Assignment benar
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Assignment benar

on

  • 4,352 views

 

Statistics

Views

Total Views
4,352
Views on SlideShare
4,341
Embed Views
11

Actions

Likes
1
Downloads
176
Comments
0

1 Embed 11

http://lamancikgusuhaila.blogspot.com 11

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Assignment benar Assignment benar Document Transcript

  • 1 SEMESTER 2 KOHORT 3 SESI 2011/2012 KPD3016 : PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1TAJUK Esei ilmiah: Jelaskan beserta contoh bagaimanakah seseorang guru ingin melaksanakan model ASSURE. KUMPULAN _____W02(A112 PJJ )____DISEDIAKAN OLEH :NAMA NO. ID NO. TELEFONSUHAILA BT OMAR D20112053883 013- 2276747NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF DR SAADIAH BT BAHAROMTARIKH SERAH: 5 MEI 2012
  • 2ISI KANDUNGAN MUKA SURAT1.0 Model ASSURE 1.1 Pengenalan 32.0 Jelaskan Beserta Contoh Bagaimana Seorang Guru Ingin Melaksanakan Model Assure 2.1 PENGENALAN 7 2.2 Penggunaan Media Teknologi dan Pembelajaran 2.3 Cara Penyampaian Pengajaran Oleh Guru – guru Di Sekolah 8 2.3.1 Konteks Realistik . 2.3.2 Interaksi Sosial 2.3.3 Penyelesaian Masalah : 2.3.4 Belajar 93.0 PENGGUNAAN MODEL PENGAJARAN 9 3.1 Model reka bentuk pengajaran : Model ASSURE. 12 Rajah 1 : Model ASSURE 3.2 Penggunaan Model ASSURE dalam menjalankan pengajaran oleh seorang guru Langkah 1 : Analisis Murid Langkah 2 : Nyatakan objektif 13 Langkah 3: Memilih kaedah / metod , media dan bahan 14 Langkah 4: Gunakan media dan bahan 15 Langkah 5: Penglibatan murid dalam pembelajaran Langkah 6 : Penilaian / semak semula bahan4.0 Kesimpulan 175.0 Bibliografi 18
  • 31.0 Model ASSURE 1.1 Pengenalan Guru boleh merujuk kepada Model Assure dimana pengajaran dirancang secara sistematik supaya alat dan bentuk mengajar yang digunakan benar-benar memberi kesan kepada penerimaan pembelajaran oleh murid-murid. Panduan untuk merancang sesuatu penggunaan media dalam pengajaran juga boleh dijadikan bahan rujukan melalui Model Assure dan ia banyak digunakan dalam usaha merancang penggunaan media dalam set instruksi bagi menarik minat murid – murid untuk memeulakan sesuatu pembelajaran. Heinich, Molanda, Russell (1989) telah memperkenalkan model ini. Dan ia membawa maksud " memastikan sesuatu berlaku." Model ASSURE mengandungi enam langkah di mana setiap langkah mengikut singkatan akronim yang telah diberi maksud. Singkatan akronim ASSURE bermaksud: A- Analyse learner (Analisis murid) i. Guru harus mengkaji umur, bakat, kelas serta taraf ekonomi murid – murid untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Ini adalah supaya guru dapat bersama-sama murid mendalami ilmu yang bakal disampaikan dan ianya dapat diguna pakai oleh murid- murid yang berkenaan pada masa hadapan. Dan pada masa yang sama penyampaian pengajaraan guu pada hari dan masa yang yang tersebut ternyata tidaklah sia-sia kerana guru telah mendalami kedudukan murid- murid tersebut dengan menggunakan perkataan dan bahasa yang setaraf. ii. Guru harus mengenal pasti ciri-ciri peringkat masuk (specific entry characteristics) dan pengetahuan yang sedia ada yang berkaitan dengan tajuk dan kandungan muridan seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap murid. Ini adalah kerana kesungguhan murid untuk menduduki sesuatu kelas kebanyakannya bergantung pada mood murid itu masing- masing. Guru seharusnya mengetahui apakan yang pernah dan belum pernah diperkenalkan dengan topic yang bakal diajr semasa proses pnp kelak. Guru harus memainkan peranan yang penting supaya mood atau sikap sentiasa bersedia untuk menerima sesuatu benda baru atau
  • 4 mengulang pembelajaran lepas sentiasa ada dan ianya tidak menjadi sesuatu yang merugikan semasa prose situ berjalan.S- State objective (nyatakan objektif) i. Guru akan menggunakan objektif – objektif dari sukatan muridan tahunan, panduan kurikulum atau buku teks sebelum memulakan sesuatu pengajaran. ii. Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi yang ingin dicapai, samada sesuatu muridan itu akan disambung dari pengajaran lalu atau memulakan sesuatu topic baru. Guru juga harus melaihat keadaan pembelajaran dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati kerana tanpa objektif yang dipilih dengan sebetulnya, mungkin pengajaran yang bakal disampaikan pada masa itu tidak akan tercapai memandangkan keadaan atau kriteria pengajaran yang tidak menepati citarasa murid-murid.S- Select, modify or make media ( pilih, baiki atau bina media) i. Guru hendaklah memilih media yang sedia ada atau yang baru dan ianya perlu disesuaikan dengan objektif pengajaran. Sekiranya media yang hendak diguna itu mengalami kerosakan atau kurang sesuai maka guru hendaklah memperbaiki dahulu bahan yang hendak atau menukar kepada alternative lain yang berkaitan dengan media yang telah dipilih.U- Use media (gunakan media) i. Guru harus merancang bagaimana media yang telah dipilih dan hendak digunakan. Penyediaan alat kemudahan untuk membuat persembahan pengajaran harus dirancang sebaik mungkin bagi mengelakkan masa dibuang. Aktiviti-aktiviti yang menarik perlu dirancang bagi menarik minat murid serta yang memberi motivasi kepada mereka supaya murid merasa seronok dan segala pengajaran pada masa tersebut dapat dijadikan pengalaman untuk menyambung pembelajaran pada masa hadapan. Selain menggunakan media yang berkaitan guru juga harus
  • 5 mengadakan aktiviti susulan bagi tujuan pengayaan di dalam kelas.ii. Berikut salah satu cara guru dapat menggunakan media semasa mengajar: a) Guru harus menyediakan media dan bahan yang akan digunakan dan membahagikan masa yang betul-betul mencukupi dan harus digunakan semasa pembelajaran dijalankan. Contoh: Guru harus menonton dahulu, [Pribiu (Preview)] videoyang telah disediakan sebelum memulakan proses pengajaran bagi mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku semasa proses tayangan media dijalankanb) Guru kemudiannya akan menyediakan alatan media dan bahan- bahan yang akan ditayangkan, alat-alat serta kemudahan- kemudahan yang diperlukan sebelum memulakan proses pengajaran.c) Guru akan menyediakan / menggunakan tempat belajar yang sesuai seperti kelas, makmal atau pusat sumber dan lain-lain kemudahan dan keperluan untuk belajar seiring dengan bahan media yang ingin digunakan dan disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelak.d) Guru juga harus mengetahui murid dari kelas mana yang hendak disampaikan maklumat pembelajaran melalui bahan media yang telah disediakan. Sebagai contoh, penyediaan set induksi yang berkesan atau penyataan tujuan dan objektif pembelajaran pada hari tersebut haruslah menarik bagi menarik minat murid untuk terus bersama sehingga ke penutup bersama-sama menghayati dan memmuridi muridan pada hari yang tersebut.e) Guru mestilah bersedia dengan pengalaman sedia ada murid dan guru untuk mengyampai dan menerima bahan dari media yang ditayangkan. Kita sebagai guru harus memikirkan cara bagaimana untuk menyampaikan media yang telah dipilih? Adakah kita hanya sebagai penyampai utama tajuk pada hari tersebut atau kita harus bertindak sebagai pemudah cara atau pengurus pembelajaran sahaja?
  • 6R- Require learner response (keperluan tindakan) i. Tindakbalas dari murid-murid samada dari segi menjawab soalan yang dikemukakan atau dapat membuat latihan hasil dari pembelajaran yang berlaku. Guru juga perlu mengadakan latihan pengukuhan supaya tindakbalas yang betul diperolehi daripada hasil pengajaran yang telah disampaikan. ii. Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, murid-murid perlu dilibatkan secara aktif samada secara individu atau berkumpulan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya. Aktiviti pengukuhan (reinforcement activities) seperti menyesuaikan gambar, mengisi tempat kosong atau yang setara harus diberikan serta- merta selepas murid memberikan tindak balas yang betul (Skinner, 1954).E- Evaluate materials (menilai)i. Guru harus menilai dan menyemak semula bahan yang telah digunakan samada ia telah memberikan hasil atau sebaliknya. Setelah selesai pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan bahan media itu secara menyeluruh harus dijalankan. Guru harus memikirkan tentang tahap penilaian yang telah dicapai atau belum : Adakah objektif-objektif pembelajaran yang disampaikan pada hari ini tercapai?a. Adakah alat/bahan media yang digunakan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran?b. Adakah kesemua murid dapat menggunakan alat/bahan media yang diajar dengan cara yang betul?c. Adakah suasana pembelajaran ( kelas / makmal )yang dipilih telah memberi keselesaan kepada semua murid?d. Adakah peluang-peluang pemerhatian individu yang memerlukan bantuan guru atau rakan lain telah diberikan dengan sebaik mungkin?e. Apakan soalan yang dikemukakan samada diperingkat penggayaan atau pengukuhan dapat dijawab dengan sendiri tanpa memerlukan bantuan rakan?
  • 72.0 Jelaskan Beserta Contoh Bagaimana Seorang Guru Ingin Melaksanakan Model Assure 2.1 PENGENALAN Pergantungan pendekatan pengajaran guru dalam bilik darjah sangat bergantung kepa- da bagaimana seseorang atau sekumpulan murid dapat mengikuti kandungan sesuatu mata pelajaran. Kajian oleh sesetengah ahli-ahli psikologi menyatakan bahawa pembe- lajaran yang berlaku dan akan menghasilkan beberapa teori pembelajaran. Teori-teori ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis teori iaitu pembelajaran behaviorisme, so- sial dan kognitif. Teori pembelajaran behaviorisme ialah teori yang berfokuskan kepada tingkah laku dan persekitaran, teori pembelajaran sosial pula berfokuskan kepada ting- kah laku dan pemikiran seseorang murid, sementara teori pembelajaran kognitif pula berfokus kepada pemikiran sahaja. 2.2 Penggunaan Media Teknologi dan Pembelajaran Umum mengetahui bahawa pembelajaran merupakan satu peringkat peristiwa eksternal yang dirancang kepada murid – murid untuk mengikut sesuatu pembelajaran dalaman . Jika dilihat melalui sudut luaran ia tidak dimaksudkan sekadar tempat terjadinya penga- jaran tetapi juga jenis teknologi, metod, dan media yang diperlukan untuk memperoleh informasi dan membawa murid cara untuk belajar. Mengikut teori behavioris, mereka akan menekankan kepada mengawal murid – murid melalui sikap dan tingkah laku mereka manakala teori kognitif pula memberi penekanan cara untuk mengawal emosi dalaman atau cara mengendalikan keseluruhan proses mental murid – murid .Ia berbe- za apabila seorang guru yang menggunakan media dan teknologi di dalam kelas. Tek- nologi pembelajaran ini tidak menghalang mana –mana jenis pengajaran atau lingkun- gan pembelajaran, tetapi media teknologi untuk pembelajaran dapat menyediakan sua- sana belajar murid yang aktif dan akan penyertaan mereka dalam sesuatu pembelajaran adalah menyeluruh. Sekiranya media teknologi dan pembelajaran digunakan dengan baik dan kreatif semasa di dalam kelas, ia merupakan fungsi mesin yang sesekali dapat dinyalakan atau diputar sesuka hati malah guru dapat menggunakan idea – idea yang baru dalam melaksanakan tugas dalam menyampaikan ilmu yang dipertanggungjawab- kan dengan lebih berkesan dan bermutu
  • 82.3 Cara Penyampaian Pengajaran Oleh Guru – guru Di Sekolah 2.3.1 Konteks Realistik . Seorang guru lebih cenderung dan lebih suka dalam memastikan murid dapat mengingat dan serta menerapkan pengetahuan yang disampaikan dalam kon- teks dunia nyata, iaitu pembelajaran yang memerlukan teknik hafalan yang ber- tujuan penghantaran kapada satu proses yang di namakan ‘inert knowledge” ( pengetahuan lengai ) , dimana kita mengetahui sesuatu tetapi tidak pernah me- nerapkannya dalam kehidupan nyata. 2.3.2 Interaksi Sosial Sesetengah rakan pengajar hanya ingin mengetahui sesuatu pembelajaran baru kepada murid adalah sangat terhad dan ia tidak dapat mengembangkan minda guru tersebut apatah lagi murid – murid di peringkat sekolah rendah yang masih memerlukan tunjuk ajar.. 2.3.3 Penyelesaian Masalah : Pengajaran yang melibatkan proses pemecahan masalah akan menjadikan se- suatu proses pengajaran dan pembelajaran itu menjadi aktif. Bagi murid yang berpengetahuan agak terhad, tetapi ia selaras dengan model kolaboratif, proses ini akan menjadikan perbincangan di antara mereka semakin berkembang den- gan menjelaskan perkara –perkara penting dalam sesi perbahasan. Hal ini terjadi adalah kerana penggunaan kenyataan asas, serta bahan-bahan utama masalah yang diperkenalkan oleh media (contohnya, kes - kes yang di tulis, asas-asas komputer, sketsa dan sebagainya) yang telah melaksana kannya secara baik. Kesalahan dalam pemilihan metod pembelajaran, merupakan kegagalan awal seseorang guru dalam melaksanakan tugas pembelajarannya di kelas. Oleh yang demikian, guru dikehendaki memiliki ketrampilan dalam mengimplementa- sikan pelbagai kaedah dan metod mengajar kepada murid – murid bagi menge- lakkan sikap tidak berminat terhadap sesuatu muridan. Guru yang kaya dengan kaedah atau metod mengajar, nescaya mereka dapat menciptakan suasana ke- las yang dinamis dan aktif. Murid akan menerima, memproses, dan memanipula- si informasi yang disampaikan oleh guru dan seterusnya menyimpan dalam ko- tak fikiran bagi menghubung jalin dan kaitkan pembelajaran mereka dengan sub- jek yang lain atau pada masa hadapan. Sejarah telah menyatakan bahawa me-
  • 9 dia dan teknologi memiliki pengaruh yang tinggi dan hebat terhadap pendidikan. Sebagai contoh, komputer dan internet telah dapat mempengaruhi proses pem- belajaran sehingga ke saat ini. Peraturan dari pendidik dan murid itu sendiri te- lah berubah kerana dipengaruhi media dan teknologi yang digunakan di dalam atau luar kelas. Perubahan ini sangat penting, kerana pendidik (guru) berhak menguji media dan teknologi dalam konteks belajar dan ia merupakan kesan pada hasil belajar murid yang berada dalam sesebuah proses pembelajaran. 2.3.4 Belajar Belajar merupakan satu proses pembangunan pengetahuan, kemahiran- kemahiran, atau pembangunan tingkah laku yang melibatkan interaksi individu, yang berkaitan kemudahan-kemudahan fizikal, psikologi, kaedah pembelajaran, media, dan teknologi. Belajar juga merupakan proses yang dilakukan sepanjang masa oleh semua individu sama ada dewasa ataupun kanak – kanak. Oleh yang demikian, belajar adalah proses yang melibatkan proses pemilihan, tatacara, dan penyampaian mesej yang pantas kepada alam sekitar dan bagaimana cara mu- rid akan berinteraksi dengan maklumat tersebut.3.0 PENGGUNAAN MODEL PENGAJARAN Terdapat beberapa pandangan kenapa harus seorang guru harus menggunakan media atau teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mpada hari ini. Heinich, et al (1989) telah menyenaraikan tiga rasional kenapa media harus digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran: i. Untuk menghasilkan arhan – arahan kepada pembelajaran yang berkesan. ii. Arahan atau penerangan harus dirancang secara sistematik dan baik sejurus dengan menggunakan prinsip reka bentuk instruksional, teori pembelajaran dan komunikasi. iii. Media juga boleh menyumbang dengan memudahkan perkembangan intelektual yang mana bebanan fikiran terlalu banyak untuk diharungi. Manakala mengikut (Yusup, 1998) pula, peralatan ( alat bantu mengajar )dan bahan yang dibina, harus dirancang terlebih dahulu dan dilaksanakan bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan/atau menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan efektif. Panduan umum mengguna media secara berkesan:
  • 10• Guru harus memilih media yang bersesuaian dengan topik dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang bakal dijalankan pada hari tersebut.• Bahan yang dipilih juga haruslah bersesuaian dengan ciri-ciri dan saiz kumpulan yang disasarkan samada kumpulan besar, kumpulan sederhana dan individu.• Guru juga harus mengetahui bahawa tiada suatu media pun yang sesuai bagi semua murid untuk semua jenis situasi pembelajaran. Strategi yang dipilih disarankan mengikut perkembangan masa kini ialah menggunakan pendekatan multimedia yang bersesuaian.Antara sumbangan – sumbangan bahan media terhadap pengajaran-pembelajaran yangmelibatkan multimedia dan teknologi yang berkaitan masa kini ialah :• Motivasi murid boleh dipertingkatkan.• Suasana baru dan beraneka jenis dapat diwujudkan dengan berkesan• Perhatian murid dapat ditarik dengan penggunaan pelbagai kemahiran pengajaran.• Penyertaan murid secara aktif dapat dipertingkatkan semasa sesi menjawab soalan atau soal jawab.• Peneguhan pembelajaran dapat dibuat tanpa menyebabkan kebosanan belajar• Pengetahuan dan pemgalaman murid dapat diperluaskan dengan memperkenalkan perkara-perkara baru yang belum pernah dipelajari• Ia juga boleh menjamin kepada pemikiran yang teratur dan berkesinambungan antara satu matapelajaran yang lain atau dunia luar yang berkenaan..Penggunaan media juga telah menukarkan daripada seorang pengajar kepada fasilitatorpembelajaran yang berpengetahuan tinggi. Media juga boleh digunakan dalam pelbagai situasipengajaran-pembelajaran, misalnya• Guru hendak mempekenalkan topik baru• Guru dapat memberi penjelasan, menginterpretasi dan mengukuhkan idea, konsep atau prinsip dengan mencari pelbagai jenis contoh melalui bahan ,edia yang diperolehi dari internet• Guru juga dapat mendemonstrasikan/ menunjuk cara sesuatu kemahiran, amalan atau siri tindakan dengan mudah dan tepat• Guru juga dapat merumuskan dan mengulangkaji pelajaran yang dipelajari pada hari tersebut dengan mencari bahan yang berkaitan ( sumber internet, video dan lain lain ) dengan lebih berkesan.• Guru juga boleh member latihan – latihan atau kerja rumah melalui blog – blog yang telah diwujudkan dan ini mengurangkan beban murid untuk membawa terlalu banyak buku ke
  • 11 sekolah• Guru juga dapat menilai hasil kerja murid yang diberikan melalui sistem internet yang telah diekplorasikanPenggunaan bahan media secara bersistematik dapat member beberapa kelebihan dan ia jugamerupakan batasan kepada sesetengah penggunaan bahan media kerana ia merupakanproses pemilihan dan penghasilan media berdasarkan model seperti model “ASSURE”, ADDIEdan DID.Kaedah dan model yang diaplikasikan kepada pengajaran adalah penting supaya sesuatuobjektif pembelajaran dapat dicapai dan juga dapat member impak yang besar kepadakumpulan murid yang terlibat. Bahan media yang dipilih dan digunakan dengan tepat dansepenuhnya dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangankepada murid dengan jelas dan tepat. Guru harus mereka bentuk pengajaran dan pembelajarandi sekolah kerana ia merupakan satu proses yang akan menjadikan satu pembelajran lebihsempurna dan objektif pembelajaran dapat dicapai dengan adanya perancangan yang lengkapdan sistematik. Seseorang guru juga perlu mengetahui perkara yang hendak disampaikansebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajarandengan menyediakan satuperancangan yang rapi untuk supaya proses tersebut akan menjadi dengan lebih efisien danberkesan.
  • 12Model reka bentuk pengajaran : Model ASSURE. Analisis murid Nyatakan objektif Pilih kaedah, media dan bahan Gunakan media dan bahan Penglibatan pelajar dalam pembelajaran Nilai bahan Rajah 1 : Model ASSURE3.1 Penggunaan Model ASSURE dalam menjalankan pengajaran oleh seseorang guru Langkah 1 : Analisis Murid Analisis murid merupakan asas utama kepada penggunaan Model ASSURE. Deskripsi tentang umur murid, tahun ( darjah ), latar belakang keluarga dan sebagainya merupkan ciri-ciri umum yang perlu di ambil kira sebelum sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran akan di mulakan. Maklumat – maklumat yang telah diperolehi boleh dijadikan bahan asas dalam pemilihan media dengan meneliti rekod murid dan guru boleh berinteraksi secara langsung dan dengan mengetahui harapan, sikap dan latar belakang murid. Maklumat juga boleh diperolehi melalui ujian- ujian kemasukan dan juga interaksi bersama mereka. Murid juga pernah mendapat maklumat melalui bahan rujukan dan boleh mendapat pendedahan melalui majalah dan television dan yang
  • 13 paling berteknologi ialah melalui internet. Guru harus memikirkan bahan media yang hendak digunakan perlulah disesuaikan dengan ciri-ciri murid, kandungan murid , kaedah, media dan bahan pembelajaran. Terdapat tiga perkara penting yang perlu diambil kira untuk menganalisis seseorang murid ialah dengan menggunakan sesuatu media dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan ciri-ciri murid supaya penggunaannya berkesan dan bermakna kepada murid itu sendiri. Perkembangan tahap kognitif dan fizikal murid yang akan diajar harus diambil kira dalam menganalisis murid sebelum menggunakan sesuatu jenis media supaya ia ada berkaitan dengan pemikiran murid – murid itu sendiri. Oleh yang demikian, bahan media yang digunakan dapat harus disesuaikan dengan tahap kognitif murid, kerana hasil pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan dan mudah difahami. Selain daripada itu juga, perbezaan antara budaya dan bahasa setiap murid harus diberi pertimbangan kerana Malaysia merupakan Negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang paling ramai di dunia maka guru harus menggunakan kaedah media yang betul – betul dapat di terima oleh mereka tanpa ada rasa dikecewakan dan sakit hati.Langkah 2: Nyatakan objektif Sebelum memulakan sesuatu jenis pengajaran yang akan melibatkan pelbagai jenis atau golongan murid , guru harus meletakkan satu objektif pembelajaran dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus kepada perkara yang sepatutnya dikuasai oleh murid. Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan objektif pembelajaran melalui huraian sukatan tahunan dan bukan objektif yang dibuat melalui minta guru untuk menyampaikan sesuatu pengajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian harus dipilih kerana guru akan memberikan tumpuan terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru yang perlu dikuasai oleh murid. Objektif pembelajaran juga harus berfokuskan kepada apakah pengetahuan sedia ada murid, kemahiran – kemahiran yang ada pada setiap murid ( secara rawak ) dan sikap yang baru yang ada pada murid. Contoh objektif yang harus dikuasai pada akhir pembelajaran : Di akhir muridan murid akan : i. mencari isipadu bentuk - 3Dimensi yang melibatkan kubus dan kuboid
  • 14Langkah 3: Memilih kaedah / metod , media dan bahan Proses pemilihan bahan, membaiki atau mengubahsuai media yang akan digunakan, guru perlu melihat secara keseluruhan kepada tingkat kebolehan murid dengan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Terdapat tiga perkara yang perlu dilakukan dalam melaksanakan langkah ini: i. Memilih kaedah / metod pengajaran Dalam satu - satu pengajaran, pelbagai jenis kaedah yang berbeza-beza boleh diaplikasi untuk tujuan penyesuaian dalam semua aktiviti pengajaran dan pem- belajaran yang dipilih seperti set induksi, pengenalan untuk konsep, aktiviti ber- kumpulan, latihan dan penutup. Bagi menarik perhatian murid, guru harus memikirkan pengenalan set induksi yang menarik dan diikuti dengan kaedah perbincangan, stimulasi, kaedah cuba jaya dan latihan dan latih tubi kerana ia merupakan sesuatu pengetahuan yang baru bagi murid. ii. Memilih media Guru seharusnya memilih bahan media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia merupakan faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan secara bermakna dengan baik atau sebaliknya. Peng- gunaan media yang boleh dijadikan pilihan adalah seperti slaid, video, tayangan multimedia blog, groups dan sebagainya yang mana boleh diperolehi menerusi sistem teknologi yang semakin canggih pada masa ini. Format media yang dipi- lih juga perlu bersesuaian dengan keupayaan murid terutamanya di peringkat rendah ( tahun 1, 2 dan 3 ). iii. Memilih bahan. Semua jenis bahan sumber pengajaran pembelajaran juga harus merujuk kepada isi murid yang berkenaan kerana ia merupakan focus utama kepada se- suatu pembelajaran. Bahan yang dipilih ialah Smart Board LCD, Layar , Kompu- ter Riba, Radio , Gambar Bentangan dan Gambar Bentuk Isipadu dan Ruang, Kad Bentangan 3Dimensi (kubus dan kuboid ), Pembaris Ukur, Kad Manila, Pen Marker, Pita Pelekat dan Lembaran
  • 15Langkah 4: Gunakan media dan bahan Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini menjadi penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan internet dalam proses pengajaran dan menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk nota dan latihan. Buku teks Sains tingkatan 5 juga digunakan. Media dan bahan yang telah dipilih akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran murid. Selain itu pemilihan bahan dan media tersebut adalah bersesuaian dengan pengalaman murid, jadi akhirnya dapat mendatangkan manfaat kepada para murid.Langkah 5: Penglibatan murid dalam pembelajaran Semasa proses pembelajaran sedang berlaku, guru harus memastikan penglibatab murid dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan, latih tubi dan sebagainya secara aktif. Guru harus memberikan pengukuhan secara serta merta ke atas tindak balas murid yang betul dan baik. Sebagai contoh murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membina soalan yang berkaitan tajuk Isipadu dan ruang dan pada masa itu kritikan bernas oleh kumpulan lain dalam membentuk peribadi yang sentiasa mencari salah bagi membentuk jati diri yang baik. Kemudian mereka juga dikehendaki mencari bahan melalui blog – blog tertentu atau laman web yang telah disenaraikan. Selepas itu latihan yang berbentuk struktur dan penyelesaian masalah juga diberikan kepada murid untuk tujuan penggayaan.Langkah 6 : Penilaian / semak semula bahan Setelah satu – satu sesi pengajaran selesai, penilaian yang merupakan proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah mahupun dilaksanakan. Guru harus membuat penilaian terhadap sesebuah pengajaran terhadap kesesuaian penggunaan bahan media, pembinaan bahan pengajaran, dan pencapaian murid mengikut keperluan. Penilaian juga perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan kelemahan serta keberkesanan bahan media yang digunakan secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan bagi mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam pengajaran. Penilaian juga proses membuat keputusan dan pertimbangan terhadap sesuatu nilai tentang sesuatu perkarakerana ia akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Secara umum, pencapaian seseorang murid akan dibahagikan kepada tiga perkara, iaitu:
  • 16 i. Prestasi murid dinilai berdasarkan rujukan kriteria (penilaian murid berdasarkan suatu set objektif yang telah ditentukan) ii. Prestasi murid dalam aspek kemahiran yang diuji, seperti menjawab soalan se- cara spontan atau berkumpulan, menjawab soalan samada secara sumatif atau formatif atau yang berkenaan. . iii. Sikap murid semasa sesuatu pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku . Penilaian terhadap seseorang murid boleh dinilai melalui pertanyaan untuk melihat pemahaman mereka, soalan yang diluar kawalan buku teks tetapi yang berkaitan ( pengetahuan sedia ada ) dan penglibatan semasa bersama kumpulan. Selain itu, murid juga boleh dinilai melalaui menjawab soalan berstruktur atau tidak berstruktur bagi menguji kefahaman dan pengetahuan sedia ada mereka.4.0 Kesimpulan Penggunaan model Assure merupakan satu proses pengajaran yang dapat memberi banyak kebaikan dan kelebihan kepada semua individu termasuk guru dan murid dalam menjadikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu lebih berkesan. Guru juga dapat mempelajari pelbagai jenis kaedah penggunaan bahan yang melibatkan media teknologi yang canggih pada masa kini. Daripada itu juga pengajaran akan lebih merangsang penglibatan murid – murid secara aktif dan dan dapat memberi kesan positif pada isi kandungan pembelajaran pada hari tersebut. Kaedah model ASSURE juga jika dipergunakan secara menyeluruh akan memberi kebaikan dan impak positif kerana ia merupakan model yang dapat meningkatkan keinginan murid untuk tahu lebih jauh pembelajran yang dipelajari. Murid juga dapat mengaplikasikan isi kandungan pelajaran yang dipelajari melalui kompuetr ( internet ) kepada dunia luar. Keudukan guru dalam mengharungi dunia IT masa kini juga dapat dipertingkatkan dan tidak hanya sekadar mengajar dengan penggunaan kaedah kuno “chalk and talk” sahaja. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru, mereka seharusnya menggunakan segala kemudahan yang telah dipermudahkan dan diperturunkan ke semua sekolah ( peralatan ICT ) dengan sebaik mungkin bagi memastikan setiap pengajaran dan pembelajaran menjadi pertambah baik dari tahun ke tahun.
  • 175.0 BibliografiAnglin, G. J. (1995). Instructional technology: Past, present, and future. Englewood: Colorado: Libraries Unlimited.Chin Yoon Poh. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. KL: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Finn, J. D. (1960). Technology and the instructional process, Audiovisual Communication Review, 8(1), 9-10.Kemp, J. E., & Smelline, D. C. (1994). Planning, producing and using instructional technologies (7th ed.). New York: Harper Collins.Norasiah Bt. Abdullah. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. KL: Oxford Fajar Sdn. Bhd.Roblyer, M. D. (2003). Integrating educational technology into teaching (3rd ed.). Upper Saddle River, N. J.: Merril Prentice Hall.Rozinah Jamaludin. (2005). Multimedia Dalam Pendidikan. KL: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Saettler, P. (1990). The evolution of American educational technology. Englewood, Colorado: Libraries UnlimitedSeels, B., & Richey, R. (1994). Instructional technology: The definition and domains of the field, Washington DC; AECT.Smaldino, S.E., Russell, J., Heinich, R., & Molenda, M., (2004). Instructional technology and media for learning. (8th ed.). Englewood Cliffs, N.J.: Prentice Hall.
  • 18Yusup Hashim (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti.