Your SlideShare is downloading. ×
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif

5,169

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
5,169
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
185
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669TUGASAN 3/ INDIVIDU TD10003: KEPENTINGAN PERGERAKAN LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTORDAN PERGERAKAN MANIPULATIF DALAM SUKAN OLARAGA, PADANG DAN GELANGGANG.PENGENALANDEFINISI PERGERAKAN LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN PERGERAKAN MANIPULATIF Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkandia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yangmenyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebutbergerak dan beredar. Sebagai contoh, meniru pergerakan keretapi. Pergerakan yang dilakukan olehseseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakanlokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan.Sebagai contoh,berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, gulinghadapan, guling balak, guling sisi dan galop. Manakala, pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredarpula dikenali sebagai pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpukepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Sebagai contoh,melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar(menggunakan kompang). Pergerakan bukan lokomotor bermaksud keupayaan untuk menggerakkanbahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Selain itu, pergerakan ini juga merupakan kebolehanbergerak menggunakan otot-otot kecil kerana ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuhbadan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Tambahan pula, pergerakan bukan lokomotor tidakmengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Sebagai contah, melambung, membaling,menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang).Pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupundalam aktiviti sukan dan rekreasi. Pergerakan bukan lokomotor adalah seperti mengilas badan,memusing, meregang,menunduk, menghayun, mengangkat, menolak, manarik, menjatuh,mengongcang, melantun, membuai badan, dan lain-lain lagi. Pergerakan Manipulatif juga merupakan satu pergerakan yang memerlukan kemahiran asasdalam menyediakan kanak – kanak untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Pembelajarankemahiran ini melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali danjuga relung getah (squaid). Kemahiran manipulative hendaklah di bina pada peringkat umur yanglebih awal. Ini adalah kerana kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untukmengawal, menangani ataupun mengawasi sesuatu objek. Pada umumnya, perkembangankemahiran manipulative seseorang kanak – kanak bermula sejak lahir seiring dengan perkembanganmotor halus dan motor kasar. Kemahiran manipulative merupakan perkembangan daripadakemahiran motor halus dan motor kasar dan ianya adalah penting untuk pergerakan kanak – kanak.Namun begitu, pergerakan manipulative adalah penting kepada setiap kanak – kanak. Ini adalahmelalui pergerakan manipulative juga kanak – kanak dapat manipulasi kemahiran, koordinasi,keseimbangan dan juga kestabilan mereka bagi melakukan sesuatu gerakan. Selain itu, pergerakankanak – kanak bukan hanya bergantung kepada kekuatan fizikalnya sahaja tetapi juga kemahirandalam memanipulasikan otot serta anggota dalam melakukan sesuatu pergerakan.
  • 2. Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatanseperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupundalam aktiviti sukan dan rekreasi. Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnyamenginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatanpergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedarandan kefahaman tentang konsep-konsep pergerakan.CONTOH-CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTORMelompat : Ketika melompat berat badan berada diatas kedua-dua belah kaki. Cara melompat ialahdengan melonjakkan kaki daripada lantai dan mendarat kedua-dua belah kaki dengan serentak.Lompat Skip : Merupakan gabungan antara aktiviti berjalan dan melompat ketingting. Caramelakukan ketingting ialah dengan langakh satu kaki ke depan, kemudian ketingting menggunakankaki yang sama. Seterusnya langkah kaki sebelah lagi ke depan dan ketingting menggunakan kakiyang sama. Corak pergerakannya ialah dengan memindahkan berat badan di atas kaki secaraberselang seli.Lompat Galop : Lompat gallop merupakan pergerakan ke depan dengan menggunakan satu kakimendahului pergerakan secara cepat.Melantun : Pergerakan melantun ini berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah ataubadan bergerak ke depan dan ke belakang secara beritama pantas dan di lakukan secara berterusan.Sebagai contoh permainan bola tampar.Melungsur : Pergerakan melungsur adalah dengan melangkah menggunakan satu kaki dan diikutidengan sebelah kaki lagi. Berat badan dipindahkan dari kaki depan dan ditutup dengan kakibelakang. Kaki yang sama akan sentiasa dijadikan kaki yang mendahului pergerakan.CONTOH – CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTORMenghayun : Menghayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulat mengelilingi satu titiktengah yang tetap. Menghayun adalah pergerakan lentikan pergi dan balik semula yangdilakukandengan tubuh badan, tangan atau kaki. Selain itu, menghayunkan juga boleh menggunakantangan dan kaki ke kiri dan ke kanan ataupun dari depan ke belakangMembengkok : Membongkokkan badan ke bawah dan secara perlahan –lahan menegakkan badanMemusing : Memusingkan tangan bermula dari depan ataupun dari belakang. Pelajar yang dalamkeadaan duduk dan memusingkan badan mengikut pergerakan arah jam ataupun sebaliknya. Pelajarmemusingkan badan pada aras pinggang bermula dari arah kiri ataupun dari arah kanan.Mendekam : Terdapat tiga jenis dekam iaitu dekam dengan satu kaki lurus ke hadapan. Lompatdekam setempat dan dekam dengan tangan menyentuh lantai
  • 3. Menyokong : Dalam pergerkan bukan lokomotor menyokong adalah penting kerana adanyakestabilan. Terdapat beberapa teknik menyokong iaitu antaranya ialah sokongan kaki, sokongan sisi,sokongan dua lutut, sokongan pada lantai, sokongan pada kerusi, sokongan satu lutut, sokongan duatangan satu kaki, sokongan belakang, sokongan satu tangan satu kaki, sokongan dengan rakanseperti aktiviti kereta sorong dan sebagainya.Membengkok : Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain.Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada strukrtur sendi terlibat. Sendiengsel membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi initerdapat di jari tangan, kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket terdapat di pinggul dansendi yang menghubungkan lengan atas dan bahu.Meregang : Meregang adalah ekstensi atau hiperektensi bahagian-bahagian badan. Ekstensibermaksud pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibel atau dilipat.Hiperektensi pula ialah renyangan melebihi 180’.Mengilas : Mengilas berlaku apabila bahagian atas badan berpusing dan bahagian bawah hanyaberada di satu tempat sahaja. Sementara itu, pusingan berlaku apabila seluruh badan berputar diaats suatu tapak. Selain itu, mengilas adalah pusingan badan atau bahagian badan mengelilingi paksipanjang tanpa menheraakn dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku da;am arah bulatansahaj. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang.Memusing : Memusing adalah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badanberpusing, dasar menyokong berubah tempat.Menolak dan Menarik : Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolakmenjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan denganmenggunakan tangan dan lengan, tapak dak kaki, bahu, dan pinggul. Manakala menarik adalahmendekatkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan denganmenggunakan tangan.Rebah : Badan bergerak dari aras tinggi ke rendah. Boleh dilakukan sama ada pergerakan cepat danperlahan. Rebah yang berlaku secara tiba-tiba jika tenaga menokong badan dilepaskan dengancepat. Sebaliknya jika rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secaraberterusan sehingga dasar menyokong baru didapati.Bangkit : Bangkit seharusnya mempunyai imbangan, sokongan yang stabil dan tenaga yang cukupuntuk mengatasi tarikan pusat bumi.Melantun : Melantun berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah, atau ke belakang danke depan secara beritma pantas dan berterusan.CONTOH – CONTOH PERGERAKAN MANIPULATIFTerdapat beberapa pergerakan manipulatif yang sering di lakukan oleh kanak-kanak. Aktiviti bagikemahiran manipulatif ini melibatkan penggunaan motor halus dan motor kasar.Kanak-kanak akanmeningkatkan kemahiran manipulatif mereka dengan penglibatan penggunaan objek atau alattertentu. Pergerakan manipulatif adalah berkaitan dengan objek samada mengenakan tindakan atau
  • 4. menerima gerak balas darinya.Oleh itu anggota kaki dan tangan anggota yang paling kerapdigunakan dalam pergerakan manipulatif. Di antara aktiviti yang dapat di lihat adalah seperti yangberikut:Membaling : Pergerakan manipulatif mempunyai pelbagai pergerakan antaranya ialah membaling.Membaling terdapat tiga cara atau pola balingan iaitu bawah paras bahu (underhand), atas parasbahu (overhand), sisi (sidearm). Membaling boleh dibaling dengan ketepatan, kelajuan, dan jarakyang memadai (Berk, 2005). Aktiviti – akitiviti fizikal yang dijalankan banyak menggunakanpergerakan membaling untuk memastikan perkembangan motor kasar dan halus yang berkesan. Oleh yang demikian, dengan aktiviti sebegini secara tidak langsung terdapat beberapaperkembangan psikomotor yang terbentuk di antaranya ialah dengan membaling merekamenggunakan jari untuk memegang objek dan menggunakan tangan untuk membaling danmenjatuhkan objek tersebut. Mereka menggunakan motor halus dan motor kasar mereka. Selain itu,Kemahiran manipulatif melibatkan koordinasi mata bagi menentukan apa yang tangan perlu lakukanseterusnya. Mata akan mengesan rangsangan dan merangsang perkembangan motor halus keranamereka perlu untuk menggunakan otot tangan dan jari.Menangkap : Aktiviti menangkap boleh dibuat dengan pelbagai aktiviti antaranya menangkapbola, menangkap haiwan, menangkap belon dan sebagainya. Cadangan aktiviti untuk menangkaplebih memfokuskan pada menangkap serangga seperti kumbang (lady bird) atau rama – rama.Aktiviti ini dilakukan di taman diluar rumah. Kanak – kanak akan dapat menerokai persekitarantaman dan dapat mengenali serangga. Aktiviti ini hanya memerlukan bahan seperti jaring kecil. Guruatau ibu bapa perlu menunjukan cara – cara menangkap serangga tersebut dan seterusnya merekaakan cuba sendiri. Perkembangan motor halus dan motor kasar terbentuk dalam aktiviti sebegini kerana kanak– kanak akan meggunakan jari untuk memegang jaring tersebut dan menggunakan otot tanganuntuk menangkap serangga tersebut. Selain itu koordinasi mata juga digunakan untuk memerhatiserangga tersebut untuk menangkap serangga tersebut. Aktiviti sebegini bukan sahaja dapatmemperkembang motor kasar dan halus tetapi dapat memberikan kanak – kanak pengetahuan yangbaru dengan mengenali serangga dengan keadaan sekeliling kanak – kanak dan menerokai keadaansekeliling mereka.Melantun : Perkembangan kemahiran manipulatif seorang kanak – kanak bermula sejak merekalahir seiring dengan perkembangan motor kasar dan halus. Pelbagai pergerakan yang berkaitandengan pergerakan manipulatif antaranya melantun. Kebiasaanya melantun menggunakan bola.Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan dengan pergerakan melantun. Menurut Thomas (1998)mengatakan manipulasi melibatkan tiga aspek antaranya ialah mengawal objek. Mengawal objekseperti menggelecek bola dan memantul bola. Perkembangan motor yang terlibat pada aktiviti ini ialah motor kasar. Koordinasi tangan dankaki digunakan untuk aktiviti ini. Kanak – kanak akan meggunakan tangan untuk memengang boladan kaki untuk berjalan untuk melangkah semasa melantunkan bola tersebut.
  • 5. Menggelecek : Pergerakan manipulatif terdapat banyak pergerakan salah satu pergerakanmanipulatif ialah menggelecek. Sebelum memulakan aktiviti guru hendaklah menerangkan cara permainan kepada kanak –kanak dan menyediakan bahan seperti bola dan kon. Selepas itu, guru hendaklah menyusun kondengan jarak yang sama. Badan kanak – kanak perlu berada dalam keadaan tegak dan berdiri lurusdihadapan kon yang telah disusun. Kemudian, bola digelecek dengan menggunakan kedua – duabelah kaki dan melalui kon – kon yang disusun mengikut arah zig zag. Bola digelecek sambil berlariatau berjalan. Koordinasi mata untuk melihat bola tersebut dan koordinasi kaki untuk menggelecek bolatersebut. Selain itu aktiviti sebegini menguji tahap kecekapan kanak – kanak dalam menggelek bolatersebut. Pada permulaan kanak – kanak akan sukar melakukan aktiviti ini tetapi dengan banyakpengulangan kanak – kanak akan cepat mempelajarinya.Menyepak : Pergerakan manipulatif sebahagian daripada kemahiran yang penting dalam pergerakanmotor kanak-kanak. Menyepak adalah salah satu pergerakan manipulatif. Oleh itu, kanak-kanakperlulah diberikan masa bagi melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti luar seperti bermain bola,memanjat atau aktiviti permainan tradisional. Secara tidak langsung kanak-kanak dapat mengetahuipelbagai jenis permainan. Perkembangan yang terlibat dalam aktiviti ini adalah koordinasi kaki dan mata. Koordinasikaki digunakan untuk menyepak bola pada sasarannya. Seterusnya koordinasi mata pula digunakanuntuk memfokuskan sasaran pada tin yang berada di garisan penamat. Aktiviti ini sesuai bagimeningkatkan perkembangan motor kasar dan motor halus dalam pergerakan kanak-kanak.Menggolek : Menggolek merupakan salah satu aktiviti pergerakan manipulatif. Pelbagai aktivitiboleh dilakukan dalam pergerakan menggolek diantaranya bermain bola, bermain gelung dansebagainya. Menurut Berk, 2005 mengatakan bermain bola melibatkan aktiviti menendang,menggolekkan, membaling dan menangkap bola. Pelbagai saiz bola boleh digunakan dalam aktivitiini. Contohnya kanak-kanak boleh menggolekkan bola yang kecil dari jarak yang lebih jauh. Iapenting kerana kanak-kanak memperkembangkan motor kasar dan motor halus mereka. Merekamenggunakan mata untuk menggolekkan gelung mengikut lorong dan tangan pulan untukmemegang gelung tersebut. Manakala kaki pula adalah untuk berjalan ke garisan penamat.Melambung : Aktiviti melambung bola atau melambung objek-objek lain merupakan salah satukemahiran dalam pergerakan manipulatif alatan ini. Aktiviti ini amat penting untuk perkembanganmotor kanak-kanak sama ada kemahiran motor kasar atau motor halus. Bagi mengembangkan lagibakat atau kemahiran yang terdapat pada kanak-kanak ini, guru atau ibu bapa seharusnyamemberikan permainan yang sesuai untuk mereka seperti bermain bola, bermain di tamanpermainan, melambung bola dan sebagainya. Bagi aktiviti melambung bola ini, anggota badan atau perkembangan yang terlibat adalahtangan iaitu ketika kanak-kanak hendak melambung bola tersebut keatas. Kemudian, ketika hendakmelambung bola tersebut, motor halus iaitu jari memainkan peranannya secara tidak langsung.Badan pula membongkok ketika hendak melambung bola dan kaki bergerak ketika hendak
  • 6. menangkap bola yang jatuh setelah melambung. Selain itu, koordinasi mata juga terlibat semasakanak-kanak menjalankan aktiviti melambung ini.Skipping : Skipping merupakan salah satu aktiviti yang boleh meningkatkan perkembangan motorkanak-kanak. Terdapat pelbagai jenis skipping yang boleh digunakan oleh kanak-kanak sepertiskipping yang diperbuat daripada tali biasa atau dari getah. Selain itu, medium yang diambil kiraadalah dari aspek keselamatan kanak-kanak tersebut iaitu memakai kasut ketika hendak melakukanaktiviti skipping ini. Oleh itu, apabila melakukan aktiviti skipping ini, semasa tangan kanak-kanaktersebut sedang memegang tali skipping itu, kemahiran motor kasar kanak-kanak sedang berlaku.Manakala, kaki yang mereka gunakan untuk melompat tali skipping tersebut juga merupakan salahsatu perkembangan motor kasar. Lutut juga meningkatkan kemahiran motor kasar iaitu ketikakanak-kanak tersebut membengkokkan kaki untuk melompat.NILAI-NILAI POSITIF DARI PERGERAKAN ASAS DAN PERGERAKAN MANIPULATIF Aktiviti boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas. Dalamaktiviti pergerakan asas dan manipulative,ia mempunyai kebaikan dan nilai-nilai positif akan dapatdipupuk dalam diri kanak-kanak tersebut sama ada yang melibatkan aktiviti berkumpulan, kelasmahupun individu boleh digunakan dalam melaksanakan sebarang aktiviti. Pendidikan pergerakanasas dan manipulative bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan malah ia juga dapatmenerapkan nilai-nilai positif dalam diri kanak-kanak. Antara nilai-nilai positif yang boleh diperolehdari aktiviti pergerakan asas dan manipulatif ialah kerjasama, disiplin, berani, semangat berpasukan,bantu-membantu dan gembira.Kerjasama Ini juga boleh didefinisikan sebagai kerja atau usaha dan sebagainya dengan bersama-samaatau saling membantu antara dua atau beberapa pihak, atau sumbangan pelbagai rupa yang bersifatbantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dan lain-lain lagi dari satu pihak kepada pihak yang lainuntuk faedah bersama. Pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor merupakan satu cara yangboleh digunakan untuk menerapkan nilai kerjasama dalam kalangan murid-murid. Ini keranapendidikan pergerakan asas boleh dijalankan secara berkumpulan serta berpasangan. Murid-muridakan membuat satu-satu aktiviti itu dengan saling bekerjasama antara satu sama lain untukmemenangi permainan dan aktiviti tersebut. Maka dari situ secara tidak langsung kerjasama antaramurid dapat ditingkatkan dan sekali gus mengeratkan hubungan antara mereka.Keberanian Menurut Kamus Pelajar pula keberanian bermakna mempunyai sifat-sifat berani. Nilaikeberanian sememangnya dapat diterapkan dalam aktiviti pergerakan asas iaitu apabila murid-muriddiberi peluang untuk mencuba melakukan pelbagai aktiviti dan seterusnya dapat mencungkilkebolehan yang ada pada diri masing-masing. Contohnya ialah melalui aktiviti lokomotor sepertimelompat dari satu tempat yang tinggi. Murid-murid yang mempunyai sikap berani dalam dirimereka akan cuba untuk melakukan lompatan tersebut dan begitu pula sebaliknya. Apabila merekaberjaya melakukannya secara tidak langsung mereka akan lebih beryakinan dengan kemampuanmereka sendiri malahan sekiranya tidak berjaya, mereka akan berasa rendah diri dan malu dengankawan-kawan yang lain.
  • 7. Semangat Berpasukan Dalam pendidikan pergerakan asas, semangat berpasukan juga dapat dipupuk di kalanganmurid-murid. Semangat bantu-membantu dan tolong menolong dapat disemai dalam kerja yangdihasilkan. Semangat berpasukan ini dapat disemai apabila murid-murid melakukan pergerakanlokomotor dan bukan lokomotor secara berkumpulan. Melalui aktiviti berkumpulan ini, secara tidaklangsung murid akan menunjukkan nilai saling bantu-membantu dan semangat berpasukan antarasatu sama lain.Berdisiplin Dalam aktiviti pergerakan asas murid-murid melakukan setiap pergerakan yang dipelajarimengikut cara yang betul dan ini sekali gus mengajar mereka untuk berdisiplin. Setiap aktiviti yangdijalankan oleh guru adalah aktiviti yang mempunyai peraturan dan syarat dalam permainan. Bagimenyempurnakan dan membolehkan permainan tersebut berjalan dengan lancar seperti yangdirancang, maka murid-murid perlu mengetahui dan mengikuti peraturan dalam satu-satu aktiviti.Keadaan ini akan membuatkan murid-murid lebih berdisiplin kerana terpaksa patuh denganperaturan permainan tersebut. Sikap berdisiplin ini secara tidak langsung akan dipupuk dalam dirimurid-murid.Gembira Pelbagai cara boleh dibuat dalam mempelajari sesuatu kemahiran, bukan itu sahaja malahguru juga boleh menggunakan pelbagai alatan yang sesuai dan ini sudah semestinya akanmenjadikan sesuatu aktiviti yang dijalankan itu menjadi lebih menarik. Kanak-kanak khususnyamerupakan individu yang gemar dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan pergerakan seluruhanggota badan, mengadakan aktiviti yang memerlukan alatan yang berwarna-warni, mengadakanaktiviti sama ada di dalam mahupun di luar kelas, bermain beramai-ramai dan guru turut serta dalamsesuatu aktiviti serta aktiviti yang melibatkan komunikasi antara satu sama lain. Mereka akan tidakbosan dan berasa gembira serta seronok dengan aktiviti yang melibatkan perkara-perkara tersebut.Oleh yang demikian, murid-murid dapat meneroka setiap kemahiran yang dilakukan dengan rasaseronok.PERBEZAAN ANTARA PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR 1. Pergerakan lokomotor merupakan pergerakan yang menyebabkan kedudukan seseorang akan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. 2. Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong seseorang berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. 3. Pergerakan bukan lokomotor pula merupakan pergerakan yang hanya menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa mengubah kedudukan seseorang atau pergerakan tanpa beralih arah. 4. Pergerakan ini juga tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan seperti melambung, membaling dan melayang. 5. Pergerakan yang melibatkan dan kebolehan seseorang menggunakan otot-otot atau motor kasar melalui pergerakan seperti melompat dan berlari. 6. Pergerakan lokomotor merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil.
  • 8. 7. Ianya lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. 8. Pergerakan lokomotor juga merupakan pergerakan yang banyak menggunakan ruang. Hal ini kerana, pergerakan ini memerlukan kedudukan pelaku berubah dan menyebabkan ruang yang digunakan adalah besar. 9. Berbeza dengan pergerakan bukan lokomotor yang kurang memerlukan ruang kerana pelaku hanya kekal di tempat yang sama atau statik sahaja. Walaupun begitu, pergerakan ini memerlukan ruang tetapi hanya sedikit sahaja.Thomas, Lee & Thomas (1988) menyatakan bahawa manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu: 1. Memberi tenaga kepada objek ( melontar, menyepak, merejam, mengumpan, memukul ) 2. Menguasai objek ( menangkap dan menyambut ) 3. Mengawal objek ( menggelecek dan memantul bola )KESIMPULAN Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Iamelibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan bukan lokomotor pula berlaku dalam keadaantidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan ini lebih menekankan kepadakesimbangan pergerakan badan. Melalui pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor ini, kita dapatmengetahui dan memperolehi banyak kepentingan dan faedah sekiranya diterapkan di kalangankanak-kanak terutama di prasekolah. Pergerakan manipulatif melibatkan koordinasi mata bagi menentukan apa yang tangan perlulakukan untuk pergerakan seterusnya. Mata akan mengesan rangsangan dan merangsangperkembangan motor halus kerana mereka perlu untuk menggunakan otot tangan dan jari.Perkembangan manipulatif merupakan sebahagian daripada kemahiran yang penting dalam gerakanmotor kanak-kanak. Oleh itu dalam membuat perancangan kemahiran motor halus dan motor kasar,aktiviti kemahiran manipulatif juga perlu diberi tumpuan. Setiap proses pembelajaran sesuatu kemahiran motor akan melalui berbagai peringkattertentu. Terdapat beberapa model yang dikemukakan bagi menggambarkan peringkat pencapaiansesuatu kemahiran motor. Model yang agak mudah difahami adalah model yang dikemukakan olehFitts & Posner (1957).
  • 9. RUJUKAN 1. NOTA SAINS SUKAN, MAJLIS SUKAN NEGARA 2. NOTA SAINS SUKAN II, MAJLIS SUKAN NEGARA 3. INSTRUMEN PAJ KSSR TAHUN 2; KSSR TAHUN 2 4. Creative Thinking (2010). Sains sukan 5 5. http://pjm3102.weebly.com/konsep-pergerakan-asas.html

×