Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia

10,777 views
10,552 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
10,777
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
364
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia

  1. 1. KRONOLOGI PENDIDIKAN SEKOLAH DI MALAYSIASistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British (sebelum 1824)Pada zaman ini pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal formal.Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik,pengetahuan dan juga sifat kerohanian. Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-sekolahpondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu danKedah. Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit keranapelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh diperolehidaripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai tokoh agama yangbukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yang amat tinggi.SISTEM DAN STRUKTUR PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH (1786-1956)TEMPOH PERTAMA (1784-1941)Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941)Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di negeri-negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan kerajaan British. Pada tahun1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah menubuhkandua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858 hingga 1863,kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Melaka. Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah Vernakular ialahBacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam. Gerakanbimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Pejabat Pelajaran Negeri-negeriSelat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan “A Guide To Careers In Malaya ForParents, Teachers and Pupils”. Buku tersebut mengandungi analisis senarai kerja yang terdapat didalam perkhidmatan kerajaan. Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah ditambah ke dalamkurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga Darjah IV. Selepas itu, hanyasebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class, dimana mereka dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak.
  2. 2. Perkembangan Sekolah Vernakular CinaSekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di negeriMelaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819. Pada tahun 1900, duaorang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chau telah mendirikansekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran Confucious dengan pengajaran sainsBarat. Kurikulum yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negara China. Sesetengahsekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti British. Pentadbiran Inggeriskemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi bertambah baik.Perkembangan Sekolah Vernakular TamilPerkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang getah, kelapasawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara India telah diambiluntuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuah sekolahcawangan Singapore Free School mulai tahun 1834. Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristianbanyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil padaperingkat awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511 buahsekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruhSemenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular Melayu, sekolah-sekolahVernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina,kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka, India. Buku-buku dantenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India.Perkembangan Sekolah InggerisPada peringkat awal, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha kaum mubalighKristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan mempunyai beberapamatlamat seperti berikut:1. untuk semua bangsa;2. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin;3. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan kadar berpatutan;4. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu Kira-kira;5. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu;6. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain;7. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain;8. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian.
  3. 3. Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhan VictoriaInsitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906. Pada awal kurunke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan. Pada tahun 1905 pula, sebuah sekolahMelayu iaitu Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anak Melayu peringkatatasan.TEMPOH KEDUA (1946-1957)Sistem dan Struktur Pendidikan Sebelum MerdekaPihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945. Pada zaman ini,kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun.Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telah diaplikasikan semula.Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan terhadap kurikulum baru telah digubal.Laporan-laporan yang dimaksudkan ialah Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu 1951, OrdinanPelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut kerajaan supaya menyediakankemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran serta menyediakan guru-guru terlatih disekolah-sekolah. Guru-guru ini merangkumi mereka yang mempunyai rekod penilaian yang baikserta mempunyai etika pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar.Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan (1957-1969)Sistem pendidikan pada zaman ini masih berorientasikan sistem yang telah tercatat di dalamLaporan Razak. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya telah ditubuhkan di Kuala Lumpur.Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Kejuruteraan, Sastera dan Sains. Pada tahun ini jugaLaporan Rahman Talib diwujudkan iaitu pada tahun 1960.Sistem Pendidikan Kebangsaan selepas 1969Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah Rukun Negara dantumpuannya adalah sejajar dengan pembangunan negara. Aspek yang sangat penting dalampendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut ditekankan dalam Rukun Negara, iaitu ‘Kesopanandan Kesusilaan’. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran yang diajar disekolah-sekolah bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral dan etika mereka.
  4. 4. Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan Selepas 1979Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulan September1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi: “Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran yang wujud, dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangkapanjang, dan lebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.” (Sumber: Education In Malaysia, 1980) Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah iaitu kurikulum,kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar, perkembangan diri yangmenekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu murid yang lemah serta mengadakanprogram pengayaan, pengajaran pemulihan diperbaiki lagi dan Kurikulum Baru Sekolah Rendahdicadangkan. Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional, jurusanperdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa,penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan di sekolah sertaKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan.Perkembangan terhadap pendidikan berterusan sehingga ke hari ini dan akan berlanjutan untukmasa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan terus meningkatdari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri mereka ke sekolah-sekolah rendah danmenengah di seluruh Malaysia.Perbezaan Tahap Pendidikan Dahulu, Sekarang dan Akan DatangSejak pendidikan dijadikan satu institusi formal, harapan semua lapisan masyarakat ialah untukmelihat setiap pelajar yang terlibat mencapai tahap kecemerlangan bukan sahaja dalam satubidang malah dalam semua bidang yang terdapat dalam sistem tersebut. Tumpuan pada mulanyadiberikan kepada aspek kognitif tetapi kini lebih tertumpu kepada semua aspek, sama ada kognitifataupun afektif, konvensional ataupun inovatif serta normal ataupun kreatif.
  5. 5. Pendidikan Zaman DahuluBerdasarkan kenyataan yang telah diterangkan berkaitan sejarah pendidikan di Tanah Melayu,dapat dibuat kesimpulan bahawa pendidikan pada zaman dahulu amat mengambil berat aspekmengagungkan tanah air sendiri. Contohnya pendidikan Cina yang berorientasikan negara asalmereka iaitu China, manakala pendidikan India pula berasaskan negara India. Selain itu,pendidikan zaman dahulu juga menitikberatkan aspek kecenderungan terhadap agama, sepertikewujudan sekolah-sekolah pondok untuk mengajar Al-Quran dan hal-hal berkaitan duniaakhirat. Selepas kemasukan kurikulum berasaskan British, maka berlakulah rombakan terhadapsistem pendidikan asal yang diamalkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, masih lagi terdapatbeberapa kelemahan dalam sistem pendidikan yang dianjurkan oleh British. Maka, wujudlahbeberapa laporan yang bertujuan untuk memperbaiki sistem pendidikan British ini sepertiLaporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.Pendidikan Zaman SekarangBermula selepas Malaysia memperolehi kemerdekaan daripada pihak British, sistem pendidikannegara mula mencapai tahap reformasi secara beransur-ansur. Dalam Rancangan MalaysiaPertama (RM1) hingga Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7), aspek pendidikan sentiasa menjadiagenda utama bagi setiap intipati dalam resolusi yang telah dibuat. Kerajaan sentiasa mencariformula baru bagi memastikan para pelajar yang keluar dari institusi pendidikan akan menjadiseorang individu yang mampu memberikan sumbangan maksimum terhadap kemajuan negara.Pendidikan prasekolah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu SekolahMenengah (KBSM), pendidikan peringkat tinggi, pendidikan guru, pendidikan vokasional danteknik serta pendidikan swasta sentiasa dikaji bagi mengesan sebarang kelemahan yang bolehmenyebabkan kegagalan mencapai objektif yang telah ditetapkan.Pendidikan Zaman Akan DatangKerajaan telahpun membuat beberapa cadangan untuk melakukan transformasi dalam aspekpendidikan di sekolah-sekolah. Dengan pesatnya kemajuan teknologi maklumat pada dekadkebelakangan ini, pendidikan negara juga tidak mahu ketinggalan dalam menyerapkan teknologiini dalam menyediakan para pelajar yang bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan, malah jugamampu mengaplikasikan teknologi maklumat bagi kemudahan umat sejagat. Kerajaan denganbantuan daripada organisasi-organisasi gergasi dalam bidang teknologi maklumat telah berjayamenyenaraikan beberapa resolusi dalam memastikan pendidikan alaf akan datang mampudiaplikasikan sepenuhnya tanpa mengenepikan aspek tatasusila dan etika pelajar.
  6. 6. Salah satu daripada resolusi yang telah dibuat ialah mewujudkan mata pelajaranberkonsepkan teknologi maklumat, seperti pengenalan kepada komputer dan juga pengaplikasianteknologi maklumat terhadap kehidupan. Kerajaan turut bercadang untuk mendedahkan parapelajar dengan aplikasi internet serta mel elektronik bagi membiasakan mereka menggunakannyauntuk tujuan menghantar kerja sekolah atau membuat rujukan. Walaupun banyak resolusi yangtelah dibentuk, kerajaan tetap meletakkan aspek etika pelajar di tempat yang paling atas sekali. Inibagi memastikan setiap pelajar bukan sahaja menjadi pakar dalam bidang teknologi maklumat,malah mempunyai etika dan disiplin yang amat diperlukan untuk menerajui negara pada masaakan datang.KesimpulanSetelah mengetahui segala kronologi pendidikan sejak zaman sebelum penjajahan Britishhinggalah zaman selepas merdeka, kita dapat membuat kesimpulan bahawa banyakperkembangan telah dilakukan terhadap sistem pendidikan negara. Bermula daripada sistem yangberorientasikan kepada bangsa dan agama sendiri kepada sistem pendidikan yang menitikberatkan aspek pendidikan berteknologi tinggi. Walaupun banyak perubahan yang telah dijanakanoleh kerajaan, namun aspek etika tidak pernah ditinggalkan begitu sahaja. Setiap perancanganakan mengambil kira etika moral dan disiplin setiap individu pelajar untuk menjadikan merekainsan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Namun, di sebalik usaha-usaha murni tersebut, tersembunyi beberapa kelemahan yangsecara tidak langsungnya akan menyebabkan barah yang lebih besar sekiranya tidak ditanganisecara total oleh pihak kerajaan. Usaha menyembuhkan barah ini memerlukan pengorbanandaripada seluruh rakyat yang mengaku dirinya seorang warganegara yang berdisiplin danberhemah tinggi. Hanya dengan cara ini sajalah perkembangan pendidikan akan selaras denganperkembangan etika para pelajar yang semestinya perlu diberi didikan yang sempurna demimencapai taraf individu yang berjaya.

×