JENRY BIN SAIPARUDIN           CT11210669TD20103: ANATOMI DAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRIPENGENALAN        Manusia merupakan ...
Sistem Sendi                                   Sendi adalah titik pertemuan antara tulang-tulang atau antara              ...
menghasilkan haba dan ini penting dalam mengawal atur suhu tubuh supaya tetap normal.Umpamanya, dalam waktu cuaca sejuk,tu...
Kaitan dalam seni mempertahankan diri ( Tinju Muay Thai )Tinju Muay Thai banyak melibatkan pergerakan anatomi dan mengenal...
1. Salab Fan Pla (Cross-switch movement) advanced muaythai techniques                     -elbow-plexion                  ...
Nota* Serangan menggunakan siku menyasarkan bahagian abdomen pihak lawan. Bahagianabdomen adalah bahagian yang boleh menye...
8. Pak Luk Toi (Impaling the stake) basic muaythai techniques                    - head plexion                    - elbow...
11. Naga Bid Hang (Snake twists its tail)                    - Dorsi plexion                    - Hip hypertension        ...
15. Hak Kho Erawan (To break the elephants neck movement)                      - Elevation                      - Proktasi...
Antara seni mempertahankan diri yang dipaparkan dalam program yang disiarkan selama semingguitu ialah karate, kung fu, jiu...
Seni mempertahankan diri seharusnya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kepantasan, kuasadan usaha minimum untuk kesan y...
RUJUKAN ;Sains Sukan Tahap I; Edisi 2012 ; Majlis Sukan NegaraSains Sukan Tahap II; Edisi 2012 ; Majlis Sukan NegaraSains ...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Td20103 tugasan 1 jenry saiparudin

887 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
887
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
14
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Td20103 tugasan 1 jenry saiparudin

  1. 1. JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669TD20103: ANATOMI DAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRIPENGENALAN Manusia merupakan organisma paling kompleks.Terdapat pelbagai sistem dalam tubuhbadan manusia yang mempunyai fungsi yang berbeza tetapi saling melengkapi antara satu sama lain.Sistem badan yang lengkap dan berfungsi membolehkan manusia meneruskan kemandiriannya.Setiap sistem badan yang terdapat dalam tubuh badan manusia mempunyai keunikannya yangtersendiri. Dengan mengetahui struktur, fungsi dan kepentingan sistem yang terdapat dalam tubuhbadan, maka kita akan berusaha menjaga kesihatan dan pemakanan kita untuk memastikan sistembadan berfungsi sepenuhnya.Selain itu, dalam dunia seni mempertahankan diri, kepentingan system ini telah lama dipratikkandan di amalkan bagi mengekalkan kesihatan, senaman atau pun mempertahankan diri dalam situasiyang memerlukan. Kebanyakan seni mempertahan-kan diri lahir dari kuil-kuil penuh mistik di Asia.Pengamal atau perwira yang mengamalkan setiap disiplin membesar menjadi legenda dalam medanpertempuran dan juga gelanggang. Ketua-ketua rohaniah seperti sami Shaolin dari Chinamengimbangi ilmu meditasi Buddha dengan mempraktikkan seni mem-pertahankan diri, seterusnyamenghasilkan gaya berlawan yang tidak dimamah usia.Kaitan Anatomi manusiaBerikut adalah antara aspek yang melibatkan anatomi manusia dalam seni mempertahankan diri;Antaranya; 1. Sistem Rangka 2. Sistem Sendi 3. Otot dan fungsi biomekanikSistem rangka Sistem rangka merupakan suatu kerangka fleksibel yang memberi bentuk kepada tubuh, melindungi organ-orga vital, dan dengan bantuan otot-otot membolehkan badan yang hdup ( contonhya manusia ) bergerak. Antara fungsi sistem rangka adalah memberikan sokongan ke atas tisu-tisu lembut dan memberi tapak perlekatan otot. Ia juga memberikan perlindungan terhadap organ dalaman seperti otak ( oleh tulang cranium ), korda spina ( vertebra ), jantung dan paru-paru ( oleh tulang rusuk ) dan organ pembiakan (oleh tulang pelvis ) daripada tercedera. Tulang juga merupakan tuas pada mana otot melekat. Apabila otot berkontraksi, tulang yang bertindak sebagai tuas akan menghasilkan pergerakan. Selain itu, tulang juga menyimpan beberapa bahan galian, di mana bahan galian ini boleh dikeluarkan dan digunakan oleh bahagian lain tubuh sekiranya diperlukan. Manakala sum-sum tulang juga boleh menghasilkan sel darah ( proses hemopoisesis )
  2. 2. Sistem Sendi Sendi adalah titik pertemuan antara tulang-tulang atau antara rawan dan tulang. Adanya sendi menjadikan tulang-tulang lebih fleksibel, yakni mudah bergerak. Ikatan tulang-tulang antara satu dengan yang lain di sendi ini berlaku menerusi tisu perantara yang mudah lentur Struktur sendi penting dan boleh mempengaruhi fungsinya. Umumnya semakin rapat hubungan pada titik pertemuan semakin kuat sendi itu, tetapi pergerakan menjadi agak terbatas atau terhad. Semakin longgar hubungan pada titik pertemuan itu, semakin banyak pula pergerakan yang boleh dilakukan sendiri. Tetapi seumpama ini cenderung mudah terkehel atau mengalami dislokasiSelain itu, pergerakkan sendi juga ditentukan oleh kelenturan ( fleksibiliti ) tisu perantara yangmengikat tulang, serta kedudukan ligament, otot dan tendon.Sistem Otot Otot ialah organ yang mana menerusi kontraksi dan juga pengenduran, menghasilkan pergerakkan. Tisu otot menyumbang kira-kira 50% berat tubuh dan terdiri daripada sel-sel tertentu. Ciri-ciri otot termasuk mempunyai sifat boleh mengecut, iaitu berupaya untuk berkontraksi apabila rangsangan yang cukup diterima, dan akan mengendur ( relaxed ) apabila rangsangan dihentikan. Otot juga berupaya untuk menerima dan memberi respons terhadap rangsangan. Selain itu otot berupaya untuk teregang ( extensibility ). Berbalik kepada bentuk asal selepas mengalami kontraksi atau mengendur.Fungsi otot adalah untuk pergerakkan seperti berjalan, berlari dan pergerakkan setempat sepertimemegang sesuatu atau menggerakkan kepala. Semua pergerakan ini bergantung kepada fungsitulang,sendi dan otot yang melekat pada tulang.Pergerakan yang kurang disedari juga dihasilkan oleh otot, contohnya ialah denyutan jantung,pencernaan makanan oleh perut, pergerakan makanan di susu, kontarksi pundi hempedu untukmerembeskan cecair hempedu, dan kontraksi pundi kencing untuk mengecutkan air kencing.Otot juga berfungsi untuk mempertahankan kedudukan tubuh. Kontraksi otot rangka membolehkantubuh berada dalam pelbagai kedudukan yang tetap seperti berdiri,tunduk,duduk danseumpamanya. Selain itu, otot juga berfungsi menghasilkan haba. Kontraksi otot rangka boleh
  3. 3. menghasilkan haba dan ini penting dalam mengawal atur suhu tubuh supaya tetap normal.Umpamanya, dalam waktu cuaca sejuk,tubuh kita mengigil. Hal ini berlaku keranan terjadinyakontraksi otot yang berulang-ulang dan dalam proses ini,tenaga digunakan. Pembakaran tenagainilah yang menghasilkan haba. Makanya tenaga telah digunakan untuk memanaskan badan.Pengigilan dengan sendirinya terhenti apabila suhu tubuh kita mencapai aras normal.Satah anatomi dan PergerakanBeberapa terminologi digunakan semasa menjelaskan beberapa struktur dalam tubuh badan. Lokasibahagian tubuh badan dalam tiga satah yang dibayangkan atau imagineri. Satah sagital akanmembahagikan tubuh badan kepada bahagian kiri dan kanan. Berasaskan satah sagital ini adabeberapa lagi jenis satah iaitu Satah Median yang membahagikan tubuh badan kepada bahagian kiridan kanan. Satah koronal yang membahagikan tubuh badan kepada bahagian depan dan belakangdan satah axial yang membahagikan tubuh badan kepada bahagian atas dan bawah yang bersuduttepat dengan dua satah yang lain.Pergerakan pada satah sagital ialah membahagikan bahagian sebelah kanan dan kiri tubuh badanmanusia. Pergerakan yang terlibat adalah seperti ; 1. Plexion – Extension – Hypertension 2. Dorsi & Plantar plexion 3. Knee plexion
  4. 4. Kaitan dalam seni mempertahankan diri ( Tinju Muay Thai )Tinju Muay Thai banyak melibatkan pergerakan anatomi dan mengenal-pasti spot-spot kelemahanpihak lawan, ini telah memberikan kesan terhadap persektif dunia terhadap tinju ini sebagai Tinjupaling bahaya di dunia.Apakah jenis tumbukan yang dapatmematahkan tulang muka, meretakkantempurung kepala atau menyebabkanseseorang pengsan serta merta?”Ramai yang keliru antara Muay Thaidengan kickboxing yang menggunakantumbukan dan tendangan. Muay Thaimenggunakan siku, lutut dan bukansekadar kaki dan tangan. Itulah sebabmengapa ia digelar sebagai senimembunuh,” kata Jaguh Muay Thai dunia,Melchor Menor.Pengenalan Tinju Muay ThaiMuay Thai (juga dipanggil Tinju Siam) ialah sejenis seni bela diri yang terkenal di kalanganmasyarakat Melayu di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu di utara Semenanjung Malaysia. TinjuSiam yang asalnya daripada negara Thailand (Muay Thai) terkenal dengan ketangkasan danbahayanya berbanding dengan tinju biasa yang hanya menggunakan tangan sahaja.Muay Thai banyak menggunakan tangan, siku, kaki dan lutut. Ketangkasan dan kelincahan pemaintinju ini adalah sangat penting apabila berhadapan dengan lawan. Secara amnya, pemain tinju inimempunyai tahap kecerdasan dan ketahanan fizikal yang cukup tinggi.Muay Thai juga merupakan seni mempertahankan diri yang popular di Thailand. Menggunakan lutut,seni yang sekuat hentaman sebuah kereta di dinding pada kelajuan 56.3 kilometer sejam ituberupaya memampatkan lima sentimeter bahagian dada. menyebabkan lawan mereka pengsanselain mampu memberikan kesan seperti kehilangan keseimbangan, mematah tulang ataupunkecederaan pada organ dalaman. Satu tendangan yang mampu menye-babkan kecederaan dalamanyang teruk, malah juga kematian sekiranya tepat di bahagian yang senang cedera seperti di sternum,Pergerakan asas tinju Muay ThaiMae MaiMae Mai bermaksud Teknik Asas Muay Thai, terdapat 15 pergerakan ke semuanya. Pergerakan asasini harus dipelajari dan dipraktikan oleh peninju baru. Peninju baru mesti mahir dalam teknik asastersebut sebelum meneruskan ke teknik yang lebih advance iaitu Luk Mai. Berikut adalah Teknik-teknik asas Mae Mai:
  5. 5. 1. Salab Fan Pla (Cross-switch movement) advanced muaythai techniques -elbow-plexion -hip hypertension -left and right knee plexionNota* Pergerakan untuk menepis tumbukan pihak lawan dan melindungi bahagian atas dada,manakal kedudukan lutut berada di tengah-tengah kedudukan kaki pihak lawan.2. Paksa Wheg Rang (Bird peeping through the nest movement) - head rotation - arm extension - arm abduction - left and right knee plexionNota* Pergerakan ini lebih kepada menepis dan menyerang, kedudukan tangan kiri menepistumbukan pihak lawan dan tangan kanan sudah tersedia untuk menyerang-balas.3. Chawa Sad Hok (Java throws spear movement) technique - head rotation - elbow plexion - knee plexionNota* Pergerakan mematahkan posisi terdedah dan lembut pihak lawan, kedudukan siku padabahagian tulang rusuk sebelah kiri dan lutut berada pada bahagian sebelah lutut pihak lawan.Bahagian yang disasarkan adalah bahagian yang rapuh bagi anatomi manusia. Kelemahannya untukberfungsi menyebabkan pihak lawan tidak dapat menyerang-balas.4. Inao Thaenk Krit (Inao stabs his kriss) - upper rotation - elbow plexion - knee plexion - dorsi plexion
  6. 6. Nota* Serangan menggunakan siku menyasarkan bahagian abdomen pihak lawan. Bahagianabdomen adalah bahagian yang boleh menyebabkan pihak lawan sneak atau sukar untuk bernafas.Ini akan memberikan peluang untuk menjatuhkan pihak lawan.5. Yoh Khao Phra Sumer (Lifting the Sumer Mountain) - head rotation - hip hypertension - elbow abduction - elbow plexion - left and right knee plexionNota* Teknik memusingkan badan dan meyerang-balas. Teknik ini amat mengelirukan pihak lawandi mana kedudukan posisi selepas memusingkan sambil mengumpulkan tenaga dan menghayunpenumbuk di bawah dagu pihak lawan. Rahang bersambung dengan bahagian pernafasan manusia.Kesan daripada tumbukan itu mnyebabkan pihak lawan mengalami kesukaran untuk focus secaralangsung boleh mengakibatkan pihak lawan pengsan.6. Ta Ter Kam Fak (Old man holding the melon) technique - Hip rotation - elbow plexion - knee plexion - dorsi plexionNota* Pergerakan menepis dan menyerang balas, tangan kanan tersedia untuk mengelak manakalatangan kiri bersedia menyasarkan bahagian yang terdedah pada pihak lawan.7. Mon Yan Lak (Mon supports the pillar) - Plantar plexion - knee extension - hip hypertension - elbow extension - elevationNota* Teknik menahan menggunakan kaki, setelah menahan badan pihak lawan menerpa, secaralangsung tenaga yang terkumpul semasa menahan digunakan untuk menolak badan pihak lawan.
  7. 7. 8. Pak Luk Toi (Impaling the stake) basic muaythai techniques - head plexion - elbow plexion - knee plexion - dorsi plexionNota* Teknik mempertahankan bahagian kepala, tendangan peninju Muay Thai di akui duniamenpunyai kekuatan yang luar biasa disebabkan disiplin latihan. Teknik menggunakan kedua-duabahagian siku menahan tendangan pihak lawan mampu mempertahankan anggota-anggota tertentudan mampu menyerang balas semula.9. Jorake Faad Hang (Crocodile sweeps its tail) - Hip rotation - Leg plexion - Dorsi plexionNota* Teknik tendangan ‘sidekick’ ke arah dagu pihak lawan, tendangan ini mampu menjatuhkanmusuh dengan sekaligus.10. Hak Nguang Iyara (Break the elephants tusk) - Head plexion - Arm abduction - Arm adduction - knee plexion - dorsi plexionNota* Teknik menahan tendangan dan mematahkan paha pihak lawan, bahagian paha adalahbahgian tulang panjang. Kecederaan pada paha tersebut menyebabkan kekuda pihak lawan akanterdedah.
  8. 8. 11. Naga Bid Hang (Snake twists its tail) - Dorsi plexion - Hip hypertension - Elbow plexionNota* Menahan tendangan menggunakan lutut,salah satu kelebihan tinju Muay Thai adalahpenggunaan teknik menggunakan lutut. Lutut mempunyai struktur tulang yang kuat dan kukuh.Apabila peninju menggunakan teknik ini pada kedudukan yang tepat, ia dapat mendatangkankecederaan yang serius terhadap pihak lawan.12. Virun Hok Klab (Bird somersault) basic muaythai techniques - Hip hypertension - Knee plexion - Dorsi plexionNota* Menahan tendangan pihak lawan dan menyasarkan di bahagian paha. Teknik ini bertujuanmematahkan serangan tendang dari pihak lawan.13. Dap Chawala (Estinguish the lamp) technique - Hip plexion - Dorsi plexion - Arm plexionNota* Teknik mengelak tumbukan pihak lawan dan menyerang-balas pada bahagian sekitar kepala.Bahagian yang sensitive yang boleh menyebabkan pendarahan yang banyak.14. Khun Yak Jab Ling (The giant catches the monkey) - Elbow plexion - Head plexion - Knee plexion - Dorsi plexionNota* Teknik mengelak bahagian kepala daripada serangan pihak lawan, tangan sebelah kiribersedia untuk menyerang-balas.
  9. 9. 15. Hak Kho Erawan (To break the elephants neck movement) - Elevation - Proktasi - knee plexion - Dorsi plexionNota* Teknik merbahaya tinju Muay Thai, menggunakan lutut untuk menyerang bahagian kepalapihak lawan. Teknik ini dipercayai boleh memecahkan tengkorak kepala pihak lawan.15 langkah atau pergerakan tersebut hanya untuk permulaan asas kepada kemahiran dalambertinju, penggunaan pergerakan berulang seperti Elbow plexion, Knee plexion, Dorsi plexion danrotation dapat membuktikan bahawa seni ini amat pantas dan mempunyai keupayaan tenaga yangterkumpul untuk menjatuhkan atau melumpuhkan pihak lawan sekaligus. Dunia seni mempertahan-kan diri sememangnya menarik, pada masa yang mampumenggerunkan sesiapa sahaja. Setiap pergerakan, baik tumbukan, tendangan mahupun gerak-gerimelambangkan kehalusan, dan betapa agresifnya sesuatu seni itu. Kebanyakan seni mempertahan-kan diri lahir dari kuil-kuil penuh mistik di Asia. Pengamalatau perwira yang mengamalkan setiap disiplin membesar menjadi legenda dalam medanpertempuran dan juga gelanggang. Ketua-ketua rohaniah seperti sami Shaolin dari Chinamengimbangi ilmu meditasi Buddha dengan mempraktikkan seni mem-pertahankan diri, seterusnyamenghasilkan gaya berlawan yang tidak dimamah usia. Penggambaran dan eksperimen yang dilaksanakan di sebuah dojo atau dewan latihan formalyang juga berperanan sebagai makmal, dilengkapi dengan per-alatan biomekanik, balistik, sainssukan dan juga rakaman gerak aksi. Penanda pemantul membarisi seluruh badan dengan 30 kamerainframerah mengesan setiap pergerakan ribuan kali setiap saat. Data yang diperoleh menghasilkananimasi komputer tiga dimensi (3D) yang membolehkan orang ramai melihat sendiri rahsia yangterkandung dalam suatu seni mempertahankan diri. Kita sering mempunyai kepercayaan bahawaseni mempertahankan diri mam-pu melakukan sesuatu yang kelihatan mustahil dilaksanakan secarafizikal. Kini, gabungan antara seni ini dan sains mampu mencapai satu lagi tahap,” kata PengarahPertarungan dan Koordinator Stunt fight Science, James Lew. Lew yang juga ahli Hall of Fame SeniMempertahankan Diri menyatakan, idea untuk menghasilkan rancangan tersebut datang daripadakekurangan ujian saintifik yang dijalankan oleh mana-mana pihak. Bagi ukuran impak, patungmanusia sering digunakan.Ia merupakan kaedah untuk mengukur kuasa suatu tendangan atau tum-bukan. Instrumen saintifiklain turut digunakan untuk melihat kelajuan tumbukan, menguji keseimbangan badan kesateria, selawaktu reaksi dan juga keberkesanan suatu peralatan seni mempertahankan diri. Bagi saya ia pentingkerana daripada penggunaan data saintiflk, kita mampu memperkembangkan kaedah latihan untukmelahirkan hero seni memperta­hankan diri yang lebih baik,” kata Lew.
  10. 10. Antara seni mempertahankan diri yang dipaparkan dalam program yang disiarkan selama semingguitu ialah karate, kung fu, jiujitsu, muay Thai, ninjitsu dan taekwando. Malah, seni tinju, memanahdan memecah objek seperti kepingan konkrit juga diuji dan dipertontonkan.Persoalan sama ada seorang pengamal mampu menjatuhkan lawannya hingga pengsan (KO) denganhanya satu tumbukan terjawab dengan eksperimen yang dilakukan terhadap bahagian atas sebuahpatung manusia. Suatu KO ialah mengenakan tenaga yang mencukupi pada tempat yang tepat untukmenutup otak dan menyebabkan mangsa pengsan. Melalui sensor dan model, pengukuran tenagadan kecederaan setiap tumbukan dikira. Setiap seni mempertahankan diri mempunyai stail dankuasa tersendiri. Didapati, tumbukan seni kung fu menghasilkan 2,722.3 Newton (N) kuasa yangmampu mematahkan tulang muka, manakala tumbukan terus karate mengakibatkan 3.629.8N kuasayang berupaya menjatuhkan lawan tetapi tidak menyebabkannya pengsan. Kuasa tumbukantaekwando (4.079N) mampu menyebabkan konkusi di kepala. Namun, dengan impak sekuat4.417.1N yang sama dengan pukulan sebuah tukul besar, tumbukan si peninju mampumengakibatkan lawannya pengsan hampir serta-merta.Data yang diperoleh daripada kamera gerak aksi yang menangkap tumbukan oleh peninjuprofesional, Steve Petramale, menunjukkan umpama rangkaian kinetik, kuasa tumbukan bermula dikaki beliau dan disalur keluar melalui genggamannya. Sekiranya KO mampu dicapai, bagaimana pulamenggunakan kaki sebagai senjata? Mampukah ia mendapat keputusan yang sama dengantumbukan? Tendangan berganda kung fu menghasilkan kuasa 4,363.7N, manakala tendangan palingkuat yang berperanan memusnahkan lawan oleh tendangan belakang berpusing seni taekwandoyang menghasilkan 6.992.6N.Kedua-dua tendangan gagal menye-babkan lawan mereka pengsan tetapi mampu memberikankesan seperti kehilangan keseimbangan, mematah tulang ataupun kecederaan pada organ dalaman.Satu tendangan yang mampu menye-babkan kecederaan dalaman yang teruk, malah juga kematiansekiranya tepat di bahagian yang senang sedera seperti di sternum, ialah Muay Thai yang jugamerupakan seni mempertahankan diri yang popular di Thailand. Menggunakan lutut, seni yangsekuat hentaman sebuah kereta di dinding pada kelajuan 56.3 kilometer sejam itu berupayamemampatkan lima sentimeter bahagian dada.Pakar-pakar jiujitsu mengkaji badan manusia dengan ekstensif agar mampu mengekploitasikelemahan anatomi manu-sia dan menewaskannya. Peralatan utamanya bukanlah kuasa mahupunkekuatan sebaliknya tindakan pada anggota badan.Legenda pernah mengatakan seni mempertahankan diri sepatutnya bertindak pada kelajuan seekorular yang mampu menyerang antara 2.4 sehingga 3.0 meter sesaat. Kamera berkelajuan tinggimendapati satu tumbukan kung fu adalah empat kali lebih pantas daripada serangan seekor ular.Manakala ujian kepekaan turut dilaksanakan pada taekwando mengguna-kan sela masa reaksiterhadap stimulasi cahaya. Didapati, tindak balas pengamal seni mempertahankan diri adalah lebihpantas daripada mereka yang tidak mengamalkannya. Kuasa seni mempertahankan diri tidakbermaksud siapa yang paling kuat, tetapi keupayaan mengenakan impak terbesar pada sasaran,”kata Lew.
  11. 11. Seni mempertahankan diri seharusnya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kepantasan, kuasadan usaha minimum untuk kesan yang maksimum. Sehubungan itu, seni yang sering dikaitkansebagai ’pelaksa kerja kotor Samurai’ atau ninjutsu mengimbangi segala kemahiran senimempertahankan diri.Seni mempertahankan diri mempercayai senjata dengan pengamal seni itu seharusnya menjadi satu.Tetapi sebelum itu, diri mereka haruslah menjadi senjata yang tersendiri. Senjata yang hebat harusmerangkumi tiga kriteria, iaitu memperbesarkan impak dengan gabungan kelajuan dan berat untukmenghasilkan kuasa, menambahkan jarak serangan dan pada masa yang sama boleh dikawal.Pelbagai senjata seni mempertahankan diri seperti pedang Katana, pedang lebar dan lurus,peralatan memanah dan nunchaku turut diuji.Ciri yang membolehkan suatu seni mempertahankan diri cemerlang dalam gaya masing-masing ialahapa yang saya gelar semangat seorang pejuang. Melalui proses fizikal, pengamal akan mengetahuibahawa seni ini adalah satu cara hidup dan dengan melangkah lebih jauh, dia akan menyedari nilaisebenar seni mempertahankan diri. Ia sebenarnya bukanlah berkenaan aspek berlawan, tetapimenjadikan kehidupan lebih tenteram.PENUTUP Seni mempertahankan diri ini berkaitan dengan aplikasi sains dalam aktiviti fizikal dan sukan.Seni mempertahankan diri hari ini perlu kepada pendekatan yang saintifik dan sistematik bagimemastikan prestasi peserta dapat diperbaiki. Kefahaman ke atas beberapa disiplin dalam sainssukan seperti anatomi, fisilogi, biomekanik, psikologi sukan, pengurusan sukan dan kaedah latihandipercayai dapat membantu para jurulatih untuk meningkatkan pengetahuan dalam aspekkejurulatihan dan seterusnya membantu para atlit untuk meningkatkan prestasi mereka ke tahapoptimum.Keupayaan dan prestasi individu dalam sesuatu sukan bergantung kepada sejauh mana tubuhnyadapat mengadaptasi kepada latihan yang lasak. Beberapa sistem tubuh badan bergabung untukmenerima latihan dan seterusnya mengadaptasi kepada latihan yang diterima sesuai dengan jenisdan keperluan sukan yang diceburi. Antara sistem-sistem ini, lima sistem utama berperanan secaralangsung dalam sukan iaitu sistem rangka, system otot, sistem kardiorespiratori, sistem saraf dansistem tenaga. Oleh yang demikian, amat perlu bagi seseorang jurulatih untuk mengetahui danmemahami sistem-sistem ini secara ringkas dalam membantu beliau menjadi seorang jurulatih yangbaik, dan seterusnya mengaplikasikan pengetahuan ini dalam latihannya.
  12. 12. RUJUKAN ;Sains Sukan Tahap I; Edisi 2012 ; Majlis Sukan NegaraSains Sukan Tahap II; Edisi 2012 ; Majlis Sukan NegaraSains Sukan Tahap III; Edisi 2012 ; Unit Pendidikan Sains Kejurulatihan Cawangan MSNStunt fight Science, James Lew; Directorhttp://www.best-muaythai-equipment.com/basic-muaythai-techniques.html

×