini menyebabkan perpecahan di dalam UMNO, dengan Tunku dan bekasPerdana Menteri, Tun Hussein Onn menubuhkan sebuah parti baru yang digelar "UMNOMalaysia", tetapi pendaftarannya dibatalkan oleh Dr Mahathir yang menubuhkan UMNO Baru.
  • 8. Tunku kemudian menyokong Semangat 46 yang merupakan kumpulan serpihan UMNO yangdiketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkempen dengan cergas untuk Semangat 46dalam Pilihan Raya Umum 1990, tetapi sewaktu itu, kesihatannya telah merosot.Meninggal duniaDalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang.Apabila sakit beliaudirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur .Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktuberumur 87.Jenazah dibawa ke kediamannya di Bukit Tunku dan esoknya disemadikan di Makam DirajaLanggar, Alor Star.2.TUN ABDUL GHAFFAR BIN BABAAllahyarham Tun Abdul Ghafar bin Baba (18 Februari 1925 - 23 April 2006) merupakan TimbalanPerdana Menteri di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. AbdulGhafar bin Baba mula memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 10 Mei 1986 sehingga 15Oktober 1993. Kehadiran beliau dilihat sebagai tokoh penstabil politik Malaysia, ikon tokoh politikkampungan yang berjiwa Melayu tulen.Kehidupan awalBeliau dilahirkan pada 18 Februari 1925 di Tebat Kering, sebuah solok terpencil dikelilingi olehhutan belukar dan kebun getah terletak di Kampung Bukit Tembun, daerah Kuala Pilah, NegeriSembilan. [1]Adik-beradiknya seramai 10 orang dan beliau anak ke-6. Beliau pernah menjaja ubikayu di Melaka untuk menambah pendapatan keluarga. Ketika usia 14 tahun beliau menjadi kedi/ pemungut bola golf dan dibayar 1 sen sehari dan bola tenis golongan atasan seperti Yang di-Pertuan Agong pertama, Tunku Abdul Rahman.
  • 9. Apabila ibu bapanya ,meninggal dunia, empat adik beradik meninggalkannya sebatang kara diKuala Pilah. Beliau tinggal bersama bapa saudaranya. Abdul Ghafar pernah makan reja-reja rotidi kedai kopi seorang Cina Hailam. Kadang-kala beliau menumpang tidur di rumah kawan dantidur di bilik darjah sahaja.Ketika umur 34 tahun beliau menjadi Ketua Menteri Melaka dan duduk semeja dengan TunkuAbdul Rahman apabila menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara.KeluargaBeliau berkahwin dengan Allahyarhamah Toh Puan Hajjah Asmah binti Alang dan kemudianberkahwin dengan Dayang Heryati binti Abdul Rahim pada tahun 1992, tetapi bercerai padatahun 2003. Beliau dikurniakan 11 orang anak. Antaranya ialah bekas ahli parlimen BatuBerendam , Dato Tamrin Abdul Ghafar dan anak bungsu Kartika Sri. Tiga anaknya telahmeninggal dunia.PendidikanBeliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Pilah (1931 - 1936) dan dan SekolahMelayu Tangga Batu (1937 - 1940), Melaka. Kemudian beliau menyambung pelajaran di MaktabPerguruan Sultan Idris (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim (1946 - 1949).Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru (1949 - 1955) sebelum beralih sepenuhnyakepada kerjaya politik (1955 - 2004).Selaku ketua pelajar di SITC, beliau membuat tuntutan agar kebajikan pelajar diberi perhatianoleh pentadbir Inggeris, supaya elaun pelajar dinaikkan dan sebagai kakitangan kerajaan, gurupelatih hendaklah diberi subsidi Cost Of Living Allowances (COLA) dan tuntutan ini disusulidengan mengadakan mogok secara aman.PolitikAbdul Ghafar terlibat dalam politik sejak 1939 sewaktu berumur 14 tahun dengan menyertaiKesatuan Melayu Muda. KMM ditubuhkan oleh Ibrahim Yaakob (IBHY), bekas seorang gurulepasan SITC (Maktab Perguruan Sultan Idris]]) berasal dari Temerloh, Pahang.Kemudian aktifdalam PKMM sejak 1945 hingga 1948 iaitu selepas Perang Dunia Kedua. Pada 1948 PKMMdiharamkan oleh kerajaan British.Ghafar yang berjiwa radikal, tidak mahu aktif dalam politik akomodatif yang dibawa Dato’ OnnJaafar, sebaliknya memilih untuk aktif dalam Persatuan Guru Melaka di mana beliau dilantiksebagai Setiausaha Kesatuan Guru-Guru Melayu Melaka.Apabila UMNO Melaka ditubuhkan pada 1955 dan slogan Hidup Melayu ditukar kepadaMerdeka , ramai pemimpin PKMM menyertai UMNO termasuk beliau dan Tan Sri AishahGhani. Catatan Tunku dalam bukunya ‘‘Political Awakening’’ penyertaan Ghafar dan ramai
  • 10. bekas aktivis kiri dalam UMNO cukup kritikal kerana ramai pemimpin kanan UMNO keluarUMNO dan menyertai parti IMP tajaan Onn. Abdul Ghafar dipindah sekolah sebanyak empatkali oleh Mr. Henry Gurney, pentadbir British sebagai Pengarah Pendidikan Melaka.Beliau dilantik sebagai Setiausaha UMNO Melaka yang pertama. Waktu itu jawatan Setiausahabukan dilantik tetapi dipilih. Terus menerus, tidak terputus walau sehari jua pun, beliaumemegang jawatan dalam UMNO selama 42 tahun sehingga saya meletakkan jawatan TimbalanPresiden pada 30 Oktober 1993.[2]Pada tahun 1953 dalam Perhimpunan Agung UMNO di Melaka meluluskan usul agar Britishmengadakan pilihan raya pada tahun 1954 bagi memilih 4/5 daripada 98 Ahli DewanPerundangan Persekutuan (Legco). Namun Sir Oliver Lyttleton selaku Setiausaha KerajaanBritish menolak usul itu. Tunku mengarahkan Ghafar selaku Setiausaha UMNO Melakamengadakan Mesyuarat Agung Tergempar pada 18 April 1954, di Dewan Perhimpunan Cina /Chinese Assembly Hall dan turut dihadiri Datuk Sir Tan Cheng Lock, Presiden dan wakil MCA.Satu rombongan dihantar ke London untuk melobi Ahli Parlimen di sana.Bintang politik beliau semakin terserlah apabila memegang beberapa jawatan seperti SetiausahaUMNO Melaka, Pengerusi UMNO Melaka, Pegawai Penerangan UMNO Malaya, Ahli MajlisTertinggi UMNO, Naib Presiden UMNO (1962-1987), Ketua Perhubungan UMNO Sabah(1991) , Pengerusi BN Sabah (1992), dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (1974-1993).Pada 15 Jun 1955 Ghafar meletak jawatan sebagai guru bergaji tetap dan menyertai pilihan rayaumum Malaysia yang pertama 1955 di parlimen Melaka Luar. Ghafar menang majoriti besar23,969 undi dan ditawarkan jawatan Ketua Menteri Melaka tetapi menolak.Pada 20 Februari 1956, Tunku memberi kepercayaan kepada Ghafar menganjur sambutan besar-besaran rombongan merdeka yang kembali dari London. Rombongan tiba 10.45 pagi diLapangan Terbang Batu Berendam dan ke Padang Bandar Hilir Melaka di mana lebih 100,000rakyat menanti. Tan Cheng Lock, V. T. Sambanthan dan Datuk Panglima Bukit Gantangmewakili Raja-Raja Melayu, Abdul Ghafar dan Tunku Abdul Rahman telah berucap.Pada Persidangan UMNO tahun 1958 Abdul Ghafar dipilih Ahli Majlis Tertinggi UMNO dandilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO. Guru-guru Melayu melalui Kesatuan PersatuanGuru-Guru Melayu (KPGMS) membuat tuntutan kepada Mohamed Khir Johari selaku MenteriPelajaran, supaya sekolah menengah aliran Melayu diwujudkan pada 1 Februari 1958, sepertiyang dijanjikan pada Perhimpunan Agung UMNO 30 Januari 1957. Kesatuan guru mengecamUMNO dan kerajaan kerana tidak tegas dalam melaksanakan aspirasi bangsa Melayu ini danmengugut akan keluar UMNO beramai-ramai pada 15 Februari 1958. Abdul Ghafar memberialasan kekurangan guru Melayu dan kemudahan pembelajaran . Guru-guru seperti Hajah IbuZain, Cikgu Ahmad Arshad, Cikgu Md Nor Dahan menyokong penjelasan itu dan hanya 40orang guru keluar UMNO.Pada Pilihan raya umum Malaysia 1959 Ghafar bertanding di DUN Tanjung Kling, menangdengan majoriti besar 2,742 undi dan dilantik Ketua Menteri Melaka. Ketika menjadi Ketua
  • 11. Menteri selama dua penggal 1959- 1967. Pada 1967 Tunku melantik Ghafar sebagai PengerusiMARA dan MARA.Abdul Ghafar meletak jawatan KM Melaka dan dipindahkan ke Pusat.Pada tahun 1968 Ghafar dilantik Senator dan secara paksa dilantik ke dalam Kabinet selakuMenteri Tanpa Portfolio oleh Tunku, ketika dalam lawatan ke Rusia. Beliau hanya tahu apabilatransit di Bangkok. Pada 11 Mei 1969 Ghafar bertanding di kawasan Parlimen Melaka Utara,menang dengan majoriti 6,811 undi .Pada 1972 dilantik Menteri Pembangunan Negara dan LuarBandar dalam Kabinet Tun Abdul Razak. Ketika inilah Ghafar menganjurkan beberapa siriKongres Ekonomi Bumiputera yang melahirkan Bank Bumiputera, UDA, Pernas, dansebagainya. Ghafar juga pernah menganjurkan Kongres Ekonomi Islam yang darinya lahirYPEIM.Tun Abdul Razak meninggal dunia 14 Januari 1976 di London, Hussein Onn dilantik PerdanaMenteri. Hussein meminta Ghafar terus kekal dalam Kabinet tetapi Ghafar tetap denganpendirian menolak tawaran itu kerana ingin bergiat dalam perniagaan dan ekonomi.Pada 1983 , Dr Mahathir Mohamad meminta beliau membantu menyelesaikan krisis UMNOdengan Istana pada 1983 iaitu apabila Perdana Menteri ingin meminda Article 66 yang menyebutbahawa setiap Rang Undang-Undang (Bill) yang diluluskan Parlimen akan berkuat kuasa selepas15 hari setelah dipersembahkan kepada Yang diPertuan Agong. Majlis Raja-Raja yang bersidangdi Kota Kinabalu menolak usul ini. Majlis Tertinggi UMNO melantik Ghafar selaku ketuaperunding untuk menyelesaikan krisis itu. Rundingan diadakan di Istana Kayangan Shah Alamdan akhirnya kedua-dua pihak berkompromi dengan jangka masa memohon perkenan Rajadilanjutkan kepada 60 hari.Sekali lagi, pada 1992 UMNO terpaksa berdepan dengan Raja-Raja Melayu apabila berlakuinsiden Sultan Johor mencederakan Douglas Gomez. UMNO sekali lagi meminta Ghafarmembentangkan satu usul di Parlimen mengambil ketetapan supaya insiden kezaliman Rajaterhadap rakyat ini tidak berulang. Usul ini mencatat sejarah di mana disokong 100% termasukpembangkang. Akhirnya Raja-Raja Melayu bersetuju agar Perlembagaan Persekutuan dipinda dimana Raja-Raja Melayu boleh didakwa dan dibicara dalam sebuah Mahkamah Khas.Beliau memberi laluan jawatan TPM kepada tokoh yang lebih junior – 1972 kepada Hussien dan1976 kepada Dr. Mahathir Mohamad.Pada tahun 1993 berlaku pertandingan sengit dalam UMNO di antara pasukan Wawasan yangdiketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin UMNO lain seperti Ghafar,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Sanusi Junid dll . Ghafar berundur untuk memberilaluan kepada golongan pendesak yang dikatakan mendapat restu Presiden UMNO. Pada 15Oktober 1993 Ghafar meletakkan jawatan TPM dan Timbalan Presiden UMNO. UMNOmenghadapi krisis pada 1997 di mana berlaku komplot untuk menggulingkan Presiden UMNO.[3]Kawasan pilihan raya terakhir yang diwakilinya ialah kawasan Parlimen Batu Berendam diMelaka yang dimenanginya pada pilihan raya umum 1999. Beliau menjadi Ahli DewanUndangan Negeri Melaka atau Ahli Parlimen Jasin selama 49 tahun berturut-turut, menerusi 11
  • 12. pilihan raya umum sejak 1955 hingga 1999. Beliau memperoleh 25,559 undi mengalahkan calonPas dan Parti Melayu Semangat 46. Kedua-dua calon pembangkang itu hilang wangpertaruhannya. Majoriti Abdul Ghafar meningkat daripada 14,000 dalam Pilihan raya umumMalaysia 1990 kepada 22,000 dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995 itu.Beliau merupakan antara kepimpinan UMNO yang telah berkhidmat di bawah 3 Perdana Menteriiaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Mahathir. Beliau keluar kabinetselama 10 tahun apabila Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri. Apabila Tun Dr. Mahathirdilantik Perdana Menteri beliau masih berada di luar kerajaan dan hanya masuk kembali padatahun 1986 apabila Tun Musa Hitam meletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.Ketua Menteri MelakaSeawal 1959 Tun Ghafar menolak tawaran jawatan Ketua Menteri Melaka sehingga memaksaPerdana Menteri Malaysia ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj mengancam untukmembiarkan negeri itu tanpa Ketua Menteri. Ghafar akhirnya akur dengan kehendak Tunku danmemegang jawatan itu selama lapan (1959-1967) tahun.[4]MARAGhafar Baba pernah menjadi pengerusi MARA yang pertama dari 1 September 1967 hingga 31Oktober 1971 bagi meninggikan martabat ekonomi orang Melayu. Beliau juga merupakanpengasas Kolej MARA (1972),Institut Kemahiran Mara, Yayasan Pelajaran Mara dan ITM yangkini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau juga pernah menjadiPengerusi Lembaga Pengarah Utusan Melayu (M) Bhd dan Kompleks Kewangan selama 10tahun bermula 1 September 1976 hingga 1986 apabila dilantik Timbalan Perdana Menteri.Masalah kepimpinan MCAGhafar merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang diberi kepercayaan menerajui MCAsebagai pemangku Presiden MCA selama 10 bulan ketika parti berasaskan kaum Cina itu dilandakrisis akibat perebutan kuasa antara presidennya ketika itu, Tan Koon Swan dan bekas presidenTan Sri Dr Neo Yee Pan. Ketika krisis ini, Abdul Ghafar menjadi Setiausaha Agung BarisanNasional .Menolak jawatan MenteriPada 1974 Tun Ghafar meninggalkan kabinet pimpinan Perdana Menteri Tun Hussein Onn .Pada 1981 menolak jawatan Menteri Pelajaran yang ditawarkan oleh Tun Dr MahathirMohamad.Antara jawatan yang disandangnya ialah Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar,Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Perumahan dan Kerajaan
  • 13. Tempatan. Pada 1989 Tun Ghafar memangku jawatan Perdana Menteri semasa Dr. Mahathirmenjalani pembedahan jantung.Timbalan Perdana MenteriDalam pemilihan Perhimpunan Agung UMNO 1987, beliau berjaya mengalahkan Musa Hitambagi jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan majoriti tipis, 40 undi.Encik Ghafar Baba dilantik oleh Dr Mahathir Mohamad menjadi Timbalan Perdana MenteriMalaysia selepas Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysiapada 1987.Pada 1993 Tun Ghafar berundur daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan TimbalanPerdana Menteri apabila kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dicabar oleh DatukSeri Anwar Ibrahim. Tujuannya bagi mengelak perpecahan dalam parti dan mempertahankankestabilan negara. Surat perletakan jawatan ditulis pada kertas Penerbangan Malaysia di bilikVIP Lapangan Terbang Subang untuk berlepas ke Korea Selatan bagi tugas rasmi.[4]JawatanSetiausaha Kesatuan guru - guru 1949 - 1951,Setiausaha UMNO Melaka 1951 - 1955Pengerusi UMNO Melaka 1955 - 1973Ketua Menteri Melaka 1959 - 1967Ahli Majlis Tertinggi UMNO 1957 - 1993Ketua Penerangan UMNO 1958 - 1962Naib Presiden UMNO 1962 - 1987Presiden de facto MCA pada tahun 1985 (MCA mengalami krisis kepimpinan pada 1985dan 1986)Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri 1986 - 1993Beliau merupakan seorang yang rendah diri, tabah dan sentiasa berjuang demi nasib bangsaMelayu.
  • 14. 3.MOKHTAR DAHARIAllahyarham Dato Mohamad Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11 Julai 1991) adalah legendapemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran SuperMokh keranakecemerlanganya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari tahun 1972hinggalah 1985.Biodata Mokhtar DahariDilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur, Mokhtar mendapat pendidikan awal di SekolahKebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (1966-1970). Anak kepada Dahari Abeng dan Maimon Sadikin ini mula mewakili Selangor pada tahun1971 pada Piala Burnley. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya
  • 15. Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, dan KwongYik Bank (sekarang Bank RHB).MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972KALI TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul1985KAPS: 167GOL PIALA MALAYSIA: 177GOL ANTARABANGSA: 125JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsaSukan Asia 1974 di TeheranANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976Penglibatan Dalam Bola SepakAllahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun hayatnyasudah bersemadi hampir 21 tahun lalu.Walaupun ramai generasi muda masa kini tidak begitu mengenali bintang negara itu, tapi hampirsemua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkatimej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara adalah dikancah PestabolaMerdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya menembusi gawanglawan.Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan gelaran SuperMokh diiktiraf MajalahWorld Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagaiOlahragawan Kebangsaan 1976.Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemenpenting hinggakan tiga jari mendiang R.Arumugam, bekas penjaga gol negara pernah patahketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membacagerakan lawan dan meloloskan diri.
  • 16. Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi pentasbola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia hingga kuasa bola sepak dunia. SkuadEngland B bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1hasil jaringan menakjubkan Mokhtar.Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya sehingga kinisudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi apabilamengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu mencipta nama walaupun diamemang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut di SekolahMenengah Kebangsaan Victoria tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebatidengan di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambilmenggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosonguntuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.Bahkan dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya dipadang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola yang paling diminati.Apapun kehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu tidak seharusnya ditangisisampai bila-bila dan generasi sekarang sepatutnya mencuba menjadikannya sebagai motivasimeningkatkan diri supaya bola sepak negara kembali segar seperti sebelumnya.Tahukah AndaBahagiantriviaadalahtidakdigalakkandi bawahgarispanduanWikipedia.Rencana inibolehdiperbaikidenganmenyatukanbahanrelevan danmembuangbahan yangkurangsesuai.MOKHTAR dihadiahkan sepasang but bola hanya berharga RM15 oleh ayahnya selepasmenduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 1968 atau lebih tepat dipanggil LCE ketika itu.
  • 17. Dengan kasut itulah dia menempa nama sebaris dengan wira-wira negara sebelumnyaseperti Datuk Abdul Ghani Minhat dan Arthur Koh.Dan dia amat menghargai pemberian itu sambil berkata: “"Kasut but yang diberi olehayah saya hanya berharga RM15, tetapi ia amat bermakna dalam kerjaya bola sepaksaya."[1]Garis Masa Karier Mokhtar Dahari1971: Mewakili Selangor dalam Pertandingan Piala Burnley (sekarang Piala Razak), di Kuching,Sarawak. Perlawanan pertama menentang Kedah dan menjaringkan gol pertamanya padaperlawanan itu.1972: Kali pertama turun mewakili pasukan utama Selangor menentang Kelab Hitachi dari Jepundan perlawanan akhir pertama Piala Malaysia ialah ketika Selangor menewaskan Perak 3-0dengan Mokhtar menjaringkan satu gol. Mula mewakili Malaysia di Kejohanan Belia Asia, diBangkok.- Kali pertama terpilih mewakili pasukan utama Malaysia ke Kejohanan Piala Jakartaraya.Perlawanan pertama menentang Sri Lanka.1973: Mewakili Malaysia ke pra Piala Dunia di Seoul. Kali pertama beraksi di PestabolaMerdeka menentang Kuwait pada perlawanan akhir. Malaysia menang 3-1 dan Mokhtarjaringkan dua gol.1974: Mencipta gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila menjaringkan limagol ketika menentang Filipina di Sukan Asia Teheran.1975: Mewakili negara menentang Arsenal. Malaysia menang 2-0. Mokhtar menjaringkankedua-dua gol itu.1976: Mendapat kaps Malaysia ke-100 ketika menentang Jepun di Pestabola Merdeka.1977: Mendapat Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976.1977: Membawa negara meraih pingat emas Sukan Sea pertama apabila menewaskan Thailand2-0 pada perlawanan akhir. Mokhtar menjaringkan 1 gol.1978: Menjaringkan gol penyamaan ketika menentang England `B. Perlawanan berkesudahanseri 1-1.
  • 18. 1979: Kali pertama dipilih menjadi ketua pasukan Piala Malaysia Selangor (menentang Tentera)apabila Soh Chin Aun enggan meneruskan tugas itu. Mengakhiri zaman bujang selepasberkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim. Mempertahankan pingat emas Sukan AsiaTenggara dengan mengalahkan Indonesia 1-0 menerusi jaringan gol tunggal. - Mengumumkanpersaraan arena bola sepak antarabangsa.1980: Kembali beraksi di Pestabola Merdeka dan membawa negara muncul naib juara selepastewas kepada Maghribi di final.1981: Menerima kad merah pertama dan terakhir dalam kariernya ketika menentang Singapura(Piala Malaysia). Pengadil `bersejarah itu ialah Othman Omar. Mewakili negara ke pra PialaDunia di Kuwait. Malaysia dikecam kerana gagal. Mokhtar mengumumkan persaraannya bagikali kedua.1982: Mengetuai Pilihan Selangor menentang Boca Juniors yang diketuai Diego Maradona.1985: Kembali menyarung jersi negara ke pertandingan pra Piala Dunia di Seoul menentangKorea Selatan. Malaysia tewas 0-2 dan Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali ketigadan terakhir.1986: Memimpin Selangor menjadi juara Piala Malaysia dan muncul sebagai `Pemain TerbaikPerlawanan Akhir. Mengumumkan persaraan peringkat negeri dan menghadiahkan jersi`keramat nombor 10 kepada Raja Muda Selangor.1987: Menarik balik persaraannya untuk mewakili Selangor semusim lagi.1987: Menyertai Kwong Yik Bank (sekarang Bank RHB) dan membawa kelab itu menjadi juaraLiga Selangor. Khabar angin bertiup Mokhtar mengidap penyakit ganjil.1989: Disahkan mengidap penyakit Distrofi otot. - berlepas ke London untuk mendapat rawatanlanjut. Pulang ke tanah air tanpa sebarang perubahan.1990: Keadaan Mokhtar semakin buruk.1991: Meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang pada Khamis, 11 Julai jam 8.25 pagi
  • 19. 4.DATO’ UNGKU DR.ZETI AKHTARY.M. Tan Sri Dato Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz (Lahir 27 Ogos 1947) yangmerupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz, adalah wanita yangpertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga dilihat sebagai salah seorangwanita yang begitu berkuasa di Malaysia.Pada 13 September 2010, Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia olehmajalah Global FinanceKehidupan Awal [sunting]Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah MenengahAssunta, Petaling Jaya pada 1958. Pada tahun 1970, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomidalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjanadan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978.Kerjaya [sunting]Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran BankPusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) padatahun 1979 hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di BankNegara Malaysia.Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 1September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas DatukAhmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor BankNegara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.
  • 20. Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dari tahun 1998 -2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun2004.Pada 20 April 2011, beliau telah dilantik semula sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagitempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei 2011.[1]Keluarga [sunting]Beliau berkahwin dengan Dr Taufik Ayman dan dikurniakan 2 orang anak.Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia [sunting]Pada 13 September 2010, Dr Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia olehmajalah Global Finance. Ia berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilanmata wang dan pengurusan kadar faedah. Turut menerima anugerah ialah Ketua Bank PusatAustralia Glenn Stevens, Stanley Fischer (Israel), Lee Seong-tae (Korea Selatan), Fai-NanPerng (Taiwan), Durmus Yilmaz (Turki) dan Trichet (Kesatuan Eropah).[2]5.NICOL ANN DAVIDDatuk Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy profesional wanita berbangsa Malaysia yangmenjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliaupernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaranTerbukaDunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.Nicol merupakan pemain skuasy pertama yang menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia dua kali;iaitu pada tahun 1999 dan 2001 di bawah bimbingan Richard Glanfield. Beliau kekal satu-satunya pemainskuasy wanita yang berbuat demikian, sehingga Raneem El Weleily menyamai pencapaian beliau inidengan memenangi Kejohanan Junior Sedunia keduanya pada tahun 2007. Nicol menyertai WISPA lalumencapai status profesional pada tahun 2000 apabila memenangi gelaran WISPA sulungnya hanyasebulan selepas penyertaannya itu. Kemenangan itu tercapai pada bulan Februari apabila beliaumenewaskan Salma Shabana di pusingan akhir Terbuka Finland Savcor. Pada 7 Jun 2008, Nicol Daviddikurniakan gelaran Darjah Bakti sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan ZainalAbidin. Nicol turut diundang untuk membawa obor Olimpik untuk Malaysia sewaktu persediaan ke SukanOlimpik di Athens pada tahun 2004 di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysiaoleh UNDP.Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy Asia yang dijuarainya tujuh kali (1998,2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010). Beliau juga mempertahankan tempoh kejuaraan demikejuaraan selama 13 bulan dan 51 perlawanan mulai Mac 2006, hingga tewas di tangan Natalie Grinham
  • 21. di Terbuka Seoul pada April 2007. Bagaimanapun, beliau sekali lagi membuat rentetan tanpa kalahselama Nicol turut meraih Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, dari tahun 2005 hingga 2010.Kehidupan peribadi [sunting]Dilahirkan di Pulau Pinang, Nicol merupakan anak kepada Ann Marie David, seorang guru sekolahberketurunan Cina dan Desmond David, seorang jurutera berketurunan India[3][4]yang pernah menjadiolahragawan dan pemain bola sepak negeri.[5][6]Nicol mempunyai dua adik-beradik, iaitu Lianne danCheryl,[7]yang merupakan pemain skuasy cemerlang di peringkat kebangsaan.[8]Sewaktu muda, Nicolpaling cemerlang dalam mata pelajaran Matematik di sekolah;[9]beliau pernah bercita-cita menjadijurutera.[9]Nicol mendapat tujuh A dalam Penilaian Menengah Rendah dan tujuh A lagi dalam SijilPelajaran Malaysia, sewaktu menelaah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent GreenLane di Green Lane, Pulau Pinang.[10]Beliau beragama Kristian (Katolik Roma).Anugerah dan penghormatan [sunting]Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti (D.B.)[11]sempena sambutan harikeputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.[12]Beliau merupakan penerima pertamaanugerah ini yang diasaskan pada 26 Jun 1975.[12]Anugerah ini terhad kepada 10 penerima yangmelakukan sumbangan besar kepada bidang kesenian, sains dan kemanusiaan.[11][12]Pada 12 Julai 2008, Nicol menjadi salah satu daripada 497 orang yang diberi penghormatan sempenahari jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.[13]Nicol merupakanantara 28 orang yang menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri award (DSPN),[14]yang membawagelaran Datuk, justeru beliau menjadi tokoh termuda yang dikurniakan gelaran Datuk di negeri PulauPinang.[13]Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga berasal dariPulau Pinang,[15]pernah mengakui bahawa Nicol lebih terkenal daripadanya.[5]Pada tahun 2007, Nicolmenerima ijazah kehormat Sarjana Kesenian honoris causa dari Universiti Nottingham.[10]Nicol turutmenerima anugerah Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, mulai tahun 2005 hingga2010.[16][17]Nicol diberi penghormatan membawa obor Olimpik sebagai wakil Malaysia menjelang Sukan OlimpikAthens 2004,[18][19]di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh ProgramPembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[20]Kerjaya [sunting]
  • 22. Sebelum 2000: Zaman junior [sunting]Nicol Ann David di Terbuka Malaysia CIMB 2008 di Kuala Lumpur.Nicol David mula bermain skuasy sewaktu berusia lima tahun, kemudian menerima bimbingan jurulatihsejak usia lapan tahun.[9]Ketika berlatih di Pusat Skuasy Bukit Dumbar, bakat Nicol ditemui oleh EePhoeh Hoon,[21]yang kemudiannya memujuk pemudi ini supaya mewakili negeri asalnya, Pulau Pinang,bersama adik-beradiknya.[8]Kerjaya skuasy Nicol bermula pada tahun 1992, apabila beliau menggondolpingat perak dalam kategori Bawah-14 Kejohanan Junior Negeri Pulau Pinang.[22]Juga pada tahun 1992,beliau mendapat kemenangan sulungnya di peringkat kebangsaan di Kejohanan Antara Negeri JuniorKebangsaan Milo-Dunlop Sport, di mana beliau mendapat pingat perak dalam kategori Bawah-16.[22]Pada tahun 1994, Nicol dipilih untuk menyertai pasukan skuasy negeri Pulau Pinang untuktemasya Sukan Malaysia, apabila beliau membantu skuad negeri menggondol pingat emas dalam acarapasukan, walaupun jatuh sakit ketika itu.[4]Pada tahun yang sama, beliau meraih dua gelaranantarabangsa pertamanya, iaitu Hong Kong Bawah-13 dan Terbuka Junior Scotland Bawah-12.[22]Nicol menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia Wanita 1999 di Antwerp, Belgium, menjadikannyapemain perempuan termuda yang menjadi juara dunia remaja pada usia 15 tahun.[23]Yang menariknya,beliau menumpaskan tiga orang pemain yang berada dalam tangga 20 teratas dalam kejohananitu.[23]Beliau berjaya mempertahankan gelaran itu di Pulau Pinang pada tahun 2001, oleh itu beliaumerupakan satu daripada dua pemain sahaja yang menjuarainya dua kali sepanjang sejarahskuasy;[24][25]ketika itu, beliau dilatih oleh Richard Glanfield.[26]Pada tahun 1999, Nicol semakin rancak menjuarai kejohanan remaja utama, termasuk Terbuka JuniorBritish (juara Bawah-17),[27]Terbuka Junior Jerman (juara Bawah-19),[4]Sukan SEA (Juara kategoriSenior dan Pasukan),[4]dan Juara Junior Asia untuk acara individu dan pasukan.[28]
  • 23. Nicol melakar kejayaan terbesarnya sebagai jaguh remaja di Kejohanan Junior Sedunia di Antwerp, dimana murid sekolah berumur 15 tahun ini mencapai taraf juara junior dunia setelah menewaskan rakanseperjuangan, Leong Siu Lynn 9–5, 9–3, 9–2 di pusingan akhir acara perseorangan wanita, sekaligusmenjadi juara termuda kejohanan itu.[4][23]Nicol mencapai pusingan suku akhir Kejohanan Junior Seduniayang sebelumnya pada Ogos 1997 di Brazil, ketika berusia 13 tahun. Semenjak itu, beliau merangkulkejuaraan junior dan senior Asia, dan juga pingat emas di Sukan Asia pada Disember 1998.[23]Nicol jugamerupakan antara sebilangan kecil pemain skuasy yang pernah memenangi kesemua kategori umur diTerbuka Junior British.[27]2005–2006: Juara dunia mencapai kemuncak [sunting]Nicol Ann David memegang piala Terbuka Skuasy Malaysia CIMB 2007.Dengan hanya tewas dua kali pada tahun 2005, wirawati asal Pulau Pinang yang berusia 21 tahun inipulang ke tanah air pada bulan Julai setelah memenangi pingat emas di Terbuka Dunia di Jerman untukmenjadi juara skuasy termuda di dunia.[49]Selepas itu, beliau menjadi pemain tempatan pertama yangmemenangi kejuaraan Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB sepanjang sejarah 31 tahun acaratersebut.[50]Pada bulan Oktober, Nicol membuktikan kejayaannya di Terbuka Dunia dan TerbukaMalaysia bukan sekadar kebetulan, apabila menjadi warga Malaysia pertama yang merangkul kejuaraanSkuasy Terbuka British, dan orang Asia pertama yang mendapat kejuaraan wanita, setelahmenumpaskan Natalie Grinham dari Australia dalam pusingan akhir wanita dalam masa 55minit.[51]Dalam masa dua bulan selepas kejayaan Terbuka British dan Terbuka Dunia, Nicol mencapaitangga teratas dalam ranking dunia buat julung kalinya. Pada tahun yang sama, beliau diundi oleh paraahli WISPA sebagai Pemain Terbaik WISPA 2005.[52]Pada usia 23 tahun, Nicol menjadi pemain skuasy #1 Dunia pada Januari 2006, sekaligus menjadi wargaMalaysia dan wanita Asia pertama yang mencapai tangga #1 Dunia dalam sukan ini.[53][54]Beliau jugamenjadi orang ke-12 yang memegang gelaran unggul ini semenjak sistem ranking mulai dipakai pada
  • 24. April 1983.[54]Nicol membuka tahun 2006 dengan hambar kerana kalah dua kali kepada VanessaAtkinson pada bulan Februari, di kedua-dua pusingan akhir Terbuka Apawamis[55]dan Terbuka KualaLumpur[56]. Kekalahan kepada Atkinson dua kali berturut-turut ini menyebabkan Nicol jatuh ke tangga #2dalam ranking dunia.[57]Apapun, Nicol mula meningkat kembali dan merangkul enam kejuaraan berturut-turut lalu merampas kembali kedudukan #1 dunia.[58]Nicol berjaya mempertahankan gelaran juaraTerbuka Dunia di Belfast pada 25 November 2006, dengan menewaskan Natalie Grinham dalamperlawanan akhir yang dikatakan sebagai antara yang hebat dalam Terbuka Dunia Wanita.[59]Beliaumenjadi atlit Malaysia pertama yang merangkul gelaran juara dunia buat kali kedua berturut-turut, danorang keempat yang mempertahankan Kejohanan Skuasy Terbuka Dunia dalam sejarah.[60]Nicol turutmenggondol kejuaraan Terbuka Qatar Airways Challenge,[61]Kejohanan Terbuka BritishDunlop,[62]Terbuka Hong Kong,[63]Terbuka Pulau Pinang[64]dan Terbuka Malaysia CIMB.[65]Nicolmengungguli ranking WISPA Disember dengan purata mata yang hampir dua kali banyak pesaingterdekatnya, Rachael Grinham,[66]dan dalam Anugerah WISPA tahunan kedua pada bulan yang sama,beliau diundi sebagai pemain wanita terbaik buat kali kedua.[67]2007–2008: Kejayaan demi kejayaan dan dominasiNicol merangkul enam lagi kejuaraan pada awal tahun 2007, sebelum dikalahkan oleh RachaelGrinham dari Australia di perlawanan akhir Terbuka British yang berlangsung selama 87 minit.[68]Sebulankemudian, Nicol sekali lagi gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Dunia kerana tersungkur ditangan Shelley Kitchen di pusingan kedua dengan markah 0–9, 1–9, 9–2, 9–3, 6–9 dalam 69minit.[69]Inilah kali pertama beliau gagal melayakkan diri ke dalam pusingan suku akhir kejohanan sejakApril 2004, setelah tewas kepada orang yang merampas pingat gangsa daripadanya di SukanKomanwel di Melbourne sembilan bulan sebelum ini.[70]Pada bulan Disember, Nicol memenangianugerah Olahragawati Terbaik Asia setelah mengatasi lebih 100 pesaing yang mewakili 25 lembagakesukanan.[71]Pada tahun 2008, Nicol menggondol sepuluh kejuaraan Jelajah Dunia WISPA tanpa kalah.[72]Nicol Davidmelengkapkan tahun paling berjayanya setakat ini dengan mempertahankan kejuaraan Terbuka HongKong Cathay Pacific[73]buat kali ketiga berturut-turut pada bulan November supaya rekod tanpa kalahdalam Jelajah sejak Oktober 2007 mencapai 53 perlawanan.[73][74]Nicol meraikan setahun kalendarpenuh keduanya sebagai jaguh nombor satu dunia dalam Ranking Skuasy Dunia Wanita Disember,maka sudah 30 tahun berturut-turut beliau bermaharajalela di tangga teratas.[75]Kejayaan WISPA Nicolpada tahun 2008 bermula dengan Terbuka Apawamis di New York pada bulan Februari,[76]diikuti denganTerbuka KL di Malaysia,[77]Terbuka British di England,[78]Terbuka Seoul di Korea Selatan,[79]TerbukaMalaysia,[80]Masters Singapura,[81]Terbuka Belanda,[82]Terbuka Dunia di England,[83]QatarClassic[84]dan Terbuka Hong Kong.[73]Di luar jelajah WISPA, Nicol mempertahankan kejuaraanKejohanan Asia dwitahunan yang kelima berturut-turut pada bulan Februari, setelah memenangi yangpertama ketika berusia 14 tahun pada Julai 1998,[85]kemudian menerajui pasukan Malaysia untukmenggondol pingat gangsa di Kejohanan Pasukan Dunia Wanita di Kaherah.
  • 25. 2009–kini: Mencapai rekod [sunting]Nicol Ann David in beraksi pada hari keenam Terbuka Hong Kong 2009.Dalam bulan ke-30 berturut-turut sebagai pemain nombor satu dunia dalam ranking WISPA, Nicolmenerajui jaguh empat teratas yang tidak berubah-ubah, iaitu Natalie Grinham (Belanda) di tangga #2;kakaknya Rachael Grinham (Australia) di #3; dan Natalie Grainger (Amerika Syarikat) di #4.[75]Dalampertandingan pertamanya pada tahun itu, iaitu Terbuka Kuala Lumpur, rekod tanpa kalah Nicol selama 17bulan dan 56 perlawanan akhirnya dipecah apabila beliau tewas kepada Natalie Grainger di pusinganakhir.[87]Selepas kekalahan itu, Nicol bangkit untuk merangkul kejuaraan Terbuka Kepulauan Caymanyang julung kali diadakan, di mana beliau dapat menebus kekalahannya kepada Grainger dengankemenangan 11–8, 11-6, 11–5 di pusingan akhir. Inilah kejuaraannya yang ke-35 dan penampilannyayang ke-50 dalam perlawanan akhir Jelajah WISPA.[88]Seminggu kemudian, Nicol lantas memenangigelaran juara kedua tahun itu dengan sekali lagi mengetepikan saingan Grainger, kali ini dengan empatset.[89]Nicol David beraksi pada hari ketujuh Terbuka Hong Kong 2009.
  • 26. 21 hari selepas kejuaraan Terbuka Texas, Nicol menggondol kejuaraan Terbuka Bandaraya Seoulkeduanya dengan menumpaskan Jenny Duncalf dalam empat set.[90]Sebulan kemudian, pada 24 Julai,beliau mempertahankan pingat emas Sukan Dunia dengan menewaskan lawan ketatnya, NatalieGrinham dari Belanda dalam tiga set.[91][92]Seminggu kemudian, pada 1 Ogos, Nicol merangkul kejuaraanTerbuka Malaysia kelima berturut-turut dengan menang 11–6, 11–8, 9–11, 11–7 ke atas AlisonWaters dari London setelah 60 minit berhempas-pulas. Justeru itu, Nicol menjadi jaguh pertama yangmemenangi lima kejuaraan Terbuka Malaysia berturut-turut sejak pertandingan ini diperkenalkan padatahun 1975.[93]Nicol mendominasi gelanggang skuasy dengan mengetepikan saingan Natalie Grinham untukmemenangi kejohanan Singapore Masters yang ketiga berturut-turut, dan kejuaraan ketiganya dalamsebulan.[94]Beliau mengatasi Natalie dalam tiga set dengan mata 11–9, 11–8, 11–9 untuk gelaran WISPAkelimanya dalam tahun itu.[94]Nicol kemudiannya mencapai satu lagi kejayaan besar dalam kerjayaskuasynya dengan memasuki bulan ke-41 sebagai pemain nombor satu dunia dalam Ranking DuniaWanita September, sekaligus memintas mentornya sendiri, Sarah Fitz-Gerald sebagai pemain yangketiga paling lama menduduki tangga teratas ranking wanita.[95]Pada 12 September, Nicol tewaskepada Madeline Perry di suku akhir Terbuka British dalam perlawanan lima set selama 76 minit; 15 harikemudian, beliau bangkit untuk menumpas musuh ketat Natalie Grinham di perlawanan akhir KejohananTerbuka Dunia untuk menggondol kejuaraan buat kali keempat.[96]Nicol mengakhiri tahun ini denganhambar setelah kalah kepada Jenny Duncalf di pusingan separuh akhir Qatar Classic dan Terbuka AS.[97]Nicol memulakan tahun 2010 di tangga teratas ranking buat bulan ke-42 berturut-turut.[98]Wajahnyamuncul dalam kalendar WISPA untuk bulan Januari.[99]Pertandingan pertama Nicol pada tahun itu ialahTerbuka Chennai bernilai AS$53,000 pada bulan Mac;[100]beliau memenangi semua perlawanannyadalam tiga set, termasuk menebus kekalahan kepada Jenny Duncalf pada akhir tahun 2009, laludimahkotakan juaranya.[101]13 hari kemudian, di Terbuka Kuala Lumpur, Nicol mengetepikan OmneyaAbdel Kawy dari Mesir yang mengaibkan Jenny Duncalf di separuh akhir, supaya mendapat kejuaraanWISPA kedua pada tahun itu.[102]Inilah kejuaraan Nicol yang keenam di Terbuka Kuala Lumpur selepasdimenanginya pada tahun 2000, 2002, 2005, 2007 dan 2008.[103]Nicol meneruskan kecemerlangannyasepanjang tahun 2010 dengan menjuarai gelaran Terbuka Dunia yang “berprestij”[104][105][106]pada 22September.[107]Kemenangan Terbuka Dunia ini adalah yang kelima buat Nicol, sekaligus menyamairekod Sarah Fitz-Gerald untuk kejuaraan Terbuka Dunia yang terbanyak.[108]Pada bulan Oktober, dalamperlawanan akhir perseorangan wanita Sukan Komanwel di Delhi, Nicol menumpaskan JennyDuncalf 11–3, 11–5, 11–7 dalam masa 40 minit untuk meraih pingat emas.[109]Kemudian, Nicol kekejohanan Terbuka Mexico WISPA yang julung kali diadakan di Toluca, di mana beliaumenumpaskan Rachael Grinham 12–10, 11–4, 11–5 untuk merangkul kejuaraan ke-34 berturut-turut.[110]Pada bulan November, Nicol melanjutkan rekod kecemerlangannya kepada 50 kejuaraan Jelajah DuniaWISPA keseluruhannya dengan menjuarai Qatar Classic buat kali keempat dengan sekali lagimenewaskan Rachael Grinham 11–5, 11–8, 11–9 dalam masa 34 minit sahaja[111], sekaligusmelengkapkan rekod tanpa kalah dengan koleksi 12 kejuaraan WISPA sepanjang tahun2010.[112]Kemudian, beliau memenangi pingat emas acara skuasy perseorangan wanita SukanAsia dengan menumpaskan Annie Au dari Hong Kong 11–8, 8–11, 11–6, 11–7 di Guangzhou,China.[113]Di temasya yang sama, beliau membantu pasukan skuasy wanita Malaysia menggondolsebutir lagi pingat emas dalam acara skuasy berpasukan wanita dengan menumpaskan pasukan HongKong juga.[114]
  • 27. Pada Februari 2011 pula, iaitu bulan ke-58-nya di tangga teratas WISPA, rentetan tanpa kalah NicolDavid selama 14 bulan akhirnya terhenti apabila beliau dikalahkan oleh Laura Massaro dari England 9–11, 7–11, 11–9, 8–11 di Cleveland Classic di Amerika Syarikat.[115]Sebulan kemudian, pada awal bulanMac, Nicol mengetuai pasukan Malaysia ke Piala Dunia WSF di Chennai,India, tetapi beliau direhatkanpada separuh akhir untuk memberi peluang kepada Low Wee Wern untuk mengambil tempatnya, namunpasukan Malaysia kalah 2–1 kepada pasukan England.[116]Walau apapun, Nicol tetap memenangi gelaranOlahragawati Kebangsaan 2010 buat kali kelapan pada 16 Mac 2011.[117]Pada 20 Mac, tuah kembalimenyebelahi Nicol apabila beliau merangkul kejuaraan Terbuka Kuala Lumpur buat kali ketujuh denganmenumpaskan Madeline Perry dari Ireland 11–6, 11–6, 11–2 dalam masa setengah jam sahaja