• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
 

Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar

on

  • 1,756 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,756
Views on SlideShare
1,756
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
58
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar Document Transcript

    • JENRY BIN SAIPARUDIN SUBJEK : TZ30103 KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS TUGASAN Dengan merujuk kepada internet dan bahan bacaan lain, bincangkan cara yang berkesan bagi seorang guru yang mengajar kanak-kanak pintar cerdas dalam memperkembangkan keupayaan dan kreativiti mereka ? PENGENALAN Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan golongan pelajar yang dikategorikan mempunyai keperluan pembelajaran yang khusus, juga memperlihatkan kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka (Ng & Sandiyao, 2005). Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal (Atan Long, 1980). Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Slavin (1997) pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Beliau berpendapat individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosi dan kognitif serta bahasa. Pintar Cerdas Kanak-kanak yang pintar cerdas berbakat dan berkebolehan memerlukan sokongan yang lebih daripada yang sedia ada dalam sesebuah bilik darjah untuk membantu mereka merealisasikan sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka. Kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan ciri-ciri berikut: • Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan rakan sebaya. • Menunjukkan keinginan untuk mengetahui yanglebih jika dibanding dengan rakan sebaya. • Menetapkan matlamat yang tinggi untukpencapaiannya. • Motivasi yang tinggi dalam menghadapi tugasanyang mencabar. • Kemahiran berbahasa, membaca danperbendaharaan kata yang luas. • Kebolehan untuk memimpin. • Mengambil berat dan menunjukkan empatiterhadap orang lain.
    • PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK PINTAR CERDAS. Pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga jenis program: • Pengasingan, • Pemecutan (acceleration) • Pengayaan Dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan kurikulum khusus bagi mengilap kebolehan istimewa mereka. Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat membantu perkembangannya secara optima. Pemecutan satu cara ialah di mana kanak-kanak ini dikeluarkan daripada bilik darjah mereka untuk subjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan ke kelas untuk subjek tersebut. Maka mereka akan belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua daripada mereka. Cara kedua ialah di mana murid tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu mereka belajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada skala masa yang lebih cepat berbanding rakan sebaya. Program pengayaan melibatkan pendekatan yang menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di dalam atau di luar kelas. Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan ke muzium atau perpustakaan negara. Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang memerlukan murid mencari maklumat yang lebih mendalam tentang sesuatu topik dan dilakukan oleh murid secara bersendirian. Program dan aktiviti luar bilik darjah. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak akan didedahkan kepada situasi menjadi pemimpin dan yang dipimpin dalam sesebuah organisasi. Hal ini dapat menyediakan kanak-kanak kepada menjadi anggota masyarakat yang baik ketika mereka dewasa kelak dimana mereka mungkin menjadi seorang ketua dan dalam masa yang sama menjadi pengikut bagi seseorang yang lain. Selain itu, ia juga mendedahkan kanak-kanak kepada kemahiran komunikasi yang berkesan di antara ahli kumpulan. Ketua akan memainkan peranan agar setiap daripada anak buahnya mendapat setiap pergerakan dan bunyi yang dilakukan dengan baik. Program bersama keluarga. Elemen ini akan merapatkan dan menggalakkan interaksi dan kerjasama antara ibu bapa dan juga kanak-kanak tersebut. Ia boleh dilakukan untuk menggalakkan sosial kanak-kanak dan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat menarik perhatian kanak-kanak serta merangsang minda mereka untuk mengecam bunyi atau aksi yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka. Program sosial berhemah juga boleh merangsang minda kanak-kanak disamping meningkatkan sosial kanak-kanak dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka. Fitrah kejadian seseorang kanak-kanak amat meminati sesuatu yang berbentuk animasi dan hanyalan seperti kartun dan alat permainan yang mewakili setiap apa yang mereka kagumi. Maka aktiviti berkaitan animasi mewujudkan peluang untuk kanak-kanak mengaplikasikan hanyalan dan juga animasi yang mereka fikirkan. Aktiviti ini jua mendedahkan kepada kanak-kanak bagaimana cara untuk berfungsi dalam satu kumpulan yang besar. Ianya memperkembangkan daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak dalam
    • pembawakan watak masing-masing. Semangat kerjasama dan berpasukan dipupuk dalam menjayakan sesuatu persembahan. Aktiviti bahasa isyarat. Melalui aktiviti ini, dapat memberikan pendedahan kepada kanak-kanak tentang aktiviti main peranan. Aktiviti ini juga dapat menguji kreativiti kanakkanak dalam mempersembahkan kefahaman mereka dalam sesuatu benda atau haiwan dalam bentuk bahasa isyarat. Mereka juga akan menyesuaikan setiap perlakuan yang dilakukan untuk menjamin kefahaman si peneka. Ianya juga memerlukan komunikasi dua hala yang berkesan. Aktiviti Melukis. Kanak-kanak melukis sebagai Medium Komunikasi. Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Kanak-kanak juga melukis sebagai cara mencapai kepuasan diri. Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Melukis juga untuk meningkatkan daya penguasaan kendiri (Self Esteem). Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Aktiviti renang. Kemahiran kanak-kanak yang paling asas perlu menguasai untuk belajar berenang adalah kemampuan untuk menahan nafas. Kemampuan untuk menahan nafas akan membantu kanak-kanak menjadi lebih selamat di dalam dan sekitar air dan mempersiapkan mereka untuk berenang di dasar yang memerlukan tempoh masa yang singkat yang akan dikeluarkan di bawah air. . Kajian menunjukkan banyak faedah diperolehi daripada aktiviti berenang seperti kemahiran motor kasar dan halus, refleksi (masa tindak balas), kuasa tumpuan (fokus), kepintaran / kecerdasan, tabiat sosial, interaksi sosial, keyakinan diri, kebebasan dan boleh menangani situsi yang di luar jangka. RUMUSAN Walau bagaimanapun, seseorang yang berbakat belum pasti akan menjadi seorang yang pintar cerdas. Banyak faktor yang perlu berperanan sebagai pemangkin mempengaruhi secara positif laluan seseorang itu daripada berbakat menjadi seorang pntar cerdas menurut Gagne (1998),Piirto ( 1999 ). Antara faktor tersebut adalah faktor dalaman atau intrapersonal bagi individu terbabit, seperti emosi yang sejahtera dan konsep kendiri yang positif. Selain itu, terdapat faktor persekitaran yang turut sebagai pemangkin. Ini merujuk kepada aspek-aspek sokongan di sekolah dan di rumah. Seseorang yang dianggap pintar cerdas dalam sesuatu bidang tertentu ialah seseorang yang berbakat atau cemerlang dalam bidang tertentu.
    • RUJUKAN • Mohd. Hussain Ibrahim (1995). Pendidikan pintar cerdas: Teori dan pendekatan. Kuala Lumpur: Pustaka Aman Press. • TZ30103 ;KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (PPG/UMS) • Nik Azis, N. P. (1990). Program pendidikan pelajar pintar cerdas. Kajang: Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam.