Program linus
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Like this? Share it with your network

Share
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
10,330
On Slideshare
10,018
From Embeds
312
Number of Embeds
4

Actions

Shares
Downloads
445
Comments
0
Likes
7

Embeds 312

http://jalall6791.blogspot.com 309
http://jalall6791.blogspot.com.au 1
http://jalall6791.blogspot.nl 1
http://jalall6791.blogspot.sg 1

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. PROGRAM LINUS
  • 2. PENGENALAN• Program LINUS ini adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.
  • 3. • Definisi Literasi: Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
  • 4. Kemahiran Asas Literasi:• TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.• TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.• TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.
  • 5. 12 Konstruk Yang Diukur Dalam Saringan Literasi:• Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.• Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.• Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.• Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.• Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
  • 6. • Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.• Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong• Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.• Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
  • 7. • Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.• Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.• Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
  • 8. Definisi Numerasi:• Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
  • 9. Kemahiran Asas Numerasi:TAHUN 1• -Kemahiran membaca, menulis dan mengira mengikut urutan nombor hingga 50.• - Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak• - Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
  • 10. TAHUN 2• - Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100• - Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi• -Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek.
  • 11. TAHUN 3• - Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.• - Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi• - Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai.
  • 12. 12 Konstruk Yang Diukur Dalam Saringan Numerasi:• Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka• Konstruk 2 : Keupayaan membilang• Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor• Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi• Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
  • 13. • Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu• Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas• Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia• Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.
  • 14. • Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya• Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat• Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.
  • 15. Rasional program LINUS ini adalah:• Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing.• Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap II.
  • 16. • Pendekatan bersepadu ini perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahun 1. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan sukar memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
  • 17. • Matlamat Program LINUS ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi menjelang 2012 kecuali murid berkeperluan khas.