Tz20106b jurnal pendidikan ii jenry saiparudin
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Tz20106b jurnal pendidikan ii jenry saiparudin

on

  • 617 views

 

Statistics

Views

Total Views
617
Views on SlideShare
617
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
20
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Tz20106b jurnal pendidikan ii jenry saiparudin Tz20106b jurnal pendidikan ii jenry saiparudin Document Transcript

  • JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669JURNAL PENDIDIKAN (II) TZ20106b : ISU – ISU TEKNOLOGI1.0 PENGENALAN JURNAL : PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENDIDIKAN Di Malaysia, Internet bermula pada 1987 melalui Rangkaian Komputer Malaysia(RangKoM) yang telah disambungkan kepada rangkaian Internet. Universiti tempatanmerupakan pengguna RangKoM pada peringat awal. Kini, Internet telah mendapatsambutan hangat di kalangan masyarakat menerusi aplikasinya yang menarik menyerlahsebagai sumber maklumat perdana. Mengikut statistik, pengguna Internet di Malaysia padatahun 1990 dan 1995 masing-masing ialah 18 000 dan 778 000. Peningkatan ini disebabkanInternet telah mewujudkan pelbagai ruang untuk beraktiviti dan memainkan peranan sebagaiagen perubahan masyarakat dalam kurikulum pendidikan negara. Revolusi teknologimaklumat yang bakal mempengaruhi persekitaran pendidikan semasa di Malaysia akancuba dieksplotasikan melalui penubuhan sekolah bestari dan Internet menjadi salah satukemudahan yang bakal memainkan peranan penting dalam mencorakkan sekolah yangberwajah baru di seluruh negara. Internet adalah nama khas yang merujuk kepada rangkaian komputer yang dibinadengan menggunakan protokol rangkaian atau bahasa rangkaian yang dikenali sebagaiTCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol). Rangkaian ini diasaskan olehsekumpulan komputer yang dihubungkan bersama-sama pada tahun 1960-an melaluisebuah projek penyelidikan yang diberi nama ARPA (Advanced Research Project Agency)oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Matlamat asalnya ialah untuk menghasilkansatu jaringan yang membolehkan proses pemindahan data yang selamat di antarakomputer-komputer tentera yang terletak di tempattempat yang berbeza denganmenggunakan beberapa laluan komunikasi yang berlainan. Semenjak pertengahan1980-an,satu agensi kerajaan Amerika Syarikat, National Science Foundation (NSF) dan lain-lainbadan kerajaan diberi kuasa mengawal capaian kepada Internet. Dalam tahun 1991, pihakNSF mula longgarkan peraturan dan membenarkan kegunaan Internet untuk tujuankomersial. Pada April tahun 1995, kerajaan Amerika Syarikat seterusnya menyerahkankawalan Internet kepada suatu badan bebas dan sekaligus menghapuskan sekatan capaianInternet.2.0 SINOPSIS TERHADAP JURNAL Aplikasi paling asas teknologi Internet yang boleh diketengahkan dalam bidangpendidikan khususnya di peringkat sekolah ialah aplikasi e-mel atau juga dikenali sebagaimel elektronik. Melalui aplikasi ini, pelajarpelajar boleh menyatakan sebarang masalahberkaitan dengan apa yang telah dipelajari dengan serta-merta. Contohnya, pelajar bolehmenanya guru soalan atau masalah yang dihadapi semasa belajar di perpustakaan atau dirumah melalui e-mel. Dengan itu, guru boleh menjawab atau membantu pelajar tersebutmenyelesaikan masalah yang dihadapi melalui e-mel atau guru boleh menjadikan soalanatau masalah yang ditanya itu sebagai persediaan untuk pengajaran pada hari yangberikutnya. Sebaliknya, guru juga boleh mengetahui respon pelajar terhadap kerja rumahyang diberi melalui e-mel. Teknologi Internet juga mampu menyediakan kemudahan kepada para guru dan pelajaruntuk mengambil bahagian di dalam pelbagai aktiviti seperti pembangunan laman Web disetiap sekolah. Sudah ramai yang memperakui bahawa tapak-tapak Web boleh dijadikansebagai saluran berkesan untuk mewartakan segala kegiatan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah kepada para pelajar dan guru sekolah tersebut. Di samping itu laman Web tersebut
  • juga boleh diakses oleh para pelajar, guru-guru dan pihak lain yang berminat dari seluruhnegara. Jika kemudahan ini diperluaskan lagi, ibu bapa hanya perlu melanggani laman Webtersebut untuk mengetahui segala perkembangan bidang akademik atau ko-kurikulum anak-anak mereka tanpa berkunjung ke sekolah. Ibu bapa juga dapat menghubungi guru melaluie-mel yang didapati dari laman Web yang dikunjungi. Secara tidak langsung, hubungan ibubapa dengan pihak sekolah dapat ditingkatkan. Oleh yang demikian, masalah-maslahdisiplin pelajar yang memerlukan kerjasama antara pihak sekolah dengan mudahnya dapatditangani. Ibu bapa tidak ada lagi alasan bahawa mereka sibuk dan tidak dapat berkunjungke sekolah untuk berbincang tentang hal-hal anak-anak mereka. Guru mempunyai satualternaltif lagi untuk berjumpa dengan ibu bapa anak muridnya.3.0 PANDANGAN MENGENAI JURNAL Kini bukan lagi satu khayalan apabila seseorang individu dengan mudah dapat melawatmasuk ke dalam sebuah perpustakaan di seluruh dunia untuk pelbagai tujuan sepertimendapatkan sumber-sumber penyelidikan, pengajian rentas budaya,mempertingkatkanpenguasaan bahasa asing, bertukar-tukar pendapat atau sekadar belajar dengan rakansebaya. Contohnya jelas ketika ini apabila sudah terdapat perpustakaan elektronik di dalamInternet yang boleh membantu para pelajar dan guru membuat tugasan penyelidikanmereka. Perpustakaan tersebut akan menyediakan sebuah pintu masuk yang bersifat mayauntuk membolehkan penggunanya mengakses pelbagai sumber maklumat yang turutdiperkayakan dengan unsur-unsur multimedia seperti teks, gambar, bunyi dan video yangpasti menyeronokkan pelajar. Di samping itu, terdapat pelbagai laman Web dalam Internetyang mempunyai perpustakaaan yang tersendiri yang dipanggil ‘virtual library’. Guru bolehmendapatkan maklumat atau bahan rujukan untuk tujuan pengajaran sebelum disampaikandalam kelas. Dengan penggunaan Internet sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat,sudah pastilah corak pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dalam suasana yangmenyeronokkan Kemudahan Internet juga telah memperkayakan lagi sumber-sumber maklumat.Tambahan pula, sebagai gedung ilmu yang luas sifatnya, kemudahan Internet mampumenyediakan sumber rujukan yang bersifat lebih menyeluruh. Kandungannya turutmencakupi keperluan maklumat pendidikan semasa sama ada untuk kegunaan golonganprofesional, pendidik, keluarga, pelajar dan orang ramai. Lebih dari itu, Internet turutmenyediakan pelbagai bentuk maklumat yang sesuai untuk pelbagai program pendidikan.Pencapaian maklumat tersebut adalah cepat dan mudah dikendalikan. Contohnya, jikamengambil laman Web sebagai salah satu sumber maklumat pendidikan, maka denganusaha yang agak mudah kita boleh mendapatkannya dengan sekelip mata. Usaha tersebutdapat direalisasikan kerana Internet sudah dilengkapi dengan komponen-komponen yangdapat membantu penggunanya seperti pelayar Web dan enjin pencarian atau PencarianMaklumat Luas (Global Information Browsing) yang membolehkan pengguna melihatmaklumat dengan mudah dan tidak kira di mana maklumat itu berada. Dengan itu, kategorilaman-laman Web yang boleh disifatkan sebagai bermaklumat dan sesuai untuk tujuanpendidikan termasuklah laman Web bagi institusi pengajian tinggi maya, agensi berita,majalah dan akhbar dalam talian yang kandungan mereka ketengahkan bersifat lebihterperinci mudah dicapai. Di Britain beribu-ribu buah sekolah telah menikmati kemudahan Internet. Di Kanada danAmerika Syarikat, sekolah-sekolah telah dihubungkan dengan Internet sejak beberapa tahundahulu. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh sebuah pertubuhan di Amerika Syarikat, CASTtelah mendapati pelajar yang mencapai Internet mampu menghasilkan projek sekolah yanglebih baik berbanding dengan para pelajar yang tidak memiliki Internet (Jamaludin Badusahet al. 2000). Ini membuktikan peranan Internet dalam pendidikan adalah sangat besar.
  • Sesungguhnya, Internet berupaya mengangkat kemampuan dan kecermelangan parapelajar dalam pelajaran dan pembelajaran pelajar di Malaysia. Sehubungan itu, pendekatan Sekolah Bestari yang digubal dan PersekitaranPembelajaran Bestari sebagai susulan daripadanya ditujukan khusus kepada pelajar-pelajar.Program yang digubal oleh Kementerian Pelajaran dengan kerjasama pihak pengamal danpenggalak seperti MIMOS ini bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran dengan Internetyang memerupakan pembelajaran sepanjang hayat. Galakkan ini diharapkan menjadi dasarke arah melahirkan manusia yang cekap dalam menerima ilmu melalui penggunaan Internet.4.0 ULASAN TERHADAP JURNAL Projek Jaringan Pendidikan (JP) di bawah kelolaan makmal Teknologi Komputer,Kementerian Pelajaran dan MIMOS merupakan satu usaha penting yang menyediakankemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada pelajar dan pendidik . Projek inimerupakan salah satu aktiviti dalam program Komputer Dalam Pendidikan oleh KementerianPelajaran. Matlamat utama kewujudan projek ini adalah untuk mewujudkan perkongsianmaklumat serta sekolah yang kaya dengan maklumat dan seterusnya meningkatkan mutupendidikan bertaraf dunia. Menerusi projek ini, guru boleh memasukkan aktiviti-aktiviti kreatifdan inovatif yang berasaskan teknologi maklumat. Di dalam projek ini juga, terdapatkemudahan ‘mailing list’ (kumpulan perbincangan berasaskan topik yang menggunakan e-mel sebagai kaedah komunikasi) yang menyediakan kemudahan ‘listserv’ atau senaraiperkhidmatan dan terdapat lebih 3000 ‘listserv’ di dalam Internet yang boleh difikirkan olehmanusia (Jamaludin Badusah et. al 2000). Teknologi Internet juga mampu menyediakan kemudahan kepada para guru dan pelajaruntuk mengambil bahagian di dalam pelbagai aktiviti seperti pembangunan laman Web disetiap sekolah. Sudah ramai yang memperakui bahawa tapak-tapak Web boleh dijadikansebagai saluran berkesan untuk mewartakan segala kegiatan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah kepada para pelajar dan guru sekolah tersebut. Di samping itu laman Web tersebutjuga boleh diakses oleh para pelajar, guru-guru dan pihak lain yang berminat dari seluruhnegara. Jika kemudahan ini diperluaskan lagi, ibu bapa hanya perlu melanggani laman Webtersebut untukmengetahui segala perkembangan bidang akademik atau ko-kurikulum anak-anak mereka tanpa berkunjung ke sekolah. Ibu bapa juga dapat menghubungi guru melaluie-mel yang didapati dari laman Web yang dikunjungi. Secara tidak langsung, hubungan ibubapa dengan pihak sekolah dapat ditingkatkan. Oleh yang demikian, masalah-maslahdisiplin pelajar yang memerlukan kerjasama antara pihak sekolah dengan mudahnya dapatditangani. Ibu bapa tidak ada lagi alasan bahawa mereka sibuk dan tidak dapat berkunjungke sekolah untuk berbincang tentang hal-hal anak-anak mereka. Guru mempunyai satualternaltif lagi untuk berjumpa dengan ibu bapa anak muridnya. Pendidikan berasaskan Internet juga boleh dikategorikan sebagai proses pengajarandan pembelajaran. Ini memandangkan kemudahan Internet bukan sahaja menawarkankomponen-komponen lain seperti laman-laman Web, malah menyediakan sumberpendidikan berbentuk teks yang diperkayakan dengan unsur-unsur lain seperti grafik,animasi atau audio visual. Kaedah pendidikan melalui Internet ini memerlukan penglibatanaktif para penggunanya di samping mengetengahkan konsep interaktif. Konsep tersebutbukan sahaja sesuai menyampaikan sumber-sumber maklumat berbentuk pendidikan,malah sesuai digunakan untuk menyampaikan program latihan dan perkhidmatanpendidikan dalam talian. Program-program pendidikan dan latihan secara interaktif menerusiInternet sama ada yang dikendalikan oleh pihak sekolah atau institusi pengajian tinggi danpihak berkuasa pendidikan memerlukan penglibatan secara langsung di antara pihakpenerima dan penyampainya. Sebagai contoh mengakseskan nota-nota kuliah, menghantardan menyemak tugasan boleh dilakukan menerusi talian.
  • Pembelajaran ini dikatakan lebih memanfaatkan pelajar kerana walau apapun kaedahpengajaran yang dipilih, penglibatan pelajar secara aktif perlulah diberi keutamaan.Penglibatan secara aktif oleh pelajar dalam mengakseskan bahan-bahan yang diperlu dalamInternet berupaya memupuk dan memperkembangkan kemahiran berfikir dan kreativiti dikalangan pelajar (Rashidi dan Abdul Razak 1997). Kemudahan Internet juga memberi peluang kepada guru mempertingkatkan tahap ilmupengetahuan mereka melalui pelbagai maklumat yang berkaitan. Sebagai contoh para guruboleh mengakses bahan-bahan akedemik dan mencari maklumat pendidikan melaluiperpustakaan siber universiti-universiti tempatan dan luar negara atau kemudahan USENETyang disediakan oleh Internet. Di samping itu, para guru dapat membincangkan isu semasapengajaran dengan guru-guru lain di seluruh negara mengenai program pendidikan yangtelah berjaya.5.0 PENUTUP Kini pendidikan adalah isu global yang perlu diberi perhatian memandangkankepentingannya membawa Malaysia ke arah pencapaian yang lebih cermelang. Untukmembekalkan kualiti pendidikan yang bertaraf antarabangsa demi melahirkan generasi baruyang bersifat inovasi, berfikiran saintifik serta berupaya berinteraksi secara efektif melaluiteknologi-teknologi terbaru, khususnya Internet, sekolah-sekolah dan institusi pengajiantinggi perlu sentiasa bertindak balas positif terhadap pembangunan teknologi terutamadalam pembinaan struktur pengajaran. Keperluan kepada penggunaan teknologi pendidikanberasaskan internet jelas menggambarkan betapa pentingnya pemelajaran elektronik dalampendidikan kerana hal ni berperanan mentranformasikan Malaysia menjadi negara majuyang berorientasikan teknologi maklumat dan komunikasi. Berdasarkan kepada perkembangan semasa, kemudahan Internet di peringkat sekolahdi negara ini masih lagi terhad dan baru di tahap permulaan. Walaupun demikianpersekitaran sekolah dijangka memberikan suasana yang sesuai dalam usahamengintegrasi teknologi maklumat dalam budaya masyarakat kita. Sekiranya kemudahanInternet ingin dieksploitasikan sepenuhnya dalam memperkayakan lagi sumber-sumberpengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah di negara ini, sudah sewajahnya pihak-pihak yang berkenaan memberikan latihan yang mencukupi kepasa golongan guru danpelajar. Kita tidak mahu melihat segala kemudahan yang akan dibekalkan nanti ibarat gajahputih kerana penggunanya ketandusan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkenaan.Sehubungan itu, banyak lagi perkara yang perlu diteliti dan dilaksanakan bagi memastikanpeluang yang tersedia dimaanfaatkan sepenuhnya dan boleh dikecapi oleh setiap individuyang terlibat dalam sektor pendidikan negara.
  • RUJUKAN 1. Jamaludin Badusah, Muhammad Hussin & Abd, Rasid Johar. 2000. Inovasi dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: AJM Publishing Enterprise. 2. Kurland, J.D. & Sharp, R.M. 1997. Introduction to the internet for education. USA: Wadsworth Publishing. 3. Lasarendo, J. 1997. Wired for learning. USA: Macmillan Computer Publishing. 4. Rasihidi Azizan & Abd Razak. 1998. Pengajaran dalam bilik darjah kaedah dan strategi. Kajang: Masa Enterprise. 5. Isu-isu ICT dalam Pendidikan ; http://yuzie-ict.blogspot.com/2010/07/penggunaan- email-di-sekolah.html