Your SlideShare is downloading. ×
61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-big
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

61596325 laporan-reflektif-big

8,057

Published on

Published in: Education
0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
8,057
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
769
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. LAPORAN REFLEKTIF Guru adalah orang yang mengajar, pendidik, pengajar atau pengasuh(KamusDewan Edisi Keempat). Agen juga bermaksud bahan atau organisma yang dapatmempengaruhi atau dapat memberi kesan kepada sesuatu tindak balas (KamusPelajar Edisi Kedua). Perubahan atau transformasi ditakrifkan oleh Carzo &Yanouzas sebagai satu proses pertukaran kelakuan atau status yang stabil kepadasatu pola kelakuan yang lain. Bagi Atkinson (1987), perubahan merupakankegiatan/proses yang membuat sesuatu/seseorang berbeza dengan keadaansebelumnya. Manakala masyarakat ditakrifkan sebagai kumpulan manusia yanghidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu (Kamus Dewan).Masyarakat juga boleh dianggap sebagi sekumpulan individu yang mengadakankesepakatan untuk mengelola kehidupan secara bersama-sama atas alasan-alasanbiologis, psikologis dan sosial. Sebagai rumusannya, Guru Sebagai Agen PerubahanMasyarakat bermaksud guru berpotensi menjadi pengantara untuk mengubahmasyarakat. Dalam Buku Panduan KBSR ada dinyatakan,"walau bagaimanapun sama adaperubahan yang dicadangkan itu akan menjadi kenyataan atau tidak, adalahbergantung kepada peranan yang dimainkan oleh setiap guru dan Guru Besar dalamsesebuah sekolah….". Abd. Aziz (2000) menyebut guru sebagai pelaksanaperubahan dalam kurikulum perlu terdiri daripada seorang yang mempunyai sifatpositif dalam segala hal. Mereka perlu bersifat kreatif yang tinggi terutamanya dalampenciptaan alat dan bahan pengajaran, peka dalam hal perubahanperubahan danpembaharuan-pembaharuan terutamanya menggunakan pendekatan atau kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran serta aktif dalam tugasnya di bilik darjah
  • 2. berhubung dengan pengelolaan, pengurusan dan pengawasan aktiviti yang berjalandalam bilik darjah. Perubahan ke atas guru mungkin boleh didefinisikan sebagai keseluruhanaktiviti yang dirancang dan dibentuk untuk memberi sumbangan ke arahkeberkesanan dan kecekapan pengajaran para guru. Walaupun istilah sepertiperubahan kakitangan, latihan dalam perkhidmatan, dan perkembanganprofesionalisme selalu di gunakan, tetapi perubahan ke atas guru menggambarkansatu konsep yang menghubungkan kesemua aspek dalam persekitaran pendidikan.Ia juga boleh dianggap sebagai satu proses yang dinamik. Ia mesti dikendalikandengan sistematik dengan menekankan matlamat jangka panjang dan pendek. Bagi menangani perubahan dalam inovasi, guru perlu menguasai teknologiyang sentiasa berubah di samping meningkatkan lagi ilmu pengetahuan. Guru perlumengamalkan budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir dan budayamenulis. Menurut Sharil et al. (1999), melalui amalan dan penghayatan budaya ilmu,guru dapat menjadi teladan kepada para pelajar mereka.Tanpa pembinaan budayailmu dalam inovasi pendidikan, matlamat yang disasarkan agak sukar dicapai.Peningkatan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi sewajarnya dilakukan oleh gurukerana keupayaan guru menyelesaikan masalah bergantung kepada keupayaanguru sebagai fasilitator, penyelesai masalah, pemangkin dan pendorongpembelajaran. Harison dan Gowin (1966), telah menggariskan beberapa ciri guruyangberkesan. Antaranya ialah: (i) Jujur, (ii) Baik hati, (iii) Mesra, (iv) Kesefahaman,(v) Bijak dan berbudi, (vi) Suka bekerjasama, (vii) Bermoral tinggi, (viii) Tinggi tahapetika dan profesionalisme, (ix) Mempunyai keinginan belajar yang kuat, (x)Mempunyai keinginan mengajar yang kuat, (xi) Mempunyai semangat dan minatyang kuat terhadap manusia, (xii) Mampu menganalisis diri sendiri, (xiii) Mempunyai
  • 3. kawalan diri dari segi emosi dan kehendak, (xiv) Sanggup mengkritik diri sendiri, (xv)Mempunyai keyakinan diri dan kepada tugas, (xvi) Mempunyai budaya diri seperti;tabah, intelektual, bermoral, sosial dan profesional, (xvii) Mempunyai taraf diriseperti: boleh menetapkan nilai diri dan kerja; dan (xviii) Mempunyai rasapengorbanan diri seperti sanggup mengorbankan diri demi kebajikandan minat pelajar. Program Seminar Pendidikan merupakan program yang dirancang di bawahProgram Bina Insan Guru dan dilaksanakan untuk menyempurnakan takwimProgram BIG Fasa II. Program ini dikendalikan oleh guru-guru pelatih PISMPAmbilan Januari 2010 dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG KPM.“Guru dan Hubungan Komuniti” merupakan tema seminar pendidikan ini. Sebagaiseorang bakal guru, guru-guru pelatih hendaklah mengetahui tentang perananmereka dalam masyarakat selain tugas-tugas harian seorang guru. Maka, dariinstitut latihan inilah guru-guru pelatih diajar bagaimana untuk menjadi seorang guruyang berwatak. Program seminar pendidikan ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu ceramah danbengkel. Tajuk ceramah adalah mengenai “Guru Sebagai Agen Perubahan”.Manakala bagi tajuk bengkel dan pembentangan adalah Cabaran GuruMerealisasikan Pendemokrasian Pendidikan Hubungan Sekolah dan Komuniti KeArah Pembangunan Pendidikan. Seminar ini disampaikan oleh Tn. Hj. Omar BinAbdul. Antara kekuatan yang dapat saya kenalpasti melalui ceramah ini adalahpenceramah telah menyampaikan ceramah beliau dengan sangat berkesan. Huraianyang disampaikan adalah sangat jelas dan bertepatan dengan tajuk. Inimembolehkan para peserta ceramah dapat memanfaatkan ceramah yang
  • 4. disampaikan dengan baik. Penyampaian ceramah yang berkesan adalah sangatpenting kerana ini akan menentukan hala tuju skop ceramah yang ingin disampaikan.Mesej yang ingin disampaikan dalam ceramah perlu dihuraikan dengan jelas danteratur supaya para peserta yang mendengar ceramah tersebut akan mengambiliktibar akan apa yang telah disampaikan dan perkara seperti yang diibaratkan“masuk telingan kanan keluar telinga kiri” tidak akan berlaku. Selain itu, kekuatanyang saya dapati semasa aktiviti ceramah tersebut belangsung adalah tempat yangdisediakan oleh pihak penganjur adalah sangat selesa untuk para pesertamendengar ceramah. Bagi saya, penyediaan tempat yang baik adalah sangatpenting kerana ia akan melambangkan kreadibiliti pihak penganjur tersebut dalamusaha untuk menganjurkan sesuatu majlis yang baik dan akan diinagti oleh setiappeserta program. Kegagalan pihak penganjur untuk menyediakan tempat yangselesa akan menyebabkan para peserta akan berasa tidak selesa dan mereka akanmula berfikiran negatif kepada pihak penganjur. Kekuatan yang saya dapati semasaprogram ceramah ini berlangsung adalah hand-out yang disediakan kepada parapeserta dapat member lebih kefahaman kepada peserta ceramah. Ini adalah kerana,di samping mendengar ceramah, peserta dapat membaca dan seterusnya akandapat memahami dengan lebih jelas lagi tentang apa yang ingin disampaikan olehpenceramah. Setiap kekuatan sudah pasti akan ada kelemahannya. Antara kelemahan yangsaya dapati mengenai aktiviti ceramah ini adalah masa yang ditetapkan untuk aktiviticeramah adalah tidak bersesuaian iaitu pada pukul 3.15-5.15. Ini adalah keranapada waktu petang seperti ini, para peserta akan berasa mengantuk seterusnya tidakdapat memberi sepenuh tumpuan kepada ceramah yang akan disampaikan. Selainitu, saya mendapati pengacara telah melakukan sedikit kesilapan semasa
  • 5. mengacarakan majlis iaitu semasa menyebut nama Timbalan Pengarah. Walaupunkesilapan yang dilakukan akan menyebabkan kreadibiliti beliau sebagai pengacaramajlis akan tercalar namun bagi saya ia hanyalah kesilapan yang kecil dan bolehdimaafkan serta diperbaiki pada masa-masa yang akan datang. Antara peluang yang saya peroleh melalui ceramah ini adalah saya dan parapeserta ceramah berpeluang untuk memahami dengan lebih jelas lagi mengenaikonsep seorang guru adalah sebagai agen perubahan masyarakat. Seorang guruyang berkreadibiliti unggul akan mampu untuk menjadi ikon kepada masyarakat. Iniadalah kerana di mata masyarakat, seorang yang bergelar guru akan dipandangmulia oleh masyarakat dan justeru itu, sebagai seorang guru yang baik, kita haruslahsentiasa menunjukkan peribadi yang unggul selaras dengan konsep guru sebagaiagen perubahan masyarakat. Selain itu, ancaman yang saya dapati semasa program berlangsung adalahmasa yang ditetapkan untuk aktiviti ceramah adalah tidak bersesuaian iaitu padapukul 3.15-5.15. Ini adalah kerana pada waktu petang seperti ini, para peserta akanberasa mengantuk seterusnya tidak dapat memberi sepenuh tumpuan kepadaceramah yang akan disampaikan. Secara tuntasnya, pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuanmembawa perubahan kepada seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatumasyarakat. Pada zaman moden ini, guru adalah bertangggungjawab untuk memberipendidikan dan menghasilkan perubahan tingkah laku ke atas diri seseorang.Mereka harus memahami idea perubahan dengan sempurna, secukupnya danmenyusun strategi yang rapi untuk memastikan perubahan dapat dilaksanakandengan jayanya.

×