Dokumen ini membahas tentang perubahan nilai-nilai adat dan agama di masyarakat seiring perkembangan zaman. Adat dan budi pekerti teruna serta gadis yang sopan santun telah lenyap digantikan oleh gaya hidup bebas tanpa batasan dan pengaruh budaya barat yang tidak sehat.
1. ADAT SEZAMAN
Rangkap 1 – Adat yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita
meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan kita.Indah
apabila dipandang dan terlalu mulia apabila diamalkan.
Rangkap 2- Gadis yang sopan santun dan Teruna yang taat pada
gama menjadi ukuran semasa memilih pasangan.
Rangkap 3 – Golongan tua berasa gembira melihat si gadis dan
teruna di pelamin
Rangkap 4 – Namun gadis yang sopan santun dan teruna yang
patuh pada agama telah lenyap berikutan perubahan zaman.
Rangkap 5 – Golongan tua berasa sedih melihat si dara dan teruna
bersama tanpa rasa malu dan tanpa batasan.
Rangkap 6 – adat sezaman telah dilupakan manakala perintah
agama diremehkan tetapi budaya barat diamalkan.
PERSOALAN
1. Lelaki dan perempuan bergaul bebas tanpa batasan
2. Budaya barat yang tidak sihat menjadi ikutan
3. Nilai-nilai agama dipandang remeh.
NILAI
1 .Berpegang teguh pada agama
2. Bersopan santun
3. Budi pekerti teruna dan gadis
PENGAJARAN
1. Kita mestilah berpegang teguh pada agama
2. Kita mestilah bersikap sontan-santun
3. Kita haruslah mengamalkan budi pekerti yang mulia