SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Download to read offline
JENRY BIN SAIPARUDIN               CT11210669

TUGASAN 1 : PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 1.



1.0 PENGENALAN JURNAL

PROGRAM LONJAKAN PERDANA PENDIDIKAN LUAR BANDAR DI SEMPORNA

       Memperkasakan pendidikan khususnya pendidikan luar bandar merupakan teras
utama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) yang telah dilancarkan oleh
Perdana Menteri, Dato‟ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. PIPP bakal merapatkan jurang pendidikan antara
lokasi dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di
seluruh negara. Selain itu, ia turut memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan
mengurangkan risiko keciciran pelajar. Membangunkan modal insan, memperkasakan
Sekolah Kebangsaan, dan merapatkan jurang pendidikan merupakan kunci dalam mencapai
matlamat memperkasakan pendidikan khususnya pendidikan luar bandar.

       Merapatkan jurang pendidikan antara Bandar dan luar Bandar merupakan salah satu
teras dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Sehubungan dengan itu berbagai
usaha telah dijalankan antaranya ialah pelancaran Program Lonjakan Perdana Pendidikan
Luar Bandar di sekolah pusat SK Bum Bum, Semporna,Sabah oleh Y.A.B Dato‟ Seri
Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 15 februari 2007

       Usaha ini bertujuan memastikan murid luar bandar mendapat pembelaan dan
keadilan dalam menikmati kemudahan pendidikan yang setaraf dengan murid di bandar.
Peluang ini amat perlu bagi membolehkan mereka membuktikan keupayaan masing-masing
dan mampu bersaing dengan murid di Bandar

       Kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam merapatkan jurang
pendidikan ini membuktikan bahawa pendidikan di Negara kita menitikberatkan semua
lapisan masyarakat.

       Ini dapat dilihat dalam pembentukkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, yang
terbahagi kepada empat(4) teras utama dan salah satunya adalah mengenai pembangunan
pendidikan luar Bandar. Teras ke-4 iaitu merapatkan jurang pendidikan yang memfokuskan
kepada pendidikan di luar Bandar bagi membantu memacu pencapaian di peringkat
nasional.

Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan
Luar bandar diberi tumpuan rapatkan jurang

       MEMBANGUNKAN infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar adalah
antara empat fokus Kementerian Pelajaran bagi merapatkan jurang pendidikan yang
menjadi teras keempat Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan (PTPP) 2006-2010.5 / 14


Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

    Strategi pelaksanaan fokus itu membabitkan empat pelan tindakan yang merangkumi
usaha menambah baik program pembangunan pendidikan luar bandar Sabah dan Sarawak,
menambah baik sekolah kurang murid (SKM), merapatkan jurang pencapaian akademik dan
jurang digital. Melalui pelaksanaan program pembangunan pendidikan luar bandar Sabah
dan Sarawak, lebih banyak infrastruktur dan kemudahan asas akan disediakan termasuk
bekalan elektrik dan air ke sekolah terbabit.

    Selain itu, pelaksanaan sekolah pusat yang bertujuan memperluas dan mewujudkan
norma baru untuk guru adalah antara tiga pelan tindakan bagi menambah baik SKM. Fokus
seterusnya meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran dengan
empat strategi pelaksanaan iaitu penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira
(3M), pengurangan kadar keciciran, pemantapan program pendidikan untuk pelajar kurang
upaya, dan penyediaan pendidikan bagi pelajar mengikut keperluan.

    Melalui strategi penguasaan 3M, kerajaan akan memperluaskan program Kelas
Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun Satu, menambah baik
Program Pemulihan Khas Tahap Satu dan Program Gerak Gempur.

   Di bawah fokus sama, kadar keciciran pelajar akan dikurangkan melalui pelan tindakan
penguatkuasaan pendidikan wajib dan peluasan mata pelajaran vokasional (MPV) di
sekolah menengah harian.

    Selain itu, usaha membuka kelas khas bagi murid bermasalah pembelajaran seperti
autisme dan cacat adalah antara pelan tindakan bagi melaksanakan strategi pemantapan
program pendidikan pelajar kurang upaya


2.0 SINOPSIS TERHADAP JURNAL

   Dato‟ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri telah melancarkan Program
Lonjakan Perdana Luar Bandar di Sekolah Pusat SK Bum-Bum, Semporna, Sabah pada 15
Februari 2007.

    Program tersebut telah disertai oleh lebih 5000 orang yang terdiri daripada warga
Kementerian Pelajaran dari peringkat pusat dan negeri serta daerah Sabah dan Sarawak,
agensi kerajaan pusat, agensi kerajaan negeri, NGO‟s, pihak swasta, UNICEF, pemimpin
politik, komuniti setempat, ibubapa, pengetua dan guru besar, guru-guru dan murid.

   Y.A.B Perdana Menteri menegaskan bahawa murid luar bandar perlu diberi pembelaan
dan keadilan supaya dapat menikmati kemudahan pendidikan yang setaraf dengan murid di
bandar. Usaha ini amat perlu dalam memberi peluang kepada mereka membuktikan
keupayaan masing-masing dan mampu bersaing dengan murid di bandar. Selain itu,
sekolah luar bandar diberikan peluang menikmati kemudahan yang baik boleh menjadikan
mereka warganegara yang berilmu pengetahuan dan akhirnya menjadi pekerja yang
menyumbang kepada kemajuan Negara.

    Beliau juga menyatakan bahawa anak-anak merupakan harta yang amat bernilai dan
perlu dijaga dengan sebaik-baiknya. Peruntukkan tambahan sebanyak RM2.6 billion bagi
pembangunan pendidikan luar Bandar menjadikan keseluruhan peruntukkan berjumlah
RM12.3 billion.

    Antara jentera pemacu pencapaian yang turut membantu pendidikan luar bandar adalah
projek berimpak tinggi dengan tumpuan khusus kepada program sokongan dan bantuan
murid, program tambahan murid, guru, infrastruktur dan ICT. Selain itu, model solar hybrid
bagi menjana elektrik dan model bilik darjah berbentuk kabin adalah antara penyediaan
kemudahan yang sejajar dengan keperluan murid dan guru serta ibubapa.
‘ PROJEK IMPAK TINGGI LONJAKAN PERDANA PENDIDIKAN LUAR BANDAR ‘

   Usaha juga sedang dilakukan untuk menterjemahkan pelaksanaan Program Lonjakan
Perdana Pendidikan Luar Bandar bagi meningkatkan kualiti pendidikan di luar bandar dalam
usaha mengurangkan keciciran di kalangan pelajar desa serta memartabatkan
perkhidmatan perguruan luar bandar.

Untuk itu beberapa langkah telah diambil; antaranya:

   1.   Membina 2,400 bilik untuk manfaat 61,000 kanak-kanak
   2.   Menyediakan latihan kepada guru pra sekolah
   3.   Memperbaiki kemudahan asas seperti elektrik 24 jam untuk 900 buah sekolah
   4.   Bekalan air bersih kepada 1,500 sekolah
   5.   Menyediakan kemudahan computer
   6.   Membina asrama baru atau menambah asrama untuk 280,000 pelajar
   7.   Menyediakan kelengkapan web tv
   8.   Sistem komunikasi telefon satelit dan fax tanpa talian

   Bagi memperkasa pendidikan, Perdana Menteri amat komited untuk melihat kejayaan
mengimbangi jurang ketara yang terdapat selama ini di sekolah-sekolah bandar dan luar
bandar.



3.0 PANDANGAN MENGENAI JURNAL

    Sistem pendidikan yang berkualiti mampu menghasilkan modal insan yang berwibawa
dan berminda kelas pertama. Seperti yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri, sistem pendidikan kini harus berupaya melahirkan pelajar yang dapat „berfikir di
luar kotak‟ supaya mereka lebih kreatif dan inovatif.

    Justeru, Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar ini yang dilaksanakan
untuk mencapai kesamarataan dan peluang pendidikan terbaik antara bandar dengan luar
bandar adalah amat sesuai dan perlu dilaksanakan secara kolektif dan bersinergi antara
Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sabah. Bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah, saya
mengalu-alukan usaha melakukan lonjakan perdana berkenaan dan Kerajaan Negeri akan
sentiasa memberikan sokongan serta bantuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di
Negeri Sabah.

    Pendidikan merupakan satu pelaburan jangka masa panjang yang penting untuk negara.
Dalam hal ini, pelaburan tersebut bukan sahaja perlu dilakukan oleh pihak kerajaan semata-
mata dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada rakyat, tetapi juga perlu
diusahakan oleh pihak ibu bapa setiap murid di negara ini. Ibu bapa tidak harus meletakkan
tanggungjawab mendidik anak-anak dalam tangan guru-guru di sekolah semata-mata. Ibu
bapa perlu ikut serta dalam pendidikan, khususnya pendidikan di rumah. Kejayaan anak-
anak bergantung kepada usaha kolaboratif antara pihak sekolah dengan kalangan ibu bapa
itu sendiri. Tegasnya di sini, ibu bapa perlu sanggup berkorban dan terlibat sepenuhnya
dalam memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak mereka.

    Pendidikan adalah wadah untuk membentuk insan yang berguna kepada bangsa,
agama dan negara. Cita-cita negara untuk mencapai tahap negara maju menjelang tahun
2020 tidak akan tercapai jika hanya dengan meningkatkan infrastruktur atau menambah
bilangan sumber tenaga manusia yang murah. Sebaliknya, pencapaian matlamat ini
memerlukan satu peningkatan tahap produktiviti dan daya saing negara. Ini dapat dicapai
melalui pembinaan modal insan yang berwibawa, bermaruah, berdaya usaha dan berdaya
saing sepertimana yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Misi
Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan.
4.0 ULASAN TERHADAP JURNAL

   Pada masa kini, kemajuan di Malaysia semakin pesat membangun. Namun demikian,
masih terdapat kemunduran di kawasan luar bandar yang tetap menjadi bualan hangat
masyarakat negara kita. Justeru, program tersebut amat penting untuk membantu dan
mencapai kemajuan, dan menyelesaikan masalah kemunduran dalam aspek pendidikan di
kawasan luar bandar. Program ini diharapkan dapat menambahkan pertumbuhan dan
perkembangan yang maju mengenai geografi manusia dan geografi sosial khususnya di
Malaysia.

    Walaupun terdapat banyak kajian tentang masyarakat luar bandar di Malaysia, namun ia
lebih menekankan kepada kajian tentang aspek sosio ekonomi masyarakat di kawasan
tersebut. Aspek sosio ekonomi seperti kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar
telah dikaji oleh pengkaji-pengkaji terdahulu (Ungku Abdul Aziz, 1964; Chamhuri Siwar dan
Mohd. Haflah Piei, 1988). Sebaliknya dalam kajian ini, penulis akan melihat kepada aspek
masalah atau halangan masyarakat di kawasan luar bandar untuk dilihat dari sudut geografi
manusia dan geografi sosial, bagi mengenal pasti sejauh mana kepentingan pendidikan
dapat diatasi oleh kalangan masyarakat di luar bandar supaya ianya mendapat sokongan
sosial yang sesuai untuk disalurkan dalam kalangan mereka.

    Justeru, para pengkaji terus menerus membuat kajian bagi membantu pihak-pihak
tertentu merangka dasar-dasar awam untuk membantu menaikkan taraf hidup masyarakat
luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan pembangunan modal
insan khususnya dalam aspek pendidikan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Antara
lainnya kajian ini dapat membantu mengenal pasti peluang lain yang boleh diguna pakai
untuk menyelesaikan masalah dan cabaran dalam bidang pendidikan dalam kalangan
masyarakat di luar bandar.

    Kajian ini juga penting kerana kajian tentang cabaran dan masalah pendidikan dalam
kalangan masyarakat luar bandar dibuat seiring dengan matlamat kerajaan untuk
meningkatkan pembangunan modal insan di negara kita. Oleh itu diharapkan kajian ini
mampu mempelbagaikan kajian geografi khususnya dalam kajian geografi manusia dan
geografi sosial di Malaysia. Hal ini seterusnya mampu memperkayakan ilmu dalam bidang
geografi penduduk di samping meningkatkan sumbangan geografi manusia ke dalam
penggubalan dasar.

   Usaha ini diharap dapat mengurangkan perbezaan prestasi pendidikan antara sekolah-
sekolah. Jumlah pelajar miskin yang hampir separuh juta orang di luar bandar akan
mendapat manfaat sepenuhnya jika kesemua program yang dirancang itu dapat dijayakan
sepenuhnya.

    Bagi tempoh terdekat, Malaysia akan mencapai tahun 2020. Pembangunan sumber
manusia ataupun modal insan adalah sasaran utama YAB Perdana Menteri bagi
mempastikan pencapaian Wawasan 2020 adalah sesuatu yang bermakna. China dan India
berbangga dengan bilangan penduduk yang ramai tetapi kita wajar berbangga dengan
penduduk yang berpendidikan. Selain itu, perkembangan pendidikan lestari yang disalurkan
tanpa mengira sosio-ekonomi atau social dapat melahirkan pekerja yang produktif dan
inovatif.

    Pembangunan sekolah luar bandar yang dilengkapi dengan kemudahan sistem
pengajaran dan pembelajaran akan mengurangkan banyak jurang pencapaian pelajar.
Dianggarkan 61,000 kanak-kanak akan mendapat kemudahan makmal komputer,
kelengkapan web-TV dan sistem komunikasi. Peruntukan yang disediakan ini adalah
peluang keemasan untuk para pelajar di luar bandar meningkatkan tahap pendidikan
mereka.
Keciciran di kalangan pelajar luar bandar akan memberi kesan besar terhadap masa
depan mereka. Bilangan yang ramai akan memberi masalah sosial dari segi peluang
pekerjaan, jenayah dan pembangunan modal insan. Tahap pendidikan yang rendah akan
menghasilkan rakyat yang terhad pemikiran, rendah cita-cita dan tidak ada impian yang
besar.

  Kanak-kanak luar bandar yang membesar dengan tahap pendidikan yang rendah tidak
mampu bersaing seterusnya ketinggalan dalam banyak aspek. Secara langsung
menyebabkan keadaan sosio-ekonomi dan social mereka akan terganggu.

    Pembangunan modal insan juga bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia
mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam
pelbagai jenis pekerjaan. Disamping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasi
berkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik,
berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional,
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya
menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.

    Dari mana mereka hendak mendapatkan pekerjaan yang baik? Tidak cukup dengan
memotong getah atau menuai padi kerana pekerjaan sedemikian tidak mendatangkan
pendapatan yang lumayan jika dibuat dalam skala yang kecil dan menggunakan teknologi
tradisional. Bagi yang mempunyai harta yang banyak tidaklah menjadi masalah kerana
mereka boleh mengusahakannya tetapi bagaimana pula dengan yang sebatang kara dan
tidak berharta?.

    Selain daripada program tersebut, ke arah Memperkasakan pendidikan luar bandar
merupakan misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia. KPM memperuntukkan lebih
daripada RM1.0 bilion setiap tahun bagi membantu pelajar dari keluarga miskin dan
golongan kurang upaya. Antara aktiviti-aktiviti kementerian adalah seperti berikut:

    Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) dan Program Susu Sekolah ( PSS ). RMT
telah dilaksanakan mulai tahun 1979 sebagai langkah untuk menyediakan bantauan
makanan berkhasiat kepada murid-murid miskin. Mulai tahun 2003, murid-murid ini juga
menerima susu segar melalui PSS. Kriteria pemilihan murid yang layak menerima RMT dan
PSS adalah daripada keluarga berpendapatan kurang RM400 atau perkapita RM80 dan
kebawah.

    Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAPM ). KWAPM diwujudkan berikutan
pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib pada tahun 2003. Program ini bertujuan membantu
murid miskin membayar yuran dan membeli pakaian seragam agar tidak tercicir daripada
sistem persekolahan akibat kemiskinan.

     Bantuan makanan asrama. Pada tahun 2005, sebanyak 260,000 pelajar sekolah rendah
dan menengah diberi kemudahan makanan asrama. Syarat kelayakan adalah pendapatan
isi rumah RM1,000 dan ke bawah.

    Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid. KPM menyediakan bantuan perjalanan
dan pengangkutan untuk kemudahan pelajar. Bagi SBP, bantuan diberikan kepada pelajar
dalam bentuk tambang pergi dan balik dari rumah ke sekolah dan sebaliknya. Sekolah yang
mempunyai asrama harian menggunakan peruntukan ini untuk program lawatan dan
sebagai tambang ke sekolahagama atau k masjid. Bagi sekolah-sekolah lain, bantuan ini
digunakan untuk menyokong program lawatan sambil belajar. Prosiding “Persidangan
Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3 – 5 Februari 2009, Hotel Beverly, Kota
Kinabalu, Sabah. Anjuran: Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial, University
Malaysia Sabah
Jaket Keselamatan. KPM menyediakan jaket keselamatan kepada pelajar yang
menggunakan pengangkutan air untuk ke sekolah. Pada tahun 2005, KPM telah
membekalkan 37,000 unit jaket keselamatan bernlai lebih daripada RM 1.4 juta ke sekolah-
sekolah.

   Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya. KPM menyediakan elaun bulanan pelajar kurang
upaya sebanyak RM25 sebulan. Pada tahun 2005, seramai 20,355 pelajar telah menerima
bantuan ini.

   Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT ). SPBT disediakan kepada pelajar daripada keluarga
yang berpendapatan isi rumah RM 2,000 dan ke bawah, bagi sekolah kebangsaan serta RM
1,000 dan ke bawah bagi sekolah jenis kebangsan dan sekolah menengah. Mulai tahun
2005, telah diperluas kepada anak-anak Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

    SkimBaucar Tuisyen ( SBT ). KPM menyediakan SBT kepada murid sekolah rendah
yang lemah dalam pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sejak
dilancarkan pada tahun 2004, seramai 450,000 murid telah menerima bantuan SBT
setahun.

    Biasiswa Kecil Persekutuan( BKP ) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti ( BKPU ).
KPM menganugerahkan BKP dan BPKU kepada pelajar sekolah menengah yang
menunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang. Setiap tahun
dianggarkan 200,000 pelajar dianugerahkan BKP dan 30,000 pelajar dianugerahkan BKPU.

    Asrama Harian. KPM menyediakan asrama harian bagi mengurangkan risiko keciciran di
kalangan pelajar luar bandar dan pedalaman. Sehingga kini, terdapat 1,371 buah asrama
harian yang menempatkan lebih 220,000 pelajar.



PENUTUP

     Kualiti pendidikan sekolah luar bandar berada pada tahap sangat rendah. Ini
termasuklah pemerolehan ilmu pengetahuan yang agak rendah disebabkan tiadanya
budaya cintakan ilmu pengetahuan. Tabiat membaca dalam kalangan pelajar kurang
dititikberatkan kerana kebanyakan pelajar terdiri daripada pelajar miskin yang memerlukan
banyak perhatian dan bantuan. Ini membataskan peranan guru dalam usaha meningkatkan
bilangan pelajar yang boleh membaca secara lancar dan seterusnya meningkatkan tahap
pemikiran mereka secara lebih kritis dan kreatif.

    Pendidikan adalah penentu hidup bagi masa depan seseorang. Tanpa latar belakang
pendidikan yang baik, masa depan menjadi gelap dan tidak dapat meraih semua impian
yang ada. Berdasarkan keterangan di atas jelas membuktikan bahawa langkah-langkah
telah diambil oleh pihak berwajib bagi memperkasakan pendidikan luar bandar. Kesedaran
perlu wujud di kalangan para pelajar luar bandar agar tidak berlaku keciciran dalam
pendidikan. Modal Insan dan RMK9 mempunyai perkaitan yang sangat rapat ke arah
pencapaian Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020.
RUJUKAN



  1. Buletin Pendidik; „ Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar ( BIL.2/2007
     ISSN 1394 – 7958 )

  2. Pembentangan RMK9 oleh Perdana Menteri pada 31 Mac 2006.

  3. Program-Outreach-Pendidikan-Luar-Bandar-Sentuhan-Kasih-UMS-di-kampung-
     Malubang Pitas ( Program PKPGB )

  4. PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006 - 2010

  5. Prosiding “Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3 – 5 Februari
     2009, Hotel Beverly, Kota Kinabalu, Sabah. Anjuran: Sekolah Pembangunan dan
     Pendidikan Sosial, University Malaysia Sabah

  6. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dalam merealisasikan pendidikan luar bandar

More Related Content

What's hot

Penataran maklumat pembugaran pppm
Penataran maklumat pembugaran pppmPenataran maklumat pembugaran pppm
Penataran maklumat pembugaran pppmsmkchemomoi
 
National Key Results Area
National Key Results AreaNational Key Results Area
National Key Results Areaasrizane
 
Pedoman pemba tik_dan_drb_2021
Pedoman pemba tik_dan_drb_2021Pedoman pemba tik_dan_drb_2021
Pedoman pemba tik_dan_drb_2021Fajar Baskoro
 
Pedoman%20 penyusunan%20perencanaan%20dan%20penganggaran%20sekolah%20madrasah...
Pedoman%20 penyusunan%20perencanaan%20dan%20penganggaran%20sekolah%20madrasah...Pedoman%20 penyusunan%20perencanaan%20dan%20penganggaran%20sekolah%20madrasah...
Pedoman%20 penyusunan%20perencanaan%20dan%20penganggaran%20sekolah%20madrasah...Nandang Sukmara
 
Juknis Beasiswa 2013
Juknis Beasiswa 2013Juknis Beasiswa 2013
Juknis Beasiswa 2013Anwar Sanusi
 
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA presentation 02
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA presentation 02PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA presentation 02
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA presentation 02Hizam Hussain
 
Pembangunan pendidikan dalam perencanaan pembangunan
Pembangunan pendidikan dalam perencanaan pembangunanPembangunan pendidikan dalam perencanaan pembangunan
Pembangunan pendidikan dalam perencanaan pembangunanamnirahman
 
Buku bantuan beasiswa
Buku bantuan beasiswaBuku bantuan beasiswa
Buku bantuan beasiswapandirambo900
 
Buku 4 Panduan Lomba Akademik dan Ketrampilan Program Paket B
Buku 4 Panduan Lomba Akademik dan Ketrampilan Program Paket BBuku 4 Panduan Lomba Akademik dan Ketrampilan Program Paket B
Buku 4 Panduan Lomba Akademik dan Ketrampilan Program Paket Bpaketbpsmp
 
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRMTeks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRMChon Seong Hoo
 
Klasifikasi belanja pemerintah pusat menurut fungsi
Klasifikasi belanja pemerintah pusat menurut fungsiKlasifikasi belanja pemerintah pusat menurut fungsi
Klasifikasi belanja pemerintah pusat menurut fungsiYudi Prasetya
 
Permendikbud tahun2015 nomer023
Permendikbud tahun2015 nomer023Permendikbud tahun2015 nomer023
Permendikbud tahun2015 nomer023Chusnul Labib
 
Ad hasil rapat tgl 3 5 3012
Ad hasil rapat tgl 3 5 3012Ad hasil rapat tgl 3 5 3012
Ad hasil rapat tgl 3 5 3012Nandang Sukmara
 
Rencana Strategis Pendidikan Nasional
Rencana Strategis Pendidikan NasionalRencana Strategis Pendidikan Nasional
Rencana Strategis Pendidikan NasionalMuhamad Yogi
 
Pedoman pembentukan dan_penyelenggaraan_pkbm
Pedoman pembentukan dan_penyelenggaraan_pkbmPedoman pembentukan dan_penyelenggaraan_pkbm
Pedoman pembentukan dan_penyelenggaraan_pkbmBieb Malangnengah
 
Majalah Produk Double Track
Majalah Produk Double TrackMajalah Produk Double Track
Majalah Produk Double TrackFajar Baskoro
 

What's hot (20)

03
0303
03
 
Analisis pengelolaan dana bos
Analisis pengelolaan dana bosAnalisis pengelolaan dana bos
Analisis pengelolaan dana bos
 
Penataran maklumat pembugaran pppm
Penataran maklumat pembugaran pppmPenataran maklumat pembugaran pppm
Penataran maklumat pembugaran pppm
 
National Key Results Area
National Key Results AreaNational Key Results Area
National Key Results Area
 
Pedoman pemba tik_dan_drb_2021
Pedoman pemba tik_dan_drb_2021Pedoman pemba tik_dan_drb_2021
Pedoman pemba tik_dan_drb_2021
 
Pedoman%20 penyusunan%20perencanaan%20dan%20penganggaran%20sekolah%20madrasah...
Pedoman%20 penyusunan%20perencanaan%20dan%20penganggaran%20sekolah%20madrasah...Pedoman%20 penyusunan%20perencanaan%20dan%20penganggaran%20sekolah%20madrasah...
Pedoman%20 penyusunan%20perencanaan%20dan%20penganggaran%20sekolah%20madrasah...
 
Juknis Beasiswa 2013
Juknis Beasiswa 2013Juknis Beasiswa 2013
Juknis Beasiswa 2013
 
Buku bop mbincar
Buku bop mbincarBuku bop mbincar
Buku bop mbincar
 
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA presentation 02
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA presentation 02PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA presentation 02
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA presentation 02
 
Pembangunan pendidikan dalam perencanaan pembangunan
Pembangunan pendidikan dalam perencanaan pembangunanPembangunan pendidikan dalam perencanaan pembangunan
Pembangunan pendidikan dalam perencanaan pembangunan
 
Buku bantuan beasiswa
Buku bantuan beasiswaBuku bantuan beasiswa
Buku bantuan beasiswa
 
Buku 4 Panduan Lomba Akademik dan Ketrampilan Program Paket B
Buku 4 Panduan Lomba Akademik dan Ketrampilan Program Paket BBuku 4 Panduan Lomba Akademik dan Ketrampilan Program Paket B
Buku 4 Panduan Lomba Akademik dan Ketrampilan Program Paket B
 
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRMTeks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
 
Klasifikasi belanja pemerintah pusat menurut fungsi
Klasifikasi belanja pemerintah pusat menurut fungsiKlasifikasi belanja pemerintah pusat menurut fungsi
Klasifikasi belanja pemerintah pusat menurut fungsi
 
Kpf individu
Kpf individuKpf individu
Kpf individu
 
Permendikbud tahun2015 nomer023
Permendikbud tahun2015 nomer023Permendikbud tahun2015 nomer023
Permendikbud tahun2015 nomer023
 
Ad hasil rapat tgl 3 5 3012
Ad hasil rapat tgl 3 5 3012Ad hasil rapat tgl 3 5 3012
Ad hasil rapat tgl 3 5 3012
 
Rencana Strategis Pendidikan Nasional
Rencana Strategis Pendidikan NasionalRencana Strategis Pendidikan Nasional
Rencana Strategis Pendidikan Nasional
 
Pedoman pembentukan dan_penyelenggaraan_pkbm
Pedoman pembentukan dan_penyelenggaraan_pkbmPedoman pembentukan dan_penyelenggaraan_pkbm
Pedoman pembentukan dan_penyelenggaraan_pkbm
 
Majalah Produk Double Track
Majalah Produk Double TrackMajalah Produk Double Track
Majalah Produk Double Track
 

Viewers also liked

Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaKulanz Salleh
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranAhmad NazRi
 
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikanTopik 6 ketaksamaan peluangpndidikan
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikanDady Cool Edek
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02Tan Hooi
 
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...Jenry Saiparudin
 
Artikel jurnal pendidikan bagi isu
Artikel jurnal pendidikan bagi isuArtikel jurnal pendidikan bagi isu
Artikel jurnal pendidikan bagi isuCik BaCo
 
Ketaksamaan Peluang Pendidikan
Ketaksamaan Peluang PendidikanKetaksamaan Peluang Pendidikan
Ketaksamaan Peluang Pendidikanmisscorby90
 
Cabaran guru 12
Cabaran guru 12Cabaran guru 12
Cabaran guru 12ammart852
 
Ketaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikanKetaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikanNaim Manaf
 
Jurang pencapaian murid
Jurang pencapaian muridJurang pencapaian murid
Jurang pencapaian muridMiza Hadi
 
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysianoeja99
 
Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan...
Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan...Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan...
Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan...Sharifah Nor Hadaniah
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniBazrol
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaMickgun
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruAhmad NazRi
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Chon Seong Hoo
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalSayshare
 

Viewers also liked (19)

Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
 
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikanTopik 6 ketaksamaan peluangpndidikan
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
 
Pertikaian antara PPSMI dan MBMMBI
Pertikaian antara PPSMI dan MBMMBIPertikaian antara PPSMI dan MBMMBI
Pertikaian antara PPSMI dan MBMMBI
 
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
 
Artikel jurnal pendidikan bagi isu
Artikel jurnal pendidikan bagi isuArtikel jurnal pendidikan bagi isu
Artikel jurnal pendidikan bagi isu
 
Ketaksamaan Peluang Pendidikan
Ketaksamaan Peluang PendidikanKetaksamaan Peluang Pendidikan
Ketaksamaan Peluang Pendidikan
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
 
Cabaran guru 12
Cabaran guru 12Cabaran guru 12
Cabaran guru 12
 
Ketaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikanKetaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikan
 
Jurang pencapaian murid
Jurang pencapaian muridJurang pencapaian murid
Jurang pencapaian murid
 
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
 
Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan...
Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan...Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan...
Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan...
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysia
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnal
 

Similar to Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin

Petunjuk teknis bantuan dit psmk (rangkuman) 2016 br
Petunjuk teknis bantuan dit psmk (rangkuman) 2016 brPetunjuk teknis bantuan dit psmk (rangkuman) 2016 br
Petunjuk teknis bantuan dit psmk (rangkuman) 2016 brHadi Sofian
 
Proposal smk 2013
Proposal smk 2013Proposal smk 2013
Proposal smk 2013Dede Asep
 
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmTeks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmsmktsj2
 
Asement edu
Asement eduAsement edu
Asement edusihah
 
Panduan rakor pip kk 2015 draft3
Panduan rakor pip kk 2015 draft3Panduan rakor pip kk 2015 draft3
Panduan rakor pip kk 2015 draft3iman budiman
 
Buku 2 bansos keterampilan 2014
Buku 2 bansos keterampilan 2014Buku 2 bansos keterampilan 2014
Buku 2 bansos keterampilan 2014paketbpsmp
 
Buku 2 bansos keterampilan 2014
Buku 2 bansos keterampilan 2014Buku 2 bansos keterampilan 2014
Buku 2 bansos keterampilan 2014paketbpsmp
 
Siaran Pers SP.pdf
Siaran Pers SP.pdfSiaran Pers SP.pdf
Siaran Pers SP.pdfDocTegal
 
Artikel artikel pendidikan
Artikel artikel pendidikanArtikel artikel pendidikan
Artikel artikel pendidikanSetyo Gonzalez
 
Artikel artikel pendidikan
Artikel artikel pendidikanArtikel artikel pendidikan
Artikel artikel pendidikanSetyo Gonzalez
 
Program Kerja Disdik 2022 (2).pptx
Program Kerja Disdik 2022 (2).pptxProgram Kerja Disdik 2022 (2).pptx
Program Kerja Disdik 2022 (2).pptxEkoPurnomo80
 
Buku 2 Panduan Bantuan Ketrampilan Berbasis Kewirausahaan Program Paket B Tah...
Buku 2 Panduan Bantuan Ketrampilan Berbasis Kewirausahaan Program Paket B Tah...Buku 2 Panduan Bantuan Ketrampilan Berbasis Kewirausahaan Program Paket B Tah...
Buku 2 Panduan Bantuan Ketrampilan Berbasis Kewirausahaan Program Paket B Tah...paketbpsmp
 
Komentar forum 1
Komentar forum 1Komentar forum 1
Komentar forum 1Jack Daniel
 
Draft Majalah Proper DT Kaltim.docx
Draft Majalah Proper DT Kaltim.docxDraft Majalah Proper DT Kaltim.docx
Draft Majalah Proper DT Kaltim.docxFajar Baskoro
 
Draft Laporan Proper DT Kaltim Majalah Atik-AW-FB.docx
Draft  Laporan Proper DT Kaltim Majalah Atik-AW-FB.docxDraft  Laporan Proper DT Kaltim Majalah Atik-AW-FB.docx
Draft Laporan Proper DT Kaltim Majalah Atik-AW-FB.docxFajar Baskoro
 
Naskah akademik program pjj d1 (draft) ayam fapet unsoed,okey
Naskah akademik program pjj d1 (draft) ayam fapet unsoed,okeyNaskah akademik program pjj d1 (draft) ayam fapet unsoed,okey
Naskah akademik program pjj d1 (draft) ayam fapet unsoed,okeyPVB Jatim
 

Similar to Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin (20)

Petunjuk teknis bantuan dit psmk (rangkuman) 2016 br
Petunjuk teknis bantuan dit psmk (rangkuman) 2016 brPetunjuk teknis bantuan dit psmk (rangkuman) 2016 br
Petunjuk teknis bantuan dit psmk (rangkuman) 2016 br
 
Proposal smk 2013
Proposal smk 2013Proposal smk 2013
Proposal smk 2013
 
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmTeks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
 
Asement edu
Asement eduAsement edu
Asement edu
 
Januari 2015
Januari 2015Januari 2015
Januari 2015
 
Panduan rakor pip kk 2015 draft3
Panduan rakor pip kk 2015 draft3Panduan rakor pip kk 2015 draft3
Panduan rakor pip kk 2015 draft3
 
Buku 2 bansos keterampilan 2014
Buku 2 bansos keterampilan 2014Buku 2 bansos keterampilan 2014
Buku 2 bansos keterampilan 2014
 
Buku 2 bansos keterampilan 2014
Buku 2 bansos keterampilan 2014Buku 2 bansos keterampilan 2014
Buku 2 bansos keterampilan 2014
 
Siaran Pers SP.pdf
Siaran Pers SP.pdfSiaran Pers SP.pdf
Siaran Pers SP.pdf
 
Artikel artikel pendidikan
Artikel artikel pendidikanArtikel artikel pendidikan
Artikel artikel pendidikan
 
Artikel artikel pendidikan
Artikel artikel pendidikanArtikel artikel pendidikan
Artikel artikel pendidikan
 
Program Kerja Disdik 2022 (2).pptx
Program Kerja Disdik 2022 (2).pptxProgram Kerja Disdik 2022 (2).pptx
Program Kerja Disdik 2022 (2).pptx
 
Buku 2 Panduan Bantuan Ketrampilan Berbasis Kewirausahaan Program Paket B Tah...
Buku 2 Panduan Bantuan Ketrampilan Berbasis Kewirausahaan Program Paket B Tah...Buku 2 Panduan Bantuan Ketrampilan Berbasis Kewirausahaan Program Paket B Tah...
Buku 2 Panduan Bantuan Ketrampilan Berbasis Kewirausahaan Program Paket B Tah...
 
Komentar forum 1
Komentar forum 1Komentar forum 1
Komentar forum 1
 
Draft Majalah Proper DT Kaltim.docx
Draft Majalah Proper DT Kaltim.docxDraft Majalah Proper DT Kaltim.docx
Draft Majalah Proper DT Kaltim.docx
 
Makalah Pembiayaan Pendidikan
Makalah Pembiayaan PendidikanMakalah Pembiayaan Pendidikan
Makalah Pembiayaan Pendidikan
 
Edu
EduEdu
Edu
 
Draft Laporan Proper DT Kaltim Majalah Atik-AW-FB.docx
Draft  Laporan Proper DT Kaltim Majalah Atik-AW-FB.docxDraft  Laporan Proper DT Kaltim Majalah Atik-AW-FB.docx
Draft Laporan Proper DT Kaltim Majalah Atik-AW-FB.docx
 
Naskah akademik program pjj d1 (draft) ayam fapet unsoed,okey
Naskah akademik program pjj d1 (draft) ayam fapet unsoed,okeyNaskah akademik program pjj d1 (draft) ayam fapet unsoed,okey
Naskah akademik program pjj d1 (draft) ayam fapet unsoed,okey
 
Kajian manajemen perbatasan (fokus inovasi pendidikan) 2015
Kajian manajemen perbatasan (fokus inovasi pendidikan) 2015Kajian manajemen perbatasan (fokus inovasi pendidikan) 2015
Kajian manajemen perbatasan (fokus inovasi pendidikan) 2015
 

More from Jenry Saiparudin

Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranJenry Saiparudin
 
Statistik bacaan nilam bulanan
Statistik bacaan nilam bulananStatistik bacaan nilam bulanan
Statistik bacaan nilam bulananJenry Saiparudin
 
Struktur dan fungsi (biologi)
Struktur dan fungsi (biologi)Struktur dan fungsi (biologi)
Struktur dan fungsi (biologi)Jenry Saiparudin
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarJenry Saiparudin
 
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Jenry Saiparudin
 
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...Jenry Saiparudin
 
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudinTd20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudinJenry Saiparudin
 
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudinTd20103 tugasan 1 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudinJenry Saiparudin
 
Tz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudin
Tz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudinTz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudin
Tz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudinJenry Saiparudin
 

More from Jenry Saiparudin (20)

ITEM TV20106b
ITEM TV20106bITEM TV20106b
ITEM TV20106b
 
Force
ForceForce
Force
 
Pressure formulalist
Pressure formulalistPressure formulalist
Pressure formulalist
 
Formula of light mind map
Formula of light  mind mapFormula of light  mind map
Formula of light mind map
 
TD20003
TD20003TD20003
TD20003
 
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Heat formula list
Heat formula listHeat formula list
Heat formula list
 
PERANAN ICT
PERANAN ICTPERANAN ICT
PERANAN ICT
 
PERANAN ICT
PERANAN ICTPERANAN ICT
PERANAN ICT
 
Statistik bacaan nilam bulanan
Statistik bacaan nilam bulananStatistik bacaan nilam bulanan
Statistik bacaan nilam bulanan
 
Struktur dan fungsi (biologi)
Struktur dan fungsi (biologi)Struktur dan fungsi (biologi)
Struktur dan fungsi (biologi)
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
 
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
 
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
 
Tz20006b rph50mwithpict
Tz20006b rph50mwithpictTz20006b rph50mwithpict
Tz20006b rph50mwithpict
 
Kit transisi11
Kit transisi11Kit transisi11
Kit transisi11
 
Pemikiran lateral de bono
Pemikiran lateral de bonoPemikiran lateral de bono
Pemikiran lateral de bono
 
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudinTd20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudin
 
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudinTd20103 tugasan 1 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudin
 
Tz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudin
Tz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudinTz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudin
Tz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudin
 

Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin

  • 1. JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669 TUGASAN 1 : PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 1. 1.0 PENGENALAN JURNAL PROGRAM LONJAKAN PERDANA PENDIDIKAN LUAR BANDAR DI SEMPORNA Memperkasakan pendidikan khususnya pendidikan luar bandar merupakan teras utama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato‟ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. PIPP bakal merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di seluruh negara. Selain itu, ia turut memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran pelajar. Membangunkan modal insan, memperkasakan Sekolah Kebangsaan, dan merapatkan jurang pendidikan merupakan kunci dalam mencapai matlamat memperkasakan pendidikan khususnya pendidikan luar bandar. Merapatkan jurang pendidikan antara Bandar dan luar Bandar merupakan salah satu teras dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Sehubungan dengan itu berbagai usaha telah dijalankan antaranya ialah pelancaran Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar di sekolah pusat SK Bum Bum, Semporna,Sabah oleh Y.A.B Dato‟ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 15 februari 2007 Usaha ini bertujuan memastikan murid luar bandar mendapat pembelaan dan keadilan dalam menikmati kemudahan pendidikan yang setaraf dengan murid di bandar. Peluang ini amat perlu bagi membolehkan mereka membuktikan keupayaan masing-masing dan mampu bersaing dengan murid di Bandar Kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam merapatkan jurang pendidikan ini membuktikan bahawa pendidikan di Negara kita menitikberatkan semua lapisan masyarakat. Ini dapat dilihat dalam pembentukkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, yang terbahagi kepada empat(4) teras utama dan salah satunya adalah mengenai pembangunan pendidikan luar Bandar. Teras ke-4 iaitu merapatkan jurang pendidikan yang memfokuskan kepada pendidikan di luar Bandar bagi membantu memacu pencapaian di peringkat nasional. Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan Luar bandar diberi tumpuan rapatkan jurang MEMBANGUNKAN infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar adalah antara empat fokus Kementerian Pelajaran bagi merapatkan jurang pendidikan yang menjadi teras keempat Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan (PTPP) 2006-2010.5 / 14 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Strategi pelaksanaan fokus itu membabitkan empat pelan tindakan yang merangkumi usaha menambah baik program pembangunan pendidikan luar bandar Sabah dan Sarawak, menambah baik sekolah kurang murid (SKM), merapatkan jurang pencapaian akademik dan jurang digital. Melalui pelaksanaan program pembangunan pendidikan luar bandar Sabah
  • 2. dan Sarawak, lebih banyak infrastruktur dan kemudahan asas akan disediakan termasuk bekalan elektrik dan air ke sekolah terbabit. Selain itu, pelaksanaan sekolah pusat yang bertujuan memperluas dan mewujudkan norma baru untuk guru adalah antara tiga pelan tindakan bagi menambah baik SKM. Fokus seterusnya meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran dengan empat strategi pelaksanaan iaitu penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), pengurangan kadar keciciran, pemantapan program pendidikan untuk pelajar kurang upaya, dan penyediaan pendidikan bagi pelajar mengikut keperluan. Melalui strategi penguasaan 3M, kerajaan akan memperluaskan program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun Satu, menambah baik Program Pemulihan Khas Tahap Satu dan Program Gerak Gempur. Di bawah fokus sama, kadar keciciran pelajar akan dikurangkan melalui pelan tindakan penguatkuasaan pendidikan wajib dan peluasan mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah menengah harian. Selain itu, usaha membuka kelas khas bagi murid bermasalah pembelajaran seperti autisme dan cacat adalah antara pelan tindakan bagi melaksanakan strategi pemantapan program pendidikan pelajar kurang upaya 2.0 SINOPSIS TERHADAP JURNAL Dato‟ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri telah melancarkan Program Lonjakan Perdana Luar Bandar di Sekolah Pusat SK Bum-Bum, Semporna, Sabah pada 15 Februari 2007. Program tersebut telah disertai oleh lebih 5000 orang yang terdiri daripada warga Kementerian Pelajaran dari peringkat pusat dan negeri serta daerah Sabah dan Sarawak, agensi kerajaan pusat, agensi kerajaan negeri, NGO‟s, pihak swasta, UNICEF, pemimpin politik, komuniti setempat, ibubapa, pengetua dan guru besar, guru-guru dan murid. Y.A.B Perdana Menteri menegaskan bahawa murid luar bandar perlu diberi pembelaan dan keadilan supaya dapat menikmati kemudahan pendidikan yang setaraf dengan murid di bandar. Usaha ini amat perlu dalam memberi peluang kepada mereka membuktikan keupayaan masing-masing dan mampu bersaing dengan murid di bandar. Selain itu, sekolah luar bandar diberikan peluang menikmati kemudahan yang baik boleh menjadikan mereka warganegara yang berilmu pengetahuan dan akhirnya menjadi pekerja yang menyumbang kepada kemajuan Negara. Beliau juga menyatakan bahawa anak-anak merupakan harta yang amat bernilai dan perlu dijaga dengan sebaik-baiknya. Peruntukkan tambahan sebanyak RM2.6 billion bagi pembangunan pendidikan luar Bandar menjadikan keseluruhan peruntukkan berjumlah RM12.3 billion. Antara jentera pemacu pencapaian yang turut membantu pendidikan luar bandar adalah projek berimpak tinggi dengan tumpuan khusus kepada program sokongan dan bantuan murid, program tambahan murid, guru, infrastruktur dan ICT. Selain itu, model solar hybrid bagi menjana elektrik dan model bilik darjah berbentuk kabin adalah antara penyediaan kemudahan yang sejajar dengan keperluan murid dan guru serta ibubapa.
  • 3. ‘ PROJEK IMPAK TINGGI LONJAKAN PERDANA PENDIDIKAN LUAR BANDAR ‘ Usaha juga sedang dilakukan untuk menterjemahkan pelaksanaan Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar bagi meningkatkan kualiti pendidikan di luar bandar dalam usaha mengurangkan keciciran di kalangan pelajar desa serta memartabatkan perkhidmatan perguruan luar bandar. Untuk itu beberapa langkah telah diambil; antaranya: 1. Membina 2,400 bilik untuk manfaat 61,000 kanak-kanak 2. Menyediakan latihan kepada guru pra sekolah 3. Memperbaiki kemudahan asas seperti elektrik 24 jam untuk 900 buah sekolah 4. Bekalan air bersih kepada 1,500 sekolah 5. Menyediakan kemudahan computer 6. Membina asrama baru atau menambah asrama untuk 280,000 pelajar 7. Menyediakan kelengkapan web tv 8. Sistem komunikasi telefon satelit dan fax tanpa talian Bagi memperkasa pendidikan, Perdana Menteri amat komited untuk melihat kejayaan mengimbangi jurang ketara yang terdapat selama ini di sekolah-sekolah bandar dan luar bandar. 3.0 PANDANGAN MENGENAI JURNAL Sistem pendidikan yang berkualiti mampu menghasilkan modal insan yang berwibawa dan berminda kelas pertama. Seperti yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sistem pendidikan kini harus berupaya melahirkan pelajar yang dapat „berfikir di luar kotak‟ supaya mereka lebih kreatif dan inovatif. Justeru, Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar ini yang dilaksanakan untuk mencapai kesamarataan dan peluang pendidikan terbaik antara bandar dengan luar bandar adalah amat sesuai dan perlu dilaksanakan secara kolektif dan bersinergi antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sabah. Bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah, saya mengalu-alukan usaha melakukan lonjakan perdana berkenaan dan Kerajaan Negeri akan sentiasa memberikan sokongan serta bantuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Negeri Sabah. Pendidikan merupakan satu pelaburan jangka masa panjang yang penting untuk negara. Dalam hal ini, pelaburan tersebut bukan sahaja perlu dilakukan oleh pihak kerajaan semata- mata dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada rakyat, tetapi juga perlu diusahakan oleh pihak ibu bapa setiap murid di negara ini. Ibu bapa tidak harus meletakkan tanggungjawab mendidik anak-anak dalam tangan guru-guru di sekolah semata-mata. Ibu bapa perlu ikut serta dalam pendidikan, khususnya pendidikan di rumah. Kejayaan anak- anak bergantung kepada usaha kolaboratif antara pihak sekolah dengan kalangan ibu bapa itu sendiri. Tegasnya di sini, ibu bapa perlu sanggup berkorban dan terlibat sepenuhnya dalam memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak mereka. Pendidikan adalah wadah untuk membentuk insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara. Cita-cita negara untuk mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020 tidak akan tercapai jika hanya dengan meningkatkan infrastruktur atau menambah bilangan sumber tenaga manusia yang murah. Sebaliknya, pencapaian matlamat ini memerlukan satu peningkatan tahap produktiviti dan daya saing negara. Ini dapat dicapai melalui pembinaan modal insan yang berwibawa, bermaruah, berdaya usaha dan berdaya saing sepertimana yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan.
  • 4. 4.0 ULASAN TERHADAP JURNAL Pada masa kini, kemajuan di Malaysia semakin pesat membangun. Namun demikian, masih terdapat kemunduran di kawasan luar bandar yang tetap menjadi bualan hangat masyarakat negara kita. Justeru, program tersebut amat penting untuk membantu dan mencapai kemajuan, dan menyelesaikan masalah kemunduran dalam aspek pendidikan di kawasan luar bandar. Program ini diharapkan dapat menambahkan pertumbuhan dan perkembangan yang maju mengenai geografi manusia dan geografi sosial khususnya di Malaysia. Walaupun terdapat banyak kajian tentang masyarakat luar bandar di Malaysia, namun ia lebih menekankan kepada kajian tentang aspek sosio ekonomi masyarakat di kawasan tersebut. Aspek sosio ekonomi seperti kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar telah dikaji oleh pengkaji-pengkaji terdahulu (Ungku Abdul Aziz, 1964; Chamhuri Siwar dan Mohd. Haflah Piei, 1988). Sebaliknya dalam kajian ini, penulis akan melihat kepada aspek masalah atau halangan masyarakat di kawasan luar bandar untuk dilihat dari sudut geografi manusia dan geografi sosial, bagi mengenal pasti sejauh mana kepentingan pendidikan dapat diatasi oleh kalangan masyarakat di luar bandar supaya ianya mendapat sokongan sosial yang sesuai untuk disalurkan dalam kalangan mereka. Justeru, para pengkaji terus menerus membuat kajian bagi membantu pihak-pihak tertentu merangka dasar-dasar awam untuk membantu menaikkan taraf hidup masyarakat luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan pembangunan modal insan khususnya dalam aspek pendidikan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Antara lainnya kajian ini dapat membantu mengenal pasti peluang lain yang boleh diguna pakai untuk menyelesaikan masalah dan cabaran dalam bidang pendidikan dalam kalangan masyarakat di luar bandar. Kajian ini juga penting kerana kajian tentang cabaran dan masalah pendidikan dalam kalangan masyarakat luar bandar dibuat seiring dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan pembangunan modal insan di negara kita. Oleh itu diharapkan kajian ini mampu mempelbagaikan kajian geografi khususnya dalam kajian geografi manusia dan geografi sosial di Malaysia. Hal ini seterusnya mampu memperkayakan ilmu dalam bidang geografi penduduk di samping meningkatkan sumbangan geografi manusia ke dalam penggubalan dasar. Usaha ini diharap dapat mengurangkan perbezaan prestasi pendidikan antara sekolah- sekolah. Jumlah pelajar miskin yang hampir separuh juta orang di luar bandar akan mendapat manfaat sepenuhnya jika kesemua program yang dirancang itu dapat dijayakan sepenuhnya. Bagi tempoh terdekat, Malaysia akan mencapai tahun 2020. Pembangunan sumber manusia ataupun modal insan adalah sasaran utama YAB Perdana Menteri bagi mempastikan pencapaian Wawasan 2020 adalah sesuatu yang bermakna. China dan India berbangga dengan bilangan penduduk yang ramai tetapi kita wajar berbangga dengan penduduk yang berpendidikan. Selain itu, perkembangan pendidikan lestari yang disalurkan tanpa mengira sosio-ekonomi atau social dapat melahirkan pekerja yang produktif dan inovatif. Pembangunan sekolah luar bandar yang dilengkapi dengan kemudahan sistem pengajaran dan pembelajaran akan mengurangkan banyak jurang pencapaian pelajar. Dianggarkan 61,000 kanak-kanak akan mendapat kemudahan makmal komputer, kelengkapan web-TV dan sistem komunikasi. Peruntukan yang disediakan ini adalah peluang keemasan untuk para pelajar di luar bandar meningkatkan tahap pendidikan mereka.
  • 5. Keciciran di kalangan pelajar luar bandar akan memberi kesan besar terhadap masa depan mereka. Bilangan yang ramai akan memberi masalah sosial dari segi peluang pekerjaan, jenayah dan pembangunan modal insan. Tahap pendidikan yang rendah akan menghasilkan rakyat yang terhad pemikiran, rendah cita-cita dan tidak ada impian yang besar. Kanak-kanak luar bandar yang membesar dengan tahap pendidikan yang rendah tidak mampu bersaing seterusnya ketinggalan dalam banyak aspek. Secara langsung menyebabkan keadaan sosio-ekonomi dan social mereka akan terganggu. Pembangunan modal insan juga bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Disamping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat. Dari mana mereka hendak mendapatkan pekerjaan yang baik? Tidak cukup dengan memotong getah atau menuai padi kerana pekerjaan sedemikian tidak mendatangkan pendapatan yang lumayan jika dibuat dalam skala yang kecil dan menggunakan teknologi tradisional. Bagi yang mempunyai harta yang banyak tidaklah menjadi masalah kerana mereka boleh mengusahakannya tetapi bagaimana pula dengan yang sebatang kara dan tidak berharta?. Selain daripada program tersebut, ke arah Memperkasakan pendidikan luar bandar merupakan misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia. KPM memperuntukkan lebih daripada RM1.0 bilion setiap tahun bagi membantu pelajar dari keluarga miskin dan golongan kurang upaya. Antara aktiviti-aktiviti kementerian adalah seperti berikut: Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) dan Program Susu Sekolah ( PSS ). RMT telah dilaksanakan mulai tahun 1979 sebagai langkah untuk menyediakan bantauan makanan berkhasiat kepada murid-murid miskin. Mulai tahun 2003, murid-murid ini juga menerima susu segar melalui PSS. Kriteria pemilihan murid yang layak menerima RMT dan PSS adalah daripada keluarga berpendapatan kurang RM400 atau perkapita RM80 dan kebawah. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAPM ). KWAPM diwujudkan berikutan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib pada tahun 2003. Program ini bertujuan membantu murid miskin membayar yuran dan membeli pakaian seragam agar tidak tercicir daripada sistem persekolahan akibat kemiskinan. Bantuan makanan asrama. Pada tahun 2005, sebanyak 260,000 pelajar sekolah rendah dan menengah diberi kemudahan makanan asrama. Syarat kelayakan adalah pendapatan isi rumah RM1,000 dan ke bawah. Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid. KPM menyediakan bantuan perjalanan dan pengangkutan untuk kemudahan pelajar. Bagi SBP, bantuan diberikan kepada pelajar dalam bentuk tambang pergi dan balik dari rumah ke sekolah dan sebaliknya. Sekolah yang mempunyai asrama harian menggunakan peruntukan ini untuk program lawatan dan sebagai tambang ke sekolahagama atau k masjid. Bagi sekolah-sekolah lain, bantuan ini digunakan untuk menyokong program lawatan sambil belajar. Prosiding “Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3 – 5 Februari 2009, Hotel Beverly, Kota Kinabalu, Sabah. Anjuran: Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial, University Malaysia Sabah
  • 6. Jaket Keselamatan. KPM menyediakan jaket keselamatan kepada pelajar yang menggunakan pengangkutan air untuk ke sekolah. Pada tahun 2005, KPM telah membekalkan 37,000 unit jaket keselamatan bernlai lebih daripada RM 1.4 juta ke sekolah- sekolah. Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya. KPM menyediakan elaun bulanan pelajar kurang upaya sebanyak RM25 sebulan. Pada tahun 2005, seramai 20,355 pelajar telah menerima bantuan ini. Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT ). SPBT disediakan kepada pelajar daripada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM 2,000 dan ke bawah, bagi sekolah kebangsaan serta RM 1,000 dan ke bawah bagi sekolah jenis kebangsan dan sekolah menengah. Mulai tahun 2005, telah diperluas kepada anak-anak Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. SkimBaucar Tuisyen ( SBT ). KPM menyediakan SBT kepada murid sekolah rendah yang lemah dalam pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sejak dilancarkan pada tahun 2004, seramai 450,000 murid telah menerima bantuan SBT setahun. Biasiswa Kecil Persekutuan( BKP ) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti ( BKPU ). KPM menganugerahkan BKP dan BPKU kepada pelajar sekolah menengah yang menunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang. Setiap tahun dianggarkan 200,000 pelajar dianugerahkan BKP dan 30,000 pelajar dianugerahkan BKPU. Asrama Harian. KPM menyediakan asrama harian bagi mengurangkan risiko keciciran di kalangan pelajar luar bandar dan pedalaman. Sehingga kini, terdapat 1,371 buah asrama harian yang menempatkan lebih 220,000 pelajar. PENUTUP Kualiti pendidikan sekolah luar bandar berada pada tahap sangat rendah. Ini termasuklah pemerolehan ilmu pengetahuan yang agak rendah disebabkan tiadanya budaya cintakan ilmu pengetahuan. Tabiat membaca dalam kalangan pelajar kurang dititikberatkan kerana kebanyakan pelajar terdiri daripada pelajar miskin yang memerlukan banyak perhatian dan bantuan. Ini membataskan peranan guru dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar yang boleh membaca secara lancar dan seterusnya meningkatkan tahap pemikiran mereka secara lebih kritis dan kreatif. Pendidikan adalah penentu hidup bagi masa depan seseorang. Tanpa latar belakang pendidikan yang baik, masa depan menjadi gelap dan tidak dapat meraih semua impian yang ada. Berdasarkan keterangan di atas jelas membuktikan bahawa langkah-langkah telah diambil oleh pihak berwajib bagi memperkasakan pendidikan luar bandar. Kesedaran perlu wujud di kalangan para pelajar luar bandar agar tidak berlaku keciciran dalam pendidikan. Modal Insan dan RMK9 mempunyai perkaitan yang sangat rapat ke arah pencapaian Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020.
  • 7. RUJUKAN 1. Buletin Pendidik; „ Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar ( BIL.2/2007 ISSN 1394 – 7958 ) 2. Pembentangan RMK9 oleh Perdana Menteri pada 31 Mac 2006. 3. Program-Outreach-Pendidikan-Luar-Bandar-Sentuhan-Kasih-UMS-di-kampung- Malubang Pitas ( Program PKPGB ) 4. PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006 - 2010 5. Prosiding “Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3 – 5 Februari 2009, Hotel Beverly, Kota Kinabalu, Sabah. Anjuran: Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial, University Malaysia Sabah 6. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dalam merealisasikan pendidikan luar bandar