Uploaded on

 

More in: Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
800
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
29
Comments
0
Likes
1

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. SISTEM SURIASistem Suria dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai Solar System.Sistem Suria terletak dalam galaksi Bima Sakti dan terdiri daripada satubintang yang dipanggil matahari dan dikelilingi oleh sembilan buah planetyang mempunyai orbit berbentuk bujur. Sistem Suria dipercayai terbentuksekitar 4,600 juta tahun dahulu hasil pengumpalan gas dan habuk diangkasa yang membentuk matahari dan kemudiannya planet-planet yanglain kecuali planet Pluto. Sistem suria dikekalkan oleh daya graviti mataharidan sempadan sistem suria, yang mempunyai garis pusat setahun kelajuancahaya, ditanda oleh taburan komet yang dipanggil awan Oort. Terdapatsatu lagi awan Oort berbentuk piring dibahagian dalam sistem suria yangdikenali sebagai awan Oort dalam. Disebabkan oleh orbit planet yangmembujur, jarak dan kedudukan planet berbanding kedudukan matahariberubah mengikut kedudukan planet di orbit. Mustyari adalah planet kelimadaripada matahari dan juga planet yang terbesar daripada sembilan planetdalam sistem suria. Senarai planet dan jarak purata planet denganMatahari dalam sistem suria adalah seperti berikut :-57.9 juta kilometer ke Utarid,108.2 juta kilometer ke Zuhrah,
  • 2. 149.6 juta kilometer ke Bumi,227.9 juta kilometer ke Marikh,778.3 juta kilometer ke Musytari,1,427.0 juta kilometer ke Zuhal,2,871.0 juta kilometer ke Uranus,4,497.0 juta kilometer ke Neptun,5,913.5 juta kilometer ke Pluto. Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingimatahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan olehputaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiapplanet dan bintang. Empat planet di dalam sistem suria dinamakan sempena nama namatuhan Rom iaitu Pluto, Neptun, Uranus dan Marikh. Manakala, nama bulanpula diambil daripada watak watak mitodologi klasik atau drama pentasShakespeare. Planet di dalam Sistem Suria dibahagikan kepada tigakumpulan, iaitu:
  • 3. Jirim berbatu: Planet planet ini terdiri daripada batu batu dan logam.Contoh planet ialah Utarid, Zuhrah, Bumi dan Marikh. Planet planet iniwujud berhampiran dengan matahari, dan berada di dalam LingkaranAsteroid. Planet planet ini juga dikenali sebagai Planet Kerdil.Jirim Bergas: Terbentuk daripada gas gas. Contoh planet ialah Musytari,Zuhal, Uranus, dan Neptun. Zuhal dan Uranus mempunyai gegelang aisdan batu. Kumpulan planet ini turut dikenali sebagai Planet Gergasi.Jirim berais: Terdiri daripada ais, contohnya Pluto. Ini disebabkankedudukannya yang agak jauh daripada Matahari. Kumpulan yang ketigaini terletak didalam Lingkaran Kuiper. Beberapa objek baru seperti Sednaturut berada dalam kelas yang sama.Matahari dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai Sun. Mataharimerupakan bintang terdekat dengan bumi dengan jarak purata149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan sembilan buahplanet membentuk sistem suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C.Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya daripadamatahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke bumi dan cahaya
  • 4. matahari yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandangterus kepada matahari, menjadi buta. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panasmenukar jisim hidrogen kepada jisim helium melalui tindak balas gabungannuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisimsetiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu.Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 berbanding jisim air. Jumlah tenagamatahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai konstant solarmenyamai 1.37 kilowatt semeter persegi setiap saat. Matahari berputar 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyaigraviti 27.9 kali graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yangboleh mencecah sehingga 100,000 kilometer ke angkasa. Marakanmatahari sun flare ini boleh mengganggu gelombang komunikasi sepertiradio, tv dan radar di bumi dan mampu merosakkan satelite atau stesyenangkasa yang tidak dilindung. Matahari juga menghasilkan gelombangradio, gelombang ultra-lembayung, sinar infra-merah, sinar-X, dan anginsuria yang merebak keseluruh sistem suria. Bumi dilindungi daripada angin suria oleh medan magnet bumi,sementara lapisan ozon pula melindungi bumi daripada sinaran ultra-
  • 5. lembayung dan sinar infra-merah. Terdapat tompokan hitam yang wujuddari masa ke semasa pada matahari yang disebabkan oleh perbezaansuhu dipermukaan matahari. Tompokan hitam itu menandakan kawasanyang kurang panas berbanding kawasan lain dan mencecah keluasanmelebihi saiz bumi. Kadang-kala peredaran bulan mengelilingi bumimenghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi, oleh itumengakibatkan kejadian gerhana matahari berlaku.Asteroid ialah objek kecil dalam sistem suria yang mengelilingi matahariyang mempunyai saiz yang lebih kecil daripada planet. Oleh sebab itu,asteroid tergolong dalam kumpulan planet kecil (minor planet) atau dikenalisebagai planetoid. Asteroid dipercayai merupakan lebihan cakera proto planet yangtidak membentuk planet ketika pembentukan sistem suria dahulu.Sesetengah asteroid mempunyai bulan. Kebanyakan asteroid berada digelang asteroid dalam orbit bujur antara marikh dan musytari.Definisi Definisi sebenar asteroid masih dalam perbincangan. Istilah planetminor tidak membawa cadangan mengenai komposisi objek atau
  • 6. kedudukan umumnya dalam sistem suria. Sesetengah berpendapat tidaksemua planet minor boleh digelar asteroid. Salah satu cara untuk mengelaskannya ialah melalui saiz objek.Pada masa ini, asteroid didefinisikan sebagai objek yang mempunyai saizmelebihi 50m diameter yang membezakan mereka dengan meteoroid yangselalunya bersaiz lebih kecil. Perbezaan ini dibuat kerana saiz besar asteroid membolehkannyaselamat melalui atmosfera Bumi dan menghentam Bumi. Meteoroid pulaselalunya berkecai di atmosfera Bumi. Kesimpulannya, asteroid ialah objek berbatu (bukan ais) yang bersaizlebih besar daripada meteoroid, tetapi kecil daripada planet.Klasifikasi asteroidAsteroid selalunya dibahagi kepada kumpulan berdasarkan sifat sifat orbitdan spektrum cahaya yang dipantulkan.