Your SlideShare is downloading. ×

Unit 1

6,677

Published on

1 Comment
4 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
6,677
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
186
Comments
1
Likes
4
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. PEMARKAHAN 1. REFLEKSI 2. ESEI: (a) (b) 3. FORUM JUMLAH SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR PORTFOLIO PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR KUMPULAN EL - A11 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON NEELAWATHY A/P RAGHAVAN D20102041854 0174773448NAMA TUTOR E-LEARNING : PROFESOR MADYA DR. ABD LATIF BIN HAJI GAPORTARIKH SERAH : 4 DISEMBER 2011
  • 2. ISI KANDUNGAN Halaman1.0 REFLEKSI UNIT PEMBELAJARAN: 1.1 Perkembangan pendidikan di Malaysia ke arah pembangunan insan dan negara 1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK): Huraian dan penghayatan 1.3 Falsafah Pendidikan Guru: Pemikiran dan amalan profesion keguruan 1.4 Dasar-dasar dan halatuju pendidikan di Malaysia 1.5 Perancangan pembangunan pendidikan di Malaysia 1.6 Kurikulum sebagai wahana menterjemahkan Falsafah Pendidikan kebangsaan 1.7 Reka bentuk kurikulum di Malaysia 1.8 Penterjemahan dan pentafsiran kurikulum kebangsaan 1.9 Etika keguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia 1.10 Akta Pendidikan 19962.0 ESEI BERDASARKAN SATU UNIT PELAJARAN 2.1 Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. 2.2 Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran.3.0 FORUM E-LEARNING 3.1 Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai? 3.2 Perlukah Dasar PPSMI kembali dilaksanakan di sekolah- sekolah? Berikan hujah anda. 3.3 Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan. 3.4 Guru sebagai arkitek bangsa. Hujahkan. 3.5 Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin perkhidmatan yang cemerlang. Bincangkan.
  • 3. UNIT TAJUK 1.1 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA KE ARAH PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA. 1. Ringkasan Isi Kandungan UnitUnit ini telah menghuraikan perkembangan pendidikan pada peringkat awal sehinggalah eramilenium. Pada permulaanya, pendidikan adalah bebentuk keagamaan. Kedatangan Inggeristelah mengubah corak pendidikan yang akhirnya menjadi asas kepada kepelbagaian dalamsistem pendidikan. Perkembangan politik dan ekonomi tanah air telah menjadi faktor-faktorutama dalam perubahan sistem pendidikan. Pendidikan terus berkembang semasa penjajahanInggeris dengan memperkenalkan sekolah vernakular. Selepas kemerdekaan, pendidikannegara berasaskan kepada Penyata Razak 1956. Termaktubnya Falsafah Pendidikan Negarapada tahun 1987 memberi implikasi kepada pendidikan pada setiap peringkat. Pendidikan dinegara ini, melahirkan modal insan iaitu pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran bagimempertingkatkan produktiviti untuk kestabilan politik, sosioekonomi dan budaya. Perubahanpendidikan hari ini lebih mengutamakan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi dalam Sainsdan Teknologi supaya setaraf dengan negara lain. Secara umumnya, senario pendidikan dinegara ini daripada sebelum penjajahan Inggeris hinggalah ke era milenium kesemuanyaadalah tidak terpisah daripada mengambil kira hal-hal berkaitan perpaduan dan kemajuan kearah pembangunan dan kemakmuran negara. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya.Bil. Konsep Penjelasan 1. Sekolah vernakular sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah. 2. Dasar Pecah dan Perintah. Jurang perbezaan ekonomi dan sosial di kalangan kaum. ( devide and rule) 3. Dimensi instrinsik adalah alat semantik yang merupakan elemen untuk menjadi rujukan pada elemen yang lain. 4. Membina Minda Kelas satu proses untuk membangun dan memajukan daya Pertama pemikiran seseorang manusia bagi mencapai peringkat terulung. 5. Pendidikan Tradisional lebih betumpu perhatiannya terhadap ilmu-ilmu keagamaan semata dengan mengabaikan ilmu-ilmu moden.
  • 4. 3. Pandangan / komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang perkembanganpendidikan yang perlu ada pada seorang guru. Hal ini merupakan suatu perkara yang memberimanfaat kepada saya untuk mengembangkan potensi diri dan meningkatkan kualiti pendidikandari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan pada sekolah agama ataumadrasah. Sekolah-sekolah ini tidak dapat melahirkan masyarakat yang moden kerana tiadapenekanan kepada Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Ini menyebabkan kita kehilanganatau tidak dapat mengetahui pakar-pakar teknologi pada masa itu. Tetapi perubahanpendidikan hari ini lebih mengutamakan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi dalam Sainsdan Teknologi supaya setaraf dengan negara lain. Jadi sebagai seorang guru, haruslahbertanggungjawab untuk mewujudkan insan yang berpengetahuan sains dan teknologi.
  • 5. UNIT TAJUK 1.2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN(FPK) : HURAIAN DAN PENGHAYATAN. 1. Ringkasan Isi Kandungan UnitUnit ini menerangkan tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah pendidikan diMalaysia adalah suatu falsafah yang mempunyai ciri tersendiri. Bagaimanapun mengandungisebahagian unsur yang terdapat dalam falsafah pendidikan Barat,Timur dan Pendidikan Islam.Secara keseluruhan, FPK adalah mirip kepada rekonstruktivisme, dimana ia menekankanmatlamat pendidikan sebagai pencapaian kesejahteraan diri dan membentuk masyarakatkeharmonian dan kemakmuran, ini adalah disebabkan ia berasaskan kepada falsafakprogresivisme, maka falsafah pendidikan di Malaysia pula mengandungi ciri-ciri progresivismedan pragmatisme.Falsafah pendidikan Islam menekankan perkembangan individu dari segiintelek, rohani, emosi adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan, ini dapatdihayati dalam FPK yang mencerminkan ciri-ciri pembelajaran afektifutk perkembanganindividu. FPK juga menitikberatkan pembelajaran 3M dan dikehendakki mematuhi kewibawaanautoriti guru. Falsafah Pendidikan di Malaysia juga dikatakan mengandungi unsureessensialisme yang bercorak tradisional.Pada keseluruhannya FPK adalah berasaskanFalsafah Pendidikan Barat dan Falsafah Pendidikan Islam. Walaubagaimanapun FalsafahPendidikan di Malaysia sebenarnya dikenali sebagai falsafah eklektisisme(Eklektik) iaitufalsafah yang dicipta tersendiri daripada pelbagai falsafah yang sedia ada. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya.bil. Konsep Penjelasan1. Falsafah Bermaksud mencintai kebijaksaan atau kehikmahan.2. Metafizik Cabang falsafah yang membincangkan perkara-perkara yang berkaitan alam, jiwa, roh dan kehidupan. 3. Epistemologi Merupakan cabang falsafah yang membincangkan tentang teori ilmu pengetahuan. 4. Ilmu autoritatif Adalah ilmu yang berdasarkan kepada kuasa atau autoriti yang dipunyai oleh sesorang. 5. Potensi individu Merupakan bakat, kebolehan atau keupayaan yang ada pada seseorang individu.
  • 6. 3. Pandangan / komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya untuk merealisasikan hasratFPK yang perlu ada pada seorang guru. Peranan guru begitu besar dalam melaksanakanFalsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Guru bertanggungjawab memperkembangkan potensimurid secara menyeluruh dan bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar, pengurus, fasilitator,pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator, iaitu orang yang mendatangkanpembaharuan. Hal ini merupakan suatu perkara yang memberi manfaat kepada saya untukmemikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan berilmu dan bersahsiah tinggi danberperanan untuk merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangunbangsa dan negara di masa hadapan. Peranan guru amat penting dalam menyahut cabaranyang terkandung di dalam FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dannegara.
  • 7. UNIT TAJUK1.3 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU(FPG) : PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION KEGURUAN 1. Ringkasan Isi Kandungan UnitUnit ini mengandungi 4 bahagian yang berkaitan dengan perkembangan profesionkeguruan. Dalam bahagian pertama memberi fokus kepada perbandingan konsep keguruandan perguruan yang sering disalah tafsirkan penggunaannya. Falsafah PendidikanKebangsaan (FPK) menentukan bentuk. Proses dan matlamat pendidikan manakalaFalsafah Pendidikan Guru (FPG) merupakan halatuju dalam pembinaan watak guru darisegi pemikiran dan amalan. Watak guru berdasarkan kepada unsur sahsiah, ilmu ataupemikiran , tanggungjawab, nilai dan amalan. Pendidikan guru pula suatu prosesmembentuk watak guru yang bermula dengan pemikiran guru diikuti dengan perbuatanselayaknya sebagai seorang guru.Pembinaan guru yang berkualiti pula didasarkn kepadaFPG yang mengandungi maksud yang tersurat dan tersirat berkaitan dengan pengetahuan,kemahiran dan nilai yang perlu ada pada seorang guru. Seterusnya, Standard GuruMalaysia (SGM) berteraskan FPG. SGM dibentuk untuk memartabatkan profesion keguruanpada tahap antarabangsa dengan memberi penekanan kepada standard keguruan dankeperluan untuk mencapai standard tersebut. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. Konsep Penjelasan1. Falsafah pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas yang dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara saintifik, sistematik dan logical untuk mencari dan membukti kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.2. Standard Guru Suatu piawaian yang ditetapkan untuk mengenalpasti tahap Malaysia kompetensi profesional guru-guru di Malaysia.3. Kompeten Layak kerana mempunyai kecekapan untuk melaksanakan tugas & tanggungjawab yang diamanahkan.4. Falsafah Pendidikan Suatu pemikiran atau pandangan yang jauh bagi memantapkan Guru profesion perguruan.5. Profesion Sesuatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh orang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalismekeguruan anda.Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang ciri-ciri kualiti dankompetensi yang perlu ada pada seorang guru. Hal ini merupakan suatu perkara yangmemberi manfaat kepada saya untuk memahami serta meningkatkan tahap profesion saya.SGM memberi pendedahan tentang standard keguruan yang perlu dimiliki dan keperluanuntuk mencapai standard tersebut. SGM juga menjadi panduan kepada semua guru bagimelahirkan modal insan yang berguna kepada negara. Unit ini juga menerapkan etikaprofessional guru serta ilmu dan kemahiran yang perlu dimiliki oleh guru dalampenyampaian pengajarannya kepada murid.
  • 8. UNIT TAJUK1.4 DASAR-DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN DI MALAYSIA 1. Ringkasan Isi Kandungan UnitBab ini membincangkan dasar-dasar pendidikan dan cara perlaksanaan pendidikan yangdiamalkan di Malaysia. Perkembangan pendididkan di Malaysia berlaku mengikut apa yangtelah dirancangkan terlebih dahulu berdasarkan dasar-dasar yang ditentukan oleh kerajaan.Dasar digubal bagi menjadikan perjalanan kehidupan rakyat atau warganegara Malaysiadiatur dengan baik. Selain itu ,dasar juga bermatlamatkan keharmonian , keadilan,penambahbaikan dan pemantapan kehidupan rakyat. Dasar-dasar digubal kepada empattujuan utama iaitukawalan , solusi atau penyelesaian masalah , kebajikan atauperkhidmatan dan inovasi dalam bidang pendidikan. Proses pembuatan dan perlaksanaansesuatu dasar memerlukan perancangan yang teliti dan bersistematik demi mencapaimatlamatnya. Pelaksanaan d asar juga melibatkan kos, risiko dan sumber manusia yangpakar dan bilangan yang ramai. Penggubalan dasar pada asasnya dilakukan pada peringkatkabinet. Kemudian diikuti dan diterjemahkan pada peringkat kementerian pelajaran, JabatanPelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah-sekolah. Guru-guru di sekolahpula pelaksana dasar yang diarahkan. Guru perlu akur dengan dasar yang telah dibuat danmelaksanakannya dengan sebaik-baiknya. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan1. Dasar Satu pengistiharan (hasrat dan ideologi kerajaan ) dibuat dari semasa ke semasa untuk menyelesaikan atau mendapatkan hasil atau mencapai objektif.2. Sistem Adalah suatu jaringan kerja dari prosedur-prosedur yang saling berhubungan, berkumpul bersama-sama untuk melakukan sesuatu kegiatan atau untuk menyelesaikan suatu sasaran tertentu.3. Glokal Glokal adalah penyatuan minda dan penyatuan tindakan yang memberikan kekuatan secara tempatan (lokal) dan juga di peringkat antarabangsa dalam menangani masalah Orang di dunia dan akhirat.4. Dualisme Teori yang berasaskan dua dasar yang berlainan‟ atau „perihal yang mendua, sesuatu yang berasaskan dua hal yang bertentangan.‟5. Inovasi Amalan atau bahan yang boleh membawa pembaharuan seseorang individu atau sistem social.
  • 9. 3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang dasar-dasar dansistem perlaksanaan pendidikan di Malaysia.Sebagai seorang guru saya dapat lebihmengenal tentang empat jenis tujuan dalam pengubalan dasar pendidikan di Malaysia.Maklumat-maklumat ini sudah pasti akan membantu saya menambahkan sedikit sebanyakilmu tentang dasar-dasar yang diamalkan di negara kita. Saya dapat memahaminya sertadapat melaksanakan dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan kita di peringkat sekolah.
  • 10. UNIT TAJUK 1.5 Rancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia 1. Ringkasan Isi Kandungan UnitUnit ini menjelaskan mengenai rancangan pembangunan pendidikan yang menerusiRancangan Malaysia. Ia diterangkan secara terperinci melalui lima fasa. Iaitu ZamamPramerdekaan, Zaman Pasca Merdeka, Zaman Dasar Ekonomi Baru, Zaman DasarPembangunan Negara dan diikuti dengan Zaman Dasar Wawasan Negara. Selain daripada itu,perubahan – perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan juga dinyatakan dengan jelasdari tahun 1991 hingga sekarang. Penerangan yang mendalam mengenai setiap enam terasstrategik yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) juga terdapatdalam unit ini. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya.Bil. Konsep Penjelasan 1. Pelan Induk Merupakan piawaian dan penanda aras yang dijadikan contoh untuk mencapai status negara maju. 2. Dasar Suatu pengistiharaan hasrat atau ideologi kerajaan untuk mencapai sesuatu objektif. 3. Model Insan Diertikan sebagai sumber manusia yang dipunyai oleh negara bagi keperluan pengisian peluang-peluang ke arah pembangunan negara. 4. Teras Sesuatu yang terpenting. 5. Laporan Informasi yang terpenting disusun dan disajikan perusahaan dalam bentuk dokumentasi. 3. Pandangan / komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.Maklumat yang terdapat dalam unit ini dapat meluaskan pengetahuan sedia ada saya dalamkonteks pelaksanaan PIPP yang memainkan peranan yang amat penting sekali untukmemperkukuhkan dan menjayakan sistem Pendidikan Negara kita ini. Insan yang digelarsebagai pendidik, kita bukan sahaja mencanangkan apa yang terkandung dalam Teras PIPP .Malah kita perlulah memperhalusi secara mendalam keenam – enam teras PIPP ini supayadapat merealisasikan aspirasi dan impian sistem Pendidikan di Negara kita. Tanggungjawabmembangunkan modal insan yang bakal memacu transformasi Negara ke arah ekonomiberasaskan celik ilmu, serta pembangunan model insan yang menyeluruh aruslah diutamakan.
  • 11. UNIT TAJUK 1.6 Kurikulum Sebagai Wahana Menterjemah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) 1. Ringkasan Isi Kandungan UnitUnit ini menerangkan tentang Dasar Kurikulum. Kurikulum dijadikan sebagai satu bidang kajianilmu. KPM memainkan peranan yang amat penting sekali dalam pembangunan danperkembangan kurikulum kebangsaan. Elemen yang penting dalam kurikulum adalah sepertikandungan, rancangan, kaedah dan penilaian. Kurikulum dibahagikan kepada kurikulum formaliaitu kurikulum yang terancang dan terkandung dalam sistem Pendidikan Di Malaysia. Manakalakurikulum tidak formal adalah kurikulum yang tidak dikawal dan terancang seperti Ko-kurikulumdan kurikulum tersembunyi. Peranan FPK dan perubahan yang terkini dalam dasar kurikulumjuga dinyatakan dengan terperinci dan jelas dalam unit ini. KSSR merupakan kurikulum yangterkini bagi menggantikan KBSR yang menekannkan 4 elemen yang utama iaitu menulis,membaca, mengira dan menaakul. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya.bil. Konsep Penjelasan1. Kurikulum Formal Merangkumi akademik yang dijalankan melalui kurikulum pengajaran dan kurikulum operasi. 2. Ko-kurikulum Semua aktiviti tambahan yang dijalankan selepas waktu pengajaran sekolah. 3. Menaakul kemahiran berfikir yang membolehkan seseorang pelajar itu membuat keputusan berdasarkan akal dan logik. 4. Kurikulum Tidak Segala ilmu yang diterima daripada pengalaman yang dipelajari Formal secara tidak langsung. 5. Falsafah Pendidikan Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti Kebangsaan pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. 3. Pandangan / komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.Kandungan unit ini, menjadi haja tuju yang jelas kepada golongan pendidik dengan menjelasdan menekankan pendidikan yang berkesan dalam apa jua dasar kurikulum yang dilaksanakan.Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi wahana dan garis panduan kepada Negara untukbertindak mengikuti proses – proses yang dijalankan ke arah matlamat yang dihasratkan. Iaakan menjadi kenyataan apabila kurikulum yang dibangunkan bersifa sempurna yangmerangkumi pendidikan pada semua peringkat dan bersifat senteralisasi. Kurikulum sepertiKSSR adalah bersifat dinamik dan fleksibel disesuaikan dengan keadaan yang semasa.Sebagai warga pendidik kita harus mendalami matlamat KSSR untuk melahirkan model insanyang berkualiti tinggi sepertimana yang impikan dalam FPK.
  • 12. UNIT TAJUK 1.7 REKA BENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA 1. Ringkasan Isi Kandungan UnitKurikulum kebangsaan didokumentasikan dan dikenali mengikut tahap dan jenispendidikan.Iaitu Kurikulum Standard Pra Sekolah(KSPS),Kurikulum Standard SekolahRendah(KSSR),Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM) dan KurikulumPendidikan Khas(KPK).Prinsip dan Model Tyler(1949) digunakan dalam perkembangankurikulum.Langkah-langkah pengembangan kurikulum menurut Model Tyler ialahMenentukan Matlamat/Objektif,Pemilihan Kandungan,Prinsip Penyusunan KandunganDalam Reka Bentuk Kurikulum dan Penilaian.Terdapat beberapa kelemahan dalam modelTyler iaitu,terlalu tertakluk kepada objektif,terlalu linear dan terlalu terbuka.Bagi mengatasimasalah ini model ini diubahsuai dan dinamakan Model Interaksi.Pola dan orientasi rekabentuk kurikulum adalah berpusatkan akademik,berpusatkan pelajar dan berpusatkanmasalah. Model CIPP digunakan bagi penilaian kurikulum.Terdapat empat peringkat dalammodel ini.Iaitu Peringkat Penilaian Konteks,Peringkat Penilaian Input,Peringkat PenilaianProses dan Peringkat Penilaian Produk.Pengaruh Perspektif terhadap ilmu terhadap rekabentuk kurikulum.Secara umum terdapat dua perspektif ilmu iaitu perspektif objektivis yangmelaksanakan kaedah deduktif dalam pengajaran ,dan perspektif konstruktivisme yangmelaksanakan kaedah induktif.Pelbagai faktor dan model diambil kira untuk membentukkurikulum. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan1. Prinsip Penyusunan Panduan dalam menentukan tujuan halatuju pendidikan,isi kurikulum kandungan,proses pelaksanaan,aktiviti/pengalaman pembelajaran dan penilaian.2. Prinsip kesinambungan Pemeringkatan ilmu,kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai Kandungan oleh pelajar.3. Prinsip Ketertiban Jumlah timbun- tambah ilmu, kemahiran dan nilai yang dibina kandungan menerusi pembelajaran yang dilaksanakan merentas waktu.4. Prinsip kesepaduan Menetapkan agar pengalaman pembelajaran dihubungkaitkan kandungan antara satu sama lain supaya pembelajaran lebih bermakna.5. Prinsip Litupan(skop) Keluasan dan kedalaman kandungan yang perlu dimuatkan dalam sesuatu kurikulum dan pengajaran. Kandungan
  • 13. 3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.Pada pendapat saya,perkembangan kurikulum direka dengan teliti supaya dapat melahirkanmurid yang kualiti. Perkembangan Kurikulum yang sempurna dan bersesuaian dapatmembantu pengajaran dan pembelajaran.Melalui unit ini saya dapat mengetahui caraperkembangan kurikulum dibina.Pelbagai faktor-faktor mencorakkan kurikulum yang direkadan menentukan hasil akhir yang diperolehi.
  • 14. UNIT TAJUK 1.8 PENTERJEMAHAN DAN PENTAFSIRAN KURIKULUM KEBANGSAAN 1. Ringkasan Isi Kandungan UnitPeranan Kurikulum Kebangsaan ialah melahirkan tenaga kerja yang mahir,penyebaran ilmupengetahuan,perkembangan individu secara menyeluruh,penerapan dan perkembangannilai-nilai murni dan pembentukan masyarakat Malaysia yang bersatu padu.Objektifkurikulum adalah Domain Kognitif,Domain Afektif dan Domain Psikomotor.Matlamatkurikulum adalah kembangkan potensi pelajar,asas untuk pengetahuan lanjutan,melahirkaninsan yang sempurna(JERI),membentuk warganegara yang dapat memberi sumbangankepada diri,keluarga,masyarakat dan negara dan menjadikan pelajar yang bolehmenggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah harian.Perkarayang perlu dipertimbangkan semasa menyatakan objektif adalah fokuskan kepada pelajardan menggunakan perubaha tingkah laku pelajar sebagai rujukan.Beberapa kriteria perludiambil kira semasa menulis objektif.Kriteria tersebut adalah jangkaan hasil,pelajar,sebelump&p kesan dan eksplisit.Ada beberapa proses dalam penterjemahan kurikulumPenterjemahan kurikulum sekolah kepada proses pengajaran dan pembelajaran.Iaituanalisis kurikulum,tentukan keperluan kurikulum,konteks pengajaran pelaksanaanpengajaran dan pembelajaran,penilaian dan semakan semula. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan1. Domain Objektif Pengetahuan,kefahaman,aplikasi,analisis,sintesis dan Kognitif penilaian.2. Domain Objektif Perwatakan,mengorganisasi,menghargai,memberi tindak balas Afektif dan menerima.3. Domain Objektif Naturalisasi,artikulasi,ketelitian,memanipulasi dan meniru. Psikomotor4. Kurikulum Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan Kebangsaan kegiatan kokurikulum yang membantu dari segi jasmani,mental ,emosi dan rohani.5. Kurikulum sekolah Segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah.
  • 15. 3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.Pada pendapat saya unit ini menerangkan tentang kurikulum sebagai satu jambatanmenghubungkan dengan matlamat.Unit ini juga memberi penjelasan kepada saya , tujuanmenulis objektif dan matlamat bagi sesuatu pengajaran dan pembelajaran.Selain itu,sayadapat mengetahui lebih dalam tentang penterjemahan kurikulum.Saya juga dapatmenambahkan idea untuk menyediakan satu rancangan pengajaran harian yang berkesanmelalui unit ini.
  • 16. UNIT TAJUK 1.9 ETIKA KEGURUAN DAN PERATURAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 1. Ringkasan Isi Kandungan UnitGuru dianggap sebagai arkitek dan jurutera sosial dalam mencorak danmembangunkan bangsa Malaysia pada masa depan. Jadi kerajaan telah membentuksatu dasar yang dapat mengharmonikan perjalanan guru melalui etika dan peraturanyang menjadi panduan sifat dan kualiti guru yang profesional.Dalam bidangpendidikan, etika keguruan dimaksudkan sebagai satu set tingkah laku atautanggungjawab guru terhadap pelajar, ibu bapa,masyarakat dan negara,rakan jawatsera profesion.Etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia mengikut enamprinsip.Seterusnya, kod etika keguruan dapat memartabatkan profesion itu sendiridengan tingkah laku dan tanggungjawab guru itu sendiri .Di samping itu, selain kodetika ini pelbagai dasar dan peraturan menjadi panduan membentuk guru sebagaiinsan yang baik. Kesimpulannya, dengan kod etika keguruan dan peraturan,peraturanyang digubal, kementerian Pelajaran Malaysia percaya dapatlah membentukseseorang guru yang kualiti ,produktiviti,dan disiplin dalam perkhidmatan denganmemberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturanperadaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan1. Etika Profesionalisme Satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibu bapa,masyarakat dan negara dan rakan sejawat Keguruan serta profesion . oleh itu, setiap guru berkhidmad wajib akur dan tidak melanggar etika ini.2. Tatasusila Profesion Pendidikan membentuk warganegara yang berilmu,yang taat Keguruan setia,yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan pencapaian hasrat yang gemilang.maka dengan ini, tatasusila profesion keguruan menjadi panduan untuk membolehkan guru menyempurnakan profesion keguruan ke taraf kesusilaan yang setinggi – tingginya.3. Akauntabiliti Akauntabiliti keguruan merangkumi tanggungjawab yang harus keguruan difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru terhadap pelajar, diri guru itu sendiri ,sekolah , masyarakat dan negara
  • 17. serta profesion keguruan . ia juga membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas – tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi untuk melahirkan modal insan seperti yang di cita – citakan negara.4. Etika kerja Ia menjadi garis panduan untuk meningkatkan tahap kualiti , Kementerian produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi Pelajaran Malaysia penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan,peradaban,peranan,nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.5. Peraturan Dalam Peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Pendidikan perkhidmatan awam amnya. Peraturan – peraturan ini adalah untuk menghukum pegawai awam yang didapati melanggar peraturan supaya dapat membaiki tingkah laku untuk menjadi panduan dan pengajaran kepada orang lain. 3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.Pada pendapat saya unit ini menerangkan bahawa guru adalah penjana transformasipendidikan negara.Guru harus memiliki sikap profesional ,mempamerkan ciri – ciri kekuatanteori, kaya dengan ilmu, bertindak diatas landasan etika dan tatasusila kerja,sentiasaberusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran, menampilkan watak terpuji, berimej,berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa dan berupayamelahirkan pelajar yang mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti dan serba boleh. Jadidalam konteks Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan sifat dankualiti guru yang profesion melalui kod etika profesionalisme keguruan, etika kerja PelajaranMalaysia, tatasusila Profesion keguruan Malaysia,akautabiliti keguruan serta peraturandalam pendidikan.Keseluruhannya, kesemua peraturan dan tanggungjawab inidiperkenalkan untuk membentuk guru sebagai insan yang mulia. Tambahan pula, peraturantersebut merupakan satu sistem kawalan disiplin kepada guru dalam bentuk pembentukan,penghukuman dan langkah – langkah peningkatan disiplin. Dengan ini dapat mewujudkanperkhidmatan yang menepati slogan ‟ bersih cekap dan amanah‟.
  • 18. UNIT TAJUK 1.10 AKTA PENDIDIKAN 1996 1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Akta pendidikan 1996 menyatakan bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuannegara dan penyelamat bangsa.Tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakatMalaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yangberdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat dalam sainsdan teknologi maklumat. Akta ini dianggap sesuatu yang perlu, selagi ia selaras dengandasar itu, dengan menyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidak melibatkanperbelanjaan awam yang tidak munasabah, untuk mengambil kira akan prinsip am bahawamurid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing. Akta ini merupakan suatuAkta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yangberkaitan dengannya. Akta pendidikan 1996 ini memberikan implikasi penting kepadapendidikan prasekolah, pendidikan rendah serta peruntukan kuasa Menteri pelajaran.Program pendidikan ini telah dirancang untuk menjadi kunci kepada penyelesaipembasmian kemiskinan dalam kalangan rakyat dan seterusnya memantapkan perpaduannegara. Akta pendidikan 1996 telah memastikan perkembangan pendidikan Malaysia yangsentiasa dinamik. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya.Bil Konsep Penjelasan1. Penyata Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato Tun Abdul Razak Hussein Razak 1956 menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam system pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai PenyataRazak (1956).Tujuan Penyata Razak adalah Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah.2. Ordinan Ordinan pelajaran 1957 ini menyatakan tentang Peraturan-Peraturan Pelajaran Pelajaran (Disiplin Sekolah), 1959, dan hendaklah dipakai bagi semua 1957 sekolah.peraturan inidisimpan di bawah seksyen 59 Ordinan. Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas Guru-Guru dan murid-murid sekolah itu.3. Laporan Selepas pilihan raya 1959,sebuah jawatan kuasa yang diketuai oleh Rahman Abdul Rahman Talib telah ditubuhkan untuk mengkaji semula syor - Talib 1960 syor–dalam laporan razak.4. Akta Matlamat dasar ini ialah untuk mewujudkan persefahaman dan
  • 19. Pelajaran perpaduan dikalangan rakyat.sistem KBSR dan KBSM diperkenalkan 1961 melalui akta ini.5. Akta pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan Pelajaran negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi 1996 kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. 3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.Pada pendapat saya, unit ini menerangkan tentang pembentukan, kandungan dan implikasiAkta pendidikan 1996. Akta pendidikan ini telah memastikan perkembangan pendidikan diMalaysia yang sentiasa dinamik dan juga perkembangan pendidikan dalam diri sayasebagai seorang guru.Ia juga menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikanyang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu yangsepenuhnya dalam diri saya untuk mencapai aspirasi negara Malaysia.
  • 20. Esei ilmiah : Unit 2 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) : Huraian dan Penghayatan.Soalan : a) Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. Dalam sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan sekarang, falsafah pedidikan tidakdinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun, hasrat dan matlamat pendidikan negaratelah dicerminkan dalam Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961 danLaporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Dalam konteks pembangunan negara, sistem pendidikankebangsaan ini dikaitkan pula dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Keperluan untuk menyatakanFalsafah Pendidikan Negara secara tersurat telah lama disedari. Falsafah Pendidikan ini dapatmenjadi cermin cita-cita dan keunggulan yang hendak diperjuangkan oleh rakyat negara ini.Selaras dengan hasrat dan cita-cita ini Falsafah Pendidikan Negara memberi impak terhadapperkembangan profesionalisme keguruan. Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandanganyang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usahakajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialahmencari serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Berdasarkan huraian di atas, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arahtuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Maka,Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasionaldan kritis berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikandalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. Falsafah PendidikanKebangsaan ini akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala kepada segala usahapendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan. Sehubunganini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakarpendidikan yang mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluanindividu, masyarakat dan negara. Berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan atas Laporan dan Akta Pendidikan,Rukun Negara dan ciri-ciri kebudayaan masyarakat Malaysia, maka Falsafah Pendidikan
  • 21. Kebangsaan yang dinyatakan berikut digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988.“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagipotensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonisdan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dankepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan mencapaikesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuranmasyarakat dan negara.” Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah dihuraikan diatas,maka Matlamat Pendidikan Negara ialah bertujuan melahirkan insan yang baik dan sempurnasupaya menjadi warganegara Malaysia yang berguna. Dengan perkataan lain, MatlamatPendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki sertamenghayati ciri-ciri kepercayaan dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlakmulia, bertanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat, agama dan negara, memiliki sahsiahyang seimbang dan sepadu serta memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. Pendidikan pada masa kini adalah sesuatu yang berharga. Pendidikan yang terbaikmestilah datang dari pendidik atau guru yang yang terbaik. Falsafah Pendidikan Kebangsaanmerupakan asas yang menjadi panduan bagi sistem pendidikan di Malaysia. Kefahamanterhadap kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan semestinya akan memberi kepuasankhususnya kepada warga pendidik itu sendiri dalam menunaikan amanahnya kepada anakbangsa. Apabila seseorang pendidik itu memahami kehendak Falsafah PendidikanKebangsaan, maka hasilnya adalah bangsa yang berjaya bukan sahaja dari akademiknya,malah akhlaknya jua. Falsafah Pendidikan Kebangsaan memberi impak dalam diri seseorangguru melalui: i) Kepuasan bekerja Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan minat secara mendalam yang datang darihati akan melahirkan satu perasaan yang dinamakan kepuasan, di mana dari kepuasan itu akanmenzahirkan produk yang berkualiti. Begitulah juga konsepnya dalam sistem pendidikan, dimana apabila seseorang guru itu melaksanakan tugasnya dengan penuh komitmen sambilmenjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai panduan, maka lahirlah kepuasan di
  • 22. dalam diri seseorang guru itu selepas segala amanah yang digalas terlaksana. Hasilnya, insanyang berjiwa serta seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani dan intelek telah Berjaya bebasdari kepompong kejahilan.ii) Sikap Bangsa yang berjaya bukanlah diukur dari segi pencapaian akademik sahaja, malahsikap turut menjadi elemen penting dalam melahirkan bangsa yang berkualiti bagi sesebuahnegara. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, hasil daripada usahamemperkembangkan potensi seseorang individu adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yangberilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberisumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Bagi mencapaimatlamat tersebut, sikap individu itu adalah penting. Tanpa sikap serta sahsiah diri yangcemerlang di dalam diri individu, maka usaha untuk mencapai kesejahteraan diri sukar untukdicapai kerana mereka ini dianggap gagal untuk menjaga sikap atau akhlak terhadap dirisendiri. Apabila diri gagal dipimpin, maka jauh sekali kepimpinan serta sumbangan terhadapkemakmuran masyarakat dan negara dapat disumbangkan. Ini adalah kerana, sikapmemainkan peranan yang penting untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu perkara yangdiusahakan. Dapat dilihat bahawa sikap memainkan peranan penting dalam diri seseorangpelajar di mana ianya menjadi antara tugas guru bagi memastikan pelajarnya bukan sahajahebat di dalam akademik mahupun kokurikulum tetapi sahsiahnya juga penting. Apabilaseimbang intelek, rohani, emosi dan jasmani, maka potensi individu yang dikembangkan akanseimbang.iii) Hasil Pembelajaran Hasil pembelajaran pelajar dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan yang dijalankanoleh pihak sekolah atau kementerian di mana ianya juga merupakan keluaran bagi mutu kerjaseseorang guru. Jika tinggi peratusan pelajar yang berjaya dalam peperiksaan, makaberhasilah usaha yang dijalankan guru tersebut. Jumlah pencapaian pelajar cemerlang atausebaliknya akan memberi kesan terhadap kualiti kerja guru tersebut. Menurut kajian olehMcClelland (1961) di dalam Sidek Mohd Noah dan Mohd Ali Jaamat (1998) menunjukkanbahawa pencapaian akademik yang tinggi seringkali dikaitkan dengan individu yang mempunyaimotivasi pencapaian yang tinggi. Guru adalah medium penting dalam meningkatkan motivasipelajar terutamanya ketika sesi pembelajaran dijalankan. Cara menjana motivasi atausemangat pelajar adalah bergantung kepada kreativiti guru bagi memastikan pencapaian
  • 23. pelajarnya cemerlang. Apabila seorang guru itu memahami antara kehendak FalsafahPendidikan Kebangsaan di mana mewujudkan pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi,maka usaha yang diberikan oleh guru itu bukanlah hanya melepaskan batuk ditangga namunianya adalah sebaliknya demi menjalankan amanah yang dipikul oleh guru itu. Oleh yangsedemikian, hasilnya adalah pelajar yang mempunyai keputusan yang cemerlang.iv) Menerapkan falsafah dalam bilik darjah Falsafah dalam bilik darjah bermula dengan tindak balas pelajar terhadap bahanstimulus seperti sebuah cerita pendek atau puisi yang diberikan guru. Bahan stimulusmelahirkan rasa ingin tahu pelajar dengan menumpukan kepada isu besar yang relevan dengankehidupan mereka, seperti isu semasa yang melibatkan masyarakat setempat atau global. Guruseharusnya berupaya memilih dan bahan atau alatan yang betul bagi membangkitkan rasaingin tahu pelajar terhadap subjek yang dipelajari. Ini kerana falsafah digambarkan denganpersoalan yang berkaitan dengan masalah minda, pemikiran, pengetahuan,imaginasi daninteraksi di antara minda. Mewujudkan persoalan di kalangan pelajar adalah satu carabagaimana falsafah dipraktikan di dalam bilik darjah. Guru menunjukcara bagaimana kemahiran diaplikasikan seperti kemahiran memateriseharusnya mendorong rasa ingin tahu pelajar yang akan merangsang minda pelajar untukberfikir dan mengutarakan persoalan yang timbul dari kotak pemikiran mereka. Hal ini keranafalsafah akan mendorong pemikiran sehingga peringkat kesedaran dan mendorong kepadapencarian terhadap pilihan yang kreatif, pandangan yang berbeza dan membawa kepadaberfikir. Ketika mengaplikasikan falsafah dalam bilik darjah, guru perlu menumpukan perhatianterhadap kandungan serta proses yang membawa kepada pembentukan masyarakat yang rajinuntuk berfikir. Ini kerana menurut Beyer (1990) dalam Hinton (2003) fokus falsafah dalam bilikdarjah bukan pada apa yang harus difikir, tapi tentang cara berfikir. Bagi membentuk pelajar menjadi masyarakat sedemikian rupa guru bolehmengaplikasikan aktiviti pembelajaran yang melibatkan perbincangan dalam kumpulan bagimendorong pelajar untuk berfikir dan berdebat dalam mencari kebenaran. Melalui aktivititersebut cara berfikir pelajar dapat diasah dan dibentuk. Antara kaedah berfikir seperti yangdisarankan dalam falsafah bagi mendorong pelajar berfikir secara kritis telah dinyatakan olehCam, (1995) seperti mendefinisikan istilah, menarik kesimpulan deduktif, menganalisakenyataan bersyarat dan membina analogi.
  • 24. Kesimpulan Selain mengetahui kaedah untuk mengaplikasikan falsafah dalam bilik darjah seseorangbakal guru yang didedahkan dengan falsafah juga sering diasak dengan persoalan yang timbuldalam diri mereka sendiri. Lantaran daripada itu, guru pada hari ini lebih senang bertindakmengikut logik akal semata-mata apabila berdepan pelajar atau menghadapi sebarang masalahdi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengabaikan Falsafah PendidikanKebangsaan yang seharusnya menjadi panduan kepada mereka dalam membuat sesuatukeputusan. Bagi mengembalikan kesedaran guru akan kepentingan Falsafah PendidikanKebangsaan terdapat beberapa strategi yang boleh dilaksanakan. Strategi ini seharusnya diberiperhatian dan dilaksanakan bagi menyediakan serta melengkapkan guru pada hari esokdengan kefahaman falsafah yang baik. Strategi ini turut melibatkan bakal-bakal guru yangmasih menerima latihan dan pendidikan bagi melayakkan mereka bergelar seorang guru.Pertama sekali, falsafah dan guru adalah kompenen terpenting yang harus diberi perhatiandalam sebarang proses latihan pengajaran. Melalui strategi ini, guru-guru yang berada di dalamproses latihan mengajar boleh menghayati falsafah pendidikan dengan memfokuskanpengajaran mereka. Seterusnya, dalam melengkapi seseorang guru bagi masa hadapan adalah penting bagimereka memahami diri mereka dengan lebih baik. Adalah menjadi tanggungjawab institusi yangmemberi pendidikan dan latihan kepada guru untuk melatih bakal-bakal guru denganmerangsang latihan intelektual mereka. Persoalan-persoalan yang ditimbulkan mampumerangsang intelektual guru untuk sentiasa berfikir secara kreatif dan kritis. Proses mencarijawapan kepada persoalan tersebut turut membawa guru-guru mendekati dan menghayatifalsafah. Menjadi seorang guru yang baik bukanlah suatu tugas yang mudah, kerana seorangguru yang baik diperlukan bagi menghasilkan manusia pada masa hadapan yang akanmenentukan naik turun sesebuah negara bangsa. Bagi menjadi seorang guru yang baik, tidakcukup bagi mereka jika hanya mempunyai pengetahuan dalam bidang kepakaran merekasahaja. Tidak cukup juga jika guru hanya memiliki tekad untuk mengajar para pelajar denganbaik, ini kerana bagi menjadi seorang guru yang baik, pelbagai aspek perlu dimiliki. Banyakaspek guru yang baik perlu diisi agar memenuhi tujuan-tujuan sebenar pendidikan. Salah satuaspek penting tersebut adalah kefahaman guru terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • 25. Soalan : b) Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran. Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerjadan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu danmenyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) selaras dengan FalsafahPendidikan Kebangsaan (FPK). Bagi menyempurnakan hasrat Falsafah PendidikanKebangsaan ini, para guru telah diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagaipendidik bukan sahaja dari segi penyebaran ilmu bahkan dalam pembentukan sahsiah anakdidiknya. Generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi dapat melahirkan bangsa yangbertamadun. Pihak pentadbir dan perancang sentiasa mengharapkan agar guru mempunyaicita-cita unggul iaitu membina masyarakat yang bertamadun tinggi. Apabila Falsafah Pendidikan Kebangsaan dihayati, guru harus sedar bahawa merekasebenarnya memikul tanggungjawab yang amat berat. Guru perlu mencurahkan ilmu sama adapelajarnya mahu atau tidak mahu menerimanya. Di samping itu, mereka harus peka denganperubahan semasa dan menyesuaikannya secara bijak bagi menangani masalah pengajarandan pembelajaran terutama yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Pada amnya, guru perlupakar atau profesional dalam segala bidang. Untuk menjadi guru yang profesional, seseorangguru itu harus menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan danpembentukan sahsiah (Robiah, 1998). Mereka bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah profesional. Terdapat banyakcabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman untuk merealisikan FalsafahPendidikan Kebangsaan yang perlu dilalui oleh setiap guru melalui pelbagai aspek. Professionperguruan merupakan profession yang sangat memcabar dan memerlukan persedian yangcukup daripada segala segi seperti jasmani,emosi,rohani dan intelek. Tanpa keperluan-keperluan ini tidak mungkin seorang guru mampu mengajar dengan baik dan berkemungkinanbesar gejala seperti guru stress dan sebagainya akan berlaku. Mari kita memikirkan sejenakapa yang dipaparkan di dada akhbar mengenai guru bermasalah, guru mengalami tekananemosi dan sebagainya. Mengapakah perkara-perkara begini berlaku ? Perkara-perkara ini
  • 26. berlaku berkemungkinan disebabkan pengawalan emosi yang tidak baik dan tidak mampu danbelum bersedia menghadapi cabaran-cabaran yang diterima. Setiap profession mempunyai cabarannya yang tersendiri tidak kira professionkedoktoran, perguruan,kejuruteraan dan sebagainya dan cabaran-cabaran ini mungkin terdapatperbezaannya pada jenis dan keadaanya.Profession perguruan menjurus kepada cabaran-cabaran yang di hadapi di dalam kawasan sekolah secara amnya dan cabaran di dalampengajarannya secara khususnya. Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon berkata, dalam abad ke-21 ini,bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat kesan globalisasi dan liberasasi. Setiappendidik di mana-mana institusi pendidikan pasti dan akan menhadapi cabaran sebagaiseorang pendidik. Pendidik atau guru diibarat ibu bapa kedua di sekolah dan secara tidak langsungbebanan tanggungjawab menjaga pelajar ini sudah menjadi kewajiban mereka. Begitu jugaapabila di dalam kelas, kebanyakkan ibu bapa meletakkan segala kepercayaan dantanggungjawab kepada para guru untuk mengajar anak-anak mereka supaya cemerlang dalambidang akademik. Tetapi alangkah malang dan sedihnya nasib seorang guru apabila seoranganak muridnya gagal di dalam peperiksaan dan turut dimarahi oleh ibu bapa pelajar yang tidakmemahami.Kenyataan di atas boleh dikatakan hanya cabaran-cabaran yang dilihat dari kancamata kita kini atau „general‟ tetapi sebenarnya masih terdapat cabaran –cabaran yang lebihkhusus yang dihadapi oleh seorang guru. Perkembangan bidang Sains dan Teknologi pada masa kini menjadikan kegiatanpendidikan semakin mencabar dan lebih cangkih. Keadaan ini seterusnya menyebabkanpengurusan di sekolah menjadi semakin kompleks. Tambahan pula, masalah sekolah jugasemakin bertambah apabila bilangan murid bertambah di dalam bilik darjah. Situasi iniseterusnya memperlihatkan persediaan seseorang guru berhadapan dengan pelbagai cabarandalam sistem pendidikan yang sering berubah. Cabaran didefinisikan sebagai sesuatu yangmenguji kekuatan, kemahiran dan kemampuan seseorang dalam sesuatu aktiviti. KemajuanTeknologi Maklumat dan Komunikasi dalam era globalisasi pada masa kini menjadikan duniapendidikan memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi yang selaras dengan FalsafahPendidikan Kebangsaan. Sebagai seorang guru , cabaran utama pada masa kini dalam mengaplikasikan FalsafahPendidikan Kebangsaan adalah kecanggihan teknologi yang semakin pantas saban hari. Duniakini ,kita boleh menyaksikan bahawa teknologi sentiasa di kemaskinikan atau „update‟dan bolehdikatakan penghasilan perisian atau teknologi baru berlaku setiap 24 jam. Oleh itu, sebagaiguru seharusnya melengkapkan diri dan meningkatkan pengetahuan tentang teknologi agar
  • 27. seiring dengan dunia kini dan mampu memudahcarakan proses pengajaran danpembelajaran.Datuk Dr. Ahamad sipon berkata, kesan globalisasi dan liberasasi menuntutkepada cabaran untuk membangunkan pekerja berilmu atau k-worker yang celik dan mahirdalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Dalam masyarakt alaf baru iniyang berorientasi kepada teknologi komunikasi dan maklumat, teknologi memainkan satuperanan yang besar dalam pendidikan dan ini telah membawa satu perubahan yang ketaradalam corak pengajaran pembelajaran tradisional. Dunia semakin canggih walhal boleh kita boleh mengatakan pelajar-pelajar jugasemakin pintar dalam penggunaan teknologi. Sehubungan ini peranan seorang guru adalahamat penting dan dia perlu saling melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiransezaman supaya pengajaran dan pembelajarannya dengan menggunakan teknologi sentiasaberkesan.Guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa mengambil cabaran ini sebagaisatu perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi mengatasinya.Biladifikikan secara positif ,pengaplikasian teknologi dalam pengajaran mampu menghasil generasiberteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi dan mampu merealisasikan impiannegara agar Malaysia menjadi negara maju 2020. Cabaran kedua sebagai seorang guru untuk mengaplikasi Falsafah PendidikanKebangsaan adalah persepsi pelajar-pelajar tentang sesuatu subjek itu sendiri. Subjek yangdiajar dan di masukkan di dalam kurikulum sejak kita dari bangku sekolah tadika lagi.Kepentingannya sudah terang begitu meluas digunakan dalam kehidupan seharian kita tetapiyang menghairankan kini mengapa ada subjek tidak digemari ramai pelajar dan adamengatakan subjek itu adalah sebagai subjek „killer‟ yang hanya mencacatkan keputusanmereka sahaja. Apabila kita membuat kaji selidik terhadap mata pelajaran matematik sudahpasti kita akan mendapati lebih separuh daripada pelajar akan mengatakan pelajaranmatematik itu satu subjek yang membosankan, sukar untuk mencari jawapan, melihat angka-angka sahaja sudah memualkan pelajar. Pelbagai jawapan akan diberi oleh pelajar yang rata-ratanya bersifat negatif .Di manakah salah silapnya pelajar kita. Kenapakah merekaberkelakuan sedemikian? Kenapa pelajar fobia kepada matamatik?. Cabaran seperti ini sudahberlaku sejak dari zaman era pra-kemerdekaan lagi, dan sebagai guru pada zaman globalisasiini seharusnya kita berusaha menghapuskan persepsi negatif pelajar kita ini dengan sentiasaberfikir secara kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut FalsafahPendidikan Kebangsaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang baik , penggunaanalat bantu mengajar yang bersesuaian, suasana kelas konduksif, budaya sekolah yang positif
  • 28. dan ketrampilan guru itu sendiri mampu menarik dan memupuk minat pelajar terhadap subjekkritikal ini. Cabaran yang seterusnya adalah kesinambungan cabaran sebelum ini iaitu cabarankomunikasi. Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) pada tahun 2003 telah banyak memberi impak negatif mahu pun positif dalamkurikulum sekolah . Bila difikirkan impak secara negatifnya, pelaksanaan PPSMI ini telahsemakin menambahkan jurang antara pelajar bandar dan pedalaman .Penggunaan bahasaibunda kita sendiri ramai pelajar kita tidak berminat dan gagal dalam subjek ini walhal apabiladigunakan dalam bahasa asing ini.Perkataan „Yes‟ dan „No‟ sahaja yang sering kali didengariapabila guru menyoal dan menanyakan soalan kepada pelajar terutamanya bagi pelajar –pelajar pedalaman.Merisaukan lagi keadaan ini, dikhuatiri keadaan seperti pada zaman 60-anakan berulang kembali apabila hanya segelintir sahaja terutamanya yang mengambil jurusankritikal seperti kedoktoran dan kejuruteraan di univeriti-universiti disebabkan keciciran dalamsubjek ini sejak dibangku sekolah lagi. Seterusnya, kita fokus pula pada cabaran yang dihadapioleh para guru atas pelaksanaan PPSMI.Secara jelasnya, pelaksanaan PPSMI ini memberikesan kepada kedua-dua belah pihak samada pelajar ataupun guru itu sendiri. Diakui terdapatguru-guru Matematik dan Sains kini yang lemah penggunaan Bahasa Inggeris tidak dapatmengaplikasi FPK dengan sepenuhnya. Inilah cabaran kepada mereka berhadapan denganperubahan kurikulum yang baru, mahu tidak mereka tetap perlu memikulnya segagah yangmungkin. Cabaran ini harus diambil secara profesional oleh guru-guru dan menganggapkanbahawa cabaran ini akan memberi keuntungan kepada mereka kelak. Cabaran seterusnya untuk mengaplikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan oleh paraguru ialah bilangan murid yang terlalu ramai di dalam kelas. Purata bilangan pelajar bagi setiapkelas di negara kita ialah mencapai 35 orang. Namun ada juga sekolah yang mencapai angka45 orang pelajar bagi kelas-kelas tertentu. Kelas yang sesak akan menyukarkan guru mengajardan mendidik. Oleh itu, guru-guru tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk memberitumpuan dan bimbingan kepada setiap murid. Kesannya, pelajar-pelajar yang sederhanapandai dan lembap akan ketinggalan dalam pelajaran mereka. Hal ini akan menjadikan merekaberasa rendah diri dan terpinggir. Cabaran seterusnya yang dihadapi oleh para guru di sekolah untuk mengaplikasiFalsafah Pendidikan Kebangsaan ialah sikap pelajar yang malas dan pasif. Ramai pelajar yangmalas membaca dan membuat latihan yang diberikan oleh para guru, sebaliknya menggemaribahan berbentuk picisan seperti majalah Mangga, URTV, Hai, Ujang dan lain-lain yang kurangbermanfaat. Sikap malas juga menyebabkan mereka sering mengharapkan guru memberikan
  • 29. 100 peratus ilmu kepada mereka. Lambakan bahan ilmiah keluaran Dewan Bahasa danPustaka (DBP) yang bernilai RM400 juta membuktikan para pelajar sekarang malas menimbailmu pengetahuan. Sikap mereka yang berterusan ini bukan sahaja memberi kesan negatifkepada diri sendiri bahkan juga kepada negara yang mengharapkan insan yang seimbang darisegi intelek, rohani, emosi dan Jasmani (JERI). Untuk mengaplikasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aspek-aspekkepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid jugaperlu diberi perhatian dan diaktifkan secara menyeluruh.Aspek Kepimpinan Aspek pertama yang perlu diambil perhatian ialah kepemimpinan. Pemimpin sekolahiaitu guru besar merupakan orang penting dalam memajukan institusi pelajaran di Malaysia.Mereka perlu berfikiran kreatif dalam pengurusan dan berhubungan dengan guru dan jugamurid. Mereka bertanggungjawab menetapkan falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah,membentuk visi dan misi sekolah yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selainitu, pihak sekolah juga perlu memastikan aspek-aspek seperti budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan juga disiplin murid diberi penekanan dan perhatian yangsewajarnya supaya hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat direalisasikan. Perkembangan semasa memperlihatkan peningkatan peranan guru besar sebagaipeneraju utama di sekolah-sekolah. Penyelidikan oleh Morrisson (2005) mendapati bahawaperubahan peranan pentadbir sekolah perlu berlaku dalam aspek-aspek tertentu sepertikepemimpinan, tuntutan kerja, orientasi perniagaan, tanggungjawab, pengurusan sumbermanusia, membuat keputusan, komunikasi, kuasa, dan perancangan. Peranan guru besarmerupakan antara faktor utama yang akan menentukan kejayaan dan kecemerlangansesebuah sekolah. Guru besar yang berkesan mampu mengubah keadaan sesebuah sekolahmenjadi cemerlang. Dalam melaksanakan amanah menyediakan sumber manusia menjelang tahun 2020,fungsi kepemimpinan, pengurusan, dan pentadbiran sekolah menjadi semakin mencabar.Peranan kepemimpinan di peringkat sekolah mestilah dalam bentuk instructional leader yangmemainkan peranan tertentu pada tahap serta kedudukan masing-masing untuk melaksanakansesuatu progam pendidikan. Kepemimpinan pendidikan juga haruslah berperanan sebagaitransformational leader iaitu sebagai agen transformasi perubahan. Pemimpin sekolah yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan tentangperubahan yang sedang dan bakal berlaku agar sentiasa berada dalam keadaan bersedia.
  • 30. Pemimpin sekolah mestilah juga mampu dan berupaya membimbing guru-guru di bawahpengawasannya untuk menjadi lebih berkesan. Sekolah yang berkesan dapat dilihatberdasarkan stail kepemimpinan yang bukan sekadar mampu bertindak sebagai pemimpinpengajaran dan pembelajaran yang berkesan tetapi juga harus mampu membawa perubahan.Justeru itu, di mana-mana sekolah, guru besar merupakan individu yang paling berpengaruhdan bertanggungjawab terhadap sesuatu perubahan. Menurut kata Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan kegagalan muridterletak kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru. Kepemimpinan guru besar puladikenal pasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali, yang mempengaruhi kualiti dankuantiti hasil sekolah walaupun proses dalaman dan persekitaran sosial (iklim), atau budayasekolah juga merupakan pemboleh ubah yang mempengaruhi dan menyebabkan perbezaandalam pencapaian akademik murid (Rutter et al,1979). Untuk mengaplikasikan FalsafahPendidikan Kebangsaan dengan cara berkesan peranan utama ialah di tangan guru besar.Guru besar yang menentukan segala rancangan dan aktiviti yang dapat merealisisikan falsafah.Untuk menentukan rancangan yang bersesuaian guru besar berhadapan dengan pelbagaicabaran dari segi sumber kewangan, keselamatan dan juga sumbangan dari pihak-pihaktertentu.Aspek Budaya Sekolah Aspek kedua yang perlu diberi penekanan ialah budaya sekolah. Budaya sekolah,kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek yang penting dalammengaplikasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Iklim sekolah yang terbuka menggalakkanmurid bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru serta bebasmelibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja dalam keadaan yangmesra, berasa tenteram serta melaksanakan tugas dengan adil, dedikasi, gembira dansempurna. Iklim sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah yang demokratik daniklim ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya seperti membentuk murid lebihberdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih ramah dan mesra, lebih spontan danberkreativiti serta lebih tinggi motivasinya. Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek utama iaitu aspekfizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa.Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti kebersihan kawasan sekolah, keselamatananggota-anggota sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah yang lengkap, keselesaan yangkondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dan juga keindahan sekolah.
  • 31. Dari aspek sosial pula, ia merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengankeharmonian di antara anggota-anggota sekolah seperti budaya hormat-menghormati danmengucap salam, kerjasama, rasa tanggungjawab, perpaduan, kemesraan dan keadilan. Seterusnya aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya ilmu sepertisemangat mahu belajar sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan sekolah. Sebagaicontoh, sekolah memainkan peranannya melalui penganjuran program-program akademikseperti Program NILAM dengan tujuan membudayakan aktiviti membaca dalam diri murid-muridnya. Program ini secara tidak langsung dapat mengembangkan daya pemikiran muridsama ada kritis atau kreatif. Menurut Ee (1994), tamadun atau bangsa hanya dapat dibinamelalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu ialahmelalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Aspek yang terakhir ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi penggunaan bahasasecara betul dan jitu sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Untukmeningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan, perbahasan,syarahan dan pidato boleh dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai galakan penggunaan bahasa.Penggunaan bahasa kedua iaitu Bahasa Inggeris juga perlu diberi perhatian sejajar denganmatlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan modal insan yang mampuberdaya saing di peringkat global. Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan meransang pembelajaran diwujudkanbertujuan menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh dariaspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.Aspek Ko-kurikulum Aspek ketiga pula ialah ko-kurikulum. Untuk mengaplikasikan Falsafah PendidikanKebangsaan, sekolah juga perlu memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakangerak kerja ko-kurikulum. Gerak kerja ko-kurikulum merupakan gerak kerja bercorak pendidikanyang dijalankan di dalam dan di luar waktu sekolah. Gerak kerja merupakan aktiviti-aktivitikumpulan secara informal. Gerak kerja ko-kurikulum berasaskan pembelajaran di bilik darjahadalah kesinambungan kurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Walaupun aktiviti-aktiviti ko-kurikulum lebih bercorak informal, tetapi gerak kerja yang dijalankan adalah terancang. Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah diharapkan akan menyemai sifat-sifatkepemimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan murid. Aktivitiko-kurikulum juga perlu dirancang supaya semua murid mempunyai perseimbangan antaraperkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Pelaksanaan ko-
  • 32. kurikulum cuba melihat minat dan bakat murid-murid. Melalui kegiatan kumpulan, semua muridboleh dididik dan mendidik diri sendiri. Sekolah ialah institusi yang bertanggungjawab dan menghadapi cabaran dalammendidik murid-murid untuk mengembangkan minat dan bakat. Aktiviti-aktiviti yang bolehdilaksanakan dalam gerak kerja ko-kurikulum ialah pasukan unit beruniform, persatuan ataukelab dan juga sukan. Pihak sekolah perlu memastikan semua murid melibatkan diri dalam ko-kurikulum ini kerana gerak kerja ini dianggap sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolahdan sebagai satu bidang pendidikan. Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolahmempunyai beberapa matlamat penting yang merangkumi aspek pendidikan, aspekpembelajaran, dan aspek sosialisasi. Dari aspek pendidikan, pelaksanaan gerak kerja ko-kurikulum di sekolah diharap akandapat membina dan menyuburkan sahsiah yang seimbang di kalangan murid, memupuk nilai-nilai ahklak dan pendidikan yang diingini, memajukan kemahiran, minat dan bakat murid,meningkatkan disiplin dan kepemimpinan diri, mengukuhkan dan memperkayakan lagipengetahuan dan kemahiran, menjadi asas kerjaya pada masa akan datang dan mengisi masalapang dengan aktiviti berfaedah dan menyeronokkan. Dari aspek pembelajaran pula, kegiatan ko-kurikulum bertujuan untuk mewujudkan danmempertingkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan murid-murid.Selain itu, perhubungan antara guru dengan murid juga dapat diwujudkan. Dari aspek sosialisasi, gerak kerja ko-kurikulum ini dilihat mampu melahir danmembentuk murid-murid yang mempunyai semangat kekitaan dan kewarganegaraan sertamempunyai rasa dan tanggungjawab berkhidmat untuk masyarakat. Secara keseluruhannya, pihak sekolah perlu mempertingkatkan kualiti pengurusan ko-kurikulum dan sukan dengan usaha memperkembangkan lagi potensi individu, membentuksahsiah, membantu pertumbuhan jiwa bermasyarakat, meningkatkan mutu disiplin para muridbagi memperkukuhkan integrasi di kalangan mereka. Selain itu, pihak sekolah juga harusmemberi peluang secukupnya kepada murid-murid untuk menyertai pelbagai aktiviti terancangbagi memperkembangkan minat, bakat serta kemahiran masing-masing.Aspek Guru Aspek yang seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting dalam mengaplikasikanFalsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru bertanggungjawab dan menghadapi cabaran dalammemperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu yakni insan yangseimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
  • 33. Dengan pengenalan KBSR dan KSSR di negara kita, peranan guru di sekolah jugabertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar, pengurus,fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator, iaitu orang yangmendatangkan pembaharuan. Seseorang guru menjalankan seperti menggerakkan, mengatur dan menilai prestasimurid-murid. Sebelum memulakan satu-satu pelajaran, minat murid seharusnya ditimbulkanterlebih dahulu terhadap topik yang akan disampaikan. Proses pembelajaran berlaku denganlebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai minat terhadap pelajaran itu. Oleh itu, adalah penting bagi guru menggerakkan muridnya dengan berbagai-bagai caraseperti menggunakan pelbagai jenis alat bantu mengajar, mengadakan main peranan (roleplaying), mengadakan simulasi dan sebagainya. Selain itu, guru juga mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam sesebuahbilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada langkah pertama, langkah kedua, langkahketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran haruslah diatur supaya murid-muridmendapat faedah daripada setiap aktiviti pembelajaran. Gurulah yang menjalankan tugasmengatur setiap langkah pembelajaran. Dalam mengatur langkah-langkah pembelajaran, guruakan merancang terlebih dahulu. Apabila membuat sesuatu rancangan, keperluan-keperluanmurid, objektif-objektif pelajaran, bahan-bahan dan alat-alat mengajar seharusnyadipertimbangkan. Pengajaran yang dirancangkan dengan baik akan membawa faedah yangbesar kepada murid-murid. Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang diajar. Guruseharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalaman-pengalaman murid untukmembolehkan mereka memahami konsep-konsep dengan lebih mudah lagi. Perkataan-perkataan yang digunakan oleh guru sepatutnya mudah difahami dan penerangannya padatserta jelas. Penggunaan alat bantu mengajar seperti carta, gambar, perbandingan dan grafdapat menjelaskan lagi sesuatu konsep yang disampaikan. Guru juga menolong murid-muridmengatur fakta-fakta supaya menjadi konsep yang konkrit dan bermakna. Idea yang abstrakboleh dijadikan konkrit dengan menggunakan carta dan alat bantu mengajar lain. Guru perlu juga menolong murid-murid mempraktikkan dan mengulangi aktiviti sehinggapembelajaran itu menjadi berkesan. Guru juga menilai murid-muridnya dengan menjalankanberbagai-bagai ujian. Penilaian ini akan dapat mengesani sejauh manakah objektif pengajarandan pembelajaran telah tercapai. Ringkasnya, guru memikul amanah dan cabaran yang amat besar untuk melahirkaninsan berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat
  • 34. kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa hadapan.Aspek disiplin Aspek yang terakhir ialah disiplin. Sekolah sebagai agen sosialisasi utamabertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin hingga ke peringkat akar umbi. Iklimdan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembanganmurid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah PendidikanKebangsaan. Cabaran yang dihadapi di semua sekolah di negara kita ialah kemerosotan disiplinpelajar. Sumber Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan sebanyak 188 902 kes disiplinyang melibatkan para pelajar telah berlaku sepanjang tahun 2009. Gejala-gejala disiplin pelajarseperti ponteng sekolah, melawan guru, bergaduh, menghisap rokok, merosakkan hartasekolah dan lain-lain itu telah banyak memberi kesan negatif terhadap pengajaran danpembelajaran di bilik darjah. Guru-guru lebih banyak menghabiskan masa untuk mendisiplinkanpelajar daripada mengajar. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah cubamentakrifkan disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu untuk menghormati danmematuhi undang-undang, sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaansendiri dan juga kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib,kesanggupan menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku hormat-menghormatidi antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong-menolong dan membaiki keadaanyang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat untuk masyarakat. Disiplin juga ada kaitannya dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan dan ahklak.Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan institusi yang penting dalam membentuk disiplinmurid-murid. Masalah disiplin murid akan menjejaskan tumpuan mereka terhadap pelajaran.Masalah disiplin ini seharusnya dikawal dengan kerjasama warga sekolah iaitu guru besar, gurudisiplin, guru, pengawal keselamatan, masyarakat sekitar sekolah dan ibu bapa. Hal ini pentingbagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Apa yang lebih penting, murid lemah dan berdisiplin memerlukan perhatian khasdaripada pihak sekolah. Semua ini perlu dilakukan dengan bijak supaya tidak berlakupengasingan dan perbezaan di antara mereka dengan murid lain di sekolah. Peranan guru bimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk dan membinasemula sahsiah dan disiplin murid yang bermasalah. Antara tugas utama guru bimbingan dankaunseling ialah menjalankan bimbingan dan kaunseling dengan murid-murid yang mempunyai
  • 35. masalah disiplin dengan tujuan mewujudkan tingkah laku yang diingini. Selain itu, gurubimbingan dan kaunseling juga berfungsi untuk membina perhubungan dengan ibu bapa ataupenjaga murid-murid yang mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat ataupihak polis. Disiplin yang baik membawa beberapa faedah kepada guru dan murid. Faedah-faedahtersebut adalah seperti pengajaran dapat dijalankan dengan licin dan teratur, pembelajarandapat dilaksanakan dalam suasana yang tenang serta teratur, keberkesanan pengajaran-pembelajaran akan dapat ditingkatkan lagi, murid-murid menjadi lebih produktif jika merekaberdisiplin, keselamatan murid-murid dapat dijamin kerana setiap murid dapat mematuhiperaturan-peraturan sekolah, kemalangan yang berlaku di makmal atau bilik darjah dapatdikurangkan dan segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat. Untukmenjayakan faktor-faktor di atas, sebagai guru haruslah bersabar dan menghadapi pelbagaicabaran dengan kaedah yang bijak. Masalah disiplin perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya persekitaransekolah yang kondusif dan selamat amat penting dalam membentuk imej dan keyakinan dirimurid ke arah kecemerlangan dan kegemilangan, selaras dengan hasrat negara yangmenekankan usaha pembentukan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.KESIMPULAN Kesimpulannya, berdasarkan kepada semua huraian diatas, maka ternyatalah bahawakejayaan sesebuah sekolah dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman FalsafahPendidikan Kebangsaan adalah bergantung kepada aspek-aspek kepemimpinan, budayasekolah, ko-kurikulum, guru dan juga disiplin. Semua aspek ini akan menentukan modal insanyang bakal dihasilkan sama ada memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan atau tidak.Kejayaan sekolah dalam mengaplikasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga secara tidaklangsung mampu menjana dan membina modal insan yang berkualiti. Merujuk kepada PIPP (2006), negara kita berhasrat untuk menghasilkan “modal insanyang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan danberkemahiran tinggi, perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiranmenyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyaiketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang seringberubah-ubah”. Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan sekolah amat penting dalam menyahutcabaran yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan rakyatMalaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan
  • 36. keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran masyarakat dan negara. Kesimpulannya, pendidikan adalah proses tranmisi ilmu pengetahuan, kemahiran dannilai yang berlaku secara evolusi sepanjang hayat.Ilmu pengetahuan dan kejayaan tidak selalumudah dicapai dalam tempoh yang singkat dan pelbagai cabaran harus dilalui untukmenagapainya dengan memerlukan cita-cita, strategi jangka panjang dan displin yang tinggi.Begitu juga dalam menangani transformasi dan cabaran-cabaran pendidikan pada masa kinikepada amalan yang dihasratkan oleh kerajaan, kita perlu mengambil kira bahawa perubahanyang dibuat memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi . Lazimnya sesuatuperubahan itu akan mengambil masa untuk diasimilasikan dan diakomodasikan menjadi amalanbiasa maka guru sebagai pelaksana utama perlu diberi latihan yang kukuh mengenai strategipengajaran yang berkesan, menarik dan memotivasikan minat pembelajaran murid agar hasratkerajaan dan falsafah pendidikan negara akan terlaksana.
  • 37. RUJUKANMok Soon Sang. (2010). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Siri Pengajian Profesional.Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi.Kementerian Pendidikan MalaysiaTajul Ariffin. (1988). Konsep Asas Pendidikan Sepadu. Fakulti Pendidikan : UniversitiKebangsaan Malaysia.Rashidi Azizan & Abdullah Mohd. Noor. 1994. Pendidikan Guru: Cabaran, Falsafah dan Strategidalam Pembentukan Guru yang Unggul. Kajang: Masa Enterprise.Abdul Rahman Md. Aroff dan Zakaria Kasa. (1986). Falsafah dan Konsep Pendidikan. EdisiKedua. Universiti Pertanian Malaysia: Serdang.Choong Lean Keow (2008). Falsafah dan Penddidikan di Malaysia untuk Program PerguruanPendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. Selangor: Kumpulan Budi.

×