Your SlideShare is downloading. ×
  • Like
Td10003 latihan 2 jenry saiparudin
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Now you can save presentations on your phone or tablet

Available for both IPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Td10003 latihan 2 jenry saiparudin

  • 765 views
Published

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
765
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
9
Comments
0
Likes
1

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669TUGASAN 2 TD10003: PERANAN GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN DALAMMENANGANI PENYAKIT BERJANGKIT DAN TIDAK BERJANGKIT.Pengenalan Kesihatan mempunyai pelbagai cabang, kualiti dinamik menunjukkan kesihatan optimumdan berkemampuan untuk berfungsi setiap masa. Kesihatan adalah sesuatu yang wujud daripsikologi, rohani, fizikal, sosial, vokasional dan sumber persekitaran yang membenarkan kehidupanyang memuaskan dan produktif. Murid-murid sekolah adalah sasaran utama dalam penyebaranpelbagai penyakit. Ini kerana keadaan persekitaran sekolah yang terbuka. Guru memainkan perananpenting dalam menangani atau mengesan secara langsung memberikan pendedahan dan informasiberkaitan penyakit kepada murid melalui pembelajaran dan pengajaran.Peranan guru Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan memainkan peranan penting dalam membantumencegah penyakit. Sepertimana yang perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Pendidikan Jasmani TAHUN 1 ) memfokuskan kepada skop PEERS.PEERS memberi kesedaran dan membantu murid membentuk pandangan yang positif tentangkesihatan reproduktif dan sosial, menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya merekamengambil berat tentang kesihatan seksual, dan membantu mereka memperoleh kemahiranmembuat keputusan yang bertanggungjawab pada masa kini serta masa depan.Peka kepada keperluan terhadap PEERS yang dilaksanakan melalui mata pelajaran PendidikanKesihatan, maka kurikulum Pendidikan Kesihatan sentiasa disemak dan ditambah baik dari semasake semasa. Bermula tahun 2011, Pendidikan Kesihatan akan diajar secara berasingan sebagai satumata pelajaran dan tidak bercantum dengan mana-mana mata pelajaran lain.Sebelum ini Pendidikan Kesihatan digabung dengan Pendidikan Jasmani dan diajar sebagai matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK). Pendidikan Kesihatan diberiperuntukan satu waktu (30 minit) setiap minggu bermula dengan Tahun 1 pada tahun 2011.Aspek dalam penerapan kesihatan Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlu menerapkan dan menitik-beratkan nilai-nilai yangberkaitan dengan kebersihan kepada murid. Antara pengurusan dalam kesihatan yang dirasakanpenting adalah seprti berikut ; 1. Pengurusan Diri 2. Pengurusan pakaian 3. Pengurusan tahap kesihatan 4. Pengurusan pemakanan sihat 5. Pengurusan berat 6. Pengurusan tekanan
  • 2. Pengurusan kesihatan diri secara bijak adalah merupakan langkah awal yang boleh diamalkansetiap individu bagi mengekalkan kesihatan secara optimum. Berdasarkan kepada pengurusandiatas, disenaraikan aspek pengurusan diri yang harus diambil berat oleh setiap individu.Aspek pengurusan kesihatan diri terbahagi kepada enam iaitu pengurusan kebersihan tubuh,pengurusan kebersihan pakaian, pengurusan tahap kesihatan, pengurusan pemakanan yang sihat,pengurusan berat badan dan pengurusan tekanan iaitu stress. Pengurusan kebersihan tubuh terbahagi kepada tubuh badan, tangan, rambut dan mulut.Bagi kebersihan tubuh badan, kita perlulah membersihkan badan dengan mandi sekurang-kurangnyadua kali sehari dengan menggunakan sabun dan air. Ia akan mengelakkan badan dari berbau danjuga dari dijangkiti kudis.Tidur yang cukup dan berkualiti juga diperlukan oleh tubuh. Masa yang diperlukan oleh kanak-kanaktidur adalah lebih lama berbanding dewasa. Manakala pengurusan kebersihan tangan adalah denganmembasuhnya setiap kali keluar atau masuk tandas dengan sabun dan air. Sebelum makan jugamemerlukan kita untuk membasuh tangan. Kuku juga perlulah dipotong jika ia panjang. Kebersihanrambut juga perlu diambil berat iaitu dengan membasuhnya dengan syampu yang bersesuaiandengan jenis kulit kepala iaitu sama ada berkulit kering atau berminyak dan menggunakan air dalamdua hari sekali. Ia adalah untuk mengelakkan kulit kepala daripada dijangkiti kutu. Jika berlakumasalah, kita perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat di klinik. Penjagaan mulut termasuk gigijuga penting iaitu dengan memberus gigi atau menggunakan floss untuk membuang sisa-sisamakanan setiap kali selepas makan atau sebelum tidur. Pemeriksaan gigi juga perlu dijalankansebanyak dua kali setahun. Pengurusan kebersihan pakaian juga penting dalam kehidupan. Pakaian yang hendak dipakaiperlulah bersih dan ia perlu dibersihkan sebelum dipakai. Pakaian perlulah ditukar setiap hari.Bantal, selimut, tilam dan cadar perlulah ditukar dan dibersihkan untuk mengelakkan hama.Pengurusan tahap kesihatan juga amat penting. Ini adalah kerana ia membolehkan kita mengetahuitanda-tanda awal sesuatu penyakit. Antara jenis-jenis pemeriksaan yang boleh dijalankan untukmengetahui tahap kesihatan kita ialah pemeriksaan tekanan darah, saringan paras glukos darah,saringan paras kolesterol, indeks jisim badan, pemeriksaan kanser serviks dan payudara, ujian kadarlemak dan saringan minda sihat. Pengurusan pemakanan yang sihat membenarkan kita menikmati keenakan pelbagai jenismakanan sambil mengekalkan tahap pemakanan dan kesihatan kita. Pengurusan pemakanan sihatini juga adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian kita dan pada masa yang sama,mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yangberkaitan dengan pemakanan. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenismakanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Ia bolehdicapai dengan mengingati tiga perkara iaitu keseimbangan, kepelbagaian dan kesederhanaan. Iaboleh dicapai dengan menggabungkan kesemua kumpulan makanan dalam piramid makanan.Makanan yang berlainan membekalkan kombinasi tenaga (kalori) dan nutrient seperti karbohidrat,protein, lemak, vitamin, mineral dan gentian yang berbeza. Memakan pelbagai jenis makanan adalahcara yang terbaik untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrient kita untuk membesar,berkembang, bergerak, bekerja, bermain, berfikir dan belajar. Ada juga pengurusan amalan makan
  • 3. yang tidak sihat yang boleh menyebabkan peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat dinegara ini. Antaranya ialah tidak mengambil makanan semasa waktu makanan utama, tidakmengambil pelbagai jenis makanan seimbang, mengambil snek yang tidak sihat, mengambil secaraberlebihan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan juga tinggi kadar lemak danminyak serta garam. Pengurusan berat badan amat penting kerana jika berat badan berlebihan, ia akanmengurangkan kualiti dan keriangan hidup. Ia juga boleh mengakibatkan peningkatan kadarpenyakit-penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung, angin ahmar dan tekanan darah tinggi. Iajuga boleh meningkatkan risiko kejadian kanser, batu karang, penyakit gout, osteoarthritis,kemandulan dan lain-lain lagi. Individu yang mengalami masalah ini juga mempunyai harga diri yangrendah dan selalu muram disebabkan imej badan yang tidak menarik. Ada lima panduan diet bagipengurusan berat badan iaitu pertama, nikmati banyak buah-buahan, sayur-sayuran, makanan bijirinpenuh dan kekacang. Kedua, makan dengan kadar sederhana makanan seperti daging kurang lemak,ikan, tenusu rendah lemak dan protein. Ketiga, makan dengan sukatan sederhana terutamanya makanan yang mengandungi tenagapadat. Keempat, pengambilan sajian makanan dan snek kerap dapat mengelakkan makan denganketerlaluan. Kelima, sukatan makanan harus diawasi. Pengurusan tekanan stress dapat mengurangkan tekanan dan juga dapat mengenalpastitekanan yang dihadapi serta kaedah untuk mengurangkan serta mengatasi tekanan. Jika sedikittekanan yang dihadapi, ia boleh dianggap sebagai motivasi tetapi jika berat tekanan yang dihadapi,ia boleh menyebabkan seseorang itu boleh terlibat dengan dadah dan alcohol jika mereka salahdalam memilih kaedah untuk menangani stress.Penjagaan kesihatan diri amat penting kerana ia memberi pengukuhan fizikal, emosi, rohani danjasmani bagi setiap individu supaya lebih bersedia untuk mengetahui akan kesihatan, kecantikan,kekemasan dan kebersihan diri yang sempurna.Selain itu, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlu merangka aktiviti-aktiviti menjurus kepadakesedaran mengenai penyakit. Hasrat bagi pembangunan jasmani murid adalah terjemahkan melalui Dasar 1 Murid 1Sukan. Setiap murid dapat melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya satu sukan. Penglibatan inimemberi peluang kepada murid menguasai aspek kemahiran dan pengetahuan dalam sukan melaluipendekatan yang berasaskan learning through play. Ia juga merupakan tunjang kepada sukan disekolah dalam merealisasikan perlaksanaan Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan disekolah. Murid-murid yang aktif dan berpotensi dalam sukan boleh mengembangkan bakat melaluisukan untuk kecemerlangan setelah dikenalpasti melalui program pengenalpastian bakat Talentdetection dan talent identification and Development (TID). Kedua-duanya, iaitu cabang Sukan UntukSemua dan Sukan Untuk Kecemerlangan merupakan inisiatif yang menyookong kea rahpembangunan modal insan yang sihat dan cergas sebagai matlamat jangka panjang.Selain itu juga, ia adalah untuk melahirkan murid yang sihat dan aktif ke arah pembentukkan satumasyarakat yang sihat,cegas dan berdaya saing tinggi. Pendekatan ini akan mencapai matlamat
  • 4. strategic Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan modal insan yang sihat dan cergas danbukan sahaja berkualiti dari segi nilai-hidup kompetetif, kreatif dan inovatif.Penganjuran Aktiviti / Program Kesihatan Penganjuran program-program seperti Anti-dadah, Tak Nak Merokok dan Jauhi alcohol perludititikberatkan bagi memberikan pendedahan dan informasi kepada murid bagi menangani masalahyang boleh mengakibatkan atau mendatangkan sebarang penyakit. Maklumat terus dari pihak NGOamat memberikan kesan yang baik terhadap murid. Justeru, penglibatan semua lapisan pihak dalammenjayakan program ini amat di alu-alukan, disamping kerjasama semua pihak demi kesihatan anak-anak. Selain itu, aktiviti kesihatan sekolah harus dijalankan secara berterusan dan menerapkanprogram sebagai aktiviti wajib di sekolah. Aktiviti Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) iaitu;perkhidmatan kesihatan, pendidikan kesihatan, hidup sihat di sekolah, kerjasama antara sekolah danmasyarakat untuk kesihatan.Perkhidmatan kesihatan bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai status kesihatan sendiridan menggalakkan amalan mendapatkan penilaian kesihatan di kalangan murid-murid. Selain itu, iadapat juga mengesan masalah kesihatan seawall yang mungkin serta membuat rujukanmendapatkan rawatan bagi murid-murid yang berkenaan,secara langsung dapat mengawal penyakit-penyakit berjangkit.Hidup sihat di sekolah adalah tema yang baik dalam membentuk warga sekolah yang sihat dari segifizikal dan mental. Program ini dapat mengekalkan kesihatan yang optimum dan memajukankeselamatan masyarakat sekolah. Disamping itu, ia dapat menyemai tabiat kesihatan yang baik,sikap dan amalan yang bersesuaian dengan hidup sihat. Keadaan kesejahteraan dan keselamatan dikalangan murid-murid dan masyarakat sekolah lain.Kerjasama sekolah dengan masyarakat lain untuk mengintergrasikan aktiviti-aktiviti kesihatanmasyarakat bagi mempertingkatkan status dan taraf kesihatan murid-murid. Agensi-agensi sukarelayang boleh membantu adalah seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, St John Ambulan, Kelab Rotary,PIBG, Jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampong dan agensi-agensi kerajaan dan bukankerajaan.Penutup Kempen Cara Hidup Sihat dan Keselamatan telah menghasilkan satu program 3K iaituKebersihan, Kesihatan dan Keselamatan. Program ini merupakan satu platform bagi menyebarinformasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensiterbabit kepada golongan sasaran iaitu murid dan komuniti setempat. Ia juga dapat dilihat sebagaipemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yangsememamngnya kurang prihatin dan mengambil-berat mengenai kesihatan. Melalui program inijuga, murid-murid dan masyarakat setempat akan didedahkan mengenai kepentingan belajar didalam persekitaran sekolah yang bersih dan ceria, amalan gaya hidup sihat dan perlu dipupuk sejakdi bangku sekolah lagi.
  • 5. RUJUKAN 1. DOKUMEN STANDARD PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 1; KSSR TAHUN 1 2. DOKUMEN STANDARD PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 3; KSSR TAHUN 3 3. Taklimat DASAR 1M 1S; Bahagian Sukan;KPM (2010) 4. Modul Aktiviti Fizikal 4 ; http://www.mysihat.gov.my/ 5. To’ Pn Dr Hajah Safurah Jaafar; Family Health Development Division; UM (2012)