• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP DARAB
 

KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP DARAB

on

  • 3,010 views

 

Statistics

Views

Total Views
3,010
Views on SlideShare
3,010
Embed Views
0

Actions

Likes
4
Downloads
203
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP DARAB KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP DARAB Document Transcript

    • JENRY BIN SAIPARUDIN CT 112 10669 TZ20006:ULASAN KAJIAN TINDAKAN KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP DARAB PENGENALAN Malaysia merupakan negara yang sedang membangun dengan pesat. Kemajuan ini adalah hasil daripada peningkatan kemahiran kita dalam bidang sains dan teknologi. Sebagaimana yang kita ketahui, matematik adalah satu cabang penting dalam bidang sains dan teknologi. Subjek Matematik merupakan satu cabaran kepada generasi muda Malaysia pada masa kini. Skemp (1989), seorang pakar psikologi dan matematik, pernah menyatakan bahawa mata pelajaran Matematik adalah subjek yang sukar dan lebih susah untuk dikuasai berbanding dengan subjek-subjek yang lain. Mengikut fokus artikel kajian ini adalah untuk membantu murid membentuk konsep darab melalui kaedah susunan dengan menggunakan bahan visual dan manipulatif serta aplikasinya dalam membentuk jadual sifir darab. Dalam artikel tersebut, konsep darab harus difokuskan terlebih dahulu dan diteruskan dengan petak sifir darab atau boleh dikenali sebagai jadual sifir darab. LANGKAH 1: MENGENALPASTI MASALAH/FOKUS YANG DIMINATI Berdasarkan artikel kajian tindakan ini, saya mendapati fokus utama pengkaji adalah untuk membantu murid membentuk konsep darab melalui Kaedah Susunan dengan menggunakan bahan visual dan manipulatif dalam membentuk jadual sifir. Secara langsung boleh membantu murid yang tidak berupaya untuk membuat interpretasi rajah, melakukan perwakilan konsep darab dengan rajah dan menulis ayat matematik darab daripada rajah. Pengkaji terbabit telah mengenal pasti enam orang murid melalui keputusan ujian pertengahan semester satu dan tinjauan awal dalam bentuk lembaran kerja bertulis. Tugasan yang diberikan kepada mereka juga tidak dapat disiapkan dengan baik. Daripada temu bual dengan guru mata pelajaran Matematik, pengkaji dapat mengetahui murid-murid tersebut merupakan antara murid yang lemah dalam Matematik. Pada pendapat saya, kajian tindakan ini adalah sangat penting terhadap murid-murid tersebut. Ini disebabkan tanpa penguasaan dalam pembelajaran, murid-murid tidak akan dapat menguasai mata pelajaran yang hendak diajar.
    • JENRY BIN SAIPARUDIN CT 112 10669 LANGKAH 2: MENGUMPUL DATA Antara langkah yang diambil oleh pengkaji dalam melakukan kajian tindakan ini adalah dengan mengumpul data. Proses ini penting sebelum sesuatu kajian tindakan dibuat. Ini merupakan satu pendekatan yang khusus yang ada kaitan dengan keperluan penyelidik untuk memahami masalah dan amalan mereka dengan lebih lanjut. Kajian tindakan memerlukan pelbagai cara mengumpul data bagi mendapatkan maklumat. Kajian dijalankan ke atas 6 orang murid Tahun 3 , di Sekolah Kebangsaan Sungai Kuching. Tinjauan terhadap masalah dibuat bagi mengenal pasti secara lebih mendalam masalah kumpulan sasaran. Saya mendapati pengkaji terbabit mengadakan perbincangan dengan guru mata pelajaran untuk mendapatkan maklum balas mengenai tingkah laku murid-murid ini semasa proses P&P berjalan. Kaedah temu bual tidak berstruktur juga turut dibuat untuk mengesan perasaan murid semasa belajar. Pada pendapat saya,langkah ini sangat baik kerana adalah penting untuk seseorang guru itu mengetahui bagaimana reaksi murid agar P&P berjalan lancar. LANGKAH 3: MENGANALISA DATA Analisis kandungan Data yang dikumpul oleh pengkaji telah dikategorikan sepanjang proses pengumpulan dan dikodkan. Dengan mengambilkira kebolehan dan keupayaan murid dalam penyelesaian matematik yang direkodkan. Di samping itu, pengkaji juga telah mengekod pemerhatian yang dicatatkan. Perkara-perkara yang berlaku telah dibahagikan dan dikategorikan mengikut interaksi murid yang berlaku, kejadian, ciri-ciri perkara dan lain-lain. Hasil dari pemerhatian pengkodan masalah murid yang dilakukan, pengkaji mendapati murid-murid tersebut tidak dapat menjawab beberapa soalan yang diberikan. Analisis pola Selepas analisis kandungan dijalankan, pengkaji juga telah menjalankan analisis pola ke atas data yang telah dikelaskan dan dikenal pasti. Antara pola yang dikaji adalah pola persamaan dan pola perbezaan. LANGKAH 4: MERANCANG TINDAKAN Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji pada akhir kajian ini. Tindakan yang diambil adalah bertujuan untuk: 1- meningkatkan penguasaan Kaedah Susunan Petak Sifir dapat Membantu Meningkatkan Amalan P&P dari segi Pengajaran Konsep Darab Tahun Tiga 2- Kaedah Susunan Petak Sifir dapat Membantu Enam Orang Murid Tahun 3 SK Sungai Kuching dalam Menguasai Konsep Darab
    • JENRY BIN SAIPARUDIN CT 112 10669 Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih cara susunan untuk menunjukkan konsep darab kerana pengkaji berpendapat ia adalah sesuai dengan pemahaman murid terhadap konsep darab. Kajian oleh Harries dan Barmby (2008) berpendapat bahawa perwakilan konsep darab dengan cara susunan adalah lebih baik berbanding dengan perwakilan yang lain. Ini disebabkan cara susunan dapat menunjukkan sifat komutatif operasi darab, manakala konsep yang lain seperti, garis nombor, set atau kumpulan, nisbah tidak dapat menunjukkan sifat tersebut dengan jelas. LANGKAH 5: MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN Antara langkah yang dilaksanakan oleh pengkaji ialah dengan membuat transkrip temu bual yang menunjukkan kaedah susunan tersebut memberikan kesan positif kepada murid di samping meningkatkan amalan pengajaran dari segi motivasi dan minat murid. Begitu juga dengan penekanan konsep darab sebagai penambahan berterusan serta cara penyampaian dengan menggunakan kemahiran menyoal dan „PowerPoint‟. Peserta kajian menunjukkan peningkatan dari segi bilangan soalan yang dijawab dengan betul. Lembaran kerja bertulis menunjukkan kesan positif kaedah susunan petak sifir ke atas peserta kajian. Setelah kaedah susunan petak sifir diperkenalkan, murid menunjukkan pemahaman terhadap konsep darab. Murid dapat membuat perwakilan rajah dan menulis ayat matematik untuk darab dengan betul serta membuat perkaitannya dengan rajah. Mengikut jadual dalam artikel tersebut, menunjukkan lembaran kerja bertulis tiga orang murid, di mana mereka dapat menjawab soalan dengan satu kecuaian. Saya mendapati semasa pengkaji melaksanakan kaedah tersebut, murid menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar. Mereka berasa senorok semasa menjalankan aktiviti disamping mempelajari kaedah tersebut. Selain itu, pengkaji mendapati melalui kaedah tersebut, ia telah meningkatkan motivasi dan minat murid terhadap operasi darab. LANGKAH 6: MENGUMPUL DATA UNTUK MENGESAHKAN PERUBAHAN Data-data direkodkan oleh pengkaji untuk menilai keberkesanan tindakan yang diambil dalam membantu murid-murid dalam meningkatkan kemahiran tersebut. Dalam kajian ini, pemerhatian telah dijalankan oleh pengkaji sendiri dengan bantuan seorang rakan kolaboratif. Aspek-aspek yang diperhatikan adalah seperti persekitaran fizikal, persekitaran sosial, aktiviti yang berlaku, tempoh masa aktiviti yang dicatat dalam bentuk borang pemerhatian, rakaman video dan gambar.
    • JENRY BIN SAIPARUDIN CT 112 10669 Pengkaji juga telah melakukan pendekatan temu bual terhadap kumpulan murid ini dan dapat memperolehi tindak balas yang memberansangkan dan teknik yang dijalankan dapat membantu dan mempertingkat penguasaan murid terhadap darab. Selain itu, analisis dokumen juga disertakan seperti bentuk lembaran kerja. Pengkaji juga menggunakan analisis untuk melakukan perbandingan dari lembaran kerja yang lepas secara langsung boleh mengesan tahap penguasaan dan keberkesanan petak sifir tersebut. LANGKAH 7: MENGANALISIS DAN MENILAI Hasil pembacaan jurnal kajian tindakan ini, saya dapati murid-murid telah dapat meningkatkan kemajuan dalam penguasaan kepada operasi darab. Pengkaji juga menggunakan pendekatan Merriem (1998), iaitu triangulasi merupakan salah satu kaedah yang boleh meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu penyelidikan kualitatif. Jenis triangulasi yang digunakan adalah triangulasi kaedah dan triangulasi penyelidik. Dalam triangulasi kaedah, pengkaji telah menggunakan triangulasi antara kaedah. Triangulasi antara kaedah adalah pengumpulan data menggunakan beberapa kaedah yang berbeza tetapi sama digunakan untuk setiap peserta kajian (Smith, 1975). Dari segi triangulasi penyelidik pula, pengkaji mendapatkan bantuan daripada seorang rakan kolaborasi (Major Matematik) dalam pengumpulan data. Pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti P&P serta membuat rakaman video dan mengambil foto. Penguasaan murid juga meningkat melalui pelbagai alat bantu mengajar yang diaplikasikan dalam tindakan. Salah satu tujuan penggunaan kaedah ini juga adalah telah membantu murid dalam mengingat sifir darab. Apabila murid sudah memahami konsep darab, ia akan membantu murid untuk mengingat sifir darab bagi memudahkan komputasi operasi matematik. Selepas kajian ini, murid didapati lebih berkemampuan untuk membacakan sifir. Pengalaman mereka dalam membentuk petak sifir darab membantu dalam mengingat sifir darab. RUMUSAN Pada pemerhatian saya, pengkaji telah dapat mencapai objektif kajian tindakan yang disasarkan. Kesemua murid yang bertindak sebagai kumpulan sasaran dalam kajian ini telah dapat menguasai kaedah susunan petak sifir. Merujuk kepada dapatan pengkaji, dapatlah dirumuskan bahawa kaedah-kaedah yang digunakan dapat membantu murid-murid yang lemah ini untuk menghafal sifir. Kajian seperti ini harus diteruskan pada masa-masa akan datang agar dapat membantu lebih ramai murid yang lemah. Walaupun pada awalnya kesemua murid-murid yang terbabit tidak mempunyai keyakinan diri dan menghadapi kesukaran dalam mata pelajaran Matematik, namun dengan bimbingan dan perhatian yang diberikan oleh guru
    • JENRY BIN SAIPARUDIN CT 112 10669 dapat mengubah tahap penguasaan murid. Murid-murid ini tidak seharusnya dipinggirkan agar kecenderungan mereka untuk belajar dapat ditingkatkan. Diharap usaha ini akan berterusan dan dapat dimanfaatkan oleh semua guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan terutamanya dalam mata pelajaran Matematik.
    • JENRY BIN SAIPARUDIN CT 112 10669 RUJUKAN : 1) KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP DARAB Oleh Yip Jeun Han, IPG KBL 2) Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP MT amb. Januari 2008, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011 3) Zainudin Bin Abu Bakar & Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil. (2011). Keberkesanan kaedah petak sifir dalam penguasaan fakta asas darab dalam matematik Tahun 4: Satu kajian di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor. Diperoleh pada 1Mac2011dari http://eprints.utm.my/119281/Keberkesanan_Kaedah_Petak_Sifir_Da lam_Penguasaan_Fakta_Asas_Darab_Dalam_Matematik_Tahun_4.pdf 4) Skemp, R. R. (1989). Mathematics in the primary school. London: Routledge 5) TZ20006;PENGAJARAN,TEKNOLOGI DAN PPENAKSIRAN 2;SPPS UMS/PPG 2013